402 - AKTA PASARAN GETAH MALAYSIA (PEMERBADANAN) 1962
This Act establishes the Malaysian Rubber Market Corporation, applies across Malaysia, and sets out membership, governance, and rule-making powers.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 402 - AKTA PASARAN GETAH MALAYSIA (PEMERBADANAN) 1962
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
402 - AKTA PASARAN GETAH MALAYSIA (PEMERBADANAN) 1962
AI-assisted research summary: This Act establishes the Malaysian Rubber Market Corporation, applies across Malaysia, and sets out membership, governance, and rule-making powers.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA Akta 402 AKTA PASARAN GETAH MALAYSIA (PEMERBADANAN) 1962 Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006 Teks ini HANYALAH TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara bagi Malaysian Rubber Exchange (Incorporation) Act 1962 [Act 402]. Melainkan jika dan sehingga ditetapkan sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 [Akta 32], teks ini bukan perundangan. 2 AKTA PASARAN GETAH MALAYSIA (PEMERBADANAN) 1962 Pertama kali diperbuat … … … … … … … 1962 (Akta No. 11 tahun 1962) Disemak … … … … … … … 1989 (Akta 402 m.b.p. 14 Disember 1989) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 402 AKTA PASARAN GETAH MALAYSIA (PEMERBADANAN) 1962 SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan pemakaian BAHAGIAN I PERMULAAN 2. Tafsiran BAHAGIAN II PEMERBADANAN PASARAN GETAH MALAYSIA 3. Pemerbadanan Pasaran Getah Malaysia 4. Pejabat 5. Pendapatan Perbadanan BAHAGIAN III TUJUAN PERBADANAN 6. Tujuan BAHAGIAN IV KEANGGOTAAN PERBADANAN 7. Keanggotaan 4 Undang-Undang Malaysia AKTA 402 Seksyen 8. (Dipotong) 9. Daftar Anggota BAHAGIAN V PENGURUSAN PERBADANAN 10. (Dipotong) 11. (Dipotong) 12. Pengurusan dan pentadbiran Perbadanan 13. (Dipotong) BAHAGIAN VI PELBAGAI 14. Kuasa untuk membuat Kaedah-kaedah 15. (Dipotong) 16. Pengubahan Kaedah kaedah 17. Anggota terikat dengan Kaedah kaedah, dsb. 18. Perlindungan kontrak 19. Kecualian JADUAL PERTAMA JADUAL KEDUA—(Dipotong) 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 402 AKTA PASARAN GETAH MALAYSIA (PEMERBADANAN) 1962 Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan suatu Perbadanan yang dikenali sebagai Pasaran Getah Malaysia bagi mewujudkan pasaran getah di Malaysia dan penggalakkan dan pengawalseliaan perdagangan dan industri getah dan bagi perkara yang bersampingan dengannya. [Semenanjung Malaysia—24 Februari 1962; Sabah dan Sarawak—1 Januari 1974] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyatyang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan pemakaian 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pasaran Getah Malaysia (Pemerbadanan) 1962. (2) Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia. 