A1731 - AKTA KETERANGAN SAKSI KANAK-KANAK (PINDAAN) 2024
This Act amends the Child Witness Evidence Act 2007 and sets rules for child witness testimony, including competence, unsworn evidence, case-management directions, and treatment of video evidence.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of A1731 - AKTA KETERANGAN SAKSI KANAK-KANAK (PINDAAN) 2024
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
A1731 - AKTA KETERANGAN SAKSI KANAK-KANAK (PINDAAN) 2024
AI-assisted research summary: This Act amends the Child Witness Evidence Act 2007 and sets rules for child witness testimony, including competence, unsworn evidence, case-management directions, and treatment of video evidence.
Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1731 AKTA KETERANGAN SAKSI KANAK-KANAK (PINDAAN) 2024 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1731 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 23 Oktober 2024 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 1 November 2024 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1731 AKTA KETERANGAN SAKSI KANAK-KANAK (PINDAAN) 2024 Suatu Akta untuk meminda Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2024. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Pindaan tajuk panjang 2. Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 [Akta 676], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dengan menggantikan tajuk panjang dengan tajuk panjang yang berikut: “Suatu Akta yang berhubungan dengan keterangan saksi kanak-kanak.”. 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1731 Pindaan seksyen 2 3. Seksyen 2 Akta ibu dipinda dalam takrif “saksi kanak-kanak” dengan memotong perkataan “seorang tertuduh atau”. Bahagian baharu Ia dan Ib 4. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 2 bahagian yang berikut: “Bahagian ia KEKOMPETENAN SAKSI KANAK-KANAK, KETERANGAN SAKSI KANAK-KANAK YANG DIBERIKAN DENGAN SUMPAH ATAU SELAINNYA DAN KETERANGAN TANPA SOKONGAN SAKSI KANAK-KANAK Kekompetenan saksi kanak-kanak 2a. (1) Semua saksi kanak-kanak hendaklah dianggap kompeten untuk memberikan keterangan dalam mana-mana prosiding. (2) Seseorang saksi kanak-kanak tidak kompeten untuk memberikan keterangan dalam suatu prosiding jika Mahkamah mendapati, berdasarkan inkuiri yang dijalankan di bawah seksyen 2c, bahawa saksi kanak-kanak itu tidak boleh memahami soalan yang dikemukakan kepadanya atau memberikan jawapan yang rasional kepada soalan yang dikemukakan kepadanya dalam prosiding itu. Keterangan saksi kanak-kanak yang diberikan dengan sumpah atau selainnya 2b. (1) Seseorang saksi kanak-kanak hendaklah memberikan keterangan dengan sumpah dalam suatu prosiding jika dia telah mencapai umur dua belas tahun dan memahami sifat sumpah. Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 5 (2) Saksi kanak-kanak yang belum mencapai umur dua belas tahun atau tidak memahami sifat sumpah boleh memberikan keterangan tanpa sumpah dalam suatu prosiding dan Mahkamah hendaklah, sebelum saksi kanak-kanak itu memberikan keterangan, memaklumkan saksi kanak-kanak itu bahawa dia mempunyai kewajipan untuk bercakap benar dan menghendaki saksi kanak-kanak itu berjanji untuk bercakap benar. (3) Apabila seseorang saksi kanak-kanak memberikan keterangan dalam suatu prosiding dan semasa memberikan keterangannya saksi kanak-kanak itu mencapai umur dua belas tahun, dia boleh terus memberikan keterangannya dengan syarat bahawa dia mengangkat sumpah dan kegagalannya untuk mengangkat sumpah apabila mencapai umur dua belas tahun tidak menjadikan keterangannya tidak boleh diterima. (4) Keterangan saksi kanak-kanak yang diberikan tanpa sumpah di bawah subseksyen (2) hendaklah, jika diterima oleh Mahkamah, dilayan dengan cara yang sama seolah-olah keterangan itu telah diberikan dengan sumpah. Inkuiri mengenai kekompetenan saksi kanak-kanak dan keupayaan saksi kanak-kanak untuk memahami sifat sumpah 2c. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), jika kekompetenan seseorang saksi kanak-kanak untuk memberikan keterangan atau keupayaan saksi kanak-kanak untuk memahami sifat sumpah apabila memberikan keterangan dipersoalkan, Mahkamah boleh menjalankan suatu inkuiri mengenai kekompetenan saksi kanak-kanak itu untuk memberikan keterangan atau mengenai keupayaan saksi kanak-kanak itu untuk memahami sifat sumpah apabila memberikan keterangan. (2) Inkuiri di bawah seksyen ini hendaklah dijalankan sebelum seseorang saksi kanak-kanak mula memberikan keterangannya dan jika difikirkan perlu oleh Mahkamah, pada bila-bila masa selepas saksi kanak-kanak itu telah mula memberikan keterangannya tetapi sebelum saksi kanak-kanak itu selesai memberikan keterangannya. (3) Mahkamah hendaklah menjalankan inkuiri itu dengan kehadiran pihak-pihak kepada prosiding dan boleh, jika perlu, menghendaki keterangan daripada mana-mana saksi lain 6 Undang-Undang Malaysia AktA A1731 untuk diberikan semasa inkuiri itu bagi membolehkan Mahkamah mencapai keputusannya tentang kekompetenan saksi kanak-kanak itu untuk