515 - *AKTA PERKAPALAN SAUDAGAR (PENCEMARAN MINYAK) 1994
This Act sets liability, insurance, compensation, and enforcement rules for oil and bunker-oil pollution from merchant ships.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This Act sets liability, insurance, compensation, and enforcement rules for oil and bunker-oil pollution from merchant ships. This provision sets time limits for claims against the Fund, gives subrogation rights after payments, sets jurisdiction and judgment-enforcement rules, and grants enforcement powers and offence penalties.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 515 - *AKTA PERKAPALAN SAUDAGAR (PENCEMARAN MINYAK) 1994
Showing 2 of 2
Part document.segment-1
515 - *AKTA PERKAPALAN SAUDAGAR (PENCEMARAN MINYAK) 1994 — segment 1
- document.segment-1 Verify source ↗
515 - *AKTA PERKAPALAN SAUDAGAR (PENCEMARAN MINYAK) 1994 — segment 1
AI-assisted research summary: This Act sets liability, insurance, compensation, and enforcement rules for oil and bunker-oil pollution from merchant ships.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA VERSI ATAS TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI Akta 515 AKTA PERKAPALAN SAUDAGAR (LIABILITI DAN PAMPASAN BAGI PENCEMARAN MINYAK DAN MINYAK BUNKER) 1994 Sebagaimana pada 1 Jun 2015 2 AKTA PERKAPALAN SAUDAGAR (LIABILITI DAN PAMPASAN BAGI PENCEMARAN MINYAK DAN MINYAK BUNKER) 1994 Tarikh Perkenan Diraja … … … … … 15 Februari 1994 Tarikh penyiaran dalam Warta … … … 24 Februari 1994 Kali terakhir dipinda melalui Akta A1394 yang mula berkuat kuasa pada … … … … … 1 Mac 2014 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 515 AKTA PERKAPALAN SAUDAGAR (LIABILITI DAN PAMPASAN BAGI PENCEMARAN MINYAK DAN MINYAK BUNKER) 1994 SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 2. Tafsiran BAHAGIAN II LIABILITI SIVIL BAGI PENCEMARAN MINYAK DAN MINYAK BUNKER 3. Liabiliti bagi pencemaran minyak 3A. Liabiliti bagi pencemaran minyak bunker 4. Pengecualian daripada liabiliti di bawah seksyen 3 atau 3A 5. Had liabiliti bagi kerosakan pencemaran minyak di bawah seksyen 3 5A. Had liabiliti bagi kerosakan pencemaran minyak bunker di bawah seksyen 3A 6. Pembatasan liabiliti di bawah seksyen 3 6A. Pembatasan liabiliti di bawah seksyen 3A 7. Tindakan pembatasan 8. Had ke atas penguatkuasaan tuntutan selepas penubuhan kumpulan wang pembatasan 9. Kumpulan wang pembatasan di luar Malaysia 10. Penghapusan tuntutan 11. Insurans wajib terhadap liabiliti bagi pencemaran minyak 4 Undang-Undang Malaysia AKTA 515 Seksyen 11A. Insurans wajib terhadap liabiliti bagi pencemaran minyak bunker 12. Pengeluaran perakuan oleh Pengarah Laut 13. Hak pihak ketiga terhadap penanggung insurans 14. Kapal kerajaan BAHAGIAN III KUMPULAN WANG ANTARABANGSA BAGI PAMPASAN PENCEMARAN MINYAK 15. Tafsiran 16. Keperibadian undang-undang Kumpulan Wang 17. Caruman oleh orang yang menerima minyak 18. Kuasa untuk mendapatkan maklumat 19. Liabiliti Kumpulan Wang 20. (Dipotong) 21. Penghapusan tuntutan 22. Subrogasi dan hak pertolongan BAHAGIAN IV BIDANG KUASA DAN KESAN PENGHAKIMAN 23. Bidang kuasa dan kesan penghakiman 24. Penguatkuasaan penghakiman BAHAGIAN V PENGUATKUASAAN 25. Pengarah Laut hendaklah menjalankan kuasa dan tugas di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya Perkapalan Saudagar (Liabiliti dan Pampasan bagi Minyak dan Minyak Bunker) 5 Seksyen 26. Kuasa menangkap dan menahan 27. Kuasa untuk menaiki dan menggeledah kapal BAHAGIAN VI PELBAGAI 28. Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan 28A. Pendakwaan 29. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan 30. Kuasa untuk meminda Jadual JADUAL PERTAMA JADUAL KEDUA 7 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 515 AKTA PERKAPALAN SAUDAGAR (LIABILITI DAN PAMPASAN BAGI PENCEMARAN MINYAK DAN MINYAK BUNKER) 1994 Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan berkenaan dengan liabiliti sivil bagi pencemaran minyak dan minyak bunker oleh kapal saudagar dan bagi perkara yang berkaitan dengannya. [6 April 1995, P.U. (B) 144/1995] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: BAHAGIAN I PERMULAAN Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perkapalan Saudagar (Liabiliti dan Pampasan bagi Pencemaran Minyak dan Minyak Bunker) 1994. (2) Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi peruntukan yang berlainan dalam Akta ini. 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 515 Tafsiran 2. (1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “insiden” ertinya apa-apa kejadian, atau siri kejadian yang mempunyai punca yang sama, yang menyebabkan kerosakan pencemaran atau yang mewujudkan suatu ancaman yang besar dan pasti bahawa kerosakan sedemikian akan berlaku; “kapal”— (a) berhubung dengan liabiliti yang ditanggung di bawah seksyen 3, ertinya mana-mana vesel laut dan lancang laut daripada apa-apa jenis yang dibina atau diubah suai untuk membawa minyak secara pukal sebagai kargo, dengan syarat bahawa kapal yang berupaya membawa minyak dan kargo lain hendaklah dianggap sebagai kapal hanya apabila kapal itu sebenarnya membawa minyak secara pukal sebagai kargo dan semasa dalam mana-mana pelayaran berikutan dengan pelayaran itu yang membawa minyak melainkan jika dibuktikan bahawa tidak ada baki daripada minyak yang dibawa secara pukal di atas kapal; atau (b) berhubung dengan liabiliti yang ditanggung di bawah seksyen 3A, ertinya mana-mana vesel laut dan lancang laut daripada apa-apa jenis; “kerosakan pencemaran” ertinya— (a) kerugian atau kerosakan di luar kapal yang disebabkan oleh pencemaran akibat daripada pelepasan atau pertumpahan minyak atau minyak bunker daripada kapal, di mana-mana jua pelepasan atau pertumpahan itu berlaku, dengan syarat bahawa pampasan bagi kerosakan alam sekitar selain kehilangan keuntungan daripada kerosakan itu hendaklah terhad kepada kos bagi langkah pemulihan yang munasabah yang sebenarnya diambil atau akan diambil; dan Perkapalan Saudagar (Liabiliti dan Pampasan bagi Minyak dan Minyak Bunker) 9 (b) kos bagi langkah pencegahan dan kerugian atau kerosakan lanjut yang disebabkan oleh langkah pencegahan; “Konvensyen Bunkers” ertinya Konvensyen Antarabangsa mengenai Liabiliti Sivil bagi Kerosakan Pencemaran Minyak Bunker 2001 yang ditandatangani di London pada 23 Mac 2001; “Konvensyen Liabiliti” ertinya Konvensyen Antarabangsa mengenai Liabiliti Sivil bagi Kerosakan Pencemaran Minyak yang ditandatangani di London pada 27 November 1992; “langkah pencegahan” ertinya apa-apa langkah munasabah yang diambil oleh mana-mana orang selepas berlakunya sesuatu insiden untuk mencegah atau meminimumkan kerosakan pencemaran; “laut wilayah” ertinya perairan wilayah Malaysia yang ditentukan mengikut Ordinan No. 7 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1969 [P.U. (A) 307A/1969]; “Mahkamah” ertinya Mahkamah Tinggi di Malaya dan Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, mengikut mana-mana yang berkenaan; “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perkapalan saudagar; “minyak”, kecuali dalam Bahagian III, ertinya apa-apa minyak mineral hidrokarbon tegar seperti minyak mentah, minyak bahan api, minyak diesel berat dan minyak pelincir, sama ada dibawa di atas kapal sebagai kargo atau dalam bunker kapal sedemikian; “minyak bunker” ertinya mana-mana minyak mineral hidrokarbon, termasuk minyak pelincir, yang digunakan atau diniat untuk digunakan bagi operasi atau pendorongan kapal, dan apa-apa baki daripada minyak itu; “nakhoda” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 [Ord. 70 tahun 1952]; 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 515 “negara Konvensyen Bunkers” ertinya sesuatu negara yang berkenaan dengannya Konvensyen Bunkers berkuat kuasa; “negara Konvensyen Liabiliti” ertinya sesuatu negara yang berkenaan dengannya Konvensyen Liabiliti berkuat kuasa; “orang” ertinya mana-mana individu atau perkongsian atau mana- mana badan awam atau persendirian, sama ada perbadanan atau bukan perbadanan, termasuklah sesuatu Negara atau mana-mana subbahagian juzuknya; “pegawai diberi kuasa” ertinya seseorang pegawai pelabuhan sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 2 Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 atau mana-mana pegawai diberi kuasa di bawah seksyen 25; “pelabuhan” ertinya— (a) sesuatu pelabuhan atau tempat yang diisytiharkan sebagai pelabuhan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain; (b) sesuatu tempat yang ditetapkan sebagai pelabuhan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1960 Sabah [Ord. Sabah No.11 tahun 1960], Ordinan Perkapalan Saudagar 1960 Sarawak [Ord. Sarawak No.2 tahun 1960] dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya; “pemunya”— (a) berhubung dengan sesuatu