654 - *AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AIR NEGARA 2006
This Act establishes the National Water Services Commission and gives it powers to oversee and enforce water supply and sewerage services laws.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 654 - *AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AIR NEGARA 2006
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
654 - *AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AIR NEGARA 2006
AI-assisted research summary: This Act establishes the National Water Services Commission and gives it powers to oversee and enforce water supply and sewerage services laws.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA VERSI DALAM TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI Akta 654 AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AIR NEGARA 2006 Sebagaimana pada 1 Februari 2024 Teks ini HANYALAH TEKS KEMAS KINI bagi Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 2006 oleh Jabatan Peguam Negara. Melainkan jika dan sehingga dicetak semula menurut kuasa Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang di bawah subseksyen 14(1) Akta Penyemakan Undang-Undang 1968 [Akta 1], teks ini BUKAN TEKS YANG SAH. 2 AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AIR NEGARA 2006 Tarikh Perkenan Diraja … … … ... 10 Julai 2006 Tarikh penyiaran dalam Warta ... … … … 20 Julai 2006 Kali terakhir dipinda melalui Akta A1699 yang mula berkuat kuasa pada … … … … ... 01 Februari 2024 CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU Cetakan Semula Yang Pertama … … … … 2006 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 654 AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AIR NEGARA 2006 SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas, permulaan kuat kuasa dan pemakaian 2. Tafsiran BAHAGIAN II SURUHANJAYA 3. Penubuhan Suruhanjaya 4. Meterai perbadanan 5. Keanggotaan Suruhanjaya 6. Penjalanan sementara fungsi Pengerusi 7. Akuan berkanun oleh anggota Suruhanjaya 8. Kelulusan untuk memegang jawatan lain 9. Tempoh jawatan 10. Saraan dan elaun 11. Pembatalan pelantikan dan peletakan jawatan 12. Pengosongan jawatan 13. Jawatankuasa 14. Penzahiran kepentingan 4 Undang-Undang Malaysia AKTA 654 BAHAGIAN III FUNGSI DAN KUASA SURUHANJAYA Seksyen 15. Fungsi Suruhanjaya 16. Kuasa Suruhanjaya 17. Pewakilan fungsi atau kuasa Suruhanjaya 18. Arahan oleh Menteri 19. Penyata, laporan, akaun dan maklumat 19A. Sekatan ke atas penggunaan lambang atau representasi Suruhanjaya BAHAGIAN IV PERUNTUKAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN PEKERJA 20. Ketua Pegawai Eksekutif 21. Penjalanan sementara fungsi Ketua Pegawai Eksekutif 22. Pelantikan pekerja 23. Syarat perkhidmatan 23A. Tatatertib 24. Pinjaman, biasiswa dan wang pendahuluan 25. Pembayaran faedah persaraan, dsb. 26. Suruhanjaya boleh menerima pakai peraturan-peraturan, dsb. BAHAGIAN V KEWANGAN 27. Kumpulan Wang Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 28. Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang 29. Pemeliharaan Kumpulan Wang 30. Perbelanjaan dan penyediaan anggaran 31. Akaun bank 32. Kuasa untuk meminjam 33. Pelaburan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 5 Seksyen 34. Had untuk berkontrak 35. Tatacara kewangan 36. Tahun kewangan 37. Akaun dan laporan BAHAGIAN VI AM 38. Pendakwaan 39. Pekhidmat awam 40. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 41. Obligasi kerahsiaan 42. Pewakilan dalam prosiding sivil 43. Kuasa untuk mengambil khidmat 44. Perkara yang dilakukan pada menjangkakan Akta ini diperbuat JADUAL 7 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 654 AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AIR NEGARA 2006 Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara dengan kuasa untuk menyelia dan mengawal selia perkhidmatan bekalan air dan perkhidmatan pembetungan dan untuk menguatkuasakan undang-undang perkhidmatan bekalan air dan pembetungan dan perkara-perkara yang berkaitan. [1 Februari 2007, P.U. (B) 39/2007] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: BAHAGIAN I PERMULAAN Tajuk ringkas, permulaan kuat kuasa dan pemakaian 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 2006. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. (3) Akta ini terpakai bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah-Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan. 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 654 Tafsiran 2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “jawatankuasa” ertinya jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 13; “Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara yang ditubuhkan di bawah seksyen 27; “pekerja” ertinya orang yang diambil khidmat oleh Suruhanjaya; “Pengerusi” ertinya Pengerusi Suruhanjaya yang dilantik di bawah perenggan 5(1)(a); “perkhidmatan bekalan air” ertinya perawatan air yang diambil dari alur air dan pengagihan dan pembekalan air yang telah dirawat kepada pengguna dan termasuk pengendalian dan penyenggaraan sistem bekalan air; “perkhidmatan pembetungan” ertinya pengumpulan, pembawaan, perawatan dan pelupusan kumbahan atau enap cemar kumbahan, dan termasuklah pengendalian dan penyenggaraan sistem pembetungan dan penyahenap cemar tangki septik; “Suruhanjaya” ertinya Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara yang ditubuhkan di bawah seksyen 3; “undang-undang perkhidmatan bekalan air dan pembetungan” ertinya Akta ini dan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 [Akta 655], dan termasuk mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah undang-undang itu. Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 9 BAHAGIAN II SURUHANJAYA Penubuhan Suruhanjaya 3. (1) Suatu pertubuhan perbadanan dengan nama “Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara” ditubuhkan yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan. (2) Suruhanjaya boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas nama perbadanannya. (3) Tertakluk pada dan bagi maksud Akta ini, Suruhanjaya boleh, atas apa-apa terma yang disifatkannya patut— (a) membuat kontrak; dan (b) berkenaan dengan apa-apa jenis harta alih dan tak alih dan kepentingan mengenai harta alih dan tak alih— (i) memperoleh, membeli dan mengambil harta dan kepentingan itu; dan (ii) memegang, menikmati, memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik, atau dengan apa-apa cara lain melupuskan atau membuat apa-apa urusan mengenai, harta dan kepentingan yang terletak hak pada Suruhanjaya. Meterai perbadanan 4. (1) Meterai perbadanan Suruhanjaya hendaklah mempunyai suatu tanda yang diluluskan oleh Suruhanjaya dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Suruhanjaya. 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 654 (2) Sehingga suatu meterai diadakan oleh Suruhanjaya, suatu cap yang mengandungi perkataan “Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara” bolehlah digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan Suruhanjaya. (3) Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan Pengerusi atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Suruhanjaya, dan hendaklah disahkan sama ada oleh Pengerusi atau oleh mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Pengerusi secara bertulis. (4) Segala surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai perbadanan itu dan disahkan mengikut subseksyen (3) hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan telah disempurnakan dengan sah. (5) Apa-apa surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan, tidak dikehendaki supaya dimeteraikan boleh disempurnakan mengikut cara yang serupa oleh seorang anggota Suruhanjaya atau seseorang pekerja yang diberi kuasa oleh Suruhanjaya bagi maksud itu. (6) Meterai perbadanan Suruhanjaya hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman. Keanggotaan Suruhanjaya 5. (1) Suruhanjaya hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri: (a) Pengerusi; (b) Ketua Pegawai Eksekutif; dan (c) tidak kurang daripada lapan tetapi tidak lebih daripada sepuluh orang lain, yang, pada pendapat Menteri, mempunyai pengalaman dan menunjukkan keupayaan dan profesionalisme dalam perkara yang berhubungan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 11 kewangan, kejuruteraan, perniagaan atau pentadbiran, atau yang selainnya sesuai untuk pelantikan kerana pengetahuan dan pengalaman mereka yang khas. (2) Peruntukan Jadual hendaklah terpakai bagi anggota Suruhanjaya. (3) Menteri boleh meminda peruntukan Jadual melalui perintah yang disiarkan dalam Warta. Penjalanan sementara fungsi Pengerusi 6. Menteri boleh melantik secara sementara mana-mana anggota Suruhanjaya, selain Ketua Pegawai Eksekutif, untuk bertindak sebagai Pengerusi selama tempoh apabila— (a) jawatan Pengerusi kosong; (b) Pengerusi tidak hadir bertugas atau tidak ada di Malaysia; atau (c) Pengerusi, kerana apa-apa sebab lain, tidak boleh melaksanakan tugas jawatannya. Akuan berkanun oleh anggota Suruhanjaya 7. (1) Tiada seorang pun boleh dilantik sebagai anggota Suruhanjaya melainkan jika sebelum pelantikan sedemikian orang itu membuat suatu akuan berkanun tentang sama ada dia mempunyai apa-apa kepentingan, dari segi kewangan atau selainnya, dalam apa-apa usaha yang melibatkan perkhidmatan bekalan air atau perkhidmatan pembetungan. (2) Jika seseorang anggota Suruhanjaya memperoleh apa-apa kepentingan, dari segi kewangan atau selainnya, dalam apa-apa usaha yang melibatkan perkhidmatan bekalan air atau perkhidmatan pembetungan dia hendaklah, dalam masa satu bulan selepas pemerolehan itu, memberikan notis secara bertulis kepada Menteri 12 Undang-Undang Malaysia AKTA 654 dengan menyatakan kepentingan yang telah diperoleh itu, dan Menteri boleh, selepas menimbangkan perkara itu, jika difikirkannya patut, mengisytiharkan bahawa anggota itu telah mengosongkan jawatannya. Kelulusan untuk memegang jawatan lain 8. Pengerusi tidak boleh, semasa memegang jawatan itu, memegang apa-apa jawatan atau pekerjaan lain, sama ada yang dibayar saraan atau tidak, tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Menteri. Tempoh jawatan 9. (1) Tertakluk pada apa-apa syarat yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya, seseorang anggota Suruhanjaya hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatannya atau mengosongkan jawatannya atau pelantikannya dibatalkan terlebih dahulu, memegang jawatan selama tempoh dua tahun. (2) Seseorang anggota Suruhanjaya layak untuk dilantik semula tetapi tiada anggota boleh memegang jawatan selama lebih daripada tiga tempoh. (3) Seksyen ini tidak terpakai bagi Ketua Pegawai Eksekutif. Saraan dan elaun 10. (1) Pengerusi hendaklah dibayar apa-apa saraan dan elaun yang ditentukan oleh Menteri selepas berunding dengan Menteri Kewangan. (2) Semua anggota lain Suruhanjaya hendaklah dibayar apa-apa elaun pada kadar yang ditentukan oleh Menteri selepas berunding dengan Menteri Kewangan. Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 13 Pembatalan pelantikan dan peletakan jawatan 11. (1) Menteri boleh pada bila-bila masa membatalkan pelantikan mana-mana anggota Suruhanjaya, selain Ketua Pegawai Eksekutif, tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu. (2) Seseorang anggota Suruhanjaya, selain Ketua Pegawai Eksekutif, boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan memberikan notis secara bertulis kepada Menteri. Pengosongan jawatan 12. Jawatan seseorang anggota Suruhanjaya, selain Ketua Pegawai Eksekutif, hendaklah menjadi kosong— (a) jika dia mati; (b) jika telah dibuktikan terhadapnya, atau jika dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan— (i) kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak; (ii) kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau (iii) apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun; (c) jika kelakuannya, sama ada yang berkaitan dengan tugasnya sebagai anggota Suruhanjaya atau selainnya, ialah kelakuan yang memburukkan nama Suruhanjaya; (d) jika dia menjadi bankrap; (e) jika dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan tugasnya; 14 Undang-Undang Malaysia AKTA 654 (f) dalam hal Pengerusi, jika dia tidak menghadiri mesyuarat Suruhanjaya tanpa kebenaran Menteri; (g) dalam hal seorang anggota Suruhanjaya selain Pengerusi, jika dia tidak menghadiri mesyuarat Suruhanjaya tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran secara bertulis daripada Pengerusi; (h) jika pelantikannya dibatalkan oleh Menteri; atau (i) jika peletakan jawatannya diterima oleh Menteri. Jawatankuasa 13. (1) Suruhanjaya boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk membantu melaksanakan fungsinya. (2) Suruhanjaya boleh melantik mana-mana anggotanya untuk menjadi pengerusi sesuatu jawatankuasa. (3) Suruhanjaya boleh melantik mana-mana orang menjadi anggota sesuatu jawatankuasa. (4) Seseorang anggota jawatankuasa hendaklah memegang jawatan selama tempoh yang dinyatakan dalam surat pelantikannya dan layak untuk dilantik semula. (5) Suruhanjaya boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota jawatankuasa tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu. (6) Seseorang anggota jawatankuasa boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatan dengan memberikan notis secara bertulis kepada pengerusi jawatankuasa itu. (7) Suruhanjaya boleh, pada bila-bila masa, memberhentikan atau mengubah keanggotaan sesuatu jawatankuasa. Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 15 (8) Sesuatu jawatankuasa boleh mengawal selia tatacaranya sendiri. (9) Sesuatu jawatankuasa adalah tertakluk pada, dan hendaklah bertindak mengikut, apa-apa arahan yang diberikan kepadanya oleh Suruhanjaya. (10) Mesyuarat sesuatu jawatankuasa hendaklah diadakan pada masa dan tempat yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu. (11) Sesuatu jawatankuasa hendaklah menyebabkan supaya— (a) minit semua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya; dan (b) salinan minit semua mesyuaratnya hendaklah dikemukakan kepada Suruhanjaya dengan secepat yang dapat dilaksanakan. (12) Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mesyuaratnya bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu. (13) Anggota sesuatu jawatankuasa dan mana-mana orang yang diundang di bawah subseksyen (12) hendaklah dibayar apa-apa elaun dan belanja lain yang ditentukan oleh Suruhanjaya selepas berunding dengan Menteri. Penzahiran kepentingan 14. (1) Seseorang anggota Suruhanjaya atau mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 13 yang mempunyai atau memperoleh suatu kepentingan langsung atau tidak langsung dengan sendiri, menerusi anggota keluarganya atau menerusi sekutunya berhubung dengan apa-apa perkara yang sedang dibincangkan oleh Suruhanjaya atau jawatankuasa itu hendaklah menzahirkan kepada Suruhanjaya atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hakikat kepentingannya dan jenis kepentingan itu. 16 Undang-Undang Malaysia AKTA 654 (2) Penzahiran di bawah subseksyen (1) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat Suruhanjaya atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dalamnya perkara itu dibincangkan dan, selepas penzahiran itu, anggota itu— (a) tidak boleh hadir atau mengambil bahagian dalam mana-mana perbincangan atau keputusan Suruhanjaya atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengenai perkara itu; dan (b) tidak boleh dikira bagi maksud membentuk kuorum Suruhanjaya atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, apabila perkara itu dibincangkan atau diputuskan. (3) Seseorang anggota Suruhanjaya atau jawatankuasa yang tidak menzahirkan kepentingannya sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. (4) Tiada tindakan atau prosiding Suruhanjaya atau jawatankuasa boleh ditidaksahkan atas alasan bahawa mana-mana anggota