156 - AKTA PENYELARASAN PERINDUSTRIAN 1975
This Act requires a manufacturing licence before anyone carries on manufacturing activity, and gives the licensing officer and Minister powers over licensing, conditions, exemptions, enforcement, appeals, and offences.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Citation provenance: source:global:stored-legal-sources · schema StatuteEnrichmentPublicV1.
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 156 - AKTA PENYELARASAN PERINDUSTRIAN 1975
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
156 - AKTA PENYELARASAN PERINDUSTRIAN 1975
AI-assisted research summary: This Act requires a manufacturing licence before anyone carries on manufacturing activity, and gives the licensing officer and Minister powers over licensing, conditions, exemptions, enforcement, appeals, and offences.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA Akta 156 AKTA PENYELARASAN PERINDUSTRIAN 1975 Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006 DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 SECARA USAHA SAMA DENGAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD 2006 2 Undang-Undang Malaysia AKTA 156 AKTA PENYELARASAN PERINDUSTRIAN 1975 Tarikh Perkenan Diraja … … … ... ... 15 Mei 1975 Tarikh penyiaran dalam Warta ... ... … 22 Mei 1975 CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU Cetakan Semula Yang Pertama … … … … 1983 Cetakan Semula Yang Kedua … … … … 1997 Cetakan Semula Yang Ketiga … … … … 2001 Penyelarasan Perindustrian 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 156 AKTA PENYELARASAN PERINDUSTRIAN 1975 SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa 2. Tafsiran 3. Lesen dikehendaki bagi aktiviti pengilangan 3A. Pegawai pelesenan hendaklah dilantik oleh Perdana Menteri 4. Permohonan, pengeluaran dan syarat lesen 5. Pengilang yang sedia ada 6. Pembatalan lesen 7. Perpindahan hak milik lesen 7A. Pengubahan 8. Mematuhi undang-undang lain 9. Penguatkuasaan 10. Penyata atau maklumat lain hendaklah diberikan apabila dikehendaki untuk berbuat demikian melalui notis bertulis 11. Pengecualian 11A. Penubuhan dan keanggotaan Majlis Penasihat Perindustrian 11B. Pelantikan ahli gilir Majlis 11C. Jadual hendaklah terpakai bagi Majlis dan ahli 12. Kaedah-kaedah 13. Orang yang terkilan boleh merayu kepada Menteri yang keputusannya adalah muktamad 14. Lesen terus berkuat kuasa sementara menanti keputusan rayuan 4 Undang-Undang Malaysia AKTA 156 Seksyen 15. Pembatalan hendaklah disiarkan 15A. Menjadi suatu kesalahan tidak mematuhi atau menguatkuasakan perintah yang dibuat di bawah seksyen 13 16. Kecualian bagi lesen yang sedia ada 17. Kuasa untuk mengkompaun kesalahan tertentu 18. Orang yang berkenaan dengannya kesalahan dikompaun tidak boleh didakwa berkenaan dengan kesalahan itu 19. Liabiliti orang tertentu bagi kesalahan yang dilakukan oleh syarikat, perkongsian atau kumpulan orang 20. Penyampaian penyata atau maklumat lain, notis, perakuan, keputusan dan perintah 21. Perakuan pegawai pelesenan menjadi keterangan prima facie tentang perkara tertentu yang dinyatakan dalamnya 22. Mahkamah Sesyen mempunyai bidang kuasa penuh JADUAL Penyelarasan Perindustrian 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 156 AKTA PENYELARASAN PERINDUSTRIAN 1975 Suatu Akta untuk membuat peruntukan bagi menyelaraskan dan memajukan dengan teratur aktiviti pengilangan di Malaysia, bagi menubuhkan suatu Majlis Penasihat Perindustrian dan bagi perkara lain yang berkaitan atau yang bersampingan dengannya. [1 Mei 1976, P.U. (B) 248/1976] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Penyelarasan Perindustrian 1975, dan hendaklah terpakai di seluruh Malaysia. (2) Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Tafsiran 2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “aktiviti pengilangan” dengan variasi gramatis dan ungkapan seasalnya ertinya membuat, mengubah, mengadun, menghiasi, memperkemas atau dengan cara lain merawat atau menyesuaikan apa-apa barang atau bahan memandangkan penggunaan, penjualan, pengangkutan, penyerahan atau