AI-assisted research summary: This Act grants Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj a pension and specified retirement privileges.
022b.fm Page 1 Monday, March 27, 2006 5:06 PM UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA Akta 22 AKTA PENCEN TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ 1971 Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006 DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 SECARA USAHA SAMA DENGAN MALAYAN LAW JOURNAL SDN BHD DAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD 2006 022b.fm Page 2 Monday, March 27, 2006 5:06 PM 2 AKTA PENCEN TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ 1971 Tarikh Perkenan Diraja… … … … … 22 April 1971 Tarikh penyiaran dalam Warta … … … 29 April 1971 CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU Cetakan Semula Yang Pertama … … … 1992 Cetakan Semula Yang Kedua … … … 1999 DISEDIAKAN UNTUK PENERBITAN OLEH MALAYAN LAW JOURNAL SDN BHD DAN DICETAK OLEH PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD CAWANGAN KUALA LUMPUR 2006 022b.fm Page 3 Monday, March 27, 2006 5:06 PM Fungsi-Fungsi Menteri 33 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 22 AKTA PENCEN TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ 1971 SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas 2. Akta 237 3. Pencen dan keistimewaan di bawah Akta ini ialah tambahan kepada apa-apa elaun atau keistimewaan, jika ada 4. Pembayaran dari Kumpulan Wang Disatukan 5. Pemansuhan 022b.fm Page 4 Monday, March 27, 2006 5:06 PM 022b.fm Page 5 Monday, March 27, 2006 5:06 PM 55 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 22 AKTA PENCEN TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ 1971 Suatu Akta bagi membuat peruntukan berkenaan dengan pencen dan keistimewaan bagi Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al- Haj apabila beliau bersara dari jawatan Perdana Menteri Malaysia. [Seluruh Malaysia—30 April 1971] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Tajuk ringkas 1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pencen Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj 1971. Akta 237 2. Walau apa pun peruntukan Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 [Akta 237], atau mana-mana undang-undang lain berkenaan dengan pencen dan ganjaran bagi Anggota Pentadbiran, Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, apabila beliau bersara dari jawatan Perdana Menteri Malaysia, berhak kepada pencen dan keistimewaan yang berikut: (a) ganjaran sebanyak RM200,000 yang dikecualikan daripada cukai; (b) pencen sebanyak empat ribu ringgit hendaklah kena dibayar setiap bulan pada satu haribulan setiap bulan; (c) sebuah rumah kediaman berperabot hendaklah diadakan dan disenggarakan dengan percuma; (d) sebuah motokar kerajaan dengan seorang pemandu hendaklah diadakan; dan 022b.fm Page 6 Monday, March 27, 2006 5:06 PM 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 22 (e) seorang setiausaha, seorang kerani merangkap jurutrengkas, seorang pegawai keselamatan dan seorang budak pejabat hendaklah juga diadakan mengikut kadar semasa kerajaan. Pencen dan keistimewaan di bawah Akta ini ialah tambahan kepada apa-apa elaun atau keistimewaan, jika ada 3. Pencen dan keistimewaan yang dinyatakan dalam seksyen 2 adalah tambahan kepada apa-apa elaun atau keistimewaan lain yang kena dibayar kepadanya di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan saraan Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan mana-mana Negeri. Pembayaran dari Kumpulan Wang Disatukan 4. Apa-apa perbelanjaan yang dilakukan di bawah seksyen 2 hendaklah dibayar dari Kumpulan Wang Disatukan. Pemansuhan 5. Ordinan No. 50 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970 dengan ini dimansuhkan. 022b.fm Page 7 Monday, March 27, 2006 5:06 PM 77 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 22 AKTA PENCEN TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ 1971 SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari Akta 160 Akta Mata Wang Malaysia (Ringgit) 29-08-1975 1975 Akta 237 Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 01-07-1980 022b.fm Page 8 Monday, March 27, 2006 5:06 PM 8 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 22 AKTA PENCEN TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ 1971 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 2 Akta 160 29-08-1975 Akta 237 01-07-1980