A1418 - AKTA LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (PINDAAN) 2012
Verify source ↗ AI-assisted research summary: This amendment requires the Board to appoint at least two deputy chief executive officers after consulting the chief executive officer, lets the Minister appoint one deputy to act when the chief executive officer is temporarily unable to serve, and allows the Board to do other functions directed by the Minister.
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1418 AktA LeMbAGA hASIL DALAM NeGerI MALAYSIA (pINDAAN) 2012 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1418 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 30 Januari 2012 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 9 Februari 2012 hakcipta pencetak h percetAkAN NASIoNAL MALAYSIA berhAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada percetakan Nasional Malaysia berhad (pencetak kepada kerajaan Malaysia yang dilantik). Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1418 AktA LeMbAGA hASIL DALAM NeGerI MALAYSIA (pINDAAN) 2012 Suatu Akta untuk meminda Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995. [ ] DIperbUAt oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 2012. (2) Seksyen 3 disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 November 2011. pindaan seksyen 6A 2. Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995 [Akta 533], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 6a— (a) dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut: “(1a) Lembaga hendaklah, selepas berunding dengan ketua pegawai eksekutif, melantik dua atau lebih timbalan ketua pegawai eksekutif.”; 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1418 (b) dalam subseksyen (2), dengan memasukkan selepas perkataan “ketua pegawai eksekutif” perkataan “dan timbalan ketua pegawai eksekutif”; dan (c) dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut: “(3) Sekiranya ketua pegawai eksekutif buat sementara waktu tidak berdaya melaksanakan tugasnya disebabkan dia sakit atau apa-apa sebab lain, Menteri hendaklah, atas syor Lembaga, melantik seorang daripada timbalan ketua pegawai eksekutif untuk bertindak bagi menggantikan ketua pegawai eksekutif dalam tempoh ketidakdayaan itu.”. Seksyen baru 10b 3. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 10a seksyen yang berikut: “Fungsi tambahan Lembaga 10b. Lembaga boleh melaksanakan mana-mana fungsi lain sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri, termasuklah pengurusan wang yang diperuntukkan oleh Kerajaan untuk melaksanakan mana-mana program dan pembayaran wang itu kepada mana-mana orang.”.