187 - AKTA PINJAMAN (BANK PEMBANGUNAN ISLAM) 1977
This Act lets the Federal Government borrow from the Islamic Development Bank, issue related instruments, and sets rules for agreements, arbitration, tax remission, and limits on creating liens over assets.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 187 - AKTA PINJAMAN (BANK PEMBANGUNAN ISLAM) 1977
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
187 - AKTA PINJAMAN (BANK PEMBANGUNAN ISLAM) 1977
AI-assisted research summary: This Act lets the Federal Government borrow from the Islamic Development Bank, issue related instruments, and sets rules for agreements, arbitration, tax remission, and limits on creating liens over assets.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA Akta 187 AKTA PINJAMAN (BANK PEMBANGUNAN ISLAM) 1977 Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006 DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 SECARA USAHA SAMA DENGAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD 2006 2 Undang-Undang Malaysia AKTA 187 AKTA PINJAMAN (BANK PEMBANGUNAN ISLAM) 1977 Tarikh Perkenan Diraja … … … … 7 September 1977 Tarikh penyiaran dalam Warta … … … 15 September 1977 CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU Cetakan Semula Yang Pertama … … … … 2001 Pinjaman (Bank Pembangunan Islam) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 187 AKTA PINJAMAN (BANK PEMBANGUNAN ISLAM) 1977 SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas 2. Tafsiran 3. Kuasa Persekutuan untuk meminjam daripada Bank Pembangunan Islam 4. Kuasa untuk mengeluarkan surat cara termasuk bon 5. Timbang tara 6. Pelaksanaan obligasi di bawah perjanjian 4 Undang-Undang Malaysia AKTA 187 Pinjaman (Bank Pembangunan Islam) 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 187 AKTA PINJAMAN (BANK PEMBANGUNAN ISLAM) 1977 Suatu Akta untuk membuat peruntukan bagi Kerajaan Persekutuan menperdapatkan pinjaman-pinjaman daripada Bank Pembangunan Islam dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. [16 September 1977] DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut: Tajuk ringkas 1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pinjaman (Bank Pembangunan Islam) 1977. Tafsiran 2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteknya menghendaki makna yang lain— “Bank” ertinya Bank Pembangunan Islam; “Kerajaan” ertinya Kerajaan Persekutuan; “Menteri” ertinya Menteri Kewangan. Kuasa Persekutuan untuk meminjam daripada Bank Pembangunan Islam 3. (1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Perlembagaan dan peruntukan-peruntukan Akta ini, Kerajaan boleh dengan apa-apa cara dan atas apa-apa terma dan tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang dipersetujui antara Kerajaan dengan Bank meminjam apa-apa jumlah wang daripada Bank dari semasa ke semasa sebagaimana yang dikehendaki oleh Kerajaan. 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 187 (2) Apa-apa jumlah wang yang dipinjam oleh Kerajaan di bawah kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1) bagi keperluan Kerajaan hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Pembangunan dan hendaklah, walau apa pun peruntukan seksyen 3 Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], digunakan dan dengan ini diuntukkan bagi maksud yang baginya ia dipinjam sebagaimana yang dinyatakan dalam sesuatu perjanjian yang dibuat dengan Bank berkenaan dengan jumlah wang yang dipinjam sedemikian: Dengan syarat bahawa jika mana-mana bahagian jumlah wang itu tidak dapat digunakan bagi maksud-maksud yang disebut terdahulu maka bahagian jumlah wang itu boleh digunakan bagi apa-apa maksud lain sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri dan Bank. (3) Sesuatu perjanjian antara Kerajaan dengan Bank berkenaan dengan jumlah wang yang dipinjam di bawah kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1) hendaklah dibuat atas nama Kerajaan Malaysia dan boleh ditandatangani bagi pihak Kerajaan oleh Menteri atau oleh seseorang yang diberi kuasa bagi maksud itu secara bertulis oleh Menteri. (4) Dengan seberapa segera yang boleh selepas sesuatu perjanjian dibuat dengan Bank berkenaan dengan apa-apa jumlah wang yang dipinjam di bawah kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1), suatu salinannya hendaklah dibentangkan oleh Menteri di hadapan setiap Majlis Parlimen. (5) Tiada apa-apa jua dalam peruntukan seksyen ini boleh menyentuh atau mengurangkan apa-apa kuasa sedia ada yang lain bagi Kerajaan untuk meminjam wang. Kuasa untuk mengeluarkan surat cara termasuk bon 4. (1) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana- mana undang-undang, Kerajaan boleh mengeluarkan apa-apa bon, nota janji hutang atau surat