A1741 - AKTA CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LABUAN (PINDAAN) (NO. 2) 2024
This Act amends the Labuan business activity tax law, including filing deadlines, electronic filing, assessment rules, penalties, and evidence provisions.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of A1741 - AKTA CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LABUAN (PINDAAN) (NO. 2) 2024
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
A1741 - AKTA CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LABUAN (PINDAAN) (NO. 2) 2024
AI-assisted research summary: This Act amends the Labuan business activity tax law, including filing deadlines, electronic filing, assessment rules, penalties, and evidence provisions.
Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) (No. 2) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1741 AKTA CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LABUAN (PINDAAN) (NO. 2) 2024 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1741 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 24 Disember 2024 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 31 Disember 2024 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) (No. 2) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1741 AKTA CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LABUAN (PINDAAN) (NO. 2) 2024 Suatu Akta untuk meminda Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) (No. 2) 2024. (2) Perenggan 2(a), 2(b), 2(c), 2(d), 3(a) dan 3(b), dan seksyen 13, 14, 15, 16, 18, 20, 21, 22, 23, 24, 25, 26, 27, 28 dan 29 mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2025. (3) Perenggan 2(e) mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2025 dan takrif “tempoh asas” dalam subseksyen 2(1) yang dipinda melalui perenggan itu hendaklah berkuat kuasa bagi tahun taksiran 2025 berkenaan dengan tempoh asas yang berakhir dalam tahun 2025 dan tahun-tahun taksiran berikutnya. 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1741 (4) Perenggan 3(c) dan (d), dan seksyen 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12, 17 dan 19 berkuat kuasa bagi tahun taksiran 2025 berkenaan dengan tempoh asas yang berakhir dalam tahun 2025 dan tahun-tahun taksiran berikutnya. Pindaan seksyen 2 2. Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 [Akta 445], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam subseksyen 2(1)— (a) dalam takrif “aktiviti perdagangan Labuan”, dengan memotong perkataan “, operasi perkapalan”; (b) dengan memotong takrif “operasi perkapalan”; (c) dengan memotong takrif “syarikat domestik”; (d) dengan memasukkan selepas takrif “tahun taksiran” takrif yang berikut: ‘ “taksiran” bermaksud apa-apa taksiran atau taksiran tambahan yang dibuat di bawah Akta ini;’; dan (e) dalam takrif “tempoh asas”, dengan menggantikan perkataan “sebaik sebelum” dengan perkataan “berbetulan dengan”. Pindaan seksyen 2b 3. Seksyen 2b Akta ibu dipinda— (a) dalam subperenggan (1)(b)(i)— (i) dalam subsubperenggan (A), dengan memotong perkataan “dan” di hujung subsubperenggan itu; (ii) dalam subsubperenggan (b), dengan menggantikan koma di hujung subsubperenggan itu dengan perkataan “; dan”; dan Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) (No. 2) 5 (iii) dengan memasukkan selepas subsubperenggan (b) subsubperenggan yang berikut: “(C) mematuhi apa-apa syarat berhubung dengan orang yang layak dan wajar bagi pekerja sepenuh masa,”; (b) dalam subperenggan (1)(b)(ii)— (i) dalam subsubperenggan (b), dengan memotong perkataan “dan” di hujung subsubperenggan itu; (ii) dalam subsubperenggan (C), dengan menggantikan koma di hujung subsubperenggan itu dengan perkataan “; dan”; dan (iii) dengan memasukkan selepas subsubperenggan (C) subsubperenggan yang berikut: “(D) mematuhi apa-apa syarat berhubung dengan orang yang layak dan wajar bagi pekerja sepenuh masa,”; (c) dengan menggantikan subseksyen (1b) dengan subseksyen yang berikut: “(1b) Bagi maksud subseksyen (1A), keuntungan yang boleh dikenakan cukai hendaklah keuntungan bersih sebagaimana yang ditunjukkan dalam akaun teraudit berkenaan dengan aktiviti perniagaan Labuan sedemikian bagi entiti Labuan itu bagi tempoh asas bagi tahun taksiran itu.”; dan (d) dalam subseksyen (1C), dengan menggantikan perkataan “perenggan (1b)(a)” dengan perkataan “subseksyen (1b)”. 