AI-assisted research summary: This amendment Act starts on a date set by the Minister in the Gazette, and it changes the Bank Negara Malaysia Act 2009 by deleting sections 62, 63, and 64, adding new section 66a, and updating section 76.
Bank Negara Malaysia (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1616 AKTA BANK NEGARA MALAYSIA (PINDAAN) 2020 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1616 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 14 Februari 2020 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 28 Februari 2020 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Bank Negara Malaysia (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1616 AKTA BANK NEGARA MALAYSIA (PINDAAN) 2020 Suatu Akta untuk meminda Akta Bank Negara Malaysia 2009. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Bank Negara Malaysia (Pindaan) 2020. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Pemotongan seksyen 62, 63 dan 64 2. Akta Bank Negara Malaysia 2009 [Akta 701], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dengan memotong seksyen 62, 63 dan 64. 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1616 Seksyen baharu 66a 3. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 66 seksyen yang berikut: “66a. Kuasa dan fungsi Bank di bawah Akta Mata Wang 2020 [Akta 827] adalah sebagai tambahan kepada, dan tidak mengurangkan, kuasa dan fungsi Bank di bawah Akta ini.”. Pindaan seksyen 76 4. Seksyen 76 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “Melainkan jika diperuntukkan selainnya dalam Akta ini” perkataan “atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain”.