A1604 - Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan) 2019
This amendment updates the worker housing law, expands accommodation rules, and adds new duties, offences, penalties, and enforcement powers.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of A1604 - Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan) 2019
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
A1604 - Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan) 2019
AI-assisted research summary: This amendment updates the worker housing law, expands accommodation rules, and adds new duties, offences, penalties, and enforcement powers.
Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan 1 Pekerja (Pindaan) UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1604 AKTA STANDARD MINIMUM PERUMAHAN DAN KEMUDAHAN PEKERJA (PINDAAN) 2019 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1604 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 18 September 2019 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 23 September 2019 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan 3 Pekerja (Pindaan) UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1604 AKTA STANDARD MINIMUM PERUMAHAN DAN KEMUDAHAN PEKERJA (PINDAAN) 2019 Suatu Akta untuk meminda Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan) 2019. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan Akta ini. Pindaan tajuk panjang 2. Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 [Akta 446], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam tajuk panjang— (a) dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan “workers” dengan perkataan “employees”; dan 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1604 (b) dengan memasukkan selepas perkataan “tanggungan mereka,” perkataan “penginapan untuk pekerja yang tidak ditemani oleh tanggungan dan penginapan berpusat,”. Pindaan am 3. Akta ibu dipinda— (a) dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan “worker”, di mana-mana jua terdapat dalam seksyen 5, 8, 16, 17, 18, 20, 21, 23 dan 27, dengan perkataan “employee”; (b) dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan “workers”, di mana-mana jua terdapat dalam seksyen 5, 6, 7, 9, 15, 17, 18, 19, 22, 23 dan 27, dengan perkataan “employees”; (c) dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan “a worker”, di mana-mana jua terdapat dalam seksyen 17, 18 dan 21, dengan perkataan “an employee”; (d) dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan “workers’ ”, di mana-mana jua terdapat dalam seksyen 23, dengan perkataan “employees’ ”; (e) dengan menggantikan perkataan “dua ribu”, di mana-mana jua terdapat dalam seksyen 18, 20 dan 33, dengan perkataan “lima puluh ribu”; dan (f) dengan menggantikan perkataan “seratus”, di mana-mana jua terdapat dalam seksyen 18, 20 dan 33, dengan perkataan “satu ribu”. Pindaan seksyen 1 4. Seksyen 1 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan “Standard Minimum Perumahan” dengan perkataan “Standard Minimum Perumahan, Penginapan”; dan Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan 5 Pekerja (Pindaan) (b) dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan “seluruh Malaysia” dengan perkataan “Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan”. Sebutan mengenai Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 5. Segala sebutan mengenai Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 dalam mana-mana undang-undang bertulis atau dokumen hendaklah, apabila Akta ini mula berkuat kuasa, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990. Pindaan seksyen 2 6. Seksyen 2 Akta ibu dipinda— (a) dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan “pemakaian” perkataan “Bahagian II”; dan (b) dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan “Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh” dengan perkataan “Bahagian II Akta ini tidak”. Pindaan seksyen 3 7. Seksyen 3 Akta ibu dipinda— (a) dalam takrif “bangunan”— (i) dengan memasukkan selepas perkataan “ertinya” perkataan “, berhubung dengan Bahagian II,”; dan (ii) dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan “workers” dengan perkataan “employees”; (b) dalam takrif “kontrak perkhidmatan”, dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan “a worker” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “an employee”; 6 Undang-Undang Malaysia AktA A1604 (c) dalam takrif “majikan”— (i) dalam perenggan (a), dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan “a worker” dengan perkataan “an employee”; (ii) dalam perenggan (b), dengan memotong perkataan ‘dan istilah “ambil kerja” dengan variasi gramatis dan ungkapan seasal, hendaklah ditafsirkan sewajarnya;’; dan (iii) dengan memasukkan selepas perenggan (b) perkataan ‘dan perkataan “ambil kerja”, dengan variasi gramatis