6 Undang-Undang Malaysia AktA A1741 Penggantian seksyen 5 4. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 5 dengan seksyen yang berikut: “Pemfailan penyata keuntungan entiti Labuan yang dikenakan cukai 5. (1) Suatu entiti Labuan yang menjalankan suatu aktiviti perniagaan Labuan yang subseksyen 2b(1A) atau seksyen 4 terpakai hendaklah bagi setiap tahun taksiran mengemukakan kepada Ketua Pengarah suatu penyata keuntungan dalam borang yang ditetapkan dalam tempoh tujuh bulan dari tarikh berikutan penutupan tempoh perakaunan yang merupakan tempoh asas bagi tahun taksiran itu. (2) Borang yang ditetapkan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pengarah melalui medium elektronik atau dengan cara penghantaran elektronik mengikut seksyen 21C. (3) Bagi maksud seksyen ini, suatu penyata keuntungan bagi suatu tahun taksiran hendaklah— (a) menyatakan keuntungan yang boleh dikenakan cukai bagi tahun taksiran itu; dan (b) mengandungi butir-butir sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah.”. Pindaan seksyen 6 5. Seksyen 6 Akta ibu dipinda— (a) dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut: “(1) Jika suatu entiti Labuan telah mengemukakan suatu penyata keuntungan bagi suatu tahun taksiran mengikut seksyen 5, Ketua Pengarah hendaklah disifatkan telah membuat, pada hari penyata keuntungan Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) (No. 2) 7 itu dikemukakan, suatu taksiran berkenaan dengan entiti Labuan itu dalam amaun cukai ke atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai, cukai itu dan keuntungan yang boleh dikenakan cukai adalah amaun masing-masing sebagaimana yang dinyatakan dalam penyata keuntungan.”; dan (b) dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut: “(1A) Bagi maksud Akta ini, jika Ketua Pengarah disifatkan telah membuat suatu taksiran di bawah subseksyen (1)— (a) penyata keuntungan yang disebut dalam subseksyen itu hendaklah disifatkan sebagai suatu notis taksiran; dan (b) notis taksiran itu hendaklah disifatkan telah disampaikan kepada entiti Labuan pada hari Ketua Pengarah disifatkan telah membuat taksiran itu.”. Pindaan seksyen 6a 6. Subseksyen 6A(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “seksyen 6” dengan perkataan “subseksyen 6(2), (3) atau (4)”. Pindaan seksyen 6b 7. Seksyen 6b Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan “seksyen 6” dengan perkataan “subseksyen 6(2), (3) atau (4)”; (b) dengan menggantikan perkataan “melalui pos” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “melalui pos biasa atau berdaftar”; dan 8 Undang-Undang Malaysia AktA A1741 (c) dalam subseksyen (3)— (i) dalam perenggan (a), dengan memasukkan selepas perkataan “cukai yang dikenakan” perkataan “ke atasnya, atau amaun cukai atau cukai tambahan, mengikut mana-mana yang berkenaan”; dan (ii) dalam subperenggan (c)(ii), dengan menggantikan perkataan “subseksyen 13A(2)” dengan perkataan “subseksyen 11(4) atau (5)”. Pindaan seksyen 8a 8. Subseksyen 8A(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “cukai yang dikenakan di bawah seksyen 4” dengan perkataan “cukai yang dikenakan di bawah subseksyen 2b(1A) atau seksyen 4”. Penggantian seksyen 10 9. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 10 dengan seksyen yang berikut: “Pemfailan penyata keuntungan entiti Labuan yang tidak dikenakan cukai 10. (1) Suatu entiti Labuan yang menjalankan suatu aktiviti perniagaan Labuan yang merupakan aktiviti bukan perdagangan Labuan yang subseksyen 9(1) terpakai hendaklah bagi setiap tahun taksiran mengemukakan kepada Ketua Pengarah suatu penyata keuntungan dalam borang yang ditetapkan dalam tempoh tujuh bulan dari tarikh berikutan penutupan tempoh perakaunan yang merupakan tempoh asas bagi tahun taksiran itu. (2) Borang yang ditetapkan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pengarah melalui medium elektronik atau dengan cara penghantaran elektronik mengikut seksyen 21C. Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) (No. 2) 9 (3) Bagi maksud seksyen ini, suatu penyata keuntungan bagi suatu tahun taksiran hendaklah— (a) menyatakan keuntungan bersih sebagaimana yang ditunjukkan dalam akaun teraudit berkenaan dengan aktiviti bukan perdagangan Labuan itu bagi tempoh asas bagi tahun taksiran itu; dan (b) mengandungi butir-butir sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah.”