cara lain atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang perlu bagi maksud menguatkuasakan terma- terma sesuatu perjanjian yang boleh dibuat olehnya dengan Bank berkenaan dengan apa-apa peminjaman yang dibenarkan oleh subseksyen 3(1). Pinjaman (Bank Pembangunan Islam) 7 (2) Sesuatu bon, nota janji hutang atau surat cara lain itu boleh ditandatangani bagi pihak Kerajaan oleh Menteri atau oleh mana-mana orang lain yang diberi kuasa bagi maksud itu secara bertulis oleh Menteri. Timbang tara 5. Jika timbul apa-apa pertikaian antara Bank, pada satu pihak, dengan Kerajaan, pada pihak yang satu lagi, di bawah sesuatu perjanjian yang dibuat atau di bawah sesuatu aku janji yang diberikan pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh Akta ini atau di bawah sesuatu bon, nota janji hutang atau apa-apa surat cara yang dikeluarkan menurut sesuatu perjanjian itu, pertikaian itu hendaklah diputuskan melalui timbang tara mengikut cara yang dipersetujui oleh pihak-pihak itu dan apa-apa award yang dibuat dalam timbang tara itu boleh dikuatkuasakan di dalam Persekutuan dalam semua hal seolah-olah award itu telah dibuat dengan sah dalam suatu timbang tara di bawah *Akta Timbang Tara 2005 [Akta 646], atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan timbang tara yang pada masa ini berkuat kuasa di dalam Persekutuan dan bagi maksud-maksud seksyen ini, peruntukan- peruntukan Akta atau undang-undang itu hendaklah mengikat Kerajaan. Pelaksanaan obligasi di bawah perjanjian 6. (1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Perlembagaan tetapi walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang-undang sedia ada yang lain, sesuatu perjanjian yang dibuat dengan Bank berkenaan dengan sesuatu peminjaman yang dibenarkan oleh subseksyen 3(1) dan sesuatu bon, nota janji hutang atau surat cara lain yang dikeluarkan menurut perjanjian itu dan sesuatu aku janji yang diberikan berkenaan dengan perjanjian, bon, nota janji hutang atau surat cara itu oleh Kerajaan adalah sah dan boleh dikuatkuasakan dan mempunyai kuat kuasa dan kesan sepenuhnya di dalam Persekutuan mengikut termanya masing-masing. (2) Tanpa menyentuh keluasan peruntukan-peruntukan subseksyen (1)— (a) Menteri boleh memperuntukkan melalui perintah yang disiarkan dalam Warta bahawa apa-apa cukai atau duti yang kena dibayar masing-masing di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53], atau Akta Setem 1949 [Akta 378], hendaklah diremitkan jika peremitan itu perlu *CATATAN—Akta ini telah menggantikan Akta Timbang Tara 1952 [Akta 646]–lihat s. 51 Akta 646. 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 187 untuk menguatkuasakan dengan secukupnya dan sepenuhnya perjanjian, bon, nota janji hutang atau surat cara itu; (b) tiada apa-apa jua peruntukan dalam Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 [Akta 17], boleh terpakai bagi apa-apa transaksi yang diperlukan untuk membuat pembayaran dalam apa-apa mata wang mengikut terma- terma perjanjian, surat cara atau bon itu dalam apa-apa mata wang. (3) Baik Kerajaan mahupun mana-mana agensinya mahupun Bank Negara Malaysia tidak boleh, kecuali sebagaimana yang dipersetujui selainnya antara Menteri dengan Bank, mengadakan apa-apa lien atas mana-mana asetnya sebagai cagaran bagi sesuatu hutang luar negeri melainkan jika diperuntukkan dengan nyata bahawa lien itu akan menjamin pembayaran, dengan cara sama banyak dan mengikut kadar, wang pokok dan caj-caj mengenai sesuatu pinjaman yang diberikan oleh atau sesuatu bon, nota janji hutang atau surat cara yang dikeluarkan menurut sesuatu pinjaman yang diberikan oleh Bank kepada Kerajaan. (4) Dalam subseksyen (3)— “hutang luar negeri” ertinya apa-apa hutang yang kena dibayar dalam apa-apa medium, selain mata wang yang pada masa yang berkenaan itu sah diperlakukan bagi pembayaran hutang persendirian dan hutang awam di dalam Persekutuan sama ada hutang itu kena dibayar secara mutlak atau atas opsyen pemiutang dalam medium yang lain itu; “lien” termasuklah gadai janji, sandaran, gadaian, keistimewaan dan keutamaan daripada apa-apa jenis. Pinjaman (Bank Pembangunan Islam) 9 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 187 AKTA PINJAMAN (BANK PEMBANGUNAN ISLAM) 1977 SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari -TIADA- 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 187 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 187 AKTA PINJAMAN (BANK PEMBANGUNAN ISLAM) 1977 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa Meminda Berkuat kuasa dari -TIADA-
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
187 - AKTA PINJAMAN (BANK PEMBANGUNAN ISLAM) 1977
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in