679 - AKTA AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA 2007
This Act establishes the Malaysian Qualifications Agency and the Malaysia Qualifications Framework, and requires the Agency to accredit programs, qualifications, and higher education providers that comply with the Framework.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This Act establishes the Malaysian Qualifications Agency and the Malaysia Qualifications Framework, and requires the Agency to accredit programs, qualifications, and higher education providers that comply with the Framework. Higher-education providers must display and return accreditation certificates as required, while Agensi can audit applications, add conditions, cancel certificates, keep the register updated, and enforce the Act. The provision requires authorized officers to identify themselves and show an authority card, lets the Minister issue that card, and sets several offences, penalties, confidentiality, prosecution, compounding, and transition rules.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 679 - AKTA AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA 2007
Showing 3 of 3
Part document.segment-1
679 - AKTA AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA 2007 — segment 1
- document.segment-1 Verify source ↗
679 - AKTA AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA 2007 — segment 1
AI-assisted research summary: This Act establishes the Malaysian Qualifications Agency and the Malaysia Qualifications Framework, and requires the Agency to accredit programs, qualifications, and higher education providers that comply with the Framework.
Agensi Kelayakan Malaysia 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA Akta 679 AKTA AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA 2007 Sebagaimana pada 1 November 2017 DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 2017 2 Undang-Undang Malaysia AktA 679 AKTA AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA 2007 Tarikh Perkenan Diraja … … … … 29 Ogos 2007 Tarikh penyiaran dalam Warta … … … 30 Ogos 2007 Agensi Kelayakan Malaysia 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 679 AKTA AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA 2007 SUSUNAN SEKSYEN Bahagian I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 2. Tafsiran 3. Undang-undang yang dipakai Bahagian II AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA 4. Penubuhan Agensi 5. Meterai perbadanan 6. Fungsi Agensi 7. Kuasa Agensi 8. Arahan oleh Menteri 9. Jawatankuasa akreditasi 10. Penyata, laporan, akaun dan maklumat Bahagian III MAJLIS AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA 11. Majlis Agensi Kelayakan Malaysia 12. Fungsi Majlis 4 Undang-Undang Malaysia AktA 679 Seksyen 13. Penjalanan sementara fungsi Pengerusi 14. Tempoh jawatan 15. Elaun 16. Pembatalan pelantikan dan peletakan jawatan 17. Pengosongan jawatan 18. Pengisian kekosongan 19. Setiausaha 20. Jawatankuasa Bahagian IV PERUNTUKAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN PEGAWAI DAN PEKERJA 21. Pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif 22. Pelantikan pekerja 23. Syarat perkhidmatan 24. Pinjaman, biasiswa dan wang pendahuluan 25. Pembayaran faedah persaraan, dsb. 26. Pemakaian Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 27. Agensi boleh menerima pakai peraturan-peraturan, dsb. Bahagian V PERUNTUKAN KEWANGAN 28. Kumpulan Wang Agensi Kelayakan Malaysia 29. Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang 30. Pemeliharaan Kumpulan Wang 31. Perbelanjaan dan penyediaan anggaran 32. Kuasa untuk meminjam 33. Pelaburan 34. Akaun dan laporan Agensi Kelayakan Malaysia 5 Bahagian VI KERANGKA KELAYAKAN MALAYSIA Seksyen 35. Kerangka 36. Objektif Kerangka 37. Pematuhan Kerangka Bahagian VII AKREDITASI SEMENTARA 38. Permohonan bagi akreditasi sementara 39. Kuasa untuk membenarkan atau menolak permohonan 40. Perakuan akreditasi sementara 41. Kuasa untuk mengenakan syarat 42. Pembatalan akreditasi sementara 43. Akreditasi sementara bagi program profesional atau kelayakan profesional 44. Akreditasi sementara bagi program latihan kemahiran atau kelayakan latihan kemahiran Bahagian VIII AKREDITASI Bab 1 Program dan kelayakan di bawah Kerangka Kelayakan Malaysia 45. Permohonan bagi akreditasi 46. Kuasa untuk membenarkan atau menolak akreditasi 47. Perakuan akreditasi 48. Kuasa untuk mengenakan syarat 49. Pembatalan akreditasi 6 Undang-Undang Malaysia AktA 679 Bab 2 Program profesional dan kelayakan profesional Seksyen 50. Permohonan bagi akreditasi 51. Jawatankuasa Teknikal Bersama 52. Kuasa untuk membenarkan atau menolak akreditasi 53. Perakuan akreditasi 54. Kuasa untuk mengenakan syarat 55. Pembatalan akreditasi Bab 3 Program dan kelayakan luar negeri 56. Permohonan bagi akreditasi 57. Kuasa untuk membenarkan atau menolak akreditasi 58. Perakuan akreditasi 59. Kuasa untuk mengenakan syarat 60. Pembatalan akreditasi Bab 4 Pemberi pendidikan tinggi swaakreditasi 61. Permohonan bagi status swaakreditasi atas undangan 62. Mendaftarkan program atau kelayakan 63. Perakuan swaakreditasi dan perakuan akreditasi 64. Pembatalan status swaakreditasi atau pembatalan pendaftaran Bab 5 Program dan kelayakan latihan kemahiran 65. Permohonan bagi akreditasi 66. Kuasa untuk membenarkan atau menolak akreditasi 67. Perakuan akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia 7 Seksyen 68. Kuasa untuk mengenakan syarat 69. Pembatalan akreditasi 70. Mendaftarkan program dan kelayakan latihan kemahiran yang diakredit 71. Pembatalan pendaftaran Bab 6 Program dan kelayakan kampus cawangan 72. Pendaftaran program atau kelayakan diakredit kampus cawangan 73. Pembatalan pendaftaran Bab 7 Pembelajaran terdahulu dan pemindahan kredit 74. Permohonan bagi akreditasi 75. Kuasa untuk membenarkan atau menolak akreditasi 76. Kuasa untuk mengenakan syarat 77. Pembatalan akreditasi Bahagian IX PENILAIAN KELAYAKAN LAIN 78. Permohonan bagi penilaian setara 79. Penilaian Bahagian X AUDIT INSTITUSI 80. Audit institusi Bahagian XI DAFTAR KELAYAKAN MALAYSIA 81. Daftar Kelayakan Malaysia 8 Undang-Undang Malaysia AktA 679 Bahagian XII RAYUAN Seksyen 82. Rayuan 83. Kuasa Menteri atau Jawatankuasa Rayuan mengenai rayuan 84. Keputusan Menteri atau Jawatankuasa Rayuan mengenai rayuan Bahagian XIII PENGUATKUASAAN DAN PENYIASATAN 85. Pegawai diberi kuasa 86. Kuasa pegawai diberi kuasa 87. Kuasa pemeriksaan 88. Pengemukaan dokumen, dsb. 89. Penyitaan dokumen, dsb. 90. Permohonan bagi waran geledah 91. Kuasa Majistret untuk mengeluarkan waran geledah 92. Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran 93. Pengemukaan kad kuasa 94. Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaan boleh didapatkan Bahagian XIV KESALAHAN DAN PENALTI 95. Tafsiran 96. Pendaftaran pelajar bagi program yang didakwa diakredit 97. Larangan pengiklanan, dsb. 98. Kesalahan dan penalti yang berhubungan dengan kelayakan pendidikan tinggi 99. Kesalahan dan penalti yang berhubungan dengan permohonan yang dibuat di bawah Akta 100. Kesalahan dan penalti yang berhubungan dengan perakuan 101. Kesalahan yang berhubungan dengan pemeriksaan, penguatkuasaan dan penyiasatan Agensi Kelayakan Malaysia 9 Bahagian XV PELBAGAI Seksyen 102. Pemulaan pendakwaan 103. Bidang kuasa Mahkamah Majistret Kelas Pertama 104. Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan, dsb. 105. Pengkompaunan kesalahan 106. Penalti am 107. Penalti dalam hal kesalahan yang berterusan 108. Anggapan 109. Pekhidmat awam 110. Perlindungan daripada tindakan guaman dan prosiding undang-undang 111. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 112. Obligasi kerahsiaan 113. Kuasa untuk mengecualikan 114. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan Bahagian XVI PEMANSUHAN, KECUALIAN DAN PERALIHAN 115. Pemansuhan dan pembubaran 116. Pemindahan kuasa, dsb. 117. Pemindahmilikan harta 118. Kontrak sedia ada 119. Pemindahan wang dalam kumpulan wang 120. Keanggotaan Lembaga 121. Penerusan pegawai dan pekhidmat 122. Kecualian bagi perakuan dan daftar 123. Penerusan permohonan, dsb., yang belum selesai 124. Penerusan prosiding sivil dan jenayah 125. Sebutan dalam undang-undang atau dokumen mengenai Lembaga 126. Penerusan penggunaan nama 127. Pencegahan anomali Jadual 10 Undang-Undang Malaysia AktA 679 Agensi Kelayakan Malaysia 11 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 679 AKTA AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA 2007 Suatu Akta untuk menubuhkan Agensi Kelayakan Malaysia sebagai badan kebangsaan untuk melaksanakan Kerangka Kelayakan Malaysia, untuk mengakredit program dan kelayakan pendidikan tinggi, untuk mengawasi dan mengawal selia kualiti dan standard pemberi pendidikan tinggi, untuk mengadakan dan menyenggarakan Daftar Kelayakan Malaysia dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan dengannya. [1 November 2007, P.U. (B) 384/2007] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Bahagian I PERMULAAN Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang akan ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan Menteri boleh menetapkan tarikh-tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan Akta ini. Tafsiran 2. (1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “Agensi” ertinya Agensi Kelayakan Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 4; 12 Undang-Undang Malaysia AktA 679 “akreditasi” ertinya suatu pengiktirafan yang diberikan oleh Agensi selepas memeriksa dan menilai— (a) sesuatu program atau kelayakan pendidikan tinggi; atau (b) sesuatu pemberi pendidikan tinggi di bawah Bab 4 atau 7 Bahagian VIII, yang mengikut Kerangka; “akreditasi sementara” ertinya akreditasi sementara yang diberikan di bawah seksyen 39; “audit institusi” ertinya penilaian sesuatu institusi, untuk menentukan sama ada institusi itu mencapai misi dan matlamatnya, untuk mengenal pasti kekukuhan dan bidang yang wajar diberi perhatian dan untuk meningkatkan kualiti, yang dijalankan mengikut peruntukan seksyen 80; “badan peperiksaan atau pensijilan” ertinya mana-mana badan, di dalam atau di luar Malaysia, yang dinyatakan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, yang mengesahkan bahawa seseorang pelajar telah mencapai hasil pembelajaran; “badan profesional” ertinya mana-mana badan yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis bagi maksud mengawal selia suatu profesion dan kelayakannya atau mana-mana badan lain yang diiktiraf oleh Kerajaan; “beban akademik” ertinya ukuran kuantitatif aktiviti pembelajaran yang termasuklah syarahan, tutorial, seminar, kerja amali, kerja luar, pembelajaran sendiri dan peperiksaan untuk mencapai suatu set hasil pembelajaran; “Daftar” ertinya Daftar Kelayakan Malaysia yang diadakan dan disenggarakan oleh Agensi di bawah seksyen 81; “diploma” ertinya diploma yang dianugerahkan kepada seseorang sesudah orang itu mencapai dengan jayanya suatu set hasil pembelajaran yang dirancangkan supaya membawa kepada penganugerahan diploma itu atau yang setaraf dengannya; Agensi Kelayakan Malaysia 13 “diploma lanjutan” ertinya diploma lanjutan yang dianugerahkan kepada seseorang sesudah orang itu mencapai dengan jayanya suatu set hasil pembelajaran yang dirancangkan supaya membawa kepada penganugerahan diploma lanjutan itu atau yang setaraf dengannya; “hari yang ditetapkan” ertinya hari Akta ini atau mana-mana peruntukan Akta ini mula berkuat kuasa; “hasil pembelajaran” ertinya standard yang hendak dicapai melalui pendidikan atau program latihan kemahiran atau kelayakan sebagaimana yang ditentukan oleh Kerangka; “ijazah” ertinya ijazah yang dianugerahkan kepada seseorang di peringkat Sarjana Muda, atau di peringkat Sarjana atau di peringkat Kedoktoran sesudah orang itu mencapai dengan jayanya suatu set hasil pembelajaran yang dirancangkan supaya membawa kepada penganugerahan ijazah itu atau yang setaraf dengannya; “kelayakan pendidikan tinggi” ertinya sijil, diploma, diploma lanjutan atau ijazah atau yang setaraf dengannya dan termasuklah mana-mana kelayakan lain yang ditentukan dalam Kerangka; “Kerangka” ertinya Kerangka Kelayakan Malaysia yang disebut di bawah seksyen 35; “kredit” ertinya ukuran representatif untuk mencerminkan beban akademik; “Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Agensi Kelayakan Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 28; “kursus pengajian” ertinya suatu kursus atau set kursus yang berkaitan dan termasuklah kursus jangka pendek atau jangka panjang yang membawa kepada penganugerahan suatu kelayakan pendidikan tinggi; “latihan kemahiran” ertinya aktiviti yang berasaskan kerja dan berorientasikan industri yang bermatlamat untuk memberikan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang dikehendaki bagi pelaksanaan sesuatu tugas atau kerja dengan berkesan dan cekap; 14 Undang-Undang Malaysia AktA 679 “Majlis” ertinya Majlis Agensi Kelayakan Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 11; “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pendidikan tinggi; “pegawai diberi kuasa” ertinya seseorang pegawai yang diberi kuasa oleh Menteri di bawah seksyen 85; “pemberi pendidikan tinggi” ertinya sesuatu pertubuhan perbadanan, organisasi atau kumpulan orang lain yang mengendalikan program pendidikan tinggi atau latihan termasuk program latihan kemahiran yang membawa kepada penganugerahan kelayakan pendidikan tinggi atau yang menganugerahkan kelayakan pendidikan tinggi dan termasuklah pemberi pendidikan tinggi awam atau swasta, badan peperiksaan atau pensijilan atau wakil cawangannya; “pemindahan kredit” ertinya pengiktirafan kredit yang diperoleh dalam program diakredit bagi maksud memindahkan kepada program diakredit yang lain; “Pengerusi” ertinya Pengerusi Majlis yang dilantik di bawah perenggan 11(2)(a); “penyedia latihan kemahiran” ertinya sesuatu pertubuhan perbadanan, organisasi atau kumpulan orang lain yang mengendalikan program latihan kemahiran yang membawa kepada suatu kelayakan pendidikan tinggi; “program” ertinya apa-apa penyusunan sesuatu kursus pengajian yang distrukturkan atau dirancang supaya mencapai hasil pembelajaran yang membawa kepada penganugerahan suatu kelayakan pendidikan tinggi; “program atau kelayakan diakredit” ertinya program atau kelayakan yang diakredit di bawah Bahagian VIII; “program atau kelayakan luar negeri” ertinya suatu program yang membawa kepada kelayakan yang dianugerahkan oleh pemberi pendidikan tinggi luar negeri atau apa-apa kelayakan yang dianugerahkan oleh pemberi pendidikan tinggi luar negeri; Agensi Kelayakan Malaysia 15 “program pendidikan tinggi” ertinya program yang membawa kepada suatu kelayakan pendidikan tinggi; “sijil” ertinya sijil yang dianugerahkan kepada seseorang sesudah orang itu mencapai dengan jayanya suatu set hasil pembelajaran yang dirancangkan supaya membawa kepada penganugerahan sijil itu atau yang setaraf dengannya; “swaakreditasi” ertinya suatu pengiktirafan rasmi yang diberikan kepada pemberi pendidikan tinggi dalam bentuk perakuan yang dikeluarkan oleh Agensi di bawah subseksyen 61(2); “wakil cawangan badan peperiksaan atau pensijilan” ertinya mana-mana badan yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang- undang bertulis bagi maksud mewakili sesuatu badan peperiksaan atau pensijilan. (2) Bagi mengelakkan keraguan, diisytiharkan bahawa apa-apa akreditasi yang diberikan di bawah Akta ini tidak boleh ditafsirkan sebagai suatu pengiktirafan program atau kelayakan pendidikan tinggi, atau pemberi pendidikan tinggi, bagi maksud kelayakan untuk menjalankan amalan sebagai seorang profesional dalam mana-mana badan profesional. Undang-undang yang dipakai 3. (1) Peruntukan Akta ini hendaklah menjadi tambahan kepada, dan tidak mengurangkan, peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan akreditasi program atau kelayakan. (2) Kecuali bagi program atau kelayakan profesional, sekiranya terdapat apa-apa percanggahan atau ketidakselarasan antara peruntukan Akta ini dengan peruntukan mana-mana undang- undang bertulis lain mengenai akreditasi program atau kelayakan, peruntukan Akta ini hendaklah terpakai dan peruntukan undang- undang bertulis lain yang bercanggah atau tidak selaras itu hendaklah, setakat yang percanggahan atau ketidakselarasan itu, disifatkan digantikan. 