Suruhanjaya atau jawatankuasa telah melanggar seksyen ini. (5) Bagi maksud seksyen ini— “anggota keluarganya”, berhubung dengan seseorang anggota Suruhanjaya atau jawatankuasa, termasuklah— (a) suami atau isterinya; (b) ibu atau bapanya (termasuk ibu atau bapa suami atau isterinya); (c) anaknya (termasuk anak angkat atau anak tiri); Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 17 (d) adik-beradiknya (termasuk adik-beradik suami atau isterinya); dan (e) suami atau isteri anaknya atau adik-beradiknya; dan “sekutu”, berhubung dengan seseorang anggota Suruhanjaya atau jawatankuasa, ertinya— (a) orang yang merupakan penama atau pekerja anggota itu; (b) firma yang anggota itu atau mana-mana penamanya merupakan seorang pekongsinya; (c) pekongsi anggota itu; (d) pemegang amanah sesuatu amanah yang di bawahnya anggota itu atau seorang anggota keluarganya adalah seorang benefisiari; atau (e) mana-mana perbadanan mengikut pengertian *Akta Syarikat 1965 [Akta 125], yang anggota itu atau mana-mana penamanya atau seseorang anggota keluarganya adalah seorang pengarah atau mempunyai pemegangan syer yang substansial dalam perbadanan itu. BAHAGIAN III FUNGSI DAN KUASA SURUHANJAYA Fungsi Suruhanjaya 15. Suruhanjaya hendaklah mempunyai segala fungsi yang dikenakan ke atasnya di bawah undang-undang perkhidmatan bekalan air dan pembetungan dan hendaklah juga mempunyai fungsi-fungsi yang berikut: *CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777. 18 Undang-Undang Malaysia AKTA 654 (a) menasihati Menteri tentang segala perkara berhubung dengan objektif dasar kebangsaan bagi undang-undang perkhidmatan bekalan air dan pembetungan dan melaksanakan dan memajukan objektif dasar kebangsaan itu; (b) melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang perkhidmatan bekalan air dan pembetungan dan menimbangkan dan mengesyorkan pembaharuan kepada undang-undang perkhidmatan bekalan air dan pembetungan; (c) memastikan daya pengeluaran industri perkhidmatan bekalan air dan perkhidmatan pembetungan dan memantau pengendali mematuhi standard perkhidmatan yang ditetapkan, obligasi berkontrak dan undang-undang dan garis panduan yang berkaitan; (d) menambah usaha bersepadu ke arah peningkatan kecekapan pengendalian industri itu dan secara khususnya pengurangan air tidak terhasil melalui program jangka pendek, jangka pertengahan dan jangka panjang; (e) menasihati Menteri tentang mekanisme yang adil dan cekap bagi menentukan tarif yang adil kepada kedua-dua pengguna dan pemegang lesen dan melaksanakan tarif yang telah ditetapkan melalui mekanisme dan alat yang sesuai; (f) memastikan matlamat pembangunan negara berkenaan dengan liputan, pembekalan dan akses kepada perkhidmatan bekalan air dan perkhidmatan pembetungan tercapai; (g) memastikan pengekalan kualiti air dan perkhidmatan pembetungan secara jangka panjang melalui pembangunan modal kerja yang berterusan; (h) merumuskan dan melaksanakan rancangan supaya semua permintaan yang munasabah bagi perkhidmatan pembetungan dipenuhi dan melalui perundingan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 19 pihak berkuasa yang berkaitan, menyediakan suatu rancangan kawasan tadahan pembetungan yang merumuskan dasar dan cadangan am berkenaan dengan pembangunan apa-apa sistem pembetungan yang baharu dan langkah-langkah bagi pembaikan mana-mana sistem pembetungan yang sedia ada; (i) menjalankan apa-apa fungsi yang diberikan kepadanya di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain; dan (j) menasihati Menteri secara amnya mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan perkhidmatan bekalan air dan perkhidmatan pembetungan. Kuasa Suruhanjaya 16. (1) Suruhanjaya hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan segala perkara yang perlu atau suai manfaat bagi atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsi-fungsinya di bawah undang-undang perkhidmatan bekalan air dan pembetungan. (2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kuasa Suruhanjaya hendaklah termasuk kuasa— (a) untuk menggunakan semua harta Suruhanjaya, alih dan tak alih, mengikut apa-apa cara yang difikirkan suai manfaat oleh Suruhanjaya termasuk menggadaijanjikan harta itu bagi pemerdapatan pinjaman; (b) untuk mengenakan fi atau caj bagi perkhidmatan yang diberikan oleh Suruhanjaya; (c) untuk melantik mana-mana ejen, pakar atau perunding yang didapatinya patut untuk membantu Suruhanjaya dalam pelaksanaan fungsi-fungsinya; (d) (Dipotong oleh Akta A1699); 20 Undang-Undang Malaysia AKTA 654 (e) untuk merumuskan dan melaksanakan pembangunan sumber manusia dan program pembiayaan dan kerjasama bagi pelaksanaan fungsi-fungsi Suruhanjaya dengan patut dan berkesan; (f) untuk bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan perbadanan atau agensi kerajaan bagi maksud melaksanakan fungsi-fungsi Suruhanjaya; dan (g) untuk melakukan apa-apa jua yang bersampingan dengan mana-mana fungsi dan kuasanya. Pewakilan fungsi atau kuasa Suruhanjaya 17. (1) Suruhanjaya boleh, secara bertulis, mewakilkan mana-mana fungsi dan kuasa yang dikenakan atau diberikan kepadanya oleh undang-undang perkhidmatan bekalan air dan pembetungan, kecuali kuasa untuk membuat perundangan subsidiari, kepada— (a) Pengerusi; (b) seorang anggota Suruhanjaya; (c) suatu jawatankuasa; atau (d) mana-mana pekerja Suruhanjaya. (2) Mana-mana orang yang diwakilkan dengan fungsi dan kuasa sedemikian adalah terikat untuk mematuhi dan mengambil kira segala syarat dan sekatan yang dikenakan oleh Suruhanjaya dan segala kehendak, tatacara dan perkara yang dinyatakan oleh Suruhanjaya. (3) Mana-mana fungsi dan kuasa yang diwakilkan di bawah seksyen ini hendaklah dilaksanakan dan dijalankan atas nama dan bagi pihak Suruhanjaya. (4) Pewakilan di bawah seksyen ini tidak menghalang Suruhanjaya daripada melaksanakan atau menjalankan sendiri mana-mana fungsi dan kuasa yang telah diwakilkan itu pada bila-bila masa. Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 21 Arahan oleh Menteri 18. (1) Suruhanjaya adalah bertanggungjawab kepada Menteri. (2) Menteri boleh memberi Suruhanjaya arahan yang bersifat am yang selaras dengan peruntukan Akta ini yang berhubungan dengan pelaksanaan fungsi dan kuasa Suruhanjaya dan Suruhanjaya hendaklah melaksanakan arahan itu. Penyata, laporan, akaun dan maklumat 19. (1) Suruhanjaya hendaklah memberi Menteri, dan mana-mana pihak berkuasa awam yang dinyatakan oleh Menteri, apa-apa penyata, laporan, akaun dan maklumat berkenaan dengan aktiviti dan kewangannya sebagaimana yang dikehendaki atau diarahkan oleh Menteri dari semasa ke semasa. (2) Penyata, laporan, akaun dan maklumat itu hendaklah dalam apa-apa bentuk dan hendaklah mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan urusan dan dasar Suruhanjaya dan apa-apa perkara lain sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri dari semasa ke semasa. Sekatan ke atas penggunaan lambang atau representasi Suruhanjaya 19A. (1) Suruhanjaya hendaklah mempunyai hak eksklusif untuk menggunakan apa-apa lambang atau representasi yang dipilih atau dicipta oleh Suruhanjaya dan selepas itu mempamerkan atau menunjukkan lambang atau representasi itu berkaitan dengan aktiviti atau hal ehwalnya. (2) Lambang atau representasi yang dipilih atau dicipta oleh Suruhanjaya hendaklah disiarkan dalam Warta. (3) Mana-mana orang yang menggunakan suatu lambang atau representasi Suruhanjaya tanpa mendapatkan kelulusan bertulis Suruhanjaya, atau menggunakan apa-apa lambang atau representasi 22 Undang-Undang Malaysia AKTA 654 yang menyerupai lambang atau representasi Suruhanjaya, atau mencipta apa-apa lambang atau representasi yang merujuk kepada Suruhanjaya hingga memperdayakan atau menyebabkan kekeliruan, atau berkemungkinan memperdayakan atau menyebabkan kekeliruan, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama suatu tempoh yang tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. BAHAGIAN IV PERUNTUKAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN PEKERJA Ketua Pegawai Eksekutif 20. (1) Menteri hendaklah melantik seorang Ketua Pegawai Eksekutif atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkannya wajar. (2) Suruhanjaya hendaklah meletakhakkan pada Ketua Pegawai Eksekutif apa-apa kuasa dan mengenakan ke atasnya apa-apa kewajipan yang ditentukan oleh Suruhanjaya. (3) Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah bertanggungjawab bagi pentadbiran dan pengurusan fungsi dan hal ehwal hari ke hari Suruhanjaya pada keseluruhannya. (4) Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah mempunyai kawalan am ke atas pegawai lain Suruhanjaya. (5) Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan tambahan yang diarahkan oleh Menteri dan Suruhanjaya dari semasa ke semasa. (6) Dalam menunaikan kewajipannya, Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah bertindak di bawah kuasa dan mengikut arahan am Suruhanjaya. Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 23 Penjalanan sementara fungsi Ketua Pegawai Eksekutif 21. Menteri boleh melantik secara sementara mana-mana pegawai Suruhanjaya untuk bertindak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif selama tempoh apabila— (a) jawatan Ketua Pegawai Eksekutif kosong; (b) Ketua Pegawai Eksekutif tidak hadir bertugas atau tidak ada di Malaysia; atau (c) Ketua Pegawai Eksekutif, kerana apa-apa sebab lain, tidak boleh melaksanakan tugas jawatannya. Pelantikan pekerja 22. Suruhanjaya boleh dari semasa ke semasa melantik dan mengambil khidmat apa-apa bilangan pekerja yang difikirkan wajar dan perlu oleh Suruhanjaya dan atas apa-apa terma yang didapatinya sesuai bagi menjalankan maksud undang-undang perkhidmatan bekalan air dan pembetungan. Syarat perkhidmatan 23. Suruhanjaya boleh menentukan syarat perkhidmatan pekerjanya. Tatatertib 23A. (1) Suruhanjaya hendaklah mempunyai kuasa tatatertib ke atas semua pekerjanya dan hendaklah menjalankan kawalan tatatertib berkenaan dengan semua orang itu. (2) Suruhanjaya boleh membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan tatatertib pekerjanya. 