AI-assisted research summary: This Act amends the Law Revision Act 1968, starts on 1 August 2019, and sets when certain ministerial or ministry name/function changes take effect.
Penyemakan Undang-Undang (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1599 AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG (PINDAAN) 2019 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1599 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 7 Ogos 2019 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 9 Ogos 2019 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Penyemakan Undang-Undang (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1599 AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG (PINDAAN) 2019 Suatu Akta untuk meminda Akta Penyemakan Undang-Undang 1968. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Penyemakan Undang-Undang (Pindaan) 2019. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada 1 Ogos 2019. Pindaan seksyen 6 2. Akta Penyemakan Undang-Undang 1968 [Akta 1], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 6, dengan memasukkan selepas perenggan (1)(xvii) perenggan yang berikut: “(xviia) untuk membuat apa-apa perubahan dalam mana-mana undang-undang bertulis untuk menunjukkan apa-apa pertukaran nama jawatan, atau pemindahan apa-apa fungsi atau tanggungjawab, mana-mana Menteri, atau pertukaran nama mana-mana Kementerian;”. 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1599 Pindaan seksyen 14 3. Subseksyen 14(2) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “(xvii),” perkataan “(xviia),”. Permulaan kuat kuasa pertukaran atau pemindahan 4. Apa-apa pertukaran nama jawatan, atau pemindahan apa-apa fungsi atau tanggungjawab, mana-mana Menteri, atau pertukaran nama mana-mana Kementerian, hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh pertukaran nama jawatan, atau pemindahan apa-apa fungsi atau tanggungjawab, mana-mana Menteri, atau pertukaran nama mana-mana Kementerian itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.