357 - *AKTA BAHAN-BAHAN KAKISAN DAN LETUPAN DAN SENJATA BERBAHAYA 1958
Read the stored legal text, review its version and status evidence, or ask LexChat a question grounded in exact provisions.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 357 - *AKTA BAHAN-BAHAN KAKISAN DAN LETUPAN DAN SENJATA BERBAHAYA 1958
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
357 - *AKTA BAHAN-BAHAN KAKISAN DAN LETUPAN DAN SENJATA BERBAHAYA 1958
UNDANG-UNDANG MALAYSIA VERSI DALAM TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI Akta 357 AKTA BAHAN-BAHAN KAKISAN DAN LETUPAN DAN SENJATA BERBAHAYA 1958 Sebagaimana pada 1 Oktober 2014 Teks ini HANYALAH TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara bagi Corrosive and Explosive Substances and Offensive Weapons Act 1958. Melainkan jika dan sehingga ditetapkan sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 [Akta 32], teks ini bukan perundangan. 2 AKTA BAHAN-BAHAN KAKISAN DAN LETUPAN DAN SENJATA BERBAHAYA 1958 Pertama kali diperbuat … … … … … … 1958 (Ord. No. 43 tahun 1958) Disemak … … … … … … … … 1988 (Akta 357 m.b.p. 1 Disember 1988) Kali terakhir dipinda melalui Akta A1463 yang mula berkuat kuasa pada … … … … 2 Julai 2014 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 357 AKTA BAHAN-BAHAN KAKISAN DAN LETUPAN DAN SENJATA BERBAHAYA 1958 SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan pemakaian 2. Tafsiran 3. Pemilikan bahan-bahan kakisan atau letupan bagi maksud menyebabkan kecederaan 4. Menggunakan bahan-bahan kakisan atau letupan atau senjata berbahaya 5. Berdampingan dengan orang yang membawa bahan-bahan kakisan atau letupan 6. Membawa senjata berbahaya di tempat awam 7. Kesalahan yang berhubungan dengan senjata terjadual 8. Berdampingan dengan orang yang membawa senjata berbahaya di tempat awam 9. Kuasa penggeledahan dan penyitaan 10. Pelupusan harta 11. Anggapan 12. Kuasa untuk meminda Jadual JADUAL PERTAMA JADUAL KEDUA 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 357 AKTA BAHAN-BAHAN KAKISAN DAN LETUPAN DAN SENJATA BERBAHAYA 1958 Suatu Akta untuk memperuntukkan penalti tertentu yang berhubungan dengan pemilikan bahan-bahan kakisan dan letupan yang menyalahi undang-undang dan membawa senjata berbahaya. [Semenanjung Malaysia—1 Januari 1959, P.U. 384/1958; Sabah dan Sarawak—16 September 1963, P.U. 232/1963] Tajuk ringkas dan pemakaian 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958. (2) Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia. Tafsiran 2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “bahan kakisan” ertinya mana-mana asid dan bahan yang dinyatakan dalam Jadual Pertama dan hendaklah disifatkan termasuk segala bahan yang apabila dikenakan pada tubuh manusia boleh menyebabkan kecederaan melalui tindakan kakisan; “bahan letupan” hendaklah disifatkan termasuk apa-apa benda bagi membuat apa-apa bahan letupan dan apa-apa bom, bom tangan, radas, mesin, alat atau benda yang digunakan atau dimaksudkan untuk digunakan atau disesuaikan bagi menyebabkan atau membantu menyebabkan apa-apa letupan dalam atau dengan apa-apa bahan 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 357 letupan dan mana-mana bahagian bom, bom tangan, radas, mesin, atau alat itu; “cedera” ertinya cedera sebagaimana yang ditakrifkan dalam Kanun Keseksaan [Akta 574]; “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi keselamatan dalam negeri; “senjata berbahaya” termasuklah apa-apa alat yang jika digunakan sebagai senjata berbahaya mungkin akan menyebabkan kecederaan; “senjata terjadual” ertinya mana-mana senjata berbahaya yang dinyatakan dalam Jadual Kedua. Pemilikan bahan-bahan kakisan atau letupan bagi maksud menyebabkan kecederaan 3. Mana-mana orang yang membawa atau ada dalam miliknya atau di bawah kawalannya apa-apa bahan kakisan atau letupan dalam hal keadaan yang menimbulkan suatu anggapan yang munasabah bahawa dia berniat untuk menggunakan atau berniat untuk membolehkan seseorang yang lain menggunakan bahan itu bagi maksud menyebabkan kecederaan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan disebat. Menggunakan bahan-bahan kakisan atau letupan atau senjata berbahaya 4. Mana-mana orang