dan ungkapan seasal, hendaklah ditafsirkan sewajarnya;’; (d) dalam takrif “Menteri”, dengan menggantikan perkataan “yang sedang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi buruh” dengan perkataan “yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi sumber manusia”; (e) dalam takrif “Pegawai Perubatan Kesihatan”, dengan menggantikan perkataan “, mana-mana Penolong Pengarah Perubatan dan Perkhidmatan Kesihatan Negeri, Pengarah Perkhidmatan Perubatan Negeri Sabah dan Timbalannya dan Pengarah Perkhidmatan Perubatan Negeri Sarawak dan Timbalannya” dengan perkataan “dan mana-mana Penolong Pengarah Perubatan dan Perkhidmatan Kesihatan Negeri”; (f) dengan memasukkan selepas takrif “Pegawai Perubatan Kesihatan” takrif yang berikut: ‘ “pekerja” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 2(1) Akta Kerja 1955;’; (g) dengan memotong takrif “pekerja”; (h) dalam takrif “pengamal perubatan residen yang berdaftar”, dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan “workers” dengan perkataan “employees”; Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan 7 Pekerja (Pindaan) (i) dalam takrif “pengurus residen”, dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan “workers” dengan perkataan “employees”; (j) dalam takrif “tanggungan”, dalam teks bahasa Inggeris— (i) dengan menggantikan perkataan “a worker” dengan perkataan “an employee”; dan (ii) dengan menggantikan perkataan “worker” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “employee”; dan (k) dalam takrif “tempat pekerjaan”, dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan “workers” dengan perkataan “employees”. Pindaan seksyen 10 8. Seksyen 10 Akta ibu dipinda— (a) dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan “workers” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “employees”; (b) dalam subseksyen (1)— (i) dengan menggantikan perkataan “sepuluh” dengan perkataan “lima”; dan (ii) dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan “workers’ ” dengan perkataan “employees’ ”; dan (c) dalam subseksyen (4)— (i) dengan menggantikan perkataan “dua” dengan perkataan “lima puluh”; dan (ii) dengan menggantikan perkataan “seratus” dengan perkataan “satu ribu”. 8 Undang-Undang Malaysia AktA A1604 Pindaan seksyen 11 9. Seksyen 11 Akta ibu dipinda— (a) dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan “workers” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “employees”; (b) dalam subseksyen (2), dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan “A worker” dengan perkataan “An employee”; (c) dalam subseksyen (3), dalam teks bahasa Inggeris— (i) dengan menggantikan perkataan “a worker” dengan perkataan “an employee”; dan (ii) dengan menggantikan perkataan “another worker” dengan perkataan “another employee”; dan (d) dalam subseksyen (6)— (i) dengan menggantikan perkataan “satu” dengan perkataan “lima puluh”; dan (ii) dengan mengantikan perkataan “lima puluh” dengan perkataan “satu ribu”. Pindaan seksyen 12 10. Seksyen 12 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1), dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan “workers” dengan perkataan “employees”; dan (b) dalam subseksyen (3)— (i) dengan menggantikan perkataan “satu” dengan perkataan “lima puluh”; dan (ii) dengan menggantikan perkataan “lima puluh” dengan perkataan “satu ribu”. Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan 9 Pekerja (Pindaan) Pindaan seksyen 13 11. Seksyen 13 Akta ibu dipinda— (a) dengan menggantikan perkataan “Akta” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “Bahagian”; (b) dengan menggantikan perkataan “Seorang pekerja yang bertugas di tempat pekerjaan yang ditetapkan oleh Menteri” dengan perkataan “Seorang pekerja”; dan (c) dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan “worker” dengan perkataan “employee”. Pindaan seksyen 14 12. Seksyen 14 Akta ibu dipinda, dalam teks bahasa Inggeris— (a) dengan menggantikan perkataan “worker’s” dengan perkataan “employee’s”; dan (b) dengan menggantikan perkataan “worker” dengan perkataan “employee”. Bahagian baharu IIIa 13. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 24 Bahagian yang berikut: “Bahagian IIIa PENGINAPAN Pemakaian 24a. Bahagian ini hendaklah terpakai bagi pekerja yang diambil kerja selain untuk bekerja di estet. 