201 - AKTA DUTI PERTARUHAN DAN AMBIL TAGAN 1948
This document says the Betting and Sweepstake Duties Act 1948 applies only in Peninsular Malaysia and sets duties, filing, and document-production rules for organizers of betting and sweepstakes.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 201 - AKTA DUTI PERTARUHAN DAN AMBIL TAGAN 1948
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
201 - AKTA DUTI PERTARUHAN DAN AMBIL TAGAN 1948
AI-assisted research summary: This document says the Betting and Sweepstake Duties Act 1948 applies only in Peninsular Malaysia and sets duties, filing, and document-production rules for organizers of betting and sweepstakes.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA Akta 201 AKTA DUTI PERTARUHAN DAN AMBIL TAGAN 1948 Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006 Teks ini HANYA TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara bagi Betting and Sweepstake Duties Act 1948. Melainkan jika dan sehingga ditetapkan sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 [Akta 32], teks ini bukan perundangan. DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 SECARA USAHA SAMA DENGAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD 2006 2 Undang-Undang Malaysia AKTA 201 AKTA DUTI PERTARUHAN DAN AMBIL TAGAN 1948 Pertama kali diperbuat … … … 1948 (Ordinan No. 6 tahun 1948) Disemak ... … … … … … … 1978 (Akta 201 m.b.p. 15 Februari 1978) CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU Cetakan Semula Yang Pertama … … … … 2001 Duti Pertaruhan dan Ambil Tagan 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 201 AKTA DUTI PERTARUHAN DAN AMBIL TAGAN 1948 SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan pemakaian 1A. Tafsiran 2. Duti atas pertaruhan dan ambil tagan 3. Pernyata oleh penganjur 4. Pengemukaan dokumen 5. Duti yang kena dibayar hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan Malaysia 6. Kecualian 7. Penalti 4 Undang-Undang Malaysia AKTA 201 Duti Pertaruhan dan Ambil Tagan 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 201 AKTA DUTI PERTARUHAN DAN AMBIL TAGAN 1948 Suatu Akta yang berhubungan dengan duti atas pertaruhan dan ambil tagan. [Semenanjung Malaysia—6 Mac 1948; Sabah dan Sarawak—15 April 1992, P.U. (B) 164/1992; Wilayah Persekutuan Labuan—15 April 1992, P.U. (B) 165/1992] Tajuk ringkas dan pemakaian 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Duti Pertaruhan dan Ambil Tagan 1948. *(2) Akta ini hendaklah terpakai di Semenanjung Malaysia sahaja. Tafsiran 1A. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “Lembaga” ertinya Lembaga Totalisator yang ditubuhkan oleh Akta Perlumbaan (Lembaga Totalisator) 1961 [Akta 494]; “penganjur” ertinya Lembaga, atau setiausaha kelab atau persatuan lumba yang telah menganjurkan apa-apa totalisator, pari mutuel atau ambil tagan, mengikut kehendak hal keadaan; “Semenanjung Malaysia” mempunyai erti yang diberi kepadanya dalam seksyen 3 Akta Taksiran 1948 dan 1967 dan termasuklah Wilayah Persekutuan. Duti atas pertaruhan dan ambil tagan 2. (1) Atas tiap-tiap pertaruhan yang dibuat dalam apa-apa totalisator atau pari mutuel yang dianjurkan oleh Lembaga atau mana-mana kelab lumba yang ditubuhkan di Semenanjung Malaysia atau persatuan mengikut mana-mana skim yang diluluskan di bawah seksyen 16 Akta *CATATAN—Akta ini terpakai di Sabah dan Sarawak menurut P.U. (A) 377/1991 dan terpakai di Wilayah Persekutuan Labuan menurut P.U. (A) 376/1991. 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 201 Perlumbaan (Lembaga Totalisator) 1961, hendaklah dikenakan duti sebanyak apa-apa peratus daripada amaun pertaruhan itu yang ditetapkan oleh Menteri Kewangan dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta. (2) Atas tiap-tiap ambil tagan yang dianjurkan oleh mana-mana kelab lumba yang ditubuhkan di Semenanjung Malaysia atau persatuan atas keputusan perlumbaan kuda atau perlumbaan lain, sama ada perlumbaan itu diadakan di atau di luar Semenanjung Malaysia, hendaklah dikenakan duti sebanyak apa-apa peratus daripada amaun yang disumbangkan kepada ambil tagan itu yang ditetapkan oleh Menteri Kewangan dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta. Penyataan oleh penganjur 3. (1) Penganjur hendaklah membuat suatu pernyata mengenai amaun yang diterima sebagai pertaruhan dalam setiap satu perlumbaan dan amaun yang disumbangkan kepada setiap satu ambil tagan dan hendaklah, sebagaimana yang ditentukan oleh Pemungut Duti Setem bagi tiap-tiap satunya, sama ada melekatkan padanya setem pelekat yang mempunyai nilai yang sama dengan duti yang boleh dikenakan di bawah seksyen 2, atau membayar amaun duti yang boleh dikenakan sedemikian dalam mata wang Malaysia yang sah. (2) Penyataan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah diserahkan kepada Pemungut: (a) dalam hal pertaruhan yang dibuat