AI-assisted research summary: This Act incorporates the Sister Superior of the Good Shepherd Nuns in Malaysia, gives the corporation property and litigation powers, sets rules for using its seal, and protects certain existing rights.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA Akta 108 AKTA (PERBADANAN) GOOD SHEPHERD NUNS 1973 Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006 DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 SECARA USAHA SAMA DENGAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD 2006 2 Undang-Undang Malaysia AKTA 108 AKTA (PERBADANAN) GOOD SHEPHERD NUNS 1973 Tarikh Perkenan Diraja … … … … 15 Jun 1973 Tarikh penyiaran dalam Warta … … … 21 Jun 1973 CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU Cetakan Semula Yang Pertama … … … … 1994 Cetakan Semula Yang Kedua … … … … 2000 (Perbadanan) Good Shepherd Nuns 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 108 AKTA (PERBADANAN) GOOD SHEPHERD NUNS 1973 SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas 2. Pemerbadanan Sister Superior of the Good Shepherd Nuns di Malaysia 3. Meterai perbadanan bagi Perbadanan 4. Pemberitahuan pelantikan Sister Superior 5. Peletakhakan harta 6. Kecualian hak 4 Undang-Undang Malaysia AKTA 108 (Perbadanan) Good Shepherd Nuns 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 108 AKTA (PERBADANAN) GOOD SHEPHERD NUNS 1973 Suatu Akta bagi memperbadankan Sister Superior of the Good Shepherd Nuns di Malaysia. [22 Jun 1973] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Tajuk ringkas 1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta (Perbadanan) Good Shepherd Nuns 1973. Pemerbadanan Sister Superior of the Good Shepherd Nuns di Malaysia 2. (1) Sister Joan Gormley, Sister Superior of the Good Shepherd Nuns di Malaysia dan pengganti dalam jawatannya yang kemudian, hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan dengan nama “the Sister Superior of the Good Shepherd Nuns, Malaysia”, dalam Akta ini disebut “Perbadanan itu”. (2) Perbadanan itu boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih dan boleh memindahhakkan, memindahkan hakmilik, menyerahhakkan, menyerahkan balik dan memulangkan, menggadaikan, menggadai janji, mendemis, menyerahhakkan semula atau dengan cara lain melupuskan atau membuat apa-apa urusan mengenai mana-mana harta alih atau harta tak alih yang terletak hak pada Perbadanan itu. (3) Perbadanan itu boleh membawa guaman dan dibawa guaman berkenaan dengan hartanya dan selainnya dalam semua mahkamah keadilan dan dalam semua perkara dan guaman. 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 108 Meterai perbadanan bagi Perbadanan 3. (1) Perbadanan itu hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baru sebagaimana yang difikirkan patut oleh Perbadanan itu. (2) Tiada surat ikatan, suratan atau surat cara lain yang dimeteraikan dengan meterai Perbadanan itu boleh disifatkan telah dimeteraikan dengan sepatutnya melainkan jika— (a) meterai itu telah dicapkan di hadapan Sister Superior yang pada masa itu memegang jawatan, atau wakilnya yang diberi kuasa dengan sepatutnya melalui suatu surat kuasa wakil yang didaftarkan di bawah Akta Surat Kuasa Wakil 1949 [Akta 424]; dan (b) surat ikatan, suratan atau surat cara lain itu telah ditandatangani oleh Sister Superior tersebut yang pada masa itu memegang jawatan atau wakilnya yang diberi kuasa sedemikian seperti yang disebut terdahulu. (3) Penandatanganan itu hendaklah menjadi dan dianggap sebagai keterangan yang cukup mengenai pemeteraian sepatutnya akan surat ikatan, suratan atau surat cara yang lain itu. Pemberitahuan pelantikan Sister Superior 4. Suatu pemberitahuan dalam Warta mengenai pelantikan mana- mana orang untuk memegang atau memangku jawatan Sister Superior of the Good Shepherd Nuns di Malaysia hendaklah menjadi keterangan muktamad bahawa orang itu telah diberi kuasa dan dilantik dengan sepatutnya. Peletakhakan harta 5. Segala harta alih dan harta tak alih yang terletak di Malaysia yang sebelum ini dipegang untuk dan oleh, dipindahhakkan, diserahhakkan, diberikan, dipajakkan, dipindahkan hakmilik, dipindahkan kepada atau dengan cara lain diletakhakkan pada Sister Superior of the Good Shepherd Nuns di Malaysia dengan ini diletakhakkan pada Perbadanan itu bagi maksud Akta ini dan tertakluk kepada kaedah-kaedah Perbadanan itu pada masa itu. (Perbadanan) Good Shepherd Nuns 7 Kecualian hak 6. Tiada apa-apa dalam Akta ini boleh menyentuh hak Yang di-Pertuan Agong, Raja atau Yang di-Pertua Negeri atau hak mana- mana pertubuhan politik atau perbadanan atau hak mana-mana orang kecuali sebagaimana yang disebut dalam Akta ini dan orang yang menuntut melalui, daripada atau di bawah mereka. 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 108 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 108 AKTA (PERBADANAN) GOOD SHEPHERD NUNS 1973 SENARAI PINDAAN Undang-Undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari - TIADA - (Perbadanan) Good Shepherd Nuns 9 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 108 AKTA (PERBADANAN) GOOD SHEPHERD NUNS 1973 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari - TIADA -
Referenced legislation
- Akta Surat Kuasa Wakil 1949 [Akta 424]; (unresolved)
- Akta (Perbadanan) Good Shepherd Nuns 1973 (unresolved)
- Akta ini (unresolved)
- AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 (unresolved)
- Akta ini (unresolved)