725 - *AKTA TENAGA BOLEH BAHARU 2011
This Act sets up a feed-in tariff system for renewable energy, including approval, connection, purchase, payment, conditions, reductions, information-gathering, and enforcement rules.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This Act sets up a feed-in tariff system for renewable energy, including approval, connection, purchase, payment, conditions, reductions, information-gathering, and enforcement rules. The provision lets authorised officers search, inspect, seize, and access computer data, and it sets rules for witness questioning, obstruction offences, and related penalties.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 725 - *AKTA TENAGA BOLEH BAHARU 2011
Showing 2 of 2
Part document.segment-1
725 - *AKTA TENAGA BOLEH BAHARU 2011 — segment 1
- document.segment-1 Verify source ↗
725 - *AKTA TENAGA BOLEH BAHARU 2011 — segment 1
AI-assisted research summary: This Act sets up a feed-in tariff system for renewable energy, including approval, connection, purchase, payment, conditions, reductions, information-gathering, and enforcement rules.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA VERSI DALAM TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI Akta 725 AKTA TENAGA BOLEH BAHARU 2011 Sebagaimana pada 31 Disember 2025 Teks ini HANYALAH TEKS KEMAS KINI bagi Akta Tenaga Boleh Baharu 2011 oleh Jabatan Peguam Negara. Melainkan jika dan sehingga dicetak semula menurut kuasa Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang di bawah subseksyen 14(1) Akta Penyemakan Undang-Undang 1968 [Akta 1], teks ini BUKAN TEKS YANG SAH. 2 AKTA TENAGA BOLEH BAHARU 2011 Tarikh Perkenan Diraja … … … ... 23 Mei 2011 Tarikh penyiaran dalam Warta … … … … 2 Jun 2011 Kali terakhir dipinda melalui P.U. (A) 251/2025 yang … … … … 28 Januari 2019 mula berkuat kuasa pada 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 725 AKTA TENAGA BOLEH BAHARU 2011 SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 2. Tafsiran BAHAGIAN II SISTEM TARIF GALAKAN 3. Pewujudan sistem tarif galakan 4. Kelayakan bagi menyertai sistem tarif galakan 5. Permohonan bagi kelulusan galakan 6. Maklumat atau dokumen tambahan 7. Pemberian atau keengganan memberikan kelulusan galakan 8. Syarat bagi kelulusan galakan 9. Kuasa untuk mengenakan syarat tambahan dan untuk mengubah atau membatalkan syarat 10. Pembatalan kelulusan galakan 11. Rayuan BAHAGIAN III PENYAMBUNGAN, PEMBELIAN DAN PENGAGIHAN TENAGA BOLEH BAHARU 12. Perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu 4 Undang-Undang Malaysia AKTA 725 Seksyen 13. Penyambungan kepada talian bekalan 14. Keutamaan pembelian dan pengagihan 15. Kehendak teknikal dan pengendalian BAHAGIAN IV TARIF GALAKAN 16. Pembayaran dan tempoh tarif galakan 17. Pengurangan tarif galakan 18. Kajian semula dan pelarasan kadar pengurangan 19. Mendapatkan wang daripada Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu 20. Fi pentadbiran 21. Kesetaraan grid 22. Penggunaan sumber secara curang untuk menjana elektrik BAHAGIAN V KUMPULAN WANG TENAGA BOLEH BAHARU 23. Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu 24. Peruntukan daripada tarif elektrik 25. Perbelanjaan yang dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu 26. Pelaburan 27. Akaun BAHAGIAN VI KUASA MENGUMPULKAN MAKLUMAT 28. Audit prestasi 29. Pemberian maklumat 30. Bukti pematuhan 31. Pihak Berkuasa boleh memegang simpan dokumen Tenaga Boleh Baharu 5 Seksyen 32. Akses kepada rekod 33. Rekod maklumat 34. Penyiaran maklumat 35. Kesalahan kerana tidak patuh BAHAGIAN VII PENGUATKUASAAN 36. Pegawai diberi kuasa 37. Kad kuasa 38. Kuasa penyiasatan 39. Penggeledahan dan penyitaan dengan waran 40. Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran 41. Capaian kepada data berkomputer 42. Waran boleh diterima walaupun cacat 43. Senarai benda yang disita 44. Pelepasan benda yang disita 45. Kuasa untuk menghendaki kehadiran orang yang mempunyai pengetahuan tentang kes 46. Pemeriksaan orang yang mempunyai pengetahuan tentang kes 47. Kebolehterimaan pernyataan sebagai keterangan 48. Pegawai diberi kuasa hendaklah menyiapkan penyiasatan dan menyerahkannya kepada polis 49. Kos bagi memegang kelengkapan, dsb., yang disita 50. Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaan boleh didapatkan 51. Halangan 52. Kuasa tambahan 53. Pengkompaunan kesalahan 54. Pendakwaan 55. Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 725 BAHAGIAN VIII AM Seksyen 56. Laporan tentang pelaksanaan dan prestasi sistem tarif galakan 57. Pematuhan semua undang-undang lain 58. Arahan oleh Pihak Berkuasa 59. Daftar 60. Kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan 61. Kuasa Pihak Berkuasa untuk membuat kaedah-kaedah 62. Penalti bagi perundangan subsidiari 63. Kuasa Menteri untuk meminda Jadual BAHAGIAN IX KECUALIAN DAN PERALIHAN 64. Penjana tenaga boleh baharu yang sedia ada 65. Lesen yang sedia ada JADUAL 7 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 725 AKTA TENAGA BOLEH BAHARU 2011 Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi mewujudkan dan melaksanakan suatu sistem tarif khas untuk memangkin penjanaan tenaga boleh baharu dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan. [1 Disember 2011 kecuali seksyen 17 dan 18—seluruh Malaysia kecuali bagi Negeri Sarawak; dan 31 Disember 2012 seksyen 17 dan 18—seluruh Malaysia kecuali bagi Negeri Sarawak; P.U. (B) 589/2011] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: BAHAGIAN I PERMULAAN Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Tenaga Boleh Baharu 2011. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan— (a) bagi permulaan kuat kuasa Akta ini di bahagian-bahagian yang berlainan di Malaysia; 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 725 (b) bagi permulaan kuat kuasa peruntukan-peruntukan atau Bahagian-Bahagian yang berlainan dalam Akta ini; atau (c) bagi permulaan kuat kuasa peruntukan-peruntukan yang berlainan dalam Akta ini di bahagian-bahagian yang berlainan di Malaysia. *(3) Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menggantung kuat kuasa keseluruhan atau mana-mana peruntukan Akta ini di bahagian-bahagian yang berlainan di Malaysia. Tafsiran 2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh Menteri melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 60 atau ditetapkan oleh Pihak Berkuasa melalui kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 61, mengikut mana-mana yang berkenaan; “elektrik” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Bekalan Elektrik 1990 [Akta 447]; “juruaudit yang dilantik” ertinya mana-mana juruaudit yang dilantik oleh Pihak Berkuasa di bawah seksyen 28; “kadar pengurangan” ertinya kadar pengurangan progresif tahunan tarif galakan yang dinyatakan dalam ruang kelima Jadual; “kelulusan galakan” ertinya suatu kelulusan yang diberikan di bawah seksyen 7; “keselamatan awam” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Bekalan Elektrik 1990; *CATATAN—Pemakaian keseluruhan Akta Tenaga Boleh Baharu 2011 [Akta 725] digantung di Negeri Sabah berkuat kuasa dari 3 Januari 2024—lihat P.U. (A) 396/2023. Tenaga Boleh Baharu 9 “keselamatan diri” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Bekalan Elektrik 1990; “kesetaraan grid”, berhubung dengan pepasangan tenaga boleh baharu yang tertentu, ertinya masa apabila kadar tarif galakan yang terpakai bagi pepasangan tenaga boleh baharu itu adalah bersamaan dengan atau lebih murah daripada kos pembekalan; “kos pembekalan” ertinya kos purata penjanaan dan pembekalan satu kilowatt jam elektrik daripada sumber selain sumber boleh baharu melalui talian bekalan sehingga ke tempat saling hubungan dengan pepasangan tenaga boleh baharu; “Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu yang ditubuhkan di bawah seksyen 23; “mengagihkan” ertinya untuk mengendalikan, menyenggarakan dan mengagihkan elektrik melalui rangkaian pengagihan elektrik; “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perkara yang berhubungan dengan pembekalan elektrik; “Menteri Kewangan” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan; “pegawai diberi kuasa” ertinya mana-mana pegawai awam, pegawai Pihak Berkuasa atau pegawai Suruhanjaya yang diberi kuasa secara bertulis oleh Menteri di bawah seksyen 36; “pemegang kelulusan galakan” ertinya seseorang yang memegang kelulusan galakan; “pemegang lesen pengagihan” ertinya pemegang suatu lesen untuk mengagihkan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 9 Akta Bekalan Elektrik 1990; “penjana yang layak” ertinya seseorang yang layak untuk memohon untuk menyertai sistem tarif galakan di bawah seksyen 4; 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 725 “pepasangan tenaga boleh baharu” ertinya suatu pepasangan yang menjana tenaga boleh baharu dan termasuklah apa-apa kemudahan teknikal bagi pepasangan itu yang menukarkan tenaga mekanikal, kimia, haba atau elektromagnet secara langsung kepada elektrik; “perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu” ertinya perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu antara pemegang lesen pengagihan dengan pemegang kelulusan galakan di bawah seksyen 12; “Pihak Berkuasa” ertinya Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2011 [Akta 726]; “rangkaian pengagihan elektrik” ertinya suatu sistem atau sebahagian daripada sistem pada voltan nominal yang kurang daripada satu ratus tiga puluh dua kilovolt bagi talian atau kabel elektrik, bagi substesen dan bagi kelengkapan dan bangunan yang berkaitan bagi pembawaan elektrik kepada mana-mana orang tidak kira sama ada suatu loji jana kuasa disambungkan kepada sistem sedemikian; “sistem tarif galakan” ertinya sistem yang diwujudkan di bawah seksyen 3; “sumber boleh baharu” ertinya sumber asli yang berulang-ulang dan tidak akan habis atau teknologi yang dinyatakan dalam ruang pertama Jadual; “Suruhanjaya” ertinya Suruhanjaya Tenaga yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Tenaga 2001 [Akta 610]; “talian bekalan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Bekalan Elektrik 1990; “tarif galakan” ertinya tarif khas yang kena dibayar kepada pemegang kelulusan galakan sebagai balasan bagi tenaga boleh baharu yang dijana dan dijual kepada pemegang lesen pengagihan yang dinyatakan dalam ruang ketiga Jadual; Tenaga Boleh Baharu 11 “tarikh permulaan kuat kuasa tarif galakan”, berhubung dengan pemegang kelulusan galakan, ertinya tarikh apabila pepasangan tenaga boleh baharu mula-mula menjana tenaga boleh baharu bagi jualan komersial menurut perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu yang telah berkuat kuasa mengikut seksyen 12; “tempoh berkuat kuasa”, berhubung dengan pemegang kelulusan galakan, ertinya tempoh yang bermula dari tarikh permulaan kuat kuasa tarif