144 - *AKTA KEMAJUAN PETROLEUM 1974
This Act vests petroleum ownership and exclusive exploration rights in a corporation (PETRONAS), and restricts certain petroleum-related businesses to PETRONAS unless the Prime Minister authorizes them.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 144 - *AKTA KEMAJUAN PETROLEUM 1974
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
144 - *AKTA KEMAJUAN PETROLEUM 1974
AI-assisted research summary: This Act vests petroleum ownership and exclusive exploration rights in a corporation (PETRONAS), and restricts certain petroleum-related businesses to PETRONAS unless the Prime Minister authorizes them.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA VERSI ATAS TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI Akta 144 AKTA KEMAJUAN PETROLEUM 1974 Sebagaimana pada 1 Jun 2013 2 AKTA KEMAJUAN PETROLEUM 1974 Tarikh Perkenan Diraja … … … … … … … … 30 Julai 1974 Tarikh penyiaran dalam Warta … … … … … … 22 Ogos 1974 CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU Cetakan Semula Yang Pertama … … … 1997 Cetakan Semula Yang Kedua … … … 2001 Cetakan Semula Yang Ketiga … … … 2006 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 144 AKTA KEMAJUAN PETROLEUM 1974 SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas 2. Pemunyaan 3. Perbadanan 3A. Kuasa Perbadanan 4. Pembayaran wang tunai oleh Perbadanan 5. Majlis Penasihat Petroleum Negara 6. Kebenaran Perdana Menteri dikehendaki bagi pengendalian penggunaan 6A. (Dipotong) 7. Kuasa untuk membuat peraturan 7A. Perwakilan 7B. Kesalahan oleh kumpulan orang dan oleh pekhidmatan dan ejen 7C. Bidang kuasa mahkamah 8. Kecualian 9. Peralihan 10. Takrif JADUAL 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 144 AKTA KEMAJUAN PETROLEUM 1974 Suatu Akta untuk membuat peruntukan bagi pengeksplorasian dan pengeksploitasian petroleum sama ada di pantai atau di luar pantai oleh suatu Perbadanan yang padanya akan diletakhakkan seluruh pemunyaan dan hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan eksklusif berkenaan dengan petroleum tersebut, dan untuk mengawal penjalanan aktiviti penggunaan dan pemajuan yang berhubungan dengan petroleum dan keluarannya; bagi membuat peruntukan mengenai penubuhan suatu Perbadanan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] atau di bawah undang-undang yang berhubungan dengan pemerbadanan syarikat dan mengenai kuasa Perbadanan itu; dan bagi membuat peruntukan mengenai perkara yang berkaitan atau bersampingan dengannya. [1 Oktober 1974; P.U. (B) 501/1974] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Tajuk ringkas 1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kemajuan Petroleum 1974. Pemunyaan 2. (1) Seluruh pemunyaan mengenai petroleum, dan hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan eksklusif untuk mengeksplorasi, mengeksploit, mendapatkan dan memperoleh petroleum sama ada di pantai atau di luar pantai Malaysia hendaklah diletakhakkan pada 6 Undang-Undang Malaysia A KTA 144 suatu Perbadanan yang akan diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 atau di bawah undang-undang yang berhubungan dengan pemerbadanan syarikat. (2) Peletakhakan pemunyaan, hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah berkuat kuasa apabila disempurnakan suatu surat cara dalam borang yang terkandung dalam Jadual Akta ini. (3) Pemunyaan dan hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan eksklusif yang diletakhakkan sedemikian tidak boleh dibatalkan dan hendaklah berjalan kuat kuasanya bagi faedah Perbadanan itu dan penggantinya. Perbadanan 3. (1) Walau apapun peruntukan seksyen 22 Akta Syarikat 1965, yang berhubungan dengan nama syarikat, Perbadanan itu hendaklah dinamakan Petroleum Nasional Berhad atau ringkasnya PETRONAS. (2) Perbadanan itu hendaklah tertakluk kepada kawalan dan arahan Perdana Menteri dan Perdana Menteri boleh dari semasa ke semasa mengeluarkan apa-apa arahan sebagaimana yang difikirkannya patut. (3) Walau apapun peruntukan Akta Syarikat 1965 atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, arahan yang dikeluarkan sedemikian hendaklah mengikat Perbadanan itu. Kuasa Perbadanan 3A. (1) Sebagai tambahan kepada segala kuasa Perbadanan sebagaimana yang ditetapkan dalam Memorandum dan Perkara Persatuannya, Perbadanan hendaklah mempunyai