A1645 - AKTA HAK CIPTA (PINDAAN) 2022
This Act amends the Copyright Act 1987, including rules for accessible format copies, collective management organizations, streaming technology offences, and enforcement powers.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of A1645 - AKTA HAK CIPTA (PINDAAN) 2022
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
A1645 - AKTA HAK CIPTA (PINDAAN) 2022
AI-assisted research summary: This Act amends the Copyright Act 1987, including rules for accessible format copies, collective management organizations, streaming technology offences, and enforcement powers.
Hak Cipta (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1645 AKTA HAK CIPTA (PINDAAN) 2022 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1645 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 26 Januari 2022 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 10 Februari 2022 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Hak Cipta (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1645 AKTA HAK CIPTA (PINDAAN) 2022 Suatu Akta untuk meminda Akta Hak Cipta 1987. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hak Cipta (Pindaan) 2022. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan Akta ini. Pindaan am 2. Akta Hak Cipta 1987 [Akta 332], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, kecuali bagi subseksyen 27a(3) dan (4), dipinda dengan menggantikan perkataan “badan pelesenan” di mana-mana jua terdapat termasuk dalam nota bahu dengan perkataan “organisasi pengurusan kolektif”. 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1645 Pindaan seksyen 3 3. Seksyen 3 Akta ibu dipinda— (a) dengan memotong takrif “badan pelesenan”; (b) dengan memasukkan selepas takrif “bentuk bahan” takrif yang berikut: ‘ “entiti yang diberi kuasa” ertinya suatu entiti yang ditetapkan oleh Menteri di bawah subseksyen 13(2c);’; (c) dengan memasukkan selepas takrif “orang berkelayakan” takrif yang berikut: ‘ “orang dengan ketidakupayaan cetakan” ertinya seseorang yang didaftarkan sebagai orang kurang upaya di bawah Akta Orang Kurang Upaya 2008 [Akta 685] yang— (a) buta; (b) kurang penglihatan atau mempunyai ketidakupayaan pengamatan atau tidak berupaya membaca yang tidak boleh diperbaiki untuk memberikan fungsi penglihatan yang secara substantifnya setara dengan seseorang yang tidak mempunyai kekurangan atau ketidakupayaan itu, dan disebabkan kekurangan atau ketidakupayaan itu tidak dapat membaca karya yang bercetak pada tahap yang secara substantifnya sama dengan seseorang yang tidak mempunyai kekurangan atau ketidakupayaan itu; atau (c) tidak boleh memegang atau memanipulasi buku atau memberi tumpuan atau menggerakkan mata, pada takat yang biasanya boleh diterima untuk membaca disebabkan ketidakupayaan fizikal; “organisasi pengurusan kolektif” ertinya suatu pertubuhan perbadanan yang diisytiharkan sebagai organisasi pengurusan kolektif di bawah seksyen 27a;’; dan Hak Cipta (Pindaan) 5 (d) dengan memasukkan selepas takrif “salinan” takrif yang berikut: ‘ “salinan format boleh akses” ertinya salinan suatu karya dalam cara atau bentuk alternatif yang memberikan orang dengan ketidakupayaan cetakan akses kepada karya itu termasuk untuk membenarkan orang dengan ketidakupayaan cetakan mempunyai akses yang sesuai dan selesa sebagaimana seseorang tanpa ketidakupayaan itu bagi kegunaan eksklusifnya;’. Pindaan seksyen 13 4. Seksyen 13 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (2)— (i) dalam perenggan (gggg), dengan memotong perkataan “kurang penglihatan atau”; (ii) dengan memasukkan selepas perenggan (gggg) perenggan yang berikut: “(ggggg) pembuatan dan pengeluaran salinan apa-apa karya ke dalam salinan format boleh akses atas terma yang ditentukan oleh Menteri, oleh— (i) entiti yang diberi kuasa; atau (ii) orang dengan ketidakupayaan cetakan atau mana-mana orang lain yang bertindak bagi pihaknya termasuk pemberi jagaannya;”; (iii) dalam perenggan (p), dengan memotong perkataan “dan” di hujung perenggan itu; (iv) dalam perenggan (q), dengan menggantikan noktah di hujung perenggan itu dengan koma bernoktah; dan 6 Undang-Undang Malaysia AktA A1645 (v) dengan memasukkan selepas perenggan (q) perenggan yang berikut: “(r) pengimportan bagi