616 - *AKTA PANGLIMA GAGAH BERANI (ELAUN KENANGAN) 2001
This Act provides a monthly memorial allowance for recipients of the Panglima Gagah Berani honour, sets a one-time payment for certain relatives in some cases, and lets the Prime Minister decide how to split those family payments.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 616 - *AKTA PANGLIMA GAGAH BERANI (ELAUN KENANGAN) 2001
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
616 - *AKTA PANGLIMA GAGAH BERANI (ELAUN KENANGAN) 2001
AI-assisted research summary: This Act provides a monthly memorial allowance for recipients of the Panglima Gagah Berani honour, sets a one-time payment for certain relatives in some cases, and lets the Prime Minister decide how to split those family payments.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA _________ VERSI ATAS TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI _________ Akta 616 AKTA PANGLIMA GAGAH BERANI (ELAUN KENANGAN) 2001 Sebagaimana pada 1 Disember 2011 2 AKTA PANGLIMA GAGAH BERANI (ELAUN KENANGAN) 2001 Tarikh Perkenan Diraja … … 22 Disember 2001 Tarikh penyiaran dalam Warta … … 27 Disember 2001 Pindaan terkini yang dibuat oleh Akta A1360 yang berkuat kuasa pada … … … 1 Julai 2009 CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU Cetakan Semula Yang Pertama … … … 2002 Cetakan Semula Yang Kedua … … … 2006 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 616 AKTA PANGLIMA GAGAH BERANI (ELAUN KENANGAN) 2001 SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas 2. Tafsiran 3. Pemberian elaun kenangan 4. Pemberhentian pemberian elaun kenangan 5. Pemberian kepada waris kadim penerima jika Darjah Kebesaran dianugerahkan selepas kematian 6. Pemberian kepada waris kadim penerima yang mati sebelum permulaan kuat kuasa Akta 7. Perdana Menteri mengagihkan amaun yang akan dibayar 8. Elaun kenangan dan jumlah wang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan 9. Elaun kenangan dan jumlah wang tidak boleh diserahhakkan, dsb. 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 616 AKTA PANGLIMA GAGAH BERANI (ELAUN KENANGAN) 2001 Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan mengenai pemberian elaun kenangan kepada penerima Darjah Kebesaran Panglima Gagah Berani dan untuk perkara yang berkaitan dengannya. [28 Disember 2001] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas 1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) 2001. Tafsiran 2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “anak” termasuklah anak tiri dan anak yang diambil sebagai anak angkat oleh penerima di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubung dengan pengangkatan, atau mengikut adat atau kelaziman; “Darjah Kebesaran” ertinya Darjah Kebesaran Panglima Gagah Berani yang dianugerahkan di bawah Statut Panglima Gagah Berani (P.G.B.) [P.W. 3151/1960]; “elaun kenangan” ertinya elaun kenangan yang diberikan di bawah subseksyen 3(1); 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 616 “isteri” atau “suami” ertinya balu atau duda penerima yang mati, yang perkahwinan mereka diiktiraf di Malaysia sebagai suatu perkahwinan yang sah di bawah mana-mana undang-undang bertulis, agama, adat atau kelaziman; “penerima” ertinya seseorang yang telah dianugerahi Darjah Kebesaran. Pemberian elaun kenangan 3. (1) Maka bolehlah diberikan suatu elaun kenangan sebanyak satu ribu lima ratus ringgit sebulan kepada seseorang penerima Darjah Kebesaran, dan jika Darjah Kebesaran itu dianugerahkan kepada penerima itu lebih daripada sekali, maka bolehlah diberikan suatu elaun kenangan yang berasingan sebanyak satu ribu lima ratus ringgit sebulan kepadanya berkenaan dengan setiap Darjah Kebesaran yang dianugerahkan kepadanya. (2) Elaun kenangan hendaklah dibayar secara tunggakan tidak lebih awal daripada penghujung setiap bulan. (3) Jika Darjah Kebesaran dianugerahkan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini dan penerima masih hidup pada tarikh permulaan kuat kuasa itu, elaun kenangan hendaklah dibayar kepada penerima secara ke belakang, mulai dari bulan Darjah Kebesaran itu dianugerahkan kepadanya, tetapi tidak boleh lebih awal, dalam apa-apa keadaan, daripada bulan Jun 1983. (4) Jika Darjah Kebesaran itu dianugerahkan pada atau selepas permulaan kuat kuasa Akta ini, elaun kenangan hendaklah dibayar kepada penerima mulai dari bulan Darjah Kebesaran itu dianugerahkan kepadanya. Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) 7 Pemberhentian pemberian elaun kenangan 4. (1) Pemberian elaun kenangan hendaklah terhenti— (a) apabila penerima itu mati; (b) apabila penerima itu disabitkan atas suatu kesalahan oleh suatu mahkamah di dalam Persekutuan dan dikenakan hukuman mati, atau pemenjaraan selama apa-apa tempoh selain pemenjaraan sebagai ganti denda; atau (c) apabila penganugerahan Darjah Kebesaran itu dibatalkan atau diungkaikan mengikut seksyen VIII Statut Panglima Gagah Berani. (2) Tiada elaun kenangan boleh dibayar mulai dari bulan kematian penerima itu berlaku, atau yang hukuman itu dikenakan ke atas penerima, atau penganugerahan Darjah Kebesaran itu dibatalkan atau diungkaikan, mengikut mana-mana yang berkenaan. (3) Bagi maksud subseksyen (2), bulan yang hukuman itu dikenakan ertinya bulan yang hukuman itu dijatuhkan oleh mahkamah yang membicarakan atau jika ada rayuan terhadap hukuman itu bulan yang hukuman itu disahkan atas rayuan itu. (4) Jika penerima itu menerima pengampunan bebas berkenaan dengan sabitan itu atau jika Darjah Kebesaran yang dibatalkan atau yang diungkaikan itu diberikan semula kepadanya, elaun kenangan hendaklah diberikan semula kepadanya mulai dari bulan pengampunan bebas itu diterima atau Darjah Kebesaran itu diberikan semula. Pemberian kepada waris kadim penerima jika Darjah Kebesaran dianugerahkan selepas kematian 5. (1) Jika Darjah Kebesaran telah dianugerahkan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini kepada seseorang yang telah mati, bolehlah diberikan suatu jumlah wang sebanyak lima belas ribu ringgit hanya sekali— 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 616 (a) kepada isteri atau isteri-isteri atau suami dan anak-anak penerima yang mati itu yang masih hidup pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini; (b) jika pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini tiada isteri atau suami atau anak penerima yang mati itu yang masih hidup, kepada ibu bapa atau ibu atau bapa penerima yang mati itu yang masih hidup pada tarikh itu; atau (c) jika pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini tiada isteri atau suami, anak atau ibu atau bapa penerima yang mati itu yang masih hidup, kepada datuk nenek atau datuk atau nenek penerima yang mati itu yang masih hidup pada tarikh itu. (2) Jika Darjah Kebesaran dianugerahkan selepas permulaan kuat kuasa Akta ini kepada seseorang yang telah mati, bolehlah diberikan suatu jumlah wang sebanyak lima belas ribu ringgit hanya sekali— (a) kepada isteri atau isteri-isteri atau suami dan anak-anak penerima yang mati itu yang masih hidup pada tarikh penganugerahan Darjah Kebesaran itu; (b) jika pada tarikh penganugerahan Darjah Kebesaran itu tiada isteri atau suami atau anak penerima yang mati itu yang masih hidup, kepada ibu bapa atau ibu atau bapa penerima yang mati itu yang masih hidup pada tarikh itu; atau (c) jika pada tarikh penganugerahan Darjah Kebesaran itu tiada isteri atau suami, anak atau ibu atau bapa penerima yang mati itu yang masih hidup, kepada datuk nenek atau datuk atau nenek penerima yang mati itu yang masih hidup pada tarikh itu. Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) 9 Pemberian kepada waris kadim penerima yang mati sebelum permulaan kuat kuasa Akta 6. Jika Darjah Kebesaran telah dianugerahkan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini dan penerima telah mati sebelum tarikh permulaan kuat kuasa itu, bolehlah diberikan suatu jumlah wang sebanyak lima belas ribu ringgit hanya sekali— (a) kepada isteri atau isteri-isteri atau suami dan anak-anak penerima yang mati itu yang masih hidup pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini; (b) jika pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini tiada isteri atau suami atau anak penerima yang mati itu yang masih hidup, kepada ibu bapa atau ibu atau bapa penerima yang mati itu yang masih hidup pada tarikh itu; atau (c) jika pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini tiada isteri atau suami, anak atau ibu atau bapa penerima yang mati itu yang masih hidup, kepada datuk nenek atau datuk atau nenek penerima yang mati itu yang masih hidup pada tarikh itu. Perdana Menteri mengagihkan amaun yang akan dibayar 7. Amaun yang akan dibayar kepada isteri atau isteri-isteri atau suami, anak-anak, ibu bapa atau datuk nenek, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah seksyen 5 atau 6 hendaklah mengikut apa-apa perkadaran yang ditentukan oleh Perdana Menteri. Elaun kenangan dan jumlah wang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan 8. Elaun kenangan dan jumlah wang yang diberikan di bawah Akta ini hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan. 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 616 Elaun kenangan dan jumlah wang tidak boleh diserahhakkan, dsb. 9. Apa-apa elaun kenangan atau jumlah wang yang diberikan di bawah Akta ini tidaklah boleh diserahhakkan, dipindahkan hakmilik, ditahan, diasingkan atau dilevi berkenaan dengan apa-apa tuntutan. 11 UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 616 AKTA PANGLIMA GAGAH BERANI (ELAUN KENANGAN) 2001 SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk Ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari Akta A1360 Akta Panglima Gagah Berani 01-07-2009 (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009 _____________ 12 UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 616 AKTA PANGLIMA GAGAH BERANI (ELAUN KENANGAN) 2001 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 3 Akta A1360 01-07-2009 _____________
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
616 - *AKTA PANGLIMA GAGAH BERANI (ELAUN KENANGAN) 2001
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in