A1710 - AKTA LEMBAGA LEBUH RAYA MALAYSIA (PEMERBADANAN) (PINDAAN) 2024
This Act amends the Malaysian Highway Authority Act by changing definitions, adding conflict-of-interest and confidentiality rules, increasing some penalties, and adding powers on borrowing, compounding offences, and setting standards.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of A1710 - AKTA LEMBAGA LEBUH RAYA MALAYSIA (PEMERBADANAN) (PINDAAN) 2024
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
A1710 - AKTA LEMBAGA LEBUH RAYA MALAYSIA (PEMERBADANAN) (PINDAAN) 2024
AI-assisted research summary: This Act amends the Malaysian Highway Authority Act by changing definitions, adding conflict-of-interest and confidentiality rules, increasing some penalties, and adding powers on borrowing, compounding offences, and setting standards.
Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Pemerbadanan) 1 (Pindaan) UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1710 AKTA LEMBAGA LEBUH RAYA MALAYSIA (PEMERBADANAN) (PINDAAN) 2024 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1710 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 27 Mei 2024 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 6 Jun 2024 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Pemerbadanan) 3 (Pindaan) UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1710 AKTA LEMBAGA LEBUH RAYA MALAYSIA (PEMERBADANAN) (PINDAAN) 2024 Suatu Akta untuk meminda Akta Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Pemerbadanan) 1980. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2024. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Pindaan tajuk panjang 2. Akta Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Pemerbadanan) 1980 [Akta 231], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam tajuk panjang dengan memotong perkataan “antara bandar”. 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1710 Pindaan seksyen 2 3. Seksyen 2 Akta ibu dipinda— (a) dengan memasukkan selepas takrif “kenderaan” takrif yang berikut: ‘ “Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Lembaga Lebuh Raya Malaysia yang dilantik di bawah seksyen 8;’; (b) dalam takrif “lebuh raya”— (i) dengan memasukkan selepas perkataan “garis tengah,” perkataan “lorong mendaki, lorong memotong, terowong, gorong kotak kereta, gantri, hentian sebelah, kemudahan sampingan, ameniti,”; dan (ii) dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan “signs” dengan perkataan “signages”; dan (c) dengan memasukkan selepas takrif “lebuh raya” takrif yang berikut: ‘ “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kerja raya;’. Pindaan seksyen 4 4. Perenggan 4(1)(f) Akta ibu dipinda dengan memotong perkataan “Lembaga”. Seksyen baharu 7a 5. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 7 seksyen yang berikut: “Penzahiran kepentingan 7a. (1) Seseorang anggota Lembaga atau jawatankuasa yang mempunyai atau memperoleh suatu kepentingan secara langsung atau tidak langsung dengan sendirinya, melalui anggota Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Pemerbadanan) 5 (Pindaan) keluarganya atau sekutunya berhubung dengan apa-apa perkara yang sedang dibincangkan oleh Lembaga atau jawatankuasa hendaklah menzahirkan kepada Lembaga atau jawatankuasa itu, hakikat kepentingannya dan jenis kepentingan itu. (2) Penzahiran di bawah subseksyen (1) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat Lembaga atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dalamnya perkara itu dibincangkan dan, selepas penzahiran itu, anggota itu— (a) tidak boleh hadir atau mengambil bahagian dalam mana-mana perbincangan atau keputusan Lembaga atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengenai perkara itu; dan (b) tidak boleh dikira bagi maksud membentuk kuorum Lembaga atau jawatankuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan, apabila perkara itu dibincangkan atau diputuskan. (3) Anggota Lembaga atau jawatankuasa yang tidak menzahirkan kepentingannya sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. (4) Tiada tindakan atau prosiding Lembaga atau jawatankuasa boleh ditidaksahkan atas alasan bahawa mana-mana anggota Lembaga atau jawatankuasa telah melanggar seksyen ini. (5) Bagi maksud seksyen ini— “anggota keluarganya”, berhubung dengan seseorang anggota Lembaga atau jawatankuasa, termasuklah— (a) suami atau isterinya; (b) ibu atau bapanya termasuk ibu atau bapa suami atau isterinya; (c) anaknya termasuk anak angkatnya atau anak tirinya; 6 Undang-Undang Malaysia AktA A1710 (d) adik-beradiknya termasuk adik-beradik suami atau isterinya; dan (e) suami atau isteri anaknya atau adik-beradiknya; dan “sekutu”, berhubung dengan anggota Lembaga atau jawatankuasa, ertinya— (a) orang yang merupakan penama atau pekerja anggota itu; (b) firma yang anggota itu atau mana-mana penamanya merupakan seorang pekongsi; (c) pekongsi anggota itu; (d) pemegang amanah sesuatu amanah yang di bawahnya anggota itu atau seorang anggota keluarganya ialah seorang benefisiari; atau (e) mana-mana perbadanan mengikut pengertian Akta Syarikat 2016 [Akta 777], yang anggota itu atau mana-mana penamanya atau seseorang anggota keluarganya ialah seorang pengarah atau mempunyai pemegangan syer yang substansial dalam perbadanan itu.”