16 Undang-Undang Malaysia AktA 679 Bahagian II AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA Penubuhan Agensi 4. (1) Suatu pertubuhan perbadanan dengan nama “Agensi Kelayakan Malaysia” ditubuhkan yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan. (2) Agensi boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas nama perbadanannya. Meterai perbadanan 5. (1) Meterai perbadanan Agensi hendaklah mempunyai suatu tanda sebagaimana yang diluluskan oleh Agensi dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Agensi. (2) Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan Ketua Pegawai Eksekutif atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Ketua Pegawai Eksekutif, dan hendaklah disahkan sama ada oleh Ketua Pegawai Eksekutif atau oleh mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Ketua Pegawai Eksekutif secara bertulis. (3) Segala surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai perbadanan itu dan disahkan mengikut subseksyen (2) hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan telah disempurnakan dengan sah. (4) Apa-apa surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan pertubuhan perbadanan, tidak dikehendaki supaya dimeteraikan boleh disempurnakan mengikut cara yang serupa oleh seorang pekerja Agensi yang diberi kuasa bagi maksud itu. (5) Meterai perbadanan bagi Agensi hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman. Agensi Kelayakan Malaysia 17 Fungsi Agensi 6. (1) Agensi hendaklah melaksanakan dasar dan garis panduan sebagaimana yang dinyatakan oleh Majlis. (2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Agensi hendaklah mempunyai fungsi yang berikut: (a) untuk melaksanakan dan mengemaskinikan Kerangka; (b) untuk mengakreditkan program, kelayakan dan pemberi pendidikan tinggi; (c) untuk menjalankan audit institusi dan mengkaji semula program, kelayakan dan pemberi pendidikan tinggi; (d) untuk mengadakan dan menyenggarakan suatu daftar untuk mendaftarkan program, kelayakan dan pemberi pendidikan tinggi; (e) untuk menjalankan kursus, program latihan dan menyediakan khidmat perundingan dan nasihat yang berhubungan dengan jaminan kualiti; (f) untuk mewujudkan dan mengekalkan hubungan dan kerjasama dengan badan jaminan kualiti dan akreditasi dalam pendidikan tinggi di dalam dan di luar Malaysia; (g) untuk bertindak sebagai pusat rujukan kelayakan tentang program, kelayakan dan pemberi pendidikan tinggi yang diakredit; (h) untuk menasihati Menteri tentang apa-apa perkara yang berhubungan dengan jaminan kualiti dalam pendidikan tinggi; dan (i) untuk melakukan semua perkara yang semunasabahnya perlu bagi pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini. Kuasa Agensi 7. (1) Agensi hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan semua perkara yang suai manfaat atau munasabah bagi dan bersampingan dengan penjalanan fungsinya. 18 Undang-Undang Malaysia AktA 679 (2) Kuasa Agensi hendaklah termasuk kuasa— (a) untuk membuat kontrak; (b) untuk memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati tiap-tiap jenis harta alih dan harta tak alih; (c) untuk memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadai janji, mendemis, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik atau selainnya melupuskan, atau membuat urusan mengenai apa-apa harta alih atau tak alih dan apa-apa kepentingan dalam apa-apa harta alih atau tak alih, yang terletak hak pada Agensi; (d) untuk mengusahakan, menyelaraskan atau mentauliahkan mana-mana orang untuk mengusahakan atau menyelaraskan aktiviti yang berhubungan dengan penyelidikan dan pembangunan dalam perkara yang berhubungan dengan jaminan kualiti; (e) untuk mengenakan fi atau apa-apa caj lain sebagaimana yang disifatkannya patut bagi perkhidmatannya yang berhubungan dengan peperiksaan, penaksiran, audit, penyeliaan, akreditasi sementara, akreditasi, penilaian, atau apa-apa perkhidmatan lain yang diberikan oleh Agensi; (f) untuk memungut atau menerima wang bagi perkhidmatan yang diberikan oleh Agensi; (g) untuk membuat rundingan, perjanjian atau perkiraan sebagaimana yang disifatkannya patut bagi menunaikan fungsinya; (h) untuk melantik pegawai, ejen, pekhidmat dan perunding bagi perkhidmatan tetap, sementara atau khas sebagaimana yang difikirkannya patut dan munasabah dari semasa ke semasa dan menentukan kewajipan, kuasa dan terma perkhidmatan mereka; dan (i) untuk melakukan semua perkara yang semunasabahnya perlu bagi pelaksanaan kewajipannya di bawah Akta ini. Agensi Kelayakan Malaysia 19 (3) Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah melaksanakan fungsi dan menjalankan kuasa Agensi, dan fungsi dan kuasa yang dilaksanakan dan dijalankan itu hendaklah atas nama Agensi. Arahan oleh Menteri 8. (1) Agensi hendaklah bertanggungjawab kepada Menteri. (2) Menteri boleh memberi Agensi arahan yang bersifat am yang selaras dengan peruntukan Akta ini yang berhubungan dengan pelaksanaan fungsi dan kuasa Agensi dan Agensi hendaklah melaksanakan arahan itu. Jawatankuasa akreditasi 9. (1) Agensi hendaklah dari semasa ke semasa menubuhkan jawatankuasa akreditasi bagi maksud— (a) menerima laporan dan syor audit institusi mengenai permohonan yang dibuat untuk akreditasi sementara di bawah Bahagian VII atau akreditasi program atau kelayakan di bawah Bahagian VIII daripada jawatankuasa audit institusi yang ditubuhkan di bawah seksyen 80; (b) menilai dan menganalisis laporan akreditasi sementara atau laporan akreditasi program atau kelayakan; dan (c) memberikan, menolak atau membatalkan akreditasi sementara atau akreditasi program atau kelayakan. (2) Agensi boleh memilih mana-mana orang yang disifatkan layak dan sesuai oleh Agensi untuk menjadi pengerusi sesuatu jawatankuasa. (3) Agensi boleh melantik mana-mana orang untuk menjadi anggota sesuatu jawatankuasa. (4) Seseorang anggota jawatankuasa hendaklah memegang jawatan mengikut apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam surat pelantikannya. 20 Undang-Undang Malaysia AktA 679 (5) Agensi boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota suatu jawatankuasa tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu. (6) Seseorang anggota jawatankuasa boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatan dengan memberikan notis secara bertulis kepada pengerusi jawatankuasa itu. (7) Agensi boleh, pada bila-bila masa, tidak meneruskan penubuhan atau mengubah keanggotaan sesuatu jawatankuasa. (8) Sesuatu jawatankuasa boleh mengawal selia tatacaranya sendiri. (9) Sesuatu jawatankuasa hendaklah tertakluk kepada, dan bertindak mengikut, apa-apa arahan yang diberikan kepadanya oleh Agensi. (10) Mesyuarat sesuatu jawatankuasa hendaklah diadakan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu. (11) Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuaratnya bagi maksud menasihati jawatankuasa itu mengenai apa-apa perkara yang sedang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu. (12) Anggota sesuatu jawatankuasa dan mana-mana orang yang diundang di bawah subseksyen (11) hendaklah dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain daripada Kumpulan Wang sebagaimana yang ditentukan oleh Agensi selepas berunding dengan Menteri. (13) Seksyen ini tidak terpakai bagi apa-apa program atau kelayakan profesional yang disebut dalam Bab 2 Bahagian VIII. Penyata, laporan, akaun dan maklumat 10. (1) Agensi hendaklah memberi kepada Menteri, dan mana- mana agensi awam sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri, apa-apa penyata, laporan, akaun dan maklumat mengenai harta dan aktivitinya sebagaimana yang dikehendaki atau diarahkan oleh Menteri. Agensi Kelayakan Malaysia 21 (2) Penyata, laporan, akaun dan maklumat itu hendaklah dalam apa-apa bentuk dan hendaklah mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan prosiding dan dasar Agensi dan apa- apa perkara lain sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri dari semasa ke semasa. Bahagian III MAJLIS AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA Majlis Agensi Kelayakan Malaysia 11. (1) Suatu majlis yang dikenali sebagai Majlis Agensi Kelayakan Malaysia ditubuhkan bagi maksud Akta ini. (2) Majlis hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang, dengan pengecualian anggota di bawah perenggan (b) hingga (g), hendaklah dilantik oleh Menteri: (a) Pengerusi; (b) Ketua Pegawai Eksekutif; (c) Ketua Setiausaha *Kementerian Pendidikan Tinggi atau wakilnya; (d) Ketua Setiausaha **Kementerian Pendidikan atau wakilnya; (e) Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia atau wakilnya; (f) Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam atau wakilnya; (g) Ketua Pengarah ***Jabatan Pendidikan Tinggi atau wakilnya; (h) seorang wakil pemberi pendidikan tinggi awam; (i) seorang wakil pemberi pendidikan tinggi swasta; dan (j) lapan orang anggota lain yang, pada pendapat Menteri, mempunyai pengetahuan khas, pengalaman dan profesionalisme dalam perkara yang berhubungan dengan pendidikan tinggi atau pekerjaan, sekurang-kurangnya dua orang daripadanya hendaklah daripada badan profesional. *CATATAN—Dahulunya dikenali sebagai “Kementerian Pengajian Tinggi”—lihat P.U. (A) 155/2016. **CATATAN—Dahulunya dikenali sebagai “Kementerian Pelajaran”—lihat P.U. (A) 155/2016. ***CATATAN—Dahulunya dikenali sebagai “Jabatan Pengurusan Pendidikan Tinggi”—lihat P.U. (A) 155/2016. 22 Undang-Undang Malaysia AktA 679 (3) Peruntukan Jadual hendaklah terpakai bagi Majlis. (4) Menteri boleh meminda peruntukan dalam Jadual melalui perintah yang disiarkan dalam Warta. Fungsi Majlis 12. (1) Fungsi Majlis adalah— (a) untuk meluluskan rancangan dan dasar bagi pengurusan Agensi; (b) untuk meluluskan apa-apa pindaan atau pengemaskinian Kerangka; (c) untuk meluluskan dasar dan garis panduan yang berhubungan dengan akreditasi program, kelayakan atau pemberi pendidikan tinggi atau audit institusi; (d) untuk meluluskan apa-apa perkara yang berhubungan dengan fungsi, kuasa, kewajipan, saraan, elaun, honorarium, faedah dan tatakelakuan pegawai, pekerja, ejen dan pakar perunding Agensi; (e) untuk menerima dan mengawasi laporan, penyata, pernyataan dan apa-apa maklumat lain yang berhubungan dengan akreditasi, audit institusi dan penilaian; dan (f) untuk melakukan semua perkara yang semunasabahnya perlu bagi pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini. (2) Majlis boleh memberi Ketua Pegawai Eksekutif arahan khusus yang selaras dengan peruntukan Akta ini berkenaan dengan kuasa dan fungsi Agensi dan arahan itu tidak boleh tidak selaras dengan arahan am Menteri di bawah seksyen 8, dan Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah melaksanakan arahan itu. Penjalanan sementara fungsi Pengerusi 13. Menteri boleh melantik secara sementara mana-mana anggota Majlis, selain Ketua Pegawai Eksekutif, untuk bertindak sebagai Pengerusi selama tempoh apabila— (a) jawatan Pengerusi kosong; Agensi Kelayakan Malaysia 23 (b) Pengerusi tidak hadir bertugas atau tidak ada di Malaysia; atau (c) Pengerusi, kerana apa-apa sebab lain, tidak berupaya melaksanakan kewajipan jawatannya. Tempoh jawatan 14. (1) Tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya, Pengerusi yang dilantik di bawah perenggan 11(2)(a) dan tiap-tiap anggota Majlis yang dilantik di bawah perenggan 11(2)(h), (i) dan (j) hendaklah memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun. (2) Pengerusi yang dilantik di bawah perenggan 11(2)(a) dan tiap-tiap anggota Majlis yang dilantik di bawah perenggan 11(2) (h), (i) dan (j) adalah layak untuk dilantik semula tetapi tiada anggota boleh memegang jawatan selama lebih daripada dua tempoh berturut-turut. Elaun 15. Pengerusi dan semua anggota lain Majlis, selain Ketua Pegawai Eksekutif, hendaklah dibayar apa-apa elaun pada apa-apa kadar sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri selepas berunding dengan Menteri Kewangan. Pembatalan pelantikan dan peletakan jawatan 16. (1) Menteri boleh pada bila-bila masa membatalkan pelantikan mana-mana anggota Majlis, selain anggota yang dilantik di bawah perenggan 11(2)(b) hingga (g), tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu. (2) Seseorang anggota Majlis boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan memberikan notis secara bertulis kepada Menteri. 24 Undang-Undang Malaysia AktA 679 Pengosongan jawatan 17. (1) Jawatan Pengerusi atau seseorang anggota Majlis, selain anggota yang dilantik di bawah perenggan 11(2)(b) hingga (g), hendaklah menjadi kosong— (a) jika dia mati; (b) jika telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan— (i) suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak; (ii) suatu kesalahan di bawah mana-mana undang- undang yang berhubungan dengan rasuah; atau (iii) apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan, sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda, selama lebih daripada dua tahun; (c) jika kelakuannya, sama ada yang berkaitan dengan tugasnya sebagai anggota Majlis atau selainnya, ialah kelakuan yang memburukkan nama Majlis; (d) jika dia menjadi bankrap; (e) jika dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya; (f) dalam hal Pengerusi, jika dia tidak menghadiri sesuatu mesyuarat Majlis tanpa kebenaran Menteri; (g) dalam hal seorang anggota Majlis, jika dia tidak menghadiri mesyuarat Majlis tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran secara bertulis Pengerusi; (h) jika pelantikannya dibatalkan oleh Menteri; atau (i) jika peletakan jawatannya diterima oleh Menteri. Agensi Kelayakan Malaysia 25 Pengisian kekosongan 18. Jika seseorang terhenti menjadi anggota Majlis, Menteri boleh melantik seorang yang lain untuk mengisi kekosongan itu. Setiausaha 19. Agensi, dengan persetujuan Majlis, hendaklah melantik seorang setiausaha kepada Majlis. Jawatankuasa 20. (1) Majlis boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk membantunya dalam melaksanakan fungsinya. (2) Peruntukan subseksyen 9(2) hingga (12) hendaklah terpakai mengikut cara yang sama kepada jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1). Bahagian IV PERUNTUKAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN PEGAWAI DAN PEKERJA Pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif 21. (1) Menteri hendaklah melantik seorang Ketua Pegawai Eksekutif Agensi atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri. (2) Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah bertanggungjawab bagi keseluruhan pentadbiran dan pengurusan fungsi dan hal ehwal harian Agensi. (3) Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah mempunyai kawalan am ke atas pegawai dan pekerja Agensi. (4) Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan tambahan sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri dari semasa ke semasa. 26 Undang-Undang Malaysia AktA 679 (5) Dalam menunaikan kewajipannya, Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah bertindak di bawah kuasa dan arahan am Majlis. (6) Menteri boleh melantik apa-apa bilangan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, untuk membantu Ketua Pegawai Eksekutif dalam pelaksanaan fungsinya dan penjalanan kuasanya di bawah Akta ini. (7) Jika atas apa-apa sebab Ketua Pegawai Eksekutif tidak berupaya melaksanakan fungsi atau kewajipan jawatannya, salah seorang daripada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah melaksanakan fungsi atau kewajipan Ketua Pegawai Eksekutif. Pelantikan pekerja 22. Agensi, dengan persetujuan Majlis, boleh dari semasa ke semasa melantik dan mengambil kerja apa-apa bilangan pekerja sebagaimana yang disifatkan perlu oleh Agensi dan atas apa- apa terma sebagaimana yang difikirkan sesuai bagi menjalankan maksud Akta ini. Syarat perkhidmatan 23. Agensi boleh, dengan kelulusan Majlis, menentukan syarat- syarat perkhidmatan pekerjanya. Pinjaman, biasiswa dan wang pendahuluan 24. Agensi boleh memberikan pinjaman, biasiswa dan wang pendahuluan kepada pekerjanya bagi apa-apa maksud dan atas apa-apa terma sebagaimana yang ditentukan oleh Agensi. Pembayaran faedah persaraan, dsb. 25. Agensi boleh membuat perkiraan bagi pembayaran kepada pekerjanya dan orang tanggungan mereka apa-apa faedah persaraan, ganjaran dan elaun lain sebagaimana yang ditentukan oleh Agensi. Agensi Kelayakan Malaysia 27 Pemakaian Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 26. Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605] hendaklah terpakai bagi Agensi. Agensi boleh menerima pakai peraturan-peraturan, dsb. 27. Agensi boleh, dengan kelulusan Menteri, menerima pakai dengan apa-apa ubah suaian sebagaimana yang difikirkannya patut apa-apa peraturan-peraturan, kaedah-kaedah, dasar, surat pekeliling dan arahan yang diperbuat atau dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan. Bahagian V PERUNTUKAN KEWANGAN Kumpulan Wang Agensi Kelayakan Malaysia 28. (1) Suatu kumpulan wang yang dikenali sebagai “Kumpulan Wang Agensi Kelayakan Malaysia” ditubuhkan dan hendaklah ditadbirkan dan dikawal oleh Agensi. (2) Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada— (a) apa-apa wang yang diperuntukkan oleh Parlimen dari semasa ke semasa bagi maksud Akta ini; (b) semua wang yang diperoleh daripada peperiksaan, penaksiran, audit, pengawasan, akreditasi sementara, akreditasi, penilaian atau apa-apa perkhidmatan lain yang diberikan oleh Agensi; (c) semua wang yang diperoleh sebagai pendapatan daripada pelaburan oleh Agensi; (d) semua wang yang diperoleh daripada penjualan, pelupusan, pemajakan atau penyewaan, atau apa-apa urus niaga lain, apa-apa harta, gadai janji, gadaian atau debentur yang terletak hak pada atau yang diperoleh oleh Agensi; 28 Undang-Undang Malaysia AktA 679 (e) semua wang yang diperoleh daripada perkhidmatan perundingan dan nasihat dan apa-apa perkhidmatan lain yang diberikan oleh Agensi; (f) wang yang dipinjam oleh Agensi di bawah seksyen 32; (g) semua wang lain yang diterima secara sah oleh Agensi; dan (h) semua wang dan harta lain yang dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Agensi berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi dan kuasanya. Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang 29. Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud yang berikut: (a) membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan secara sah oleh Agensi; (b) membayar saraan, elaun dan perbelanjaan lain anggota Majlis, anggota jawatankuasa, pegawai dan pekerja Agensi, termasuk pemberian pinjaman dan wang pendahuluan, elaun persaraan, faedah persaraan dan ganjaran; (c) membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan lain berhubung dengan perolehan barang dan perkhidmatan, termasuk pengambilan perunding, fi dan kos guaman serta fi dan kos lain, yang dilakukan atau diterima dengan sepatutnya oleh Agensi dalam pelaksanaan fungsinya dan penjalanan kuasanya di bawah Akta ini; (d) membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan lain yang dilakukan atau diterima dengan sepatutnya oleh Agensi dalam pelaksanaan fungsinya atau penjalanan kuasanya di bawah Akta ini; Agensi Kelayakan Malaysia 29 (e) membeli atau menyewa kelengkapan, mesin dan apa-apa bahan lain, memperoleh tanah dan mendirikan bangunan, dan menjalankan apa-apa kerja dan pengusahaan lain dalam pelaksanaan fungsinya atau penjalanan kuasanya di bawah Akta ini; (f) membayar balik wang yang dipinjam di bawah seksyen 32 dan bunga yang kena dibayar atas wang yang dipinjam itu; (g) memberikan pinjaman, biasiswa dan wang pendahuluan kepada pekerjanya di bawah seksyen 24; dan (h) secara amnya, membayar apa-apa belanja bagi melaksanakan peruntukan Akta ini. Pemeliharaan Kumpulan Wang 30. Menjadi kewajipan Agensi untuk memelihara Kumpulan Wang dengan melaksanakan fungsinya dan menjalankan kuasanya di bawah Akta ini dengan sedemikian cara supaya dapat dipastikan bahawa jumlah hasil Agensi mencukupi untuk membayar semua jumlah wang yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya pada akaun hasilnya termasuk susut nilai dan bunga atas modal, dari setahun ke setahun. Perbelanjaan dan penyediaan anggaran 31. (1) Perbelanjaan Agensi setakat apa-apa amaun yang dibenarkan oleh Menteri bagi mana-mana satu tahun hendaklah dibayar daripada Kumpulan Wang. (2) Sebelum permulaan bulan Jun setiap tahun, Agensi hendaklah mengemukakan suatu anggaran perbelanjaannya kepada Menteri, termasuk perbelanjaan bagi program penyelidikan dan pembangunan, bagi tahun yang berikutnya dalam apa-apa bentuk dan mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri. 30 Undang-Undang Malaysia AktA 679 (3) Menteri hendaklah, sebelum permulaan tahun yang berikutnya, memberitahu Agensi amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan secara amnya atau amaun yang dibenarkan bagi setiap jenis perbelanjaan berdasarkan anggaran yang disediakan di bawah subseksyen (2). (4) Agensi boleh, pada bila-bila masa, mengemukakan suatu anggaran tambahan perbelanjaannya bagi mana-mana satu tahun kepada Menteri dan Menteri boleh membenarkan keseluruhan atau mana-mana bahagian daripada perbelanjaan tambahan itu yang termasuk dalam anggaran tambahan itu. Kuasa untuk meminjam 32. Agensi boleh, dari semasa ke semasa, meminjam dalam apa-apa bentuk dan pada apa-apa kadar bunga dan bagi apa- apa tempoh dan atas apa-apa terma tentang masa dan kaedah pembayaran balik dan selainnya, sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri dengan persetujuan Menteri Kewangan, apa-apa wang yang dikehendaki oleh Agensi bagi memenuhi mana-mana obligasinya atau menunaikan apa-apa kewajipannya. Pelaburan 33. Wang Agensi hendaklah, setakat yang wang itu tidak diperlukan untuk dibelanjakan dengan segera oleh Agensi di bawah Akta ini, dilaburkan mengikut apa-apa cara yang diluluskan oleh Menteri dengan persetujuan Menteri Kewangan. Akaun dan laporan 34. (1) Agensi hendaklah menyebabkan supaya disimpan akaun yang sepatutnya bagi Kumpulan Wang dan laporan yang sepatutnya mengenai aktivitinya dan hendaklah, secepat yang dapat dilaksanakan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, menyebabkan supaya disediakan bagi tahun kewangan itu— (a) suatu penyata akaun Agensi yang hendaklah mengandungi suatu kunci kira-kira dan akaun pendapatan dan perbelanjaan; dan (b) suatu pernyataan mengenai aktivitinya. Agensi Kelayakan Malaysia 31 (2) Agensi hendaklah seberapa segera yang mungkin menghantar suatu salinan penyata akaun yang diperakui oleh juruaudit dan suatu salinan laporan juruaudit kepada Menteri yang hendaklah menyebabkannya dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen. (3) Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 [Akta 240] hendaklah terpakai bagi Agensi. Bahagian VI KERANGKA KELAYAKAN MALAYSIA Kerangka 35. (1) Agensi hendaklah bertanggungjawab untuk melaksanakan suatu Kerangka kebangsaan yang hendaklah dikenali sebagai “Kerangka Kelayakan Malaysia”, yang terdiri daripada kelayakan, program dan pemberi pendidikan tinggi yang berasaskan suatu set kriteria dan standard, termasuk hasil pembelajaran yang dicapai dan kredit yang berasaskan beban akademik pelajar. (2) Tertakluk kepada subseksyen (4), Agensi boleh bagi maksud subseksyen (1) dari semasa ke semasa, meminda Kerangka dan boleh berusaha sama, bekerjasama dan menyelaras dengan mana-mana orang, termasuk agensi kerajaan, pemberi pendidikan tinggi, pelajar, kakitangan akademik, badan jaminan kualiti dan akreditasi, badan peperiksaan atau pensijilan dan majikan dan dalam hal program profesional, kelayakan profesional dan pemberi pendidikan tinggi, Kerangka hendaklah dipinda mengikut kriteria dan standard yang ditetapkan oleh badan profesional yang berkenaan. (3) Bahagian Kerangka yang dipinda di bawah subseksyen (2) tidak boleh dilaksanakan melainkan jika kelulusan Majlis diperoleh. (4) Menteri boleh mengarahkan mana-mana bahagian Kerangka tidak boleh dipinda atau diubah. 32 Undang-Undang Malaysia AktA 679 Objektif Kerangka 36. Objektif Kerangka termasuklah yang berikut: (a) untuk menjamin standard kelayakan dan memperkukuh dasar tentang jaminan kualiti; (b) untuk menggalakkan ketepatan atau keselarasan tatanama kelayakan; (c) untuk mengadakan mekanisme bagi kemajuan atau hubung kait antara kelayakan, termasuk kelayakan bukan ijazah dan ijazah; (d) untuk menggalakkan usaha sama antara pemberi pendidikan tinggi dan penyedia latihan kemahiran sektor awam dan swasta; (e) untuk menggalakkan pariti penghargaan antara kelayakan akademik, profesional, teknikal, vokasional dan kemahiran; (f) untuk mewujudkan suatu sistem kredit untuk memudahkan pengumpulan dan pemindahan kredit yang boleh diterima di dalam dan di luar Malaysia; (g) untuk mengadakan maklumat awam yang jelas dan mudah dicapai tentang program atau kelayakan dalam pendidikan tinggi; (h) untuk menggalakkan jika berkenaan, pengenalan kelayakan dalam bentuk yang memudahkan penilaiannya oleh mana-mana orang, termasuk agensi kerajaan, pemberi pendidikan tinggi, pelajar, kakitangan akademik, badan jaminan kualiti dan akreditasi, badan profesional, badan peperiksaan dan majikan; dan (i) untuk menyatakan dengan jelas hubungan dengan kelayakan dari luar Malaysia. Pematuhan Kerangka 37. (1) Tiada program atau kelayakan boleh diakredit melainkan jika program atau kelayakan itu mematuhi Kerangka. Agensi Kelayakan Malaysia 33 (2) Semua pemberi pendidikan tinggi yang menjalankan program diakredit atau yang menganugerahkan kelayakan diakredit hendaklah mematuhi Kerangka. (3) Agensi atau, dalam hal program profesional, kelayakan profesional atau pemberi pendidikan tinggi, badan profesional yang berkenaan, boleh mengarahkan bahawa Kerangka atau mana- mana bahagian Kerangka tidak terpakai bagi mana-mana program, kelayakan atau pemberi pendidikan tinggi tertakluk kepada apa- apa terma dan syarat sebagaimana yang disifatkannya patut. Bahagian VII AKREDITASI SEMENTARA Permohonan bagi akreditasi sementara 38. (1) Sesuatu permohonan oleh pemberi pendidikan tinggi, selain pemberi pendidikan tinggi yang disebut di bawah Bab 4 Bahagian VIII, bagi akreditasi sementara program atau kelayakannya hendaklah dibuat kepada Agensi mengikut apa-apa bentuk dan cara yang ditetapkan. (2) Tiap-tiap permohonan hendaklah disertakan dengan apa-apa dokumen, maklumat dan fi yang ditetapkan. (3) Bentuk, cara, dokumen dan fi yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) dan (2) boleh berbeza antara program atau kelayakan yang berlainan. (4) Pada bila-bila masa selepas menerima suatu permohonan bagi akreditasi sementara dan sebelum memutuskannya, Agensi boleh melalui notis bertulis menghendaki pemberi pendidikan tinggi itu memberikan dokumen dan maklumat tambahan dalam tempoh yang dinyatakan. (5) Jika dokumen dan maklumat tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (4) tidak diberikan oleh pemberi pendidikan tinggi dalam tempoh yang dinyatakan itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh Agensi, permohonan itu hendaklah disifatkan ditarik balik dan tidak boleh diteruskan, tanpa menjejaskan hak pemberi pendidikan tinggi itu untuk mengemukakan permohonan baru. 34 Undang-Undang Malaysia AktA 679 Kuasa untuk membenarkan atau menolak permohonan 39. (1) Selepas menimbangkan sesuatu permohonan di bawah subseksyen 38(1), Agensi boleh— (a) membenarkan permohonan itu dan mengeluarkan suatu perakuan akreditasi sementara kepada pemberi pendidikan tinggi itu selepas dibayar fi yang ditetapkan; atau (b) menolak permohonan itu, dengan menyatakan alasan bagi penolakan itu. (2) Agensi boleh mengeluarkan perakuan akreditasi sementara yang berasingan bagi premis yang berlainan. (3) Bagi maksud menimbangkan sesuatu permohonan di bawah subseksyen 38(1), Agensi boleh menjalankan audit institusi. Perakuan akreditasi sementara 40. (1) Suatu perakuan akreditasi sementara yang dikeluarkan di bawah perenggan 39(1)(a) hendaklah sah bagi tempoh yang dinyatakan oleh Agensi dalam perakuan dan boleh dilanjutkan oleh Agensi selepas menerima suatu permohonan oleh pemberi pendidikan tinggi. (2) Perakuan akreditasi sementara itu hendaklah menyatakan tempoh yang dalamnya pemberi pendidikan tinggi hendaklah memohon bagi akreditasi dan jika berkenaan, hendaklah menyatakan premis tempat program itu hendak dijalankan atau dimajukan. (3) Dalam hal suatu program atau kelayakan luar negeri, Agensi boleh menyatakan dalam perakuan akreditasi sementara itu bahawa program atau kelayakan itu adalah setara dengan program atau kelayakan dalam Kerangka. (4) Pemberi pendidikan tinggi hendaklah menyebabkan suatu salinan perakuan akreditasi sementara dipamerkan di tempat yang mudah dilihat di dalam premis yang dinyatakan dalam perakuan akreditasi sementara itu. Agensi Kelayakan Malaysia 35 (5) Pemberi pendidikan tinggi hendaklah menyerahkan perakuan akreditasi sementara kepada Agensi dalam masa tiga puluh hari dari— (a) tarikh pembatalan perakuan di bawah seksyen 42; atau (b) tarikh penghentian program. Kuasa untuk mengenakan syarat 41. Agensi boleh, pada masa atau pada bila-bila masa selepas mengeluarkan suatu perakuan akreditasi sementara di bawah perenggan 39(1)(a), mengenakan apa-apa syarat yang disifatkannya perlu atau suai manfaat dan boleh mengubah, meminda atau membatalkan mana-mana syarat itu atau mengenakan syarat baharu atau syarat tambahan dari semasa ke semasa. Pembatalan akreditasi sementara 42. (1) Tertakluk kepada peruntukan seksyen ini, Agensi boleh, pada bila-bila masa, membatalkan perakuan akreditasi sementara jika pemberi pendidikan tinggi telah melanggar mana-mana syarat yang dilampirkan pada perakuan akreditasi sementara. (2) Suatu notis bertulis mengenai niat untuk membatalkan perakuan akreditasi sementara hendaklah disampaikan kepada pemberi pendidikan tinggi dan notis itu hendaklah menyatakan alasan bagi pembatalan itu. (3) Pemberi pendidikan tinggi hendaklah diberi peluang untuk membuat representasi bertulis dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penerimaan notis dalam subseksyen (2). (4) Selepas tamat tempoh tiga puluh hari yang dinyatakan dalam subseksyen (3) dan selepas menimbangkan apa-apa representasi yang dibuat, Agensi hendaklah— (a) mengeluarkan amaran dan memberikan arahan supaya pemberi pendidikan tinggi itu membetulkan keadaan sehingga Agensi berpuas hati, dalam masa yang ditentukan; atau (b) meneruskan dengan cadangan tindakan untuk membatalkan perakuan akreditasi sementara itu. 36 Undang-Undang Malaysia AktA 679 (5) Jika pemberi pendidikan tinggi gagal untuk membetulkan keadaan sebagaimana yang dikehendaki di bawah perenggan (4)(a), Agensi boleh meneruskan untuk membatalkan perakuan akreditasi sementara. (6) Pembatalan perakuan akreditasi sementara tidaklah menghalang pemberi pendidikan tinggi daripada mengemukakan permohonan baru. (7) Jika perakuan akreditasi sementara dibatalkan di bawah seksyen ini, Agensi hendaklah memberikan notis kepada pihak berkuasa atau badan profesional yang berkenaan memberitahu tentang pembatalan itu termasuk apa-apa syor yang perlu. Akreditasi sementara bagi program profesional atau kelayakan profesional 43. Dalam hal akreditasi sementara sesuatu program profesional atau kelayakan profesional tempatan atau luar negeri, Agensi hendaklah bekerjasama dan membuat penyelarasan dengan badan profesional yang berkenaan bagi maksud— (a) menimbangkan sesuatu permohonan di bawah subseksyen 38(1) dan membenarkan atau menolak pemberian permohonan di bawah seksyen 39; (b) menjalankan audit institusi di bawah subseksyen 39(3); (c) mengenakan syarat di bawah seksyen 41; dan (d) pembatalan perakuan akreditasi sementara di bawah seksyen 42. Akreditasi sementara bagi program latihan kemahiran atau kelayakan latihan kemahiran 44. Dalam hal akreditasi sementara bagi sesuatu program latihan kemahiran atau kelayakan latihan kemahiran tempatan atau luar negeri, Agensi hendaklah bekerjasama dan membuat penyelarasan dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran bagi maksud— (a) menimbangkan suatu permohonan di bawah subseksyen 38(1) dan membenarkan atau menolak pemberian permohonan di bawah seksyen 39; Agensi Kelayakan Malaysia 37 (b) menjalankan audit institusi di bawah subseksyen 39(3); (c) mengenakan syarat di bawah seksyen 41; dan (d) pembatalan perakuan akreditasi sementara di bawah seksyen 42. Bahagian VIII AKREDITASI Bab 1 Program dan kelayakan di bawah Kerangka Kelayakan Malaysia Permohonan bagi akreditasi 45. (1) Sesuatu permohonan oleh pemberi pendidikan tinggi bagi akreditasi program atau kelayakannya yang mematuhi Kerangka selain program atau kelayakan di bawah Bab 2, 4 dan 5, hendaklah dibuat kepada Agensi dalam tempoh yang dinyatakan dalam perakuan akreditasi sementara mengikut apa-apa bentuk dan cara yang ditetapkan. (2) Tiap-tiap permohonan hendaklah disertakan dengan apa-apa dokumen, maklumat dan fi yang ditetapkan. (3) Bentuk, cara, dokumen dan fi yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) dan (2) boleh berbeza antara program atau kelayakan yang berlainan. (4) Pada bila-bila masa selepas menerima suatu permohonan bagi akreditasi dan sebelum memutuskannya, Agensi boleh melalui notis bertulis menghendaki pemberi pendidikan tinggi itu memberikan dokumen dan maklumat tambahan dalam tempoh yang ditetapkan. (5) Jika dokumen dan maklumat tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (4) tidak diberikan oleh pemberi pendidikan tinggi dalam tempoh yang ditetapkan atau dalam apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang dibenarkan oleh Agensi, permohonan itu hendaklah disifatkan ditarik balik dan tidak boleh diteruskan selanjutnya, tanpa menjejaskan hak pemberi pendidikan tinggi itu untuk mengemukakan permohonan baru. 38 Undang-Undang Malaysia AktA 679 Kuasa untuk membenarkan atau menolak akreditasi 46. (1) Selepas menimbangkan suatu permohonan di bawah subseksyen 45(1), Agensi boleh— (a) membenarkan permohonan itu dan mengeluarkan suatu perakuan akreditasi kepada pemberi pendidikan tinggi selepas dibayar fi yang ditetapkan;
Part document.segment-2
679 - AKTA AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA 2007 — segment 2
- document.segment-2 Verify source ↗
679 - AKTA AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA 2007 — segment 2
AI-assisted research summary: Higher-education providers must display and return accreditation certificates as required, while Agensi can audit applications, add conditions, cancel certificates, keep the register updated, and enforce the Act.