pelupusannya dan termasuklah memasang bahagian dan membaiki kapal tetapi tidak termasuk apa-apa aktiviti yang biasanya berkaitan dengan perdagangan jualan runcit atau jualan borong; “keluaran” ertinya apa-apa barang, benda, bahan atau perkhidmatan yang dikeluarkan hasil daripada apa-apa aktiviti pengilangan dan termasuklah berbagai jenis keluaran; 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 156 “lesen” ertinya lesen yang dikeluarkan di bawah Akta ini untuk melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti pengilangan; “Majlis” ertinya Majlis Penasihat Perindustrian yang ditubuhkan di bawah seksyen 11A; “Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi kemajuan perindustrian; “pegawai pelesenan” ertinya mana-mana pegawai awam yang dilantik menjadi pegawai pelesenan di bawah seksyen 3A; “pengilang” ertinya seseorang yang melibatkan diri dalam apa- apa aktiviti pengilangan. Lesen dikehendaki bagi aktiviti pengilangan 3. (1) Tiada seorang pun boleh melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti pengilangan melainkan jika suatu lesen dikeluarkan kepadanya berkenaan dengan aktiviti pengilangan itu. (2) Sesiapa yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan dan boleh didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari keingkaran itu berterusan. Pegawai pelesenan hendaklah dilantik oleh Perdana Menteri 3A. Perdana Menteri boleh melantik mana-mana pegawai awam untuk menjadi pegawai pelesenan bagi maksud Akta ini dan apa- apa pelantikan yang dibuat sebelum permulaan kuat kuasa seksyen ini hendaklah, apabila mula berkuat kuasa, disifatkan telah dibuat di bawah seksyen ini. Permohonan, pengeluaran dan syarat lesen 4. (1) Permohonan bagi mendapatkan lesen hendaklah dibuat kepada pegawai pelesenan dalam borang yang ditetapkan. (2) Satu permohonan boleh dibuat bagi satu keluaran atau lebih yang dikilangkan di satu tempat aktiviti pengilangan atau lebih tetapi suatu lesen yang berasingan hendaklah dikeluarkan bagi setiap tempat aktiviti pengilangan. Penyelarasan Perindustrian 7 (3) Dalam memutuskan sama ada sesuatu permohonan lesen patut diluluskan atau ditolak, pegawai pelesenan hendaklah, menimbangkan sama ada pengeluaran sesuatu lesen selaras dengan matlamat ekonomi dan sosial negara dan akan menggalakkan kemajuan yang teratur bagi aktiviti pengilangan di Malaysia. (4) Pada mengeluarkan sesuatu lesen, pegawai pelesenan boleh, bagi mencapai matlamat yang disebut terdahulu, mengenakan apa- apa syarat sebagaimana yang difikirkannya patut dan syarat itu boleh diubah sama ada atas permohonan pengilang itu atau atas kehendak pegawai pelesenan sendiri selepas berunding dengan pengilang yang berkenaan dengannya syarat di dalam lesen itu diubah. (5) Tiap-tiap lesen yang dikeluarkan hendaklah dalam borang yang ditetapkan dan hendaklah tertakluk kepada apa-apa fi yang ditetapkan. Pengilang yang sedia ada 5. Tiap-tiap orang yang pada permulaan kuat kuasa Akta ini melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti pengilangan boleh terus berbuat demikian tetapi hendaklah, tidak lewat daripada satu tahun dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, memohon bagi mendapatkan suatu lesen kepada pegawai pelesenan dalam borang yang ditetapkan. Pembatalan lesen 6. (1) Pegawai pelesenan boleh, menurut budi bicaranya, membatalkan sesuatu lesen jika pengilang yang kepadanya suatu lesen dikeluarkan— (a) tidak mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan dalam lesen itu; (b) tidak lagi melibatkan diri dalam aktiviti pengilangan yang berkenaan dengannya lesen itu dikeluarkan; atau (c) telah membuat suatu pernyataan palsu dalam permohonannya untuk mendapatkan lesen itu. (2) Sebelum menjalankan kuasanya untuk membatalkan sesuatu lesen, pegawai pelesenan boleh meminta pengilang supaya 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 156 menunjukkan, dalam sesuatu tempoh yang ditetapkan, sebab yang sewajarnya mengapa lesennya tidak patut dibatalkan. (3) Pegawai pelesenan boleh menahan atau menggantung pembatalan sesuatu lesen jika dia berpuas hati bahawa perbuatan