AI-assisted research summary: This Act amends Part 1 of the Tenth Schedule to the Federal Constitution by replacing the grant rates with four tiered per-person amounts.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA VERSI ATAS TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI Akta 503 AKTA PEMBERIAN MENGIKUT BILANGAN ORANG 1993 Sebagaimana pada 1 Disember 2011 2 AKTA PEMBERIAN MENGIKUT BILANGAN ORANG 1993 Tarikh Perkenan Diraja … … … … … 22 Januari 1993 Tarikh penyiaran dalam Warta … … 4 Februari 1993 \ 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 503 AKTA PEMBERIAN MENGIKUT BILANGAN ORANG 1993 SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas 2. Pindaan Bahagian 1 Jadual Kesepuluh kepada Perlembagaan Persekutuan 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 503 AKTA PEMBERIAN MENGIKUT BILANGAN ORANG 1993 Suatu Akta untuk meminda peruntukan Bahagian 1 Jadual Kesepuluh kepada Perlembagaan Persekutuan. [1 Januari 1992] BAHAWASANYA adalah diperuntukkan oleh Fasal (2) Perkara 109 Perlembagaan Persekutuan bahawa Parlimen boleh dari semasa ke semasa dengan undang-undang mengubah kadar bagi pemberian mengikut ikut kepala yang terdapat dalam Bahagian 1 Jadual Kesepuluh; DAN BAHAWASANYA menurut Fasal (4) (b) Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan apa-apa pindaan kepada Perlembagaan yang bersampingan dengan atau berbangkit daripada penjalanan apa- apa kuasa untuk membuat undang-undang yang diberi kepada Parlimen oleh mana-mana peruntukan Perlembagaan, selain daripada Perkara 74 dan 76, adalah dikecualikan daripada peruntukan- peruntukan Fasal (3) Perkara 159; OLEH YANG DEMIKIAN, MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Tajuk ringkas 1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pemberian Mengikut Bilangan Orang 1993. 6 Undang-undang Malaysia ACT 503 Pindaan Bahagian 1 Jadual Kesepuluh kepada Perlembagaan Persekutuan. 2. Bahagian 1 Jadual Kesepuluh kepada Perlembagaan Persekutuan adalah dipinda dengan menggantikan perenggan (a), (b), (c) dan (d) subseksyen 1(1) dengan yang berikut: “(a) bagi 50,000 orang yang pertama mengikut kadar $60.00 bagi tiap-tiap seorang; (b) bagi 500,000 orang yang berikutnya mengikut kadar $8.50 bagi tiap-tiap seorang; (c) bagi 500,000 orang yang berikutnya mengikut kadar $9.00 bagi tiap-tiap seorang; (d) bagi yang selebihnya mengikut kadar $9.50 tiap-tiap seorang,”. _____________________________________ 7 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 503 AKTA PEMBERIAN MENGIKUT BILANGAN ORANG 1993 SENARAI PINDAAN Undang-undang yang Tajuk ringkas Berkuat kuasa meminda dari ─ TIADA ─ 8 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 503 AKTA PEMBERIAN MENGIKUT BILANGAN ORANG 1993 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari ─ TIADA ─