A1771 - AKTA PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM (PINDAAN) 2025
This amendment Act applies to Peninsular Malaysia and Labuan, lets the Minister set its commencement date by Gazette notice, and adds a ban on dumping solid waste in public places or public roads except in provided containers.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Citation provenance: source:global:stored-legal-sources · schema StatuteEnrichmentPublicV1.
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of A1771 - AKTA PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM (PINDAAN) 2025
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
A1771 - AKTA PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM (PINDAAN) 2025
AI-assisted research summary: This amendment Act applies to Peninsular Malaysia and Labuan, lets the Minister set its commencement date by Gazette notice, and adds a ban on dumping solid waste in public places or public roads except in provided containers.
Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 1 (Pindaan) UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1771 AktA PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM (PINDAAN) 2025 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1771 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 28 Oktober 2025 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 12 November 2025 Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 3 (Pindaan) UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1771 AktA PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM (PINDAAN) 2025 Suatu Akta untuk meminda Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007. [ ] BAHAWASANYA adalah suai manfaat bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar untuk membuat undang-undang bagi pengawalan dan pengawalseliaan sepatutnya perkara-perkara yang berhubungan dengan pengurusan sisa pepejal terkawal dan pembersihan awam di seluruh Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan: MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, mengikut Fasal (1) Perkara 74 dan Fasal (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan, DIPERBUAt oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Pindaan) 2025. (2) Akta ini hendaklah terpakai bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1771 (3) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa Akta ini di bahagian-bahagian yang berlainan di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Pindaan seksyen 2 2. Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 [Akta 672], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2, dalam takrif “sisa pepejal”, dalam perenggan (b), dengan memotong perkataan “kerana sudah pecah, lusuh, tercemar atau selainnya rosak”. Bahagian baharu VIIIa 3. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 77 bahagian yang berikut: “Bahagian VIIIa LARANGAN TERHADAP PEMBUANGAN, DSB., SISA PEPEJAL Larangan terhadap pembuangan, dsb., sisa pepejal di tempat awam atau jalan awam 77a. (1) Tiada seorang pun boleh membuang, mencampakkan, menempatkan atau meninggalkan atau menyebabkan untuk dibuang, dicampak, ditempatkan atau ditinggalkan apa-apa sisa pepejal di mana-mana tempat awam atau jalan awam kecuali di dalam bekas yang diperuntukkan bagi maksud itu. (2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit. (3) Bagi maksud seksyen ini, “jalan awam” termasuklah mana-mana jalan Persekutuan, jalan Negeri, lebuh raya, jambatan, terowong atau apa-apa yang bersambungan dengan jalan itu, yang disenggara dan dijaga oleh mana-mana pihak berkuasa Persekutuan atau Negeri atau mana-mana orang persendirian atau badan persendirian. Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 5 (Pindaan) Perintah khidmat masyarakat 77b. (1) Jika seseorang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah seksyen 77a, mahkamah yang di hadapannya orang itu disabitkan boleh, sebagai tambahan kepada denda yang ia boleh kenakan di bawah seksyen itu, membuat suatu perintah khidmat masyarakat yang menghendaki orang yang disabitkan itu untuk melaksanakan khidmat masyarakat tidak melebihi dua belas jam secara agregat dalam tempoh tidak melebihi enam bulan dan selama bilangan jam tertentu setiap hari tidak melebihi empat sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu. (2) Sebelum membuat suatu perintah khidmat masyarakat di bawah subseksyen (1), mahkamah hendaklah— (a) menimbangkan keadaan fizikal dan mental orang yang disabitkan itu, jika wajar baginya untuk melaksanakan khidmat masyarakat; dan (b) menerangkan kepada orang yang disabitkan itu dalam bahasa biasa— (i) kesan perintah khidmat masyarakat itu; dan (ii) akibat tidak mematuhi perintah khidmat masyarakat itu. (3) Mana-mana pegawai diberi kuasa hendaklah, selepas suatu perintah khidmat masyarakat dibuat di bawah subseksyen (1), menentukan masa dan tempat bagi pelaksanaan khidmat masyarakat itu dan jenis khidmat masyarakat yang hendaklah dilaksanakan oleh orang yang disabitkan itu, dan mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk memaklumkan orang yang disabitkan yang diperintahkan untuk melaksanakan khidmat masyarakat itu mengenai masa dan tempat itu, dan jenis khidmat masyarakat yang hendaklah dilaksanakan. (4) Dalam tempoh perintah khidmat masyarakat itu, pelaksanaan khidmat masyarakat oleh orang yang disabitkan itu hendaklah diawasi oleh pegawai diberi kuasa. 6 Undang-Undang Malaysia AktA A1771 (5) Pengawasan oleh pegawai diberi kuasa itu terhadap pelaksanaan khidmat masyarakat oleh orang yang disabitkan di bawah subseksyen (4) hendaklah mengikut cara sebagaimana yang boleh ditetapkan. (6) Mana-mana orang yang tidak mematuhi perintah khidmat masyarakat yang dibuat di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan tidak melebihi sepuluh ribu ringgit. (7) Jika suatu perintah khidmat masyarakat di bawah subseksyen (1) dibuat terhadap seseorang kanak-kanak yang didapati bersalah atas suatu kesalahan di bawah seksyen 77a, peruntukan yang berhubungan dengan perintah khidmat masyarakat di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611] hendaklah terpakai. (8) Bagi maksud seksyen ini— (a) “kanak-kanak” ertinya seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun; (b) “khidmat masyarakat” ertinya suatu kerja, perkhidmatan atau pelaksanaan arahan yang tidak dibayar yang dilaksanakan atau dijalankan bagi maksud mengekalkan atau menambah baik kebersihan suatu tempat awam. kuasa pengawasan khidmat masyarakat 77c. Seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah mempunyai kuasa untuk mengawasi pelaksanaan apa-apa khidmat masyarakat di bawah suatu perintah khidmat masyarakat yang dibuat di bawah subseksyen 77B(1).”. Pindaan seksyen 108 4. Subseksyen 108(2) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perenggan (s) perenggan yang berikut: “(sa) menetapkan jenis khidmat masyarakat yang hendaklah dilaksanakan di bawah suatu perintah khidmat masyarakat; (sb) menetapkan cara pengawasan pelaksanaan khidmat masyarakat di bawah suatu perintah khidmat masyarakat;”.Referenced legislation
- Akta ini (unresolved)
- Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611] (unresolved)
- Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 [Akta 672], (unresolved)
- Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (unresolved)
- Akta ini (unresolved)
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
A1771 - AKTA PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM (PINDAAN) 2025
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in