820 - AKTA THE SUPERIOR OF THE INSTITUTE OF THE FRANCISCAN MISSIONARIES OF MARY (PEMERBADANAN) 1957 (DISEMAK - 2019)
This Act incorporates The Superior of the Institute of the Franciscan Missionaries of Mary and gives it corporate powers and a seal.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 820 - AKTA THE SUPERIOR OF THE INSTITUTE OF THE FRANCISCAN MISSIONARIES OF MARY (PEMERBADANAN) 1957 (DISEMAK - 2019)
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
820 - AKTA THE SUPERIOR OF THE INSTITUTE OF THE FRANCISCAN MISSIONARIES OF MARY (PEMERBADANAN) 1957 (DISEMAK - 2019)
AI-assisted research summary: This Act incorporates The Superior of the Institute of the Franciscan Missionaries of Mary and gives it corporate powers and a seal.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 820 AKTA THE SUPERIOR OF THE INSTITUTE OF THE FRANCISCAN MISSIONARIES OF MARY (PEMERBADANAN) 1957 (Disemak—2019) Teks ini HANYALAH TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara bagi The Superior of the Institute of the Franciscan Missionaries of Mary (Incorporation) Act 1957 [Act 820]. Melainkan jika dan sehingga ditetapkan sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 [Akta 32], teks ini bukan perundangan. 2 AKTA THE SUPERIOR OF THE INSTITUTE OF THE FRANCISCAN MISSIONARIES OF MARY (PEMERBADANAN) 1957 Disemak sehingga … … … … 1 Disember 2019 Tarikh penyiaran dalam Warta bagi edisi semakan ini … … … 27 Disember 2019 Tarikh yang ditetapkan untuk mula berkuat kuasanya edisi semakan ini menurut perenggan 6(1)(xxiii) Akta Penyemakan Undang-Undang 1968 [Akta 1] … … 27 Disember 2019 _________________ Pertama kali diperbuat dalam tahun 1957 sebagai Ordinan Persekutuan Tanah Melayu No. 39 tahun 1957 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 820 AKTA THE SUPERIOR OF THE INSTITUTE OF THE FRANCISCAN MISSIONARIES OF MARY (PEMERBADANAN) 1957 SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas 2. Tafsiran 3. Pemerbadanan The Superior of the Institute of the Franciscan Missionaries of Mary 4. Meterai perbadanan 5. Pemberitahuan pelantikan Superior of the Assunta Convent 6. Peletakhakan harta 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 820 AKTA THE SUPERIOR OF THE INSTITUTE OF THE FRANCISCAN MISSIONARIES OF MARY (PEMERBADANAN) 1957 Suatu Akta untuk memperbadankan The Superior of the Institute of the Franciscan Missionaries of Mary. [15 Ogos 1957] Tajuk ringkas 1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta The Superior of the Institute of the Franciscan Missionaries of Mary (Pemerbadanan) 1957. Tafsiran 2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, “Perbadanan” ertinya The Superior of the Institute of the Franciscan Missionaries of Mary sebagaimana yang diperbadankan di bawah seksyen 3. Pemerbadanan The Superior of the Institute of the Franciscan Missionaries of Mary 3. (1) Marguerite Goudchaux yang secara amnya dikenali sebagai Mother Miriam de I’Annonciation yang dilantik untuk jawatan Superior of the Assunta Convent dan penggantinya dalam jawatan Superior of the Assunta Convent hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan dengan nama “The Superior of the Institute of the 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 820 Franciscan Missionaries of Mary” dan adalah kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan. (2) Perbadanan boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas namanya. (3) Perbadanan boleh – (a) membuat kontrak; (b) memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati tiap-tiap perihalan harta alih dan harta tak alih atas apa-apa terma sebagaimana yang difikirkan patut oleh Perbadanan; dan (c) menjual, memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik dan memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahmilikkan atau selainnya melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai apa-apa harta alih atau harta tak alih yang terletak hak pada Perbadanan