atau (b) menolak permohonan itu, dengan menyatakan alasan bagi penolakan itu. (2) Apabila perakuan akreditasi di bawah perenggan (1)(a) dikeluarkan, Agensi hendaklah memasukkan butir-butir perakuan itu ke dalam Daftar. (3) Bagi maksud menimbangkan sesuatu permohonan di bawah subseksyen 45(1), Agensi boleh menjalankan audit institusi. Perakuan akreditasi 47. (1) Perakuan akreditasi hendaklah menyatakan program dan menjelaskan premis tempat program itu hendak dijalankan atau dimajukan. (2) Pemberi pendidikan tinggi hendaklah menyebabkan suatu salinan perakuan akreditasi dipamerkan di tempat yang mudah dilihat di dalam premis yang dinyatakan dalam perakuan akreditasi. (3) Pemberi pendidikan tinggi hendaklah menyerahkan perakuan akreditasi kepada Agensi dalam masa tiga puluh hari dari— (a) tarikh pembatalan perakuan di bawah seksyen 49; atau (b) tarikh penghentian program. Kuasa untuk mengenakan syarat 48. Agensi boleh, pada masa atau pada bila-bila masa selepas mengeluarkan perakuan akreditasi di bawah perenggan 46(1)(a), mengenakan apa-apa syarat yang disifatkannya perlu atau suai manfaat dan boleh mengubah, meminda atau membatalkan mana- mana syarat itu atau mengenakan syarat baharu atau tambahan dari semasa ke semasa. Agensi Kelayakan Malaysia 39 Pembatalan akreditasi 49. (1) Tertakluk kepada peruntukan seksyen ini, Agensi boleh, pada bila-bila masa, membatalkan perakuan akreditasi yang dikeluarkan kepada sesuatu pemberi pendidikan tinggi di bawah perenggan 46(1)(a)— (a) jika pemberi pendidikan tinggi itu telah gagal untuk mematuhi Kerangka atau mana-mana bahagiannya; atau (b) jika pemberi pendidikan tinggi itu telah melanggar mana- mana syarat yang dilampirkan pada perakuan akreditasi. (2) Suatu notis bertulis mengenai niat untuk membatalkan perakuan akreditasi hendaklah disampaikan kepada pemberi pendidikan tinggi dan notis itu hendaklah menyatakan alasan bagi pembatalan itu. (3) Pemberi pendidikan tinggi hendaklah diberi peluang untuk membuat representasi bertulis dalam masa tiga puluh hari dari tarikh notis dalam subseksyen (2). (4) Selepas tamat tempoh tiga puluh hari yang dinyatakan dalam subseksyen (3) dan selepas menimbangkan apa-apa representasi yang dibuat di bawah subseksyen itu, Agensi hendaklah— (a) mengeluarkan amaran dan memberikan arahan supaya pemberi pendidikan tinggi itu membetulkan keadaan sehingga Agensi berpuas hati dalam masa yang ditentukan; atau (b) meneruskan dengan cadangan tindakan untuk membatalkan perakuan itu. (5) Jika pemberi pendidikan tinggi gagal untuk membetulkan keadaan sebagaimana yang dikehendaki di bawah perenggan (4)(a), Agensi boleh meneruskan untuk membatalkan perakuan akreditasi itu. (6) Jika perakuan akreditasi telah dibatalkan, Agensi hendaklah memasukkan tarikh pembatalan ke dalam Daftar dan hendaklah memberikan notis pembatalan itu kepada pihak berkuasa yang berkenaan. 40 Undang-Undang Malaysia AktA 679 Bab 2 Program profesional dan kelayakan profesional Permohonan bagi akreditasi 50. (1) Sesuatu permohonan oleh pemberi pendidikan tinggi bagi pengakreditan program profesional atau kelayakan profesional tempatan atau luar negerinya yang mematuhi Kerangka hendaklah dibuat kepada Agensi dalam masa yang dinyatakan dalam perakuan akreditasi sementara mengikut apa-apa bentuk dan cara yang ditetapkan. (2) Tiap-tiap permohonan hendaklah disertakan dengan apa-apa dokumen, maklumat dan fi sebagaimana yang ditetapkan. (3) Bentuk, cara, dokumen dan fi yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) dan (2) boleh berbeza antara program profesional atau kelayakan profesional yang berlainan. (4) Pada bila-bila masa selepas menerima suatu permohonan bagi akreditasi dan sebelum memutuskannya, Agensi, setelah berunding dengan Jawatankuasa Teknikal Bersama yang ditubuhkan di bawah seksyen 51, boleh melalui notis bertulis menghendaki pemberi pendidikan tinggi untuk memberikan dokumen dan maklumat tambahan dalam tempoh yang dinyatakan. (5) Jika dokumen dan maklumat tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (4) tidak diberikan oleh pemberi pendidikan tinggi dalam tempoh yang dinyatakan itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh Agensi, permohonan itu hendaklah disifatkan ditarik balik dan tidak boleh diteruskan selanjutnya, tanpa menjejaskan hak pemberi pendidikan tinggi itu untuk mengemukakan permohonan baru. (6) Agensi hendaklah merujukkan permohonan di bawah seksyen ini kepada Jawatankuasa Teknikal Bersama yang kemudiannya hendaklah membuat syor kepada badan profesional yang berkenaan di bawah subseksyen 52(1) bagi maksud akreditasi. Agensi Kelayakan Malaysia 41 Jawatankuasa Teknikal Bersama 51. (1) Suatu Jawatankuasa Teknikal Bersama yang terdiri daripada wakil badan profesional yang berkenaan, seorang pegawai Agensi dan mana-mana orang yang didapati perlu oleh badan profesional yang berkenaan hendaklah ditubuhkan oleh badan profesional yang berkenaan itu bagi maksud— (a) menimbangkan sesuatu permohonan bagi akreditasi di bawah subseksyen 50(1); (b) membuat syor untuk membenarkan atau menolak permohonan akreditasi di bawah subseksyen 52(1); (c) membuat syor bagi mengenakan syarat di bawah seksyen 54; (d) membuat dan menjalankan audit institusi di bawah subseksyen 52(3); dan (e) membuat syor bagi pembatalan akreditasi di bawah seksyen 55. (2) Wakil badan profesional yang berkenaan dan pegawai Agensi dalam Jawatankuasa Teknikal Bersama yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) boleh berbeza antara program profesional atau kelayakan profesional yang berlainan. Kuasa untuk membenarkan atau menolak akreditasi 52. (1) Selepas menimbangkan syor Jawatankuasa Teknikal Bersama di bawah seksyen 51, badan profesional yang berkenaan boleh— (a) meluluskan pemberian akreditasi; atau (b) menolak pemberian akreditasi, dengan menyatakan alasan bagi penolakan itu. 42 Undang-Undang Malaysia AktA 679 (2) Jika akreditasi diberikan di bawah perenggan (1)(a), Agensi hendaklah mengeluarkan suatu perakuan akreditasi kepada pemberi pendidikan tinggi selepas dibayar fi yang ditetapkan dan hendaklah memasukkan butir-butir perakuan ke dalam Daftar. (3) Bagi maksud menimbangkan sesuatu permohonan di bawah subseksyen 50(1), mana-mana pegawai badan profesional itu dan Agensi boleh menjalankan audit institusi. Perakuan akreditasi 53. (1) Perakuan akreditasi hendaklah menyatakan program profesional dan menjelaskan premis tempat program profesional itu hendak dijalankan atau dimajukan. (2) Pemberi pendidikan tinggi hendaklah menyebabkan suatu salinan perakuan akreditasi dipamerkan di tempat yang mudah dilihat di dalam premis yang dinyatakan dalam perakuan akreditasi itu. (3) Pemberi pendidikan tinggi hendaklah menyerahkan perakuan akreditasi kepada Agensi dalam masa tiga puluh hari dari— (a) tarikh pembatalan perakuan di bawah seksyen 55; atau (b) tarikh penghentian program profesional itu. Kuasa untuk mengenakan syarat 54. Badan profesional yang berkenaan boleh, atas syor Jawatankuasa Teknikal Bersama pada masa atau pada bila-bila masa selepas mengeluarkan perakuan akreditasi di bawah subseksyen 52(2), mengenakan apa-apa syarat yang disifatkannya perlu atau suai manfaat dan boleh mengubah, meminda atau membatalkan mana- mana syarat itu atau mengenakan syarat baharu atau tambahan dari semasa ke semasa. Agensi Kelayakan Malaysia 43 Pembatalan akreditasi 55. (1) Tertakluk kepada peruntukan seksyen ini, badan profesional yang berkenaan boleh, atas syor Jawatankuasa Teknikal Bersama pada bila-bila masa, menarik balik kelulusan akreditasi yang telah diberikan kepada sesuatu pemberi pendidikan tinggi di bawah perenggan 52(1)(a) dan Agensi hendaklah membatalkan perakuan akreditasi— (a) jika pemberi pendidikan tinggi itu gagal untuk mematuhi Kerangka atau mana-mana bahagiannya; atau (b) jika pemberi pendidikan tinggi itu melanggar mana-mana syarat yang kerananya akreditasi diluluskan. (2) Suatu notis bertulis mengenai niat untuk menarik balik kelulusan dan untuk membatalkan perakuan akreditasi di bawah subseksyen (1) hendaklah diserahkan oleh Agensi, atas arahan badan profesional yang berkenaan, kepada pemberi pendidikan tinggi dan notis itu hendaklah menyatakan alasan bagi penarikan balik dan pembatalan itu. (3) Pemberi pendidikan tinggi hendaklah diberi peluang untuk membuat representasi bertulis dalam masa tiga puluh hari dari tarikh notis dalam subseksyen (2). (4) Selepas tamat tempoh tiga puluh hari yang dinyatakan dalam subseksyen (3) dan selepas menimbangkan apa-apa representasi yang dibuat di bawah subseksyen itu, badan profesional yang berkenaan atas syor Jawatankuasa Teknikal Bersama hendaklah— (a) mengeluarkan amaran dan memberikan arahan supaya pemberi pendidikan tinggi itu membetulkan keadaan sehingga badan profesional yang berkenaan berpuas hati dalam masa yang ditentukan; atau (b) meneruskan dengan cadangan tindakan untuk menarik balik kelulusan akreditasi itu. (5) Jika pemberi pendidikan tinggi gagal untuk membetulkan keadaan sebagaimana yang dikehendaki di bawah perenggan (4)(a), Agensi boleh, atas keputusan badan profesional yang berkenaan, meneruskan untuk membatalkan perakuan akreditasi itu. 44 Undang-Undang Malaysia AktA 679 (6) Jika perakuan akreditasi telah dibatalkan, Agensi hendaklah memasukkan tarikh pembatalan itu ke dalam Daftar dan hendaklah memberikan notis pembatalan kepada pihak berkuasa yang berkenaan. Bab 3 Program dan kelayakan luar negeri Permohonan bagi akreditasi 56. (1) Sesuatu permohonan oleh pemberi pendidikan tinggi bagi akreditasi sesuatu program atau kelayakan luar negeri, kelayakan luar negeri yang ditawarkan melalui pembelajaran jarak jauh dan kelayakan bersama dan usaha sama, selain program atau kelayakan di bawah Bab 2 dan 5, hendaklah dibuat kepada Agensi dalam masa yang dinyatakan dalam perakuan akreditasi sementara mengikut apa-apa bentuk dan cara yang ditetapkan. (2) Tiap-tiap permohonan hendaklah disertakan dengan apa-apa dokumen, maklumat dan fi yang ditetapkan. (3) Bentuk, cara, dokumen dan fi yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) dan (2) boleh berbeza antara program dan kelayakan yang berlainan. (4) Pada bila-bila masa selepas menerima suatu permohonan bagi akreditasi dan sebelum memutuskannya, Agensi boleh melalui notis bertulis menghendaki pemberi pendidikan tinggi untuk memberikan dokumen dan maklumat tambahan dalam tempoh yang ditetapkan. (5) Jika dokumen dan maklumat tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (4) tidak diberikan oleh pemberi pendidikan tinggi dalam tempoh yang ditetapkan itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh Agensi, permohonan itu hendaklah disifatkan ditarik balik dan tidak boleh diteruskan selanjutnya, tanpa menjejaskan hak pemberi pendidikan tinggi itu untuk mengemukakan permohonan baru. Agensi Kelayakan Malaysia 45 Kuasa untuk membenarkan atau menolak akreditasi 57. (1) Selepas menimbangkan sesuatu permohonan di bawah subseksyen 56(1), Agensi boleh— (a) membenarkan permohonan itu dan mengeluarkan suatu perakuan akreditasi kepada pemberi pendidikan tinggi selepas dibayar fi yang ditetapkan; atau (b) menolak permohonan itu, dengan menyatakan alasan bagi penolakan itu. (2) Apabila perakuan akreditasi di bawah perenggan (1)(a) dikeluarkan, Agensi hendaklah memasukkan butir-butir perakuan itu ke dalam Daftar. (3) Bagi maksud menimbangkan sesuatu permohonan di bawah subseksyen 56(1), Agensi boleh menjalankan audit institusi. Perakuan akreditasi 58. (1) Perakuan akreditasi hendaklah menyatakan program dan menjelaskan premis tempat program itu hendak dijalankan atau dimajukan. (2) Dalam hal suatu program atau kelayakan luar negeri, Agensi boleh menyatakan dalam perakuan akreditasi bahawa program atau kelayakan itu adalah setara dengan program atau kelayakan dalam Kerangka. (3) Pemberi pendidikan tinggi hendaklah menyebabkan suatu salinan perakuan akreditasi dipamerkan di tempat yang mudah dilihat di dalam premis yang dinyatakan dalam perakuan akreditasi itu. (4) Pemberi pendidikan tinggi hendaklah menyerahkan perakuan akreditasi kepada Agensi dalam masa tiga puluh hari dari— (a) tarikh pembatalan perakuan di bawah seksyen 60; atau (b) tarikh penghentian program. 46 Undang-Undang Malaysia AktA 679 Kuasa untuk mengenakan syarat 59. Agensi boleh, pada masa atau pada bila-bila masa selepas mengeluarkan perakuan akreditasi di bawah perenggan 57(1)(a), mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang disifatkannya perlu atau suai manfaat dan boleh mengubah, meminda atau membatalkan mana-mana syarat itu atau mengenakan syarat baharu atau tambahan dari semasa ke semasa. Pembatalan akreditasi 60. (1) Tertakluk kepada peruntukan seksyen ini, Agensi boleh, pada bila-bila masa, membatalkan perakuan akreditasi yang diberikan kepada sesuatu pemberi pendidikan tinggi di bawah perenggan 57(1)(a) jika pemberi pendidikan tinggi itu melanggar mana-mana syarat yang dilampirkan pada perakuan itu. (2) Suatu notis bertulis mengenai niat untuk membatalkan perakuan akreditasi hendaklah disampaikan kepada pemberi pendidikan tinggi dan notis itu hendaklah menyatakan alasan bagi pembatalan itu. (3) Pemberi pendidikan tinggi itu hendaklah diberi peluang untuk membuat representasi bertulis dalam masa tiga puluh hari dari tarikh notis dalam subseksyen (2). (4) Selepas tamat tempoh tiga puluh hari yang dinyatakan dalam subseksyen (3) dan selepas menimbangkan apa-apa representasi yang dibuat di bawah subseksyen itu, Agensi hendaklah— (a) mengeluarkan amaran dan memberikan arahan supaya pemberi pendidikan tinggi itu membetulkan keadaan sehingga Agensi berpuas hati dalam masa yang ditentukan; atau (b) meneruskan dengan cadangan tindakan untuk membatalkan perakuan akreditasi itu. (5) Jika pemberi pendidikan tinggi gagal untuk membetulkan keadaan sebagaimana yang dikehendaki di bawah perenggan (4)(a), Agensi boleh meneruskan untuk membatalkan perakuan akreditasi itu. Agensi Kelayakan Malaysia 47 (6) Jika perakuan akreditasi telah dibatalkan, Agensi hendaklah memasukkan tarikh pembatalan itu ke dalam Daftar dan hendaklah memberikan notis pembatalan kepada pihak berkuasa yang berkenaan. Bab 4 Pemberi pendidikan tinggi swaakreditasi Permohonan bagi status swaakreditasi atas undangan 61. (1) Atas undangan Menteri, suatu permohonan oleh pemberi pendidikan tinggi bagi status swaakreditasi boleh dibuat kepada Agensi atas undangannya untuk berbuat demikian mengikut apa- apa bentuk dan cara yang ditetapkan. (2) Agensi, selepas menimbangkan permohonan di bawah subseksyen (1) dan menjalankan audit institusi, boleh membenarkan permohonan itu dan mengeluarkan perakuan status swaakreditasi kepada pemberi pendidikan tinggi itu selepas dibayar fi yang ditetapkan. (3) Agensi boleh, pada masa atau pada bila-bila masa selepas mengeluarkan perakuan status swaakreditasi di bawah subseksyen (2), mengenakan apa-apa syarat yang disifatkannya perlu atau suai manfaat dan boleh mengubah, meminda atau membatalkan mana-mana syarat itu atau