A1759 - AKTA PERKONGSIAN TERHAD DAN PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD LABUAN (PINDAAN) 2025
This Act amends Labuan partnership law to expand electronic service rules and create beneficial ownership record-keeping, notice, disclosure, inspection, and offence provisions.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of A1759 - AKTA PERKONGSIAN TERHAD DAN PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD LABUAN (PINDAAN) 2025
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
A1759 - AKTA PERKONGSIAN TERHAD DAN PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD LABUAN (PINDAAN) 2025
AI-assisted research summary: This Act amends Labuan partnership law to expand electronic service rules and create beneficial ownership record-keeping, notice, disclosure, inspection, and offence provisions.
Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti 1 Terhad Labuan (Pindaan) UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1759 AKTA PERKONGSIAN TERHAD DAN PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD LABUAN (PINDAAN) 2025 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1759 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 8 April 2025 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 22 April 2025 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti 3 Terhad Labuan (Pindaan) UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1759 AKTA PERKONGSIAN TERHAD DAN PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD LABUAN (PINDAAN) 2025 Suatu Akta untuk meminda Akta Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2010. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas 1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan (Pindaan) 2025. Pindaan seksyen 2 2. Akta Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2010 [Akta 707], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2, dalam takrif “pemastautin”, dengan menggantikan perkataan “menurut seksyen 43 Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 [Akta 17]” dengan perkataan “menurut perenggan 214(6)(a) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758] dan perenggan 225(6)(a) Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 [Akta 759]”. 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1759 Pindaan seksyen 9 3. Subseksyen 9(4) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “di pejabat daftarnya yang terdahulu” perkataan “atau disampaikan melalui cara elektronik kepada alamat atau nombor yang diberikan oleh perkongsian terhad Labuan itu.”. Pindaan seksyen 22 4. Seksyen 22 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (4) dengan subseksyen yang berikut: “(4) Bagi maksud Akta ini, apa-apa proses, dokumen atau notis yang disampaikan di bawah Akta ini hendaklah disifatkan telah disampaikan kepada sesuatu perkongsian terhad Labuan jika proses, dokumen atau notis itu— (a) ditinggalkan pada, atau dihantar melalui pos biasa atau pos berdaftar kepada alamat terakhir pejabat berdaftar perkongsian terhad Labuan itu yang diketahui; atau (b) dihantar melalui cara elektronik kepada alamat atau nombor yang diberikan oleh perkongsian terhad Labuan itu.”. Seksyen baharu 33a 5. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 33 seksyen yang berikut: “Penyampaian proses, dokumen atau notis kepada perkongsian liabiliti terhad Labuan 33a. Apa-apa proses, dokumen atau notis yang disampaikan di bawah Akta ini hendaklah disifatkan telah disampaikan kepada sesuatu perkongsian liabiliti terhad Labuan jika proses, dokumen atau notis itu— (a) ditinggalkan pada, atau dihantar melalui pos biasa atau pos berdaftar kepada alamat terakhir pejabat berdaftar perkongsian liabiliti terhad Labuan itu yang diketahui; atau (b) dihantar melalui cara elektronik kepada alamat atau nombor yang diberikan oleh perkongsian liabiliti terhad Labuan itu.”. Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti 5 Terhad Labuan (Pindaan) Pindaan seksyen 52 6. Seksyen 52 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut: “(1) Apa-apa proses, dokumen atau notis yang disampaikan di bawah Akta ini hendaklah disifatkan telah disampaikan ke atas sesuatu perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf jika proses, dokumen atau notis itu— (a) ditinggalkan pada, atau dihantar melalui pos biasa atau pos berdaftar kepada alamat terakhir pejabat berdaftar perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu yang diketahui; atau (b) dihantar melalui cara elektronik kepada alamat atau nombor yang diberikan oleh perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu.”. Pindaan seksyen 63 7. Subseksyen 63(4) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “pejabat berdaftarnya yang terdahulu” perkataan “atau disampaikan melalui cara elektronik kepada alamat atau nombor yang diberikan oleh perkongsian liabiliti terhad Labuan itu.”. Bahagian baharu IVa 8. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 69 bahagian yang berikut: “Bahagian IVa PEMUNYAAN BENEFISIAL Pemunya benefisial perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf 69a. Dalam Akta ini, “pemunya benefisial” ertinya orang sebenar yang memiliki atau mengawal sesuatu perkongsian 6 Undang-Undang Malaysia AktA A1759 terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf, secara keseluruhan atau sebahagian, melalui pemilikan atau kawalan langsung atau tidak langsung atas sumbangan modal atau hak mengundi atau kepentingan pemilikan lain dalam suatu perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu, atau yang menjalankan kawalan dan pengaruh yang berkesan dalam suatu perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga. Daftar pemunya benefisial perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf 69b. (1) Tiap–tiap perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf hendaklah menyimpan suatu daftar pemunya benefisial perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu dan merekodkan dalam daftar itu— (a) nama penuh, alamat, kewarganegaraan, pengenalan dan tempat kediaman biasa orang yang merupakan pemunya benefisial perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu; (b) tarikh orang itu menjadi seorang pemunya benefisial perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu; (c) tarikh orang itu terhenti daripada menjadi pemunya benefisial perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu; dan (d) apa-apa maklumat lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga. Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti 7 Terhad Labuan (Pindaan) (2) Daftar pemunya benefisial perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf hendaklah disimpan di pejabat berdaftar perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu. (3) Perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf hendaklah memfailkan dengan Lembaga suatu notis tentang apa-apa perubahan kepada butir-butir dalam daftar pemunya benefisial perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu. (4) Apa-apa notis yang dikehendaki di bawah subseksyen (3) hendaklah difailkan dalam masa tiga puluh hari dari tarikh perubahan itu direkodkan dalam daftar pemunya benefisial perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu. (5) Syarikat amanah Labuan yang dilantik oleh perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu hendaklah memegang simpan maklumat orang sebenar yang telah direkodkan dalam daftar pemunya benefisial perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu sebagai pemunya benefisial tetapi kemudiannya terhenti menjadi pemunya benefisial perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu selama enam tahun dari tarikh orang sebenar itu terhenti menjadi seorang pemunya benefisial. (6) Suatu catatan yang berhubungan dengan orang sebenar yang terhenti menjadi pemunya benefisial perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf di bawah subseksyen (5) hendaklah dikeluarkan daripada daftar pemunya benefisial perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu selepas tamat tempoh enam tahun dari tarikh orang sebenar itu terhenti menjadi seorang pemunya benefisial. 8 Undang-Undang Malaysia AktA A1759 (7) Jika suatu perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf mengemukakan maklumat palsu atau mengelirukan atau tidak tepat kepada Lembaga di bawah seksyen ini, perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf, pekongsi atau syarikat amanah Labuan yang dilantik oleh perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. (8) Lembaga hendaklah menentukan bentuk, cara dan takat maklumat yang perlu disimpan di bawah subseksyen (1) dan difailkan di bawah subseksyen (3). (9) Lembaga boleh, melalui notis secara bertulis, mengarahkan suatu perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf untuk memberikan kepada Lembaga dalam suatu tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam notis, maklumat berhubung dengan pemunya benefisial yang disimpan oleh perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu. (10) Daftar pemunya benefisial suatu perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf hendaklah menjadi keterangan prima facie bagi apa-apa perkara yang dimasukkan dalam daftar di bawah Akta ini. (11) Lembaga boleh, berhubung dengan akses kepada daftar pemunya benefisial suatu perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf yang disimpan di pejabat berdaftar suatu perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu atau maklumat pemunyaan benefisial yang diserah simpan dengan Lembaga, menentukan— (a) mana-mana orang yang boleh mengakses daftar pemunya benefisial suatu perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf atau maklumat pemunyaan benefisial; Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti 9 Terhad Labuan (Pindaan) (b) cara dan terma dan syarat bagi mengakses daftar pemunya benefisial suatu perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf atau maklumat pemunyaan benefisial; dan (c) fi bagi pembekalan maklumat pemunyaan benefisial. (12) Seksyen 83 Akta tidak terpakai jika penzahiran atau akses telah ditentukan oleh Lembaga menurut subseksyen (11). (13) Jika terdapat keingkaran dalam mematuhi subseksyen (1), (2), (3), (4), (5), (6) atau (9), suatu perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf, pekongsi atau syarikat amanah Labuan yang dilantik oleh suatu perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf yang ingkar melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini dan boleh dikenakan suatu penalti pentadbiran sebagaimana yang dinyatakan oleh Lembaga. Kuasa perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf untuk menghendaki penzahiran maklumat pemunyaan benefisial 69c. (1) Suatu perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf hendaklah, melalui notis secara bertulis, menghendaki seseorang pekongsi bagi suatu perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf dalam apa-apa masa yang munasabah dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu— (a) untuk memaklumkan perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf sama ada pekongsi itu merupakan pemunya benefisial perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu atau jika pekongsi itu bukan pemunya benefisial perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan 10 Undang-Undang Malaysia AktA A1759 atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu, setakat yang mungkin untuk berbuat demikian, untuk menunjukkan orang itu dengan nama dan dengan butir-butir lain yang mencukupi untuk membolehkan orang itu dikenal pasti sebagai pemunya benefisial perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu; dan (b) untuk memberikan apa-apa maklumat lain sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen 69B(1). (2) Jika suatu perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana orang merupakan pemunya benefisial suatu perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf, perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu hendaklah, melalui notis secara bertulis, menghendaki orang itu dalam apa-apa masa yang munasabah dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu— (a) untuk menyatakan sama ada dia merupakan pemunya benefisial bagi suatu perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf atau jika dia bukan pemunya benefisial perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu, untuk menyatakan sama ada dia mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana orang lain merupakan pemunya benefisial perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu dan untuk memberikan apa-apa butir-butir mengenai orang itu yang dalam pengetahuannya; dan (b) untuk memberikan apa-apa maklumat lain sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen 69B(1). Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti 11 Terhad Labuan (Pindaan) (3) Jika sesuatu perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana pekongsi atau orang mengetahui identiti orang yang merupakan pemunya benefisial perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf, perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu hendaklah, melalui notis secara bertulis, menghendaki pekongsi atau orang itu dalam apa-apa masa yang munasabah dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu— (a) untuk menyatakan sama ada dia mengetahui, atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana orang lain itu merupakan pemunya benefisial perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu dan untuk memberikan apa-apa butir-butir orang itu yang dalam pengetahuannya; dan (b) untuk memberikan apa-apa maklumat lain sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen 69B(1). (4) Apabila suatu perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf menerima maklumat daripada orang yang kepadanya notis itu diberikan di bawah subseksyen (1), (2) atau (3), perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu hendaklah, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh maklumat itu diterima, merekodkan dalam daftar pemunya benefisial perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu— (a) tarikh notis yang menghendaki maklumat itu telah dikeluarkan; dan (b) butir-butir maklumat yang diterima daripada orang itu. 12 Undang-Undang Malaysia AktA A1759 (5) Jika sesuatu perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa suatu perubahan telah berlaku terhadap butir-butir pemunya benefisial perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf yang dinyatakan dalam daftar pemunya benefisial perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu, perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu hendaklah memberikan notis kepada pemunya benefisial perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu— (a) untuk mengesahkan sama ada atau tidak perubahan itu telah berlaku; dan (b) jika perubahan itu telah berlaku— (i) untuk menyatakan tarikh perubahan itu; dan (ii) untuk memberikan butir-butir mengenai perubahan itu. (6) Jika suatu perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa apa-apa butir-butir pemunya benefisial perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf yang dinyatakan dalam daftar pemunya benefisial perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf mungkin tidak betul, perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu hendaklah memberikan notis kepada pemunya benefisial perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu untuk mengesahkan sama ada butir-butir itu adalah betul, dan jika tidak, untuk memberikan butir-butir yang betul. Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti 13 Terhad Labuan (Pindaan) (7) Syarikat amanah Labuan yang dilantik oleh perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf hendaklah memastikan bahawa perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu mematuhi obligasi di bawah seksyen ini. (8) Jika suatu perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf tidak mematuhi seksyen ini, perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf, pekongsi atau syarikat amanah Labuan yang dilantik oleh perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf bolehlah dikenakan suatu penalti pentadbiran sebagaimana yang dinyatakan oleh Lembaga. Kewajipan pemunya benefisial perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf untuk memberikan maklumat 69d. (1) Seseorang yang mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa dia merupakan pemunya benefisial perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf hendaklah dalam masa tiga puluh hari— (a) memberitahu perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu bahawa dia merupakan pemunya benefisial bagi perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu; dan (b) memberikan maklumat sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga. (2) Seseorang yang merupakan pemunya benefisial perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf hendaklah, dalam masa tiga puluh hari, memberitahu perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian 14 Undang-Undang Malaysia AktA A1759 liabiliti terhad yang diiktiraf itu mengenai apa-apa perubahan butir-butirnya dalam daftar pemunya benefisial perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu. (3) Seseorang yang terhenti menjadi pemunya benefisial perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu hendaklah memberitahu perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu, secepat yang dapat dilaksanakan, mengenai perubahan itu dengan menyatakan— (a) tarikh pemberhentian itu berlaku; dan (b) butir-butir pemberhentian itu. (4) Jika berlaku keingkaran pada mematuhi seksyen ini, orang yang ingkar itu melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini. Obligasi perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf untuk menyenggara dan menyimpan maklumat yang kemas kini 69e. (1) Sesuatu perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf hendaklah menyenggara dan menyimpan butir-butir pemunyaan benefisial dalam daftar pemunya benefisial di bawah seksyen 69B yang dikemas kini dari semasa ke semasa. (2) Syarikat amanah Labuan yang dilantik oleh perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf hendaklah memastikan perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu mematuhi obligasi di bawah seksyen ini. (3) Jika sesuatu perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf tidak mematuhi seksyen ini, perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan, perkongsian liabiliti Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti 15 Terhad Labuan (Pindaan) terhad yang diiktiraf, pekongsi atau syarikat amanah Labuan yang dilantik oleh perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf bolehlah dikenakan suatu penalti pentadbiran sebagaimana yang dinyatakan oleh Lembaga. Kuasa Lembaga untuk menjalankan pemeriksaan terhadap daftar pemunya benefisial perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf 69f. Lembaga boleh menjalankan pemeriksaan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 28c Akta Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 1996 terhadap daftar pemunya benefisial yang disimpan oleh perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf di bawah Bahagian ini.”. Pindaan seksyen 77 10. Seksyen 77 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “lima ribu ringgit” dengan perkataan “lima puluh ribu ringgit”. Pindaan seksyen 78 11. Subseksyen 78(3) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “sepuluh ribu ringgit” dengan perkataan “lima puluh ribu ringgit”.
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
A1759 - AKTA PERKONGSIAN TERHAD DAN PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD LABUAN (PINDAAN) 2025
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in