kapal yang menanggung liabiliti di bawah seksyen 3, ertinya pemunya berdaftar; atau (b) berhubung dengan sesuatu kapal yang menanggung liabiliti di bawah seksyen 3A, ertinya pemunya berdaftar, pencarter kapal kosong, atau pengurus dan pengendali kapal itu; Perkapalan Saudagar (Liabiliti dan Pampasan bagi Minyak dan Minyak Bunker) 11 “pemunya berdaftar” ertinya orang yang didaftarkan sebagai pemunya kapal atau, sekiranya tiada pendaftaran, orang yang menjadi pemunya kapal itu, kecuali bahawa berhubungan dengan kapal yang dipunyai oleh sesuatu Negara dan dikendalikan oleh suatu syarikat yang di dalam Negara itu didaftarkan sebagai pengendali kapal itu, “pemunya berdaftar” hendaklah bererti syarikat sedemikian; “Pengarah Laut” ertinya Pengarah Laut yang dilantik di bawah subseksyen 8(1) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952; “pepasangan pangkalan” ertinya mana-mana tempat bagi menyimpan minyak secara pukal yang boleh menerima minyak daripada pengangkutan air, termasuklah apa-apa kemudahan yang terletak di luar pesisir dan dihubungkan dengan mana-mana tempat itu; “zon ekonomi eksklusif”, berhubung dengan Malaysia, ialah zon ekonomi eksklusif yang ditentukan di bawah Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984 [Akta 311]. (2) Berhubungan dengan apa-apa kerosakan pencemaran yang disebabkan oleh sesuatu kapal, sebutan mengenai pemunya kapal itu dalam Akta ini ialah sebutan mengenai pemunya pada masa insiden itu atau, jika insiden itu terdiri daripada suatu siri kejadian yang mempunyai punca yang sama, ialah sebutan mengenai pemunya pada masa kejadian yang pertama itu. (3) Bagi maksud Akta ini— (a) sebutan mengenai mana-mana kawasan di Malaysia termasuklah laut wilayah Malaysia dan zon ekonomi eksklusif Malaysia dan sebutan mengenai mana-mana kawasan mana-mana negara Konvensyen Liabiliti atau negara Konvensyen Bunkers yang lain termasuklah laut wilayah dan zon ekonomi eksklusif negara Konvensyen Liabiliti atau negara Konvensyen Bunkers itu; dan (b) sebutan mengenai zon ekonomi eksklusif sesuatu Negara ialah sebutan mengenai zon ekonomi eksklusif negara itu 12 Undang-Undang Malaysia AKTA 515 yang diwujudkan mengikut undang-undang antarabangsa, atau, jika zon itu belum diwujudkan, suatu kawasan bersempadan dengan laut wilayah negara itu yang ditentukan oleh negara itu mengikut undang-undang antarabangsa dan meliputi tidak lebih daripada 200 batu nautika dari garis dasar yang darinya lebar laut wilayah itu diukur. (4) Bagi maksud Akta ini, tanan kapal ialah tanan kasar yang dikira mengikut peraturan peraturan pengukuran tanan yang terkandung dalam lampiran I Konvensyen Antarabangsa mengenai Sukatan Tanan Kapal yang ditandatangani di London pada 23 Jun 1969. BAHAGIAN II LIABILITI SIVIL BAGI PENCEMARAN MINYAK DAN MINYAK BUNKER Liabiliti bagi pencemaran minyak 3. (1) Pemunya sesuatu kapal pada masa sesuatu insiden, atau jika insiden itu terdiri daripada suatu siri kejadian, pada masa kejadian pertama, hendaklah, kecuali jika diperuntukkan selainnya di bawah Akta ini, bertanggungan bagi apa-apa kerosakan pencemaran yang disebabkan oleh kapal itu akibat daripada insiden itu di mana-mana kawasan di Malaysia. (2) Selanjutnya, pemunya kapal itu hendaklah bertanggungan bagi apa-apa kerosakan pencemaran yang disebabkan berlaku di mana- mana kawasan di mana-mana negara Konvensyen Liabiliti lain akibat daripada apa-apa insiden yang dinyatakan dalam subseksyen (1). (3) Jika sesuatu insiden yang melibatkan dua kapal atau lebih berlaku dan kerosakan pencemaran berlaku akibat daripada insiden itu, pemunya kesemua kapal yang berkenaan hendaklah, melainkan jika dilepaskan di bawah seksyen 4, secara bersesama dan berasingan bertanggungan bagi segala kerosakan pencemaran itu yang tidak boleh semunasabahnya diasingkan. Perkapalan Saudagar (Liabiliti dan Pampasan bagi Minyak dan Minyak Bunker) 13 Liabiliti bagi pencemaran minyak bunker 3A. (1) Pemunya sesuatu kapal pada masa sesuatu insiden, atau jika insiden itu terdiri daripada suatu siri kejadian yang mempunyai punca yang sama, pada masa kejadian pertama, hendaklah, kecuali jika diperuntukkan selainnya di bawah Akta ini, bertanggungan bagi apa- apa kerosakan pencemaran yang disebabkan oleh kapal itu akibat daripada insiden itu di mana-mana kawasan di Malaysia. (2) Jika lebih daripada satu orang bertanggungan menurut subseksyen (1), tanggungan mereka hendaklah bersesama dan berasingan. (3) Selanjutnya, pemunya kapal itu hendaklah bertanggungan bagi apa-apa kerosakan pencemaran yang disebabkan berlaku di mana- mana kawasan di mana-mana negara Konvensyen Bunkers lain akibat daripada apa-apa insiden yang dinyatakan dalam subseksyen (1). (4) Jika sesuatu insiden yang melibatkan dua kapal atau lebih berlaku dan kerosakan pencemaran berlaku akibat daripada insiden itu, pemunya kesemua kapal yang berkenaan hendaklah, melainkan jika dilepaskan di bawah seksyen 4, secara bersesama dan berasingan bertanggungan bagi segala kerosakan pencemaran itu yang tidak boleh semunasabahnya diasingkan. Pengecualian daripada liabiliti di bawah seksyen 3 atau 3A 4. (1) Pemunya sesuatu kapal yang daripada kapalnya minyak atau minyak bunker telah dilepaskan atau bocor tidak akan menanggung apa-apa liabiliti bagi kerosakan pencemaran di bawah seksyen 3 atau 3A jika dia membuktikan bahawa pelepasan atau kebocoran itu— (a) diakibatkan oleh tindakan perang, permusuhan, perang saudara, penderhakaan atau sesuatu fenomena semula jadi yang luar biasa, tidak dapat dielakkan dan tidak dapat dibendung jenisnya; 14 Undang-Undang Malaysia AKTA 515 (b) keseluruhannya disebabkan oleh sesuatu perbuatan atau peninggalan pihak ketiga, dan perbuatan atau peninggalan itu dilakukan dengan niat menyebabkan kerosakan; atau (c) keseluruhannya disebabkan oleh kecuaian atau perbuatan salah kerajaan atau pihak berkuasa lain yang bertanggungjawab bagi penyenggaraan lampu atau alat-alat navigasi lain dalam penjalanan fungsi tersebut. (2) Jika pemunya kapal yang dari kapalnya minyak atau minyak bunker telah dilepaskan atau bocor membuktikan bahawa kerosakan pencemaran itu, keseluruhannya atau sebahagiannya, ialah akibat daripada sama ada suatu perbuatan atau peninggalan yang dilakukan dengan niat menyebabkan kerosakan oleh orang yang menanggung kerosakan itu atau ialah akibat daripada kecuaian orang tersebut, maka pemunya kapal itu boleh dilepaskan, keseluruhannya atau sebahagiannya, daripada liabilitinya terhadap orang itu. Had liabiliti bagi kerosakan pencemaran minyak di bawah seksyen 3 5. (1) Jika sesuatu insiden berlaku dan kerosakan pencemaran berlaku akibat daripada insiden itu, sama ada atau tidak pemunya kapal itu menanggung liabiliti di bawah seksyen 3, pemunya kapal tidaklah bertanggungan bagi apa-apa kerosakan pencemaran itu melainkan di bawah seksyen itu. (2) Liabiliti bagi kerosakan pencemaran tidak terpakai bagi— (a) mana-mana pekhidmat atau ejen pemunya kapal itu atau mana-mana anggota anak kapal itu; (b) malim atau mana-mana orang lain yang bukan anggota anak kapal itu tetapi melaksanakan perkhidmatan bagi kapal itu; (c) mana-mana pencarter (dengan cara apa sekalipun diperihalkan, termasuk pencarter kapal kosong), pengurus atau pengendali kapal itu; Perkapalan Saudagar (Liabiliti dan Pampasan bagi Minyak dan Minyak Bunker) 15 (d) mana-mana orang yang melaksanakan gerakan salvaj dengan persetujuan pemunya kapal itu atau atas arahan pihak berkuasa awam yang berwibawa; (e) mana-mana orang yang mengambil langkah pencegahan; (f) semua pekhidmat atau ejen orang yang disebut dalam perenggan (c), (d) dan (e), melainkan jika kerosakan pencemaran itu berlaku akibat daripada tindakan atau peninggalan mereka sendiri, yang dilakukan dengan niat untuk menyebabkan kerosakan itu, atau secara melulu dan dengan mengetahui bahawa kerosakan itu mungkin berlaku. Had liabiliti bagi kerosakan pencemaran minyak bunker di bawah seksyen 3A 5A. (1) Jika sesuatu insiden berlaku dan kerosakan pencemaran berlaku akibat daripada insiden itu, sama ada atau tidak pemunya kapal itu menanggung liabiliti di bawah seksyen 3A, pemunya kapal tidaklah bertanggungan bagi apa-apa kerosakan pencemaran itu melainkan di bawah seksyen itu. (2) Liabiliti bagi kerosakan pencemaran tidak terpakai bagi— (a) mana-mana pekhidmat atau ejen pemunya kapal itu atau mana-mana anggota anak kapal itu; (b) malim atau mana-mana orang lain yang bukan anggota anak kapal itu tetapi melaksanakan perkhidmatan bagi kapal itu; (c) mana-mana pencarter, dengan cara apa sekali pun diperihalkan, tetapi tidak termasuk pencarter kapal kosong; (d) mana-mana orang yang melaksanakan gerakan salvaj dengan persetujuan pemunya kapal itu atau atas arahan pihak berkuasa awam yang berwibawa; 16 Undang-Undang Malaysia AKTA 515 (e) mana-mana orang yang mengambil langkah pencegahan; (f) semua pekhidmat atau ejen orang yang disebut dalam perenggan (c), (d) dan (e), melainkan jika kerosakan pencemaran itu berlaku akibat daripada tindakan atau peninggalan mereka sendiri, yang dilakukan dengan niat untuk menyebabkan kerosakan itu, atau secara melulu dan dengan mengetahui bahawa kerosakan itu mungkin berlaku. Pembatasan liabiliti di bawah seksyen 3 6. (1) Jika pemunya sesuatu kapal menanggung liabiliti di bawah seksyen 3 berkenaan dengan mana-mana satu insiden, peruntukan yang berhubungan dengan pembatasan liabiliti pemunya kapal dalam hal kerugian atau kerosakan tertentu di bawah mana-mana undang- undang bertulis lain yang berhubungan dengan perkapalan saudagar tidaklah terpakai bagi liabiliti itu. (2) Pemunya sesuatu kapal yang menangung liabiliti di bawah seksyen 3 boleh membataskan liabilitinya mengikut Akta ini sebagaimana yang dinyatakan dalam Bahagian I Jadual Pertama. (3) Jika dibuktikan bahawa kerosakan pencemaran berlaku akibat daripada tindakan atau peninggalan pemunya kapal itu, yang dilakukan dengan niat untuk menyebabkan kerosakan itu, atau secara melulu dan dengan mengetahui bahawa kerosakan itu mungkin berlaku, dia tidak berhak untuk membataskan liabilitinya di bawah subseksyen (2). Pembatasan liabiliti di bawah seksyen 3A 6A. (1) Jika pemunya sesuatu kapal menanggung liabiliti di bawah seksyen 3A berkenaan dengan mana-mana satu insiden, peruntukan yang berhubungan dengan pembatasan liabiliti pemunya kapal dalam hal kerugian atau kerosakan tertentu di bawah mana-mana undang- Perkapalan Saudagar (Liabiliti dan Pampasan bagi Minyak dan Minyak Bunker) 17 undang bertulis lain yang berhubungan dengan perkapalan saudagar tidaklah terpakai bagi liabiliti itu. (2) Pemunya sesuatu kapal yang menanggung liabiliti di bawah seksyen 3A boleh membataskan liabilitinya mengikut Konvensyen mengenai Pembatasan Liabiliti untuk Tuntutan Maritim 1976 sebagaimana dipinda oleh Protokol 1996 untuk meminda Konvensyen mengenai Pembatasan Liabiliti untuk Tuntutan Maritim 1976, seperti yang dinyatakan dalam Jadual Keenam belas Ordinan Perkapalan Saudagar 1952. (3) Jika dibuktikan bahawa kerosakan pencemaran berlaku akibat daripada tindakan atau peninggalan pemunya kapal itu, yang dilakukan dengan niat untuk menyebabkan kerosakan itu, atau secara melulu dan dengan mengetahui bahawa kerosakan itu mungkin berlaku, dia tidak berhak untuk membataskan liabilitinya di bawah subseksyen (2). Tindakan pembatasan 7. (1) Jika pemunya sesuatu kapal telah atau dikatakan telah menanggung sesuatu liabiliti— (a) di bawah seksyen 3, dia boleh memohon kepada Mahkamah bagi membataskan liabiliti tersebut kepada suatu amaun yang ditentukan mengikut seksyen 6; atau (b) di bawah seksyen 3A, dia boleh memohon kepada Mahkamah bagi membataskan liabiliti tersebut kepada suatu amaun yang ditentukan mengikut seksyen 6A. (2) Jika atas permohonan sedemikian Mahkamah mendapati bahawa pemohon itu telah menanggung liabiliti sedemikian dan berhak membataskannya, Mahkamah hendaklah, setelah menentukan batasan liabiliti itu dan mengarahkan supaya dibayar atau didepositkan suatu jaminan bank atau cagaran ke dalam Mahkamah bagi amaun batasan itu— 18 Undang-Undang Malaysia AKTA 515 (a) menentukan amaun, selain batasan itu, yang kena dibayar berkenaan dengan liabiliti itu kepada orang yang membuat tuntutan dalam prosiding itu; dan (b) mengarahkan pembahagian amaun yang dibayar ke dalam Mahkamah (atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, sekian banyak daripadanya yang tidak melebihi liabiliti itu) di kalangan orang itu mengikut kadar tuntutannya yang terbukti, tertakluk kepada subseksyen (3), (4), (5) dan (6). (3) Tiada tuntutan boleh diterima dalam prosiding di bawah seksyen ini melainkan jika ia dibuat dalam apa-apa masa yang diarahkan oleh Mahkamah atau apa-apa masa selanjutnya yang dibenarkan oleh Mahkamah tetapi masa itu tidak boleh kurang daripada enam bulan dari tarikh berlakunya kerosakan pencemaran itu. (4) Jika apa-apa jumlah wang telah dibayar, dalam atau bagi menyelesaikan apa-apa tuntutan berkenaan dengan kerosakan pencemaran yang kepadanya liabiliti itu diperluaskan— (a) oleh pemunya sesuatu kapal atau mana-mana pekhidmat atau ejennya atau orang yang disebut dalam seksyen 13 sebagai “penanggung insurans”; atau (b) oleh mana-mana orang lain, maka orang yang membayar jumlah wang itu hendaklah, sehingga takat jumlah wang itu, berada dalam kedudukan yang sama berkenaan dengan apa-apa pembahagian yang dibuat dalam prosiding di bawah seksyen ini sebagaimana orang yang kepadanya jumlah wang itu dibayar berada. (5) Jika pemunya kapal itu telah secara sukarela membuat apa-apa pengorbanan munasabah atau menanggung apa-apa perbelanjaan munasabah untuk mencegah atau meminimumkan kerosakan pencemaran yang kepadanya liabiliti itu diperluaskan atau mungkin telah diperluaskan, dia hendaklah berada dalam kedudukan yang sama berkenaan dengan apa-apa pembahagian yang dibuat dalam Perkapalan Saudagar (Liabiliti dan Pampasan bagi Minyak dan Minyak Bunker) 19 prosiding di bawah seksyen ini seolah-olah dia mempunyai suatu tuntutan berkenaan dengan liabiliti itu yang sama dengan kos pengorbanan atau perbelanjaan itu. (6) Mahkamah boleh, atas permohonan pemunya sesuatu kapal atau mana-mana orang lain yang membuktikan bahawa dia mungkin terpaksa membayar apa-apa amaun pampasan, keseluruhannya atau sebahagiannya, pada suatu tarikh yang kemudian, yang mengenainya dia akan menikmati hak subrogasi di bawah subseksyen (4) sekiranya pampasan telah dibayar sebelum amaun yang dibayar ke dalam Mahkamah dibahagikan, memerintahkan supaya suatu jumlah wang yang mencukupi diketepikan untuk membolehkan orang itu membuat suatu tuntutan pada suatu tarikh yang kemudian. Had ke atas penguatkuasaan tuntutan selepas penubuhan kumpulan wang pembatasan 8. Jika Mahkamah mendapati bahawa seseorang yang telah menanggung liabiliti— (a) di bawah seksyen 3, berhak untuk membataskan liabiliti itu di bawah seksyen 6; atau (b) di bawah seksyen 3A, berhak untuk membataskan liabiliti itu di bawah seksyen 6A, dan dia telah membayar suatu jumlah wang atau mendepositkan suatu jaminan bank atau cagaran ke dalam Mahkamah bagi suatu jumlah wang yang tidak kurang daripada amaun tersebut— (aa) Mahkamah hendaklah memerintahkan pelepasan mana- mana kapal atau harta lain yang ditahan berkaitan dengan tuntutan berkenaan dengan liabiliti tersebut atau apa-apa jaminan atau cagaran lain yang diberikan untuk mengelakkan penahanan sedemikian; dan 20 Undang-Undang Malaysia AKTA 515 (bb) tiada penghakiman atau perintah berkenaan dengan apa-apa tuntutan sedemikian boleh dikuatkuasakan, kecuali setakat yang ia adalah bagi kos, jika pihak menuntut mempunyai akses kepada Mahkamah dan jika bayaran itu atau jaminan bank atau cagaran itu atau mana-mana bahagiannya yang bersamaan dengan tuntutan itu sebenarnya boleh didapati oleh pihak menuntut itu, atau akan didapati olehnya, jika langkah yang sewajarnya dalam prosiding di bawah seksyen 7 telah diambil. Kumpulan wang pembatasan di luar Malaysia 9. Jika peristiwa yang mengakibatkan mana-mana orang menanggung liabiliti di bawah seksyen 3 atau 3A telah juga mengakibatkan liabiliti yang bersamaan di bawah undang-undang negara Konvensyen Liabiliti atau negara Konvensyen Bunkers yang lain, masing-masing, maka seksyen 8 hendaklah terpakai seolah-olah sebutan mengenai seksyen 3 atau 3A, dan 7 termasuk sebutan mengenai peruntukan bersamaan undang-undang itu dan sebutan mengenai jumlah wang yang dibayar ke dalam Mahkamah termasuk sebutan mengenai apa- apa jumlah wang yang didapatkan di bawah peruntukan itu berkenaan dengan liabiliti itu. Penghapusan tuntutan 10. Tiada tindakan untuk menguatkuasakan suatu tuntutan berkenaan dengan liabiliti yang ditanggung di bawah seksyen 3 atau 3A boleh dipertimbangkan oleh mana-mana Mahkamah di Malaysia melainkan jika tindakan itu dimulakan dalam tempoh tiga tahun dari tarikh berlakunya kerosakan pencemaran itu atau dalam tempoh enam tahun dari tarikh insiden yang menyebabkan kerosakan pencemaran itu, dan jika insiden itu terdiri daripada suatu siri kejadian, tempoh enam tahun itu hendaklah bermula dari tarikh kejadian sedemikian yang pertama. Perkapalan Saudagar (Liabiliti dan Pampasan bagi Minyak dan Minyak Bunker) 21 Insurans wajib terhadap liabiliti bagi pencemaran minyak 11. (1) Tertakluk kepada peruntukan Akta ini yang berhubungan dengan kapal Kerajaan, seksyen ini hendaklah terpakai bagi mana- mana kapal yang membawa secara pukal kargo yang lebih daripada dua ribu tan minyak. (2) Mana-mana kapal sedemikian tidak boleh memasuki atau meninggalkan sesuatu pelabuhan di Malaysia atau tiba di atau meninggalkan sesuatu kawasan pepasangan pangkalan di mana-mana kawasan di Malaysia atau, jika kapal itu didaftarkan di Malaysia, ia tidak boleh memasuki atau meninggalkan sesuatu pelabuhan di mana- mana negara lain atau sesuatu pepasangan pangkalan di laut wilayah mana-mana negara lain, melainkan jika ada berkuat kuasa suatu perakuan yang mematuhi subseksyen (3) dan yang menunjukkan ada berkuat kuasa berkenaan dengan kapal itu suatu kontrak insurans atau apa-apa cagaran kewangan lain yang memenuhi kehendak Perkara 7 Konvensyen Liabiliti (perlindungan bagi liabiliti pemunya). (3) Perakuan itu hendaklah— (a) jika kapal itu didaftarkan di Malaysia, suatu perakuan yang dikeluarkan oleh Pengarah Laut; (b) jika kapal itu didaftarkan di negara Konvensyen Liabiliti selain Malaysia, suatu perakuan yang dikeluarkan oleh atau di bawah kuasa kerajaan negara itu; dan (c) jika kapal itu didaftarkan di negara yang bukan Negara Konvensyen Liabiliti, suatu perakuan yang dikeluarkan oleh Pengarah Laut atau suatu perakuan yang diiktiraf bagi maksud perenggan ini melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini. (4) Perakuan yang dikeluarkan di bawah perenggan (3)(a) dan (c) oleh Pengarah Laut hendaklah dalam bahasa kebangsaan dan hendaklah juga mengandungi terjemahan dalam bahasa Inggeris. 