atau peninggalan pada pihak pengilang di bawah subseksyen (1) telah disebabkan oleh sesuatu yang tidak dapat dikawal olehnya dan ada harapan yang munasabah bagi perbuatan atau peninggalan itu diremedikan dalam sesuatu tempoh yang diarahkan oleh pegawai pelesenan. Perpindahan hak milik lesen 7. (1) Tiada lesen boleh dipindahkan hak miliknya daripada seorang pengilang kepada mana-mana orang lain tanpa kelulusan pegawai pelesenan terlebih dahulu. (2) Tanpa menyentuh subseksyen (1), pegawai pelesenan boleh membenarkan sesuatu lesen dipindahkan hak miliknya sekiranya pemegang lesen itu mati, hilang upaya, bankrap, atau dalam hal suatu syarikat, pelikuidasi pemegang lesen atau sekiranya seorang penerima atau pengurus dilantik berhubung dengan perniagaan pemegang lesen itu atau jika, kerana sesuatu sebab, pegawai pelesenan berpuas hati bahawa tidak adil sekiranya dia tidak membenarkan pemegang lesen itu memindahkan hak milik lesennya. (3) Permohonan untuk memindahkan hak milik sesuatu lesen hendaklah dibuat secara bertulis kepada pegawai pelesenan. Pengubahan 7A. (1) Seseorang pengilang tidak boleh mengilang sesuatu keluaran selain keluaran yang dinyatakan dalam sesuatu lesen tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan pegawai pelesenan. (2) Seseorang pengilang boleh menggantung atau memberhentikan pengilangan sesuatu keluaran yang dinyatakan dalam sesuatu lesen selepas memberitahu pegawai pelesenan secara bertulis tentang niatnya untuk berbuat demikian. (3) Sesuatu permohonan untuk mendapatkan kelulusan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat secara bertulis kepada pegawai pelesenan. Penyelarasan Perindustrian 9 Mematuhi undang-undang lain 8. Pengeluaran sesuatu lesen tidak boleh disifatkan melepaskan pengilang yang kepadanya dikeluarkan suatu lesen daripada mematuhi mana-mana undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan aktiviti pengilangan yang baginya lesen itu telah dikeluarkan. Penguatkuasaan 9. (1) Menteri boleh memberi kuasa secara bertulis kepada mana- mana pegawai awam untuk menjalankan kuasa di bawah seksyen ini. (2) Pada menjalankan mana-mana kuasa di bawah seksyen ini, pegawai yang diberi kuasa itu hendaklah, apabila diminta, mengemukakan surat kuasa yang dikeluarkan kepadanya oleh Menteri kepada orang yang terhadapnya dia bertindak di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya. (3) Apabila ternyata pada seseorang Majistret daripada maklumat bertulis yang diberikan dengan sumpah dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu bahawa ada sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa di dalam mana-mana bangunan atau tempat ada dikilangkan, disembunyikan, diletakkan atau disimpan apa- apa keluaran, kelengkapan pengilangan atau apa-apa benda lain yang berkenaan dengannya suatu kesalahan telah dilakukan terhadap Akta ini atau terhadap mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya, Majistret itu boleh mengeluarkan suatu waran yang memberi kuasa kepada mana-mana pegawai yang diberi kuasa yang tersebut namanya dalam waran itu untuk memasuki bangunan atau tempat itu pada waktu siang atau waktu malam dan dengan atau tanpa bantuan dan di situ mencari dan mengambil apa-apa keluaran, kelengkapan pengilangan atau apa-apa benda lain yang berkenaan dengannya sesuatu kesalahan disyaki telah dilakukan dan pegawai yang diberi kuasa yang dinamakan dalam waran itu boleh juga mengambil apa-apa buku atau dokumen yang semunasabahnya dipercayai mengandungi maklumat mengenai apa-apa kesalahan yang disyaki telah dilakukan. (4) Apabila ternyata pada seseorang pegawai yang diberi kuasa bahawa ada sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa di dalam mana-mana bangunan atau tempat ada dikilangkan, 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 156 disembunyikan, diletakkan atau disimpan apa-apa keluaran, kelengkapan pengilangan atau apa-apa benda lain yang berkenaan dengannya suatu kesalahan telah dilakukan terhadap Akta ini atau terhadap mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya dan jika dia ada alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa kelewatan untuk mendapatkan suatu waran geledah, mungkin menyebabkan keluaran, kelengkapan pengilangan atau benda lain itu dipindahkan, pegawai yang diberi kuasa itu boleh menjalankan, di dalam atau pada atau berkenaan dengan bangunan atau tempat itu segala kuasa yang tersebut dalam subseksyen (3) seolah-olah dia telah diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh waran yang dikeluarkan di bawah subseksyen itu. (5) Tiap-tiap pegawai yang diberi kuasa yang menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (4) hendaklah mendapatkan kelulusan bertulis Menteri sebelum menjalankan kuasa tersebut. (6) Seseorang yang menghalang atau merintangi seseorang pegawai yang diberi kuasa pada menjalankan secara sah apa-apa kuasanya di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya, melakukan suatu kesalahan dan boleh didenda sebanyak lima ratus ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. Penyata atau maklumat lain hendaklah diberikan apabila dikehendaki untuk berbuat demikian melalui notis bertulis 10. (1) Pegawai pelesenan boleh melalui notis bertulis menghendaki mana-mana pengilang supaya memberinya atau memberi Jabatan Perangkaan atau kedua-duanya, dalam masa yang dinyatakan dalam notis itu, penyata atau maklumat lain berkenaan dengan apa-apa aktiviti pengilangannya tetapi pengilang itu tidak boleh dikehendaki memberikan maklumat yang akan menzahirkan apa-apa rahsia proses pengilangan atau rahsia perdagangan lain. (2) Mana-mana pengilang yang— (a) tidak memberikan dalam masa yang ditentukan apa-apa penyata atau maklumat lain yang dikehendaki di bawah subseksyen (1), melakukan suatu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua- duanya dan dia juga boleh didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari keingkaran itu berterusan; atau Penyelarasan Perindustrian 11 (b) memberikan apa-apa penyata atau maklumat lain yang palsu atau mengelirukan dalam apa-apa butir material melakukan suatu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. Pengecualian 11. Menteri boleh melalui perintah mengecualikan sesuatu aktiviti pengilangan daripada semua atau mana-mana peruntukan Akta ini. Penubuhan dan keanggotaan Majlis Penasihat Perindustrian 11A. (1) Suatu badan yang disebut Majlis Penasihat Perindustrian hendaklah ditubuhkan yang fungsinya untuk menasihati Menteri tentang perkara berkenaan dengan Akta ini. (2) Majlis hendaklah terdiri daripada ahli yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri mengikut nama: (a) seorang Pengerusi; (b) seorang wakil Kementerian; (c) seorang wakil Kementerian Kewangan; (d) seorang wakil Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri; (e) seorang wakil Kementerian yang bertanggungjawab bagi perusahaan utama; (f) seorang wakil Lembaga Perindustrian Malaysia; (g) seorang wakil daripada setiap Negeri Sabah dan Sarawak yang hendaklah dilantik oleh Menteri selepas berunding dengan Kerajaan Negeri itu; (h) lima orang ahli yang mewakili institusi perdagangan dan perusahaan perkilangan; (i) dua orang ahli yang mewakili kepentingan orang yang melibatkan diri dalam aktiviti pengilangan di Negeri Sabah dan Sarawak; dan (j) mengikut budi bicara Menteri, tidak lebih daripada dua orang ahli lain. 12 Undang-Undang Malaysia AKTA 156 (3) Menteri boleh membatalkan pelantikan seseorang ahli Majlis yang dilantik di bawah seksyen ini atau seorang ahli gilir yang dilantik di bawah subseksyen 11B(1) tanpa memberikan apa-apa sebab baginya dan jika Menteri berbuat demikian, pembatalan itu adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah. Pelantikan ahli gilir Majlis 11B. (1) Menteri boleh, berkenaan dengan setiap ahli Majlis, selain ahli yang dilantik di bawah perenggan 11A(2)(a) atau (j), melantik seorang lain daripada badan yang sama atau yang mewakili kepentingan yang sama seperti ahli itu untuk menjadi ahli gilir kepada ahli itu dan ahli gilir itu boleh menghadiri mesyuarat Majlis untuk menggantikan ahli itu jika ahli itu tidak dapat hadir kerana apa-apa sebab. (2) Apabila menghadiri mesyuarat