maksud pengedaran atau menjadikan tersedia salinan apa-apa karya dalam salinan format boleh akses oleh entiti yang diberi kuasa, orang dengan ketidakupayaan cetakan itu sendiri atau mana-mana orang lain yang bertindak bagi pihaknya termasuk pemberi jagaannya, dan atas terma yang ditentukan oleh Menteri; dan (s) pengeksportan bagi maksud pengedaran atau menjadikan tersedia salinan apa-apa karya dalam salinan format boleh akses oleh entiti yang diberi kuasa kepada anggota Triti Marrakesh dan atas terma yang ditentukan oleh Menteri.”; dan (b) dengan memasukkan selepas subseksyen (2a) subseksyen yang berikut: “(2b) Bagi maksud perenggan 2(s), “Triti Marrakesh” ertinya Triti Marrakesh untuk Memudahkan Akses kepada Karya yang telah Diterbitkan bagi Orang yang Buta, Kurang Penglihatan, atau Ketidakupayaan Cetakan Selainnya yang dibuat di Marrakesh pada 27 Jun 2013. (2c) Bagi maksud perenggan (2)(ggggg), (r) dan (s), Menteri boleh melalui perintah menetapkan mana-mana badan atau institusi yang tidak mencari keuntungan yang menyediakan pendidikan, latihan pengajaran, penyesuaian bacaan atau akses maklumat kepada orang dengan ketidakupayaan cetakan sebagai entiti yang diberi kuasa.”. Hak Cipta (Pindaan) 7 Pindaan seksyen 16a 5. Subperenggan 16a(3)(c)(ii) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “, atau bagi pihak, badan yang mentadbirkan suatu institusi bagi membantu orang yang tidak berupaya menulis atau membaca semata-mata bagi maksud mengadakan bantuan, sama ada oleh institusi itu atau selainnya, kepada orang yang mempunyai ketidakupayaan penglihatan, pendengaran, intelek atau menulis dan membaca” dengan perkataan “orang dengan ketidakupayaan cetakan itu sendiri atau mana-mana orang lain yang bertindak bagi pihaknya termasuk pemberi jagaannya, atau entiti yang diberi kuasa atau badan atau institusi yang tidak mencari keuntungan, semata-mata bagi maksud membantu orang yang kurang pendengaran atau orang dengan ketidakupayaan cetakan”. Pindaan seksyen 25 6. Seksyen 25 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut: “(3a) Jika suatu karya diubah suai ke dalam salinan format boleh akses oleh entiti yang diberi kuasa, orang dengan ketidakupayaan cetakan itu sendiri atau mana-mana orang lain yang bertindak bagi pihaknya termasuk pemberi jagaannya, ubah suaian itu tidak menjadi pelanggaran kepada subseksyen (2) jika ubah suaian itu perlu untuk menjadikan karya itu dalam suatu salinan format boleh akses.”. Pindaan seksyen 26a 7. Seksyen 26a Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1)— (i) dengan memotong perkataan “pencipta karya,”; dan (ii) dengan menggantikan perkataan “, pemegang serah hak hak cipta, atau seseorang yang telah diberi kepentingan dalam hak cipta melalui lesen” dengan perkataan “atau pemegang serah hak hak cipta”; dan (b) dalam subseksyen (3) dengan memotong perenggan (b). 8 Undang-Undang Malaysia AktA A1645 Pindaan seksyen 27a 8. Seksyen 27a Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1)— (i) dengan menggantikan perkataan “Suatu persatuan atau pertubuhan” dengan perkataan “Suatu pertubuhan perbadanan”; dan (ii) dengan menggantikan perkataan “atau bagi golongan pemunya hak cipta tertentu” dengan perkataan “, pencipta atau pelaku”; (b) dalam subseksyen (2)— (i) dalam perenggan (a), dengan memotong perkataan “dan” di hujung perenggan itu; (ii) dalam perenggan (b)— (A) dengan memasukkan selepas perkataan “pemunya hak cipta” perkataan “, pencipta atau pelaku”; dan (B) dengan menggantikan noktah di hujung perenggan itu dengan perkataan “; dan”; dan (iii) dengan memasukkan selepas perenggan (b) perenggan yang berikut: “(c) dokumen konstituen pemohon yang berhubungan dengan kutipan dan pengagihan skim pelesenan.”; (c) dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut: “(2a) Permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (2) hendaklah disertakan dengan fi sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri.”; Hak Cipta (Pindaan) 9 (d) dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan “badan pelesenan” dengan perkataan “organisasi pengurusan kolektif bagi tempoh dua tahun”; (e) dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut: “(3a) Suatu permohonan bagi pembaharuan