. Pindaan seksyen 9 6. Seksyen 9 Akta ibu dipinda— (a) dengan menomborkan semula seksyen sedia ada sebagai subseksyen (1); dan (b) dengan memasukkan selepas subseksyen (1) sebagaimana yang dinomborkan semula subseksyen yang berikut: “(2) Dalam menjalankan kewajipannya, Ketua Pengarah hendaklah bertindak di bawah kuasa am dan arahan Lembaga. Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Pemerbadanan) 7 (Pindaan) (3) Lembaga boleh melantik secara sementara mana-mana pegawai Lembaga untuk bertindak sebagai Ketua Pengarah bagi tempoh— (a) apabila jawatan Ketua Pengarah itu kosong; (b) apabila Ketua Pengarah tidak hadir bertugas atau tiada di Malaysia; atau (c) apabila Ketua Pengarah, atas apa-apa sebab lain, tidak dapat melaksanakan kewajipannya.”. Pindaan seksyen 11 7. Seksyen 11 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1)— (i) dengan memasukkan selepas perenggan (b) perenggan yang berikut: “(ba) untuk menasihati Kerajaan Persekutuan mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan lebuh raya; (bb) untuk membentuk, melaksanakan dan memantau piawaian bagi lebuh raya; (bc) untuk melaksanakan perancangan, reka bentuk, pembinaan, pengendalian, pengurusan dan penyenggaraan lebuh raya; (bd) untuk menambah baik sistem pengurusan maklumat yang berhubungan dengan lalu lintas di lebuh raya; (be) untuk menambah baik infrastruktur dan kemudahan bagi lebuh raya;”; 8 Undang-Undang Malaysia AktA A1710 (ii) dengan memasukkan selepas perenggan (c) perenggan yang berikut: “(ca) untuk mengenakan fi atau apa-apa caj lain bagi perkhidmatan yang diberikan oleh Lembaga sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri;”; (iii) dalam perenggan (d), dengan memasukkan selepas perkataan “penyelidikan” perkataan “dan kajian mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan lebuh raya”; dan (iv) dengan menggantikan perenggan (e) dengan perenggan yang berikut: “(e) untuk melakukan apa-apa perkara yang bersampingan dengan mana-mana fungsinya di bawah Akta ini.”; dan (b) dalam subseksyen (2)— (i) dalam perenggan (c), dengan memotong perkataan “dan” yang terdapat di hujung perenggan itu; dan (ii) dengan memasukkan selepas perenggan (c) perenggan yang berikut: “(ca) menetapkan sistem dan teknologi yang digunakan bagi pungutan tol; (cb) menetapkan piawaian bagi— (i) reka bentuk, pembinaan, pengurusan, pengendalian dan penyenggaraan lebuh raya; (ii) pengurusan kemalangan dan kecemasan di lebuh raya; (iii) sistem pengawasan dan kawalan lalu lintas; Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Pemerbadanan) 9 (Pindaan) (iv) sistem pungutan tol; dan (v) perkhidmatan berkaitan dengan lebuh raya yang lain; (cc) mengadakan peruntukan bagi fi atau apa-apa caj lain berhubung dengan perkhidmatan yang diberikan oleh Lembaga; dan”. Pindaan seksyen 12 8. Seksyen 12 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut: “(3) Jika terdapat apa-apa lebihan wang dalam Kumpulan Wang di bawah perenggan (2)(a) berhubung dengan pelaksanaan fungsi Lembaga di bawah Akta ini, lebihan wang itu hendaklah dibayar oleh Lembaga ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.”. Pindaan seksyen 16 9. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 16 dengan seksyen yang berikut: “Kuasa untuk meminjam 16. Lembaga boleh meminjam dalam apa-apa bentuk dan atas apa-apa terma sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri dan Menteri Kewangan, apa-apa wang yang diperlukan oleh Lembaga bagi memenuhi mana-mana obligasinya, menunaikan mana-mana fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah Akta ini.”. 10 Undang-Undang Malaysia AktA A1710 Seksyen baharu 17a 10. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 17 seksyen yang berikut: “Kuasa untuk menubuhkan syarikat 17a. Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri dan Menteri Kewangan, menubuhkan syarikat di bawah Akta Syarikat 2016 untuk menjalankan atau terlibat dalam apa-apa aktiviti yang telah dirancangkan atau dijalankan oleh Lembaga dalam pelaksanaan fungsinya atau penjalanan kuasanya di bawah Akta ini.”