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 402 BAHAGIAN I PERMULAAN Tafsiran 2. (1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “Lembaga” ertinya Lembaga Getah Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Getah Malaysia (Perbadanan) 1996 [Akta 551]; “undang-undang kecil” ertinya mana-mana undang-undang kecil yang dibuat oleh Lembaga menurut kuasa yang diberikan kepadanya oleh Perbadanan; “Pengerusi” ertinya Pengerusi Perbadanan yang dilantik di bawah subseksyen 12(3); “Perbadanan” ertinya Pasaran Getah Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3; “Timbalan Pengerusi” ertinya Timbalan Pengerusi Perbadanan yang dilantik di bawah subseksyen 12(4); “Jawatankuasa Pengurusan” ertinya Jawatankuasa Pengurusan yang ditubuhkan di bawah seksyen 17 Akta Lembaga Getah Malaysia (Perbadanan) 1996; “Anggota” ertinya seseorang yang namanya terdapat dalam daftar; “Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi industri getah; “orang” ertinya seseorang individu dan mana-mana syarikat atau perbadanan tetapi tidak termasuk suatu firma perkongsian atau badan yang tidak diperbadankan lain atau persatuan; Pasaran Getah Malaysia (Pemerbadanan) 7 “daftar” ertinya daftar anggota menurut seksyen 9; “kaedah-kaedah” ertinya kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 14; “Setiausaha” ertinya setiausaha Perbadanan yang dilantik di bawah Akta ini. (2) Akta ini hendaklah dibaca dan ditafsirkan bersekali dengan Akta Lembaga Getah Malaysia (Perbadanan) 1996. (3) Sekiranya terdapat apa-apa ketidakselarasan berlaku antara peruntukan Akta Lembaga Getah Malaysia (Perbadanan) 1996 dengan peruntukan Akta ini, peruntukan Akta itu hendaklah mengatasi. BAHAGIAN II PEMERBADANAN PASARAN GETAH MALAYSIA Pemerbadanan Pasaran Getah Malaysia 3. (1) Orang yang namanya terdapat dalam Jadual Pertama dan semua orang sedemikian yang kemudian daripada ini menjadi anggota Perbadanan hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan dengan nama Pasaran Getah Malaysia dan dengan nama itu hendaklah kekal turun-temurun. (2) Perbadanan hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Perbadanan. (3) Perbadanan boleh membuat kontrak, boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas nama perbadanannya dan boleh memperoleh, membeli, memajak, mengambil, memegang dan menikmati tiap-tiap perihalan harta alih dan tak alih, dan boleh menjual, menukar, memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik dan memulangkan, menggadaijanjikan, 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 402 mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahmilikkan atau selainnya melupuskan atau membuat urusan mengenai apa-apa harta alih dan tak alih yang terletak hak padanya atas apa-apa terma sebagaimana yang difikirkannya patut. (4) Semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang menghendaki meterai Perbadanan hendaklah dimeteraikan dengan meterai Perbadanan menurut suatu ketetapan Lembaga yang bermaksud sedemikian di hadapan Pengerusi atau Timbalan Pengerusi atau seseorang lain yang diberi kuasa oleh Lembaga untuk bertindak bagi maksud itu dan di hadapan Setiausaha, yang hendaklah menandatangani tiap-tiap surat ikatan, dokumen atau surat cara itu yang padanya meterai itu dicapkan, dan penandatanganan itu hendaklah, tanpa pengakusaksian lanjut, menjadi keterangan yang mencukupi bahawa meterai itu telah dicapkan dengan sempurna dan sepatutnya dan bahawa meterai itu ialah meterai Perbadanan yang sah. Pejabat 4. Perbadanan hendaklah mempunyai suatu pejabat utama dalam Malaysia di tempat sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga dari semasa ke semasa, dan boleh menubuhkan pejabat lain sebagaimana yang difikirkan wajar oleh Lembaga. Pendapatan Perbadanan 5. (1) Pendapatan Perbadanan hendaklah terakru kepada Lembaga. (2) Subseksyen (1) tidak boleh menghalang pembayaran atau pembayaran semula saraan atau perbelanjaan kepada mana-mana pegawai atau pekhidmat Perbadanan atau kepada mana-mana Anggota sebagai balasan kepada perkhidmatan yang diberikan kepada Perbadanan. Pasaran Getah Malaysia (Pemerbadanan) 9 BAHAGIAN III TUJUAN PERBADANAN Tujuan 6. Tujuan yang baginya Perbadanan diperbadankan adalah: (a) untuk menggalakkan, menyokong, membangunkan dan menyenggarakan industri getah amnya, secara khusus berkenaan dengan kepentingan nasional Malaysia dan individu dalamnya, dan dengan tujuan itu dengan matlamat untuk mewujudkan suatu pasaran di Malaysia bagi penjualan dan pembelian getah dan untuk membuat pengaturan dan kaedah-kaedah sebagaimana yang difikirkan wajar bagi penjalanan sepatutnya perdagangan dan perusahaan dalam dan bagi pemasaran dan pengedaran getah, dan bagi maksud itu untuk menjamin bahawa perdagangan, pemasaran dan pengedaran itu hendaklah setakat yang mungkin dijalankan melalui pasaran yang ditubuhkan oleh, dan di bawah pengaturan dan kaedah-kaedah dari semasa ke semasa yang dirumuskan oleh atau dengan kelulusan oleh, Perbadanan; (b) (Dipotong oleh Akta A959); (c) untuk menubuhkan dan menjalankan perniagaan Pusat Penjelasan atau Rumah Penyelesaian atau kedua-duanya bagi memudahkan penjalanan perniagaan persaudagaran dan khususnya bagi memudahkan penjelasan dan penyelesaian kontrak bagi pembelian dan penjualan getah, dan untuk membuat dan menetapkan saraan, terma dan syarat berkenaan dengan perniagaan itu yang boleh dari semasa ke semasa ditentukan; (d) untuk membuat hubungan dan untuk bekerjasama setakat dan atas syarat sebagaimana yang difikirkan wajar dengan persatuan atau syarikat yang mempunyai tujuan keseluruhannya atau sebahagiannya yang serupa dengan Perbadanan dan dengan Dewan Perniagaan dan perdagangan, persaudagaran dan badan awam lain seluruh dunia; 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 402 (e) (Dipotong oleh Akta A959); (f) (Dipotong oleh Akta A959); (g) untuk membuat dan menguatkuasakan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang difikirkan suai manfaat undang-undang kecil dan kaedah-kaedah tentang penjalanan perdagangan getah dan terma dan syarat yang atasnya perdagangan getah akan dijalankan dan untuk penyenggaraan piawaian pengendalian yang sepatutnya dalam menjalankan apa-apa perdagangan itu, dan bagi pengawalseliaan transaksi antara Anggota dan antara Anggota dengan orang lain; (h) untuk memeriksa, mensampel dan menggred getah di mana-mana bahagian dunia mengikut apa-apa cara sebagaimana yang difikirkan suai manfaat; (i) untuk bertindak sebagai penimbang tara dan untuk melantik penimbang tara dan pengadil dalam apa-apa pertikaian yang menyentuh getah atau apa-apa urusan dalamnya dan selainnya untuk membuat pengaturan bagi penyelesaian pertikaian melalui timbang tara; (j) untuk melantik ejen di mana-mana bahagian dunia bagi apa-apa