kuasa untuk mengambil alih atau memperoleh melalui perjanjian, penyerahhakan, pembelian atau dengan apa-apa cara lain keseluruhan atau mana-mana bahagian daripada mana-mana pengusahaan perdagangan, perniagaan atau perusahaan dalam Kemajuan Petroleum 7 apa jua bentuk kepunyaan mana-mana orang atau kumpulan orang (diperbadankan atau tidak diperbadankan) dan menjalankan atau membuat apa-apa kegiatan, sama ada yang disebut dalam Akta ini atau pun tidak, yang sebelum pengambilalihan atau pemerolehan itu telah dijalankan oleh, dan bagi maksud, pengusahaan, perniagaan atau perusahaan itu. (2) Kuasa yang diberikan kepada Perbadanan di bawah subseksyen (1) adalah sebagai tambahan kepada dan bukannya pengurangan mana-mana hak, kuasa, kebebasan, keistimewaan dan faedah yang diberikan kepada Perbadanan oleh Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain. Pembayaran wang tunai oleh Perbadanan 4. Sebagai balasan bagi pemunyaan dan hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan yang diletakhakkan padanya menurut Akta ini, Perbadanan itu hendaklah membuat apa-apa pembayaran wang tunai sebagaimana yang dipersetujui antara pihak-pihak yang berkenaan kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan mana-mana Negeri yang berkenaan. Majlis Penasihat Petroleum Negara 5. (1) Suatu Majlis yang dinamakan Majlis Penasihat Petroleum Negara hendaklah ditubuhkan yang terdiri daripada orang termasuk mereka dari Negeri yang berkaitan yang dilantik oleh Perdana Menteri. (2) Menjadi kewajipan Majlis Penasihat Petroleum Negara untuk menasihati Perdana Menteri tentang dasar Negara, kepentingan dan perkara yang berkenaan dengan petroleum, perusahaan petroleum, sumber tenaga dan penggunaannya. 8 Undang-Undang Malaysia A KTA 144 Kebenaran Perdana Menteri dikehendaki bagi pengendalian penggunaan 6. (1) Walau apapun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain, tiada apa-apa jua urusan mengenai pemprosesan atau penapisan petroleum atau pengilangan keluaran petrokimia daripada petroleum, boleh dijalankan oleh mana-mana orang selain PETRONAS, melainkan jika ada kebenaran yang diberikan oleh Perdana Menteri berkenaan dengan sesuatu urusan itu. (2) Mana-mana orang, yang pada permulaan kuat kuasa Akta ini menjalankan sesuatu urusan yang disebut dalam subseksyen (1) boleh terus berbuat demikian tetapi hendaklah, tidak lewat daripada enam bulan dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, memohon secara bertulis kepada Perdana Menteri untuk mendapatkan kebenarannya yang disebut dalam subseksyen (1). (3) Subseksyen (1) hendaklah terpakai bagi apa-apa urusan pemasaran atau pembahagian petroleum atau keluaran petrokimia; dan mana-mana orang yang pada permulaan kuat kuasa subseksyen ini menjalankan apa-apa urusan itu boleh terus berbuat sedemikian tetapi hendaklah, tidak lewat daripada enam bulan dari tarikh permulaan kuat kuasa subseksyen ini, memohon secara bertulis kepada Perdana Menteri bagi mendapatkan kebenarannya yang disebut dalam subseksyen (1). (4) Jika Perdana Menteri memberikan kebenarannya di bawah seksyen ini, dia boleh, menurut budi bicaranya, mengenakan terma dan syarat yang difikirkannya patut. (5) Mana-mana orang yang bertindak melanggar seksyen ini atau gagal mematuhi apa-apa terma atau syarat sesuatu kebenaran yang diberikan di bawah seksyen ini adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan dia boleh dikenakan denda selanjutnya tidak melebihi satu ratus ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripada hari kesalahan itu berterusan selepas hari pertama yang mengenainya sabitan itu telah direkodkan; dan semua jentera, alat, loji, bangunan Kemajuan Petroleum 9 dan harta atau benda lain yang digunakan atau dicadang untuk digunakan dalam melakukan kesalahan itu dan mana-mana petroleum atau keluaran yang diperoleh darinya boleh dilucuthakkan. (6) Perdana Menteri boleh melalui pemberitahuan dalam Warta mengecualikan sesuatu urusan yang disebut dalam subseksyen (1) dan (3) atau mana-mana syarikat atau kelas syarikat yang menjalankan urusan itu daripada peruntukan seksyen ini. 6A. (Dipotong oleh Akta A382). Kuasa untuk membuat peraturan 7. Perdana Menteri boleh membuat peraturan bagi maksud menguatkuasakan peruntukan Akta ini dan, tanpa menyentuh keluasan perkara yang terdahulu, peraturan itu