memberikan keterangan atau keupayaan saksi kanak-kanak itu untuk memahami sifat sumpah apabila memberikan keterangan. (4) Bagi maksud seksyen ini— (a) pertanyaan soalan kepada saksi-saksi hanya boleh dibuat oleh Mahkamah; dan (b) jika saksi yang akan dipanggil ialah seorang kanak-kanak, segala langkah yang diperuntukkan di bawah Akta ini hendaklah terpakai untuk memudahkan pemberian keterangan oleh saksi kanak-kanak itu. Keterangan tanpa sokongan saksi kanak-kanak 2d. (1) Walau apa pun apa-apa yang berlawanan dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain, seseorang tertuduh boleh disabitkan atau seseorang kanak-kanak yang dipertuduh atas mana-mana kesalahan boleh didapati bersalah bagi suatu kesalahan berasaskan keterangan tanpa sokongan saksi kanak-kanak yang diberikan dengan sumpah atau selainnya. (2) Mana-mana rukun yang memperuntukkan bahawa seseorang tertuduh tidak boleh disabitkan atau seseorang kanak-kanak yang dipertuduh atas mana-mana kesalahan tidak boleh didapati bersalah bagi suatu kesalahan berasaskan keterangan tanpa sokongan saksi kanak-kanak yang diberikan dengan sumpah atau selainnya hendaklah terhenti terpakai. (3) Mana-mana rukun yang menghendaki Mahkamah untuk memperingatkan dirinya sebelum mensabitkan seseorang tertuduh atau membuat dapatan bahawa seseorang kanak-kanak yang dipertuduh atas mana-mana kesalahan bersalah bagi suatu kesalahan berasaskan keterangan saksi kanak-kanak yang diberikan dengan sumpah atau selainnya semata-mata kerana keterangan itu diberikan oleh seseorang kanak-kanak hendaklah juga terhenti terpakai. Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 7 Bahagian ib PENGURUSAN KES Pengurusan kes 2e. (1) Apabila Mahkamah memulakan proses pengurusan kes di bawah seksyen 172b Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] dan seorang saksi kanak-kanak dicadangkan untuk dipanggil memberikan keterangan dalam suatu prosiding, Mahkamah boleh, semasa pengurusan kes itu, memberikan arahan mengenai cara memberikan keterangan oleh saksi kanak-kanak itu dan mengenai pengendalian pemeriksaan saksi kanak-kanak itu dalam prosiding itu untuk membolehkan pemeriksaan saksi kanak-kanak itu dijalankan secara berkesan dan untuk menggalakkan suatu perbicaraan yang adil dan cepat. (2) Walau apa pun subseksyen (1), jika pengurusan kes itu adalah berkenaan dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 [Akta 792], atau mana-mana kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual kepada Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 sekiranya mangsa ialah kanak-kanak, dan seorang saksi kanak-kanak dicadangkan untuk dipanggil memberikan keterangan dalam prosiding yang berhubungan dengan kesalahan itu, Mahkamah hendaklah memberikan arahan yang disebut dalam subseksyen (1). (3) Arahan yang disebut dalam subseksyen (1) boleh termasuk— (a) cara pertanyaan soalan kepada saksi kanak-kanak itu dan soalan yang boleh atau tidak boleh ditanya berhubung dengan isu tertentu dan pengungkapan soalan kepada saksi kanak-kanak itu; (b) anggaran tempoh pemeriksaan saksi kanak-kanak itu termasuk berhenti rehat; dan (c) penggunaan apa-apa kelengkapan atau alat untuk membantu menyampaikan soalan kepada saksi kanak-kanak itu dan untuk memperoleh jawapan daripada saksi kanak-kanak itu. 8 Undang-Undang Malaysia AktA A1731 (4) Semasa pengurusan kes, Mahkamah— (a) hendaklah memberikan semua pihak peluang untuk didengar; dan (b) boleh memanggil dan menerima keterangan pakar untuk membantu Mahkamah dalam membuat suatu pendapat yang berhubungan dengan— (i) cara terbaik untuk berkomunikasi dengan saksi kanak-kanak itu; dan (ii) apa-apa langkah yang mungkin dikehendaki untuk membantu saksi kanak-kanak itu memberikan keterangan. (5) Dalam memberikan arahan yang disebut dalam subseksyen (1), Mahkamah boleh mengambil kira— (a) umur saksi kanak-kanak itu; (b) apa-apa keperluan khas saksi kanak-kanak itu; (c) sifat kesalahan yang berkenaan; (d) hubungan antara saksi kanak-kanak itu dengan tertuduh atau kanak-kanak yang dipertuduh atas mana-mana kesalahan; (e) kemahuan saksi kanak-kanak itu; dan (f) ketersediaan apa-apa kelengkapan, alat atau kemudahan yang perlu untuk membantu saksi kanak-kanak itu memberikan keterangan. (6) Peruntukan seksyen ini hendaklah menjadi tambahan kepada, dan tidak mengurangkan, peruntukan seksyen 172b Kanun Tatacara Jenayah.”. Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 9 Pindaan seksyen 6 5. Seksyen 6 Akta ibu dipinda— (a) dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut: “(2a) Walau apa pun subseksyen (2), suatu rakaman video boleh diterima tanpa disertakan dengan transkrip bahasa asal yang digunakan dalam rakaman video itu dan terjemahan bagi transkrip itu jika Mahkamah berpuas hati bahawa penyediaan transkrip bahasa asal itu tidak boleh dilaksanakan.”; dan (b) dengan memotong subseksyen (7) dan (8).
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
A1731 - AKTA KETERANGAN SAKSI KANAK-KANAK (PINDAAN) 2024
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in