atas apa-apa terma sebagaimana yang difikirkan patut oleh Perbadanan. Meterai perbadanan 4. (1) Perbadanan hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan yang boleh dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Perbadanan. (2) Sehingga suatu meterai diadakan di bawah seksyen ini, suatu cap yang mengandungi perkataan “Superior of the Institute of the Franciscan Missionaries of Mary” boleh digunakan sebagai meterai perbadanan. (3) Tiada surat ikatan, dokumen atau surat cara lain yang dimeteraikan dengan meterai Perbadanan boleh disifatkan dimeteraikan dengan sewajarnya melainkan jika – The Superior of The Institute of The Franciscan Missionaries of Mary (Pemerbadanan) 7 (a) meterai itu telah dicapkan di hadapan Marguerite Goudchaux atau wakilnya yang diberi kuasa dengan sewajarnya melalui suatu surat kuasa wakil yang didaftarkan di bawah Akta Surat Kuasa Wakil 1949 [Akta 424] atau di hadapan penggantinya dalam jawatan Superior of the Assunta Convent; dan (b) surat ikatan, dokumen atau surat cara lain itu ditandatangani oleh Marguerite Goudchaux atau wakilnya atau oleh penggantinya atau wakil penggantinya. (4) Penandatanganan surat ikatan, dokumen atau surat cara lain itu hendaklah menjadi keterangan yang mencukupi mengenai pemeteraian yang sewajarnya surat ikatan, dokumen atau surat cara lain itu. Pemberitahuan pelantikan Superior of the Assunta Convent 5. Suatu pemberitahuan dalam Warta mengenai pelantikan mana-mana orang untuk memegang atau bertindak dalam jawatan Superior of the Assunta Convent hendaklah menjadi keterangan muktamad bahawa orang itu telah dilantik sedemikian dengan sewajarnya. Peletakhakan harta 6. Semua harta alih dan harta tak alih yang terletak di Semenanjung Malaysia yang dipegang, untuk dan oleh, dipindahhakkan, diserahhakkan, diberikan, dipajakkan, dipindahmilikkan, dipindahkan kepada atau selainnya terletak hak pada Institute of the Franciscan Missionaries of Mary, Superior of the Convent of Our Lady of the Angels atau Superior of the Assunta Convent terletak hak pada Perbadanan bagi harta dan kepentingan masing-masing yang baginya harta itu dipegang. 8 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 820 AKTA THE SUPERIOR OF THE INSTITUTE OF THE FRANCISCAN MISSIONARIES OF MARY (PEMERBADANAN) 1957 (Disemak — 2019) Butir-butir di bawah perenggan 7(ii) dan (iii) Akta Penyemakan Undang-Undang 1968 [Akta 1] SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari yang meminda -TIADA- SENARAI UNDANG-UNDANG ATAU BAHAGIANNYA YANG DIGANTI No. Tajuk Ord. P.T.M No. 39 Ordinan The Superior of the Institute of the tahun 1957 Franciscan Missionaries of Mary (Pemerbadanan), 1957 9 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 820 AKTA THE SUPERIOR OF THE INSTITUTE OF THE FRANCISCAN MISSIONARIES OF MARY (PEMERBADANAN) 1957 (Disemak — 2019) SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari -TIADA- 10 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 820 AKTA THE SUPERIOR OF THE INSTITUTE OF THE FRANCISCAN MISSIONARIES OF MARY (PEMERBADANAN) 1957 (Disemak — 2019) SENARAI PINDAAN YANG DIBUAT OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG DI BAWAH SEKSYEN 6 AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 [AKTA 1] Peruntukan Butir-butir pindaan Kuasa untuk meminda Susunan Susunan kandungan di bawah tajuk perenggan 6(1)(vii) kandungan “ARRANGEMENT OF SECTIONS” dimasukkan Bentuk Perkenan Ditinggalkan perenggan 6(1)(xxiv) DiRaja Keseluruhan 1. Perkataan “Act” menggantikan perenggan 6(1)(v) Akta “Ordinance” 2. Nota bahu menggantikan nota birai perenggan 6(1)(xxiv) 3. Noktah pada akhir nota bahu ditinggalkan perenggan 6(1)(xvi) 4. Perkataan “Corporation” menggantikan perenggan 6(1)(xv) “corporation” Tajuk panjang Perkataan “The” menggantikan “the” perenggan 6(1)(xv) Tarikh kuat Perkataan “15 August 1957” menggantikan p e r e n ggan 6(1)(iii) kuasa “15th August, 1957.” Mukadimah Ditinggalkan subperenggan 