boleh, khususnya, mengadakan peruntukan bagi— (a) pengendalian atau perjalanan— (i) sesuatu urusan atau perkhidmatan yang berhubungan dengan mengeksplorasi, mengeksploit mendapatkan atau memperoleh petroleum; (ii) sesuatu urusan yang melibatkan pengilangan dan pembekalan alat kelengkapan yang digunakan dalam perusahaan petroleum; (iii) aktiviti penggunaan dan pemajuan yang berhubungan dengan petroleum; (b) pemasaran dan pengagihan petroleum dan keluarannya; (c) penalti berupa denda yang tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau pemenjaraan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya bagi pelanggaran mana-mana peraturan dan bagi ketidakpatuhan apa-apa terma atau 10 Undang-Undang Malaysia A KTA 144 syarat sesuatu lesen, kebenaran atau kelulusan yang dikeluarkan atau diberikan di bawah peraturan itu; (d) pelucuthakan apa-apa benda yang digunakan atau dicadangkan untuk digunakan semasa melakukan pelanggaran atau ketidakpatuhan itu. Pewakilan 7A. Perdana Menteri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, mewakilkan, tertakluk kepada apa-apa syarat dan sekatan sebagaimana yang ditetapkan dalam pemberitahuan itu, penjalanan kuasanya atau pelaksanaan kewajipannya di bawah Akta ini selain kuasa dan kewajipannya di bawah subseksyen 3(2), 5(1) dan seksyen 7 kepada mana-mana orang yang diperihalkan menurut nama atau jawatan. Kesalahan oleh kumpulan orang dan oleh pekhidmat dan ejen 7B. (1) Jika sesuatu kesalahan terhadap Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya telah dilakukan oleh sesuatu syarikat, firma, persatuan atau kumpulan orang yang lain, mana-mana orang yang pada masa melakukan kesalahan itu ialah seorang pengarah, pengurus atau pegawai seumpamanya yang lain atau seorang pekongsi syarikat, firma, persatuan atau kumpulan orang yang lain atau berupa bertindak atas sifatnya sebagai yang sedemikian hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan itu. (2) Apabila sahaja dibuktikan sehingga memuaskan hati mahkamah bahawa suatu pelanggaran peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya telah dilakukan oleh seseorang kerani, pekhidmat atau ejen yang bertindak dalam masa menjalankan pekerjaannya maka prinsipal juga bertanggungan terhadap pelanggaran itu dan boleh dikenakan penalti yang diperuntukkan baginya: Dengan syarat bahawa tiada apa pun dalam seksyen ini boleh disifatkan mengecualikan liabiliti kerani, pekhidmat atau ejen Kemajuan Petroleum 11 berkenaan dengan apa-apa penalti yang diperuntukkan oleh Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya bagi apa-apa pelanggaran yang dibuktikan telah dilakukan olehnya. Bidang kuasa mahkamah 7C. Walau apapun apa-apa jua peruntukan yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis lain, sesuatu Mahkamah Sesyen mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya dan apabila disabitkan untuk mengenakan penalti penuh baginya. Kecualian 8. (1) Akta Perlombongan Petroleum 1966 [Akta 95], tidak terpakai bagi Perbadanan, kecuali seksyen 14. (2) Dalam pemakaian seksyen 14 Akta itu bagi Perbadanan, apa-apa sebutan mengenai pemegang lesen hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Perbadanan dan sebutan mengenai penjalanan apa-apa hak yang terkandung dalam lesen hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai penjalanan hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan yang diletakhakkan pada Perbadanan menurut subseksyen 2(1) Akta ini. Peralihan 9. (1) Sesuatu lesen eksplorasi yang dikeluarkan dan apa-apa perjanjian petroleum yang dibuat menurut Akta Perlombongan Petroleum 1966, dan sesuatu lesen, pajakan, dan perjanjian yang dikeluarkan atau dibuat di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa yang berhubungan dengan mencari gali, mengeksplorasi atau melombong petroleum hendaklah terus berkuat kuasa selama tempoh enam bulan dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini atau selama sesuatu tempoh yang dilanjutkan sebagaimana yang dibenarkan oleh Perdana Menteri. 