galakan yang dinyatakan dalam ruang keempat Jadual; “tenaga boleh baharu” ertinya elektrik yang dijana atau dihasilkan daripada sumber boleh baharu. BAHAGIAN II SISTEM TARIF GALAKAN Pewujudan sistem tarif galakan 3. (1) Suatu sistem tarif galakan diwujudkan untuk memperuntukkan bagi— (a) penyambungan kepada tempat sambungan talian bekalan bagi pengagihan tenaga boleh baharu yang dijana oleh pepasangan tenaga boleh baharu yang dipunyai oleh pemegang kelulusan galakan; (b) keutamaan pembelian dan pengagihan oleh pemegang lesen pengagihan bagi tenaga boleh baharu yang dijana dan dijual oleh pemegang kelulusan galakan; dan (c) tarif galakan yang hendaklah dibayar oleh pemegang lesen pengagihan kepada pemegang kelulusan galakan bagi tenaga boleh baharu sedemikian. (2) Sistem tarif galakan hendaklah ditadbirkan dan dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa mengikut peruntukan Akta ini. 12 Undang-Undang Malaysia AKTA 725 (3) Dalam menjalankan fungsi dan obligasinya di bawah Akta ini, Pihak Berkuasa hendaklah memberikan pertimbangan yang sewajarnya kepada— (a) objektif Akta ini; (b) dasar tenaga boleh baharu Kerajaan; (c) jumlah wang yang ada dalam Kumpulan Wang dari semasa ke semasa; (d) keperluan bagi kelestarian dan kepelbagaian dalam sumber boleh baharu; dan (e) keperluan persaingan yang adil dan ketelusan dalam pelaksanaan sistem tarif galakan. Kelayakan bagi menyertai sistem tarif galakan 4. Seseorang adalah layak untuk memohon bagi kelulusan galakan yang membenarkan orang itu menyertai sistem tarif galakan jika— (a) orang itu mencadangkan penjanaan tenaga boleh baharu daripada pepasangan tenaga boleh baharu yang mempunyai kapasiti terpasang yang tidak melebihi tiga puluh megawatt atau apa-apa kapasiti terpasang yang lebih tinggi yang diluluskan oleh Menteri; dan (b) orang itu memenuhi apa-apa kriteria lain yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa dari semasa ke semasa. Permohonan bagi kelulusan galakan 5. (1) Seseorang penjana yang layak boleh memohon kepada Pihak Berkuasa bagi kelulusan galakan di bawah seksyen 7 dengan mengemukakan suatu permohonan bertulis kepada Pihak Berkuasa Tenaga Boleh Baharu 13 mengikut apa-apa cara dan disertai dengan apa-apa fi yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa. (2) Sesuatu permohonan di bawah seksyen ini boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum permohonan itu diberikan atau ditolak. (3) Pihak Berkuasa boleh membenarkan sesuatu permohonan di bawah subseksyen (1) dikemukakan melalui perantara elektronik atau secara penghantaran elektronik. (4) Bagi maksud subseksyen (3), syarat dan spesifikasi yang di bawahnya sesuatu permohonan hendaklah dikemukakan hendaklah sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa. Maklumat atau dokumen tambahan 6. (1) Pihak Berkuasa boleh, pada bila-bila masa selepas permohonan bagi kelulusan galakan di bawah seksyen 5 diterima, meminta penjana yang layak untuk memberikan maklumat atau dokumen tambahan yang berhubungan dengan permohonan itu kepada Pihak Berkuasa dalam tempoh yang dinyatakan dalam permintaan itu. (2) Jika apa-apa maklumat atau dokumen tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) tidak diberikan oleh penjana yang layak dalam tempoh yang dinyatakan dalam permintaan itu atau apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh Pihak Berkuasa, permohonan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik dan tidak boleh diteruskan, tetapi tanpa menjejaskan hak penjana yang layak untuk membuat permohonan yang baru. Pemberian atau keengganan memberikan kelulusan galakan 7. (1) Pihak Berkuasa boleh, selepas menimbangkan permohonan bagi kelulusan galakan di bawah seksyen 5 dan maklumat atau dokumen tambahan yang diberikan di bawah seksyen 6, meluluskan atau menolak permohonan itu. 14 Undang-Undang Malaysia AKTA 725 (2) Pihak Berkuasa hendaklah memaklumkan keputusannya di bawah subseksyen (1) kepada penjana yang layak dan pemegang lesen pengagihan yang berkenaan melalui notis bertulis dengan secepat yang dapat dilaksanakan. (3) Notis bertulis oleh Pihak Berkuasa di bawah subseksyen (2) hendaklah menyatakan— (a) dalam hal jika permohonan itu diluluskan, hakikat kelulusan itu dan syarat yang dikenakan di bawah seksyen 8; dan (b) dalam hal jika permohonan itu ditolak, hakikat penolakan itu dan sebab bagi penolakan itu. (4) Pemberian kelulusan galakan di bawah seksyen ini hendaklah bersifat peribadi bagi pemegang kelulusan galakan itu dan kelulusan galakan itu tidak boleh diserah hak atau dipindah milik kepada mana-mana orang lain kecuali dengan kelulusan bertulis daripada Pihak Berkuasa terlebih terdahulu. Syarat bagi kelulusan galakan 8. (1) Jika Pihak Berkuasa memutuskan untuk memberikan kelulusan galakan di bawah seksyen 7, Pihak Berkuasa— (a) hendaklah mengenakan kesemua syarat standard bagi kelulusan galakan sebagaimana yang ditetapkan; dan (b) boleh mengenakan apa-apa syarat khas yang difikirkannya patut. (2) Pemegang kelulusan galakan hendaklah mematuhi— (a) syarat standard yang ditetapkan bagi kelulusan galakan itu; dan (b) apa-apa syarat khas bagi kelulusan galakan itu, Tenaga Boleh Baharu 15 yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa di bawah subseksyen (1). (3) Seseorang pemegang kelulusan galakan yang tidak mematuhi mana-mana syarat kelulusan galakan di bawah subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Kuasa untuk mengenakan syarat tambahan dan untuk mengubah atau membatalkan syarat 9. (1) Pihak Berkuasa boleh, pada bila-bila masa— (a) mengenakan apa-apa syarat tambahan ke atas kelulusan galakan; atau (b) mengubah atau membatalkan apa-apa syarat yang dikenakan ke atas kelulusan galakan. (2) Sebelum Pihak Berkuasa membuat keputusan di bawah subseksyen (1), Pihak Berkuasa hendaklah memberi pemegang kelulusan galakan itu— (a) suatu notis bertulis mengenai niat Pihak Berkuasa itu berserta dengan suatu salinan draf pengenaan, pengubahan atau pembatalan syarat itu; dan (b) suatu peluang untuk membuat penghujahan bertulis dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis bertulis itu yang tidak boleh kurang daripada tiga puluh hari. (3) Selepas habis tempoh yang dinyatakan dalam notis itu, Pihak Berkuasa hendaklah, selepas menimbangkan apa-apa penghujahan bertulis yang dibuat oleh pemegang kelulusan galakan itu, memutuskan sama ada untuk mengenakan syarat tambahan itu, untuk mengubah atau membatalkan mana-mana syarat yang sedia ada atau untuk tidak mengambil tindakan selanjutnya. 16 Undang-Undang Malaysia AKTA 725 (4) Pihak Berkuasa hendaklah memberi pemegang kelulusan galakan suatu notis bertulis mengenai keputusan Pihak Berkuasa di bawah subseksyen (3) dengan secepat yang dapat dilaksanakan dan keputusan itu hendaklah berkuat kuasa pada tarikh yang dinyatakan dalam notis bertulis itu. Pembatalan kelulusan galakan 10. (1) Pihak Berkuasa boleh membatalkan sesuatu kelulusan galakan jika— (a) pemegang kelulusan galakan itu telah tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini, Akta Bekalan Elektrik 1990 atau mana-mana perundangan subsidiari Akta-Akta itu; (b) pemegang kelulusan galakan itu telah tidak mematuhi mana-mana syarat kelulusan galakan itu; (c) pemegang kelulusan galakan itu telah mendapatkan kelulusan galakan itu dengan cara yang tidak wajar atau tidak sah; (d) pemegang kelulusan galakan itu telah disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini, Akta Bekalan Elektrik 1990 atau mana-mana perundangan subsidiari Akta-Akta itu; (e) seorang penerima, penerima dan pengurus, penyelesai sementara atau pegawai yang seumpamanya telah dilantik bagi keseluruhan atau sebahagian besar daripada aset pemegang kelulusan galakan itu dan pelantikan itu tidak dibatalkan atau diungkaikan dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh pelantikan itu; atau (f) terdapat suatu perubahan dalam hal keadaan yang menyebabkan pemegang kelulusan galakan itu tidak lagi berhak untuk diberi kelulusan galakan di bawah Akta ini. Tenaga Boleh Baharu 17 (2) Sebelum Pihak Berkuasa membuat keputusan di bawah subseksyen (1), Pihak Berkuasa hendaklah memberi pemegang kelulusan galakan itu— (a) suatu notis bertulis mengenai niat Pihak Berkuasa untuk membatalkan kelulusan galakan itu; dan (b) suatu peluang untuk membuat penghujahan bertulis dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis bertulis itu yang tidak boleh kurang daripada tiga puluh hari. (3) Selepas habis tempoh yang dinyatakan dalam notis bertulis itu, Pihak Berkuasa hendaklah, selepas menimbangkan apa-apa penghujahan bertulis yang dibuat oleh pemegang kelulusan galakan itu, memutuskan sama ada untuk membatalkan kelulusan galakan itu atau tidak. (4) Pihak Berkuasa hendaklah memberi pemegang kelulusan galakan itu notis bertulis mengenai keputusan Pihak Berkuasa di bawah subseksyen (3) dengan secepat yang dapat dilaksanakan. (5) Pemegang kelulusan galakan tidak berhak kepada apa-apa bentuk pampasan daripada Kerajaan, Menteri, Pihak Berkuasa atau Suruhanjaya jika kelulusan galakan itu dibatalkan mengikut subseksyen (3). (6) Pembatalan sesuatu kelulusan galakan di bawah subseksyen (3) hendaklah berkuat kuasa— (a) pada tarikh yang dinyatakan oleh Pihak Berkuasa dalam notis bertulis yang diberikan di bawah subseksyen (4); atau (b) jika tiada tarikh dinyatakan dalam notis bertulis yang diberikan di bawah subseksyen (4), apabila habis tempoh tiga puluh hari dari tarikh notis itu disampaikan ke atas pemegang kelulusan galakan itu. (7) Jika pembatalan kelulusan galakan telah berkuat kuasa, pemegang kelulusan galakan itu hendaklah dengan serta-merta tidak 18 Undang-Undang Malaysia AKTA 725 berhak untuk menyertai sistem tarif galakan dan untuk menerima pembayaran tarif galakan. Rayuan 11. (1) Mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan Pihak Berkuasa yang menolak permohonan bagi kelulusan galakan di bawah seksyen 7, yang mengenakan apa-apa syarat tambahan atau yang mengubah atau membatalkan mana-mana syarat yang dikenakan ke atas kelulusan galakan di bawah seksyen 9 atau yang membatalkan kelulusan galakan di bawah seksyen 10 boleh, dalam tempoh tiga puluh hari dari pemberitahuan keputusan itu kepadanya, merayu kepada Menteri mengikut cara yang ditetapkan. (2) Menteri boleh, selepas menimbangkan rayuan di bawah subseksyen (1), mengesahkan, mengakas atau mengubah keputusan Pihak Berkuasa. (3) Keputusan Menteri di bawah subseksyen (2) adalah muktamad dan mengikat. BAHAGIAN III PENYAMBUNGAN, PEMBELIAN DAN PENGAGIHAN TENAGA BOLEH BAHARU Perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu 12. (1) Apabila notis bertulis diterima oleh Pihak Berkuasa di bawah subseksyen 7(2) bahawa permohonan daripada pemegang kelulusan galakan telah diluluskan, pemegang lesen pengagihan hendaklah, dalam