24 Undang-Undang Malaysia AKTA 654 Pinjaman, biasiswa dan wang pendahuluan 24. Suruhanjaya boleh memberikan pinjaman, biasiswa dan wang pendahuluan kepada pekerjanya bagi apa-apa maksud dan atas apa-apa terma yang ditentukan oleh Suruhanjaya. Pembayaran faedah persaraan, dsb. 25. Suruhanjaya boleh membuat perkiraan bagi pembayaran kepada pekerjanya dan orang tanggungan mereka apa-apa faedah persaraan, ganjaran dan elaun lain yang ditentukan oleh Suruhanjaya. Suruhanjaya boleh menerima pakai peraturan-peraturan, dsb. 26. Suruhanjaya boleh, dengan kelulusan Menteri, menerima pakai dengan apa-apa ubah suaian yang difikirkannya patut apa-apa peraturan, kaedah, dasar, surat pekeliling dan arahan yang dibuat atau dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan berhubung dengan apa-apa perkara di bawah Bahagian ini. BAHAGIAN V KEWANGAN Kumpulan Wang Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 27. (1) Suatu kumpulan wang yang dikenali sebagai “Kumpulan Wang Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara” ditubuhkan dan hendaklah ditadbirkan dan dikawal oleh Suruhanjaya. (2) Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada— (a) apa-apa wang yang diperuntukkan oleh Parlimen bagi maksud undang-undang perkhidmatan bekalan air dan pembetungan dari semasa ke semasa; Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 25 (b) semua atau mana-mana bahagian fi lesen atau fi lain, caj pentadbiran, levi atau caj lain yang dikenakan oleh atau yang kena dibayar kepada Suruhanjaya di bawah undang-undang perkhidmatan bekalan air dan pembetungan; (c) semua wang yang diperoleh sebagai pendapatan daripada pelaburan yang dibuat oleh Suruhanjaya; (d) semua wang yang diperoleh daripada penjualan, pelupusan, pemajakan atau penyewaan, atau apa-apa urus niaga lain mengenai, apa-apa harta, gadai janji, gadaian atau debentur yang terletak hak pada atau yang diperoleh oleh Suruhanjaya; (e) semua wang yang didapati daripada perkhidmatan perundingan dan nasihat dan apa-apa perkhidmatan lain yang diberikan oleh Suruhanjaya; (f) semua wang dan harta lain yang dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Suruhanjaya berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi dan kuasanya; (g) wang yang dipinjam oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 32; dan (h) semua wang lain yang diterima secara sah oleh Suruhanjaya. (3) Walau apa pun perenggan 27(2)(b), wang yang disebut dalam perenggan itu yang melebihi kehendak kewangan Suruhanjaya bagi pelaksanaan fungsinya boleh dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan. (4) Walau apa pun subseksyen (2), apa-apa wang yang disumbangkan bagi Kumpulan Wang Industri Air dan Kumpulan Wang Sumbangan Modal Pembetungan di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 tidak menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang. 26 Undang-Undang Malaysia AKTA 654 Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang 28. Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud yang berikut: (a) membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan secara sah oleh Suruhanjaya; (b) membayar saraan, elaun dan perbelanjaan lain anggota Suruhanjaya, anggota jawatankuasa dan pekerja Suruhanjaya, termasuk pemberian pinjaman dan wang pendahuluan, elaun persaraan, faedah persaraan dan ganjaran; (c) membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan lain berhubung dengan perolehan barang dan perkhidmatan, termasuk pengambilan perunding, fi dan kos guaman dan fi serta kos lain, yang dilakukan atau diterima dengan sepatutnya oleh Suruhanjaya dalam pelaksanaan fungsinya dan penjalanan kuasanya di bawah undang-undang perkhidmatan bekalan air dan pembetungan; (d) membeli atau menyewa kelengkapan, mesin dan apa-apa bahan lain, memperoleh tanah dan apa-apa aset, dan membina bangunan dan menjalankan apa-apa kerja dan usaha lain dalam pelaksanaan fungsinya dan penjalanan kuasanya di bawah undang-undang perkhidmatan bekalan air dan pembetungan; (e) membayar balik wang yang dipinjam di bawah seksyen 32 dan bunga yang kena dibayar atas wang yang dipinjam itu; (f) memberikan pinjaman, biasiswa dan wang pendahuluan kepada pekerjanya di bawah seksyen 24; dan (g) secara amnya, membayar apa-apa belanja bagi melaksanakan peruntukan undang-undang perkhidmatan bekalan air dan pembetungan. Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 27 Pemeliharaan Kumpulan Wang 29. Menjadi kewajipan Suruhanjaya untuk memelihara Kumpulan Wang dengan melaksanakan fungsinya dan menjalankan kuasanya di bawah Akta ini dengan sedemikian cara supaya dapat dipastikan bahawa jumlah hasil Suruhanjaya mencukupi untuk membayar semua jumlah wang yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya kepada akaun hasilnya termasuk susut nilai dan bunga atas modal dari setahun ke setahun. Perbelanjaan dan penyediaan anggaran 30. (1) Perbelanjaan Suruhanjaya setakat amaun yang dibenarkan oleh Menteri bagi mana-mana satu tahun hendaklah dibayar daripada Kumpulan Wang. (2) Sebelum 1 September setiap tahun, Suruhanjaya hendaklah mengemukakan suatu anggaran perbelanjaannya (termasuk perbelanjaan bagi program penyelidikan dan pembangunan) bagi tahun yang berikutnya kepada Menteri dalam apa-apa bentuk dan mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri. (3) Menteri hendaklah, sebelum 1 Januari tahun yang berikutnya, memberitahu Suruhanjaya amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan secara amnya atau amaun yang dibenarkan bagi setiap jenis perbelanjaan berdasarkan anggaran yang disediakan di bawah subseksyen (2). (4) Suruhanjaya boleh pada bila-bila masa mengemukakan suatu anggaran perbelanjaan tambahan bagi mana-mana satu tahun kepada Menteri dan Menteri boleh membenarkan keseluruhan atau mana-mana bahagian