. Penggantian seksyen 11 10. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 11 dengan seksyen yang berikut: “Pembayaran cukai 11. (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (2), cukai yang kena dibayar di bawah suatu taksiran bagi suatu tahun taksiran hendaklah menjadi genap masa dan kena dibayar pada tarikh genap masa sama ada orang itu merayu terhadap taksiran itu atau tidak. (2) Jika suatu taksiran dibuat di bawah subseksyen 6(2), (3) atau (4), atau jika suatu taksiran dinaikkan di bawah subseksyen 101(2) Akta Cukai Pendapatan 1967, cukai yang kena dibayar di bawah taksiran atau taksiran tambahan hendaklah, atas penyampaian notis taksiran atau taksiran tambahan, mengikut mana-mana yang berkenaan, menjadi genap masa dan kena dibayar ke atas orang yang ditaksir di tempat yang dinyatakan dalam notis itu sama ada orang itu merayu ke atas taksiran atau taksiran tambahan itu atau tidak. (3) Tertakluk pada subseksyen (5), jika apa-apa cukai yang genap masa dan kena dibayar di bawah subseksyen (1) tidak dibayar pada tarikh genap masa, sekian banyak cukai yang tidak dibayar apabila tamat tarikh itu hendaklah, tanpa apa-apa notis lanjut disampaikan, dinaikkan sebanyak jumlah yang sama dengan sepuluh peratus daripada cukai yang tidak dibayar itu, dan jumlah itu hendaklah didapatkan seolah-olah jumlah itu ialah cukai genap masa dan kena dibayar di bawah Akta ini. 10 Undang-Undang Malaysia AktA A1741 (4) Tertakluk pada subseksyen (5), jika apa-apa cukai yang genap masa dan kena dibayar di bawah subseksyen (2) tidak dibayar dalam tempoh tiga puluh hari selepas penyampaian notis itu, sekian banyak cukai yang tidak dibayar apabila tamat tempoh itu hendaklah, tanpa apa-apa notis lanjut disampaikan, dinaikkan sebanyak jumlah yang sama dengan sepuluh peratus daripada cukai yang tidak dibayar itu, dan jumlah itu hendaklah didapatkan seolah-olah jumlah itu ialah cukai yang genap masa dan kena dibayar di bawah Akta ini. (5) Jika apa-apa cukai yang kena dibayar mengikut subseksyen (1) atau (2), Ketua Pengarah boleh membenarkan cukai itu dibayar secara ansuran sebanyak apa-apa amaun dan pada tarikh sedemikian sebagaimana yang ditentukan olehnya dan sekiranya berlaku keingkaran dalam pembayaran mana-mana satu ansuran pada tarikh yang ditetapkan untuk pembayaran, baki cukai yang belum dijelaskan menjadi tertunggak hendaklah menjadi genap masa dan kena dibayar pada tarikh itu dan hendaklah, tanpa apa-apa notis lanjut disampaikan, dinaikkan sebanyak jumlah yang sama dengan sepuluh peratus daripada baki cukai itu, dan jumlah itu hendaklah didapatkan seolah-olah jumlah itu ialah cukai yang genap masa dan kena dibayar di bawah Akta ini. (6) Walau apa pun subseksyen di atas, Ketua Pengarah boleh menurut budi bicaranya kerana apa-apa sebab yang baik yang diberikan meremitkan kesemua atau mana-mana bahagian daripada jumlah kenaikan di bawah subseksyen (3), (4) atau (5) dan, jika jumlah yang diremitkan telah dibayar, Ketua Pengarah hendaklah membayar balik amaun itu. (7) Bagi maksud seksyen ini, “tarikh genap masa” ertinya hari terakhir bulan ketujuh dari tarikh berikutan penutupan tempoh perakaunan yang merupakan tempoh asas bagi tahun taksiran itu.”. Pemotongan seksyen 13 11. Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 13. Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) (No. 2) 11 Pemotongan seksyen 13a 12. Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 13A. Pindaan seksyen 14 13. Seksyen 14 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut: “(1A) Dalam mana-mana prosiding di bawah seksyen ini, mahkamah tidak boleh melayani apa-apa hujah bahawa amaun cukai yang hendak didapatkan itu adalah berlebihan, ditaksir dengan tidak betul, dalam rayuan atau dinaikkan dengan tidak betul di bawah subseksyen 11(3), (4) atau (5).”