apa-apa tempoh yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa, membuat perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu dengan pemegang kelulusan galakan itu. Tenaga Boleh Baharu 19 (2) Walau apa pun subseksyen (1), pemegang lesen pengagihan tidak berkewajipan untuk membuat perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu dengan pemegang kelulusan galakan jika— (a) pemegang kelulusan galakan itu enggan membuat perjanjian itu; atau (b) Pihak Berkuasa berpendapat bahawa— (i) terdapat suatu perubahan dalam hal keadaan yang menyebabkan pemegang kelulusan galakan itu tidak lagi berhak untuk diberi kelulusan galakan di bawah Akta ini; atau (ii) adalah adil dan munasabah bagi pemegang lesen pengagihan untuk tidak membuat perjanjian itu. (3) Perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu hendaklah dalam bentuk yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa dan apa-apa penyimpangan daripada bentuk itu menghendaki kelulusan bertulis daripada Pihak Berkuasa terlebih dahulu. (4) Pihak Berkuasa boleh menetapkan bentuk yang berlainan bagi perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu dengan mengambil kira sumber boleh baharu yang akan digunakan dan kapasiti pepasangan tenaga boleh baharu yang dicadangkan. (5) Pemegang kelulusan galakan hendaklah, dalam apa-apa tempoh yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa, mengemukakan salinan terperaku bagi perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu yang telah disempurnakan kepada Pihak Berkuasa bagi pendaftaran. (6) Pihak Berkuasa hendaklah mendaftarkan apa-apa perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu yang dikemukakan kepadanya di bawah subseksyen (5) jika Pihak Berkuasa berpuas hati bahawa perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu itu adalah selaras dengan peruntukan Akta ini dan perundangan subsidiarinya. 20 Undang-Undang Malaysia AKTA 725 (7) Perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu hanya akan berkuat kuasa dan boleh dikuatkuasakan apabila didaftarkan dengan Pihak Berkuasa mengikut seksyen ini. (8) Pihak Berkuasa hendaklah menyenggarakan suatu daftar bagi semua perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu yang didaftarkan di bawah seksyen ini. (9) Seseorang pemegang lesen pengagihan yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit. Penyambungan kepada talian bekalan 13. (1) Jika perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu telah diikat di bawah seksyen 12, pemegang kelulusan galakan boleh memohon kepada pemegang lesen pengagihan bagi penyambungan pepasangan tenaga boleh baharunya kepada suatu tempat sambungan talian bekalan mengikut apa-apa cara yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa. (2) Apabila permohonan di bawah subseksyen (1) diterima, pemegang lesen pengagihan hendaklah menyambungkan pepasangan tenaga boleh baharu itu kepada tempat sambungan talian bekalan dalam apa-apa tempoh yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa. (3) Lokasi tempat sambungan talian bekalan yang terpakai hendaklah ditentukan oleh pemegang lesen pengagihan, tanpa menjejaskan seksyen 15. (4) Seseorang pemegang lesen pengagihan yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit. Tenaga Boleh Baharu 21 Keutamaan pembelian dan pengagihan 14. (1) Jika pepasangan tenaga boleh baharu telah disambungkan kepada tempat sambungan talian bekalan di bawah subseksyen 13(2), pemegang lesen pengagihan hendaklah, sebagai keutamaan daripada elektrik yang dijana daripada sumber selain sumber boleh baharu, membeli dan mengagihkan melalui talian bekalan keseluruhan kuantiti tenaga boleh baharu yang ada yang dijana oleh pepasangan tenaga boleh baharu yang dipunyai oleh pemegang kelulusan galakan melainkan jika dikecualikan di bawah subseksyen (2). (2) Pihak Berkuasa boleh mengecualikan pemegang lesen pengagihan daripada mematuhi subseksyen (1) bagi apa-apa tempoh dan di bawah apa-apa hal keadaan yang difikirkan patut oleh Pihak Berkuasa dengan mengambil kira keselamatan awam dan keselamatan diri. (3) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit. Kehendak teknikal dan pengendalian 15. Pihak Berkuasa boleh, dengan persetujuan Suruhanjaya, menetapkan kaedah-kaedah yang menentukan kehendak teknikal dan pengendalian yang hendaklah dipatuhi oleh pemegang lesen pengagihan dan pemegang kelulusan galakan dalam melaksanakan Bahagian ini, termasuk— (a) kewajipan dan tanggungjawab pemegang lesen pengagihan dan pemegang kelulusan galakan masing-masing berkenaan dengan kehendak itu; (b) tempoh masa yang dalamnya kehendak itu hendaklah dipatuhi; (c) pembahagian kos yang ditanggung berhubung dengan kehendak itu; dan 22 Undang-Undang Malaysia AKTA 725 (d) tatacara dan cara yang mengikutnya pelan, spesifikasi dan dokumen lain hendaklah dikemukakan. BAHAGIAN IV TARIF GALAKAN Pembayaran dan tempoh tarif galakan 16. (1) Tertakluk pada perenggan 21(3)(a), pemegang kelulusan galakan hendaklah, dalam tempoh berkuat kuasa, dibayar tarif galakan oleh pemegang lesen pengagihan yang dengannya pemegang kelulusan galakan itu telah membuat perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu bagi tenaga boleh baharu yang dijana oleh pepasangan tenaga boleh baharunya berdasarkan kadar tarif galakan yang terpakai sebagaimana yang dilaraskan di bawah seksyen 18. (2) Pihak Berkuasa boleh menetapkan kaedah-kaedah yang menyatakan kriteria yang hendaklah dipenuhi oleh pepasangan tenaga boleh baharu bagi maksud menentukan kelayakan pemegang kelulusan galakan untuk menerima kadar tarif galakan yang tertentu. Pengurangan tarif galakan 17. (1) Tertakluk pada subseksyen (3), kadar tarif galakan hendaklah dikurangkan secara progresif setiap tahun berdasarkan kadar pengurangan yang terpakai bermula pada 1 Januari tiap-tiap tahun selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini. (2) Kadar pengurangan tahunan adalah tertakluk pada kajian semula mengikut seksyen 18. (3) Tiada pengurangan selanjutnya boleh dibuat kepada kadar tarif galakan yang terpakai bagi pemegang kelulusan galakan selepas tarikh permulaan kuat kuasa tarif galakan berkenaan dengan pemegang kelulusan galakan itu. Tenaga Boleh Baharu 23 Kajian semula dan pelarasan kadar pengurangan 18. (1) Pihak Berkuasa hendaklah mengkaji semula kadar pengurangan berkenaan dengan mana-mana kategori pepasangan tenaga boleh baharu sekurang-kurangnya sekali setiap tiga tahun selepas tarikh Akta ini mula berkuat kuasa bagi maksud mempertingkatkan prestasi keseluruhan sistem tarif galakan untuk mencapai objektif Akta ini dengan lebih baik. (2) Dalam menjalankan kajian semula di bawah subseksyen (1), Pihak Berkuasa hendaklah mengambil kira— (a) perkara yang dinyatakan dalam subseksyen 3(3); (b) keupayaan pemegang kelulusan galakan untuk mendapatkan semula pelaburan permulaan mereka bagi pepasangan tenaga boleh baharu mereka dan menerima pulangan yang memuaskan dalam masa yang munasabah; (c) kos semasa bagi melengkapkan, membina, mengendalikan dan menyenggarakan pepasangan tenaga boleh baharu yang menggunakan setiap sumber boleh baharu yang tertentu; (d) kecekapan pepasangan tenaga boleh baharu yang menggunakan setiap sumber boleh baharu yang tertentu berdasarkan teknologi semasa; dan (e) apa-apa faktor lain yang difikirkan berkaitan oleh Pihak Berkuasa. (3) Apabila kajian semula di bawah subseksyen (1) selesai, Pihak Berkuasa hendaklah mengemukakan laporan mengenai kajian semula itu kepada Menteri dengan atau tanpa syor bagi pelarasan kadar pengurangan. (4) Menteri boleh, selepas menimbangkan syor bagi pelarasan kadar pengurangan yang dibuat oleh Pihak Berkuasa di bawah subseksyen (3), meluluskan atau menolak syor itu. 24 Undang-Undang Malaysia AKTA 725 (5) Jika Menteri meluluskan syor yang dibuat oleh Pihak Berkuasa di bawah subseksyen (4), dia hendaklah dengan secepat yang dapat dilaksanakan, mengubah kadar pengurangan itu. (6) Kadar pengurangan yang diubah itu tidak terpakai bagi pemegang kelulusan galakan yang wujud sebelum kadar pengurangan yang diubah itu berkuat kuasa. Mendapatkan wang daripada Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu 19. Seseorang pemegang lesen pengagihan berhak untuk mendapatkan daripada Kumpulan Wang, sejumlah wang yang bersamaan dengan perbezaan antara— (a) jumlah tarif galakan yang dibayar oleh pemegang lesen pengagihan kepada pemegang kelulusan galakan mengikut seksyen 16; dan (b) kos yang selainnya kena ditanggung oleh pemegang lesen pengagihan itu untuk menjana amaun elektrik yang sama dengan yang dijana oleh pemegang kelulusan galakan itu berdasarkan kos pembekalan semasa, mengikut apa-apa tatacara dan kaedah pengiraan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa. Fi pentadbiran 20. Fi pentadbiran, yang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang, boleh dibayar— (a) kepada pemegang lesen pengagihan, bagi mentadbirkan pembayaran tarif galakan kepada pemegang kelulusan galakan di bawah seksyen 16; dan Tenaga Boleh Baharu 25 (b) kepada Pihak Berkuasa, bagi melaksanakan dan mentadbirkan sistem tarif galakan di bawah Akta ini, berdasarkan kadar yang ditentukan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam Warta. Kesetaraan grid 21. (1) Pihak Berkuasa hendaklah menentukan sama ada sesuatu pepasangan tenaga boleh baharu yang tertentu telah mencapai kesetaraan grid. (2) Apabila Pihak Berkuasa menentukan bahawa sesuatu pepasangan tenaga boleh baharu yang tertentu telah mencapai kesetaraan grid, Pihak Berkuasa hendaklah memberitahu pemegang kelulusan galakan dan pemegang lesen pengagihan yang berkenaan mengenai pencapaian sedemikian. (3) Walau apa pun apa-apa jua di bawah Akta ini, apabila penentuan kesetaraan grid diberitahu di bawah subseksyen (2)— (a) seseorang pemegang kelulusan galakan yang mempunyai pepasangan tenaga boleh baharu itu tidak berhak untuk dibayar tarif galakan dan sebaliknya hendaklah dibayar oleh pemegang lesen pengagihan suatu tarif yang berdasarkan kos pembekalan semasa bagi baki tempoh berkuat kuasa itu; dan (b) pemegang lesen pengagihan tidak berhak untuk mendapatkan daripada Kumpulan Wang jumlah wang yang disebut dalam seksyen 19 dan dibayar fi pentadbiran di bawah perenggan 20(a) berkenaan dengan mana-mana pepasangan tenaga boleh baharu. 