dalam mana-mana totalisator atau pari mutuel, dalam masa lima belas hari selepas hari terakhir perlumbaan yang pertaruhan itu dibuat, atau (b) dalam hal ambil tagan, dalam masa tujuh hari selepas hari ambil tagan itu ditutup, dan Pemungut hendaklah, jika dia menghendaki duti itu dibayar dengan cara setem pelekat, membatalkan setem itu, atau, jika dia telah menghendaki duti itu dibayar dalam mata wang Malaysia yang sah, mengeluarkan resit bagi amaun yang dibayar. (3) (Dipotong oleh Akta 12 tahun 1961). Pengemukaan dokumen 4. Pemungut Duti Setem boleh pada bila-bila masa yang munasabah menghendaki dikemukakan apa-apa buku, akaun, baucar atau dokumen lain yang berhubungan dengan sesuatu totalisator, pari mutuel atau ambil tagan yang dianjurkan oleh Lembaga atau oleh mana-mana kelab atau persatuan lumba. Duti Pertaruhan dan Ambil Tagan 7 Duti yang kena dibayar hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan Malaysia 5. (1) Duti yang dikehendaki dibayar di bawah Akta ini hendaklah menjadi suatu hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan Malaysia dan boleh didapatkan dengan apa-apa cara yang berkuat kuasa pada masa ini bagi mendapatkan hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan. (2) Amaun apa-apa duti yang kena dibayar di bawah seksyen ini hendaklah dimasukkan antara hutang yang, di bawah *seksyen 43 Akta Kebankrapan 1967 [Akta 360], atau seksyen 292 Akta Syarikat 1965 [Akta 125], dikehendaki dibayar terlebih dahulu daripada semua hutang lain dalam pembahagian harta seseorang bankrap atau seseorang yang mati dengan tidak solven atau dalam penggulungan sesuatu syarikat yang tidak solven, mengikut mana-mana yang berkenaan. Kecualian 6. Kecuali berkenaan dengan suatu ambil tagan yang dianjurkan oleh kelab lumba yang ditubuhkan dalam Semenanjung Malaysia berdasarkan keputusan suatu perlumbaan kuda, tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh disifatkan sebagai membenarkan atau membolehkan mana-mana orang mengambil bahagian dalam mana-mana ambil tagan yang dianjurkan oleh suatu kelab, persatuan atau pertubuhan yang ia bukan anggotanya. Penalti 7. (1) Jika penganjur tidak menyerahkan penyata kepada Pemungut Duti Setem sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 3, dia boleh didenda tidak melebihi lima ratus ringgit. (2) Jika penganjur, dengan niat hendak mengelakkan duti yang dikenakan di bawah Akta ini membuat suatu penyataan yang disebut dalam seksyen 3, yang palsu tentang apa-apa butir material, dia boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau empat kali amaun duti yang kena dibayar, mengikut mana-mana yang lebih tinggi. *CATATAN—Dahulunya merujuk kepada seksyen 38 Enakmen Kebankrapan 1921 [Chapter 55] yang merujuk kepada “Priority of debts”. 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 201 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 201 AKTA DUTI PERTARUHAN DAN AMBIL TAGAN 1948 SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari Ord. 39/1950 Ordinan Duti Pertaruhan dan 15-08-1950 Ambil Tagan (Pindaan) 1950 Ord. 64/1952 Ordinan Duti Pertaruhan dan 30-12-1952 Ambil Tagan (Pindaan) 1952 Ord. 59/1957 Ordinan Duti Pertaruhan dan 28-11-1957 Ambil Tagan (Pindaan) 1957 01-12-1957 Akta 12/1961 Akta Duti Pertaruhan dan 27-03-1961 Ambil Tagan (Pindaan) 1961 Akta 44/1965 Akta Kelab Perlumbaan 01-08-1965 (Ambil Tagan Awam) 1965 Akta 17/1967 Akta Kelab Perlumbaan 06-04-1967 (Ambil Tagan Awam) (Pindaan) 1967 Akta 65 Akta Cukai Perjudian 1972 01-03-1972 Akta 160 Akta Mata Wang Malaysia 29-08-1975 (Ringgit) 1975 P.U. (A) 376/1991 Perintah Pengubahsuaian Undang- 15-04-1992 Undang (Rumah Perjudian Terbuka, Loteri, Pertaruhan, Duti Pertaruhan dan Ambil Tagan dan Perlumbaan (Lembaga Totalisator) (Peluasan ke Wilayah Persekutuan Labuan) 1991 Duti Pertaruhan dan Ambil Tagan 9 Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari P.U. (A) 377/1991 Perintah Pengubahsuaian Undang- 15-04-1992 Undang (Rumah Perjudian Terbuka, Loteri, Pertaruhan, Duti Pertaruhan dan Ambil Tagan dan Perlumbaan (Lembaga Totalisator) (Perluasan ke Negeri-Negeri Sabah dan Sarawak) 1991 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 201 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 201 AKTA DUTI PERTARUHAN DAN AMBIL TAGAN 1948 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 1A Akta 12/1961 27-03-1961 2 Akta 39/1950 15-08-1950 Akta 64/1952 30-12-1952 Akta 59/1957 01-12-1957 Akta 12/1961 27-03-1961 Akta 65 01-03-1972 Akta 17/1967 06-04-1967 3 Akta 64/1952 30-12-1952 Akta12/1961 27-03-1961 4 Akta 64/1952 30-12-1952 Akta 12/1961 27-03-1961 5 Akta 59/1957 28-11-1957 6 Akta 44/1965 01-08-1965 Akta 17/1967 06-04-1967 7 Akta 160 29-08-1975
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
201 - AKTA DUTI PERTARUHAN DAN AMBIL TAGAN 1948
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in