. Pindaan seksyen 20 14. Subseksyen 20(1) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “kecuali bagi maksud Akta ini” perkataan “atau dengan kuasa bertulis daripada Menteri”. Pindaan seksyen 21 15. Subseksyen 21(1) Akta ibu dipinda— (a) dalam perenggan (b), dengan menggantikan noktah di hujung perenggan itu dengan koma bernoktah; dan (b) dengan memasukkan selepas perenggan (b) perenggan yang berikut: “(c) menyediakan skop dan tatacara yang terpakai berhubung dengan apa-apa ketetapan yang dibuat di bawah seksyen 17b; dan (d) menetapkan fi yang dikenakan berhubung dengan apa-apa ketetapan yang dibuat di bawah seksyen 17b.”. 12 Undang-Undang Malaysia AktA A1741 Pindaan seksyen 21b 16. Seksyen 21b Akta ibu dipinda— (a) dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut: “(1) Walau apa pun apa-apa undang-undang bertulis lain, jika dalam mana-mana prosiding di bawah Akta ini suatu rekod elektronik bagi— (a) mana-mana borang yang ditetapkan dikemukakan melalui medium elektronik atau dengan cara penghantaran elekronik di bawah seksyen 21C; atau (b) mana-mana dokumen lain yang disimpan atau diterima oleh atau disampaikan kepada Ketua Pengarah melalui medium elektronik atau dengan cara penghantaran elektronik, rekod elektronik atau salinan atau cetakan rekod elektronik itu hendaklah boleh diterima sebagai keterangan mengenai fakta yang dinyatakan atau terkandung dalamnya: Dengan syarat bahawa rekod elektronik atau salinan atau cetakan rekod elektronik itu— (i) diperakui oleh Ketua Pengarah sebagai mengandungi semua atau mana-mana maklumat yang dikemukakan, disimpan, disampaikan atau diterima melalui medium elektronik atau dengan cara penghantaran elektronik di bawah seksyen ini; atau (ii) selainnya disahkan mengikut cara yang diperuntukkan dalam Akta Keterangan 1950 [Akta 56] bagi pengesahan dokumen yang dikeluarkan oleh komputer.”; dan Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) (No. 2) 13 (b) dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut: “(2) Jika rekod elektronik bagi mana-mana borang yang ditetapkan atau dokumen, atau salinan atau cetakan rekod elektronik itu boleh diterima di bawah subseksyen (1), ia hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, bahawa rekod elektronik atau salinan atau cetakan rekod elektronik itu mengeluarkan semula dengan tepat kandungan borang yang ditetapkan atau dokumen itu.”. Seksyen baharu 21c 17. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 21b seksyen yang berikut: “Medium elektronik 21c. (1) Mana-mana orang— (a) hendaklah, jika dikehendaki di bawah Akta ini; atau (b) boleh, jika dibenarkan oleh Ketua Pengarah, mengemukakan mana-mana borang yang ditetapkan melalui medium elektronik atau dengan cara penghantaran elektronik. (2) Bagi maksud subseksyen (1), syarat dan spesifikasi yang di bawahnya mana-mana borang yang ditetapkan kena dikemukakan hendaklah sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah. (3) Bagi maksud subseksyen (1), seseorang boleh memberikan kebenaran secara bertulis kepada ejen cukai untuk mengemukakan bagi pihaknya mana-mana borang yang ditetapkan mengikut cara yang diperuntukkan di bawah subseksyen (1). (4) Suatu borang yang ditetapkan yang dikemukakan mengikut subseksyen (3) bagi pihak mana-mana orang hendaklah dianggap telah dikemukakan dengan kebenaran orang itu, sehingga dibuktikan sebaliknya, dan orang itu hendaklah disifatkan menyedari kandungannya itu. 14 Undang-Undang Malaysia AktA A1741 (5) Jika subseksyen (3) terpakai— (a) orang yang memberikan kebenaran kepada ejen cukai hendaklah membuat suatu akuan dalam borang yang ditetapkan di bawah Akta ini dengan menyatakan bahawa— (i) ejen cukai itu dibenarkan untuk mengemukakan borang yang ditetapkan kepada Ketua Pengarah bagi pihaknya; dan (ii) maklumat yang diberikan olehnya kepada ejen cukai bagi penyediaan borang yang ditetapkan itu adalah benar dan betul; (b) ejen cukai itu hendaklah membuat suatu akuan dalam borang yang ditetapkan yang dikemukakan mengikut subseksyen (1) yang menyatakan bahawa— (i) borang yang ditetapkan itu disediakan mengikut maklumat yang diberikan oleh orang itu; dan (ii) dia telah menerima suatu akuan yang dibuat oleh orang itu di bawah perenggan (a); (c) orang itu hendaklah menyimpan dan mengekalkan dalam jagaan selamat borang yang ditetapkan itu yang merupakan salinan cetak borang yang ditetapkan yang dikemukakan itu dan salinan cetak itu hendaklah dibuat di bawah proses dan tatacara yang dibangunkan untuk memastikan maklumat yang terkandung dalam borang yang ditetapkan itu hendaklah menjadi satu-satunya maklumat yang dikemukakan mengikut seksyen ini; (d) salinan cetak yang disebut dalam perenggan (c) hendaklah ditandatangani oleh orang itu; dan (e) salinan cetak yang ditandatangani di bawah perenggan (d) dan akuan yang dibuat di bawah perenggan (a) hendaklah disimpan dan dikekalkan bagi tempoh tujuh tahun dari tamat tahun taksiran yang borang yang ditetapkan itu dikemukakan. Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) (No. 2) 15 (6) Mana-mana borang yang ditetapkan yang disebut dalam subseksyen (1) disifatkan telah dikemukakan oleh orang itu kepada Ketua Pengarah pada tarikh yang suatu perakuan penerimaan borang yang ditetapkan itu dihantar secara elektronik oleh Ketua Pengarah kepada orang itu.”. Pindaan seksyen 22da 18. Subseksyen 22dA(8) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “tiga hari dari tarikh” dengan perkataan “tujuh puluh dua jam dari masa”. Seksyen baharu 22eb 19. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 22eA seksyen yang berikut: “Kewajipan untuk memberikan maklumat dan mengemukakan dokumen untuk menentukan keuntungan yang boleh dikenakan cukai dan cukai yang kena dibayar 22eb. (1) Jika seseorang telah mengemukakan kepada Ketua Pengarah penyata keuntungan mengikut seksyen 5 atau 10, orang itu hendaklah memberikan maklumat dan mengemukakan dokumen sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah bagi maksud menentukan keuntungan yang boleh dikenakan cukai dan cukai yang kena dibayar atau keuntungan bersihnya, mengikut mana-mana yang berkenaan, melalui medium elektronik atau dengan cara penghantaran elektronik dalam tempoh tiga puluh hari selepas tarikh genap masa pengemukaan penyata keuntungan itu. (2) Bagi maksud subseksyen (1), seksyen 21C hendaklah terpakai dengan mana-mana ubah suaian yang perlu.”. 16 Undang-Undang Malaysia AktA A1741 Penggantian seksyen 23 20. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 23 dengan seksyen yang berikut: “Kesalahan dan penalti 23. (1) Mana-mana orang yang— (a) tidak mengemukakan butir-butir yang betul sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah di bawah perenggan 5(3)(b) atau 10(3)(b); (b) tidak mematuhi notis yang diberikan di bawah seksyen 22b, 22C atau subseksyen 22d(5); atau (c) melanggar seksyen 22eb, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit dan tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. (2) Jika seseorang telah disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1), mahkamah boleh membuat perintah selanjutnya bahawa orang itu hendaklah mematuhi peruntukan berkaitan Akta ini yang di bawahnya kesalahan itu telah dilakukan dalam tempoh tiga puluh hari, atau tempoh lain yang difikirkan patut oleh mahkamah, dari tarikh perintah itu dibuat.”. Seksyen baharu 23a, 23b dan 23c 21. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 23 seksyen yang berikut: “Keingkaran mengemukakan penyata keuntungan 23a. (1) Mana-mana orang yang ingkar dalam mengemukakan suatu penyata keuntungan mengikut seksyen 5 atau 10 berkenaan dengan mana-mana satu tahun taksiran melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit dan tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) (No. 2) 17 (2) Dalam mana-mana pendakwaan di bawah subseksyen (1), beban bagi membuktikan bahawa suatu penyata keuntungan telah dibuat hendaklah terletak atas orang tertuduh. (3) Jika seseorang telah disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1), mahkamah boleh membuat perintah selanjutnya bahawa orang itu hendaklah mematuhi peruntukan berkaitan Akta ini yang di bawahnya kesalahan itu telah dilakukan dalam tempoh tiga puluh hari, atau tempoh lain yang difikirkan patut oleh mahkamah, dari tarikh perintah itu dibuat. (4) Jika berhubung dengan suatu tahun taksiran seseorang ingkar dalam mengemukakan suatu penyata keuntungan mengikut seksyen 5 atau 10 dan tiada pendakwaan di bawah subseksyen (1) telah dimulakan berhubung dengan keingkaran itu— (a) Ketua Pengarah boleh menghendaki orang itu membayar penalti bersamaan dengan tiga kali ganda amaun cukai itu yang, sebelum apa-apa pembayaran balik di bawah Akta ini, yang kena dibayar bagi tahun itu; dan (b) jika orang itu membayar penalti itu, atau jika penalti itu dikurangkan atau diremit