Majlis atau jika ahli yang berkenaan dengannya dia dilantik menjadi ahli gilir tidak hadir, seorang ahli gilir hendaklah bagi segala maksud disifatkan sebagai seorang ahli Majlis. (3) Seorang ahli gilir hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatannya atau pelantikannya dibatalkan terlebih dahulu, berhenti daripada menjadi ahli gilir apabila ahli yang berkenaan dengannya dia menjadi seorang ahli gilir itu disifatkan telah mengosongkan jawatannya atau selainnya berhenti menjadi ahli Majlis menurut peruntukan Akta ini tetapi tanpa menyentuh ahli gilir itu dilantik sebagai seorang ahli atau dilantik semula sebagai seorang ahli gilir. Jadual hendaklah terpakai bagi Majlis dan ahli 11C. Peruntukan Jadual hendaklah terpakai berkenaan dengan Majlis itu, ahli dan ahli gilirnya. Kaedah-kaedah 12. Menteri boleh membuat kaedah-kaedah secara am untuk melaksanakan dengan lebih baik peruntukan Akta ini dan, tanpa menyentuh keluasan yang disebut terdahulu, kaedah-kaedah itu boleh— (a) memperuntukkan tatacara bagi permohonan dan pengeluaran lesen gantian dan pendua sekiranya sesuatu lesen asal itu hilang, rosak atau binasa; Penyelarasan Perindustrian 13 (b) menetapkan tatacara bagi rayuan di bawah Akta ini dan fi yang kena dibayar baginya; dan (c) menetapkan apa-apa jua yang dikehendaki oleh Akta ini supaya ditetapkan. Orang yang terkilan boleh merayu kepada Menteri yang keputusannya adalah muktamad 13. (1) Mana-mana orang yang— (a) menjadi seorang pemohon bagi pengeluaran suatu lesen terkilan dengan keengganan untuk mengeluarkan lesen itu; (b) menjadi pemegang suatu lesen terkilan dengan— (i) pengenaan apa-apa syarat ke atas lesennya; (ii) pengubahan, atau keengganan untuk mengubah, mana-mana syarat yang dikenakan ke atas lesennya; atau (iii) pembatalan lesennya; atau (c) terkilan dengan keengganan untuk meluluskan perpindahan hak milik sesuatu lesen, boleh, dalam tempoh empat puluh lima hari dari tarikh keputusan pegawai pelesenan itu disampaikan kepadanya, merayu kepada Menteri mengikut cara yang ditetapkan. (2) Menteri boleh, selepas mendengar rayuan itu, membuat apa- apa perintah sebagaimana yang difikirkannya patut dan perintah itu adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan dalam mana- mana mahkamah. Lesen terus berkuat kuasa sementara menanti keputusan rayuan 14. (1) Jika seseorang membuat rayuan di bawah perenggan 13(1)(b) atau (c), lesen itu hendaklah terus berkuat kuasa seolah-olah pegawai pelesenan itu tidak membuat keputusan sehingga rayuan itu telah diputuskan. (2) Walau apa pun subseksyen (1), pegawai pelesenan boleh sementara itu menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan kepadanya oleh Akta ini berhubung dengan lesen itu atas apa-apa alasan yang tidak diliputi oleh rayuan itu. 14 Undang-Undang Malaysia AKTA 156 Pembatalan hendaklah disiarkan 15. (1) Sekiranya tiada apa-apa rayuan terhadap pembatalan sesuatu lesen oleh pegawai pelesenan dalam tempoh yang ditetapkan dibuat, Menteri hendaklah menyiarkan pembatalan itu melalui pemberitahuan dalam Warta. (2) Sekiranya Menteri membuat suatu perintah untuk membatalkan sesuatu lesen, Menteri hendaklah menyiarkan pembatalan itu melalui pemberitahuan dalam Warta. Menjadi suatu kesalahan tidak mematuhi atau menguatkuasakan perintah yang dibuat di bawah seksyen 13 15A. Seseorang yang tidak mematuhi atau menguatkuasakan perintah yang dibuat di bawah subseksyen 13(2), melakukan suatu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua- duanya dan jika orang itu terus melakukan kesalahan itu selepas melakukannya kali pertama, dia juga boleh dikenakan denda selanjutnya tidak melebihi dua ratus ringgit bagi tiap-tiap hari dia berterusan melakukan kesalahan itu. Kecualian bagi lesen yang sedia ada 16. Tiap-tiap lesen yang telah dikeluarkan oleh Menteri di bawah seksyen 4 sebelum permulaan kuat kuasa Akta Penyelarasan Perindustrian (Pindaan) 1977 [Akta A401] hendaklah, apabila pindaan itu mula berkuat kuasa, disifatkan sebagai suatu lesen yang dikeluarkan oleh pegawai pelesenan di bawah Akta ini dan tertakluk kepada terma dan