mengenakan syarat baharu atau tambahan dari semasa ke semasa. (4) Bab ini tidak terpakai bagi apa-apa program profesional atau kelayakan profesional yang disebut dalam Bab 2. Mendaftarkan program atau kelayakan 62. (1) Pemberi pendidikan tinggi swaakreditasi boleh memohon kepada Agensi bagi pendaftaran apa-apa program atau kelayakan mengikut apa-apa bentuk dan cara yang ditetapkan. (2) Agensi, apabila menerima permohonan di bawah subseksyen (1), boleh menjalankan audit institusi dan boleh mendaftarkan dalam Daftar program atau kelayakan itu. 48 Undang-Undang Malaysia AktA 679 (3) Agensi, apabila mendaftarkan sesuatu program atau kelayakan, boleh mengenakan apa-apa syarat yang disifatkannya perlu atau suai manfaat dan boleh mengubah, meminda atau membatalkan mana-mana syarat itu atau mengenakan syarat baharu atau tambahan dari semasa ke semasa. (4) Apabila program atau kelayakan itu didaftarkan dalam Daftar, Agensi hendaklah mengeluarkan perakuan akreditasi selepas dibayar fi yang ditetapkan. Perakuan swaakreditasi dan perakuan akreditasi 63. (1) Perakuan akreditasi hendaklah menyatakan program dan menjelaskan premis tempat program itu hendak dijalankan atau dimajukan. (2) Dalam hal suatu program atau kelayakan luar negeri, Agensi boleh menyatakan dalam perakuan akreditasi bahawa program atau kelayakan itu adalah setara dengan program atau kelayakan dalam Kerangka. (3) Pemberi pendidikan tinggi hendaklah menyebabkan suatu salinan perakuan swaakreditasi atau perakuan akreditasi dipamerkan di tempat yang mudah dilihat di dalam premis yang dinyatakan dalam perakuan swaakreditasi atau perakuan akreditasi itu, mengikut mana-mana yang berkenaan. (4) Pemberi pendidikan tinggi swaakreditasi hendaklah menyerahkan perakuan swaakreditasi atau perakuan akreditasi kepada Agensi dalam masa tiga puluh hari dari— (a) tarikh pembatalan perakuan swaakreditasi di bawah subseksyen 64(1) atau pembatalan pendaftaran di bawah subseksyen 64(2); atau (b) tarikh penghentian pemberi pendidikan tinggi swaakreditasi atau program. Pembatalan status swaakreditasi atau pembatalan pendaftaran 64. (1) Tertakluk kepada peruntukan seksyen ini, Agensi boleh, pada bila-bila masa, membatalkan perakuan status swaakreditasi yang dikeluarkan kepada pemberi pendidikan tinggi swaakreditasi di bawah subseksyen 61(2) jika pemberi pendidikan tinggi melanggar mana-mana syarat yang dilampirkan pada perakuan itu. Agensi Kelayakan Malaysia 49 (2) Agensi boleh, pada bila-bila masa, membatalkan pendaftaran mana-mana program atau kelayakan yang didaftarkan di bawah subseksyen 62(2) jika pemberi pendidikan tinggi swaakreditasi gagal untuk mematuhi kehendak program atau kelayakan berdaftar di bawah subseksyen itu. (3) Suatu notis bertulis mengenai niat untuk membatalkan perakuan akreditasi atau membatalkan pendaftaran mana-mana program atau kelayakan hendaklah disampaikan kepada pemberi pendidikan tinggi swaakreditasi dan notis itu hendaklah menyatakan alasan bagi pembatalan itu. (4) Pemberi pendidikan tinggi swaakreditasi hendaklah diberi peluang untuk membuat representasi bertulis dalam masa tiga puluh hari dari tarikh notis dalam subseksyen (3). (5) Selepas tamat tempoh tiga puluh hari yang dinyatakan dalam subseksyen (4) dan selepas menimbangkan representasi yang dibuat di bawah subseksyen itu, Agensi hendaklah— (a) mengeluarkan amaran dan memberikan arahan supaya pemberi pendidikan tinggi swaakreditasi itu membetulkan keadaan sehingga Agensi berpuas hati dalam masa yang ditentukan; atau (b) meneruskan tindakan untuk membatalkan perakuan swaakreditasi atau membatalkan pendaftaran program atau kelayakan, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebagaimana yang dicadangkan. (6) Jika pemberi pendidikan tinggi swaakreditasi itu gagal untuk membetulkan keadaan sebagaimana yang dikehendaki di bawah perenggan (5)(a), Agensi boleh meneruskan untuk membatalkan perakuan swaakreditasi atau membatalkan pendaftaran program atau kelayakan, mengikut mana-mana yang berkenaan. (7) Jika perakuan swaakreditasi telah dibatalkan atau mana- mana program atau kelayakan telah dibatalkan, Agensi hendaklah memasukkan tarikh pembatalan itu ke dalam Daftar dan hendaklah memberikan notis pembatalan kepada pihak berkuasa yang berkenaan. 50 Undang-Undang Malaysia AktA 679 Bab 5 Program dan kelayakan latihan kemahiran Permohonan bagi akreditasi 65. (1) Permohonan oleh sesuatu pemberi pendidikan tinggi bagi akreditasi apa-apa— (a) program atau kelayakan latihan kemahiran, yang mematuhi Kerangka, yang membawa kepada penganugerahan— (i) diploma, diploma lanjutan atau ijazah selain Diploma Kemahiran Malaysia atau Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia di bawah Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 [Akta 652]; atau (ii) sijil selain Sijil Kemahiran Malaysia di bawah Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006; atau (b) program atau kelayakan latihan kemahiran luar negeri yang mematuhi Kerangka, hendaklah dibuat kepada Agensi dalam tempoh yang dinyatakan dalam perakuan akreditasi sementara mengikut apa-apa bentuk dan cara sebagaimana yang ditetapkan. (2) Tiap-tiap permohonan hendaklah disertakan dengan apa-apa dokumen, maklumat dan fi yang ditetapkan. (3) Bentuk, cara, dokumen dan fi yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) dan (2) boleh berbeza antara program dan kelayakan yang berlainan. (4) Pada bila-bila masa selepas menerima permohonan bagi akreditasi dan sebelum memutuskannya, Agensi boleh melalui notis bertulis menghendaki supaya pemberi pendidikan tinggi itu memberikan dokumen dan maklumat tambahan dalam tempoh yang ditetapkan. Agensi Kelayakan Malaysia 51 (5) Jika dokumen dan maklumat tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (4) tidak diberikan oleh pemberi pendidikan tinggi dalam tempoh yang dinyatakan itu atau apa-apa tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh Agensi, permohonan itu hendaklah disifatkan ditarik balik dan tidak boleh diteruskan selanjutnya, tanpa menjejaskan hak pemberi pendidikan tinggi itu untuk mengemukakan permohonan baru. Kuasa untuk membenarkan atau menolak akreditasi 66. (1) Selepas menimbangkan permohonan di bawah subseksyen 65(1), Agensi boleh— (a) membenarkan permohonan itu; atau (b) menolak permohonan itu, dengan menyatakan alasan bagi penolakan itu. (2) Agensi boleh, dalam menimbangkan dan memutuskan suatu permohonan di bawah subseksyen 65(1), meminta bantuan mana- mana badan pengawal selia yang mengawal selia pembangunan kemahiran atau mana-mana badan atau persatuan yang memantau pembangunan kemahiran yang tertentu. (3) Jika permohonan untuk akreditasi mana-mana program atau kelayakan telah diluluskan di bawah perenggan (1)(a), Agensi hendaklah mengeluarkan suatu perakuan akreditasi kepada pemberi pendidikan tinggi selepas dibayar fi yang ditetapkan. (4) Agensi hendaklah memasukkan butir-butir perakuan akreditasi yang dikeluarkan di bawah subseksyen (3) ke dalam Daftar. (5) Bagi maksud menimbangkan suatu permohonan di bawah subseksyen 65(1), Agensi boleh menjalankan audit institusi. Perakuan akreditasi 67. (1) Perakuan akreditasi hendaklah menyatakan program dan menjelaskan premis tempat program itu hendak dijalankan atau dimajukan. 52 Undang-Undang Malaysia AktA 679 (2) Dalam hal suatu program atau kelayakan luar negeri, Agensi boleh menyatakan dalam perakuan akreditasi bahawa program atau kelayakan itu adalah setara dengan program atau kelayakan dalam Kerangka. (3) Pemberi pendidikan tinggi hendaklah menyebabkan suatu salinan perakuan akreditasi dipamerkan di tempat yang mudah dilihat di dalam premis yang dinyatakan dalam perakuan akreditasi itu. (4) Pemberi pendidikan tinggi hendaklah menyerahkan perakuan akreditasi kepada Agensi dalam masa tiga puluh hari dari— (a) tarikh pembatalan perakuan akreditasi di bawah seksyen 69; atau (b) tarikh penghentian program. Kuasa untuk mengenakan syarat 68. Agensi, dengan persetujuan badan pengawal selia boleh, pada masa atau pada bila-bila masa selepas mengeluarkan suatu perakuan akreditasi di bawah subseksyen 66(3), mengenakan apa-apa syarat yang disifatkannya perlu atau suai manfaat dan boleh mengubah, meminda atau membatalkan mana-mana syarat itu atau mengenakan syarat baharu atau tambahan dari semasa ke semasa. Pembatalan akreditasi 69. (1) Tertakluk kepada peruntukan seksyen ini, Agensi dengan persetujuan badan pengawal selia boleh, pada bila-bila masa, membatalkan perakuan akreditasi yang diberikan kepada pemberi pendidikan tinggi di bawah perenggan 66(3)— (a) jika pemberi pendidikan tinggi itu gagal untuk mematuhi Kerangka atau mana-mana bahagiannya; atau (b) jika pemberi pendidikan tinggi itu melanggar mana-mana syarat yang dilampirkan pada perakuan itu. Agensi Kelayakan Malaysia 53 (2) Suatu notis bertulis mengenai niat untuk membatalkan perakuan akreditasi hendaklah disampaikan kepada pemberi pendidikan tinggi dan notis itu hendaklah menyatakan alasan bagi pembatalan itu. (3) Pemberi pendidikan tinggi itu hendaklah diberi peluang untuk membuat representasi bertulis dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh notis dalam subseksyen (2). (4) Selepas tamat tempoh tiga puluh hari yang dinyatakan dalam subseksyen (3) dan selepas menimbangkan apa-apa representasi yang dibuat di bawah subseksyen itu, Agensi hendaklah— (a) mengeluarkan amaran dan memberikan arahan supaya pemberi pendidikan tinggi itu membetulkan keadaan sehingga Agensi berpuas hati dalam masa yang ditentukan; atau (b) meneruskan dengan cadangan tindakan untuk membatalkan perakuan akreditasi itu. (5) Jika pemberi pendidikan tinggi gagal untuk membetulkan keadaan sebagaimana yang dikehendaki di bawah perenggan (4)(a), Agensi boleh meneruskan untuk membatalkan perakuan akreditasi. (6) Jika perakuan akreditasi telah dibatalkan, Agensi hendaklah memasukkan tarikh pembatalan itu ke dalam Daftar dan hendaklah memberikan notis pembatalan kepada pihak berkuasa yang berkenaan. Mendaftarkan program dan kelayakan latihan kemahiran yang diakredit 70. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), pemberi pendidikan tinggi boleh memohon kepada Agensi untuk pendaftaran program atau kelayakannya yang telah diakredit oleh mana-mana badan pengawal selia yang mengawal selia pembangunan kemahiran di bawah mana-mana undang-undang bertulis tentang kemahiran tertentu mengikut bentuk dan cara yang ditetapkan. 54 Undang-Undang Malaysia AktA 679 (2) Agensi boleh, apabila menerima suatu permohonan di bawah subseksyen (1), mendaftarkan program atau kelayakan itu dalam Daftar selepas berpuas hati bahawa program atau kelayakan itu mematuhi Kerangka. (3) Selepas pendaftaran program atau kelayakan itu, Agensi hendaklah mengeluarkan perakuan akreditasi selepas dibayar fi yang ditetapkan dan perakuan itu hendaklah menyatakan program dan menjelaskan premis tempat program itu hendak dijalankan atau dimajukan. (4) Setelah berunding dengan badan pengawal selia yang berkenaan Agensi boleh, pada masa atau pada bila-bila masa selepas mengeluarkan suatu perakuan akreditasi, mengenakan apa-apa syarat yang disifatkannya perlu atau suai manfaat dan boleh mengubah, meminda atau membatalkan mana-mana syarat itu atau mengenakan syarat baharu atau tambahan dari semasa ke semasa. (5) Seksyen ini tidak terpakai bagi mana-mana program atau kelayakan di bawah subseksyen 65(1). Pembatalan pendaftaran 71. (1) Tertakluk kepada peruntukan seksyen ini, setelah berunding dengan badan pengawal selia yang berkenaan Agensi boleh, pada bila-bila masa, membatalkan pendaftaran mana-mana program atau kelayakan di bawah subseksyen 70(2)— (a) jika pemberi pendidikan tinggi itu gagal untuk mematuhi Kerangka atau mana-mana bahagiannya; atau (b) jika pemberi pendidikan tinggi itu melanggar mana-mana syarat yang dilampirkan pada perakuan. (2) Suatu notis bertulis mengenai niat untuk membatalkan pendaftaran hendaklah disampaikan kepada pemberi pendidikan tinggi dan notis itu hendaklah menyatakan alasan bagi pembatalan itu. (3) Pemberi pendidikan tinggi itu hendaklah diberi peluang untuk membuat representasi bertulis dalam masa tiga puluh hari dari tarikh notis dalam subseksyen (2). Agensi Kelayakan Malaysia 55 (4) Selepas tamat tempoh tiga puluh hari yang dinyatakan dalam subseksyen (3) dan selepas menimbangkan apa-apa representasi yang dibuat di bawah subseksyen itu, Agensi hendaklah— (a) mengeluarkan amaran dan memberikan arahan supaya pemberi pendidikan tinggi itu membetulkan keadaan sehingga Agensi berpuas hati dalam masa yang ditentukan; atau (b) meneruskan dengan cadangan tindakan untuk membatalkan pendaftaran itu. (5) Jika pemberi pendidikan tinggi itu gagal untuk membetulkan keadaan sebagaimana yang dikehendaki di bawah perenggan (4)(a), Agensi boleh meneruskan untuk membatalkan pendaftaran itu. (6) Jika pendaftaran telah dibatalkan, Agensi hendaklah memasukkan tarikh pembatalan itu ke dalam Daftar dan hendaklah memberikan notis pembatalan kepada pihak berkuasa yang berkenaan. (7) Pemberi pendidikan tinggi hendaklah menyerahkan perakuan akreditasi yang dikeluarkan di bawah subseksyen 70(3) kepada Agensi dalam masa tiga puluh hari dari tarikh pembatalan pendaftaran. Bab 6 Program dan kelayakan kampus cawangan Pendaftaran program atau kelayakan diakredit kampus cawangan 72. (1) Jika suatu program atau kelayakan telah diakredit di bawah Akta ini dan pemberi pendidikan tinggi berniat untuk menjalankan suatu program yang serupa atau menganugerahkan suatu kelayakan yang serupa di suatu kampus cawangan, pemberi pendidikan tinggi boleh memohon pendaftaran dalam Daftar, program atau kelayakan yang hendak dijalankan di kampus cawangan itu. (2) Permohonan bagi pendaftaran di bawah subseksyen (1) hendaklah mengikut apa-apa bentuk dan cara yang ditetapkan. 