perisytiharan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (3) hendaklah dibuat oleh organisasi pengurusan kolektif kepada Pengawal tidak lewat daripada enam puluh hari sebelum tarikh habis tempoh perisytiharan itu, dan permohonan itu hendaklah— (a) dibuat dalam bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pengawal; (b) disertakan dengan fi sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri; dan (c) dikemukakan bersama dengan apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen sebagaimana yang ditentukan oleh Pengawal. (3b) Apa-apa permohonan bagi pembaharuan yang dibuat selepas habis tempoh perisytiharan yang dikeluarkan di bawah Akta ini hendaklah tertakluk kepada bayaran surcaj sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri. (3c) Tarikh habis tempoh perisytiharan yang diperbaharui di bawah subseksyen (3a) hendaklah dinyatakan dalam perisytiharan.”; (f) dalam subseksyen (4), dengan menggantikan perkataan “badan pelesenan” dengan perkataan “organisasi pengurusan kolektif, atau jika dokumen konstituen pemohon adalah sama atau serupa dengan mana-mana organisasi pengurusan kolektif yang lain”; (g) dengan memotong subseksyen (5); 10 Undang-Undang Malaysia AktA A1645 (h) dalam subseksyen (6), dengan memasukkan selepas perenggan (c) perenggan yang berikut: “(cc) enggan atau tidak, tanpa alasan yang munasabah, mematuhi apa-apa garis panduan yang dikeluarkan di bawah seksyen 27m;”; (i) dalam subseksyen (8)— (i) dengan menggantikan perkataan “persatuan atau pertubuhan” dengan perkataan “orang”; dan (ii) dengan memotong perkataan “atau mana-mana badan pelesenan yang tidak mematuhi peruntukan subseksyen (5)”; dan (j) dengan memasukkan selepas subseksyen (8) subseksyen yang berikut: “(9) Bagi maksud seksyen ini, “pertubuhan perbadanan” ertinya suatu syarikat berhad menurut jaminan yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777].”. Seksyen baharu 27m 9. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 27l seksyen yang berikut: “Garis panduan 27m. (1) Pengawal boleh mengeluarkan garis panduan mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan perisytiharan dan pengendalian organisasi pengurusan kolektif yang diperuntukkan di bawah Bahagian ini. (2) Seseorang yang kepadanya garis panduan yang disebut dalam subseksyen (1) terpakai hendaklah mematuhi dan melaksanakan garis panduan itu. (3) Pengawal boleh membatalkan, mengubah, menyemak semula atau meminda keseluruhan atau mana-mana bahagian apa-apa garis panduan yang dikeluarkan di bawah seksyen ini.”. Hak Cipta (Pindaan) 11 Pindaan seksyen 36a 10. Subseksyen 36a(2) Akta ibu dipinda— (a) dalam subperenggan (e)(iii), dengan memotong perkataan “atau” di hujung subperenggan itu; (b) dalam perenggan (f), dengan menggantikan noktah di hujung perenggan itu dengan perkataan “; atau”; dan (c) dengan memasukkan selepas perenggan (f) perenggan yang berikut: “(g) dibuat oleh suatu entiti yang diberi kuasa atau orang dengan ketidakupayaan cetakan itu sendiri atau mana-mana orang lain yang bertindak bagi pihaknya termasuk pemberi jagaannya, bagi kegunaan eksklusif orang dengan ketidakupayaan cetakan, semata-mata bagi maksud— (i) membuat dan mengeluarkan salinan apa-apa karya ke dalam salinan format boleh akses; atau (ii) mengedarkan atau menjadikan tersedia salinan apa-apa karya dalam salinan format boleh akses.”. Pindaan seksyen 39 11. Seksyen 39 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (6) dengan subseksyen yang berikut: “(6) Mana-mana Penolong Pengawal, pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor atau mana-mana pegawai Kastam, dengan atau tanpa permohonan di bawah subseksyen (1), boleh mencari dan menyita mana-mana salinan langgaran yang dilarang daripada diimport ke dalam Malaysia.”. 12 Undang-Undang Malaysia AktA A1645 Pindaan seksyen 41 12. Subseksyen 41(1) Akta ibu dipinda— (a) dalam perenggan (ha), dengan menggantikan perkataan “atau menjual” dengan perkataan “, menjual atau menyewakan, menawarkan atau mendedahkan untuk dijual atau disewakan, mengiklankan untuk dijual atau disewakan, memiliki atau mengedarkan”; (b) dalam perenggan (i), dengan memotong perkataan “atau” di hujung perenggan itu; (c) dalam perenggan (j), dengan menggantikan koma di hujung perenggan itu dengan perkataan “; atau”; (d) dengan memasukkan selepas perenggan (j) perenggan yang berikut: “(k) menyediakan atau berkongsi akses ke suatu lokasi dalam talian apa-apa karya atau salinan karya kepada mana-mana orang lain tanpa kebenaran,”; dan (e) dalam subperenggan (iii), dengan menggantikan perkataan “(i) dan (j)” dengan perkataan “(i), (j) dan (k)”. Penggantian seksyen 41a 13. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 41a dengan seksyen yang berikut: “Pengkompaunan kesalahan 41a. (1) Menteri boleh, dengan kelulusan Pendakwa Raya, membuat peraturan-peraturan yang menetapkan— (a) apa-apa kesalahan di bawah Akta ini dan mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun; dan (b) kaedah dan tatacara untuk mengkompaun kesalahan itu. Hak Cipta (Pindaan) 13 (2) Pengawal, Timbalan Pengawal atau mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pengawal boleh, dengan keizinan secara bertulis Pendakwa Raya, pada bila-bila masa sebelum suatu pendakwaan dimulakan, mengkompaun mana-mana kesalahan yang boleh dikompaun dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki dengan munasabah telah melakukan kesalahan itu apabila dibayar kepada Pengawal, Timbalan Pengawal atau mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pengawal, suatu jumlah wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum yang orang itu boleh dikenakan jika dia disabitkan atas kesalahan itu, dalam masa sebagaimana yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu. (3) Tawaran bertulis di bawah subseksyen (2) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu, atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh Pengawal, Timbalan Pengawal atau mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pengawal, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran bertulis itu dibuat. (4) Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (2), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat, dan Pengawal, Timbalan Pengawal atau mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pengawal, boleh melucuthakkan atau memulangkan apa-apa artikel, kenderaan, buku, dokumen, salinan atau perekaan yang disita berkaitan dengan kesalahan itu, tertakluk kepada apa-apa terma sebagaimana yang difikirkan patut oleh Pengawal, Timbalan Pengawal atau mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pengawal. (5) Semua jumlah wang yang diterima oleh Pengawal, Timbalan Pengawal atau mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pengawal di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.”. 14 Undang-Undang Malaysia AktA A1645 Pindaan seksyen 43a 14. Subseksyen 43a(3) Akta ibu dipinda— (a) dalam takrif “alat perakam pandang dengar”, dengan menggantikan perkataan “wayang gambar” dengan perkataan “filem”; (b) dengan memotong takrif “wayang gambar”; dan (c) dalam takrif “bilik penayangan”, dengan menggantikan perkataan “wayang gambar, termasuklah panggung wayang gambar” dengan perkataan “filem”. Bahagian baharu VIaa 15. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Bahagian VIa bahagian yang berikut: “bahagian VIaa TEKNOLOGI PENSTRIMAN Kesalahan berhubungan dengan teknologi penstriman 43aa. (1) Tiada seorang pun boleh melakukan atau memudahkan pelanggaran hak cipta dalam apa-apa karya dengan— (a) membuat suatu teknologi penstriman untuk dijual atau disewakan; (b) mengimport suatu teknologi penstriman; (c) menjual atau menyewakan, menawarkan, mendedahkan atau mengiklankan untuk dijual atau disewakan, memiliki atau mengedarkan suatu teknologi penstriman dalam perjalanan urusan; (d) mengedarkan suatu teknologi penstriman bagi maksud selain dalam perjalanan urusan sehingga suatu takat yang menjejaskan pemunya hak cipta itu; atau (e) menawarkan kepada orang awam atau memberikan apa-apa perkhidmatan teknologi penstriman. Hak Cipta (Pindaan) 15 (2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi dua puluh tahun atau kedua-duanya. (3) Jika suatu kesalahan di bawah seksyen ini dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan atau oleh seseorang yang menjadi pekongsi dalam suatu firma, tiap-tiap pengarah, ketua pegawai eksekutif, ketua pegawai operasi, setiausaha, pengurus atau pegawai lain pertubuhan perbadanan itu yang serupa atau tiap-tiap pekongsi