AI-assisted research summary: This amendment lets the Minister remit levy, lets the Chief Director remit penalties, and sets out refund claims for overpaid, mistaken, or remitted levy/penalty amounts.
Levi Keuntungan Luar Biasa (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1636 AKTA LEVI KEUNTUNGAN LUAR BIASA (PINDAAN) 2021 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1636 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 12 November 2021 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 18 November 2021 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Levi Keuntungan Luar Biasa (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1636 AKTA LEVI KEUNTUNGAN LUAR BIASA (PINDAAN) 2021 Suatu Akta untuk meminda Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Levi Keuntungan Luar Biasa (Pindaan) 2021. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Penggantian seksyen 13 2. Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998 [Akta 592], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dengan menggantikan seksyen 13 dengan seksyen yang berikut: “Peremitan levi dan penalti 13. (1) Menteri boleh, jika difikirkan patut olehnya, meremitkan keseluruhan atau mana-mana bahagian levi yang genap masa dan kena dibayar di bawah Akta ini. 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1636 (2) Ketua Pengarah boleh, jika difikirkan patut olehnya, meremitkan keseluruhan atau mana-mana bahagian penalti di bawah seksyen 9. (3) Jika seseorang yang telah diberikan peremitan di bawah subseksyen (1) atau (2) telah membayar apa-apa levi atau penalti yang berhubungan dengan peremitan itu, tertakluk kepada subseksyen 14(3), dia berhak kepada suatu pembayaran balik amaun levi atau penalti yang telah dibayar yang telah diremitkan itu.”. Penggantian seksyen 14 3. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 14 dengan seksyen yang berikut: “Tuntutan bagi pembayaran balik levi dan penalti terlebih bayar atau dibayar secara silap, dsb. 14. (1) Mana-mana orang yang telah terlebih bayar atau membayar secara silap apa-apa levi atau penalti, atau berhak untuk mendapatkan bayaran balik levi atau penalti di bawah seksyen 13 boleh membuat tuntutan bagi pembayaran balik dalam borang yang ditetapkan. (2) Sesuatu tuntutan bagi pembayaran balik di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah dalam masa satu tahun dari tarikh berlakunya pembayaran terlebih itu atau pembayaran yang silap itu atau berlakunya kelayakan pembayaran balik itu. (3) Ketua Pengarah boleh mengurangkan atau tidak membenarkan apa-apa pembayaran balik berkenaan dengan tuntutan di bawah subseksyen (1) setakat yang pembayaran balik itu akan dengan tidak patut memperkaya orang yang disebut dalam subseksyen (1).”. Levi Keuntungan Luar Biasa (Pindaan) 5 Seksyen baharu 14a 4. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 14 seksyen yang berikut: “Pembayaran balik apabila Ketua Pengarah berpuas hati dan dengan keterangan sokongan 14a. (1) Sesuatu tuntutan bagi pembayaran balik levi atau penalti di bawah subseksyen 14(1) hendaklah disokong dengan apa-apa keterangan sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah. (2) Ketua Pengarah boleh membuat pembayaran balik berkenaan dengan tuntutan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah subseksyen 14(1) selepas berpuas hati bahawa orang itu telah membuktikan tuntutan itu dengan sepatutnya.”.