perbelanjaan tambahan yang termasuk dalam anggaran tambahan itu. Akaun bank 31. Suruhanjaya hendaklah membuka dan menyenggarakan akaun atau akaun-akaun dengan bank atau bank-bank di Malaysia 28 Undang-Undang Malaysia AKTA 654 sebagaimana yang difikirkan patut oleh Suruhanjaya, dan tiap-tiap akaun itu hendaklah dikendalikan mengikut apa-apa cara yang dibenarkan oleh Suruhanjaya bagi maksud itu dari semasa ke semasa. Kuasa untuk meminjam 32. Suruhanjaya boleh, dari semasa ke semasa, meminjam dalam apa-apa bentuk dan pada apa-apa kadar bunga dan bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma tentang masa dan kaedah pembayaran balik dan selainnya, sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri dengan persetujuan Menteri Kewangan, apa-apa wang yang diperlukan oleh Suruhanjaya bagi memenuhi mana-mana obligasinya atau bagi melaksanakan mana-mana kewajipannya. Pelaburan 33. Wang Suruhanjaya hendaklah, setakat yang tidak diperlukan untuk dibelanjakan dengan segera oleh Suruhanjaya di bawah Akta ini, dilaburkan mengikut apa-apa cara yang diluluskan oleh Menteri dengan persetujuan Menteri Kewangan. Had untuk berkontrak 34. Suruhanjaya boleh membuat apa-apa kontrak yang di bawahnya Suruhanjaya dikehendaki untuk membayar atau menerima suatu amaun— (a) yang tidak melebihi sepuluh juta ringgit; (b) yang melebihi sepuluh juta ringgit tetapi tidak melebihi lima puluh juta ringgit, dengan kelulusan Menteri; atau (c) yang melebihi lima puluh juta ringgit, dengan kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan. Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 29 Tatacara kewangan 35. Tertakluk pada Akta ini, Suruhanjaya hendaklah menentukan tatacara kewangannya sendiri. Tahun kewangan 36. Tahun kewangan Suruhanjaya hendaklah bermula pada 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember setiap tahun. Akaun dan laporan 37. (1) Suruhanjaya hendaklah menyebabkan supaya akaun yang sepatutnya bagi Kumpulan Wang dan laporan aktivitinya yang sepatutnya disimpan dan hendaklah, dengan secepat yang dapat dilaksanakan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, menyebabkan supaya disediakan bagi tahun kewangan itu— (a) suatu penyata akaun Suruhanjaya yang hendaklah mengandungi suatu kunci kira-kira dan akaun pendapatan dan perbelanjaan; dan (b) suatu pernyataan mengenai aktivitinya. (2) Suruhanjaya hendaklah dengan seberapa segera yang mungkin menghantar suatu salinan penyata akaun yang diperakui oleh juruaudit dan suatu salinan laporan juruaudit kepada Menteri yang hendaklah menyebabkan supaya penyata dan laporan itu dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen. (3) Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 [Akta 240] hendaklah terpakai bagi Suruhanjaya. 30 Undang-Undang Malaysia AKTA 654 BAHAGIAN VI AM Pendakwaan 38. Tiada pendakwaan boleh dimulakan bagi mana-mana kesalahan di bawah Akta ini tanpa keizinan secara bertulis daripada Pendakwa Raya. Pekhidmat awam 39. Pengerusi, anggota Suruhanjaya dan mana-mana jawatankuasa, dan pekerja dan ejen Suruhanjaya, semasa menunaikan kewajipan mereka di bawah Akta ini sebagai Pengerusi, anggota, pekerja atau ejen sedemikian, hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574]. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 40. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198] hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Suruhanjaya atau seorang anggota Suruhanjaya, seorang anggota jawatankuasa, dan seorang pekerja atau ejen Suruhanjaya berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya dengan suci hati atau apa-apa peninggalan yang ditinggalkan olehnya dengan suci hati atas sifat sedemikian. Obligasi kerahsiaan 41. (1) Kecuali bagi mana-mana maksud Akta ini atau bagi maksud apa-apa prosiding sivil atau jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau jika selainnya dibenarkan oleh Suruhanjaya— Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 31 (a) tiada anggota Suruhanjaya atau mana-mana jawatankuasanya atau mana-mana pekerja atau ejen Suruhanjaya atau mana-mana orang yang menghadiri mana-mana mesyuarat Suruhanjaya atau mana-mana jawatankuasanya, sama ada dalam atau selepas tempoh jawatan atau pekerjaannya, boleh menzahirkan apa-apa maklumat yang didapatinya semasa melaksanakan tugasnya; dan (b) tiada seorang lain pun yang melalui apa-apa cara mempunyai akses kepada apa-apa maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan hal ehwal Suruhanjaya boleh menzahirkan maklumat atau dokumen itu. (2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama suatu tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Pewakilan dalam prosiding sivil 42. Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang lain— (a) dalam mana-mana prosiding sivil oleh atau terhadap Suruhanjaya; atau (b) dalam mana-mana prosiding sivil yang lain yang dalamnya Suruhanjaya dikehendaki atau dibenarkan oleh mahkamah untuk diwakili, atau didengar, atau selainnya berhak untuk diwakili atau didengar, mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Suruhanjaya bagi maksud itu boleh, bagi pihak Suruhanjaya, memulakan prosiding sedemikian atau hadir dalam prosiding itu dan boleh membuat semua kehadiran dan permohonan dan melakukan semua perbuatan berkenaan dengan prosiding itu bagi pihak Suruhanjaya. 