22 Undang-Undang Malaysia AKTA 515 (5) Mana-mana perakuan yang dikehendaki oleh seksyen ini supaya berkuat kuasa berkenaan dengan sesuatu kapal hendaklah dibawa di dalam kapal itu dan hendaklah, apabila diminta, dikemukakan oleh nakhoda kepada Pengarah Laut atau mana-mana pegawai diberi kuasa. (6) Jika sesuatu kapal memasuki atau meninggalkan, atau cuba memasuki atau meninggalkan, sesuatu pelabuhan atau tiba di atau meninggalkan atau cuba tiba di atau meninggalkan, sesuatu pepasangan pangkalan berlanggaran dengan subseksyen (2), nakhoda atau pemunya kapal itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya. (7) Jika sesuatu kapal tidak membawa atau nakhoda sesuatu kapal tidak mengemukakan perakuan yang dikehendaki oleh subseksyen (5) maka nakhoda kapal itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua- duanya. (8) Jika sesuatu kapal cuba meninggalkan sesuatu pelabuhan atau sesuatu pepasangan pangkalan di Malaysia berlanggaran dengan seksyen ini, kapal itu boleh ditahan. Insurans wajib terhadap liabiliti bagi pencemaran minyak bunker 11A. (1) Tertakluk kepada peruntukan Akta ini yang berhubungan dengan kapal Kerajaan, seksyen ini hendaklah terpakai bagi mana- mana kapal yang mempunyai tanan kasar yang melebihi 1,000 tan. (2) Mana-mana kapal sedemikian tidak boleh memasuki atau meninggalkan sesuatu pelabuhan di Malaysia atau tiba di atau meninggalkan sesuatu kawasan pepasangan pangkalan di mana-mana kawasan di Malaysia atau, jika kapal itu didaftarkan di Malaysia, ia tidak boleh memasuki atau meninggalkan sesuatu pelabuhan di mana- Perkapalan Saudagar (Liabiliti dan Pampasan bagi Minyak dan Minyak Bunker) 23 mana negara lain atau sesuatu pepasangan pangkalan di laut wilayah mana-mana Negara lain, melainkan jika ada berkuat kuasa suatu perakuan yang mematuhi subseksyen (3) dan yang menunjukkan ada berkuat kuasa berkenaan dengan kapal itu suatu kontrak insurans atau cagaran kewangan lain yang memenuhi kehendak Perkara 7 Konvensyen Bunkers (perlindungan bagi liabiliti pemunya). (3) Perakuan itu hendaklah— (a) jika kapal itu didaftarkan di Malaysia, suatu perakuan yang dikeluarkan oleh Pengarah Laut; (b) jika kapal itu didaftarkan di negara Konvensyen Bunkers selain Malaysia, suatu perakuan yang dikeluarkan oleh atau di bawah kuasa kerajaan negara itu; dan (c) jika kapal itu didaftarkan di negara yang bukan negara Konvensyen Bunkers, suatu perakuan yang dikeluarkan oleh Pengarah Laut atau suatu perakuan yang dikeluarkan oleh atau di bawah kuasa mana-mana negara Konvensyen Bunkers. (4) Perakuan yang dikeluarkan di bawah perenggan (3)(a) dan (c) oleh Pengarah Laut hendaklah dalam bahasa kebangsaan dan hendaklah juga mengandungi terjemahan dalam bahasa Inggeris. (5) Mana-mana perakuan yang dikehendaki oleh seksyen ini supaya berkuat kuasa berkenaan dengan sesuatu kapal hendaklah dibawa di dalam kapal itu dan hendaklah, apabila diminta, dikemukakan oleh nakhoda kepada Pengarah Laut atau mana-mana pegawai diberi kuasa. (6) Jika sesuatu kapal memasuki atau meninggalkan, atau cuba memasuki atau meninggalkan, sesuatu pelabuhan atau tiba di atau meninggalkan atau cuba tiba di atau meninggalkan, sesuatu pepasangan pangkalan berlanggaran dengan subseksyen (2), nakhoda atau pemunya kapal itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit 24 Undang-Undang Malaysia AKTA 515 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya. (7) Jika sesuatu kapal tidak membawa atau nakhoda sesuatu kapal tidak mengemukakan perakuan yang dikehendaki oleh subseksyen (5), maka nakhoda kapal itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua- duanya. (8) Jika sesuatu kapal cuba meninggalkan sesuatu pelabuhan atau sesuatu pepasangan pangkalan di Malaysia berlanggaran dengan seksyen ini, kapal itu boleh ditahan. Pengeluaran perakuan oleh Pengarah Laut 12. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), jika Pengarah Laut berpuas hati, apabila suatu permohonan dibuat untuk mendapatkan perakuan yang disebut dalam seksyen 11 berkenaan dengan suatu kapal yang didaftarkan di Malaysia atau mana-mana negara yang bukan negara Konvensyen Liabiliti, bahawa akan ada berkuat kuasa berkenaan dengan kapal itu, sepanjang tempoh yang baginya perakuan itu akan dikeluarkan, suatu kontrak insurans yang sah atau cagaran kewangan lain yang memenuhi kehendak Perkara 7 Konvensyen Liabiliti, Pengarah Laut hendaklah mengeluarkan perakuan itu kepada pemunya kapal. (1A) Tertakluk kepada subseksyen (2), jika Pengarah Laut berpuas hati, apabila suatu permohonan dibuat untuk mendapatkan perakuan yang disebut dalam seksyen 11A berkenaan dengan suatu kapal yang didaftarkan di Malaysia atau mana-mana negara yang bukan negara Konvensyen Bunkers, bahawa akan ada berkuat kuasa berkenaan dengan kapal itu, sepanjang tempoh yang baginya perakuan itu akan dikeluarkan, suatu kontrak insurans yang sah atau cagaran kewangan lain yang memenuhi kehendak Perkara 7 Konvensyen Bunkers, Pengarah Laut hendaklah mengeluarkan perakuan itu kepada pemunya berdaftar. Perkapalan Saudagar (Liabiliti dan Pampasan bagi Minyak dan Minyak Bunker) 25 (2) Jika Pengarah Laut berpendapat bahawa terdapat keraguan sama ada orang yang mengadakan insurans atau cagaran kewangan lain itu boleh memenuhi obligasinya, atau sama ada insurans atau cagaran kewangan lain itu akan melindungi liabiliti pemunya di bawah seksyen 3 atau 3A dalam segala hal keadaan, dia boleh enggan mengeluarkan perakuan itu. (3) Pengarah Laut hendaklah menyenggara suatu rekod mengenai mana-mana perakuan yang dikeluarkan olehnya berkenaan dengan kapal yang didaftarkan di Malaysia dan rekod ini hendaklah boleh didapati untuk pemeriksaan awam. Hak pihak ketiga terhadap penanggung insurans 13. (1) Jika pemunya sesuatu kapal dikatakan telah menanggung liabiliti di bawah seksyen 3 atau 3A semasa berkuat kuasanya suatu kontrak insurans atau cagaran kewangan lain yang dengannya perakuan yang disebutkan dalam seksyen 11 atau 11A, masing- masing, adalah berhubungan, prosiding untuk menguatkuasakan sesuatu tuntutan berkenaan dengan liabiliti itu boleh dimulakan terhadap orang yang mengadakan insurans atau cagaran kewangan lain itu (yang disebut “penangung insurans” dalam seksyen ini). (2) Dalam mana-mana prosiding yang dimulakan terhadap penanggung insurans menurut kuasa seksyen ini, penanggung insurans boleh menggunakan pembelaan (selain kebankrapan atau penggulungan pemunya) yang pemunya itu sendiri berhak menggunakan, dan bukti bahawa kerosakan pencemaran itu ialah akibat daripada salah laku sengaja pemunya itu sendiri hendaklah menjadi suatu pembelaan. (3) Penginsurans boleh membataskan liabilitinya berkenaan dengan tuntutan yang dibuat terhadapnya menurut kuasa seksyen ini mengikut cara yang sama dan sehingga takat yang sama sebagaimana pemunya kapal boleh membataskan liabilitinya di bawah subseksyen 6(2) atau 6A(2), mengikut mana-mana yang berkenaan, walaupun pemunya itu, mengikut subseksyen 6(3) atau 6A(3), mengikut mana- mana yang berkenaan, tidak berhak untuk membataskan liabilitinya. 