lain dalam firma itu atau yang berupa sebagai bertindak atas apa-apa kapasiti sedemikian atau dalam apa-apa cara atau bertanggungjawab hingga apa-apa takat bagi pengurusan hal ehwal pertubuhan perbadanan atau firma itu atau membantu dalam pengurusan sedemikian, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu dan boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama dengan pertubuhan perbadanan atau firma itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuan atau pembiarannya dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha wajar untuk menghalang pelakuan kesalahan itu. (4) Bagi maksud seksyen ini, “teknologi penstriman” termasuklah program komputer, alat atau komponen yang digunakan sebahagiannya atau secara keseluruhannya yang mengakibatkan suatu pelanggaran hak cipta dalam sesuatu karya.”. Pindaan seksyen 48 16. Seksyen 48 Akta ibu dipinda— (a) dalam perenggan (d), dengan memotong perkataan “atau” di hujung perenggan itu; (b) dalam perenggan (e), dengan menggantikan koma di hujung perenggan itu dengan perkataan “; atau”; dan 16 Undang-Undang Malaysia AktA A1645 (c) dengan memasukkan selepas perenggan (e) perenggan yang berikut: “(f) mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan telah dilakukan, menyebabkan apa-apa keterangan mengenai kesalahan yang dilakukan itu hilang dengan niat untuk melindungi pesalah daripada hukuman undang-undang, atau dengan pengetahuan bahawa dia dengan itu berkemungkinan melindungi pesalah itu daripada hukuman undang-undang, atau dengan niat atau pengetahuan itu memberi apa-apa maklumat berkenaan dengan kesalahan yang dia ketahui atau percaya adalah palsu,”. Seksyen baharu 51b 17. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 51a seksyen yang berikut: “Pembelian untuk ujian 51b. Penolong Pengawal boleh mengarahkan pemunya hak cipta atau mana-mana orang yang diberi kuasa untuk bertindak bagi pihak pemunya hak cipta untuk membuat pembelian untuk ujian apa-apa barang yang ternyata suai manfaat bagi maksud menentukan sama ada atau tidak peruntukan Akta ini dipatuhi.”. Seksyen baharu 52b 18. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 52a seksyen yang berikut: “Kuasa Penolong Pengawal untuk menghendaki pemberian maklumat 52b. (1) Seksyen ini terpakai jika Penolong Pengawal dalam menjalankan penyiasatan di bawah Akta ini mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa mana-mana orang— (a) mempunyai apa-apa maklumat atau apa-apa dokumen yang berkaitan dengan pelaksanaan kuasa dan fungsi Penolong Pengawal di bawah Akta ini; atau Hak Cipta (Pindaan) 17 (b) berupaya untuk memberikan apa-apa keterangan yang Penolong Pengawal mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa ia berkaitan dengan pelaksanaan kuasa dan fungsi Penolong Pengawal di bawah Akta ini. (2) Walau apa pun apa-apa peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain, Penolong Pengawal boleh, dengan notis bertulis, mengarahkan mana-mana orang— (a) untuk memberi Penolong Pengawal, dalam tempoh dan mengikut cara dan bentuk yang dinyatakan dalam notis itu, apa-apa maklumat atau dokumen yang disebut dalam subseksyen (1); (b) untuk mengemukakan kepada Penolong Pengawal, dalam tempoh dan mengikut cara yang dinyatakan dalam notis itu, apa-apa maklumat atau dokumen yang disebut dalam subseksyen (1), sama ada dalam bentuk fizikal atau elektronik; (c) untuk membuat salinan, atau cabutan daripada, apa-apa dokumen yang disebut dalam subseksyen (1) dan untuk mengemukakan salinan atau cabutan dokumen itu kepada Penolong Pengawal dalam tempoh dan mengikut cara yang dinyatakan dalam notis itu; (d) jika orang itu seorang individu, untuk hadir di hadapan Penolong Pengawal pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa maklumat, sama ada secara lisan atau bertulis, dan untuk mengemukakan apa-apa dokumen yang disebut dalam subseksyen (1), sama ada dalam bentuk fizikal atau elektronik; (e) jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan atau badan awam, untuk menyebabkan pegawai yang berkaitan dan berkelayakan bagi pertubuhan atau badan itu untuk hadir di hadapan Penolong Pengawal pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa maklumat, sama ada secara lisan atau bertulis, dan untuk mengemukakan apa-apa