26 Undang-Undang Malaysia AKTA 725 Penggunaan sumber secara curang untuk menjana elektrik 22. (1) Mana-mana orang yang dalam apa-apa cara menjana elektrik secara curang daripada pepasangan tenaga boleh baharu dengan menggunakan sumber selain sumber boleh baharu yang dinyatakan dalam kelulusan galakan yang terpakai bagi pepasangan tenaga boleh baharu itu untuk menerima pembayaran atau pembayaran yang lebih tinggi tarif galakan daripada pemegang lesen pengagihan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. (2) Suatu pernyataan bertulis oleh seorang pegawai Pihak Berkuasa atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Pihak Berkuasa yang menyatakan— (a) jumlah kerugian kepada Kumpulan Wang yang disebabkan oleh pembayaran atau pembayaran yang lebih tinggi tarif galakan di bawah subseksyen (1); dan (b) orang yang bertanggungjawab bagi jumlah kerugian itu, hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai jumlah kerugian kepada Kumpulan Wang dan orang yang bertanggungjawab bagi jumlah kerugian itu. (3) Pihak Berkuasa hendaklah menghendaki orang yang disebut dalam subseksyen (1) supaya membayar kepada Pihak Berkuasa jumlah kerugian kepada Kumpulan Wang yang disebabkan oleh pembayaran atau pembayaran yang lebih tinggi tarif galakan kepada orang itu di bawah subseksyen (1). (4) Jumlah yang dinyatakan dalam pernyataan bertulis di bawah subseksyen (2) yang tidak dibayar hendaklah dianggap sebagai suatu hutang sivil yang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa oleh orang itu dan boleh didapatkan melalui tindakan sivil di mahkamah. Tenaga Boleh Baharu 27 BAHAGIAN V KUMPULAN WANG TENAGA BOLEH BAHARU Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu 23. (1) Suatu kumpulan wang yang dikenali sebagai “Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu” ditubuhkan dan hendaklah ditadbirkan dan dikawal oleh Pihak Berkuasa. (2) Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada— (a) apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan oleh Parlimen bagi maksud Kumpulan Wang dari semasa ke semasa; (b) apa-apa jumlah wang yang dibayar kepada Pihak Berkuasa di bawah subseksyen 22(4), 24(1) dan 24(5); (c) semua wang yang diperoleh sebagai pendapatan daripada pelaburan yang dibuat daripada Kumpulan Wang, termasuk bunga; dan (d) segala wang lain yang diterima secara sah oleh Pihak Berkuasa bagi pihak Kumpulan Wang. Peruntukan daripada tarif elektrik 24. (1) Tertakluk pada subseksyen (6), seseorang pemegang lesen pengagihan hendaklah, jika dikehendaki oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, memperuntukkan dan membayar ke dalam Kumpulan Wang, mengikut apa-apa cara dan pada apa-apa kadar yang dinyatakan dalam perintah itu, sebahagian daripada tarif yang dikenakan oleh pemegang lesen pengagihan itu di bawah subseksyen 26(1) Akta Bekalan Elektrik 1990. (2) Seseorang pemegang lesen pengagihan yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit. 28 Undang-Undang Malaysia AKTA 725 (3) Suatu pernyataan bertulis oleh seorang pegawai Pihak Berkuasa atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Pihak Berkuasa yang menyatakan— (a) sebahagian tarif yang belum dibayar di bawah subseksyen (1) yang kena dibayar kepada Kumpulan Wang; dan (b) pemegang lesen pengagihan yang bertanggungjawab bagi sebahagian tarif yang belum dibayar itu, hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai sebahagian tarif yang belum dibayar yang kena dibayar kepada Kumpulan Wang dan pemegang lesen pengagihan yang bertanggungjawab bagi sebahagian tarif yang belum dibayar itu. (4) Pihak Berkuasa hendaklah menghendaki pemegang lesen pengagihan itu supaya membayar sebahagian tarif yang belum dibayar yang kena dibayar kepada Kumpulan Wang di bawah subseksyen (1) kepada Pihak Berkuasa. (5) Jumlah yang dinyatakan dalam pernyataan bertulis di bawah subseksyen (3) yang tidak dibayar hendaklah dianggap sebagai suatu hutang sivil yang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa oleh orang itu dan boleh didapatkan melalui tindakan sivil di mahkamah. (6) Apabila disyorkan oleh Pihak Berkuasa, Menteri boleh melalui perintah yang disiarkan dalam Warta membatalkan kehendak yang dibuat di bawah subseksyen (1) jika dia berpuas hati bahawa terdapat wang yang mencukupi dalam Kumpulan Wang untuk memenuhi maksud Akta ini. Perbelanjaan yang dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu 25. Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud— (a) seksyen 19 dan 20; dan Tenaga Boleh Baharu 29 (b) secara amnya membayar apa-apa perbelanjaan bagi melaksanakan peruntukan Akta ini. Pelaburan 26. (1) Wang daripada Kumpulan Wang hendaklah, setakat yang wang itu tidak dikehendaki atau tidak serta-merta dikehendaki untuk dibelanjakan oleh Pihak Berkuasa di bawah Akta ini, dilaburkan mengikut apa-apa cara yang diluluskan oleh Menteri dengan persetujuan Menteri Kewangan. (2) Pihak Berkuasa hendaklah membuka dan menyenggara akaun atau akaun-akaun untuk menyimpan wang dalam Kumpulan Wang dengan apa-apa bank atau bank-bank di Malaysia sebagaimana yang difikirkannya patut, selepas berunding dengan Menteri dan Menteri Kewangan, dan tiap-tiap akaun sedemikian hendaklah dikendalikan mengikut apa-apa cara yang dibenarkan oleh Pihak Berkuasa. Akaun 27. (1) Pihak Berkuasa hendaklah menyebabkan akaun yang sepatutnya bagi Kumpulan Wang dan laporan yang sepatutnya mengenai aktivitinya berkenaan dengan Kumpulan Wang disimpan dan hendaklah, secepat yang dapat dilaksanakan selepas berakhirnya tahun kewangan, menyebabkan supaya disediakan bagi tahun kewangan itu— (a) suatu penyata akaun yang hendaklah termasuk kunci kira-kira dan akaun sumbangan dan perbelanjaan; dan (b) suatu penyata aktivitinya berkenaan dengan Kumpulan Wang. (2) Pihak Berkuasa hendaklah, dengan secepat yang mungkin, menghantar suatu salinan penyata akaun yang diperakukan oleh juruaudit dan suatu salinan laporan juruaudit kepada Menteri yang 30 Undang-Undang Malaysia AKTA 725 hendaklah menyebabkan penyata akaun dan laporan juruaudit itu dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen. BAHAGIAN VI KUASA MENGUMPULKAN MAKLUMAT Audit prestasi 28. (1) Pihak Berkuasa boleh, pada bila-bila masa, menjalankan atau melantik juruaudit untuk menjalankan audit ke atas operasi— (a) mana-mana pemegang lesen pengagihan untuk menilai pematuhannya terhadap Akta ini dan perundangan subsidiarinya; dan (b) mana-mana pemegang kelulusan galakan untuk menilai pematuhannya terhadap Akta ini, perundangan subsidiarinya dan syarat kelulusan galakan. (2) Pihak Berkuasa hendaklah memberikan tidak kurang daripada dua puluh empat jam notis bertulis terlebih dahulu mengenai audit di bawah subseksyen (1) kepada pemegang lesen pengagihan atau pemegang kelulusan galakan yang berkenaan. Pemberian maklumat 29. (1) Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang lain, jika Pihak Berkuasa mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana orang— (a) mempunyai apa-apa maklumat atau apa-apa dokumen yang berkaitan dengan pelaksanaan fungsi dan kuasa Pihak Berkuasa di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya; atau Tenaga Boleh Baharu 31 (b) berupaya untuk memberikan apa-apa keterangan yang Pihak Berkuasa mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai adalah berkaitan dengan pelaksanaan fungsi dan kuasa Pihak Berkuasa di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya, Pihak Berkuasa boleh, melalui notis bertulis, memerintahkan orang itu— (A) supaya memberikan apa-apa maklumat sedemikian kepada pegawai diberi kuasa mengikut cara dan bentuk dan dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu atau apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh Pihak Berkuasa; (B) supaya mengemukakan apa-apa dokumen sedemikian, sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam perantara elektronik, kepada pegawai diberi kuasa mengikut cara dan dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu atau apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh Pihak Berkuasa; (C) supaya membuat salinan apa-apa dokumen sedemikian dan supaya mengemukakan salinan itu kepada pegawai diberi kuasa mengikut cara dan dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu atau apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh Pihak Berkuasa; (D) jika orang itu ialah seorang individu, supaya hadir, pada suatu pendengaran tertutup, di hadapan pegawai diberi kuasa pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa keterangan, sama ada secara lisan atau bertulis, dan mengemukakan apa-apa dokumen, sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam perantara elektronik, mengikut cara dan dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu atau apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh Pihak Berkuasa; (E) jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan atau badan awam, supaya menyebabkan pegawai berwibawa pertubuhan perbadanan atau badan itu untuk hadir, pada 32 Undang-Undang Malaysia AKTA 725 suatu pendengaran tertutup, di hadapan pegawai diberi kuasa pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa keterangan, sama ada secara lisan atau bertulis, dan mengemukakan apa-apa dokumen, sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam perantara elektronik, mengikut cara dan dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu atau apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh Pihak Berkuasa; atau (F) jika orang itu ialah suatu perkongsian, supaya menyebabkan seorang individu yang merupakan seorang rakan kongsi dalam perkongsian itu atau seorang pekerja dalam perkongsian itu untuk hadir, pada suatu pendengaran tertutup, di hadapan pegawai diberi kuasa pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa keterangan, sama ada secara lisan atau bertulis, dan mengemukakan apa-apa dokumen, sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam perantara elektronik, mengikut cara dan dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu atau apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh Pihak Berkuasa. (2) Mana-mana orang yang dikehendaki supaya memberikan maklumat atau dokumen di bawah subseksyen (1) hendaklah memastikan bahawa maklumat atau dokumen yang diberikan itu adalah benar, tepat dan lengkap dan orang itu patut memberikan suatu representasi bagi maksud itu, termasuk suatu representasi bahawa dia tidak tahu tentang apa-apa maklumat atau dokumen lain yang mungkin menjadikan maklumat atau dokumen yang diberikan itu tidak benar atau mengelirukan. Bukti pematuhan 30. Seseorang hendaklah, jika pada bila-bila masa dipanggil secara bertulis oleh Pihak Berkuasa untuk berbuat demikian, memberi Pihak Berkuasa atau pegawai diberi kuasanya semua dokumen dan maklumat yang dipunyai oleh orang itu yang berhubungan dengan pematuhannya terhadap mana-mana peruntukan Akta ini atau perundangan Tenaga Boleh Baharu 33 subsidiarinya, sebagaimana yang dikehendaki oleh Pihak Berkuasa secara am atau berhubungan dengan apa-apa hal tertentu. Pihak Berkuasa boleh memegang simpan dokumen 31. (1) Pihak Berkuasa boleh mengambil milikan dan memegang simpan dengan seberapa lama yang perlu sesuatu dokumen yang diberikan oleh mana-mana orang di bawah Bahagian ini. (2) Orang yang memberikan dokumen itu berhak untuk dibekalkan, dengan secepat