26 Undang-Undang Malaysia AKTA 515 (4) Jika pemunya kapal dan penginsurans masing-masing memohon kepada Mahkamah bagi pembatasan liabilitinya apa-apa pembayaran, atau apa-apa pendepositan jaminan bank atau cagaran ke dalam Mahkamah menurut mana-mana satu permohonan itu hendaklah dikira sebagai telah juga dibayar atau didepositkan menurut yang satu lagi. Kapal kerajaan 14. (1) Akta ini tidaklah terpakai bagi kapal perang atau kapal lain yang dipunyai atau dikendalikan oleh sesuatu Negara dan yang pada masa ini hanya digunakan untuk perkhidmatan bukan komersial kerajaan sahaja. (2) Berhubung dengan suatu kapal yang dipunyai oleh sesuatu Negara dan yang pada masa ini digunakan bagi maksud komersial— (a) subseksyen 11(2) dipatuhi dengan mencukupi jika ada berkuat kuasa suatu perakuan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berkenaan Negara itu dan yang menunjukkan bahawa kapal itu dipunyai oleh Negara itu dan bahawa apa- apa liabiliti bagi kerosakan pencemaran sebagaimana yang ditafsirkan dalam Perkara 1 Konvensyen Liabiliti akan dipenuhi sehingga takat batasan yang ditetapkan oleh Perkara V Konvensyen itu; atau (b) subseksyen 11A(2) dipatuhi dengan mencukupi jika ada berkuat kuasa suatu perakuan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berkenaan Negara itu dan yang menunjukkan bahawa kapal itu dipunyai oleh Negara itu dan bahawa apa- apa liabiliti bagi kerosakan pencemaran sebagaimana yang ditafsirkan dalam Perkara 1 Konvensyen Bunkers akan dipenuhi sehingga takat batasan yang dinyatakan dalam Bab II Konvensyen mengenai Pembatasan Liabiliti untuk Tuntutan Maritim 1976 sebagaimana dipinda oleh Protokol 1996 untuk meminda Konvensyen mengenai Pembatasan Liabiliti untuk Tuntutan Maritim 1976, dan yang dinyatakan Perkapalan Saudagar (Liabiliti dan Pampasan bagi Minyak dan Minyak Bunker) 27 dalam Jadual Keenam belas Ordinan Perkapalan Saudagar 1952. (3) Tiap-tiap Negara yang menjadi pihak kepada Konvensyen Liabiliti atau Konvensyen Bunkers hendaklah, bagi maksud mana- mana prosiding yang dimulakan di dalam Mahkamah di Malaysia untuk menguatkuasakan suatu tuntutan berkenaan dengan liabiliti yang ditanggung di bawah seksyen 3 atau 3A, masing-masing, disifatkan telah patuh kepada bidang kuasa Mahkamah itu, tetapi tiada apa-apa jua dalam subseksyen ini boleh membenarkan pengeluaran pelaksanaan terhadap harta mana-mana Negara. BAHAGIAN III KUMPULAN WANG ANTARABANGSA BAGI PAMPASAN PENCEMARAN MINYAK Tafsiran 15. Dalam Bahagian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “kapal Konvensyen Kumpulan Wang” ertinya kapal yang didaftarkan di bawah undang-undang negara Konvensyen Kumpulan Wang; “Konvensyen Kumpulan Wang” ertinya Konvensyen Antarabangsa mengenai Penubuhan suatu Kumpulan Wang Antarabangsa bagi Pampasan bagi Kerosakan Pencemaran Minyak yang ditandatangani di London pada 27 November 1992; “Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Antarabangsa bagi Pampasan Pencemaran Minyak yang ditubuhkan oleh Konvensyen Kumpulan Wang; “negara Konvensyen Kumpulan Wang” ertinya sesuatu Negara yang berkenaan dengannya Konvensyen Kumpulan Wang berkuat kuasa; 28 Undang-Undang Malaysia AKTA 515 “penjamin” ertinya mana-mana orang yang mengadakan insurans atau cagaran kewangan lain untuk melindungi liabiliti pemunya daripada jenis yang diperihalkan dalam seksyen 11. Keperibadian undang-undang Kumpulan Wang 16. (1) Kumpulan Wang hendaklah diiktiraf sebagai orang di sisi undang-undang yang boleh memikul hak dan obligasi dan boleh menjadi suatu pihak dalam prosiding undang-undang di hadapan Mahkamah di Malaysia. (2) Apa-apa prosiding oleh atau terhadap Kumpulan Wang boleh dimulakan sama ada oleh atau terhadap Kumpulan Wang atas namanya sendiri atau oleh atau terhadap Pengarah Kumpulan Wang sebagai wakil Kumpulan Wang. Caruman oleh orang yang menerima minyak 17. (1) Caruman hendaklah kena dibayar setiap tahun kepada Kumpulan Wang berkenaan dengan minyak yang diterima melalui laut di pelabuhan atau pepasangan pangkalan di Malaysia. (2) Subseksyen (1) terpakai sama ada minyak itu diimport atau tidak, dan terpakai walaupun caruman kena dibayar berkenaan dengan pengangkutan minyak yang sama dalam pelayaran yang sebelumnya. (3) Caruman hendaklah juga kena dibayar kepada Kumpulan Wang berkenaan dengan minyak apabila pertama kali diterima di mana- mana pepasangan di Malaysia selepas dibawa melalui laut dan dipunggah turun di sesuatu pelabuhan atau pepasangan pangkalan di mana-mana negara yang bukan negara Konvensyen Kumpulan Wang. (4) Seseorang bertanggungan untuk membuat caruman berkenaan dengan minyak yang diterima olehnya dalam mana-mana tahun jika minyak yang diterima sedemikian dalam tahun itu melebihi satu ratus lima puluh ribu tan. Perkapalan Saudagar (Liabiliti dan Pampasan bagi Minyak dan Minyak Bunker) 29 (5) Caruman yang kena dibayar oleh seseorang bagi mana-mana tahun— (a) ialah apa-apa amaun yang ditentukan oleh Perhimpunan Kumpulan Wang di bawah Perkara 12 Konvensyen Kumpulan Wang dan diberitahu kepadanya oleh Kumpulan Wang; (b) hendaklah kena dibayar mengikut apa-apa ansuran, yang genap masa pada bila-bila masa yang diberitahu sedemikian kepadanya, dan jika apa-apa amaun yang kena dibayar olehnya masih belum dibayar selepas tarikh yang ia genap masa, ia hendaklah selepas itu dikenakan bunga, pada kadar yang ditentukan dari semasa ke semasa oleh Perhimpunan tersebut, sehingga ia dibayar. (6) Menteri boleh, melalui peraturan-peraturan, mengenakan ke atas orang yang bertanggungan atau mungkin bertanggungan membayar caruman di bawah seksyen ini, obligasi untuk memberi cagaran bagi pembayaran kepada Pengarah Laut atau kepada Kumpulan Wang, dan peraturan-peraturan di bawah subseksyen ini— (a) boleh mengandungi apa-apa peruntukan tambahan atau sampingan yang didapati suai manfaat oleh Menteri; dan (b) boleh mengenakan penalti bagi pelanggaran peraturan- peraturan yang boleh dihukum dengan denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit. (7) Dalam seksyen ini, dan seksyen 18 dan 19 melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “minyak” ertinya minyak mentah dan minyak bahan api, dan— (a) “minyak mentah” ertinya apa-apa campuran hidrokarbon cecair yang terjadi secara semula jadi di dalam bumi sama 30 Undang-Undang Malaysia AKTA 515 ada diproses atau tidak untuk menjadikannya sesuai bagi pengangkutan, dan termasuklah— (i) minyak mentah yang daripadanya bahagian sulingan telah dibuang; dan (ii) minyak mentah yang kepadanya bahagian sulingan telah ditambah; (b) “minyak bahan api” ertinya sulingan berat atau baki daripada minyak mentah atau campuran bahan sedemikian yang dimaksudkan untuk digunakan sebagai bahan api bagi pengeluaran haba atau kuasa yang mutunya setara dengan “Pertubuhan Amerika bagi Pengujian dan Spesifikasi Bahan bagi Minyak Bahan Api Nombor Empat (Penetapan D396- 69)”, atau lebih berat. Kuasa untuk mendapatkan maklumat 18. (1) Bagi maksud menghantar kepada Kumpulan Wang nama dan alamat orang yang di bawah seksyen 17 adalah bertanggungan untuk membuat caruman kepada Kumpulan Wang bagi mana-mana tahun, dan kuantiti minyak yang berkenaan dengannya orang itu adalah bertanggungan sedemikian, Pengarah Laut boleh melalui notis menghendaki mana-mana orang yang terlibat dalam mengeluarkan, memproses, mengedarkan atau mengangkut minyak memberikan apa- apa maklumat yang dinyatakan dalam notis itu. (2) Notis di bawah seksyen ini boleh menentukan cara bagaimana, dan masa yang dalamnya, notis itu hendaklah dipatuhi. (3) Dalam prosiding oleh Kumpulan Wang terhadap mana-mana orang untuk mendapat kembali apa-apa amaun yang kena dibayar di bawah seksyen 17, butir-butir yang terkandung dalam mana-mana senarai yang dihantar oleh Pengarah Laut kepada Kumpulan Wang hendaklah, setakat yang butir-butir tersebut adalah berasaskan maklumat yang didapati di bawah seksyen ini, boleh diterima sebagai keterangan mengenai fakta yang dinyatakan dalam senarai itu; dan Perkapalan Saudagar (Liabiliti dan Pampasan bagi Minyak dan Minyak Bunker) 31 setakat yang butir-butir yang boleh diterima sedemikian adalah berasaskan maklumat yang diberikan oleh orang yang terhadapnya prosiding itu dibawa, butir-butir tersebut hendaklah dianggap tepat sehingga yang sebaliknya dibuktikan. (4) Jika seseorang mendedahkan apa-apa maklumat yang telah diberikan kepadanya atau didapati olehnya di bawah seksyen ini, atau berkaitan dengan pelaksanaan seksyen ini, dia, melainkan jika pendedahan itu dibuat— (a) dengan persetujuan orang yang daripadanya maklumat itu telah didapati; (b) berkaitan dengan pelaksanaan seksyen ini; atau (c) bagi maksud apa-apa prosiding undang-undang yang berbangkit daripada seksyen ini atau apa-apa laporan mengenai prosiding itu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. (5) Seseorang yang— (a) enggan atau dengan sengaja mengabaikan untuk mematuhi notis di bawah seksyen ini; atau (b) dalam memberikan apa-apa maklumat pada mematuhi notis di bawah seksyen ini, membuat apa-apa pernyataan yang dia tahu adalah palsu mengenai sesuatu butir material, atau secara melulu membuat apa-apa pernyataan yang adalah palsu mengenai butir material, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. 