32 Undang-Undang Malaysia AKTA 654 Kuasa untuk mengambil khidmat 43. Suruhanjaya boleh mengambil khidmat dan membayar ejen dan penasihat teknikal, termasuk peguam bela dan peguam cara, jurubank, perunding dan orang lain, untuk menguruskan apa-apa urusan atau untuk melakukan apa-apa perbuatan yang dikehendaki untuk diuruskan atau dilakukan pada melaksanakan fungsinya atau bagi menjalankan maksud Akta ini dengan lebih baik. Perkara yang dilakukan pada menjangkakan Akta ini diperbuat 44. Segala perkara yang dilakukan oleh mana-mana orang atau pihak berkuasa bagi pihak Suruhanjaya sebagai persediaan dan ke arah pelaksanaan yang sepatutnya Akta ini, dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubung dengannya, pada menjangkakan pembuatan Akta ini hendaklah disifatkan telah dibenarkan oleh Akta, dan segala hak yang diperoleh atau obligasi yang ditanggung bagi pihak Suruhanjaya daripada apa-apa yang dilakukan sedemikian hendaklah apabila Akta ini mula berkuat kuasa disifatkan sebagai hak dan obligasi Suruhanjaya. JADUAL [Seksyen 5] Masa dan tempat mesyuarat 1. (1) Suruhanjaya hendaklah mengadakan seberapa banyak mesyuarat yang perlu bagi melaksanakan fungsinya dengan cekap dan mesyuarat itu hendaklah diadakan di tempat dan pada masa yang diputuskan oleh Pengerusi, dengan syarat bahawa Pengerusi tidak boleh membenarkan lebih daripada dua bulan berlalu antara mesyuarat. (2) Pengerusi hendaklah memanggil mesyuarat jika diminta berbuat demikian secara bertulis oleh Menteri atau oleh sekurang-kurangnya empat anggota Suruhanjaya. Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 33 Kuorum 2. Pengerusi dan empat anggota Suruhanjaya yang lain hendaklah membentuk kuorum bagi mana-mana mesyuarat Suruhanjaya. Undi pemutus 3. Jika mengenai apa-apa persoalan yang hendak ditentukan oleh Suruhanjaya terdapat bilangan undi yang sama banyak, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus sebagai tambahan kepada undi biasanya. Suruhanjaya boleh mengundang orang lain untuk menghadiri mesyuarat 4. (1) Suruhanjaya boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat atau pertimbangtelitian Suruhanjaya bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan, tetapi mana-mana orang yang hadir itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat atau pertimbangtelitian itu. (2) Seseorang yang diundang di bawah subperenggan (1) hendaklah dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya. Ketetapan tanpa bermesyuarat 5. (1) Sesuatu ketetapan dianggap telah diluluskan dalam sesuatu mesyuarat Suruhanjaya jika— (a) semua anggota Suruhanjaya telah dimaklumkan tentang ketetapan yang dicadangkan itu, atau usaha yang munasabah telah dibuat untuk memaklumkan semua anggota Suruhanjaya tentang ketetapan yang dicadangkan itu; dan (b) tanpa bermesyuarat, semua anggota Suruhanjaya menandakan persetujuan tentang ketetapan itu mengikut cara yang ditentukan oleh Suruhanjaya di bawah subperenggan (2). (2) Subperenggan (1) terpakai hanya jika Suruhanjaya— (a) memutuskan bahawa subperenggan itu terpakai; dan (b) memutuskan cara yang dengannya anggota Suruhanjaya boleh menandakan persetujuan tentang ketetapan itu. 34 Undang-Undang Malaysia AKTA 654 Minit 6. (1) Suruhanjaya hendaklah menyebabkan supaya minit kesemua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya. (2) Minit yang dibuat mengenai mesyuarat Suruhanjaya, jika ditandatangani dengan sewajarnya, hendaklah diterima dalam mana-mana prosiding undang-undang sebagai keterangan prima facie mengenai fakta yang dinyatakan dalam minit itu tanpa bukti selanjutnya. (3) Tiap-tiap mesyuarat Suruhanjaya yang berkenaan dengannya minit telah dibuat mengikut subperenggan (1) dan (2) hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak. Tatacara 7. Suruhanjaya boleh mengawal selia tatacaranya sendiri. Kesahan perbuatan dan prosiding 8. Tiada perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan bahawa— (a) ada apa-apa kekosongan dalam keanggotaan, atau ada apa-apa kecacatan dalam penubuhan, Suruhanjaya; atau (b) ada apa-apa peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan yang tidak menyentuh merit kes itu. Anggota hendaklah menumpukan masa kepada urusan Suruhanjaya 9. Anggota Suruhanjaya hendaklah menumpukan masa kepada urusan Suruhanjaya sebagaimana yang perlu untuk menunaikan kewajipan mereka dengan berkesan. 35 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 654 AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AIR NEGARA 2006 SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari Akta A1699 Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 01-02-2024 (Pindaan) 2023 36 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 654 AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AIR NEGARA 2006 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 9 Akta A1699 01-02-2024 16 Akta A1699 01-02-2024 17 Akta A1699 01-02-2024 19A Akta A1699 01-02-2024 23 Akta A1699 01-02-2024 23A Akta A1699 01-02-2024 31 Akta A1699 01-02-2024 34 Akta A1699 01-02-2024 35 Akta A1699 01-02-2024
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
654 - *AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AIR NEGARA 2006
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in