A1654 - AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI LABUAN (PINDAAN) 2022
Verify source ↗ AI-assisted research summary: This Act amends the Labuan Financial Services and Securities Act 2010 and is treated as having commenced on 1 January 2019.
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti 1 Labuan (Pindaan) UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1654 AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI LABUAN (PINDAAN) 2022 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1654 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 31 Mei 2022 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 9 Jun 2022 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti 3 Labuan (Pindaan) UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1654 AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI LABUAN (PINDAAN) 2022 Suatu Akta untuk meminda Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan (Pindaan) 2022. (2) Akta ini disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2019. Pindaan seksyen 8 2. Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 [Akta 704], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 8— (a) dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan “(2)” dengan perkataan “(3)”; dan (b) dengan memotong subseksyen (2) dan (8). 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1654 Pindaan seksyen 101 3. Subseksyen 101(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan takrif “perniagaan insurans Labuan” dengan takrif yang berikut: ‘ “perniagaan insurans Labuan” ertinya perniagaan insurans dan insurans semula termasuklah perniagaan takaful dan takaful semula, perniagaan insurans kaptif Labuan dan perniagaan insurans lain yang diluluskan oleh Lembaga tetapi tidak termasuk apa-apa perniagaan insurans yang dikawal atau dilarang di bawah undang-undang bertulis lain di Malaysia;’. Pindaan seksyen 114 4. Seksyen 114 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut: “(3) Seseorang broker insurans Labuan berlesen boleh mengendalikan insurans atau insurans semula perniagaan insurans domestik, yang diurusniagakan dalam mata wang Malaysia dengan syarat bahawa aktiviti itu tidak termasuk apa-apa aktiviti yang dikawal atau dilarang di bawah undang-undang bertulis lain di Malaysia.”.