32 Undang-Undang Malaysia AKTA 515 Liabiliti Kumpulan Wang 19. (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (4), Kumpulan Wang hendaklah bertanggungan bagi kerosakan pencemaran di mana-mana kawasan di Malaysia jika orang yang menanggung kerosakan itu tidak dapat memperoleh pampasan penuh di bawah seksyen 3— (a) oleh sebab liabiliti di bawah seksyen itu dilepaskan sepenuhnya oleh seksyen 4; (b) oleh sebab pemunya kapal yang bertanggungan bagi kerosakan pencemaran itu tidak dapat memenuhi obligasinya sepenuhnya atau apa-apa insurans atau cagaran kewangan lain yang diadakan di bawah seksyen 11 tidak mencukupi untuk menyelesaikan tuntutan itu; atau (c) oleh sebab kerosakan pencemaran itu melebihi liabiliti di bawah seksyen 3 sebagaimana yang terbatas oleh seksyen 6. (2) Bagi maksud seksyen ini pemunya sesuatu kapal hendaklah dianggap tidak berupaya untuk memenuhi obligasinya jika obligasi itu tidak dipenuhi selepas segala langkah munasabah telah diambil untuk meneruskan remedi undang-undang yang ada. (3) Perbelanjaan munasabah yang dilakukan atau pengorbanan munasabah yang dibuat oleh pemunya sesuatu kapal secara sukarela untuk mencegah atau meminimumkan kerosakan pencemaran hendaklah dianggap sebagai kerosakan pencemaran bagi maksud seksyen ini, dan dengan demikian itu dia hendaklah berada dalam kedudukan yang sama berkenaan dengan tuntutan terhadap Kumpulan Wang di bawah seksyen ini seolah-olah dia mempunyai tuntutan berkenaan dengan liabiliti di bawah seksyen 3. (4) Kumpulan Wang tidaklah menanggung sesuatu obligasi di bawah seksyen ini jika— (a) ia membuktikan bahawa kerosakan pencemaran itu— Perkapalan Saudagar (Liabiliti dan Pampasan bagi Minyak dan Minyak Bunker) 33 (i) diakibatkan oleh tindakan perang, permusuhan, perang saudara atau penderhakaan; atau (ii) disebabkan oleh minyak yang telah dilepaskan atau bocor daripada kapal perang atau kapal lain yang dipunyai atau dikendalikan oleh sesuatu Negara dan digunakan, pada masa insiden itu, hanya untuk perkhidmatan bukan komersial kerajaan sahaja; atau (b) pihak menuntut itu tidak dapat membuktikan bahawa kerosakan pencemaran itu adalah akibat daripada sesuatu insiden yang melibatkan satu kapal atau lebih. (5) Jika dibuktikan bahawa kerosakan pencemaran itu keseluruhannya atau sebahagiannya diakibatkan— (a) oleh suatu perbuatan atau peninggalan yang dibuat dengan niat hendak menyebabkan kerosakan oleh orang yang menanggung kerosakan itu; atau (b) daripada kecuaian orang itu, maka Kumpulan Wang bolehlah dilepaskan keseluruhannya atau sebahagiannya daripada obligasinya untuk membayar pampasan kepada orang itu: Dengan syarat bahawa subseksyen ini tidak terpakai bagi suatu tuntutan berkenaan dengan perbelanjaan atau pengorbanan yang dibuat secara sukarela untuk mencegah atau meminimumkan kerosakan pencemaran. (6) Liabiliti Kumpulan Wang di bawah seksyen ini hendaklah tertakluk kepada batasan sebagaimana yang dinyatakan dalam Bahagian II Jadual Pertama. (7) Walau apa pun apa-apa undang-undang bertulis yang lain keterangan mengenai apa-apa surat cara yang dikeluarkan oleh mana- mana organ Kumpulan Wang atau apa-apa dokumen dalam jagaan Kumpulan Wang, atau apa-apa catatan dalam atau cabutan daripada 34 Undang-Undang Malaysia AKTA 515 mana-mana dokumen sedemikian, boleh diberikan dalam mana-mana prosiding undang-undang dengan mengemukakan suatu salinan yang diperakui sebagai salinan benar oleh seorang pegawai Kumpulan Wang; dan apa-apa dokumen yang berupa sebagai salinan itu hendaklah diterima dalam keterangan tanpa bukti mengenai jawatan rasmi atau tulisan orang yang menandatangani perakuan itu. (8) Bagi maksud melaksanakan peruntukan perenggan 1, 2, 3, 6, 7 dan 8 Perkara 4 Konvensyen Kumpulan Wang dan Bahagian II Jadual Pertama, mengikut mana-mana yang berkenaan, Mahkamah yang memberikan penghakiman terhadap Kumpulan Wang dalam prosiding di bawah seksyen ini hendaklah memberitahu Kumpulan Wang, dan— (a) tiada langkah boleh diambil untuk menguatkuasakan penghakiman itu melainkan jika dan sehingga Mahkamah memberikan kebenaran untuk menguatkuasakannya; (b) kebenaran itu tidak boleh diberikan melainkan jika dan sehingga Kumpulan Wang memberitahu Mahkamah sama ada amaun tuntutan itu tidak akan dikurangkan di bawah peruntukan Perkara 4 yang tersebut atau Bahagian II Jadual Pertama atau bahawa ia akan dikurangkan kepada suatu amaun yang tertentu; dan (c) dalam hal yang kedua itu, penghakiman boleh dikuatkuasakan hanya bagi amaun yang dikurangkan sahaja. 20. (Dipotong oleh Akta A1248). Penghapusan tuntutan 21.
Part document.segment-2
515 - *AKTA PERKAPALAN SAUDAGAR (PENCEMARAN MINYAK) 1994 — segment 2
- document.segment-2 Verify source ↗
515 - *AKTA PERKAPALAN SAUDAGAR (PENCEMARAN MINYAK) 1994 — segment 2
AI-assisted research summary: This provision sets time limits for claims against the Fund, gives subrogation rights after payments, sets jurisdiction and judgment-enforcement rules, and grants enforcement powers and offence penalties.
(1) Tiada tindakan untuk menguatkuasakan sesuatu tuntutan terhadap Kumpulan Wang di bawah Bahagian ini boleh dipertimbangkan oleh sesuatu Mahkamah di Malaysia melainkan jika— (a) tindakan itu dimulakan; atau Perkapalan Saudagar (Liabiliti dan Pampasan bagi Minyak dan Minyak Bunker) 35 (b) notis pihak ketiga mengenai suatu tindakan untuk menguatkuasakan tuntutan terhadap pemunya kapal atau penjaminnya berkenaan dengan kerosakan pencemaran itu diberikan kepada Kumpulan Wang, dalam tempoh tiga tahun dari tarikh kerosakan pencemaran itu berlaku dan dalam subseksyen ini “notis pihak ketiga” ertinya notis daripada jenis yang diperihalkan dalam subseksyen 23(3) dan (4). (2) Tiada tindakan untuk menguatkuasakan sesuatu tuntutan terhadap Kumpulan Wang di bawah Bahagian ini boleh dipertimbangkan oleh sesuatu Mahkamah di Malaysia melainkan jika tindakan itu dimulakan dalam tempoh enam tahun dari tarikh insiden yang menyebabkan kerosakan pencemaran itu. (3) (Dipotong oleh Akta A1248). Subrogasi dan hak pertolongan 22. (1) Berkenaan dengan apa-apa jumlah wang yang dibayar di bawah perenggan 19(1)(b), Kumpulan Wang hendaklah memperoleh, secara subrogasi, hak penerima terhadap pemunya kapal atau penjaminnya. (2) (Dipotong oleh Akta A1248). (3) Berkenaan dengan apa-apa jumlah wang yang dibayar di bawah perenggan 19(1)(a) atau (c), Kumpulan Wang hendaklah memperoleh melalui subrogasi apa-apa hak pertolongan atau subrogasi yang ada pada pemunya kapal atau penjaminnya atau mana-mana orang lain berkenaan dengan liabilitinya bagi kerosakan yang berkenaan. (4) Berkenaan dengan apa-apa jumlah wang yang dibayar oleh sesuatu pihak berkuasa awam di Malaysia atau Negara lain sebagai pampasan bagi kerosakan pencemaran, pihak berkuasa awam atau Negara itu hendaklah memperoleh, secara subrogasi apa-apa hak yang penerima ada terhadap Kumpulan Wang di bawah Bahagian ini. 36 Undang-Undang Malaysia AKTA 515 BAHAGIAN IV BIDANG KUASA DAN KESAN PENGHAKIMAN Bidang kuasa dan kesan penghakiman 23. (1) Bidang kuasa Mahkamah Tinggi berhubungan dengan perkara admiralti di bawah perenggan 24(b) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 [Akta 91] hendaklah diperluaskan kepada apa-apa tuntutan berkenaan dengan liabiliti yang ditanggung di bawah Akta ini, termasuklah liabiliti yang ditanggung oleh Kumpulan Wang di bawah Bahagian III. (2) Jika apa-apa minyak atau minyak bunker dilepaskan atau bocor daripada kapal tetapi tidak mengakibatkan apa-apa kerosakan pencemaran di mana-mana kawasan di Malaysia dan tiada langkah pencegahan semunasabahnya diambil untuk mencegah atau meminimumkan kerosakan sedemikian di kawasan itu, tiada Mahkamah di Malaysia boleh mempertimbangkan suatu tindakan (sama ada in rem atau in personam) untuk menguatkuasakan tuntutan yang berbangkit daripada— (a) apa-apa kerosakan pencemaran yang disebabkan berlaku di mana-mana kawasan negara Konvensyen Liabiliti atau negara Konvensyen Bunkers yang lain akibat daripada pelepasan atau kebocoran itu; (b) apa-apa perbelanjaan yang ditanggung dalam mengambil langkah pencegahan untuk mencegah atau meminimumkan kerosakan sedemikian di mana-mana kawasan negara Konvensyen Liabiliti atau negara Konvensyen Bunkers yang lain; atau (c) apa-apa kerosakan yang disebabkan oleh langkah pencegahan yang diambil sedemikian. (3) Jika Kumpulan Wang telah diberikan notis mengenai prosiding yang dimulakan terhadap pemunya sesuatu kapal atau penjaminnya berkenaan dengan liabiliti di bawah seksyen 3, apa-apa penghakiman Perkapalan Saudagar (Liabiliti dan Pampasan bagi Minyak dan Minyak Bunker) 37 yang diberikan dalam prosiding itu hendaklah, selepas ia menjadi muktamad dan boleh dikuatkuasakan, mengikat Kumpulan Wang dalam erti kata bahawa fakta dan