AI-assisted research summary: This Act amends the Legal Profession Act 1976, sets commencement by a Minister’s Gazette notice, and creates an arbitration-related carve-out from sections 36 and 37.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1456 AKTA profeSIoN UNDANG-UNDANG (pINDAAN) 2013 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1456 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 25 Oktober 2013 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 1 November 2013 Hakcipta pencetak H perceTAKAN NASIoNAL MALAYSIA berHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada percetakan Nasional Malaysia berhad (pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1456 AKTA profeSIoN UNDANG-UNDANG (pINDAAN) 2013 Suatu Akta untuk meminda Akta Profesion Undang-Undang 1976. [ ] DIperbUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Profesion Undang-Undang (Pindaan) 2013. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa— (a) peruntukan yang berlainan dalam Akta ini; atau (b) semua atau peruntukan yang berlainan dalam Akta ini berkenaan dengan kelas atau kategori orang yang berlainan. 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1456 Seksyen baru 37A 2. Akta Profesion Undang-Undang 1976 [Akta 166], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 37 seksyen yang berikut: “Seksyen 36 dan 37 tidak terpakai bagi prosiding timbang tara 37A. (1) Seksyen 36 dan 37 tidaklah terpakai bagi— (a) mana-mana penimbang tara yang bertindak secara sah dalam mana-mana prosiding timbang tara; (b) mana-mana orang yang mewakili mana-mana pihak dalam prosiding timbang tara; atau (c) mana-mana orang yang memberikan nasihat, menyediakan dokumen dan memberikan apa-apa bantuan lain berhubung dengan atau berbangkit daripada prosiding timbang tara kecuali prosiding mahkamah yang berbangkit daripada prosiding timbang tara. (2) Dalam seksyen ini, “prosiding timbang tara” ertinya prosiding dalam suatu timbang tara yang tertakluk kepada Akta Timbang Tara 2005 [Akta 646] atau sepatutnya tertakluk kepada Akta itu jika tempat timbang tara itu ialah Malaysia.”. pindaan seksyen 38 3. Seksyen 38 Akta ibu dipinda dengan memotong perenggan (1)(f).