AI-assisted research summary: This Act amends the Consumer Protection Act 1999 and starts on a date set by the Minister in the Gazette.
Perlindungan Pengguna (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1498 AKTA PERLINDUNGAN PENGGUNA (PINDAAN) 2015 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1498 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 18 Ogos 2015 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 27 Ogos 2015 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Perlindungan Pengguna (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1498 AKTA PERLINDUNGAN PENGGUNA (PINDAAN) 2015 Suatu Akta untuk meminda Akta Perlindungan Pengguna 1999. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2015. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Pindaan seksyen 99 2. Akta Perlindungan Pengguna 1999 [Akta 599], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam subseksyen 99(1) dengan memasukkan selepas perenggan (c) perenggan yang berikut: “(ca) yang boleh dikemukakan oleh pengguna yang berhubungan dengan perkhidmatan penerbangan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 [Akta 771];”. 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1498 Peruntukan kecualian dan peralihan 3. (1) Apa-apa prosiding di bawah seksyen 97 Akta ibu berhubung dengan suatu tuntutan pengguna yang berhubungan dengan perkhidmatan penerbangan yang belum selesai sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, diteruskan seolah-olah seksyen 99 Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini. (2) Apa-apa tuntutan pengguna yang berhubungan dengan perkhidmatan penerbangan yang boleh dikemukakan di bawah seksyen 97 Akta ibu hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, diuruskan di bawah Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015. (3) Apa-apa hak, obligasi, liabiliti, penalti atau award yang diperoleh, dikenakan, terakru, ditanggung atau dibuat di bawah Akta ibu berhubung dengan suatu tuntutan pengguna yang berhubungan dengan perkhidmatan penerbangan tidaklah tersentuh oleh Akta ini dan hendaklah terus berkuat kuasa seolah-olah seksyen 99 Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.