6(1)(i)(b) Ayat Ditinggalkan subperenggan 6(1)(i)(f) mengundang- undangkan The Superior of The Institute of The Franciscan Missionaries of Mary (Pemerbadanan) 11 Peruntukan Butir-butir pindaan Kuasa untuk meminda seksyen 1 1. Perkataan “The” menggantikan “the” perenggan 6(1)(xvii) 2. Koma sebelum perkataan “1957” perenggan 6(1)(xvi) ditinggalkan Seksyen tafsiran Seksyen tafsiran dimasukkan sebagai seksyen 2 subperenggan 6(1)(iv)(a) baharu Tafsiran Disusun semula dan ditukar tempat sebagai perenggan 6(1)(xii), (xiii) dan “Corporation” tafsiran baharu “Corporation” daripada (xxiv) subseksyen 2(1) dengan pengubahan berbangkit dibuat seksyen 2 1. Dinomborkan semula sebagai seksyen 3 perenggan 6(1)(xii) 2. Dalam nota bahu, perkataan “Incorporation perenggan 6(1)(xxiv) of The Superior of the Institute of the Franciscan Missionaries of Mary” menggantikan perkataan “Incorporation and powers of the Superior” subseksyen 2(1) 1. Dinomborkan semula sebagai p e r e n g g a n 6(1)(iii) dan (xiii) subseksyen 3(1) dengan pengubahan berbangkit dibuat 2. Perkataan “The said” ditinggalkan perenggan 6(1)(xxi) 3. Perkataan “generally known as Mother perenggan 6(1)(xxiv) Miriam de I’Annonciation who was appointed to the office of the Superior of the Assunta Convent and her successors in the office of the Superior of the Assunta Convent” menggantikan “and her successors for the time being in the office of Superior of the Assunta Convent” 4. Perkataan “and shall have perpetual perenggan 6(1)(xiii) dan (xxiv) succession and a corporate seal” ditukar tempat daripada subseksyen 2(2) subseksyen 2(2) Dinomborkan semula dan dibahagikan kepada perenggan 6(1)(xii), (xiii) dan subseksyen 3(2), perenggan 3(3)(a) dan (xxiv) subseksyen 4(1) dan (2) dengan pengubahan berbangkit dibuat 12 Undang-Undang Malaysia AKTA 820 Peruntukan Butir-butir pindaan Kuasa untuk meminda subseksyen 2(3) Dinomborkan semula dan dibahagikan kepada perenggan 6(1)(xii), (xiii) dan perenggan 3(3)(b) dan perenggan (c) dengan (xxiv) pengubahan berbangkit dibuat seksyen 3 1. Dinomborkan semula sebagai seksyen 4 perenggan 6(1)(xii) dengan pengubahan berbangkit dibuat 2. Dalam nota bahu, perkataan “Common seal” perenggan 6(1)(xxiv) menggantikan “Use of corporate seal” subseksyen 3(1) Dinomborkan semula dan dibahagikan kepada perenggan 6(1)(xii), (xiii) dan perenggan 4(3)(a) dan (b) dengan pengubahan (xxiv) berbangkit dibuat subseksyen 3(2) Dinomborkan semula sebagai subseksyen 4(4) dengan pengubahan berbangkit dibuat perenggan 6(1)(xii) seksyen 4 1. Dinomborkan semula sebagai seksyen 5 perenggan 6(1)(xii) 2. Dalam nota bahu, perkataan “Notification of perenggan 6(1)(xxiv) appointment of Superior of the Assunta Convent” menggantikan perkataan “Appointnment” 3. Koma selepas perkataan “hold” dan “in” perenggan 6(1)(xvi) ditinggalkan seksyen 5 1. Dinomborkan semula sebagai seksyen 6 perenggan 6(1)(xii) 2. Perkataan “Peninsular Malaysia” perenggan 6(1)(xvii) menggantikan “the Federation” 3. Perkataan “heretofore” ditinggalkan perenggan 6(1)(xxi) 4. Perkataan “of the Franciscan Missionaries of perenggan 6(1)(iii) Mary,” dimasukkan selepas perkataan “the Institute” 5. Perkataan “or in” sebelum perkataan “the perenggan 6(1)(xxi) Superior of the Convent” ditinggalkan 6. Perkataan “in” sebelum perkataan “the perenggan 6(1)(xxi) Superior of the Assunta Convent” ditinggalkan The Superior of The Institute of The Franciscan Missionaries of Mary (Pemerbadanan) 13 Peruntukan Butir-butir pindaan Kuasa untuk meminda 7. Perkataan “hereby” ditinggalkan perenggan 6(1)(xxi) 8. Perkataan “property” menggantikan “same” perenggan 6(1)(xv) 9. Perkataan “held” menggantikan “holden” perenggan 6(1)(xv) seksyen 6 Ditinggalkan subperenggan 6(1)(i)(aa)
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
820 - AKTA THE SUPERIOR OF THE INSTITUTE OF THE FRANCISCAN MISSIONARIES OF MARY (PEMERBADANAN) 1957 (DISEMAK - 2019)
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in