syarat yang dikenakan pada lesen itu. Kuasa untuk mengkompaun kesalahan tertentu 17. (1) Jika seseorang melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen 10(2) atau seksyen 15A, pegawai pelesenan boleh pada bila-bila masa sebelum bermulanya pendengaran kes terhadap orang itu, mengkompaun kesalahan itu dan memerintahkannya supaya membayar apa-apa jumlah wang, tidak melebihi amaun denda maksimum, sebagaimana yang difikirkan patut oleh pegawai pelesenan itu. Penyelarasan Perindustrian 15 (2) Jika pegawai pelesenan berniat hendak mengkompaun sesuatu kesalahan, dia hendaklah memberikan notis secara bertulis tentang niatnya untuk berbuat demikian kepada orang itu dan notis itu hendaklah juga menyatakan— (a) tarikh dan tempat berlakunya kesalahan itu dan kesalahan yang dilakukan itu; (b) jumlah wang yang hendaklah dibayar untuk mengkompaun kesalahan itu; dan (c) tarikh selewat-selewatnya jumlah wang itu hendaklah dibayar. (3) Jika orang itu bersetuju supaya kesalahan itu dikompaun, dia hendaklah mengaku melakukan kesalahan itu dan hendaklah membayar jumlah wang yang dinyatakan itu selewat-selewatnya pada tarikh yang dinyatakan dan berikutan dengan itu, pegawai pelesenan hendaklah membuat suatu perintah menyatakan bahawa kesalahan itu telah dikompaun dan perintah itu hendaklah juga, mutatis mutandis, mengandungi butir-butir yang dinyatakan dalam perenggan 2(a), (b) dan (c). (4) Suatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini yang mengkompaun sesuatu kesalahan adalah muktamad dan tidak tertakluk kepada apa-apa rayuan. Orang yang berkenaan dengannya kesalahan dikompaun tidak boleh didakwa berkenaan dengan kesalahan itu 18. (1) Seseorang yang berkenaan dengannya suatu kesalahan dikompaun di bawah seksyen 17 tidak boleh didakwa berkenaan dengan kesalahan itu dan jika apa-apa pendakwaan dibawa terhadapnya, menjadi suatu pembelaan yang memadai baginya untuk membuktikan bahawa kesalahan itu telah dikompaun di bawah seksyen itu. (2) Suatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen 17(3) hendaklah, apabila dikemukakan di hadapan mana-mana mahkamah, dianggap sebagai bukti tentang berlakunya kesalahan yang dikompaun itu dan tentang perkara lain yang dinyatakan di dalamnya. 16 Undang-Undang Malaysia AKTA 156 Liabiliti orang tertentu bagi kesalahan yang dilakukan oleh syarikat, perkongsian atau kumpulan orang 19. (1) Jika sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya telah dilakukan oleh seseorang atau seorang pengilang yang merupakan suatu syarikat, perkongsian atau kumpulan orang, mana-mana orang yang pada masa berlakunya kesalahan itu ialah seorang pengarah, pengurus atau pegawai lain yang berkhidmat atas sifat pengurusan atau seorang pekongsi syarikat, perkongsian atau kumpulan orang atau yang berupa sebagai bertindak atas apa-apa sifat seperti itu hendaklah disifatkan melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa diketahui, dipersetujui dan pembiarannya dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha yang perlu untuk mencegah berlakunya kesalahan itu sebagaimana yang patut dijalankan olehnya dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan semua hal keadaan yang wujud itu. (2) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh ditafsirkan sebagai mengecualikan sesuatu syarikat, perkongsian atau kumpulan orang daripada apa-apa liabiliti bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain. (3) Bagi maksud seksyen ini, ungkapan “syarikat” dan “perkongsian” hendaklah masing-masing mempunyai erti yang diberikan kepada ungkapan itu dalam undang-undang bertulis yang berhubungan dengan syarikat dan perkongsian. Penyampaian penyata atau maklumat lain, notis, perakuan, keputusan dan perintah 20. (1) Penyata atau maklumat lain berkaitan dengan aktiviti pengilangan seseorang pengilang yang dikehendaki diberikan atau sesuatu notis yang diberikan, sesuatu perakuan yang dikeluarkan, sesuatu keputusan atau perintah yang dibuat di bawah Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya boleh disampaikan sendiri atau dihantar melalui pos berdaftar. (2) Apa-apa