yang dapat dilaksanakan, suatu salinan yang diperakui oleh Pihak Berkuasa sebagai salinan benar dokumen itu. (3) Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang lain, salinan terperaku dokumen itu hendaklah diterima oleh semua mahkamah dan tribunal sebagai keterangan seolah-olah salinan itu ialah dokumen asal. (4) Sehingga suatu salinan terperaku dokumen itu dibekalkan, Pihak Berkuasa hendaklah, pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang difikirkan sesuai oleh Pihak Berkuasa, membenarkan orang yang memberikan dokumen itu atau seorang yang diberi kuasa oleh orang itu untuk memeriksa dan membuat salinan atau mengambil cabutan daripada dokumen asal itu. (5) Jika Pihak Berkuasa berpuas hati bahawa dokumen itu tidak lagi perlu dipegang simpan, Pihak Berkuasa boleh mengembalikan dokumen itu kepada orang yang memberikan dokumen itu di bawah subseksyen (1) dengan secepat yang dapat dilaksanakan. Akses kepada rekod 32. (1) Seseorang hendaklah, jika pada bila-bila masa diminta oleh Pihak Berkuasa melalui notis bertulis, membenarkan Pihak Berkuasa, pegawai diberi kuasanya atau juruaudit yang dilantiknya untuk mendapat akses kepada rekodnya bagi maksud menjalankan 34 Undang-Undang Malaysia AKTA 725 mana-mana fungsi atau kuasa Pihak Berkuasa di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya. (2) Seseorang yang tidak mematuhi notis bertulis di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit. Rekod maklumat 33. (1) Pihak Berkuasa hendaklah menyenggarakan suatu rekod mengenai semua maklumat atau dokumen yang diterima menurut perintah yang diberikan di bawah subseksyen 29(1). (2) Suatu rekod yang disenggarakan di bawah subseksyen (1) boleh dijadikan tersedia kepada orang awam. Penyiaran maklumat 34. (1) Pihak Berkuasa boleh menyiarkan apa-apa maklumat yang diterimanya dalam menjalankan fungsi dan kuasanya di bawah Bahagian ini. (2) Pihak Berkuasa hendaklah menimbangkan kepentingan komersial pihak-pihak yang dengannya maklumat itu berkaitan sebelum menyiarkan maklumat itu. (3) Pihak Berkuasa tidak boleh menyiarkan apa-apa maklumat atau apa-apa bahagian mana-mana maklumat yang dizahirkan kepadanya jika penyiaran itu— (a) berkemungkinan akan menjejaskan perbicaraan adil seseorang; atau (b) akan melibatkan penzahiran yang tidak munasabah akan maklumat peribadi mengenai mana-mana individu, termasuk orang yang telah mati, Tenaga Boleh Baharu 35 tetapi Pihak Berkuasa boleh menyiarkan suatu cabutan yang berhubungan dengan maklumat sedemikian dengan syarat bahawa butir-butir dalam cabutan itu tidak digubah dalam apa-apa cara yang akan menjejaskan atau memudaratkan orang yang memberikan maklumat itu. Kesalahan kerana tidak patuh 35. Seseorang yang tidak mematuhi perintah Pihak Berkuasa mengikut Bahagian ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. BAHAGIAN VII PENGUATKUASAAN Pegawai diberi kuasa 36. (1) Menteri boleh, secara bertulis, memberi kuasa mana-mana pegawai awam, pegawai Pihak Berkuasa atau pegawai Suruhanjaya untuk menjalankan kuasa penguatkuasaan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya. (2) Mana-mana orang yang diberi kuasa di bawah subseksyen (1) hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574]. Kad kuasa 37. (1) Pihak Berkuasa hendaklah mengeluarkan kepada setiap pegawai diberi kuasa suatu kad kuasa yang hendaklah ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa. 36 Undang-Undang Malaysia AKTA 725 (2) Bilamana pegawai diberi kuasa menjalankan mana-mana kuasa penguatkuasaan di bawah Akta ini, dia hendaklah apabila diminta menunjukkan kepada orang yang terhadapnya kuasa itu sedang dijalankan kad kuasa yang dikeluarkan kepadanya di bawah subseksyen (1). Kuasa penyiasatan 38. (1) Seseorang pegawai diberi kuasa boleh menyiasat aktiviti pemegang kelulusan galakan, pemegang lesen pengagihan atau orang lain berhubung dengan pelakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya. (2) Dalam apa-apa hal yang berhubungan dengan pelakuan kesalahan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya, mana-mana pegawai diberi kuasa yang menjalankan sesuatu penyiasatan boleh menjalankan semua atau mana-mana kuasa yang berhubungan dengan penyiasatan polis, kecuali kuasa untuk menangkap tanpa waran, yang diberikan oleh Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593]. Penggeledahan dan penyitaan dengan waran 39. (1) Jika seseorang Majistret mendapati, berdasarkan maklumat bertulis dengan bersumpah daripada pegawai diberi kuasa dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu, bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya sedang atau telah dilakukan di mana-mana premis, supaya apa-apa keterangan atau benda yang perlu untuk penjalanan sesuatu penyiasatan mengenai suatu kesalahan boleh didapati di mana-mana premis, Majistret boleh mengeluarkan suatu waran yang memberi kuasa kepada mana-mana pegawai diberi kuasa yang dinamakan dalam waran itu untuk memasuki premis itu pada bila-bila masa yang munasabah sama ada pada waktu siang atau malam, dengan atau tanpa bantuan dan jika perlu dengan kekerasan dan di premis itu menggeledah dan menyita apa-apa keterangan atau benda sedemikian, dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua boleh Tenaga Boleh Baharu 37 memberi kuasa kepada mana-mana mahkamah selain Mahkamah Tinggi untuk memberikan suatu waran untuk menggeledah bagi suatu barang pos, telegram atau dokumen lain yang berada dalam jagaan pihak berkuasa pos atau telegraf. (2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), waran yang dikeluarkan oleh Majistret boleh memberi kuasa penggeledahan dan penyitaan— (a) salinan mana-mana buku, akaun atau dokumen lain, termasuk data berkomputer, yang mengandungi atau dengan munasabah disyaki mengandungi maklumat tentang apa-apa kesalahan yang disyaki telah dilakukan; atau (b) apa-apa dokumen, kelengkapan, peralatan atau perkara lain yang dengan munasabah dipercayai dapat memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu.
Part document.segment-2
725 - *AKTA TENAGA BOLEH BAHARU 2011 — segment 2
- document.segment-2 Verify source ↗
725 - *AKTA TENAGA BOLEH BAHARU 2011 — segment 2
AI-assisted research summary: The provision lets authorised officers search, inspect, seize, and access computer data, and it sets rules for witness questioning, obstruction offences, and related penalties.
(3) Seseorang pegawai diberi kuasa yang menjalankan penggeledahan di bawah subsekyen (1) boleh, bagi maksud menyiasat kesalahan itu, memeriksa mana-mana orang yang berada di dalam atau di premis itu. (4) Seseorang pegawai diberi kuasa yang membuat pemeriksaan seseorang di bawah subseksyen (3) atau seksyen 40 boleh menyita, atau mengambil milik, dan menyimpan dalam jagaan selamat semua benda selain pakaian yang perlu, yang dijumpai pada orang itu, dan apa-apa benda lain, yang baginya ada sebab untuk mempercayai merupakan peralatan atau keterangan lain bagi kesalahan itu, dan benda itu boleh ditahan sehingga orang itu dilepaskan atau dibebaskan. (5) Tiada seorang pun boleh diperiksa kecuali oleh seorang lain yang sama jantina, dan pemeriksaan sedemikian hendaklah dijalankan dengan penuh kesopanan. (6) Jika, oleh sebab sifat, saiz atau amaunnya, pemindahan apa-apa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau perkara yang disita di bawah seksyen ini tidak boleh dilaksanakan, pegawai yang 38 Undang-Undang Malaysia AKTA 725 menyita hendaklah dengan apa-apa cara mengelak buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau perkara itu di dalam premis atau bekas yang di dalamnya ia dijumpai. (7) Seseorang yang, tanpa kuasa yang sah, memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (6) atau memindahkan apa-apa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau perkara yang dilak atau cuba untuk berbuat demikian melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran 40. Jika seseorang pegawai diberi kuasa berpuas hati atas maklumat yang diterima bahawa dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelengahan dalam memperoleh suatu waran geledah di bawah seksyen 39 penyiasatan akan terjejas atau keterangan mengenai pelakuan suatu kesalahan mungkin diganggu, dipindahkan, dirosakkan atau dimusnahkan, pegawai diberi kuasa itu boleh memasuki premis itu dan menjalankan di dalam, pada dan berkenaan dengan premis itu semua kuasa yang disebut dalam seksyen 39 dengan cara yang sepenuhnya dan secukupnya seolah-olah dia diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh suatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu. Capaian kepada data berkomputer 41. (1) Seorang pegawai diberi kuasa yang menjalankan suatu penggeledahan di bawah seksyen 39 atau 40 hendaklah diberi capaian kepada data berkomputer sama ada disimpan dalam suatu komputer atau selainnya. (2) Bagi maksud seksyen ini, “capaian”— Tenaga Boleh Baharu 39 (a) termasuklah diberi kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu dan apa- apa cara lain yang dikehendaki untuk membolehkan data berkomputer difahami; dan (b) mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh subseksyen 2(2) dan (5) Akta Jenayah Komputer 1997 [Akta 563]. Waran boleh diterima walaupun cacat 42. Suatu waran geledah yang dikeluarkan di bawah Akta ini adalah sah dan boleh dikuatkuasakan walau apa pun kecacatan, kesilapan atau peninggalan dalamnya atau dalam permohonan bagi waran itu dan mana-mana kelengkapan, peralatan, bahan, buku, rekod, akaun, dokumen atau benda yang disita di bawah waran itu hendaklah boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya. Senarai benda yang disita 43. (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (2), jika apa-apa kelengkapan, peralatan, bahan, buku, rekod, akaun, dokumen atau benda disita di bawah Bahagian ini, pegawai yang menyita hendaklah dengan secepat yang dapat dilaksanakan menyediakan suatu senarai benda yang disita dan mengenai tempat di mana kelengkapan, peralatan, bahan, buku, rekod, akaun, dokumen atau benda itu masing-masing dijumpai dan menyerahkan suatu salinan senarai itu yang ditandatangani olehnya kepada penghuni premis yang telah digeledah, atau kepada ejen atau pekhidmatnya, di premis itu. (2) Jika premis itu tidak berpenghuni, pegawai yang menyita itu hendaklah bilamana mungkin menampalkan senarai benda yang disita itu di tempat yang mudah dilihat di premis itu. 40 Undang-Undang Malaysia AKTA 725 Pelepasan benda yang disita 44. (1) Jika apa-apa kelengkapan, peralatan, bahan, buku, rekod, akaun, dokumen atau benda telah disita di bawah Akta ini, pegawai diberi kuasa yang membuat penyitaan itu, boleh pada bila-bila masa selepas itu melepaskan kelengkapan, peralatan, bahan, buku, rekod, akaun, dokumen atau benda itu kepada orang yang diputuskan olehnya sebagai berhak secara sah kepada