yang dengan menyalahi undang-undang dan dengan niat jahat menggunakan atau cuba menggunakan apa-apa bahan kakisan atau senjata berbahaya bagi maksud menyebabkan kecederaan, atau menyebabkan atau cuba menyebabkan dengan apa-apa bahan letupan suatu letupan daripada jenis yang mungkin boleh menyebabkan kecederaan, sama ada apa-apa kecederaan telah sebenarnya disebabkan atau tidak, melakukan suatu kesalahan dan Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 7 boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun dan disebat. Berdampingan dengan orang yang membawa bahan-bahan kakisan atau letupan 5. Mana-mana orang yang berdampingan dengan atau didapati ada bersama-sama dengan seorang lain yang sedang membawa atau ada dalam miliknya atau di bawah kawalannya apa-apa bahan kakisan atau letupan yang melanggar seksyen 3, dalam hal keadaan yang menimbulkan anggapan yang munasabah bahawa dia telah mengetahui yang orang lain itu sedang membawa atau ada dalam miliknya atau di bawah kawalannya apa-apa bahan itu, melainkan jika dia membuktikan bahawa dia ada alasan yang munasabah bagi mempercayai yang orang lain itu membawa atau ada dalam miliknya atau di bawah kawalannya apa-apa bahan itu bagi maksud yang sah, melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan hukuman yang sama seperti yang boleh dikenakan kepada orang yang didampinginya itu atau yang bersama-sama dengannya ketika dia ditemui. Membawa senjata berbahaya di tempat awam 6. (1) Mana-mana orang yang membawa atau ada dalam miliknya atau di bawah kawalannya, di mana-mana jalan atau tempat awam, apa-apa senjata berbahaya selain dengan kebenaran yang sah atau bagi suatu maksud yang sah, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada sepuluh tahun, dan disebat. (2) Dalam mana-mana pendakwaan bagi sesuatu kesalahan di bawah subseksyen (1) beban membuktikan wujudnya suatu maksud yang sah hendaklah terletak ke atas tertuduh. (3) Suatu senjata hendaklah dianggap sebagai dibawa dengan kebenaran yang sah jika ia dibawa— 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 357 (a) oleh seorang anggota angkatan tentera Malaysia atau mana-mana angkatan tempatan atau pasukan polis atau mana-mana angkatan pelawat yang berada dengan sahnya di Malaysia di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan angkatan pelawat, atau seseorang dalam perkhidmatan mana-mana Kerajaan atau pihak berkuasa tempatan di Malaysia, dan dalam mana-mana hal itu ia dibawa atau berkaitan dengan pelaksanaan kewajipannya sebagai anggota atau orang sedemikian; atau (b) oleh mana-mana orang sebagai sebahagian daripada pakaian rasmi atau pakaian istiadatnya dalam mana-mana upacara rasmi atau istiadat. (4) Suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) hendaklah disifatkan sebagai suatu kesalahan boleh tangkap dan tidak boleh jamin. Kesalahan yang berhubungan dengan senjata terjadual 7. (1) Mana-mana orang yang, melainkan bagi suatu maksud yang sah— (a) membawa atau ada dalam miliknya atau di bawah kawalannya; (b) membuat, menjual atau menyewa atau menawarkan atau mempamerkan untuk jualan atau sewaan; atau (c) meminjamkan atau memberikan kepada mana-mana orang lain, apa-apa senjata terjadual melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada sepuluh tahun. (2) Dalam mana-mana pendakwaan bagi sesuatu kesalahan di bawah subseksyen (1) beban membuktikan wujudnya suatu maksud yang sah hendaklah terletak ke atas tertuduh. Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 9 (3) Suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) hendaklah disifatkan sebagai suatu kesalahan boleh tangkap dan tidak boleh jamin. Berdampingan dengan orang yang membawa senjata berbahaya di tempat awam 8. (1) Mana-mana orang yang berdampingan dengan atau didapati ada bersama-sama dengan seorang lain yang sedang membawa atau ada dalam miliknya atau di bawah kawalannya apa-apa senjata berbahaya yang melanggar seksyen 6, melainkan jika dia membuktikan bahawa dia ada alasan yang munasabah bagi mempercayai yang orang lain itu membawa atau ada dalam miliknya atau di bawah kawalannya apa-apa senjata itu bagi maksud yang sah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan hukuman yang sama seperti yang boleh dikenakan kepada orang yang didampinginya itu atau yang bersama-sama dengannya ketika dia ditemui. (2) Suatu kesalahan terhadap seksyen ini hendaklah disifatkan sebagai suatu kesalahan boleh tangkap dan tidak boleh jamin. Kuasa penggeledahan dan penyitaan 9. (1) Mana-mana pegawai polis boleh, tanpa waran dan dengan atau tanpa bantuan, menahan dan memeriksa mana-mana orang atau kenderaan yang dijumpai di mana-mana jalan atau tempat awam jika dia mempunyai alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa apa-apa keterangan mengenai pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini mungkin akan didapati pada orang itu atau di dalam kenderaan itu, dan boleh melucutkan senjata mana-mana orang itu dan menyita apa- apa senjata berbahaya, artikel atau benda atau pengumpulannya yang boleh digunakan bagi menyebabkan kecederaan jika dia mempunyai alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa ia dimaksudkan atau mungkin dimaksudkan untuk digunakan dalam pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini. 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 357 (2) Mana-mana pegawai polis yang berpangkat Inspektor atau berpangkat lebih tinggi boleh, tanpa waran dan dengan atau tanpa bantuan— (a) menahan dan memeriksa mana-mana orang atau kenderaan, sama ada di jalan awam atau di tempat awam atau tidak; (b) memasuki dan menggeledah mana-mana premis; (c) menaiki dan memeriksa mana-mana vesel, kenderaan atau pesawat udara yang bukannya, atau tidak mempunyai taraf, suatu vesel, kenderaan atau pesawat udara angkatan tentera laut, darat atau udara, jika dia mempunyai alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa apa-apa keterangan mengenai pelakuan atau persediaan bagi pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini mungkin akan didapati pada orang atau premis itu atau dalam mana-mana vesel, kenderaan atau pesawat udara sedemikian dan boleh menyita mana-mana artikel atau benda atau pengumpulannya yang boleh digunakan bagi menyebabkan kecederaan jika dia mempunyai alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa ia dimaksudkan atau mungkin digunakan bagi maksud menyebabkan kecederaan, dan apa-apa keterangan yang didapati dan mana-mana vesel, kenderaan atau pesawat udara yang di dalamnya artikel, benda atau keterangan itu didapati. (3) Tiada seorang pun perempuan boleh diperiksa di bawah seksyen ini kecuali oleh seorang perempuan. Pelupusan harta 10. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), peruntukan Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] yang berhubungan dengan pelupusan harta yang menjadi subjek sesuatu kesalahan, hendaklah terpakai bagi apa-apa artikel yang berada dalam milikan seorang pegawai polis di bawah seksyen 9. Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 11 (2) Apa-apa bahan kakisan atau letupan atau senjata berbahaya yang berada dalam milikan seorang pegawai polis di bawah seksyen 9 boleh dilupuskan mengikut apa-apa cara yang diperintahkan oleh Menteri. (3) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh dikira sebagai menjejaskan apa-apa hak untuk menyimpan atau melupuskan harta yang mungkin wujud di sisi undang-undang selain peruntukan seksyen ini. Anggapan 11. (1) Jika apa-apa bahan kakisan atau letupan dijumpai di dalam atau di mana-mana premis, penghuni premis itu hendaklah disifatkan sebagai memiliki bahan itu melainkan jika dia boleh membuktikan bahawa seorang lain telah memilikinya, atau dia tidak mempunyai pengetahuan atau cara yang munasabah untuk mengetahui bahawa bahan itu telah berada di dalam atau di premis itu dan bahawa dia telah mengambil segala langkah pencegahan yang munasabah terhadap bahan itu yang disimpan di dalam atau di premis itu. (2) Dalam mana-mana pendakwaan di bawah seksyen 3 atau 5, ia hendaklah dianggap sehingga dibuktikan sebaliknya bahawa mana-mana bahan dimaksudkan untuk digunakan bagi menyebabkan kecederaan jika— (a) kuantiti bahan yang dijumpai melebihi kuantiti yang semunasabahnya dikehendaki disimpan oleh tertuduh bagi penggunaan dan pemakaian biasa di rumahnya atau bangunannya dan (dalam hal seseorang yang