AI-assisted research summary: This Act amends the Income Tax Act 1967 and the Petroleum (Income Tax) Act 1967, including a higher amount in section 45 and a new rental deduction cap for certain motor vehicles.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA VERSI DALAM TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI Akta 315 AKTA KEWANGAN 1985 Sebagaimana pada 1 Ogos 2019 2 AKTA KEWANGAN 1985 Tarikh Perkenan Diraja … … … 22 Mei 1985 Tarikh penyiaran dalam Warta … … 30 Mei 1985 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 315 AKTA KEWANGAN 1985 SUSUNAN SEKSYEN BAB I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 2. Pindaan bagi Akta BAB II PINDAAN KEPADA AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 3. Permulaan kuat kuasa pindaan kepada Akta Cukai Pendapatan 1967 4. Pindaan seksyen 45 BAB III PINDAAN KEPADA AKTA PETROLEUM (CUKAI PENDAPATAN) 1967 5. Permulaan kuat kuasa pindaan kepada Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 6. Pindaan seksyen 18 7. Pindaan Jadual 2 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 315 AKTA KEWANGAN 1985 Suatu Akta untuk meminda Akta Cukai Pendapatan 1967 dan Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 dan bagi membuat peruntukan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [Seperti yang diperuntukkan dalam Akta ini] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: B I AB PERMULAAN Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kewangan 1985 dan hendaklah berkuat kuasa sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta ini. Pindaan bagi Akta 2. Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53] dan *Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 [Akta 45 tahun 1967] masing-masing dipinda mengikut cara yang masing-masing dinyatakan dalam Bab II dan III. * CATATAN—Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 [Akta 45 tahun 1967] telah disemak sebagai Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 [Akta 543]. 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 315 B II AB PINDAAN KEPADA AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 Permulaan kuat kuasa pindaan kepada Akta Cukai Pendapatan 1967 3. Bab ini hendaklah berkuat kuasa bagi tahun taksiran 1985 dan tahun taksiran yang berikutnya. Pindaan seksyen 45 4. Seksyen 45 Akta Cukai Pendapatan 1967 dipinda dengan menggantikan perkataan “one hundred thousand ringgit” dalam subseksyen (6) dengan perkataan “three hundred thousand ringgit”. B III AB PINDAAN KEPADA AKTA PETROLEUM (CUKAI PENDAPATAN) 1967 Permulaan kuat kuasa pindaan kepada Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 5. Bab ini hendaklah berkuat kuasa bagi tahun taksiran 1985 dan tahun taksiran yang berikutnya. Pindaan seksyen 18 6. Subseksyen 18(1) Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 yang disebut “Akta ibu” dalam Bab ini, dipinda— (a) dengan menggantikan noktah di hujung perenggan (l) dengan tanda dan perkataan “; or”; dan Kewangan 7 (b) dengan memasukkan sebaik selepas perenggan (l), perenggan yang berikut: “(m) any sum paid by way of rentals in respect of a motor vehicle (other than a lorry, truck, bus, mini bus, van or station wagon licensed or permitted by the appropriate authority for commercial transportation of goods or passengers) in excess of twenty-five thousand ringgit: Provided that the maximum amount of deduction of rentals in respect of such motor vehicle in the year of assessment and subsequent years of assessment shall not in the aggregate exceed twenty- five thousand ringgit in respect of the said motor vehicle.”. Pindaan Jadual 2 7. Jadual 2 kepada Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “fifteen” dalam subperenggan 2(2) dengan perkataan “twenty-five”. 8 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 315 AKTA KEWANGAN 1985 SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari —TIADA— 9 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 315 AKTA KEWANGAN 1985 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari —TIADA—