10 Undang-Undang Malaysia AktA A1604 Tafsiran 24b. Dalam Bahagian ini— “orang yang bertanggungjawab bagi penginapan” ertinya mana-mana orang yang dilantik oleh seseorang majikan atau penyedia penginapan berpusat yang bertanggungjawab bagi pengurusan penginapan, serta keselamatan dan kesihatan pekerja dan kemudahan lain di dalam penginapan; “penginapan” ertinya mana-mana bangunan atau struktur kekal atau sementara termasuk apa-apa rumah, pondok, bangsal atau kepungan berbumbung yang digunakan bagi maksud kediaman manusia; “penginapan berpusat” ertinya mana-mana bangunan yang digunakan bagi perumahan pekerja yang diambil kerja oleh seorang atau lebih majikan; “penyedia penginapan berpusat” ertinya mana-mana orang yang menyediakan dan menguruskan penginapan berpusat dan menyelia perkhidmatan yang disediakan di dalamnya bagi seorang atau lebih majikan, tetapi tidak termasuk majikan yang menyediakan penginapan bagi pekerjanya sendiri. Fungsi dan kuasa Ketua Pengarah berhubung dengan penginapan 24c. (1) Bagi maksud Bahagian ini, Ketua Pengarah hendaklah mempunyai fungsi yang berikut: (a) mentadbir dan mengawal selia semua perkara yang berhubungan dengan penginapan; (b) mengarahkan majikan atau penyedia penginapan berpusat untuk mengemukakan apa-apa maklumat dan dokumen yang berhubungan dengan penginapan pekerja; (c) mengeluarkan apa-apa arahan kepada majikan atau penyedia penginapan berpusat untuk menyediakan apa-apa kemudahan lain yang berhubungan dengan penginapan; Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan 11 Pekerja (Pindaan) (d) mengeluarkan Perakuan Penginapan; dan (e) melakukan apa-apa jua perkara yang bersampingan dengan mana-mana fungsinya di bawah Bahagian ini. (2) Ketua Pengarah hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan semua perkara yang perlu atau suai manfaat bagi atau yang berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya di bawah Bahagian ini. Penginapan hendaklah diperakukan dengan Perakuan Penginapan 24d. (1) Tiada penginapan boleh disediakan untuk seseorang pekerja melainkan jika diperakukan dengan Perakuan Penginapan. (2) Suatu permohonan bagi Perakuan Penginapan hendaklah dibuat oleh majikan atau penyedia penginapan berpusat kepada Ketua Pengarah mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah dan hendaklah disertakan dengan fi pemprosesan yang ditetapkan. (3) Seseorang majikan yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit. (4) Seseorang penyedia penginapan berpusat yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. Majikan hendaklah memberikan notis pendudukan 24e. (1) Seseorang majikan hendaklah, dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh suatu penginapan diduduki oleh pekerjanya, memaklumkan Ketua Pengarah mengenai pendudukan itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah. 12 Undang-Undang Malaysia AktA A1604 (2) Mana-mana majikan yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit. Penginapan hendaklah mematuhi standard minimum 24f. Seseorang majikan atau penyedia penginapan berpusat hendaklah memastikan bahawa tiap-tiap penginapan yang disediakan untuk pekerja mematuhi standard minimum yang dikehendaki di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya. Pemotongan berkenaan dengan sewa atau caj bagi penginapan 24g. (1) Tertakluk kepada apa-apa syarat yang ditetapkan oleh Menteri, seseorang majikan boleh memungut daripada seseorang pekerja apa-apa jumlah wang bagi sewa atau caj berkenaan dengan mana-mana penginapan yang disediakan oleh majikan itu atau mana-mana penyedia penginapan berpusat di bawah Bahagian ini. (2) Jumlah yang dipungut di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat melalui pemotongan daripada upah pekerja itu. Penginapan hendaklah mematuhi undang-undang pihak berkuasa tempatan 24h. (1) Walau apa pun seksyen 24d, tiada majikan atau penyedia penginapan berpusat boleh menggunakan mana-mana bangunan sebagai penginapan jika bangunan itu tidak sesuai untuk didiami manusia mengikut undang-undang bertulis yang berkaitan. (2) Mana-mana majikan atau penyedia penginapan berpusat yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit. Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan 13 Pekerja (Pindaan) Kemudahan 24i. Seseorang majikan atau penyedia penginapan berpusat hendaklah menyediakan kemudahan yang sesuai dan mencukupi mengikut Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya. Kewajipan dan tanggungjawab berkenaan dengan keselamatan dan kesihatan 24j. Majikan atau penyedia penginapan berpusat yang menyediakan penginapan untuk pekerja di bawah Bahagian ini hendaklah mempunyai kewajipan dan tanggungjawab yang berikut: (a) menyediakan penginapan yang berasingan untuk pekerja yang berlainan jantina; (b) mengambil langkah pencegahan yang perlu bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan pekerja; (c) mengambil langkah keselamatan kebakaran mengikut undang-undang bertulis yang berkaitan; (d) memastikan bahawa sistem pendawaian elektrik mematuhi kehendak keselamatan mengikut undang-undang bertulis yang berkaitan; (e) memastikan bahawa pekerja menerima bantuan perubatan yang diperlukan; dan (f) mengambil langkah pencegahan untuk membendung penyebaran penyakit berjangkit sebagaimana yang diarahkan oleh Pegawai Perubatan Kesihatan mengikut undang-undang bertulis yang berkaitan dan majikan hendaklah, atas perbelanjaannya sendiri, membuat perkiraan sebagaimana yang diarahkan oleh Pegawai Perubatan Kesihatan supaya semua atau mana-mana pekerja diberikan imunisasi terhadap mana-mana penyakit berjangkit. 