dokumen yang disebut dalam subseksyen (1), sama ada dalam bentuk fizikal atau elektronik; 18 Undang-Undang Malaysia AktA A1645 (f) jika orang itu ialah suatu perkongsian, untuk menyebabkan individu yang merupakan seorang pekongsi dalam perkongsian itu atau pekerja perkongsian itu untuk hadir di hadapan Penolong Pengawal pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa maklumat, sama ada secara lisan atau bertulis, dan untuk mengemukakan apa-apa dokumen yang disebut dalam subseksyen (1), sama ada dalam bentuk fizikal atau elektronik; atau (g) untuk membuat suatu pernyataan kepada Penolong Pengawal dengan memberikan suatu penjelasan mengenai apa-apa maklumat atau dokumen yang disebut dalam subseksyen (1) dalam tempoh dan mengikut cara dan bentuk yang dinyatakan dalam notis itu. (3) Jika Penolong Pengawal mengarahkan mana-mana orang untuk mengemukakan apa-apa dokumen di bawah subseksyen (2) dan dokumen itu tiada dalam jagaan orang itu, orang itu hendaklah— (a) menyatakan, sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, di mana dokumen itu boleh dijumpai; dan (b) mengenal pasti, sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, orang terakhir yang mempunyai jagaan ke atas dokumen itu dan menyatakan, sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, di mana orang terakhir yang disebut itu boleh dijumpai. (4) Mana-mana orang yang diarahkan untuk memberikan maklumat di bawah subseksyen (2) atau (3) hendaklah memastikan bahawa maklumat yang diberikan itu adalah benar, tepat dan lengkap dan orang itu hendaklah memberikan representasi yang nyata yang bermaksud sedemikian, termasuk suatu perisytiharan bahawa dia tidak menyedari mengenai apa-apa maklumat lain yang menjadikan maklumat yang diberikan itu tidak benar atau mengelirukan. (5) Mana-mana orang yang enggan atau tidak mematuhi arahan yang diberikan oleh Penolong Pengawal di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan.”. Hak Cipta (Pindaan) 19 Pengesahan dan tanggung rugi 19. (1) Walau apa pun tiada apa-apa peruntukan di bawah Akta ibu tentang kehendak untuk membayar fi kepada Pengawal, fi yang dipungut dan dikenakan oleh Pengawal berhubung dengan perisytiharan yang dikeluarkan di bawah seksyen 27a Akta ibu hendaklah disifatkan telah dikenakan dan dipungut dengan sah sepanjang tempoh mulai 1 Jun 2012 sehingga hari sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini. (2) Tiada tindakan atau prosiding undang-undang boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan terhadap Kerajaan Malaysia, mana-mana pegawai Kerajaan Malaysia, Perbadanan, mana-mana pegawai Perbadanan, atau mana-mana orang yang bertindak di bawahnya berkenaan dengan apa-apa fi yang telah dikenakan dan dipungut semasa tempoh yang disebut dalam subseksyen (1), dan jika apa-apa tindakan atau prosiding undang-undang telah dibawa, dimulakan atau dikekalkan, ia hendaklah dibatalkan dan dijadikan tidak sah dan tiada pembayaran balik berkenaan dengan fi yang telah dikenakan dan dipungut di bawah Akta ini boleh dibuat. Kecualian dan peralihan 20. (1) Semua sebutan mengenai “badan pelesenan” di bawah Akta ibu atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ibu hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai “organisasi pengurusan kolektif”. (2) Mana-mana permohonan bagi perisytiharan yang dibuat di bawah seksyen 27a Akta ibu yang belum selesai sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, diuruskan mengikut peruntukan Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini. (3) Mana-mana pemohon yang telah diisytiharkan sebagai badan pelesenan di bawah subseksyen 27a(3) Akta ibu sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah disifatkan telah diisytiharkan sebagai suatu organisasi pengurusan kolektif bagi tempoh dua tahun dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini. (4) Apa-apa tindakan di bawah Akta ibu yang dilakukan oleh badan pelesenan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah kekal sah dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, sehingga dipinda, digantikan, ditamatkan atau dibatalkan.
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
A1645 - AKTA HAK CIPTA (PINDAAN) 2022
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in