dapatan dalam penghakiman itu tidak boleh dipertikaikan oleh Kumpulan Wang walaupun Kumpulan Wang tidak campur tangan dalam prosiding itu. (4) Jika seseorang menanggung liabiliti di bawah undang-undang negara Konvensyen Kumpulan Wang yang bersamaan dengan Bahagian II kerana kerosakan yang sebahagiannya adalah di mana- mana kawasan di Malaysia subseksyen (3) hendaklah, bagi maksud prosiding di bawah Bahagian III, terpakai dengan apa-apa ubah suaian yang perlu bagi suatu penghakiman dalam prosiding di bawah undang-undang itu di negara tersebut. Penguatkuasaan penghakiman 24. (1) Tertakluk kepada subseksyen (3), Bahagian II Akta Penguatkuasaan Penghakiman Bersaling 1958 [Akta 99] hendaklah terpakai bagi apa-apa penghakiman yang diberikan oleh Mahkamah di — (a) negara Konvensyen Liabiliti untuk menguatkuasakan suatu tuntutan berkenaan dengan liabiliti yang ditanggung di bawah mana-mana peruntukan yang bersamaan dengan seksyen 3; (b) negara Konvensyen Kumpulan Wang untuk menguatkuasakan suatu tuntutan berkenaan dengan liabiliti yang ditanggung di bawah mana-mana peruntukan yang bersamaan dengan seksyen 19; atau (c) negara Konvensyen Bunkers untuk menguatkuasakan suatu tuntutan berkenaan dengan liabiliti yang ditanggung di bawah mana-mana peruntukan yang bersamaan dengan seksyen 3A, 38 Undang-Undang Malaysia AKTA 515 dan dalam pemakaian Akta itu bagi penghakiman sedemikian Bahagian II tersebut hendaklah berkuat kuasa dengan meninggalkan subseksyen 5(2) dan (3) Akta tersebut. (2) Berkenaan dengan perenggan (1)(b), tiada langkah boleh diambil untuk menguatkuasakan suatu penghakiman sedemikian melainkan jika dan sehingga Mahkamah di mana penghakiman itu didaftarkan di bawah Bahagian II Akta Penguatkuasaan Penghakiman Bersaling 1958 memberikan kebenaran untuk menguatkuasakannya dan— (a) bahawa kebenaran tidak boleh diberikan melainkan jika dan sehingga Kumpulan Wang memberitahu Mahkamah sama ada amaun tuntutan itu tidak akan dikurangkan di bawah perenggan 1 Bahagian II Jadual Pertama atau ia akan dikurangkan kepada suatu amaun tertentu; dan (b) dalam hal yang kedua itu, penghakiman itu boleh dikuatkuasakan hanya bagi amaun yang dikurangkan. (3) Bagi maksud Akta ini, subseksyen 3(2) Akta Penguatkuasaan Penghakiman Bersaling 1958 hendaklah terpakai dengan ubah suaian yang berikut: (a) sebutan mengenai Yang di-Pertuan Agong hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Menteri; (b) sebutan mengenai Jadual Pertama hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Jadual Kedua kepada Akta ini; dan (c) Mahkamah Tinggi negara atau wilayah itu hendaklah disifatkan sebagai mahkamah atasan negara atau wilayah itu. Perkapalan Saudagar (Liabiliti dan Pampasan bagi Minyak dan Minyak Bunker) 39 BAHAGIAN V PENGUATKUASAAN Pengarah Laut hendaklah menjalankan kuasa dan tugas di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya 25. (1) Tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang dikenakan atau apa-apa arahan yang diberikan oleh Menteri, menjadi tanggungjawab Pengarah Laut untuk menjalankan segala atau mana- mana kuasa dan tugas di bawah Akta ini atau apa-apa peraturan yang dibuat di bawahnya. (2) Pengarah Laut boleh secara bertulis memberi kuasa mana-mana pegawai yang disifatkannya layak untuk menjalankan mana-mana kuasa dan tugas yang diberikan kepadanya di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya. (3) Pegawai diberi kuasa yang disebut di bawah subseksyen (2) hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574]. Kuasa menangkap dan menahan 26. (1) Pengarah Laut atau mana-mana pegawai diberi kuasa, jika dia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan telah dilakukan di bawah Akta ini, boleh tanpa waran— (a) menangkap mana-mana orang yang dia ada sebab untuk percaya telah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini; dan (b) menahan mana-mana kapal yang dia ada sebab untuk percaya telah digunakan dalam melakukan kesalahan sedemikian: 40 Undang-Undang Malaysia AKTA 515 Dengan syarat bahawa apabila mana-mana orang telah ditangkap sebagaimana yang disebut terdahulu, dia hendaklah sesudah itu diuruskan sebagaimana yang diperuntukkan oleh Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593]. (2) Jika sesuatu kapal telah ditahan di bawah subseksyen (1) Pengarah Laut atau mana-mana pegawai diberi kuasa boleh melepaskan kapal itu kepada pemunya, nakhoda atau ejennya tertakluk kepada pemberian jaminan yang mencukupi yang memuaskan hati Pengarah Laut atau mana-mana pegawai diberi kuasa bahawa kapal itu akan diserahkan kepadanya atas permintaan. (3) (Dipotong oleh Akta A1394). Kuasa untuk menaiki dan menggeledah kapal 27. (1) Pengarah Laut atau mana-mana pegawai diberi kuasa, jika dia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan telah dilakukan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, boleh tanpa waran— (a) menaiki dan menggeledah mana-mana kapal; atau (b) memasuki dan menggeledah mana-mana premis, dan boleh menjalankan apa-apa pemeriksaan dan penelitian yang difikirkannya perlu dan boleh menyita apa-apa buku, kertas, dokumen atau benda lain yang dijumpai di tempat itu yang boleh memberikan keterangan mengenai pelakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya dan boleh membuat salinan, atau mengambil cabutan daripada, mana- mana buku, kertas atau dokumen sedemikian. (2) Mana-mana orang yang menyerang, menggalang, merintangi atau menghalang Pengarah Laut atau mana-mana pegawai diberi kuasa dalam pelaksanaan tugasnya di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi Perkapalan Saudagar (Liabiliti dan Pampasan bagi Minyak dan Minyak Bunker) 41 lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. BAHAGIAN VI PELBAGAI Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan 28. Jika suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya telah dilakukan oleh pertubuhan perbadanan, mana-mana orang yang pada masa kesalahan itu dilakukan ialah pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai serupa itu yang lain bagi pertubuhan perbadanan itu atau mana-mana orang yang berupa sebagai bertindak atas sifat sedemikian, serta juga pertubuhan perbadanan itu, hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan tersebut melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuan atau pembiarannya dan bahawa dia telah menjalankan segala daya usaha untuk mencegah pelakuan kesalahan itu sebagaimana yang patut dijalankan olehnya, setelah mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan setelah mengambil kira segala hal keadaan. Pendakwaan 28A. (1) Tiada pendakwaan bagi mana-mana kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya boleh dimulakan kecuali dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya. (2) Pengarah Laut atau mana-mana pegawai diberi kuasa, yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pendakwa Raya, boleh menjalankan pendakwaan bagi mana-mana kesalahan yang dilakukan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya. 42 Undang-Undang Malaysia AKTA 515 Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan 29. (1) Menteri dari semasa ke semasa boleh membuat apa-apa peraturan yang perlu atau suai manfaat bagi memberikan kuat kuasa penuh kepada peruntukan Akta ini. (2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan- peraturan boleh dibuat— (a) untuk menetapkan amaun fi yang kena dibayar atas permohonan bagi pengeluaran suatu perakuan; (b) untuk menetapkan bentuk perakuan yang akan dikeluarkan dan tempoh kesahan perakuan itu; (c) untuk membuat peruntukan bagi pembatalan dan penyerahan perakuan yang dikeluarkan dalam apa-apa hal keadaan yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan; (d) untuk membuat peruntukan bahawa perakuan berkenaan dengan kapal yang didaftarkan di mana-mana negara, atau mana-mana negara tertentu, yang bukan negara Konvensyen Liabiliti, hendaklah, dalam apa-apa hal keadaan yang ditentukan dalam peraturan-peraturan itu, diiktiraf bagi maksud perenggan 11(3)(c) jika dikeluarkan oleh atau di bawah kuasa kerajaan negara yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan bagi maksud itu; dan negara yang boleh ditetapkan sedemikian bolehlah sama ada salah satu daripada atau kedua-dua yang berikut, iaitu— (i) negara di mana kapal itu didaftarkan; atau (ii) mana-mana negara yang ditentukan dalam peraturan- peraturan bagi maksud perenggan ini; (e) untuk membuat peruntukan bagi penukaran hak pengeluaran khas yang disebut dalam Akta ini kepada amaun wang yang dinyatakan dalam Ringgit Malaysia; Perkapalan Saudagar (Liabiliti dan Pampasan bagi Minyak dan Minyak Bunker) 43 (f) untuk membuat peruntukan bagi apa-apa perkara lain yang dikehendaki oleh mana-mana peruntukan Akta ini supaya diperuntukkan melalui