maksud yang bersampingan dengan mana-mana tujuan Perbadanan; (k) (Dipotong oleh Akta A959); (l) (Dipotong oleh Akta A959); (m) (Dipotong oleh Akta A959); (n) (Dipotong oleh Akta A959); (o) (Dipotong oleh Akta A959); (p) (Dipotong oleh Akta A959); (q) (Dipotong oleh Akta A959); Pasaran Getah Malaysia (Pemerbadanan) 11 (r) (Dipotong oleh Akta A959); (s) untuk memperuntukkan dan memungut daripada anggota atau selainnya dana bagi maksud menjalankan atau meneruskan tujuan Perbadanan atau mana-mana daripadanya; (t) untuk melakukan semua perkara lain yang sah sebagaimana yang bersampingan atau berfaedah untuk pencapaian tujuan di atas atau mana-mana daripadanya. BAHAGIAN IV KEANGGOTAAN PERBADANAN Keanggotaan 7. (1) Keanggotaan Perbadanan hendaklah— (a) terhad kepada orang yang menjalankan atau berniat untuk menjalankan perniagaan dalam apa-apa kelas perdagangan atau industri getah sebagaimana yang boleh dari semasa ke semasa ditetapkan oleh kaedah-kaedah; dan (b) terdiri daripada Anggota Biasa, Anggota Bersekutu dan apa-apa kategori atau kategori lain yang boleh dari semasa ke semasa ditetapkan oleh kaedah-kaedah. (2) (Dipotong oleh Akta A959). 8. (Dipotong oleh Akta A959). Daftar Anggota 9. Perbadanan hendaklah menyimpan suatu daftar anggota di pejabat utamanya, dan daftar itu hendaklah menunjukkan berkenaan dengan setiap Anggota kategori dan kelas keanggotaanya dan daftar tersebut hendaklah menjadi bukti muktamad bagi fakta yang direkodkan di dalamnya. 12 Undang-Undang Malaysia AKTA 402 BAHAGIAN V PENGURUSAN PERBADANAN 10. (Dipotong oleh Akta 84). 11. (Dipotong oleh Akta 84). Pengurusan dan pentadbiran Perbadanan 12. (1) Semua kuasa Perbadanan hendaklah terletak hak pada dan boleh dijalankan oleh Lembaga kecuali setakat yang kuasa itu dikehendaki secara nyata oleh Akta ini atau oleh kaedah-kaedah untuk dijalankan oleh Perbadanan dalam mesyuarat agung atau diberi kuasa untuk diwakilkan oleh Lembaga. (2) Lembaga boleh mewakilkan semua atau mana-mana bahagian daripada kuasa Perbadanan yang terletak hak pada atau boleh dijalankan oleh Lembaga kepada Jawatankuasa Pengurusan. (3) Lembaga hendaklah, dengan kelulusan Menteri, melantik Pengerusi Perbadanan. (4) Lembaga boleh melantik seorang Timbalan Pengerusi Perbadanan. 13. (Dipotong oleh Akta 84). BAHAGIAN VI PELBAGAI Kuasa untuk membuat Kaedah-kaedah 14. Adalah sah bagi Perbadanan untuk membuat kaedah-kaedah, yang selaras dengan Akta ini— Pasaran Getah Malaysia (Pemerbadanan) 13 (a) untuk menetapkan borang permohonan bagi keanggotaan; (b) untuk mengawal selia pemilihan anggota dan untuk menetapkan fi kemasukan dan yuran; (c) untuk membentuk dan menentukan pelbagai kategori atau kelas anggota dan untuk menentukan hak, keistimewaan dan obligasi anggota dan setiap kategori dan kelas itu masing-masing; (d) untuk mengadakan peruntukan bagi penggantungan, pembatalan atau penamatan keanggotaan; (e) untuk mengawal selia penyenggaraan piawaian pengendalian yang sepatutnya dalam menjalankan perdagangan getah dan untuk membuat urusan mengenai pelanggaran yang sama itu; (f) (dimansuhkan oleh Akta A959); (g) untuk mengadakan peruntukan bagi kuasa dan kewajipan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi; (h) untuk