A1435 - AKTA INSTITUSI-INSTITUSI PELAJARAN (TATATERTIB) (PINDAAN) 2012
Verify source ↗ AI-assisted research summary: This Act amends the student discipline law by removing the definition of “Kampus,” setting a commencement date by ministerial notice, restricting certain student memberships and political activity in campus, allowing academic statements in specified cases, and requiring institutions to regulate student activities on campus.
Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1435 AKTA INSTITUSI-INSTITUSI PELAJARAN (TATATERTIB) (PINDAAN) 2012 2 Undang-Undang Malaysia AKTA A1435 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 18 Jun 2012 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 22 Jun 2012 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1435 AKTA INSTITUSI-INSTITUSI PELAJARAN (TATATERTIB) (PINDAAN) 2012 Suatu Akta untuk meminda Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2012. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Pindaan seksyen 2 2. Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 [Akta 174], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2 dengan memotong takrif “Kampus”. 4 Undang-Undang Malaysia AKTA A1435 Penggantian seksyen 10 3. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 10 dengan seksyen yang berikut: “Aktiviti pelajar atau persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar 10. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), seseorang pelajar Institusi boleh menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, termasuk mana-mana parti politik. (2) Seseorang pelajar Institusi tidak boleh— (a) menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia; (b) menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang, yang bukannya suatu parti politik, yang Menteri, selepas berunding dengan Ketua Eksekutif, menetapkan dan menyatakan secara bertulis kepada Ketua Eksekutif sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Institusi itu; atau (c) terlibat dalam aktiviti parti politik di dalam kampus. (3) Seseorang pelajar Institusi dan mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Institusi yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Perlembagaan, tidak boleh menyatakan atau melakukan apa-apa jua yang boleh semunasabahnya ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan kepada atau simpati dengan atau bangkangan terhadap— (a) mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia; atau (b) mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang Menteri, selepas berunding dengan Ketua Eksekutif, menetapkan dan menyatakan secara bertulis kepada Ketua Eksekutif sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Institusi itu. Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 5 (4) Walau apa pun subseksyen (3), seseorang pelajar Institusi tidak boleh dihalang daripada— (a) membuat pernyataan mengenai sesuatu perkara akademik yang berhubungan dengan perkara yang pelajar itu terlibat dalam pengajian atau penyelidikannya; atau (b) menyatakan pendirian mengenai perkara yang disebut dalam perenggan (a) dalam sesuatu seminar, simposium atau majlis seumpamanya yang tidak dianjurkan atau ditaja oleh mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, atau mana- mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang ditetapkan oleh Menteri di bawah perenggan (3)(b) sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Institusi itu. (5) Institusi hendaklah mengawal selia aktiviti pelajar dan persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Institusi di dalam kampus.”. Kecualian 4. (1) Semua tindakan tatatertib yang belum selesai di bawah subseksyen 10(7) Akta ibu yang berhubungan dengan perkara yang disebut dalam perenggan 10(1)(a) dan 10(5)(a) Akta ibu terhadap mana-mana pelajar Institusi hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, dihentikan. (2) Semua tindakan yang belum selesai di bawah seksyen 9 Akta ibu yang berhubungan dengan perkara yang disebut dalam perenggan 10(5)(a) Akta ibu terhadap mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Institusi hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, dihentikan.