penyata atau maklumat lain atau notis, perakuan, keputusan atau perintah yang dihantar melalui pos berdaftar hendaklah disifatkan telah disampaikan kepada orang itu (termasuk suatu perkongsian) yang kepadanya ia dialamatkan pada hari berikutan hari yang penyata atau maklumat lain atau notis, perakuan, keputusan Penyelarasan Perindustrian 17 atau perintah itu sepatutnya telah diterima mengikut perjalanan biasa pos jika ia dialamatkan— (a) dalam hal Menteri atau pegawai pelesenan, kepada salah seorang daripada mereka, mengikut kehendak keadaan, di Kementerian; (b) dalam hal sesuatu syarikat, perkongsian atau kumpulan orang yang mempunyai suatu pejabat berdaftar di Malaysia, kepada pejabat berdaftar itu atau, jika tidak ada pejabat berdaftar seperti itu, kepada tempat utama perniagaan syarikat, perkongsian atau kumpulan itu di Malaysia atau, jika tidak ada tempat perniagaan utama seperti itu di Malaysia, kepada tempat di mana apa-apa aktiviti lain bagi syarikat, perkongsian atau kumpulan itu dijalankan; dan (c) dalam hal orang perseorangan, ke alamatnya yang terakhir diketahui. Perakuan pegawai pelesenan menjadi keterangan prima facie tentang perkara tertentu yang dinyatakan dalamnya 21. Jika dalam prosiding bagi suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya, perlu untuk membuktikan bahawa— (a) mana-mana orang telah atau tidak dilesenkan pada suatu tarikh tertentu; (b) suatu lesen tertakluk kepada apa-apa syarat khusus; (c) suatu lesen telah dibatalkan, suatu perakuan secara bertulis yang berupa sebagai telah ditandatangani oleh pegawai pelesenan itu yang menyatakan bahawa— (i) orang itu telah atau tidak dilesenkan pada tarikh itu; (ii) lesen itu telah dikeluarkan tertakluk kepada suatu syarat khusus; (iii) lesen itu telah dibatalkan, hendaklah menjadi keterangan prima facie tentang perkara yang dinyatakan dalamnya dan pegawai pelesenan itu tidak boleh diperiksa mengenai kandungan perakuan itu melainkan jika notis tiga hari genap telah disampaikan kepadanya sebelum bermulanya pendengaran 18 Undang-Undang Malaysia AKTA 156 kes itu tentang niat untuk berbuat demikian dan selanjutnya menyatakan butir-butir yang dimaksudkan untuk dicabar itu: Dengan syarat bahawa perakuan itu hendaklah disampaikan kepada pihak pembela sekurang-kurangnya sepuluh hari genap sebelum bermulanya pendengaran itu. Mahkamah Sesyen mempunyai bidang kuasa penuh 22. Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, sesuatu Mahkamah Sesyen hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya dan untuk mengaward hukuman penuh baginya. JADUAL [Seksyen 11C] Hilang kelayakan untuk dilantik sebagai atau daripada menjadi ahli Majlis; mengosongkan jawatan; tempoh jawatan 1. (1) Mana-mana orang yang berikut hilang kelayakan untuk dilantik sebagai atau daripada menjadi ahli Majlis: (a) seseorang yang tidak sempurna akal atau kerana apa-apa sebab lain tidak berupaya untuk menjalankan kewajipannya sebagai ahli; (b) seseorang yang didapati melakukan suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak; dan (c) seseorang yang bankrap atau memohon untuk mendapatkan faedah mana-mana undang-undang bagi pelepasan bankrap atau penghutang tidak berkemampuan atau membuat apa-apa perkiraan atau penyelesaian dengan pemiutangnya. (2) Seorang ahli Majlis hendaklah disifatkan telah mengosongkan jawatannya: (a) apabila dia mati; (b) apabila dia meletakkan jawatannya atau pelantikannya dibatalkan; (c) apabila dia tidak menghadiri mesyuarat Majlis tiga kali berturut- turut tanpa kebenaran daripada Menteri; atau (d) jika dia hilang kelayakan di bawah mana-mana peruntukan subperenggan (1), dan dalam mana-mana keadaan itu, seorang ahli baru hendaklah dilantik untuk menggantikannya mengikut peruntukan Akta ini. Penyelarasan Perindustrian 19 (3) Tiap-tiap ahli Majlis hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatannya atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan, memegang jawatan selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun dan layak untuk dilantik semula: Dengan syarat bahawa seorang ahli baru yang dilantik