584 - AKTA KUMPULAN WANG PERSARAAN GURU-GURU (SABAH) (PEMBUBARAN) 1998
This Act dissolves the Sabah Teachers’ Pension Fund and Board, transfers their powers, assets, money and liabilities to the Government, and sets rules for pension-related payments and continuing matters.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 584 - AKTA KUMPULAN WANG PERSARAAN GURU-GURU (SABAH) (PEMBUBARAN) 1998
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
584 - AKTA KUMPULAN WANG PERSARAAN GURU-GURU (SABAH) (PEMBUBARAN) 1998
AI-assisted research summary: This Act dissolves the Sabah Teachers’ Pension Fund and Board, transfers their powers, assets, money and liabilities to the Government, and sets rules for pension-related payments and continuing matters.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA Akta 584 AKTA KUMPULAN WANG PERSARAAN GURU-GURU (SABAH) (PEMBUBARAN) 1998 Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006 DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 SECARA USAHA SAMA DENGAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD 2006 2 Undang-Undang Malaysia AKTA 584 AKTA KUMPULAN WANG PERSARAAN GURU-GURU (SABAH) (PEMBUBARAN) 1998 Tarikh Perkenan Diraja ... ... ... … … … 25 Jun 1998 Tarikh penyiaran dalam Warta… … … … 9 Julai 1998 CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU Cetakan Semula yang Pertama ... ... ... ... 2002 Kumpulan Wang Persaraan Guru-Guru (Sabah) 3 (Pembubaran) UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 584 AKTA KUMPULAN WANG PERSARAAN GURU-GURU (SABAH) (PEMBUBARAN) 1998 SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 2. Tafsiran 3. Pemansuhan dan pembubaran 4. Perpindahan kuasa, hak, dsb. 5. Perpindahan harta 6. Perpindahan wang 7. Kontrak sedia ada, dsb. 8. Pegawai bertanggungjawab bagi pembayaran pencen 9. Pembayaran amaun pukal 10. Pembayaran tanpa probet atau surat kuasa mentadbir 11. Pembayaran hendaklah menjadi pelepasan sepenuhnya 12. Penerusan prosiding jenayah dan sivil 13. Menghalang kesukaran atau anomali 14. Pemberhentian peraturan-peraturan 4 Undang-Undang Malaysia AKTA 584 Kumpulan Wang Persaraan Guru-Guru (Sabah) 5 (Pembubaran) UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 584 AKTA KUMPULAN WANG PERSARAAN GURU-GURU (SABAH) (PEMBUBARAN) 1998 Suatu Akta bagi memansuhkan Ordinan Persaraan Guru-Guru 1963 (Sabah), untuk membubarkan Kumpulan Wang Persaraan Guru- Guru dan Lembaga Pengurusan yang ditubuhkan di bawah Ordinan itu, untuk memindahmilik semua hartanya kepada Kerajaan dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya. [1 Disember 1998, P.U. (B) 488/1998] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kumpulan Wang Persaraan Guru-Guru (Sabah) (Pembubaran) 1998. (2) Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Tafsiran 2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “Kerajaan” ertinya Kerajaan Persekutuan; “Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Persaraan Guru- Guru yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Ordinan; 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 584 “Lembaga” ertinya Lembaga Pengurusan yang ditubuhkan di bawah subseksyen 4(1) Ordinan; “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan; “orang yang layak” ertinya orang yang berhak mendapat elaun persaraan, ganjaran, pencen atau apa-apa faedah persaraan lain di bawah Ordinan; “Ordinan” ertinya Ordinan Persaraan Guru-Guru 1963 (Sabah) [Sabah Ord. 20 tahun 1963]; “pencen” ertinya elaun persaraan tahunan yang kena dibayar di bawah seksyen 7 Ordinan, dan termasuklah apa-apa ganjaran, pencen, atau faedah persaraan lain yang kena dibayar di bawah Ordinan; “tarikh ditetapkan” ertinya tarikh yang ditetapkan oleh Menteri di bawah seksyen 1. Pemansuhan dan pembubaran 3. Ordinan dimansuhkan dan Lembaga dan Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawahnya dibubarkan. Perpindahan kuasa, hak, dsb. 4. Segala kuasa, hak, keistimewaan, kewajipan, liabiliti dan obligasi yang sebaik sebelum tarikh ditetapkan ialah kuasa, hak, keistimewaan, kewajipan, liabiliti dan obligasi Lembaga hendaklah, dari tarikh itu, turun kepada Kerajaan. Perpindahan harta 5. Semua harta tak alih dan aset yang sebaik sebelum tarikh ditetapkan terletak hak pada Kumpulan Wang atau mana-mana orang atau badan yang bertindak bagi pihaknya hendaklah, pada tarikh ditetapkan, terletak hak pada Kerajaan. Perpindahan wang 6. Semua wang yang ada pada, atau kena dibayar kepada, Kumpulan Wang hendaklah, pada tarikh ditetapkan, berpindah kepada, dan terletak hak pada, Kerajaan. Kumpulan Wang Persaraan Guru-Guru (Sabah) 7 (Pembubaran) Kontrak sedia ada, dsb. 7. Segala surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan perkiraan kerja yang wujud sebaik sebelum tarikh ditetapkan dan menyentuh mana-mana harta dan wang yang berpindah di bawah seksyen 5 dan 6 hendaklah mempunyai kuat kuasa dan kesan yang penuh terhadap atau memihak kepada Kerajaan dan boleh dikuatkuasakan sepenuhnya dan dengan berkesan seolah-olah Kerajaan, bukan Lembaga atau Kumpulan Wang, atau mana-mana orang atau badan yang bertindak bagi pihaknya, telah dinamakan dalamnya atau telah menjadi suatu pihak kepadanya. Pegawai bertanggungjawab bagi pembayaran pencen 8. Bendahari Negeri Sabah hendaklah menjadi pegawai yang bertanggungjawab bagi melaksanakan pembayaran amaun yang diperuntukkan dalam seksyen 9. Pembayaran amaun pukal 9. (1) Seseorang yang ialah, pada 15 Februari 1983, orang yang layak hendaklah dibayar amaun sebagaimana yang dicadangkan dalam laporan aktuari bertarikh 30 Ogos 1996 dan apa-apa penyemakannya selepas itu yang dibuat oleh aktuari dan empat puluh peratus tambahan pada amaun itu. (2) Amaun pukal yang kena dibayar di bawah subseksyen (1) hendaklah dibayar daripada wang yang disebut dalam seksyen 6 dan, jika wang itu tidak cukup bagi maksud itu, daripada harta dan aset yang disebut dalam seksyen 5. (3) Bagi maksud seksyen ini, “aktuari” ertinya aktuari yang dilantik oleh Lembaga di bawah Ordinan bagi maksud menentukan amaun yang hendak dibayar di bawah Akta ini. Pembayaran tanpa probet atau surat kuasa mentadbir 10. (1) Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, jika seseorang orang yang layak yang kepadanya apa- apa pembayaran boleh dibuat di bawah subseksyen 9(1) sudah 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 584 mati atau mati sebelum pembayaran dibuat, amaun yang masih belum dibayar itu boleh dibayar kepada orang-orang tanggungannya tanpa probet atau surat kuasa mentadbir. (2) Jika terdapat lebih daripada seorang orang tanggungan yang pembayaran boleh dibuat kepadanya di bawah subseksyen (1), pembayaran itu hendaklah dibuat dalam amaun yang sama banyak kepada orang tanggungan itu. (3) Jika tiada orang tanggungan, amaun yang kena dibayar di bawah subseksyen (1) hendaklah menjadi sebahagian daripada harta pusaka orang yang layak yang sudah mati. (4) Bagi maksud seksyen ini— (a) “anak” berhubung dengan orang yang layak yang sudah mati ertinya— (i) anak di bawah umur dua puluh satu tahun orang yang layak itu dan termasuklah— (A) anak yang lahir selepas kematian orang yang layak itu, anak tiri tanggungan dan anak tak sah taraf orang yang layak itu; dan (B) anak yang diambil sebagai anak angkat oleh orang yang layak itu di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubung dengan pengangkatan atau di bawah mana-mana adat atau kelaziman, dengan bukti yang memuaskan mengenai pengangkatan itu; dan (ii) anak yang tidak kira apa jua umurnya yang cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal dan yang tak berupaya untuk menanggung dirinya sendiri dengan syarat anak itu adalah cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal sebelum anak itu mencapai umur dua puluh satu tahun; dan (b) “orang tanggungan” ertinya— (i) balu kepada orang yang layak yang sudah mati; (ii) duda kepada orang yang layak yang sudah mati; Kumpulan Wang Persaraan Guru-Guru (Sabah) 9 (Pembubaran) (iii) anak kepada orang yang layak yang sudah mati; atau (iv) ibu kepada orang yang layak yang sudah mati atau jika ibunya sudah mati, bapa yang ditanggungnya. Pembayaran hendaklah menjadi pelepasan sepenuhnya 11. Jika pembayaran dibuat dengan suci hati di bawah seksyen 9 atau 10 dan mengikut peruntukan-peruntukan Akta ini— (a) pembayaran itu hendaklah menjadi pelepasan sepenuh dan sepatutnya akan segala liabiliti Kerajaan di bawah Ordinan dan Akta ini dan tiada orang yang layak berhak mendapat apa-apa pembayaran lanjutan selepas itu; dan (b) tiada tindakan, guaman atau prosiding yang mempersoalkan pembayaran itu atau bagi pembayaran apa-apa amaun lain boleh dibawa atau diadakan terhadap Kerajaan atau mana-mana pegawai atau pekhidmatnya. Penerusan prosiding jenayah dan sivil 12. (1) Pemansuhan Ordinan tidaklah menyentuh liabiliti mana-mana orang untuk didakwa atau dihukum bagi kesalahan yang dilakukan di bawah Ordinan itu sebelum tarikh ditetapkan, atau mana-mana prosiding yang telah dibawa atau hukuman yang telah dikenakan sebelum tarikh itu berkenaan dengan kesalahan itu. (2) Mana-mana prosiding (sama ada sivil atau jenayah) atau kausa tindakan yang belum selesai atau yang wujud, sebaik sebelum tarikh ditetapkan, oleh atau terhadap Lembaga atau mana-mana orang atau badan yang bertindak bagi pihaknya bolehlah diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Kerajaan sebagaimana prosiding itu boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Lembaga atau mana-mana orang atau badan itu seolah-olah Akta ini tidak pernah diluluskan. (3) Mana-mana rayuan yang dibawa, atau mana-mana kebenaran untuk merayu yang dipohon, pada atau selepas tarikh ditetapkan, terhadap sesuatu keputusan yang diberikan sebelum tarikh ditetapkan dalam mana-mana prosiding undang-undang yang dalamnya Lembaga atau mana-mana orang atau badan yang bertindak bagi pihaknya menjadi suatu pihak boleh dibawa oleh atau terhadap Kerajaan 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 584 sebagaimana rayuan itu boleh dibawa oleh atau terhadap Lembaga seolah-seolah Akta ini tidak pernah diluluskan. Menghalang kesukaran atau anomali 13. (1) Jika apa-apa kesukaran atau anomali timbul berkaitan dengan pelaksanaan Akta ini, Menteri boleh melalui perintah membuat apa-apa ubah suaian kepada mana-mana peruntukan Akta ini sebagaimana yang didapatinya perlu bagi menghapuskan atau menghalang kesukaran atau anomali itu: Dengan syarat bahawa Menteri tidaklah boleh menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen ini selepas habis tempoh tiga tahun dari tarikh ditetapkan. (2) Dalam seksyen ini, “ubah suaian” termasuklah pindaan, penambahan, pemotongan, penggantian, penyesuaian, perubahan, pengubahan dan ketakpakaian mana-mana peruntukan Akta ini. Pemberhentian peraturan-peraturan 14. Semua peraturan yang dibuat di bawah seksyen 18 Ordinan hendaklah terhenti berkuat kuasa pada tarikh ditetapkan. Kumpulan Wang Persaraan Guru-Guru (Sabah) 11 (Pembubaran) UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 584 AKTA KUMPULAN WANG PERSARAAN GURU-GURU (SABAH) (PEMBUBARAN) 1998 SENARAI PINDAAN Undang-undang yang Tajuk ringkas Berkuat kuasa meminda dari – TIADA – 12 Undang-Undang Malaysia AKTA 584 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 584 AKTA KUMPULAN WANG PERSARAAN GURU-GURU (SABAH) (PEMBUBARAN) 1998 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari – TIADA –
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
584 - AKTA KUMPULAN WANG PERSARAAN GURU-GURU (SABAH) (PEMBUBARAN) 1998
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in