di bawah subseksyen 24(5), sekian banyak, jika ada, daripada penalti yang tidak dikurangkan atau diremit itu, dia tidak boleh dipertuduhkan atas fakta yang sama dengan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1). (5) Ketua Pengarah boleh menghendaki mana–mana orang untuk membayar suatu amaun tambahan penalti mengikut subseksyen (4) berkenaan dengan apa-apa cukai tambahan yang kena dibayar oleh orang itu bagi suatu tahun taksiran. Penalti bagi penyata keuntungan dan maklumat yang tidak betul 23b. (1) Mana-mana orang yang— (a) membuat suatu penyata keuntungan yang tidak betul dengan meninggalkan atau memberi angka yang rendah mana-mana keuntungan bersih yang dia dikehendaki oleh Akta ini untuk membuat suatu penyata keuntungan bagi pihak dirinya atau seorang lain; atau 18 Undang-Undang Malaysia AktA A1741 (b) memberi apa-apa maklumat yang tidak betul berhubung dengan apa-apa perkara mengenai pengenaan cukai dirinya atau pengenaan cukai mana-mana orang lain, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit dan tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. (2) Jika seseorang— (a) membuat suatu penyata keuntungan yang tidak betul dengan meninggalkan atau memberi angka yang rendah mana-mana keuntungan bersih yang dia dikehendaki oleh Akta ini untuk membuat suatu penyata keuntungan bagi pihak dirinya atau seorang lain; atau (b) memberi apa-apa maklumat yang tidak betul berhubung dengan apa-apa perkara mengenai pengenaan cukai dirinya atau pengenaan cukai mana-mana orang lain, maka, jika tiada pendakwaan di bawah subseksyen (1) dimulakan berkenaan dengan penyata keuntungan atau maklumat yang tidak betul itu, Ketua Pengarah boleh menghendaki orang itu membayar penalti yang sama dengan amaun cukai yang telah terkurang dikenakan akibat penyata keuntungan atau maklumat yang tidak betul itu atau yang telah terkurang dikenakan jika penyata keuntungan atau maklumat telah diterima sebagai betul; dan, jika orang itu membayar penalti itu, atau jika penalti dikurangkan atau diremitkan di bawah subseksyen 24(5), sekian banyak, jika ada, penalti yang belum dikurangkan atau diremitkan, dia tidak boleh dipertuduhkan atas fakta yang sama dengan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1). Mendapatkan penalti 23c. Apa-apa penalti yang dikenakan ke atas mana-mana orang di bawah subseksyen 23A(4), 23A(5) atau 23b(2) hendaklah dipungut seolah-olah penalti itu sebahagian daripada cukai yang kena dibayar oleh orang itu, tetapi tidak boleh dianggap sebagai cukai yang kena dibayar bagi maksud mana-mana peruntukan Akta ini selain seksyen 11, 13b dan 14.”. Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) (No. 2) 19 Pindaan seksyen 24 22. Seksyen 24 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan “seksyen 22 atau 23” dengan perkataan “seksyen 22, 22eA, 23 atau 23A”; dan (b) dengan memasukkan selepas subseksyen (4) subseksyen yang berikut: “(5) Ketua Pengarah boleh mengurangkan atau meremitkan mana-mana penalti yang dikenakan di bawah Akta ini kecuali penalti yang dikenakan apabila disabitkan.”. Pemotongan seksyen 25 23. Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 25. Pindaan seksyen 26 24. Seksyen 26 Akta ibu dipinda dalam teks bahasa Inggeris dengan menggantikan perkataan “that company” dengan perkataan “that entity”. Pindaan seksyen 27 25. Seksyen 27 Akta ibu dipinda— (a) dengan menggantikan perkataan “seksyen 6” dengan perkataan “subseksyen 6(2), (3) atau (4)”; (b) dengan memotong perkataan “atau notis tuntutan yang dikeluarkan di bawah seksyen 13”; dan (c) dengan menggantikan perkataan “dengan pos” dengan perkataan “dengan pos biasa”. 20 Undang-Undang Malaysia AktA A1741 Seksyen baharu 27a, 27b dan 27c 26. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 27 seksyen yang berikut: “Peruntukan mengenai keterangan 27a. (1) Dalam suatu guaman di bawah seksyen 14, pengemukaan suatu perakuan yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah memberi nama dan alamat defendan dan amaun cukai yang genap masa untuk dibayar olehnya menjadi keterangan yang cukup mengenai amaun yang genap masa untuk dibayar itu dan juga kuasa yang cukup bagi mahkamah membuat hukuman bagi amaun itu. (2) Dalam prosiding jenayah atau sivil di bawah Akta ini apa-apa kenyataan yang berupa sebagai ditandatangani oleh Ketua Pengarah atau pegawai diberi kuasa yang merupakan sebahagian daripada atau dilampirkan kepada maklumat, aduan atau pernyataan tuntutan, hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, menjadi bukti apa-apa fakta yang dinyatakan di dalamnya: Dengan syarat bahawa subseksyen ini tidak terpakai bagi— (a) pernyataan tentang niat orang yang dituduh atau defendan lain; atau (b) prosiding bagi suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan. (3) Suatu transkrip bagi apa-apa butir-butir yang terkandung dalam suatu penyata atau dokumen lain yang berhubungan dengan cukai, jika transkrip itu diperakui oleh Ketua Pengarah atau pegawai diberi kuasa sebagai suatu salinan butir-butir yang benar, hendaklah diterima sebagai keterangan sebagai bukti butir-butir tersebut. (4) Tiada pernyataan yang dibuat atau dokumen yang dikemukakan oleh atau bagi pihak seseorang boleh menjadi tidak boleh diterima sebagai keterangan terhadap orang itu dalam mana-mana prosiding terhadapnya bagi suatu kesalahan di bawah seksyen 23A atau 23b, atau tuntutan bagi apa-apa jumlah tertunggak sebagai cukai atau penalti, dengan alasan Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) (No. 2) 21 hanya oleh sebab fakta bahawa dia telah atau mungkin telah didorong untuk membuat pernyataan atau mengemukakan dokumen itu dengan apa-apa dorongan atau janji yang sah daripada Ketua Pengarah atau pegawai diberi kuasa. (5) (a) Kecuali sebagaimana diperuntukkan dalam perenggan (b), tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh— (i) menyentuh penjalanan kuat kuasa Bab IX Bahagian III Akta Keterangan 1950; atau (ii) ditafsirkan sebagai menghendaki atau membenarkan mana-mana orang mengemukakan atau memberi kepada mahkamah, Pesuruhjaya Khas, Ketua Pengarah atau mana-mana orang lain apa-apa dokumen, benda atau maklumat yang menurut Bab atau peruntukan itu orang itu tidak akan dikehendaki atau dibenarkan mengemukakan atau memberi kepada mahkamah. (b) Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang lain, jika apa-apa dokumen, benda, perkara, maklumat, perhubungan atau pemberitahuan terdiri sepenuhnya atau sebahagiannya daripada, atau berhubungan sepenuhnya atau sebahagiannya dengan, resit, pembayaran, pendapatan, perbelanjaan, atau transaksi atau urusan kewangan seseorang, sama ada seorang peguam bela dan peguam cara, pelanggannya atau mana-mana orang lain, ia tidaklah terlindung daripada penzahiran kepada sesuatu mahkamah, Pesuruhjaya Khas, Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa jika ia terkandung dalam, atau meliputi kesemua atau sebahagian daripada, apa-apa buku, akaun, pernyataan, atau rekod lain yang disediakan atau disimpan oleh mana-mana pengamal atau firma pengamal berkenaan dengan mana-mana pelanggan atau pelanggan pengamal atau pelanggan firma pengamal itu atau mana-mana orang lain. 22 Undang-Undang Malaysia AktA A1741 (c) Perenggan (b) hendaklah juga terpakai berkenaan dengan mana-mana dokumen, benda, perkara, maklumat, perhubungan atau pemberitahuan yang dibuat atau diwujudkan sebelum permulaan kuat kuasa perenggan itu. Kesalahan dan kecacatan dalam taksiran, notis dan dokumen lain 27b. (1) Tiada apa-apa jua taksiran, notis atau dokumen lain yang berupa sebagai dibuat atau dikeluarkan bagi maksud Akta ini boleh dibatalkan atau disifatkan sebagai tidak sah atau boleh ditidaksahkan oleh sebab ia tidak mengikut bentuk, atau terjejas oleh apa-apa kesilapan, kecacatan atau peninggalan di dalamnya, jika ia pada isi dan natijahnya adalah menepati Akta ini atau mengikut tujuan dan erti Akta ini dan— (a) dalam hal suatu taksiran, orang yang ditaksirkan itu atau dimaksudkan untuk ditaksir atau terjejas olehnya ditetapkan mengikut niat dan persefahaman bersama; dan (b) dalam apa-apa cara yang lain, orang yang kepadanya ia dialamatkan dan mana-mana orang lain yang disebut di dalamnya ditetapkan sedemikian. (2) Suatu taksiran yang berupa sebagai dibuat atau dikeluarkan bagi maksud Akta ini tidak boleh dicabar atau terjejas oleh sebab sesuatu kesilapan di dalamnya tentang— (a) nama orang yang dikenakan cukai; (b) perihal apa-apa pendapatan; atau (c) amaun keuntungan yang boleh dikenakan cukai yang ditaksir atau cukai yang dikenakan, dan suatu notis taksiran yang berupa sebagai dibuat atau dikeluarkan tidak boleh dicabar atau terjejas oleh sebab apa-apa kesilapan jika ia disampaikan kepada orang itu berkenaan dengan orang yang kepadanya taksiran itu dibuat atau dicadang hendak dibuat dan mengandungi pada isi dan natijahnya butir-butir yang terkandung dalam taksiran itu. Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) (No. 2) 23 (3) Walau apa pun subseksyen (2), jika amaun cukai yang dikenakan dengan suatu taksiran telah dikira dengan tidak betul mengikut amaun keuntungan yang dikenakan cukai dan kadar cukai yang sesuai yang terpakai baginya, amaun cukai yang dikenakan sebagaimana yang ditunjukkan dalam taksiran dan notis taksiran itu boleh, jika Ketua Pengarah mengarahkan sedemikian, dianggap sebagai amaun cukai yang sepatutnya dikenakan jika ia telah dikira dengan betul. (4) Suatu notis cukai kena dibayar yang berupa sebagai dikeluarkan bagi maksud Akta ini tidak boleh dicabar oleh sebab kesilapan di dalamnya mengenai nama orang yang bertanggungan untuk membayar cukai jika notis itu disampaikan kepada orang itu. Pengesahan notis, perakuan dan dokumen lain 27c. (1) Tertakluk pada subseksyen (2), tiap-tiap notis, perakuan atau dokumen lain yang dikeluarkan, disampaikan atau diberikan bagi maksud Akta ini oleh Ketua Pengarah atau seseorang pegawai yang diberi kuasa disahkan dengan cukupnya jika nama dan pejabat Ketua Pengarah dicetak, dicap atau secara lain ditulis di atasnya. (2) Jika Akta ini memperuntukkan supaya suatu notis, perakuan atau dokumen lain ditandatangani oleh mana-mana pegawai, notis, perakuan atau dokumen itu hendaklah ditandatangani dalam manuskrip oleh pegawai itu. (3) Suatu notis, perakuan atau dokumen lain yang dikeluarkan, dibuat, disampaikan atau diberikan bagi maksud Akta ini dan yang berupa sebagai ditandatangani dalam manuskrip oleh Ketua Pengarah atau seorang pegawai yang diberi kuasa hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, sebagai telah ditandatangani sedemikian.”. Pemakaian seksyen 28 dan 29 27. Jika terdapat apa-apa ketidakselarasan antara seksyen 28 dan 29 Akta ini dengan mana-mana peruntukan dalam Akta ibu, peruntukan Akta ibu hendaklah terbatal setakat ketidakselarasan itu. 24 Undang-Undang Malaysia AktA A1741 Tahun taksiran 2025 28. (1) Pada tahun 2025, hendaklah ada dua tahun taksiran iaitu— (a) tahun taksiran 2025 berkenaan dengan tempoh asas yang berakhir pada tahun 2024 (asas tahun sebelumnya); dan (b) tahun taksiran 2025 berkenaan dengan tempoh asas yang berakhir pada tahun 2025 (asas tahun semasa). (2) Tahun taksiran 2025 berasaskan tahun semasa hendaklah merupakan tahun taksiran berasingan yang mengikuti tahun taksiran 2025 berasaskan tahun sebelumnya. Peruntukan kecualian dan peralihan 29. (1) Jika mana-mana entiti Labuan dikenakan cukai berasaskan tahun sebelumnya di bawah Akta ibu sebelum tarikh mula berkuat kuasanya pindaan Akta ini, maka entiti Labuan itu hendaklah terus dikenakan cukai sedemikian. (2) Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menyentuh mana-mana tanggungan seseorang untuk didakwa atau dihukum bagi mana-mana kesalahan atau pelanggaran yang dilakukan di bawah Akta ibu atau mana-mana prosiding yang diwujudkan, hukuman yang dikenakan atau tindakan yang diambil, sebelum tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini berkenaan dengan kesalahan atau pelanggaran itu. (3) Apa-apa hak, keistimewaan, obligasi atau tanggungan yang diperoleh, terakru atau ditanggung sebelum tarikh kuat kuasa Akta ini atau apa-apa prosiding undang-undang, remedi atau penyiasatan berkenaan dengan hak, keistimewaan, obligasi atau tanggungan itu tidaklah tersentuh oleh Akta ini dan hendaklah terus berkuat kuasa seolah-olah Akta ini tidak pernah diperbuat. (4) Apa-apa pengkompaunan kesalahan di bawah seksyen 24 Akta ibu sedia ada yang masih belum selesai sebelum tarikh berkuat kuasanya Akta ini hendaklah, pada atau selepas tarikh berkuat kuasanya Akta ini, terus sah dan hendaklah diuruskan di bawah seksyen 24 Akta ibu seolah-olah seksyen 24 Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
A1741 - AKTA CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LABUAN (PINDAAN) (NO. 2) 2024
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in