56 Undang-Undang Malaysia AktA 679 (3) Selepas menimbangkan suatu permohonan di bawah subseksyen (1) dan dalam hal suatu program profesional atau kelayakan profesional, selepas mendapat kelulusan badan profesional yang berkenaan terlebih dahulu, Agensi boleh— (a) mendaftarkan program atau kelayakan itu; atau (b) enggan untuk mendaftarkan program atau kelayakan itu, dengan menyatakan alasan bagi penolakan itu. (4) Dalam menimbangkan permohonan itu, Agensi atau, dalam hal suatu program profesional atau kelayakan profesional, badan profesional yang berkenaan, boleh menjalankan suatu audit institusi ke atas kampus cawangan. (5) Selepas mendaftarkan program atau kelayakan dalam Daftar, Agensi hendaklah mengeluarkan suatu perakuan akreditasi selepas dibayar fi yang ditetapkan dan perakuan itu hendaklah menyatakan program dan menjelaskan premis tempat program diakredit itu hendak dijalankan atau dimajukan. (6) Agensi atau, dalam hal suatu program profesional atau kelayakan profesional, badan profesional yang berkenaan, boleh, pada masa atau pada bila-bila masa selepas mengeluarkan perakuan akreditasi, mengenakan apa-apa syarat yang disifatkannya perlu atau suai manfaat dan boleh mengubah, meminda atau membatalkan mana-mana syarat itu atau mengenakan syarat baharu atau tambahan dari semasa ke semasa. (7) Bagi maksud seksyen ini, “kampus cawangan” ertinya suatu cawangan pemberi pendidikan tinggi yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis. Pembatalan pendaftaran 73. (1) Tertakluk kepada peruntukan seksyen ini, Agensi atau, dalam hal suatu program profesional atau kelayakan profesional, badan profesional yang berkenaan, boleh, pada bila-bila masa membatalkan pendaftaran yang diberikan kepada apa-apa program atau kelayakan di bawah subseksyen 72(3) jika pemberi pendidikan tinggi melanggar mana-mana syarat yang dilampirkan pada perakuan akreditasi. (2) Suatu notis bertulis mengenai niat untuk membatalkan pendaftaran hendaklah disampaikan kepada pemberi pendidikan tinggi dan notis itu hendaklah menyatakan alasan bagi pembatalan itu. Agensi Kelayakan Malaysia 57 (3) Pemberi pendidikan tinggi itu hendaklah diberi peluang untuk membuat representasi bertulis dalam masa tiga puluh hari dari tarikh notis dalam subseksyen (2). (4) Selepas tamat tempoh tiga puluh hari yang dinyatakan dalam subseksyen (3) dan selepas menimbangkan apa-apa representasi yang dibuat di bawah subseksyen itu, Agensi atau, dalam hal suatu program profesional atau kelayakan profesional, badan profesional yang berkenaan, hendaklah— (a) mengeluarkan amaran dan memberikan arahan supaya pemberi pendidikan tinggi itu membetulkan keadaan sehingga Agensi atau badan profesional yang berkenaan, mengikut mana-mana yang berkenaan, berpuas hati dalam masa yang ditentukan; atau (b) meneruskan dengan cadangan tindakan untuk membatalkan pendaftaran itu. (5) Jika pemberi pendidikan tinggi gagal untuk membetulkan keadaan sebagaimana yang dikehendaki di bawah perenggan (4)(a), Agensi atau, dalam hal suatu program profesional atau kelayakan profesional, atas nasihat badan profesional yang berkenaan, boleh meneruskan untuk membatalkan pendaftaran itu. (6) Jika pendaftaran telah dibatalkan, Agensi hendaklah memasukkan tarikh pembatalan itu ke dalam Daftar dan hendaklah memberikan notis pembatalan itu kepada pihak berkuasa berkenaan. (7) Pemberi pendidikan tinggi hendaklah menyerahkan perakuan akreditasi yang dikeluarkan di bawah subseksyen 72(5) kepada Agensi dalam masa tiga puluh hari dari tarikh pembatalan. Bab 7 Pembelajaran terdahulu dan pemindahan kredit Permohonan bagi akreditasi 74. (1) Sesuatu permohonan oleh pemberi pendidikan tinggi bagi pengakreditan kriteria dan tatacara bagi pengiktirafan pembelajaran terdahulu seseorang dan bagi pemindahan kredit antara program diakredit atau kelayakan diakredit hendaklah dibuat kepada Agensi mengikut apa-apa bentuk dan cara yang ditetapkan. 58 Undang-Undang Malaysia AktA 679 (2) Tiap-tiap permohonan hendaklah disertakan dengan apa-apa dokumen, maklumat dan fi yang ditetapkan. (3) Bentuk, cara, dokumen dan fi yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) dan (2) boleh berbeza antara pengalaman, pembelajaran dan pemindahan kredit yang berlainan. (4) Pada bila-bila masa selepas menerima suatu permohonan bagi akreditasi di bawah subseksyen (1) dan sebelum memutuskannya, Agensi boleh melalui notis bertulis menghendaki supaya pemberi pendidikan tinggi memberikan dokumen dan maklumat tambahan dalam tempoh yang ditetapkan. (5) Jika dokumen dan maklumat tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (4) tidak diberikan oleh pemberi pendidikan tinggi dalam tempoh yang ditetapkan itu atau apa-apa tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh Agensi, permohonan itu hendaklah disifatkan ditarik balik dan tidak diteruskan selanjutnya, tanpa menjejaskan hak pemberi pendidikan tinggi itu untuk mengemukakan permohonan baru. (6) Bagi maksud Bab ini, “pembelajaran terdahulu” ertinya pengetahuan, kemahiran atau sikap yang diperoleh terdahulu dan termasuklah pengalaman terdahulu. Kuasa untuk membenarkan atau menolak akreditasi 75. (1) Apabila menimbangkan sesuatu permohonan di bawah subseksyen 74(1) selain bagi pemindahan kredit antara program profesional diakredit atau kelayakan profesional diakredit, Agensi boleh— (a) membenarkan permohonan itu dan mengeluarkan perakuan akreditasi kepada pemberi pendidikan tinggi selepas dibayar fi yang ditetapkan; atau (b) menolak permohonan itu, dengan menyatakan alasan bagi penolakan itu. (2) Agensi hendaklah memasukkan butir-butir perakuan akreditasi ke dalam Daftar. Agensi Kelayakan Malaysia 59 (3) Bagi maksud menimbangkan suatu permohonan di bawah subseksyen 74(1), Agensi boleh menjalankan audit institusi. (4) Peruntukan Bab 2 hendaklah terpakai mengikut cara yang sama bagi pemindahan kredit antara program profesional diakredit atau kelayakan profesional diakredit. Kuasa untuk mengenakan syarat 76. Agensi boleh, pada masa atau pada bila-bila masa selepas mengeluarkan perakuan akreditasi di bawah perenggan 75(1)(a), mengenakan apa-apa syarat yang disifatkannya perlu atau suai manfaat dan boleh mengubah, meminda atau membatalkan apa-apa syarat itu atau mengenakan syarat baharu atau tambahan dari semasa ke semasa. Pembatalan akreditasi 77. (1) Tertakluk kepada peruntukan seksyen ini, Agensi boleh, pada bila-bila masa, membatalkan perakuan akreditasi yang diberikan kepada pemberi pendidikan tinggi di bawah perenggan 75(1)(a)— (a) jika pemberi pendidikan tinggi itu gagal untuk mematuhi Kerangka atau mana-mana bahagiannya; atau (b) jika pemberi pendidikan tinggi itu melanggar apa-apa syarat yang dilampirkan pada perakuan itu. (2) Suatu notis bertulis mengenai niat untuk membatalkan perakuan akreditasi hendaklah disampaikan kepada pemberi pendidikan tinggi dan notis itu hendaklah menyatakan alasan bagi pembatalan itu. (3) Pemberi pendidikan tinggi itu hendaklah diberi peluang untuk membuat representasi bertulis dalam masa tiga puluh hari dari tarikh notis dalam subseksyen (2). 60 Undang-Undang Malaysia AktA 679 (4) Selepas tamat tempoh tiga puluh hari yang dinyatakan dalam subseksyen (3) dan selepas menimbangkan apa-apa representasi yang dibuat di bawah subseksyen itu, Agensi hendaklah— (a) mengeluarkan amaran dan memberikan arahan supaya pemberi pendidikan tinggi itu membetulkan keadaan sehingga Agensi berpuas hati dalam tempoh yang dinyatakan; atau (b) meneruskan dengan cadangan tindakan untuk membatalkan perakuan akreditasi itu. (5) Jika pemberi pendidikan tinggi gagal untuk membetulkan keadaan sebagaimana yang dikehendaki di bawah perenggan (4)(a), Agensi boleh meneruskan untuk membatalkan perakuan akreditasi. (6) Jika perakuan akreditasi telah dibatalkan, Agensi hendaklah memasukkan tarikh pembatalan itu ke dalam Daftar dan hendaklah memberikan notis pembatalan itu kepada pihak berkuasa yang berkenaan. Bahagian IX PENILAIAN KELAYAKAN LAIN Permohonan bagi penilaian setara 78. (1) Mana-mana orang boleh memohon kepada Agensi supaya penilaian kelayakan pemberi pendidikan tinggi atau program yang dijalankan di dalam atau di luar Malaysia diperakui sebagai setara dengan kelayakan dalam Kerangka. (2) Suatu permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah mengikut apa-apa bentuk dan cara yang ditetapkan. (3) Tiap-tiap permohonan hendaklah disertakan dengan apa-apa dokumen, maklumat dan fi sebagaimana yang ditetapkan. Agensi Kelayakan Malaysia 61 Penilaian 79. (1) Apabila menerima suatu permohonan di bawah subseksyen 78(1), Agensi atau dalam hal suatu program profesional atau kelayakan profesional, badan profesional yang berkenaan hendaklah menilai program atau kelayakan itu dan boleh memperakui program atau kelayakan itu sebagai setara dengan program atau kelayakan dalam Kerangka. (2) Bagi maksud penilaian di bawah subseksyen (1), Agensi atau badan profesional yang berkenaan, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh— (a) menghendaki mana-mana orang memberikannya apa-apa maklumat dan butir sebagaimana yang dikehendaki untuk memutuskan permohonan; (b) berusaha sama, bekerjasama atau menyelaraskan dengan mana-mana orang, termasuk agensi kerajaan, pemberi pendidikan tinggi, badan pelajar, kakitangan akademik, badan jaminan kualiti dan akreditasi, badan profesional dan majikan; dan (c) menubuhkan suatu jawatankuasa bagi maksud menimbangkan, menentusahkan dan membuat syor atas permohonan itu. (3) Jika Agensi atau badan profesional yang berkenaan, mengikut mana-mana yang berkenaan, memperakui program atau kelayakan itu sebagai setara dengan kelayakan dalam Kerangka, Agensi hendaklah mengeluarkan perakuan kesetaraan, mengikut bentuk sebagaimana yang ditetapkan, kepada pemohon selepas dibayar fi yang ditetapkan. (4) Tiada tindakan boleh diambil terhadap Agensi, badan profesional yang berkenaan, Ketua Pegawai Eksekutif atau terhadap mana-mana pegawai Agensi jika perakuan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (3) tidak diterima bagi maksud pekerjaan atau bagi kemasukan untuk pendidikan lanjut. 62 Undang-Undang Malaysia AktA 679 Bahagian X AUDIT INSTITUSI Audit institusi 80. (1) Bagi maksud Akta ini, Agensi boleh menubuhkan jawatankuasa audit institusi yang terdiri daripada orang yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman khas dalam perkara yang berhubungan dengan audit institusi sebagaimana yang ditetapkan, untuk melaksanakan apa-apa kewajipan yang berhubungan dengan audit institusi di bawah Akta ini. (2) Suatu audit institusi hendaklah dijalankan bagi maksud Akta ini mengikut tatacara mengenai audit institusi yang ditetapkan. (3) Keanggotaan jawatankuasa audit institusi dan tatacara mengenai audit institusi boleh berbeza mengikut maksud audit institusi itu. Bahagian XI DAFTAR KELAYAKAN MALAYSIA Daftar Kelayakan Malaysia 81. (1) Agensi hendaklah mengadakan dan menyenggarakan suatu daftar kebangsaan yang dikenali sebagai “Daftar Kelayakan Malaysia” mengikut apa-apa bentuk dan cara yang ditetapkan yang mengandungi program, kelayakan dan pemberi pendidikan tinggi yang diakredit di bawah Akta ini. (2) Daftar itu hendaklah menjadi rujukan kebangsaan bagi standard dan titik artikulasi bagi semua program, kelayakan dan institusi diakredit. (3) Agensi hendaklah menjadikan Daftar itu tersedia bagi pemeriksaan awam tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya patut. Agensi Kelayakan Malaysia 63 (4) Mana-mana orang boleh dengan membayar fi yang ditetapkan— (a) memeriksa Daftar; dan (b) membuat salinan, atau mengambil cabutan daripada, Daftar. Bahagian XII RAYUAN Rayuan 82. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), mana-mana pemberi pendidikan tinggi yang terkilan dengan— (a) keengganan Agensi untuk membenarkan suatu akreditasi sementara atau akreditasi masing-masing di bawah Bahagian VII atau Bahagian VIII; atau (b) pembatalan perakuan akreditasi sementara atau akreditasi masing-masing di bawah Bahagian VII atau Bahagian VIII, boleh merayu secara bertulis kepada Menteri dalam masa tiga puluh hari dari tarikh keengganan atau pembatalan itu diserahkan kepada pemberi pendidikan tinggi. (2) Mana-mana pemberi pendidikan tinggi yang terkilan dengan— (a) keengganan badan profesional yang berkenaan untuk memberikan suatu akreditasi sementara atau akreditasi berkenaan dengan suatu program profesional atau kelayakan profesional di bawah Bab 2 Bahagian VIII; atau (b) pembatalan perakuan akreditasi berkenaan dengan suatu program profesional atau kelayakan profesional di bawah Bab 2 Bahagian VIII, boleh merayu secara bertulis kepada Jawatankuasa Rayuan dalam masa tiga puluh hari dari tarikh keengganan atau pembatalan itu disampaikan kepada pemberi pendidikan tinggi. 64 Undang-Undang Malaysia AktA 679 (3) Bagi maksud Bahagian ini, “Jawatankuasa Rayuan” ertinya suatu kumpulan orang yang terdiri daripada apa-apa bilangan wakil yang dilantik oleh badan profesional yang berkenaan dan seorang pegawai Agensi. Kuasa Menteri atau Jawatankuasa Rayuan mengenai rayuan 83. (1) Menteri atau Jawatankuasa Rayuan, mengikut mana- mana yang berkenaan, boleh, apabila rayuan dibuat di bawah seksyen 82, mengesahkan, membatalkan atau mengubah keputusan yang dirayukan itu. (2) Keputusan sesuatu rayuan hendaklah disampaikan secara bertulis kepada Agensi dan orang yang membuat rayuan di bawah subseksyen (1). Keputusan Menteri atau Jawatankuasa Rayuan mengenai rayuan 84. Keputusan Menteri atau Jawatankuasa Rayuan, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengenai sesuatu rayuan adalah muktamad. Bahagian XIII PENGUATKUASAAN DAN PENYIASATAN Pegawai diberi kuasa 85. Bagi maksud Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, Menteri boleh melantik mana- mana pegawai sebagai pegawai diberi kuasa untuk melaksanakan apa-apa kewajipan yang berhubungan dengan penguatkuasaan dan penyiasatan di bawah Akta ini sebagaimana yang dinyatakan dalam pemberian kuasa itu. Kuasa pegawai diberi kuasa 86. Seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah mempunyai segala kuasa untuk— (a) menyiasat apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; Agensi Kelayakan Malaysia 65 (b) menjalankan apa-apa siasatan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; dan (c) menguatkuasakan mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini. Kuasa pemeriksaan 87. (1) Seseorang pegawai diberi kuasa boleh, melalui notis secara bertulis, menghendaki mana-mana orang yang mengetahui fakta dan hal keadaan sesuatu kes untuk hadir di hadapannya dan untuk diperiksa secara lisan dan hendaklah mengubah ke dalam bentuk bertulis apa-apa pernyataan yang dibuat oleh orang yang diperiksa sedemikian. (2) Apa-apa pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah diterima sebagai keterangan dalam apa-apa prosiding dalam mahkamah di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini terhadap orang itu atau terhadap mana-mana orang lain. Pengemukaan dokumen, dsb. 88. (1) Semasa menjalankan penyiasatan atau pemeriksaan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini pegawai diberi kuasa boleh— (a) menghendaki mana-mana orang untuk mengemukakan kepadanya apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, bahan atau barang lain dalam bentuk fizikal atau dalam perantara elektronik; dan (b) memeriksa, membuat salinan, mengambil cabutan daripada, mengalihkan dan menahan apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, bahan atau barang lain dalam bentuk fizikal atau dalam perantara elektronik. 