peraturan-peraturan. (3) Jika seseorang yang dikehendaki oleh peraturan-peraturan di bawah perenggan (2)(c) supaya menyerahkan suatu perakuan tidak berbuat demikian, dia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit. Kuasa untuk meminda Jadual 30. Menteri boleh melalui perintah yang disiarkan dalam Warta meminda, menambah atau mengubah Jadual kepada Akta ini. __________________________ JADUAL PERTAMA BAHAGIAN I [Subseksyen 6(2)] BATASAN LIABILITI PEMUNYA KAPAL Pemunya sesuatu kapal adalah berhak untuk membataskan liabilitinya berkenaan dengan mana-mana satu insiden kepada amaun agregat yang dikira seperti yang berikut: (a) bagi kapal yang tidak melebihi lima ribu unit tanan, 4,510,000 hak pengeluaran khas; (b) bagi kapal dengan tanan yang melebihi lima ribu unit tanan, 4,510,000 hak pengeluaran khas dan 631 hak pengeluaran khas tambahan bagi setiap unit tambahan tanan: Dengan syarat bahawa amaun agregat ini tidak boleh dalam apa-apa jua keadaan melebihi 89,770,000 hak pengeluaran khas. _____________ 44 Undang-Undang Malaysia AKTA 515 BAHAGIAN II [Subseksyen 19(6)] BATASAN MENYELURUH KE ATAS LIABILITI KUMPULAN WANG 1. (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam subperenggan (2) dan (3), amaun agregat pampasan yang kena dibayar oleh Kumpulan Wang hendaklah berkenaan dengan mana-mana satu insiden dibataskan, supaya jumlah wang bagi amaun itu dan amaun pampasan yang sebenarnya dibayar di bawah Bahagian II Akta ini bagi kerosakan pencemaran dalam ruang lingkup Akta ini tidaklah melebihi 203,000,000 hak pengeluaran khas. (2) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam subperenggan (3), amaun agregat pampasan yang kena dibayar oleh Kumpulan Wang bagi kerosakan pencemaran akibat daripada suatu fenomena semula jadi yang luar biasa, tidak dapat dielakkan dan tidak dapat dibendung jenisnya tidak boleh melebihi 203,000,000 hak pengeluaran khas. (3) Amaun maksimum pampasan yang disebut dalam subperenggan (1) dan (2) hendaklah 300,740,000 hak pengeluaran khas berkenaan dengan apa-apa insiden yang berlaku dalam mana-mana tempoh apabila terdapat tiga Negara Konvensyen Kumpulan Wang yang berkenaan dengannya gabungan kuantiti yang berkaitan bagi minyak yang diterima oleh orang dalam wilayah Negara itu sepanjang tahun kalendar yang terdahulu adalah tidak kurang daripada 600 juta tan. (4) Faedah yang terakru atas amaun yang dibayar ke dalam Mahkamah di bawah seksyen 7 Akta ini, jika ada, tidak boleh diambil kira dalam menghitung pampasan maksimum yang kena dibayar oleh Kumpulan Wang di bawah Akta ini. 2. Jika amaun tuntutan yang terbukti terhadap Kumpulan Wang melebihi amaun agregat pampasan yang kena dibayar di bawah perenggan 1, amaun yang ada hendaklah dibahagikan mengikut apa-apa cara supaya kadar antara mana-mana tuntutan yang terbukti dan amaun pampasan yang sebenarnya didapati kembali oleh pihak menuntut di bawah Akta ini adalah sama bagi semua pihak menuntut. 3. Sesuatu perakuan yang diberikan oleh Pengarah Kumpulan Wang yang menyatakan bahawa subperenggan 1(3) terpakai bagi mana-mana tuntutan di bawah seksyen 19 adalah keterangan muktamad bagi maksud Bahagian III Akta ini. _____________ Perkapalan Saudagar (Liabiliti dan Pampasan bagi Minyak dan Minyak Bunker) 45 JADUAL KEDUA [subseksyen 24(3)] NEGARA YANG MENJADI PIHAK KEPADA KONVENSYEN LIABILITI Afrika Selatan Latvia Albania Liberia Algeria Lithuania Angola Lubnan Antigua dan Barbuda Luxembourg Arab Saudi Madagascar Argentina Maghribi Australia Maldives Azerbaijan Malta Bahamas Mauritius Bahrain Mesir Barbados Mexico Belanda Monaco Belgium Mongolia Belize Mozambique Brunei Darussalam Namibia Bulgaria New Zealand Cameroon Nigeria Cape Verde Norway 46 Undang-Undang Malaysia AKTA 515 Chile Oman Colombia Pakistan Comoros Panama Congo Papua New Guinea Croatia Perancis Cyprus Persekutuan Rusia Denmark Peru Djibouti Poland Dominica Portugal Ecuador Qatar El Salvador Republik Rakyat China Emiriah Arab Bersatu Republik Arab Syria Estonia Republik Bersatu Tanzania Fiji Republik Dominica Filipina Republik Islam Iran Finland Republik Korea Gabon Republik Moldova Georgia Romania Ghana Saint Kitts dan Nevis Greece Saint Lucia Grenada Saint Vincent dan Grenadines Guinea Samoa Hungary Sepanyol Perkapalan Saudagar (Liabiliti dan Pampasan bagi Minyak dan Minyak Bunker) 47 Iceland Seychelles India Sierra Leone Indonesia Singapura Ireland Slovenia Israel Sri Lanka Itali Sweden Jamaica Switzerland Jepun Tonga Jerman Trinidad dan Tobago Kanada Tunisia Kawasan Pentadbiran Khas Turki Hong Kong, Republik Rakyat China Tuvalu Kemboja Ukraine Kenya United Kingdom Kepulauan Cook Uruguay Kepulauan Marshall Vanuatu Kepulauan Solomon Venezuela Kiribati Vietnam Kuwait Yaman 48 Undang-Undang Malaysia AKTA 515 NEGARA YANG MENJADI PIHAK KEPADA KONVENSYEN KUMPULAN WANG Afrika Selatan Kepulauan Marshall Albania Kiribati Algeria Latvia Angola Liberia Antigua dan Barbuda Lithuania Argentina Luxembourg Australia Madagascar Bahamas Maghribi Bahrain Maldives Barbados Malta Belanda Mauritius Belgium Mexico Belize Monaco Brunei Darussalam Mozambique Bulgaria Namibia Cameroon New Zealand Cape Verde Nigeria Colombia Norway Comoros Oman Congo Panama Croatia Papua New Guinea Perkapalan Saudagar (Liabiliti dan Pampasan bagi Minyak dan Minyak Bunker) 49 Cyprus Perancis Denmark Persekutuan Rusia Djibouti Poland Dominica Portugal Ecuador Qatar Emiriah Arab Bersatu Republik Arab Syria Estonia Republik Bersatu Tanzania Fiji Republik Dominica Filipina Republik Islam Iran Finland Republik Korea Gabon Saint Kitts dan Nevis Georgia Saint Lucia Ghana Saint Vincent dan Grenadines Greece Samoa Grenada Sepanyol Guinea Seychelles Hungary Sierra Leone Iceland Singapura India Slovenia Ireland Sri Lanka Israel Sweden Itali Switzerland Jamaica Tonga 50 Undang-Undang Malaysia AKTA 515 Jepun Trinidad dan Tobago Jerman Tunisia Kanada Turki Kawasan Pentadbiran Khas Tuvalu Hong Kong, Republik Rakyat China United Kingdom Kemboja Uruguay Kenya Vanuatu Kepulauan Cook Venezuela NEGARA YANG MENJADI PIHAK KEPADA KONVENSYEN BUNKERS Albania Lithuania Antigua dan Barbuda Luxembourg Australia Maghribi Bahamas Malta Barbados Mesir Belgium Norway Bulgaria Panama Croatia Persekutuan Rusia Cyprus Poland Denmark Republik Korea Estonia Republik Rakyat China Etiopia Republik Rakyat Demokratik Korea Perkapalan Saudagar (Liabiliti dan Pampasan bagi Minyak dan Minyak Bunker) 51 Finland Romania Greece Saint Kitts dan Nevis Hungary Saint Vincent dan Grenadines Ireland Samoa Jamaica Sepanyol Jerman Sierra Leone Jordan Singapura Kanada Slovenia Kepulauan Cook Syria Kepulauan Marshall Tonga Kiribati Tuvalu Latvia United Kingdom Liberia Vanuatu ____________________________________ 52 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 515 AKTA PERKAPALAN SAUDAGAR (LIABILITI DAN PAMPASAN BAGI PENCEMARAN MINYAK DAN MINYAK BUNKER) 1994 SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari Akta A1248 Akta Perkapalan Saudagar (Pencemaran 15-09-2005 Minyak) (Pindaan) 2005 Akta A1394 Akta Perkapalan Saudagar (Pencemaran 01-03-2014 Minyak) (Pindaan) 2011 _____________ 53 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 515 AKTA PERKAPALAN SAUDAGAR (LIABILITI DAN PAMPASAN BAGI PENCEMARAN MINYAK DAN MINYAK BUNKER) 1994 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari Tajuk panjang Akta A1394 01-03-2014 Tajuk ringkas Akta A1394 01-03-2014 2 Akta A1248 15-09-2005 Akta A1394 01-03-2014 Bahagian II (Tajuk) Akta A1394 01-03-2014 3 Akta A1248 15-09-2005 3A Akta A1394 01-03-2014 4 Akta A1394 01-03-2014 5 Akta A1248 15-09-2005 Akta A1394 01-03-2014 5A Akta A1394 01-03-2014 6 Akta A1248 15-09-2005 6A Akta A1394 01-03-2014 7 Akta A1394 01-03-2014 8 Akta A1394 01-03-2014 54 Undang-Undang Malaysia AKTA 515 Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 9 Akta A1394 01-03-2014 10 Akta A1394 01-03-2014 11 Akta A1248 15-09-2005 Akta A1394 01-03-2014 11A Akta A1394 01-03-2014 12 Akta A1394 01-03-2014 13 Akta A1248 15-09-2005 Akta A1394 01-03-2014 14 Akta A1394 01-03-2014 15 Akta A1248 15-09-2005 17 Akta A1248 15-09-2005 19 Akta A1248 15-09-2005 20 Akta A1248 15-09-2005 21 Akta A1248 15-09-2005 22 Akta A1248 15-09-2005 23 Akta A1394 01-03-2014 24 Akta A1248 15-09-2005 Akta A1394 01-03-2014 26 Akta A1394 01-03-2014 28A Akta A1394 01-03-2014 29 Akta A1394 01-03-2014 30 Akta A1248 15-09-2005 Perkapalan Saudagar (Liabiliti dan Pampasan bagi Minyak dan Minyak Bunker) 55 Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari Jadual Pertama Akta A1248 15-09-2005 Jadual Kedua Akta A1248 15-09-2005 Akta A1394 01-03-2014 _____________
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
515 - *AKTA PERKAPALAN SAUDAGAR (PENCEMARAN MINYAK) 1994
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in