kelengkapan, peralatan, bahan, buku, rekod, akaun, dokumen atau benda itu jika dia berpuas hati bahawa kelengkapan, peralatan, bahan, buku, rekod, akaun, dokumen atau benda itu tidak dikehendaki selainnya bagi maksud mana-mana prosiding di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya, atau bagi maksud apa-apa pendakwaan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain, dan dalam hal sedemikian pegawai yang membuat penyitaan itu, Kerajaan Persekutuan, Pihak Berkuasa atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Kerajaan atau Pihak Berkuasa tidak boleh dikenakan apa-apa prosiding oleh mana-mana orang jika penyitaan dan pelepasan kelengkapan, peralatan, bahan, buku, rekod, akaun, dokumen atau benda itu telah dibuat dengan suci hati. (2) Suatu rekod bertulis hendaklah dibuat oleh pegawai diberi kuasa yang membuat pelepasan mana-mana kelengkapan, peralatan, bahan, buku, rekod, akaun, dokumen atau benda di bawah subseksyen (1) yang menyatakan secara terperinci hal keadaan dan sebab bagi pelepasan itu dan dia hendaklah menghantarkan suatu salinan rekod itu kepada Pendakwa Raya dan kepada Ketua Polis Negara dalam tempoh tujuh hari dari pelepasan itu. Kuasa untuk menghendaki kehadiran orang yang mempunyai pengetahuan tentang kes 45. (1) Seorang pegawai diberi kuasa yang menjalankan suatu penyiasatan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya boleh melalui perintah secara bertulis menghendaki kehadiran di hadapannya mana-mana orang yang pada pendapat pegawai diberi kuasa itu mempunyai pengetahuan tentang fakta dan hal keadaan kes itu, dan orang itu hendaklah hadir sebagaimana yang dikehendaki sedemikian. Tenaga Boleh Baharu 41 (2) Jika mana-mana orang enggan hadir sebagaimana yang dikehendaki sedemikian pegawai diberi kuasa itu boleh melaporkan keengganan itu kepada seorang Majistret yang hendaklah mengeluarkan suatu saman untuk memastikan kehadiran orang itu sebagaimana yang dikehendaki oleh perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1). Pemeriksaan orang yang mempunyai pengetahuan tentang kes 46. (1) Seorang pegawai diberi kuasa yang menjalankan suatu penyiasatan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya boleh memeriksa secara lisan mana-mana orang yang dikatakan mempunyai pengetahuan tentang fakta dan hal keadaan kes itu. (2) Orang yang diperiksa di bawah subseksyen (1) itu adalah terikat di sisi undang-undang untuk menjawab semua soalan yang berhubungan dengan kes itu yang diajukan kepadanya oleh pegawai diberi kuasa itu, tetapi orang itu boleh enggan menjawab mana-mana soalan yang jawapannya berkecenderungan mendedahkannya kepada pertuduhan jenayah atau penalti atau pelucuthakan. (3) Seseorang yang membuat suatu pernyataan di bawah seksyen ini adalah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat secara keseluruhannya atau sebahagiannya dalam menjawab soalan. (4) Seseorang pegawai diberi kuasa yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah terlebih dahulu memaklumkan orang itu mengenai peruntukan subseksyen (2) dan (3). (5) Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah, apabila mungkin, diubah ke dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau dilekatkan cap ibu jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan— (a) selepas pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa dia membuatnya; dan 42 Undang-Undang Malaysia AKTA 725 (b) selepas dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia mahu. Kebolehterimaan pernyataan sebagai keterangan 47. (1) Jika mana-mana orang dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya, apa-apa pernyataan, sama ada pernyataan itu terjumlah kepada suatu pengakuan salah atau tidak atau sama ada pernyataan itu dibuat secara lisan atau bertulis, yang dibuat pada bila-bila masa, sama ada sebelum atau selepas orang itu ditangkap dan sama ada dalam penjalanan suatu penyiasatan di bawah Akta ini atau tidak dan sama ada atau tidak secara keseluruhannya atau sebahagiannya dalam menjawab soalan, oleh orang itu kepada atau dengan didengar oleh seorang pegawai diberi kuasa atau orang lain, boleh diterima sebagai keterangan dalam perbicaraannya dan, jika orang yang dipertuduh itu mengemukakan dirinya sebagai saksi, mana-mana pernyataan sedemikian boleh digunakan semasa pemeriksaan balas dan bagi maksud mencabar kebolehpercayaannya. (2) Tiada pernyataan di bawah subseksyen (1) boleh diterima atau digunakan— (a) jika pembuatan pernyataan itu ternyata pada mahkamah telah disebabkan oleh apa-apa dorongan, ugutan atau janji yang berkaitan dengan pertuduhan terhadap orang itu yang datang daripada seorang yang berkuasa dan cukup pada pendapat mahkamah untuk memberikan orang yang dipertuduh itu alasan yang pada pendapatnya adalah munasabah untuk menyangkakan bahawa dengan membuat pernyataan itu dia akan mendapat apa-apa faedah atau mengelakkan apa-apa durjana keduniaan berkaitan dengan prosiding terhadapnya; atau (b) dalam hal suatu pernyataan yang dibuat oleh orang itu selepas dia ditangkap, melainkan jika mahkamah berpuas hati bahawa dia telah diberi amaran dalam perkataan yang berikut atau perkataan yang serupa maksudnya: Tenaga Boleh Baharu 43 “Menjadi kewajipan saya untuk memberi amaran kepada anda bahawa anda tidaklah diwajibkan untuk menyatakan apa-apa atau untuk menjawab apa-apa soalan, tetapi apa-apa yang anda nyatakan, sama ada dalam menjawab sesuatu soalan atau tidak, boleh diberikan sebagai keterangan.”. (3) Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh seseorang sebelum ada masa untuk memberi amaran kepadanya tidaklah menjadikan pernyataan itu tidak boleh diterima sebagai keterangan semata-mata kerana orang itu tidak diberi amaran jika dia telah diberi amaran dengan secepat yang mungkin selepas itu. (4) Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis, seseorang yang dipertuduh atas suatu kesalahan yang baginya subseksyen (1) terpakai tidaklah terikat untuk menjawab apa-apa soalan yang berhubungan dengan kes itu selepas apa-apa amaran yang disebut dalam perenggan (2)(b) telah diberikan kepadanya. Pegawai diberi kuasa hendaklah menyiapkan penyiasatan dan menyerahkannya kepada polis 48. Apabila siap penyiasatannya mengenai sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya, seorang pegawai diberi kuasa hendaklah dengan segera memberikan segala maklumat yang berhubungan dengan pelakuan kesalahan itu kepada pegawai penjaga suatu balai polis dan pegawai polis boleh menangkap seseorang yang mungkin telah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya. Kos bagi memegang kelengkapan, dsb., yang disita 49. Jika apa-apa kelengkapan, peralatan, bahan, buku, rekod, akaun, dokumen atau benda yang disita di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya dipegang dalam jagaan Kerajaan atau Pihak Berkuasa sementara menunggu penyelesaian apa-apa prosiding yang berkenaan 44 Undang-Undang Malaysia AKTA 725 dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya, kos bagi memegang benda itu dalam jagaan hendaklah, sekiranya mana-mana orang didapati telah melakukan suatu kesalahan, menjadi hutang yang kena dibayar oleh orang itu kepada Kerajaan dan hendaklah didapatkan dengan sewajarnya. Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaan boleh didapatkan 50. Tiada seorang pun boleh, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa kelengkapan, peralatan, bahan, buku, rekod, akaun, dokumen atau benda yang disita dalam menjalankan atau yang berupa sebagai menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, berhak kepada kos prosiding itu atau kepada apa-apa ganti rugi atau relief lain melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah. Halangan 51. Mana-mana orang yang— (a) enggan memberikan mana-mana pegawai diberi kuasa akses kepada mana-mana premis yang pegawai diberi kuasa itu berhak kepadanya di bawah Akta ini atau dalam melaksanakan apa-apa kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini; (b) mengamang, menghalang, menggalang atau melengahkan mana-mana pegawai diberi kuasa dalam membuat apa-apa kemasukan yang pegawai diberi kuasa itu berhak membuatnya di bawah Akta ini atau dalam melaksanakan apa-apa kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini; atau (c) enggan memberi mana-mana pegawai diberi kuasa apa-apa maklumat yang berhubungan dengan sesuatu kesalahan atau kesalahan yang disyaki di bawah Akta ini atau Tenaga Boleh Baharu 45 perundangan subsidiarinya atau apa-apa maklumat lain yang boleh dikehendaki daripadanya secara munasabah dan yang ada dalam pengetahuannya atau dalam kuasanya untuk memberikannya, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Kuasa tambahan 52. Seorang pegawai diberi kuasa hendaklah, bagi maksud melaksanakan Akta ini atau perundangan subsidiarinya, mempunyai kuasa untuk melakukan semua atau mana-mana yang berikut: (a) menghendaki pengemukaan rekod, akaun, data berkomputer dan dokumen yang disimpan oleh seseorang pemegang kelulusan galakan atau orang lain dan untuk memeriksa, meneliti dan untuk memuat turun daripadanya, membuat salinannya atau mengambil cabutan daripadanya; (b) menghendaki pengemukaan mana-mana dokumen pengenalan daripada mana-mana orang berhubung dengan mana-mana kes atau kesalahan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya; (c) membuat apa-apa siasatan yang perlu untuk menentukan sama ada peruntukan Akta ini atau perundangan subsidiarinya telah dipatuhi. Pengkompaunan kesalahan 53. (1) Menteri boleh, melalui peraturan-peraturan, menetapkan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya sebagai kesalahan boleh kompaun. 