66 Undang-Undang Malaysia AktA 679 (2) Pegawai diberi kuasa boleh memberi kebenaran kepada mana-mana orang, sebagaimana yang perlu, untuk memeriksa apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, bahan atau barang lain dalam bentuk fizikal atau dalam perantara elektronik yang ditahan dan diambil milikan oleh pegawai diberi kuasa. Penyitaan dokumen, dsb. 89. Jika seseorang pegawai diberi kuasa yang menjalankan suatu penyiasatan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan telah dilakukan terhadap Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, dia boleh menyita apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, bahan atau barang lain dalam bentuk fizikal atau dalam perantara elektronik, yang dikemukakan di bawah seksyen 88 dan buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, bahan atau barang lain dalam bentuk fizikal atau dalam perantara elektronik itu hendaklah diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding dalam mahkamah di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini terhadap orang itu atau terhadap mana-mana orang lain. Permohonan bagi waran geledah 90. Jika seseorang pegawai diberi kuasa mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana premis telah digunakan, sedang digunakan atau hendak digunakan bagi, atau terdapat dalam mana-mana premis keterangan yang diperlukan untuk membuktikan perlakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta, dia boleh memohon suatu waran geledah kepada seorang Majistret dengan cara maklumat bertulis bersumpah. Kuasa Majistret untuk mengeluarkan waran geledah 91. Jika Majistret berpuas hati bahawa terdapat perlakuan kesalahan di bawah mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta Agensi Kelayakan Malaysia 67 ini, dia boleh mengeluarkan suatu waran geledah yang membenarkan pegawai diberi kuasa, pada bila-bila masa yang munasabah sama ada siang atau malam dan dengan atau tanpa bantuan— (a) untuk memasuki mana-mana premis, jika perlu dengan kekerasan, yang telah digunakan atau hendak digunakan, bagi perlakuan kesalahan di bawah Akta ini atau mana- mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; (b) untuk menggeledah dan menyita, dan mengalihkan apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, bahan atau barang lain dalam bentuk fizikal atau dalam perantara elektronik— (i) yang berkenaan dengannya suatu kesalahan telah dilakukan; (ii) yang berkenaan dengannya suatu kesalahan disyaki telah dilakukan; atau (iii) yang semunasabahnya dipercayai dapat dijadikan keterangan mengenai perlakuan kesalahan itu; atau (c) untuk menahan tiap-tiap orang yang dijumpai di dalam premis itu sehingga premis itu selesai digeledah. Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran 92. Jika seseorang pegawai diberi kuasa mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa, oleh sebab kelengahan dalam memperoleh suatu waran geledah di bawah seksyen 91— (a) penyiasatan itu akan terjejas teruk; (b) tujuan kemasukan itu mungkin akan terkecewa; 68 Undang-Undang Malaysia AktA 679 (c) buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, bahan atau barang lain yang dicari mungkin dialihkan atau diganggu; atau (d) keterangan yang dicari mungkin diganggu atau dimusnahkan, dia boleh menjalankan dalam, dan berkenaan dengan, premis pemberi pendidikan tinggi segala kuasa yang disebut dalam seksyen 91 dengan cara sepenuhnya dan secukupnya seolah-olah dia diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh suatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu. Pengemukaan kad kuasa 93.
Part document.segment-3
679 - AKTA AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA 2007 — segment 3
- document.segment-3 Verify source ↗
679 - AKTA AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA 2007 — segment 3
AI-assisted research summary: The provision requires authorized officers to identify themselves and show an authority card, lets the Minister issue that card, and sets several offences, penalties, confidentiality, prosecution, compounding, and transition rules.
(1) Seseorang pegawai diberi kuasa apabila menjalankan mana-mana kuasa di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan- peraturan yang dibuat di bawah Akta ini hendaklah mengisytiharkan jawatannya dan hendaklah mengemukakan kepada orang yang terhadapnya dia bertindak atau yang daripadanya dia menghendaki apa-apa maklumat itu, apa-apa kad kuasa sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri untuk dibawa oleh pegawai itu. (2) Kad kuasa yang dinyatakan dalam subseksyen (1) hendaklah dikeluarkan oleh Menteri. Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaan boleh didapatkan 94. Tiada seorang pun boleh, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang disita atau ditahan pada menjalankan atau berupa sebagai penjalanan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, berhak mendapatkan kos prosiding itu atau apa-apa ganti rugi atau relief lain, selain suatu perintah bagi pemulangan benda yang disita atau ditahan itu, atau bayaran nilainya melainkan jika penyitaan atau penahanan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah. Agensi Kelayakan Malaysia 69 Bahagian XIV KESALAHAN DAN PENALTI Tafsiran 95. Bagi maksud Bahagian ini— “perakuan” ertinya perakuan akreditasi sementara, perakuan akreditasi, perakuan swaakreditasi atau perakuan kesetaraan, mengikut mana-mana yang berkenaan; “program diakredit” ertinya program yang diakredit secara sementara atau diakredit di bawah Akta ini, mengikut mana-mana yang berkenaan; “akreditasi” ertinya akreditasi sementara atau akreditasi yang diberikan di bawah Akta ini. Pendaftaran pelajar bagi program yang didakwa diakredit 96. Mana-mana orang yang mendaftarkan pelajar bagi suatu program yang didakwa sebagai program diakredit tanpa suatu perakuan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Larangan pengiklanan, dsb. 97. (1) Tiada seorang pun boleh mengemukakan dirinya sebagai atau mempromosikan sesuatu pemberi pendidikan tinggi sebagai pemberi pendidikan tinggi yang menyediakan program diakredit atau memberikan kelayakan diakredit, sama ada melalui iklan, prospektus, risalah atau selainnya, melainkan jika pemberi pendidikan tinggi itu diakredit di bawah Akta ini. (2) Tiada seorang pun boleh mempromosikan suatu program sebagai program diakredit, sama ada melalui iklan, prospektus, risalah atau selainnya, melainkan jika program itu telah diakredit di bawah Akta ini. 70 Undang-Undang Malaysia AktA 679 (3) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) dan (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Kesalahan dan penalti yang berhubungan dengan kelayakan pendidikan tinggi 98. Mana-mana orang yang tidak diberikan akreditasi di bawah Akta ini yang mengeluarkan atau menganugerahkan apa-apa kelayakan pendidikan tinggi yang didakwa sebagai mematuhi Kerangka melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. Kesalahan dan penalti yang berhubungan dengan permohonan yang dibuat di bawah Akta 99. Mana-mana pemberi pendidikan tinggi yang, semasa membuat permohonan bagi akreditasi sementara atau akreditasi atau mana- mana orang yang membuat permintaan bagi penilaian di bawah Akta ini, membuat apa-apa pernyataan yang diketahuinya adalah palsu, atau yang dia tidak percaya adalah benar, atau dengan sengaja menyembunyikan apa-apa fakta yang material, atau memberikan apa-apa maklumat yang mengelirukan dalam apa-apa butir material melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. Kesalahan dan penalti yang berhubungan dengan perakuan 100. (1) Jika— (a) mana-mana pemberi pendidikan tinggi gagal untuk menyebabkan suatu salinan perakuan dipamerkan mengikut Akta ini; (b) mana-mana pemberi pendidikan tinggi yang telah terhenti daripada mengadakan program gagal menyerahkan perakuan kepada Agensi mengikut Akta ini; atau Agensi Kelayakan Malaysia 71 (c) mana-mana pemberi pendidikan tinggi, apabila dibatalkan perakuan, gagal menyerahkan perakuan kepada Agensi mengikut Akta ini, pemberi pendidikan tinggi itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. (2) Mana-mana orang yang ada dalam milikannya apa-apa perakuan palsu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun tetapi tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Kesalahan yang berhubungan dengan pemeriksaan, penguatkuasaan dan penyiasatan 101. Mana-mana orang— (a) yang gagal untuk mengemukakan apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, bahan atau barang lain dalam bentuk fizikal atau dalam perantara elektronik, yang dikehendaki oleh pegawai diberi kuasa di bawah Akta ini; atau (b) yang menghalang atau enggan membenarkan seseorang pegawai diberi kuasa di bawah Akta ini untuk— (i) memasuki mana-mana kawasan termasuk bangunan atau struktur di atasnya yang dipunyai atau digunakan, sama ada secara tetap atau selainnya, atau sama ada atau tidak didaftarkan bagi kegunaan, oleh pemberi pendidikan tinggi; (ii) memeriksa apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, bahan atau barang lain dalam bentuk fizikal atau dalam perantara elektronik, yang difikirkannya perlu; 72 Undang-Undang Malaysia AktA 679 (iii) mengalihkan dan menahan apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, bahan atau barang lain dalam bentuk fizikal atau dalam perantara elektronik yang, pada pendapatnya, boleh memberikan keterangan tentang perlakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; atau (iv) menghendaki mana-mana orang, yang merupakan anggota majlis, ketua pegawai eksekutif, pegawai atau pekerja pemberi pendidikan tinggi, untuk mengemukakan bagi pemeriksaannya apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, bahan atau barang lain dalam bentuk fizikal atau dalam perantara elektronik, yang berada dalam milikan atau jagaan orang itu atau di bawah kawalannya atau dalam kuasanya untuk memberikan yang berhubungan dengan pengurusan pemberi pendidikan tinggi atau yang berhubungan dengan program yang dijalankan oleh pemberi pendidikan tinggi itu; (c) yang disaman di bawah seksyen 87 dan tanpa alasan yang munasabah gagal untuk hadir pada masa dan di tempat yang disebut dalam saman itu, atau yang, setelah hadir, enggan menjawab apa-apa soalan yang dikemukakan kepadanya dengan sah menurut undang-undang; (d) yang gagal untuk mengemukakan apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, bahan atau barang lain dalam bentuk fizikal atau dalam perantara elektronik, yang dikehendaki oleh pegawai diberi kuasa di bawah seksyen 88; atau (e) yang menghalang atau menggalang seseorang pegawai diberi kuasa semasa menjalankan mana-mana kuasanya di bawah seksyen 86, 87, 88 atau 89, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. Agensi Kelayakan Malaysia 73 Bahagian XV PELBAGAI Pemulaan pendakwaan 102. Tiada pendakwaan bagi atau yang berhubungan dengan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan- peraturan yang dibuat di bawah Akta boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya. Bidang kuasa Mahkamah Majistret Kelas Pertama 103. Walau apa pun yang terkandung dalam mana-mana undang- undang bertulis yang berlawanan, Mahkamah Majistret Kelas Pertama hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan- peraturan yang dibuat di bawah Akta ini dan untuk menjatuhkan hukuman penuh bagi apa-apa kesalahan itu. Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan, dsb. 104. Jika sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini telah dilakukan oleh sesuatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau persatuan— (a) dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, mana-mana orang yang merupakan pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya dalam pertubuhan perbadanan itu pada masa pelakuan kesalahan itu; (b) dalam hal suatu perkongsian, tiap-tiap pekongsi dalam perkongsian itu pada masa pelakuan kesalahan itu; atau (c) dalam hal suatu persatuan, tiap-tiap pemegang jawatan persatuan itu pada masa pelakuan kesalahan itu, boleh didakwa secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan pertubuhan perbadanan, perkongsian atau persatuan itu dan hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya atau pembiarannya atau bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan telah menjalankan segala usaha yang wajar untuk mencegah pelakuan kesalahan itu. 74 Undang-Undang Malaysia AktA 679 Pengkompaunan kesalahan 105. (1) Agensi boleh, dengan keizinan Pendakwa Raya, membuat tawaran secara bertulis untuk mengkompaun mana-mana kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini dan yang ditetapkan sebagai kesalahan boleh dikompaun di bawah Akta ini dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang itu untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada Agensi suatu amaun yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum bagi kesalahan itu, dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu. (2) Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan bagi kesalahan itu dimulakan. (3) Jika amaun yang dinyatakan dalam subseksyen (1) tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh Agensi, pendakwaan bagi kesalahan itu bolehlah dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat. (4) Jika sesuatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan selepas itu berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu telah dibuat dan jika pemilikan telah diambil terhadap mana-mana buku, rekod atau dokumen lain atau apa-apa barang lain, buku, rekod atau dokumen atau barang lain itu boleh dilepaskan tertakluk kepada apa-apa syarat yang dikenakan mengikut syarat-syarat kompaun. (5) Amaun wang yang diterima di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan. Penalti am 106. Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini yang baginya tiada penalti diperuntukkan secara nyata boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Agensi Kelayakan Malaysia 75 Penalti dalam hal kesalahan yang berterusan 107. Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini hendaklah, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, boleh, sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang dia bertanggungan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini berkenaan dengan kesalahan itu, didenda harian tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan. Anggapan 108. Dalam apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini apabila telah dibuktikan bahawa apa-apa permohonan, maklumat, butir-butir, penyata, akaun, rekod, dokumen atau pernyataan, sama ada bertulis atau tidak, adalah— (a) palsu atau tidak benar keseluruhan atau sebahagiannya; atau (b) mengelirukan dalam apa-apa butir material, hendaklah dianggapkan sehingga dibuktikan sebaliknya bahawa permohonan, maklumat, butir-butir, penyata, akaun, rekod, dokumen atau pernyataan itu adalah palsu atau tidak benar pada keseluruhannya atau sebahagiannya atau mengelirukan dalam apa-apa hal material, mengikut mana-mana yang berkenaan, pada pengetahuan orang yang menandatangani, menghantar atau membekalkannya. Pekhidmat awam 109. Tiap-tiap anggota Majlis atau mana-mana jawatankuasanya, mana-mana pegawai, pekerja atau ejen Agensi dan mana-mana anggota jawatankuasanya dan mana-mana anggota Jawatankuasa Teknikal Bersama semasa menunaikan kewajipan atau melaksanakan fungsi atau menjalankan kuasanya di bawah Akta ini atau mana- mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574]. 