14 Undang-Undang Malaysia AktA A1604 Penyelenggaraan 24k. Seseorang majikan dan penyedia penginapan berpusat hendaklah memastikan bahawa tiap-tiap penginapan yang disediakan untuk pekerja di bawah Bahagian ini diselenggara sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Pengarah. Pelantikan orang yang bertanggungjawab bagi penginapan 24l. (1) Seseorang majikan atau penyedia penginapan berpusat hendaklah melantik sekurang-kurangnya seorang yang bertanggungjawab bagi penginapan yang disediakan di bawah Bahagian ini, yang akan bertanggungjawab bagi keselamatan dan kesejahteraan pekerja dan pengurusan penginapan dan kemudahan, mengikut peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya. (2) Hendaklah menjadi kewajipan orang yang bertanggungjawab bagi penginapan— (a) untuk memastikan pekerja mematuhi peraturan tatatertib sebagaimana yang ditentukan oleh majikan; (b) untuk melawat dan memeriksa penginapan sekurang-kurangnya dua kali sebulan dan menyimpan rekod pemeriksaan sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah di tempat kerja; dan (c) untuk memastikan seseorang pekerja dibawa ke klinik atau hospital jika pekerja itu mengadu tentang kesihatannya, atau didapati kurang sihat atau menghidap apa-apa penyakit atau keadaan perubatan, dan menyimpan suatu rekod aduan sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah di tempat kerja. Notis untuk mengosongkan penginapan 24m. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), jika seseorang pekerja meletak jawatan di bawah kontrak perkhidmatan atau selainnya perkhidmatannya ditamatkan oleh notis tidak kurang Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan 15 Pekerja (Pindaan) daripada empat minggu, pekerja itu hendaklah mengosongkan penginapan pada tarikh berkuatkuasanya peletakan jawatannya atau tarikh kontrak perkhidmatan itu ditamatkan. (2) Walau apa pun subseksyen (1), seseorang pekerja yang kontrak perkhidmatannya ditamatkan oleh notis kurang daripada empat minggu atau ditamatkan secara serta-merta hendaklah mengosongkan penginapan dalam masa empat minggu dari tarikh notis atau tarikh kontrak perkhidmatan itu ditamatkan. Majikan tidak berkewajipan untuk menyediakan penginapan bagi tanggungan pekerja 24n. Tiada apa-apa jua dalam Bahagian ini boleh menjadikan seseorang majikan berkewajipan untuk menyediakan penginapan bagi tanggungan seseorang pekerja yang disediakan penginapan di bawah Bahagian ini.”. Pindaan seksyen 25 14. Subseksyen 25(2) Akta ibu dipinda— (a) dalam perenggan (a)— (i) dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan “workers” dengan perkataan “employees”; dan (ii) dengan menggantikan perkataan “air dan elektrik” dengan perkataan “air, bekalan air boleh diminum dan bekalan elektrik”; dan (b) dengan memasukkan selepas perenggan (a) perenggan yang berikut: “(aa) bagi menetapkan kehendak minimum untuk pelbagai kelas bangunan yang digunakan bagi penginapan dan penginapan berpusat pekerja 16 Undang-Undang Malaysia AktA A1604 dan kehendak kebersihan minimum, bekalan air, bekalan air boleh diminum dan bekalan elektrik dan perkara lain mengenai kesihatan berkenaan dengan bangunan itu; (ab) bagi menetapkan mana-mana kelas, kategori atau pemerihalan pekerja yang dikehendaki untuk disediakan dengan penginapan di bawah Bahagian IIIa; (ac) bagi menetapkan kadar sewa atau caj maksimum bagi penginapan yang boleh dipungut di bawah Bahagian IIIa;”. Seksyen baharu 26a 15. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 26 seksyen yang berikut: “Kuasa untuk mengeluarkan arahan 26a. Menteri boleh mengeluarkan apa-apa arahan sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi maksud memastikan pematuhan kepada Akta ini.”. Penggantian seksyen 28 16. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 28 dengan seksyen yang berikut: “Pemulaan pendakwaan 28. Suatu pendakwaan bagi mana-mana kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya tidak boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya.”. Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan 17 Pekerja (Pindaan) Seksyen baharu 28a dan 28b 17. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 28 seksyen yang berikut: “Pengkompaunan kesalahan 28a. (1) Menteri boleh, dengan kelulusan Pendakwa Raya, membuat peraturan-peraturan untuk menetapkan— (a) mana-mana kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun; (b) kriteria bagi mengkompaun kesalahan itu; dan (c) kaedah dan tatacara bagi mengkompaun kesalahan itu. (2) Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah boleh, dengan keizinan secara bertulis Pendakwa Raya, pada bila-bila masa sebelum pertuduhan dimulakan, mengkompaun mana-mana kesalahan yang ditetapkan sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki dengan munasabah telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada Ketua Pengarah suatu jumlah wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum yang orang itu boleh dikenakan jika dia disabitkan atas kesalahan itu, dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu. (3) Suatu tawaran di bawah subseksyen (2) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan. (4) Jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh Ketua Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat. 18 Undang-Undang Malaysia AktA A1604 (5) Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah seksyen ini— (a) tiada pendakwaaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat; dan (b) apa-apa dokumen atau benda yang disita berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan oleh Ketua Pengarah, tertakluk kepada apa-apa terma yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah. (6) Semua jumlah wang yang diterima oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan. Perlindungan terhadap tindakan guaman dan prosiding undang-undang 28b. Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau apa-apa prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap Menteri, Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diletak hak kepadanya kuasa oleh Menteri di bawah seksyen 26 berkenaan dengan apa-apa perbuatan, pengabaian atau keingkaran yang dibuat atau ditinggalkan olehnya dengan suci hati, atas sifat yang sedemikian.”. Seksyen baharu 29a 18. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 29 seksyen yang berikut: “Kesalahan oleh syarikat, dsb. 29a. Jika mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah Akta ini ialah suatu syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain, seseorang yang pada masa pelakuan kesalahan itu ialah seorang pengarah, pegawai pematuhan, pekongsi, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya bagi syarikat, Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan 19 Pekerja (Pindaan) perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain itu atau yang berupa sebagai bertindak atas sifat itu atau yang dengan apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain itu atau membantu dalam pengurusannya— (a) boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang itu; dan (b) jika syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang itu didapati bersalah atas kesalahan itu, hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan itu dan boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama sebagaimana seorang individu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan— (i) bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya; atau (ii) bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuan atau pembiarannya dan bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan menjalankan segala usaha yang wajar untuk menghalang pelakuan kesalahan itu.”. Pindaan seksyen 31 19. Seksyen 31 Akta ibu dipinda— (a) dengan menggantikan perkataan “lima” dengan perkataan “lima puluh”; dan (b) dengan menggantikan perkataan “seratus” dengan perkataan “satu ribu”. 20 Undang-Undang Malaysia AktA A1604 Pindaan seksyen 32 20. Seksyen 32 Akta ibu dipinda— (a) dengan menggantikan perkataan “dua” dengan perkataan “sepuluh”; dan (b) dengan menggantikan perkataan “seratus” dengan perkataan “satu ribu”. Kecualian dan peralihan 21. (1) Apa-apa kelulusan atau kebenaran yang diberikan di bawah Akta ibu sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah terus sah sehingga habis tempoh kelulusan atau kebenaran itu seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini. (2) Semua permohonan bagi kelulusan atau kebenaran Ketua Pengarah yang belum selesai sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, diuruskan oleh Ketua Pengarah di bawah peruntukan Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini. (3) Apa-apa perintah, notis, saman, borang atau arahan yang dibuat, dikeluarkan atau diberikan di bawah Akta ibu hendaklah, setakat yang ia selaras dengan Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini, terus sah dan disifatkan telah dibuat, dikeluarkan atau diberikan di bawah peruntukan Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini. (4) Apa-apa siasatan, perbicaraan atau prosiding yang dibuat, diambil atau dimulakan di bawah Akta ibu sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah diteruskan dan diselesaikan di bawah dan mengikut peruntukan Akta ibu seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
A1604 - Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan) 2019
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in