12 Undang-Undang Malaysia A KTA 144 (2) Jika tempoh enam bulan itu telah tamat dan tiada pelanjutan di bawah subseksyen (1) dibenarkan, lesen, pajakan atau perjanjian yang disebut dalam subseksyen itu hendaklah tamat atau terhenti berkuat kuasa dan hendaklah dibayar kepada orang yang haknya di bawah lesen, pajakan atau perjanjian yang telah ditamatkan itu, pampasan yang mencukupi sama ada dengan cara bayaran sekaligus atau dengan cara bayaran berkala atau dengan apa-apa cara lain sebagaimana yang ditentukan oleh Kerajaan Persekutuan atau di bawah apa-apa perkiraan yang dipersetujui antara orang itu dengan orang lain yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan. Takrif 10. Bagi maksud Akta ini, ungkapan “petroleum” ertinya apa-apa minyak galian atau hidrokarbon yang berkaitan dan gas asli yang berada dalam keadaan aslinya dan casinghead petroleum spirit termasuk syil bitumen dan lapisan mendak yang lain yang daripadanya minyak boleh didapati. Kemajuan Petroleum 13 JADUAL [Subseksyen 2(2)] PEMBERIAN HAK, KUASA, KEBEBASAN DAN KEISTIMEWAAN BERKENAAN DENGAN PETROLEUM Saya, ....................................................................................................... bagi pihak Kerajaan ......................................................................................................................, pada .............. hari bulan .......................................... 20.......... dengan ini memberi untuk selama-lamanya dan memindahhakkan dan meletakhakkan pada PETRONAS pemunyaan mengenai petroleum dan hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan eksklusif untuk mengeksplorasi, mengeksploit, mendapatkan dan memperoleh petroleum yang berada sama ada di pantai atau di luar pantai Malaysia. Pemberian, pemindahhakan, dan peletakhakan yang dibuat di bawah ini tidak boleh dibatalkan dan hendaklah berjalan kuat kuasanya bagi faedah PETRONAS dan penggantinya. Pada menyaksikan hal yang tersebut di atas saya bagi pihak Kerajaan ....................................... menurunkan tandatangan saya pada surat cara ini pada hari bulan dan tahun yang disebutkan terdahulu di atas. ................................................................. ................................................................. bagi pihak Kerajaan ................................................................. Tandatangan saksi: ................................................................. ................................................................. Saya, ............................................................................................. bagi pihak PETRONAS dengan ini menyetuju terima pemberian, pemindahhakan dan peletakhakan yang dibuat di atas. ................................................................. ................................................................. ................................................................. Tandatangan saksi ................................................................. ................................................................. 14 Undang-Undang Malaysia A KTA 144 Diperbuat di ................................................................................. pada ....................... hari bulan ................................................. 20.............. 15 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 144 AKTA KEMAJUAN PETROLEUM 1974 SENARAI PINDAAN Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari Akta A290 Akta Kemajuan Petroleum 01-10-1974; kecuali (Pindaan) 1975 perenggan 2(c), s.3 dan 5: 01-05-1975 Akta 160 Akta Mata Wang Malaysia 29-08-1975 (Ringgit) 1975 Akta A382 Akta Kemajuan Petroleum 01-05-1975; kecuali (Pindaan) 1977 s.4: 01-10-1974 Akta A613 Akta Kemajuan Petroleum 01-10-1974 (Pindaan) 1985 Akta A842 Akta Kemajuan Petroleum Belum berkuat kuasa (Pindaan) 1993 P.U.(B)144/2010 Pembetulan 01-04-2010 16 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 144 AKTA KEMAJUAN PETROLEUM 1974 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari Tajuk panjang Akta A613 01-10-1974 3 P.U.(B)144/2010 01-04-2010 3A Akta A613 01-10-1974 6 Akta A290 01-10-1974 kecuali s. 2(c), 5 dan 6: 01-05-1975 6(3B) P.U.(B)144/2010 01-04-2010 Akta A382 01-05-1975 6A Akta A290 01-05-1975 Akta A382 01-05-1975 7 Akta A290 01-10-1974 7A Akta A290 01-05-1975 7B Akta A290 01-05-1975 7C Akta A290 01-05-1975 8 Akta A290 01-10-1974 8(2) P.U.(B)144/2010 01-04-2010 9 Akta A290 01-10-1974 Akta A382 01-10-1974
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
144 - *AKTA KEMAJUAN PETROLEUM 1974
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in