76 Undang-Undang Malaysia AktA 679 Perlindungan daripada tindakan guaman dan prosiding undang-undang 110. Tiada tindakan boleh diambil atau pendakwaan boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan terhadap— (a) Agensi, mana-mana anggota jawatankuasanya atau mana- mana pegawai, pekerja atau ejen Agensi; (b) Majlis, mana-mana anggota Majlis, atau mana-mana anggota jawatankuasanya; (c) Jawatankuasa Teknikal Bersama atau mana-mana anggotanya; atau (d) mana-mana orang lain yang bertindak dengan sah bagi pihak Agensi atau Majlis, berkenaan dengan apa-apa perbuatan, pengabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya dengan suci hati atau apa- apa peninggalan yang ditinggalkan olehnya dengan suci hati atas sifat yang sedemikian. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 111. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198] hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Agensi, Majlis, mana-mana anggota Majlis dan jawatankuasanya, mana-mana pegawai, pekerja atau ejen Agensi dan jawatankuasanya dan mana-mana anggota Jawatankuasa Teknikal Bersama berkenaan dengan apa-apa perbuatan, pengabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya atas sifatnya yang sedemikian. Obligasi kerahsiaan 112. (1) Kecuali bagi mana-mana maksud Akta ini atau bagi maksud apa-apa prosiding sivil atau jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis, tiada anggota Majlis, pegawai, pekerja atau ejen Agensi boleh menzahirkan apa-apa maklumat yang telah diperolehnya semasa menjalankan kewajipannya dan yang tidak disiarkan menurut Akta ini. Agensi Kelayakan Malaysia 77 (2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. Kuasa untuk mengecualikan 113. (1) Menteri boleh selain program profesional atau kelayakan profesional, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta mengecualikan, tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya patut untuk dikenakan— (a) mana-mana pemberi pendidikan tinggi yang didaftarkan sewajarnya di bawah mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa; (b) mana-mana orang atau kumpulan orang; atau (c) mana-mana pemberi pendidikan tinggi, daripada semua atau mana-mana peruntukan Akta ini atau mana- mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini. (2) Menteri boleh, pada bila-bila masa, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, membatalkan mana-mana perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) jika dia berpuas hati bahawa pengecualian itu tidak lagi patut diberikan. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan 114. (1) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan yang difikirkan perlu atau suai manfaat bagi melaksanakan sepenuhnya atau menjalankan peruntukan Akta ini. (2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi— (a) menetapkan cara memohon akreditasi sementara atau akreditasi di bawah Akta ini, butir-butir yang hendaklah dibekalkan oleh pemohon, cara akreditasi dan syarat- syarat yang hendaklah dikenakan; 78 Undang-Undang Malaysia AktA 679 (b) menetapkan borang bagi maksud Akta ini; (c) menetapkan fi dan caj yang kena dibayar di bawah Akta ini dan cara memungut dan membayar fi dan caj itu; (d) menetapkan rekod dan dokumen yang hendaklah disimpan dan penyata yang hendaklah dikemukakan; (e) menetapkan tatacara yang hendaklah diikuti dalam mentadbir Kumpulan Wang; (f) menetapkan tatacara dan kesalahan yang boleh dikompaun; (g) mengadakan pengawalseliaan semua atau mana-mana aktiviti Agensi dan secara amnya pelaksanaan fungsi, penjalanan kuasa dan penunaian kewajipan Agensi di bawah Akta ini; (h) mengadakan apa-apa perkara lain yang dijangkakan oleh, atau yang perlu untuk menguatkuasakan sepenuhnya, peruntukan Akta ini dan bagi pentadbiran sewajarnya peruntukan itu. Bahagian XVI PEMANSUHAN, KECUALIAN DAN PERALIHAN Pemansuhan dan pembubaran 115. Akta Lembaga Akreditasi Negara 1996 [Akta 556] dimansuhkan (“Akta dimansuhkan”) dan Lembaga Akreditasi Negara (“Lembaga”) dibubarkan. Pemindahan kuasa, dsb. 116. Kuasa, hak, keistimewaan, liabiliti, obligasi dan kewajipan yang sebelum hari ditetapkan merupakan kuasa, hak, keistimewaan, liabiliti, obligasi dan kewajipan Lembaga hendaklah dari hari itu turun kepada Agensi. Agensi Kelayakan Malaysia 79 Pemindahmilikan harta 117. (1) Semua tanah yang sebelum hari ditetapkan terletak hak pada, atau dirizabkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tanah bagi maksud Lembaga hendaklah pada hari itu terletak hak pada atau disifatkan sebagai dirizabkan bagi maksud Agensi. (2) Semua harta dan aset selain tanah yang sebelum hari ditetapkan terletak hak pada Lembaga atau pada mana-mana orang bagi pihak Lembaga, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah pada hari itu terletak hak pada Agensi. Kontrak sedia ada 118. Segala surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan perkiraan kerja yang wujud sebelum hari ditetapkan dan menyentuh apa-apa harta yang dipindahmilikkan di bawah seksyen 117 hendaklah mempunyai kuat kuasa dan kesan sepenuhnya terhadap atau memihak kepada Agensi dan bolehlah dikuatkuasakan sepenuhnya dan berkesan seolah-olah, sebagai ganti Lembaga atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Lembaga, Agensi telah dinamakan dalamnya atau menjadi pihak kepadanya. Pemindahan wang dalam kumpulan wang 119. Semua wang dalam atau yang kena dibayar ke dalam kumpulan wang Lembaga yang ditubuhkan di bawah Akta dimansuhkan hendaklah pada hari ditetapkan dipindahkan ke dalam dan disifatkan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 Akta ini. Keanggotaan Lembaga 120. (1) Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan, anggota Lembaga dan anggota mana-mana jawatankuasa yang dilantik di bawah Akta dimansuhkan yang memegang jawatan sebelum hari ditetapkan hendaklah terhenti memegang jawatan pada hari itu. 80 Undang-Undang Malaysia AktA 679 (2) Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) boleh menjejaskan kebertanggungjawaban anggota Lembaga yang akan berhenti memegang jawatan dan seberapa segera yang dapat dilaksanakan selepas hari ditetapkan, Lembaga hendaklah menyediakan dan mengemukakan kepada Menteri suatu laporan termasuk penyata kewangan yang dikehendaki di bawah Akta dimansuhkan, tetapi laporan itu hendaklah terhad kepada tempoh dari 1 Januari tahun yang berkenaan sehingga hari sebelum hari ditetapkan. Penerusan pegawai dan pekhidmat 121. Orang yang pada hari ditetapkan diambil khidmat sebagai pegawai dan pekhidmat Lembaga di bawah Akta dimansuhkan hendaklah terus menjadi pegawai dan pekhidmat Agensi di bawah Akta ini seolah-olah mereka telah dilantik di bawah seksyen 22 Akta ini atas terma dan syarat yang sama bagi tempoh yang akan tamat pada hari pelantikan mereka di bawah Akta dimansuhkan sepatutnya tamat. Kecualian bagi perakuan dan daftar 122. (1) Walau apa pun pemansuhan dan pembubaran di bawah seksyen 115 atau mana-mana peruntukan Akta ini yang berlawanan, tiap-tiap orang yang, sebelum hari ditetapkan, memegang perakuan yang sah yang dikeluarkan kepadanya di bawah Akta dimansuhkan hendaklah disifatkan sebagai diakredit di bawah Akta ini sehingga tamat tempoh perakuan itu dan tertakluk kepada terma dan syarat yang dilampirkan padanya. (2) Tiap-tiap perakuan yang menurut kuasanya seseorang disifatkan di bawah subseksyen (1) diakredit di bawah Akta ini hendaklah disifatkan telah dikeluarkan di bawah Akta ini; dan Agensi boleh mengubah terma dan syarat yang dilampirkan pada perakuan itu bagi maksud menyelaraskannya dengan dasar Agensi mengenai pengenaan syarat akreditasi di bawah Akta ini. (3) Jika suatu pemberi pendidikan tinggi yang disifatkan diakredit di bawah subseksyen (1) berhasrat untuk diakredit di bawah Akta ini selepas tamat tempoh yang baginya dia disifatkan diakredit di bawah Akta ini, dia boleh memohon kepada Agensi bagi suatu perakuan akreditasi mengikut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan, dan permohonannya hendaklah dibuat dan dianggap sebagai suatu permohonan baru dan bukan sebagai permohonan bagi pembaharuan perakuan akreditasi. Agensi Kelayakan Malaysia 81 (4) Semua daftar yang disimpan dan disenggarakan di bawah Akta dimansuhkan hendaklah disifatkan sebagai daftar yang disimpan dan disenggarakan di bawah Akta ini dan hendaklah disifatkan sebagai sebahagian daripadanya. Penerusan permohonan, dsb., yang belum selesai 123. (1) Segala permohonan, kelulusan atau keputusan, atas rayuan atau selainnya, yang belum selesai di hadapan Lembaga di bawah Akta dimansuhkan hendaklah pada hari ditetapkan diuruskan oleh Agensi di bawah Akta ini. (2) Segala permohonan, kelulusan atau keputusan, atas rayuan atau selainnya, yang belum selesai di hadapan Menteri di bawah Akta dimansuhkan hendaklah pada hari ditetapkan diuruskan oleh Menteri di bawah Akta ini. (3) Segala surat cara, perakuan atau dokumen yang diserah simpan dengan Lembaga di bawah Akta dimansuhkan sebelum hari ditetapkan hendaklah pada hari ditetapkan diserah simpan dengan Agensi. Penerusan prosiding sivil dan jenayah 124. (1) Baik pemansuhan di bawah seksyen 115 mahupun apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini boleh menyentuh liabiliti mana-mana orang untuk didakwa atau dihukum bagi kesalahan yang dilakukan di bawah Akta dimansuhkan sebelum hari ditetapkan, atau apa-apa prosiding yang dibawa sebelum hari itu berkenaan dengan kesalahan sedemikian. (2) Apa-apa prosiding, sama ada sivil atau jenayah, atau kausa tindakan yang belum selesai atau yang wujud sebelum hari ditetapkan oleh atau terhadap Lembaga atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Lembaga boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Agensi sebagaimana ia boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Lembaga atau mana-mana orang sedemikian seolah-olah Akta ini tidak diperbuat. (3) Apa-apa rayuan yang dibawa atau apa-apa kebenaran merayu yang dipohon pada atau selepas hari ditetapkan terhadap suatu keputusan yang diberikan sebelum hari itu dalam apa-apa prosiding undang-undang yang kepadanya Lembaga merupakan suatu pihak boleh dibawa oleh atau terhadap Agensi. 82 Undang-Undang Malaysia AktA 679 Sebutan dalam undang-undang atau dokumen mengenai Lembaga 125. Sesuatu sebutan dalam mana-mana undang-undang atau dokumen yang berkuat kuasa sebelum hari ditetapkan mengenai Lembaga hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Agensi. Penerusan penggunaan nama 126. (1) Walau apa pun seksyen 115 dan 125, Agensi boleh terus menggunakan nama “Lembaga Akreditasi Negara” bagi maksud mengekalkan nama baik atau bagi apa-apa maksud yang disifatkan patut oleh Agensi. (2) Tiada orang lain boleh menggunakan nama “Lembaga Akreditasi Negara” kecuali dengan kelulusan bertulis terlebih dahulu Agensi. (3) Seseorang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit. Pencegahan anomali 127. (1) Menteri boleh, selepas berunding dengan Agensi, bilamana didapatinya perlu atau suai manfaat untuk berbuat demikian, sama ada bagi maksud menghapuskan kesulitan atau mencegah anomali berbangkit daripada pembuatan Akta ini, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta membuat apa-apa ubah suaian kepada mana-mana peruntukan dalam mana-mana undang-undang yang sedia ada sebagaimana yang difikirkannya patut. (2) Menteri tidak boleh menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1) selepas tamat tempoh dua tahun dari hari ditetapkan. Agensi Kelayakan Malaysia 83 Jadual [Subseksyen 11(3)] Mesyuarat 1. (1) Majlis bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali tiap-tiap tiga bulan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang ditetapkan oleh Pengerusi. (2) Notis secara bertulis sekurang-kurangnya empat belas hari hendaklah diberikan kepada anggota Majlis. (3) Pengerusi hendaklah mempengerusikan mesyuarat Majlis. (4) Kuorum Majlis ialah lapan orang. (5) Tiap-tiap anggota yang hadir adalah berhak kepada satu undi. (6) Jika atas suatu persoalan untuk ditentukan oleh Majlis terdapat persamaan undi, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus. Majlis boleh mengundang orang lain untuk menghadiri mesyuarat 2. (1) Majlis boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mesyuarat atau pertimbangtelitian Majlis bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi dalam mesyuarat atau pertimbangtelitian itu. (2) Seseorang yang diundang di bawah subperenggan (1) boleh dibayar apa-apa fi sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis. Penzahiran kepentingan 3. Seseorang anggota yang mempunyai, secara langsung atau secara tidak langsung, dengan sendiri atau melalui pekongsinya, apa-apa kepentingan dalam mana-mana syarikat atau pengusahaan yang dengannya Agensi bercadang untuk membuat apa-apa kontrak atau yang mempunyai apa-apa kepentingan dalam mana-mana kontrak itu atau dalam apa-apa perkara yang sedang dibincangkan oleh Majlis hendaklah menzahirkan kepada Majlis hakikat dan jenis kepentingannya itu, dan penzahiran itu hendaklah direkodkan dalam minit Majlis dan, melainkan jika dibenarkan secara khusus oleh Pengerusi, anggota itu tidak boleh mengambil bahagian dalam apa-apa pertimbangtelitian atau keputusan Majlis yang berhubungan dengan kontrak atau perkara itu. Minit 4. (1) Majlis hendaklah menyebabkan supaya minit semua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya. 84 Undang-Undang Malaysia AktA 679 (2) Minit yang dibuat mengenai mesyuarat Majlis, jika ditandatangani dengan sewajarnya, hendaklah diterima sebagai keterangan dalam segala prosiding undang-undang tanpa dibuktikan selanjutnya. (3) Tiap-tiap mesyuarat Majlis yang berkenaan dengan prosidingnya minit telah dibuat sedemikian hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak. Kesahan pembuatan dan prosiding 5. Tiada apa-apa perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan bahawa— (a) ada kekosongan dalam keanggotaan, atau ada kecacatan dalam penubuhan, Majlis; (b) pelanggaran peruntukan perenggan 3 oleh mana-mana anggota; atau (c) ada peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan yang tidak menyentuh merit hal itu. Tatacara 6. Tertakluk kepada Akta ini, Majlis hendaklah menetapkan tatacaranya sendiri. Anggota hendaklah menumpukan masa kepada urusan Majlis 7. Tiap-tiap anggota hendaklah menumpukan masa kepada urusan Majlis sebagaimana yang perlu untuk menunaikan kewajipannya dengan berkesan. Pelantikan hendaklah disiarkan 8. Pelantikan tiap-tiap anggota Majlis hendaklah disiarkan dalam Warta. Agensi Kelayakan Malaysia 85 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 679 AKTA AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA 2007 SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari P.U. (A) 155/2016 Perintah Menteri-Menteri Kerajaan 29-07-2015 Persekutuan (Pindaan) 2016 86 Undang-Undang Malaysia AktA 679 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 679 AKTA AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA 2007 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari – TIADA –
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
679 - AKTA AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA 2007
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in