. Pindaan seksyen 25 11. Seksyen 25 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan “melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit” dengan perkataan “melakukan suatu kesalahan”; dan (b) dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan “melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya” dengan perkataan “melakukan suatu kesalahan”. Pindaan seksyen 26 12. Seksyen 26 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “lima ribu ringgit” dengan perkataan “dua puluh ribu ringgit”. Seksyen baharu 26a dan 26b 13. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 26 seksyen yang berikut: “Pendakwaan 26a. Tiada pendakwaan boleh dimulakan bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini kecuali oleh atau dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya. Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Pemerbadanan) 11 (Pindaan) Pengkompaunan kesalahan 26b. (1) Menteri boleh, dengan kelulusan Pendakwa Raya, membuat peraturan-peraturan yang menetapkan— (a) mana-mana kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun; dan (b) kaedah dan tatacara bagi mengkompaun kesalahan itu. (2) Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai Lembaga yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah boleh, dengan keizinan secara bertulis Pendakwa Raya, pada bila-bila masa sebelum pendakwaan dimulakan, mengkompaun mana-mana kesalahan yang boleh dikompaun dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki dengan munasabah telah melakukan kesalahan itu apabila dibayar kepada Ketua Pengarah, suatu jumlah wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum yang orang itu boleh dikenakan jika dia disabitkan atas kesalahan itu, dalam masa sebagaimana yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu. (3) Tawaran bertulis di bawah subseksyen (2) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu, atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh Ketua Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran bertulis itu dibuat. (4) Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (2), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat, dan Ketua Pengarah, boleh memulangkan apa-apa buku, akaun, rekod atau dokumen lain termasuk rekod elektronik yang disita berkaitan dengan kesalahan itu, tertakluk kepada apa-apa terma sebagaimana yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah. 12 Undang-Undang Malaysia AktA A1710 (5) Semua jumlah wang yang diterima oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang.”. Penggantian seksyen 27 14. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 27 dengan seksyen yang berikut: “Obligasi kerahsiaan 27. (1) Kecuali bagi mana-mana maksud Akta ini atau bagi maksud apa-apa prosiding sivil atau jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau jika selainnya dibenarkan oleh Lembaga— (a) tiada anggota Lembaga atau mana-mana jawatankuasanya atau mana-mana pegawai atau pekhidmat atau ejen Lembaga atau mana-mana orang yang menghadiri mana-mana mesyuarat Lembaga atau mana-mana jawatankuasanya, sama ada semasa atau selepas tempoh jawatan atau pekerjaannya, boleh menzahirkan apa-apa maklumat yang didapatinya semasa menjalankan tugasnya; dan (b) tiada seorang lain pun yang melalui apa-apa cara mempunyai akses kepada apa-apa maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan hal ehwal Lembaga boleh menzahirkan maklumat atau dokumen itu. (2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.”. Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Pemerbadanan) 13 (Pindaan) Seksyen baharu 33, 34 dan 35 15. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 32 seksyen yang berikut: “Perlindungan terhadap guaman dan prosiding undang-undang 33. Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dikekalkan di mana-mana mahkamah terhadap Lembaga atau mana-mana anggota Lembaga, anggota jawatankuasa, pegawai atau pekhidmat Lembaga, atau ejen Lembaga, berkenaan dengan apa-apa perbuatan, kecuaian atau keingkaran yang dibuat atau ditinggalkan olehnya dengan suci hati, atas sifat yang sedemikian. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 34. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198] hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Lembaga atau mana-mana anggota Lembaga, anggota jawatankuasa, pegawai atau pekhidmat Lembaga, atau ejen Lembaga, berkenaan dengan apa-apa perbuatan, kecuaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya dengan suci hati atau apa-apa peninggalan olehnya dengan suci hati, atas sifat yang sedemikian. Kuasa untuk meminda Jadual 35. Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual kepada Akta ini.”. Pindaan Jadual 16. Jadual kepada Akta ibu dipinda dalam teks bahasa kebangsaan, dalam subperenggan 1(1), dengan menggantikan perkataan “ahli” dengan perkataan “anggota”.
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
A1710 - AKTA LEMBAGA LEBUH RAYA MALAYSIA (PEMERBADANAN) (PINDAAN) 2024
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in