46 Undang-Undang Malaysia AKTA 725 (2) Pihak Berkuasa boleh, dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya, mengkompaun mana-mana kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya dan yang ditetapkan menjadi kesalahan boleh kompaun dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada Pihak Berkuasa suatu amaun wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada denda maksimum bagi kesalahan itu dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu. (3) Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (2) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau apa-apa lanjutan masa yang diberikan oleh Pihak Berkuasa, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat. (4) Jika sesuatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (2), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran mengkompaun itu dibuat, dan apa-apa kelengkapan, peralatan, bahan, buku, rekod, akaun, dokumen atau benda yang disita di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya yang berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan oleh Pihak Berkuasa, tertakluk pada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut untuk dikenakan mengikut syarat kompaun itu. (5) Semua jumlah wang yang diterima oleh Pihak Berkuasa di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan. Pendakwaan 54. Tiada pendakwaan boleh dimulakan bagi mana-mana kesalahan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini kecuali oleh atau dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya. Tenaga Boleh Baharu 47 Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan 55. (1) Jika sesuatu pertubuhan perbadanan melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya, seseorang yang pada masa pelakuan kesalahan itu ialah seorang pengarah, ketua pegawai eksekutif, ketua pegawai operasi, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya dalam pertubuhan perbadanan itu atau yang berupa bertindak atas mana-mana sifat sedemikian atau yang dengan apa-apa cara atau pada apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal pertubuhan perbadanan itu atau yang membantu dalam pengurusan sedemikian— (a) boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan pertubuhan perbadanan itu; dan (b) jika pertubuhan perbadanan itu didapati bersalah melakukan kesalahan itu, hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan itu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan— (i) bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan, persetujuan atau pembiarannya; dan (ii) bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan menjalankan segala usaha yang wajar untuk mengelak pelakuan kesalahan itu. (2) Bilamana mana-mana ejen atau pekerja dalam penjalanan pekerjaannya melakukan atau tidak melakukan apa-apa perbuatan yang pelakuan atau peninggalan untuk berbuat demikian oleh prinsipal atau majikannya akan menjadi suatu kesalahan terhadap Akta ini, ejen atau pekerja itu adalah melakukan kesalahan itu, dan subseksyen (3) hendaklah terpakai bagi prinsipal atau majikannya itu. (3) Jika mana-mana orang boleh di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya dikenakan apa-apa hukuman atau penalti bagi perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkarannya, dia 48 Undang-Undang Malaysia AKTA 725 boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran mana-mana pekerja atau ejennya, atau pekerja kepada ejen itu, jika perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu telah dilakukan— (a) oleh pekerja orang itu dalam penjalanan pekerjaannya; (b) oleh ejen itu semasa bertindak bagi pihak orang itu; atau (c) oleh pekerja kepada ejen itu dalam penjalanan pekerjaannya dengan ejen itu atau selainnya bagi pihak ejen itu yang bertindak bagi pihak orang itu. BAHAGIAN VIII AM Laporan tentang pelaksanaan dan prestasi sistem tarif galakan 56. (1) Pihak Berkuasa hendaklah memantau semua perkara yang penting yang berhubungan dengan pelaksanaan dan prestasi sistem tarif galakan dan mengemukakan laporan mengenainya kepada Menteri selepas berakhirnya setiap tahun kewangan Pihak Berkuasa. (2) Dalam melaksanakan fungsinya di bawah subseksyen (1), Pihak Berkuasa hendaklah mengambil kira apa-apa petunjuk sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Pihak Berkuasa. (3) Laporan yang hendaklah dikemukakan oleh Pihak Berkuasa di bawah subseksyen (1) hendaklah termasuk perkara yang berikut: (a) pengendalian dan pentadbiran Akta ini dan perundangan subsidiarinya; (b) tarif galakan dan kadar pengurangan yang terpakai; (c) Kumpulan Wang; Tenaga Boleh Baharu 49 (d) apa-apa ketidakpatuhan oleh mana-mana orang dengan peruntukan Akta ini dan perundangan subsidiarinya; (e) pemberian atau pembatalan mana-mana kelulusan galakan; (f) apa-apa kekurangan dalam skop atau pengendalian Akta ini dan perundangan subsidiarinya; dan (g) perkara lain yang difikirkan perlu oleh Menteri. (4) Pihak Berkuasa hendaklah menyiarkan laporan itu mengikut cara yang difikirkannya sesuai dengan secepat yang dapat dilaksanakan berikutan dari tarikh Pihak Berkuasa mengemukakan laporan itu kepada Menteri. Pematuhan semua undang-undang lain 57. Bagi mengelakkan keraguan, pemberian kelulusan galakan oleh Pihak Berkuasa tidak mengecualikan pemegang kelulusan galakan itu daripada obligasi untuk mematuhi semua undang-undang yang terpakai yang lain, termasuk Akta Bekalan Elektrik 1990 dan perundangan subsidiarinya. Arahan oleh Pihak Berkuasa 58. (1) Pihak Berkuasa boleh dari semasa ke semasa mengeluarkan arahan secara bertulis kepada mana-mana orang mengenai pematuhan atau ketidakpatuhan mana-mana syarat kelulusan galakan, termasuk untuk meremedikan pelanggaran sesuatu syarat kelulusan galakan atau peruntukan Akta ini atau perundangan subsidiarinya. (2) Sebelum membuat suatu arahan di bawah subseksyen (1), Pihak Berkuasa hendaklah mengeluarkan suatu notis bertulis kepada orang itu dengan menyatakan jenis pematuhan yang dikehendaki. (3) Orang itu hendaklah diberi peluang untuk didengar atau boleh mengemukakan suatu penghujahan bertulis tentang sebab bagi tingkah 50 Undang-Undang Malaysia AKTA 725 laku atau aktivitinya dalam tempoh masa yang munasabah yang dinyatakan dalam notis itu. (4) Selepas habis tempoh notis yang dinyatakan dalam subseksyen (3), Pihak Berkuasa hendaklah menimbangkan apa-apa sebab yang diberikan oleh orang itu sebelum membuat suatu keputusan berhubung dengan tingkah laku atau aktiviti yang berkenaan orang itu. (5) Selepas menimbangkan dengan sewajarnya apa-apa sebab yang diberikan oleh orang itu, Pihak Berkuasa boleh, dengan notis bertulis, mengeluarkan suatu arahan di bawah subseksyen (1) secepat yang dapat dilaksanakan yang menghendaki orang itu supaya mengambil tindakan yang dinyatakan dengan tujuan untuk memastikan bahawa orang itu tidak melanggar atau tidak terus melanggar mana-mana syarat kelulusan galakan atau mana-mana peruntukan Akta ini atau perundangan subsidiarinya. (6) Orang itu hendaklah mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa di bawah subseksyen (5). (7) Suatu arahan yang dibuat oleh Pihak Berkuasa di bawah Bahagian ini hendaklah didaftarkan dengan secepat yang dapat dilaksanakan. (8) Arahan itu hendaklah berkuat kuasa dari tarikh pendaftaran itu atau apa-apa tarikh kemudian yang dinyatakan oleh Pihak Berkuasa dalam arahan itu. (9) Arahan itu hendaklah habis tempohnya pada apa-apa tarikh yang dinyatakan oleh Pihak Berkuasa dalam notis bertulis itu atau jika tiada tarikh dinyatakan, arahan itu hendaklah terus berkuat kuasa sehingga arahan itu dibatalkan. (10) Pihak Berkuasa boleh mengubah atau membatalkan sesuatu arahan dan tatacara yang dinyatakan dalam subseksyen (2), (3), (4), (5), (7), (8) dan (9) hendaklah terpakai mutatis mutandis berkenaan dengan apa-apa pengubahan atau pembatalan sesuatu arahan. Tenaga Boleh Baharu 51 (11) Seseorang yang tidak mematuhi arahan Pihak Berkuasa di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. (12) Pihak Berkuasa hendaklah menyenggarakan suatu daftar mengenai semua arahan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa di bawah seksyen ini, termasuk apa-apa pengubahan atau pembatalan sesuatu arahan. Daftar 59. Seseorang boleh, apabila dibayar apa-apa fi yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa— (a) memeriksa daftar yang disenggarakan di bawah Akta ini; dan (b) membuat salinan, atau mengambil cabutan daripada, daftar itu. Kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan 60. Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut: (a) untuk menetapkan kriteria yang hendaklah dipenuhi supaya sumber tenaga yang tertentu boleh dianggap sebagai suatu sumber boleh baharu bagi maksud Akta ini; (b) untuk menetapkan apa-apa perkara berhubung dengan Kumpulan Wang; (c) untuk menetapkan kesalahan yang boleh dikompaun dan borang yang hendaklah digunakan dan kaedah dan tatacara bagi pengkompaunan kesalahan bagi maksud seksyen 53; 52 Undang-Undang Malaysia AKTA 725 (d) untuk menetapkan cara rayuan di bawah seksyen 11; (e) untuk menetapkan semua perkara lain yang perlu atau suai manfaat untuk ditetapkan bagi melaksanakan, atau menjalankan dengan lebih baik, peruntukan Akta ini. Kuasa Pihak Berkuasa untuk membuat kaedah-kaedah 61. Pihak Berkuasa boleh membuat apa-apa kaedah bagi semua atau mana-mana perkara yang berikut: (a) untuk menetapkan semua perkara berhubung dengan permohonan kelulusan galakan, termasuk kriteria kelayakan bagi pemohon, cara permohonan dan tempoh, bentuk dan syarat standard bagi kelulusan galakan; (b) untuk menetapkan bentuk dan kandungan perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu di bawah seksyen 12; (c) untuk menetapkan kehendak teknikal dan pengendalian bagi maksud seksyen 15; (d) untuk menetapkan kriteria yang hendaklah dipenuhi oleh pepasangan tenaga boleh baharu bagi menentukan kelayakan pemegang kelulusan galakan untuk menerima kadar tarif galakan tertentu bagi maksud seksyen 16; (e) untuk menetapkan tatacara bagi mendapatkan wang daripada Kumpulan Wang dan kaedah pengiraan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang lesen pengagihan di bawah seksyen 19; (f) untuk menetapkan fi yang boleh ditetapkan di bawah Akta ini; (g) untuk menetapkan apa-apa perkara yang baginya Akta ini membuat suatu peruntukan nyata untuk ditetapkan oleh Pihak Berkuasa. Tenaga Boleh Baharu 53 Penalti bagi perundangan subsidiari 62. Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 60 dan kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 61 atau mana-mana perundangan subsidiari lain yang dibuat di bawah Akta ini boleh memperuntukkan apa-apa perbuatan atau peninggalan yang melanggar peraturan-peraturan, kaedah-kaedah atau perundangan subsidiari lain itu sebagai suatu kesalahan dan boleh memperuntukkan penalti denda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Kuasa Menteri untuk meminda Jadual 63. Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual. BAHAGIAN IX KECUALIAN DAN PERALIHAN Penjana tenaga boleh baharu yang sedia ada 64. (1) Seseorang penjana yang layak yang telah menyempurnakan suatu perjanjian bagi penjualan dan pembelian elektrik dengan seseorang pemegang lesen pengagihan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah mempunyai pilihan sama ada— (a) memohon untuk menyertai sistem tarif galakan, menamatkan mana-mana perjanjian terdahulu sedemikian dengan pemegang lesen pengagihan dengan persetujuan pemegang lesen pengagihan itu dan membuat perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu yang ditetapkan di bawah Akta ini; atau (b) meneruskan di bawah perjanjiannya yang sedia ada dengan pemegang lesen pengagihan dan tidak menyertai sistem tarif galakan. 