menurut subperenggan (2) hendaklah memegang jawatan selama baki tempoh ahli yang digantikannya tetapi dia layak untuk dilantik semula. (4) Peruntukan perenggan ini hendaklah tanpa menjejaskan kuasa Menteri yang boleh dijalankan di bawah subseksyen 11A(3). Pertikaian tentang sama ada ahli Majlis disifatkan telah mengosongkan jawatan atau tidak hendaklah dirujuk kepada Menteri yang keputusannya adalah muktamad 2. (1) Apa-apa pertikaian tentang sama ada seorang ahli Majlis disifatkan telah mengosongkan jawatannya atau tidak hendaklah dirujuk kepada Menteri yang keputusannya adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan dalam mana- mana mahkamah. (2) Bagi maksud perenggan 1 dan perenggan ini, ungkapan “ahli Majlis” termasuklah seorang ahli gilir. Memanggil, korum, mengikut tatacara mengundi dan menyimpan minit mesyuarat Majlis 3. (1) Majlis hendaklah bermesyuarat dua kali setahun dan hendaklah, sebagai tambahan, bermesyuarat bila-bila sahaja lima orang ahli atau lebih membuat permintaan secara bertulis yang dialamatkan kepada pengerusi supaya Majlis bermesyuarat. (2) Sembilan orang ahli hendaklah membentuk suatu korum di mesyuarat Majlis. (3) Jika mengenai sesuatu perkara yang hendak diputuskan oleh Majlis, bilangan undi didapati sama banyaknya, pengerusi atau, jika dia tidak hadir, ahli yang mempengerusikan mesyuarat itu berhak memberi undi pemutus sebagai tambahan kepada undi biasanya. (4) Tertakluk kepada Akta ini, Majlis hendaklah menetapkan tatacaranya sendiri. (5) Minit semua mesyuarat Majlis hendaklah disimpan dan salinannya hendaklah dikemukakan kepada Menteri. Pengerusi, atau jika dia tidak hadir, ahli yang akan dipilih hendaklah mempengerusikan mesyuarat Majlis 4. (1) Pengerusi Majlis hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Majlis. (2) Jika, oleh sebab tidak hadir atau tidak berupaya untuk bertindak kerana sakit atau apa-apa sebab lain, pengerusi tidak dapat mempengerusikan 20 Undang-Undang Malaysia AKTA 156 mana-mana mesyuarat Majlis, ahli yang hadir hendaklah memilih seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat itu dan orang yang dipilih itu boleh menjalankan semua kuasa pengerusi dalam mesyuarat itu. (3) Tiada apa-apa urusan boleh dijalankan di mesyuarat Majlis semasa pengerusi tidak hadir sehingga seorang ahli telah dipilih untuk mempengerusikan mesyuarat itu. Bayaran elaun kepada ahli dan ahli gilir Majlis 5. Tiap-tiap orang ahli dan ahli gilir Majlis boleh dibayar apa-apa elaun yang ditentukan oleh Menteri. Penyelarasan Perindustrian 21 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 156 AKTA PENYELARASAN PERINDUSTRIAN 1975 SENARAI PINDAAN Undang-undang yang Tajuk ringkas Berkuat kuasa meminda dari Akta A401 Akta Penyelarasan Perindustrian 01-02-1978 (Pindaan) 1977 Akta A462 Akta Penyelarasan Perindustrian 15-01-1980 (Pindaan) 1979 P.U. (A) 357/1980 Perintah Akta Mahkamah Rendah 01-06-1981 (Peluasan) 1980 22 Undang-Undang Malaysia AKTA 156 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 156 AKTA PENYELARASAN PERINDUSTRIAN 1975 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari Tajuk Panjang Akta A462 15-01-1980 2 Akta A401 01-02-1978 Akta A462 15-01-1980 3A Akta A462 15-01-1980 4-6 Akta A401 01-02-1978 7 Akta A401 01-02-1978 Akta A462 15-01-1980 7A Akta A401 01-02-1978 9 Akta A401 01-02-1978 10 Akta A401 01-02-1978 Akta A462 15-01-1980 11A-11C Akta A462 15-01-1980 12 Akta A401 01-02-1978 13 Akta A401 01-02-1978 Akta A462 15-01-1980 14 Akta A401 01-02-1978 Akta A462 15-01-1980 15 Akta A401 01-02-1978 15A Akta A462 15-01-1980 16 Akta A401 01-02-1978 17-22 Akta A462 15-01-1980 Jadual Akta A462 15-01-1980Referenced legislation
- Akta ini (unresolved)
- Akta ini (unresolved)
- Akta ini (unresolved)
- Akta ini (unresolved)
- Akta ini (unresolved)
- Akta ini (unresolved)
- Akta Penyelarasan Perindustrian 1975 (unresolved)
- Akta ini (unresolved)
- Akta ini (unresolved)
- Akta ini (unresolved)
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
156 - AKTA PENYELARASAN PERINDUSTRIAN 1975
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in