AI-assisted research summary: This Act amends the per capita grant rates in the Tenth Schedule and says it is deemed to have come into force on 1 January 2002.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA Akta 622 AKTA PEMBERIAN MENGIKUT BILANGAN ORANG 2002 Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006 DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 SECARA USAHA SAMA DENGAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD 2006 2 Undang-Undang Malaysia AKTA 622 AKTA PEMBERIAN MENGIKUT BILANGAN ORANG 2002 Tarikh Perkenan Diraja ... ... ... … … … 24 Julai 2002 Tarikh penyiaran dalam Warta… … … … 1 Ogos 2002 CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU Cetakan Semula Yang Pertama ... ... 2004 Pemberian Mengikut Bilangan Orang 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 622 AKTA PEMBERIAN MENGIKUT BILANGAN ORANG 2002 SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 2. Pindaan Bahagian I Jadual Kesepuluh kepada Perlembagaan Persekutuan 4 Undang-Undang Malaysia AKTA 622 Pemberian Mengikut Bilangan Orang 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 622 AKTA PEMBERIAN MENGIKUT BILANGAN ORANG 2002 Suatu Akta untuk meminda peruntukan Bahagian I Jadual Kesepuluh kepada Perlembagaan Persekutuan. [1 Januari 2002 ] BAHAWASANYA adalah diperuntukkan oleh Fasal (2) Perkara 109 Perlembagaan Persekutuan bahawa Parlimen boleh dari semasa ke semasa melalui undang-undang mengubah kadar pemberian mengikut bilangan orang yang terdapat dalam Bahagian I Jadual Kesepuluh kepada Perlembagaan itu: DAN BAHAWASANYA menurut Fasal (4)(b) Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan apa-apa pindaan kepada Perlembagaan yang bersampingan dengan atau berbangkit daripada penjalanan apa-apa kuasa untuk membuat undang-undang yang diberikan kepada Parlimen oleh mana-mana peruntukan Perlembagaan, selain Perkara 74 dan 76, dikecualikan daripada peruntukan Fasal (3) Perkara 159: MAKA OLEH YANG DEMIKIAN, INILAH DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pemberian Mengikut Bilangan Orang 2002. (2) Akta ini hendaklah disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2002. 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 622 Pindaan Bahagian I Jadual Kesepuluh kepada Perlembagaan Persekutuan 2. Subseksyen 1(1) Bahagian I Jadual Kesepuluh kepada Perlembagaan Persekutuan dipinda dengan menggantikan perenggan (a), (b), (c) dan (d) dengan perenggan yang berikut: “(a) bagi 100,000 orang yang pertama mengikut kadar RM72.00 bagi tiap-tiap orang; (b) bagi 500,000 orang yang berikutnya mengikut kadar RM10.20 bagi tiap-tiap orang; (c) bagi 500,000 orang yang berikutnya mengikut kadar RM10.80 bagi tiap-tiap orang; (d) bagi yang selebihnya mengikut kadar RM11.40 tiap-tiap orang,”. Pemberian Mengikut Bilangan Orang 7 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 622 AKTA PEMBERIAN MENGIKUT BILANGAN ORANG 2002 SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari –TIADA– 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 622 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 622 AKTA PEMBERIAN MENGIKUT BILANGAN ORANG 2002 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa yang meminda Berkuat kuasa dari –TIADA–