54 Undang-Undang Malaysia AKTA 725 (2) Seksyen 5, 6, 7, 8, 9, 10 dan 11 hendaklah terpakai mutatis mutandis jika penjana yang layak yang disebut dalam subseksyen (1) telah memilih untuk menyertai sistem tarif galakan. (3) Apabila kelulusan galakan diberikan kepada penjana yang layak yang disebut dalam subseksyen (1), Bahagian III dan IV hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi pemegang kelulusan galakan itu kecuali bahawa tempoh berkuat kuasa yang terpakai bagi pemegang kelulusan galakan itu hendaklah dikurangkan dengan suatu tempoh yang bersamaan dengan tempoh yang dalamnya pepasangan tenaga boleh baharunya telah menjana elektrik bagi penjualan komersial kepada pemegang lesen pengagihan sebelum pemberian kelulusan galakan itu. Lesen yang sedia ada 65. Tiada apa-apa dalam Akta ini boleh ditafsirkan sebagai mengurangkan atau melanjutkan tempoh sesuatu lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen 9 Akta Bekalan Elektrik 1990. Tenaga Boleh Baharu 55 JADUAL [Seksyen 2] SUMBER BOLEH BAHARU, KADAR TARIF GALAKAN, TEMPOH BERKUAT KUASA DAN KADAR PENGURANGAN TAHUNAN Ruang Pertama Ruang Kedua Ruang Ketiga Ruang Keempat Ruang Kelima Sumber boleh Perihalan pepasangan tenaga boleh Kadar tarif galakan (dalam Tempoh berkuat Kadar baharu baharu yang layak ringgit bagi setiap kuasa (bermula dari pengurangan kilowatt jam) tarikh permulaan tahunan kuat kuasa tarif galakan) Biogas (a) Pepasangan tenaga boleh baharu yang Kadar tarif galakan asas mempunyai kapasiti terpasang sehingga dan termasuk 30 megawatt Sepuluh tahun Baki tempoh pertama tempoh berkuat kuasa berkuat kuasa 0.3015 0.2515–0.3015 21 tahun 0% (b) Pepasangan tenaga boleh baharu yang Kadar tarif galakan bonus mempunyai mana-mana satu atau sebagai tambahan kepada kadar lebih kriteria yang berikut sebagai tarif galakan asas tambahan kepada (a) di atas: 56 Undang-Undang Malaysia AKTA 725 Ruang Pertama Ruang Kedua Ruang Ketiga Ruang Keempat Ruang Kelima Sumber boleh Perihalan pepasangan tenaga boleh Kadar tarif galakan (dalam Tempoh berkuat Kadar baharu baharu yang layak ringgit bagi setiap kuasa (bermula dari pengurangan kilowatt jam) tarikh permulaan tahunan kuat kuasa tarif galakan) (i) penggunaan teknologi enjin gas + 0.0199 21 tahun 0% dengan kecekapan elektrik melebihi 40% (ii) penggunaan teknologi enjin gas + 0.05 21 tahun 0% yang dibuat atau dipasang secara tempatan (iii) penggunaan tapak pelupusan, + 0.0786 21 tahun 0% gas kumbahan atau sisa pertanian termasuk sisa haiwan sebagai sumber bahan api Biojisim (a) Pepasangan tenaga boleh baharu Kadar tarif galakan asas yang mempunyai kapasiti terpasang sehingga dan termasuk 30 megawatt Sepuluh tahun Baki tempoh pertama tempoh berkuat kuasa berkuat kuasa Tenaga Boleh Baharu 57 Ruang Pertama Ruang Kedua Ruang Ketiga Ruang Keempat Ruang Kelima Sumber boleh Perihalan pepasangan tenaga boleh Kadar tarif galakan (dalam Tempoh berkuat Kadar baharu baharu yang layak ringgit bagi setiap kuasa (bermula dari pengurangan kilowatt jam) tarikh permulaan tahunan kuat kuasa tarif galakan) 0.3800 0.2880–0.3800 21 tahun 0% (i) sehingga dan termasuk 10 0.3085 21 tahun 0% megawatt (ii) melebihi 10 megawatt, dan 0.2886 21 tahun 0% sehingga dan termasuk 20 megawatt (iii) melebihi 20 megawatt, dan 0.2687 21 tahun 0% sehingga dan termasuk 30 megawatt (b) Pepasangan tenaga boleh baharu yang Kadar tarif galakan bonus mempunyai mana-mana satu atau sebagai tambahan kepada kadar lebih kriteria yang berikut sebagai tarif galakan asas tambahan kepada (a) di atas: 58 Undang-Undang Malaysia AKTA 725 Ruang Pertama Ruang Kedua Ruang Ketiga Ruang Keempat Ruang Kelima Sumber boleh Perihalan pepasangan tenaga boleh Kadar tarif galakan (dalam Tempoh berkuat Kadar baharu baharu yang layak ringgit bagi setiap kuasa (bermula dari pengurangan kilowatt jam) tarikh permulaan tahunan kuat kuasa tarif galakan) (i) penggunaan teknologi + 0.0199 21 tahun 0% pengegasan (ii) penggunaan sistem penjanaan + 0.01 21 tahun 0% elektrik berasaskan stim dengan kecekapan keseluruhan melebihi 20% (iii) penggunaan dandang atau alat + 0.05 21 tahun 0% pengegas yang dibuat atau dipasang secara tempatan (iv) penggunaan sisa pepejal sebagai 0 21 tahun 0% sumber bahan api Tenaga Boleh Baharu 59 Ruang Pertama Ruang Kedua Ruang Ketiga Ruang Keempat Ruang Kelima Sumber boleh Perihalan pepasangan tenaga boleh Kadar tarif galakan (dalam Tempoh berkuat Kadar baharu baharu yang layak ringgit bagi setiap kuasa (bermula dari pengurangan kilowatt jam) tarikh permulaan tahunan kuat kuasa tarif galakan) Hidrokuasa (a) Pepasangan tenaga boleh baharu yang Kadar tarif galakan asas kecil mempunyai kapasiti terpasang sehingga dan termasuk 30 megawatt Sepuluh tahun Baki tempoh dengan turus bersih lebih daripada 10 pertama tempoh berkuat kuasa meter berkuat kuasa 0.3400 0.2700–0.3400 21 tahun 0% (b) Pepasangan tenaga boleh baharu yang 0.2650–0.2900 21 tahun 0% mempunyai kapasiti terpasang sehingga dan termasuk 30 megawatt dengan turus bersih sehingga dan termasuk 10 meter Fotovolta suria (a) Pepasangan tenaga boleh baharu yang Kadar tarif galakan asas mempunyai kapasiti terpasang— (i) sehingga dan termasuk 4 kilowatt 0.8249 21 tahun 10% (individu) 60 Undang-Undang Malaysia AKTA 725 Ruang Pertama Ruang Kedua Ruang Ketiga Ruang Keempat Ruang Kelima Sumber boleh Perihalan pepasangan tenaga boleh Kadar tarif galakan (dalam Tempoh berkuat Kadar baharu baharu yang layak ringgit bagi setiap kuasa (bermula dari pengurangan kilowatt jam) tarikh permulaan tahunan kuat kuasa tarif galakan) (ia) sehingga dan termasuk 4 kilowatt 0.7424 10 tahun 0% (individu B40 di bawah Program MySuria) (ii) melebihi 4 kilowatt, dan sehingga 0.8048 21 tahun 10% dan termasuk 12 kilowatt (individu) (iii) sehingga dan termasuk 4 kilowatt 0.8249 21 tahun 10% (bukan individu) (iv) melebihi 4 kilowatt, dan sehingga 0.8048 21 tahun 10% dan termasuk 24 kilowatt (bukan individu) (v) melebihi 24 kilowatt, dan sehingga 0.6139 21 tahun 15% dan termasuk 72 kilowatt (bukan individu) Tenaga Boleh Baharu 61 Ruang Pertama Ruang Kedua Ruang Ketiga Ruang Keempat Ruang Kelima Sumber boleh Perihalan pepasangan tenaga boleh Kadar tarif galakan (dalam Tempoh berkuat Kadar baharu baharu yang layak ringgit bagi setiap kuasa (bermula dari pengurangan kilowatt jam) tarikh permulaan tahunan kuat kuasa tarif galakan) (vi) melebihi 72 kilowatt, dan sehingga 0.5930 21 tahun 15% dan termasuk 1 megawatt (bukan individu) (vii) melebihi 1 megawatt, dan 0.4651 21 tahun 15% sehingga dan termasuk 10 megawatt (bukan individu) (viii) melebihi 10 megawatt, dan 0.4162 21 tahun 15% sehingga dan termasuk 30 megawatt (bukan individu) (b) Pepasangan tenaga boleh baharu yang Kadar tarif galakan bonus mempunyai mana-mana satu kriteria sebagai asas tambahan kepada atau lebih yang berikut sebagai kadar tarif galakan asas tambahan kepada (a) di atas— 62 Undang-Undang Malaysia AKTA 725 Ruang Pertama Ruang Kedua Ruang Ketiga Ruang Keempat Ruang Kelima Sumber boleh Perihalan pepasangan tenaga boleh Kadar tarif galakan (dalam Tempoh berkuat Kadar baharu baharu yang layak ringgit bagi setiap kuasa (bermula dari pengurangan kilowatt jam) tarikh permulaan tahunan kuat kuasa tarif galakan) (i) penggunaan sebagai pepasangan + 0.1550 21 tahun 10% dalam bangunan atau struktur bangunan (ia) penggunaan sebagai pepasangan + 0.1395 10 tahun 0% dalam bangunan atau struktur bangunan (individu B40 di bawah Program MySuria) (ii) penggunaan sebagai bahan + 0.1325 21 tahun 20% bangunan (iia) penggunaan sebagai bahan + 0.1060 10 tahun 0% bangunan (individu B40 di bawah Program MySuria) (iii) penggunaan modul fotovolta + 0.05 21 tahun 0% suria yang dibuat atau dipasang di Malaysia Tenaga Boleh Baharu 63 Ruang Pertama Ruang Kedua Ruang Ketiga Ruang Keempat Ruang Kelima Sumber boleh Perihalan pepasangan tenaga boleh Kadar tarif galakan (dalam Tempoh berkuat Kadar baharu baharu yang layak ringgit bagi setiap kuasa (bermula dari pengurangan kilowatt jam) tarikh permulaan tahunan kuat kuasa tarif galakan) (iiia) penggunaan modul fotovolta + 0.05 10 tahun 0% suria yang dibuat atau dipasang di Malaysia individu B40 di bawah Program MySuria) (iv) penggunaan alat penyongsang + 0.05 21 tahun 0% suria yang dibuat atau dipasang di Malaysia Geoterma Pepasangan tenaga boleh baharu yang 0.45 21 tahun 0% mempunyai kapasiti terpasang sehingga dan termasuk 30 megawatt Semua pengiraan perantaraan dan kadar tarif galakan dalam ringgit bagi setiap kilowatt jam yang muktamad di bawah Jadual ini hendaklah dibundarkan kepada empat tempat perpuluhan dan jika angka pada tempat perpuluhan yang kelima ialah lima atau lebih, pembundaran hendaklah dengan satu pada tempat perpuluhan yang keempat. 64 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 725 AKTA TENAGA BOLEH BAHARU 2011 SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari P.U. (A) 108/2013 Perintah Tenaga Boleh Baharu 28-03-2013 (Pindaan Jadual) 2013 P.U. (A) 374/2013 Perintah Tenaga Boleh Baharu 01-01-2014 (Pindaan Jadual) (No. 2) 2013 P.U. (A) 70/2014 Perintah Tenaga Boleh Baharu 15-03-2014 (Pindaan Jadual) 2014 P.U. (A) 335/2014 Perintah Tenaga Boleh Baharu 01-01-2015 (Pindaan Jadual) (No. 2) 2014 P.U. (A) 82/2015 Perintah Tenaga Boleh Baharu 06-05-2015 (Pindaan Jadual) 2015 P.U. (A) 88/2015 Pembetulan bagi P.U. (A) 82/2015 06-05-2015 P.U. (A) 307/2015 Perintah Tenaga Boleh Baharu 01-01-2016 (Pindaan Jadual) (No. 2) 2015 P.U. (A) 222/2017 Perintah Tenaga Boleh Baharu 01-08-2017 (Pindaan Jadual) 2017 P.U. (A) 20/2019 Perintah Tenaga Boleh Baharu 28-01-2019 (Pindaan Jadual) 2019 P.U. (A) 103/2019 Perintah Tenaga Boleh Baharu 02-04-2019 (Pindaan Jadual) (No. 2) 2019 P.U. (A) 355/2019 Perintah Tenaga Boleh Baharu 23-12-2019 (Pindaan Jadual) (No. 3) 2019 Tenaga Boleh Baharu 65 Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari P.U. (A) 347/2020 Perintah Tenaga Boleh Baharu 13-12-2020 (Pindaan Jadual) 2020 P.U. (A) 131/2022 Perintah Tenaga Boleh Baharu 28-04-2022 (Pindaan Jadual) 2022 Akta A1689 Akta Tenaga Boleh Baharu 10-11-2023 (Pindaan) 2023 P.U. (A) 396/2023 Perintah Tenaga Boleh Baharu 03-01-2024 (Penggantungan Kuat Kuasa Akta Bagi Sabah) 2023 P.U. (A) 254/2024 Perintah Tenaga Boleh Baharu 30-09-2024 (Pindaan Jadual) 2024 P.U. (A) 251/2025 Perintah Tenaga Boleh Baharu 28-01-2019 (Pindaan Jadual) 2025 66 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 725 AKTA TENAGA BOLEH BAHARU 2011 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 1 Akta A1689 10-11-2023 P.U. (A) 396/2023 03-01-2024 Jadual P.U. (A) 108/2013 28-03-2013 P.U. (A) 374/2013 01-01-2014 P.U. (A) 70/2014 15-03-2014 P.U. (A) 335/2014 01-01-2015 P.U. (A) 82/2015 06-05-2015 P.U. (A) 307/2015 01-01-2016 P.U. (A) 222/2017 01-08-2017 P.U. (A) 20/2019 28-01-2019 P.U. (A) 103/2019 02-04-2019 P.U. (A) 355/2019 23-12-2019 P.U. (A) 347/2020 13-12-2020 P.U. (A) 131/2022 28-04-2022 P.U. (A) 254/2024 30-09-2024 P.U. (A) 251/2025 28-01-2019
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
725 - *AKTA TENAGA BOLEH BAHARU 2011
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in