mengadakan peruntukan bagi memanggil dan menjalankan mesyuarat Perbadanan; (i) untuk mengadakan peruntukan bagi pelantikan seorang Setiausaha dan pegawai lain Perbadanan; (j) untuk mengadakan peruntukan bagi penyimpanan, pengauditan dan pembentangan akaun; (k) untuk memberi kuasa kepada Lembaga untuk membuat undang-undang kecil sebagaimana yang suai manfaat; dan (l) bagi apa-apa maksud lain sama ada yang serupa jenis yang terdahulu atau tidak, perlu atau suai manfaat dalam atau mengenai pengurusan Perbadanan atau bagi melaksanakan mana-mana tujuan Perbadanan. 14 Undang-Undang Malaysia AKTA 402 15. (Dipotong oleh Akta A959). Pengubahan Kaedah-kaedah 16. Kaedah-kaedah atau mana-mana satu daripadanya boleh dari semasa ke semasa dibatalkan, diubah atau ditambah oleh Perbadanan dalam Mesyuarat Agung dengan syarat bahawa— (a) notis dua puluh satu hari genap hendaklah diberikan kepada Anggota Biasa Perbadanan mengenai mesyuarat itu dan pembatalan, pengubahan atau penambahan yang dicadangkan; dan (b) tiada pembatalan, pengubahan atau penambahan bagi atau kepada mana-mana kaedah-kaedah boleh berkuat kuasa— (i) melainkan jika kaedah-kaedah itu telah diluluskan oleh sekurang-kurangnya tiga perempat daripada Anggota Biasa yang hadir dan mengundi di mesyuarat Perbadanan itu; dan (ii) sehingga kaedah-kaedah itu telah disiarkan dalam Warta. Anggota terikat dengan Kaedah-kaedah, dsb. 17. (1) Setiap Anggota apabila menjadi seorang Anggota hendaklah terikat oleh Akta ini dan oleh kaedah-kaedah dan undang-undang kecil dan Akta, kaedah-kaedah dan undang-undang kecil itu hendaklah disifatkan membentuk suatu kontrak yang sah dan mengikat yang dibuat antara Anggota itu, Perbadanan dan semua anggota lain bersesama dan berasingan, yang bagi penguatkuasaannya Anggota itu, Perbadanan atau mana-mana anggota lain boleh membawa guaman atau dibawa guaman terhadapnya dan kesan sewajarnya hendaklah diberikan kepadanya di dalam semua mahkamah. Pasaran Getah Malaysia (Pemerbadanan) 15 (2) Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan Ketua Pengarah Insolvensi atau Penyelesai yang mentadbir aset seseorang Anggota apabila kebankrapan atau penggulungan hendaklah berhak kepada semua hak dan terikat dengan semua obligasi Anggota itu di bawah Akta ini dan kaedah-kaedah dan undang-undang kecil itu. Perlindungan kontrak 18. (1) Seksyen ini hendaklah terpakai bagi apa-apa kontrak atau perjanjian yang— (a) berupa sebagai suatu kontrak atau perjanjian bagi penjualan atau pembelian getah; (b) dalam suatu bentuk yang ditetapkan oleh kaedah-kaedah atau undang-undang kecil; dan (c) dibuat oleh mana-mana orang dengan atau melalui agensi seorang Anggota. (2) Seksyen 31 Akta Kontrak 1950 [Akta 136], dan seksyen 26 Akta Undang-Undang Sivil 1956 [Akta 67], tidak terpakai bagi apa-apa kontrak atau perjanjian yang termasuk dalam subseksyen (1). (3) Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis lain, tiada kontrak atau perjanjian yang termasuk dalam subseksyen (1) boleh menyalahi undang-undang atau tidak sah atas alasan bahawa pihak-pihak kepada kontrak atau perjanjian itu atau mana-mana daripada mereka tidak pada masa membuat kontrak atau perjanjian itu memegang atau memiliki apa-apa lesen atau permit untuk menjual, membeli atau selainnya untuk berurusan tentang getah, yang pemegangan atau pemilikannya dikehendaki di bawah mana-mana undang-undang bertulis. 