A1688 - AKTA KETERANGAN SAKSI KANAK-KANAK (PINDAAN) 2023
This Act amends the child witness evidence law to define special hearings, raise the child-witness age threshold to 18, and give the Court powers over special hearings and improper questions.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of A1688 - AKTA KETERANGAN SAKSI KANAK-KANAK (PINDAAN) 2023
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
A1688 - AKTA KETERANGAN SAKSI KANAK-KANAK (PINDAAN) 2023
AI-assisted research summary: This Act amends the child witness evidence law to define special hearings, raise the child-witness age threshold to 18, and give the Court powers over special hearings and improper questions.
Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1688 AKTA KETERANGAN SAKSI KANAK-KANAK (PINDAAN) 2023 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1688 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 15 Jun 2023 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 21 Jun 2023 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1688 AKTA KETERANGAN SAKSI KANAK-KANAK (PINDAAN) 2023 Suatu Akta untuk meminda Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan Akta ini. 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1688 Pindaan seksyen 2 2. Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 [Akta 676], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2— (a) dengan memasukkan selepas takrif “pegawai polis” takrif yang berikut: ‘ “pendengaran khas” ertinya suatu pendengaran khas yang dikendalikan oleh Mahkamah, yang keterangan pemeriksaan utama, pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula seseorang saksi kanak-kanak direkod terlebih dahulu;’; dan (b) dalam takrif “saksi kanak-kanak”, dengan menggantikan perkataan “enam belas tahun” dengan perkataan “lapan belas tahun”. Pindaan seksyen 3 3. Subseksyen 3(1) Akta ibu dipinda— (a) dalam perenggan (b), dengan memotong perkataan “atau” di hujung perenggan itu; (b) dalam perenggan (c), dengan menggantikan noktah di hujung perenggan itu dengan perkataan “; atau”; dan (c) dengan memasukkan selepas perenggan (c) perenggan yang berikut: “(d) melalui pendengaran khas.”. Seksyen baharu 6a dan 6b 4. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 6 seksyen yang berikut: “Pendengaran khas 6a. (1) Jika Mahkamah mengarahkan supaya keterangan saksi kanak-kanak diberikan melalui suatu pendengaran khas, Mahkamah boleh menentukan masa dan tempat pendengaran khas hendaklah dikendalikan dan orang yang boleh hadir semasa pendengaran khas itu. Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 5 (2) Semasa pendengaran khas itu, seseorang saksi kanak-kanak hendaklah mula-mulanya diperiksa secara utama oleh pihak kepada prosiding yang memangggilnya, kemudiannya, diperiksa balas jika dikehendaki sedemikian oleh pihak menentang, kemudiannya pula, diperiksa semula jika dikehendaki sedemikian oleh pihak yang telah memanggil saksi kanak-kanak itu. (3) Jika keterangan saksi kanak-kanak telah diberikan melalui suatu pendengaran khas, saksi kanak-kanak itu tidak boleh dipanggil semula untuk pemeriksaan utama, pemeriksaan balas atau pemeriksaan semula selanjutnya dalam prosiding kes itu melainkan jika Mahkamah berpuas hati bahawa— (a) pemeriksaan itu diminta oleh suatu pihak kepada prosiding itu disebabkan setelah pihak itu menyedari pada masa keterangan itu direkodkan mengenai hal perkara yang tidak dapat dipastikan oleh pihak itu dengan usaha yang munasabah pada ketika itu; atau (b) demi kepentingan keadilan untuk membenarkan pemeriksaan lanjut saksi kanak-kanak itu jika keterangan saksi kanak-kanak itu didapati oleh Mahkamah penting untuk mencapai keputusan yang adil dalam kes itu. (4) Seseorang saksi kanak-kanak semasa pendengaran khas boleh memberikan keterangan dengan cara mengadakan suatu pengadang di antara kanak-kanak itu dengan tertuduh atau kanak-kanak yang dipertuduh atas mana-mana kesalahan atau dengan cara rangkaian secara langsung atau gabungan kedua-duanya. (5) Bagi maksud seksyen ini, Mahkamah boleh, jika perlu, memberikan apa-apa arahan mengenai apa-apa hal perkara lain yang berhubungan dengan pendengaran khas sebagaimana yang Mahkamah fikirkan sesuai. Soalan tidak wajar 6b. (1) Mahkamah hendaklah melarang apa-apa soalan tidak wajar kepada saksi kanak-kanak yang didapati oleh Mahkamah sebagai— (a) memperdayakan atau mengelirukan; 6 Undang-Undang Malaysia AktA A1688 (b) menghina, menakut-nakutkan, mengaibkan, mengganggu, menggusarkan, menyinggung, menindas atau mengulang secara tidak perlu; (c) memperkecil-kecilkan dalam cara atau nadanya atau selainnya tidak sesuai; atau (d) tidak berasas malah yang membuat tanggapan stereotaip berdasarkan jantina, ras, budaya atau etnik, umur atau ketidakupayaan saksi kanak-kanak itu. (2) Bagi maksud subseksyen (1), Mahkamah boleh mengambil kira umur, kematangan, kerentanan atau ketidakupayaan saksi kanak-kanak itu dan juga latar belakang budaya atau kepercayaan agama saksi kanak-kanak itu.”. Pindaan seksyen 7 5. Seksyen 7 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “enam belas tahun” dengan perkataan “lapan belas tahun”. Pindaan seksyen 13 6. Seksyen 13 Akta ibu dipinda— (a) dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan “enam belas tahun” dengan perkataan “lapan belas tahun”; dan (b) dengan menggantikan perkataan “enam belas tahun” dengan perkataan “lapan belas tahun”.
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
A1688 - AKTA KETERANGAN SAKSI KANAK-KANAK (PINDAAN) 2023
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in