198 - AKTA PERLINDUNGAN PIHAK BERKUASA AWAM 1948
This Act gives court protection rules for certain actions taken under statutory, public-duty, or public-power functions, sets a 36-month time limit for bringing proceedings, deals with costs after defendant wins, and repeals listed enactments and ordinances.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 198 - AKTA PERLINDUNGAN PIHAK BERKUASA AWAM 1948
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
198 - AKTA PERLINDUNGAN PIHAK BERKUASA AWAM 1948
AI-assisted research summary: This Act gives court protection rules for certain actions taken under statutory, public-duty, or public-power functions, sets a 36-month time limit for bringing proceedings, deals with costs after defendant wins, and repeals listed enactments and ordinances.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA Akta 198 AKTA PERLINDUNGAN PIHAK BERKUASA AWAM 1948 Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006 Teks ini HANYA TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara bagi Public Authorities Protection Act 1948. Melainkan jika dan sehingga ditetapkan sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 [Akta 32], teks ini bukan perundangan. DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 SECARA USAHA SAMA DENGAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD 2006 2 Undang-Undang Malaysia AKTA 198 AKTA PERLINDUNGAN PIHAK BERKUASA AWAM 1948 Pertama kali diperbuat ... … … … ... 1948 (Ordinan No. 19 tahun 1948) Disemak ... ... … … … … … … 1978 (Akta 198 m.b.p. 15 Februari 1978) CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU Cetakan Semula Yang Pertama … … … … 2001 Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 198 AKTA PERLINDUNGAN PIHAK BERKUASA AWAM 1948 SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas 2. Perlindungan bagi orang yang bertindak dalam melaksanakan kewajipan statutori atau kewajipan awam lain 3. Pemansuhan JADUAL 4 Undang-Undang Malaysia AKTA 198 Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 198 AKTA PERLINDUNGAN PIHAK BERKUASA AWAM 1948 Suatu Akta berhubungan dengan perlindungan bagi orang yang bertindak dalam melaksanakan kewajipan statutori dan kewajipan awam lain. [Semenanjung Malaysia—19 Ogos 1948; Sabah dan Sarawak—25 Februari 1965] Tajuk ringkas 1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948. Perlindungan bagi orang yang bertindak dalam melaksanakan kewajipan statutori atau kewajipan awam lain 2. Jika, selepas mula berkuat kuasa Akta ini, apa-apa guaman, tindakan, pendakwaan atau prosiding lain dimulakan di Persekutuan terhadap mana-mana orang kerana apa-apa perbuatan yang dilakukan menurut atau dalam melaksanakan atau dengan tujuan melaksanakan mana-mana undang-undang bertulis atau apa-apa kewajipan awam atau kuasa awam atau berkenaan dengan apa-apa keabaian atau keingkaran yang dikatakan dalam melaksanakan mana-mana undang- undang bertulis, kewajipan atau kuasa sedemikian, peruntukan yang berikut hendaklah berkuat kuasa: (a) guaman, tindakan, pendakwaan atau prosiding itu tidak boleh diambil atau dimulakan melainkan jika ia dimulakan dalam tiga puluh enam bulan selepas sahaja perbuatan, keabaian atau keingkaran yang diadukan itu atau, dalam hal kecederaan atau kerosakan yang berterusan, dalam masa tiga puluh enam bulan selepas sahaja terhentinya kecederaan atau kerosakan itu; 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 198 (b) apabila dalam apa-apa guaman atau tindakan itu penghakiman diperolehi oleh defendan, penghakiman itu hendaklah termasuk kos yang akan ditetapkan sebagaimana antara peguam cara dengan klien; (c) jika prosiding itu merupakan suatu guaman atau tindakan untuk ganti rugi, tender penyelesaian sebelum guaman atau tindakan itu dimulakan bolehlah dirayukan sebagai ganti atau sebagai tambahan kepada apa-apa rayuan lain; (d) jika guaman atau tindakan itu dimulakan selepas tender penyelesaian atau tawaran secara bertulis itu, atau diteruskan selepas dibayar kepada mahkamah apa-apa wang bagi menjelaskan tuntutan plaintif, dan plaintif tidak mendapat lebih daripada jumlah yang ditenderkan untuk penyelesaian, ditawarkan atau dibayar itu, dia tidak boleh mendapat apa-apa kos yang ditanggung selepas tender penyelesaian, tawaran atau bayaran itu, dan defendan berhak untuk mendapat kos yang akan ditetapkan sebagaimana antara peguam cara dengan klien mulai dari masa tender penyelesaian, tawaran atau bayaran itu, dan kos hingga pada masa tender penyelesaian, tawaran atau bayaran itu adalah menurut budi bicara mahkamah: Dengan syarat bahawa peruntukan ini tidak menyentuh kos mengenai apa-apa injunksi dalam guaman atau tindakan itu. Pemansuhan 3. Enakmen dan Ordinan yang disebut dalam Jadual kepada Akta ini dengan ini dimansuhkan. Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 7 JADUAL [Seksyen 3] PEMANSUHAN Negeri-Negeri Melayu Enakmen Perlindungan Pihak Berkuasa Awam Bersekutu Bab 30 Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Enakmen Johor No. 60 Enakmen Perlindungan Pihak Berkuasa Awam Negeri Johor. Enakmen Kedah No. 11 Enakmen Perlindungan Pihak Berkuasa Awam Tahun 1359 1359 Negeri Kedah. Enakmen Kelantan No. 3 Enakmen Perlindungan Pihak Berkuasa Awam Tahun 1931 1931 Negeri Kelantan. Enakmen Perlis No. 3 Enakmen Perlindungan Pihak Berkuasa Awam Tahun 1340 1340 Negeri Perlis. Enakmen Terengganu No. Enakmen Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 2 Tahun 1356 Negeri Terengganu. Negeri-Negeri Selat Bab Ordinan Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 14 Negeri-Negeri Selat. Sabah Bab III Ordinan Perlindungan Pihak Berkuasa Awam Sabah. 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 198 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 198 AKTA PERLINDUNGAN PIHAK BERKUASA AWAM 1948 SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari L.N. 67/1965 Perintah Pengubahsuaian 26-02-1965 Undang-Undang (Prosiding Kerajaan dan Perlindungan Pihak Berkuasa Awam) (Peluasan dan Pengubahsuaian) 1965 Akta A252 Akta Perlindungan Pihak 14-06-1974 Berkuasa Awam (Pindaan) 1974 Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 9 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 198 AKTA PERLINDUNGAN PIHAK BERKUASA AWAM 1948 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 2 Akta A252 14-06-1974
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
198 - AKTA PERLINDUNGAN PIHAK BERKUASA AWAM 1948
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in