16 Undang-Undang Malaysia AKTA 402 Kecualian 19. Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini boleh menyentuh hak Yang di-Pertuan Agong atau Raja-Raja atau Yang di-Pertua Negeri bagi mana-mana badan keperlembagaan atau pertubuhan perbadanan atau mana-mana orang lain kecuali hak orang sebagaimana yang disebut dalam Akta ini dan hak orang yang menuntut melalui, daripada atau di bawah mereka. Pasaran Getah Malaysia (Pemerbadanan) 17 JADUAL PERTAMA [Subseksyen 3(1)] NAMA, ALAMAT ATAU PERIHALAN ANGGOTA PERTAMA PERBADANAN 1. Abdul Jalil bin Haji Aminudin, Batu 2, Ampangan, Seremban. 2. Aik Seng & Co. Ltd., 91 Jalan Ampang, Kuala Lumpur. 3. Anglo American Corporation Ltd., Tingkat 10, Bangunan Lee Yan Lian, P.S. 2536, Kuala Lumpur. 4. Ban Lee Ltd., Bangunan Lee Yan Lian, P.S. 308, Kuala Lumpur. 5. Bee Seng & Co., 14-16 Jalan Klyne, Kuala Lumpur. 6. Bee Seng Co. Ltd., 14-16 Jalan Klyne, Kuala Lumpur. 7. Boustead & Co. (1960) Ltd., di alamat Boustead Buttery Estates Agency Ltd., P.S. 1070, 1 The Embankment, Kuala Lumpur. 8. Boustead Buttery Estates Agency Ltd., di alamat Boustead Buttery Estates Agency Ltd., P.S. 1070, 1 The Embankment, Kuala Lumpur. 9. Chan Chong Wen, 11 (D) Jalan Sekolah Arab, Johor Bahru. 10. Chan Kwong Hon, Kuala Lumpur United Limited, 4-6 Jalan Ampang, Kuala Lumpur. 11. Cheah Ewe Keat, 243 Jalan Circular, Kuala Lumpur. 12. Chop Ban Lee, 12 Jalan Loke Yew, Bentong, Pahang. 13. Chuan Keat Chan Ltd., 13 Jalan Stesen, Klang. 14. Commodity Traders Ltd., di alamat Boustead, Buttery Estates Agency Ltd., P.S. 1070, 1 The Embankment, Kuala Lumpur. 15. Compagnie des Caoutchoucs de Padang, di alamat Socfin Co. Ltd., P.S. 330, Kuala Lumpur. 16. Compagnie du Cambodge, di alamat Socfin Co. Ltd., P.S. 330, Kuala Lumpur. 17. Dato’ E. E. C. Thuraisingham, 71 Jalan Ampang, Kuala Lumpur. 18. Dunlop Malayan Estates Ltd., P.S. 55, Bastion House, Melaka. 19. The East Asiatic Co. Ltd., Denmark House, P.S. 354, Kuala Lumpur. 20. Ewe Keat Ltd., 4-6 Jalan Ampang, Kuala Lumpur. 18 Undang-Undang Malaysia AKTA 402 21. Gan Teck Yeow, 14-16 Jalan Klyne, Kuala Lumpur. 22. General Rubber Trading House (M) Ltd., 17-19 Jalan Cross, Tingkat 2, Kuala Lumpur. 23. Green and Collier Ltd., Bangunan Asia Insurance, Kuala Lumpur. 24. Guthrie Agency (M) Ltd., 4 Jalan Mountbatten, P.S. 198, Kuala Lumpur. 25. Guan Moh & Co., 51 High Street, Kuala Lumpur. 26. Haji Abdul Rahman bin Mahmood, 23, Jalan Maharani, Muar, Johor. 27. Harrisons & Crosfield (F. of M.) Ltd., P.S. 1007, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. 28. Heah Joo Seang, Rubber Trade Association of Penang, 16 Jalan Anson, Pulau Pinang. 29. Hock Heng Co. Ltd., Railway Goods Yard, P.S. 355, Kuala Lumpur. 30. Hock Lye Co. Ltd., 86-A Lebuh Pantai, Pulau Pinang. 31. Holiday, Bath & Co. Ltd., Bangunan Lee Yan Lian, Kuala Lumpur. 32. Joo Seng Rubber Co. Ltd., 14 Jalan Taiping, Kuala Kangsar. 33. Joo Seng Rubber Co. (Sel.) Ltd., 4 Lebuh Gereja, Kuala Lumpur. 