AI-assisted research summary: This Act authorises supplementary spending for 2019 and sets a cap of RM7,005,753,850 from the Consolidated Fund for the purposes listed in the Schedule.
Perbekalan Tambahan (2019) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1619 AKTA PERBEKALAN TAMBAHAN (2019) 2020 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1619 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 10 Oktober 2020 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 22 Oktober 2020 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Perbekalan Tambahan (2019) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1619 AKTA PERBEKALAN TAMBAHAN (2019) 2020 Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan bagi perbelanjaan tambahan untuk perkhidmatan tahun 2019 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud yang tertentu bagi tahun itu. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas 1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perbekalan Tambahan (2019) 2020. Perbelanjaan tambahan bagi tahun 2019 2. Maka dengan ini dibenarkan pengeluaran sejumlah wang yang tidak melebihi tujuh bilion lima juta tujuh ratus lima puluh tiga ribu lapan ratus lima puluh ringgit (RM7,005,753,850) daripada Kumpulan Wang Disatukan bagi perbelanjaan tambahan untuk perkhidmatan dan maksud yang dinyatakan dalam Jadual bagi tahun 2019 yang tidak diperuntukkan atau yang tidak diperuntukkan dengan sepenuhnya oleh Akta Perbekalan 2019 [Akta A1575]. 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1619 JADUAL Maksud Tajuk Amaun (RM) B. 4 Suruhanjaya Pilihan Raya 15,650,000 B. 10 Perbendaharaan 762,944,600 B. 11 Perkhidmatan Am Perbendaharaan 1,769,097,700 B. 12 Peruntukan kepada Kumpulan Wang Terkanun 1,096,831,200 B. 13 Kementerian Luar Negeri 13,938,400 B. 15 Kementerian Hal Ehwal Ekonomi 39,426,600 B. 20 Kementerian Industri Utama 40,357,500 B. 21 Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani 313,289,600 B. 23 Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli 58,280,500 B. 24 Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan 77,154,500 Industri B. 27 Kementerian Kerja Raya 16,109,200 B. 28 Kementerian Pengangkutan 50 B. 42 Kementerian Kesihatan 1,179,976,200 B. 43 Kementerian Perumahan dan Kerajaan 635,988,100 Tempatan B. 60 Kementerian Pertahanan 362,962,900 B. 63 Kementerian Pendidikan 623,746,800 JUMLAH 7,005,753,850