34. Khoo Swee Kiap, Lam Seng & Co., P.S. 99, Seremban. 35. Kuala Lumpur United Ltd., 4-6 Jalan Ampang, Kuala Lumpur. 36. Lee Huan Pin, Chop Kian Ann Chan, 9 Jalan Rugayah, Batu Pahat, Johor. 37. Lee Rubber Co. Ltd., Bangunan Lee Rubber, High Street, Kuala Lumpur. 38. Lee Seng Peng, 13 Jalan Cross, Kuala Lumpur. 39. Lewis & Peat (M) Ltd., Bangunan Lee Yan Lian, Tingkat 3, P.S. 933, Kuala Lumpur. 40. Lian Hin Rubber Co. Ltd., 17 dan 19 Jalan Cross, Kuala Lumpur. 41. Lian Seng Co. Ltd., 13 Jalan Cross, Kuala Lumpur. 42. Lim Chong Chee, Railway Goods Yard, P.S. 355, Kuala Lumpur. 43. Lim Yee Teck, 66 High Street, Kuala Lumpur. 44. Malayan American Plantations Ltd., P.S. 350, Hong Kong Bank Chambers, Pulau Pinang. Pasaran Getah Malaysia (Pemerbadanan) 19 45. Malayan Estate Agencies Group Ltd., Bangunan Lee Lian, Tingkat 8 dan 9, Jalan Mountbatten, P.S. 1057, Kuala Lumpur. 46. M. Nadchatiram, Nadchatiram Realities (1960) Ltd., P.S. 37, Seremban, Negeri Sembilan. 47. Nam Cheong Co., 59 Jalan Klyne, Kuala Lumpur. 48. Ng Eng Hong, 2 High Street, Kuala Lumpur. 49. Ng Yan Pee, The Pontian Rubber Dealers’ Association, 302/304 Jalan Alsagoff, Pontian, Johor. 50. Plantation Agencies Ltd., Chartered Bank Chambers, Lebuh Pantai, P.S. 706, Pulau Pinang. 51. Plantations des Terres Rouges, di alamat Socfin Co. Ltd., P.S. 330, Kuala Lumpur. 52. Selangor Plantations, Co. Ltd., di alamat Socfin Co. Ltd., P.S. 330, Kuala Lumpur. 53. Sime Darby (M) Ltd., Sime Oriental Estates Division, 54 Jalan Ampang, P.S. 252, Kuala Lumpur. 54. Socfin Co. Ltd., P.S. 330, Kuala Lumpur. 55. Soon Eng Kong Estates Ltd., 67 Jalan Kimberley, Pulau Pinang. 56. Soon Joo & Co., 3 Railway Goods Yard (North), Kuala Lumpur. 57. Tang H. L., Swee Lam Estates (M) Ltd., P.S. 107, Kulai, Johor. 58. Tee Teh, 14-16 Jalan Klyne, Kuala Lumpur. 59. Yee Seng Rubber Co. Ltd., 66 High Street, Kuala Lumpur. 60. Ban Lee Chan & Co. Ltd., 37 Jalan Klyne, Kuala Lumpur. 61. Central Investment Co. Ltd., 39 Jalan Mersing, Kluang, Johor. 62. Chin Guan Leong, 5 Pekan Melayu, Alor Star, Kedah. 63. Chop Hock Hin, 40 Pekan Pendang, Pendang, Kedah. 64. Dunlop Rubber Purchasing Co. Ltd., 28 Jalan Kampung Jawa, Klang. 65. Firestone Malaya Ltd., Malayan Railways Godown 3, Jalan Brickfields, Kuala Lumpur. 66. Ghee Seng Co., 46 Jalan Campbell, Kuala Lumpur. 67. Harper Gilfillan & Co. Ltd., Jalan Mountbatten, Kuala Lumpur. 68. Hock Tong & Co., 91 Jalan Ampang, Kuala Lumpur. 69. Kuek Ho Yao, 4 Jalan Bukit Changar, Johor Bahru, Johor. 20 Undang-Undang Malaysia AKTA 402 70. Maclaine Watson (Federation) Ltd., Bangunan Eastern Bank, The Embankment, Kuala Lumpur. 71. Saw Seng Kew, Saw Seng Kew & Co. Ltd., 23 Lebuh Pantai, Pulau Pinang. 72. Sin Aik Joo, 4 Jalan Klyne, Kuala Lumpur. 73. Societe des Matieres Premieres Tropicales, 188 Jalan Sungei Besi, Kuala Lumpur. 74. South Malaya Co. Ltd., 39 Jalan Mersing, Kluang, Johor. 75. Tong Teik Co. Ltd., B-3 Tingkat 2, Bangunan Elceetee, 33-C Lebuh Pantai, Pulau Pinang. 76. Union Rubber Brokers (Malaya) Ltd., 508 Bangunan Lee Yan Lian, Kuala Lumpur. JADUAL KEDUA (Dipotong oleh Akta A959) ⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯ CATATAN—Walau apa pun seksyen 10 dan 13 Akta ini, kaedah-kaedah Perbadanan yang terkandung dalam Jadual Kedua Akta ibu hendaklah, setakat yang ia selaras dengan peruntukan Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini, terus berkuat kuasa sehingga dibatalkan atau digantikan oleh kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 14 Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini– lihat seksyen 14 Akta A959. 21 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 402 AKTA PASARAN GETAH MALAYSIA (PEMERBADANAN) 1962 SENARAI PINDAAN Undang-undang yang Tajuk ringkas Berkuat kuasa meminda dari Akta 79/1965 Akta Syarikat 1965 15-04-1966 Akta 36/1966 Akta Pasaran Getah Persekutuan Tanah Melayu 12-05-1966 (Pemerbadanan) (Pindaan) 1966 P.U. 412/1967 Kaedah-Kaedah Pasaran Getah Persekutuan 02-07-1966 Tanah Melayu (Pindaan) 1967 P.U. 81/1968 Kaedah-Kaedah Pasaran Getah Persekutuan 28-10-1967 Tanah Melayu (Pindaan) 1968 Akta 84 Akta Lembaga Pasaran dan Pelesenan Getah 01-09-1973 Malaysia 1972 kecuali s. 12 dan Jadual— 01-01-1974 Akta A142 Akta Kumpulanwang Getah Malaya 01-04-1974 (Penyelidekan dan Kemajuan) (Perluasan dan Pindaan) 1972 P.U. (A) 255/1974 Kaedah-Kaedah Pasaran Getah Persekutuan 27-04-1974 Tanah Melayu (Pindaan) 1974 P.U. (A) 123/1975 Kaedah-Kaedah Pasaran Getah Persekutuan 28-09-1974 Tanah Melayu (Pindaan) 1975 P.U. (A) 433/1975 Kaedah-Kaedah Pasaran Getah Persekutuan 30-08-1975 Tanah Melayu (Pindaan) (No. 2) 1975 P.U. (A) 407/1976 Kaedah-Kaedah Pasaran Getah Persekutuan 30-07-1976 Tanah Melayu (Pindaan) 1976 22 Undang-Undang Malaysia AKTA 402 Undang-undang yang Tajuk ringkas Berkuat kuasa meminda dari P.U. (A) 17/1977 Kaedah-Kaedah Pasaran Getah Persekutuan 21-12-1976 Tanah Melayu (Pindaan) 1977 P.U. (A) 27/1983 Kaedah-Kaedah Pasaran Getah Persekutuan 20-02-1982 Tanah Melayu (Pindaan) 1983 P.U. (A) 32/1985 Kaedah-Kaedah Pasaran Getah Persekutuan 01-09-1983 Tanah Melayu (Pindaan) 1985 P.U. (A) 81/1986 Kaedah-Kaedah Pasaran Getah Persekutuan 22-02-1986 Tanah Melayu (Pindaan) 1986 P.U. (A) 89/1987 Kaedah-Kaedah Pasaran Getah Persekutuan 18-12-1986 Tanah Melayu (Pindaan) 1986 Akta A959 Akta Pasaran Getah Malaysia (Pemerbadanan) 01-01-1998 (Pindaan) 1996 23 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 402 AKTA PASARAN GETAH MALAYSIA (PEMERBADANAN) 1962 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 2 Akta 79/1965 15-04-1966 Akta 84 01-09-1973 Akta A959 01-01-1998 3 Akta 79/1965 15-04-1966 Akta A959 01-01-1998 4 Akta 79/1965 15-04-1966 5 Akta A959 01-01-1998 6 Akta 79/1965 15-04-1966 Akta A959 01-01-1998 7 Akta 79/1965 15-04-1966 Akta A959 01-01-1998 8 Akta 79/1965 15-04-1966 Akta A959 01-01-1998 10 Akta 79/1965 15-04-1966 Akta 84 01-09-1973 11 Akta 84 01-09-1973 12 Akta A959 01-01-1998 13 Akta 79/1965 15-04-1966 Akta 84 01-09-1973 14 Akta A959 01-01-1998 15 Akta A959 01-01-1998 24 Undang-Undang Malaysia AKTA 402 Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 17 Akta A959 01-01-1998 18 Akta A959 01-01-1998 Jadual Akta A959 01-01-1998 Kedua
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
402 - AKTA PASARAN GETAH MALAYSIA (PEMERBADANAN) 1962
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in