menjalankan perniagaan) melebihi kuantiti yang semunasabahnya dikehendaki disimpan dalam penjalanan biasa perniagaan itu; (b) bahan itu disimpan secara tersembunyi atau di suatu tempat selain tempat artikel itu mungkin semunasabahnya dijangka disimpan bagi kegunaan 12 Undang-Undang Malaysia AKTA 357 domestik atau dalam hal seseorang yang menjalankan perniagaan, bagi maksud perniagaan; atau (c) bahan itu disimpan dalam bekas selain bekas daripada jenis yang bahan itu biasanya disimpan bagi maksud domestik atau, dalam hal seseorang yang menjalankan perniagaan, bagi maksud perniagaan. Kuasa untuk meminda Jadual 12. Menteri boleh melalui perintah menambah atau meminda Jadual kepada Akta ini. JADUAL PERTAMA [Seksyen 2 dan 12] 1. Asid sulfurik 6. Fenol 2. Asid nitrik 7. Ammonia 3. Asid hidroklorik 8. Kalium hidroksida 4. Asid formik 9. Natrium hidroksida 5. Asid asetik JADUAL KEDUA [Seksyen 2 dan 12] 1. Apa-apa pisau, ada kalanya dikenali sebagai “pisau flik” yang mempunyai bilah yang terbuka secara automatik dengan tekanan tangan digunakan pada suatu butang, spring atau alat lain di dalam atau yang melekat di bahagian pemegang pisau itu. 2. Apa-apa pisau, ada kalanya dikenali sebagai “pisau graviti" yang mempunyai bilah yang dilepaskan daripada pemegang atau sarungnya dengan tekanan graviti atau pemakaian daya emparan dan yang apabila dilepaskan, terkunci di tempat itu dengan menggunakan butang, spring, tuil atau peranti lain. Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 13 3. Apa-apa cemeti yang dibuat daripada rantai basikal atau motosikal, atau daripada apa-apa rantai yang sama jenis. 4. Segala jenis buku lima. 5. Apa-apa bilah atau alat lain yang dipasang pada atau membentuk sebahagian daripada suatu pam basikal, paip logam atau kayu, dan tersembunyi di dalamnya, yang boleh digunakan untuk melukai dan menikam. 6. Apa-apa alat seperti pisau yang mempunyai tiga mata yang tajam dan suatu hujung runcing yang tajam, ada kalanya dikenali sebagai “pengikis bearing”. 7. Apa-apa kapak kecil yang kebiasannya digunakan sebagai suatu senjata dan secara lazimnya dikenali sebagai “kapak kecil”. 8. Apa-apa pedang, keris, parang atau pisau lain yang pada mana-mana bahagiannya ditulis, diukir timbul, dipahat dengan, atau selainnya mempunyai apa-apa ayat, perkataan atau huruf yang berkaitan dengan atau yang berhubungan dengan apa-apa agama atau kepercayaan. 9. Apa-apa pedang atau parang yang kebiasaannya dimaksudkan untuk digunakan sebagai suatu senjata dan bukan sebagai suatu alat pertanian atau rumah atau peralatan kebun. 10. Apa-apa lembing atau mata lembing. 11. Apa-apa busur silang. 12. Apa-apa Patrolite, Stun Gun, Taser, Belantan Kawal atau apa-apa alat, peranti atau kelengkapan yang serupa yang digerakkan oleh bateri atau elektrik atau apa-apa bentuk kuasa. 14 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 357 AKTA BAHAN-BAHAN KAKISAN DAN LETUPAN DAN SENJATA BERBAHAYA 1958 SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari Akta 16/1961 Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan 25-05-1961 dan Senjata Berbahaya (Pindaan) 1961 P.U. 232/1963 Perintah Pengubahsuaian Undang-Undang 16-09-1963 (Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam) (Negeri-Negeri Borneo) 1963 Akta A324 Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan dan 10-01-1976 Perluasan) 1976 Akta A327 Akta Kanun Keseksaan (Pindaan dan 31-03-1976 Perluasan) 1976 P.U. (A) 294/1978 Perintah Senjata Berbahaya 1978 13-10-1978 P.U. (A) 252/1984 Perintah Bahan-Bahan Kakisan dan 20-07-1984 Letupan dan Senjata Berbahaya (Pindaan kepada Jadual Kedua) 1984 P.U. (B) 131/1989 Perintah Bahan-Bahan Kakisan dan 10-03-1989 Letupan dan Senjata Berbahaya (Pindaan Jadual Kedua) 1989 P.U. (A) 23/1992 Perintah Bahan-Bahan Kakisan dan 31-01-1992 Letupan dan Senjata Berbahaya (Pindaan) 1992 Akta A1463 Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan 02-07-2014 dan Senjata Berbahaya (Pindaan) 2014 15 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 357 AKTA BAHAN-BAHAN KAKISAN DAN LETUPAN DAN SENJATA BERBAHAYA 1958 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 1 P.U. 232/1963 16-09-1963 2 Akta 16/1961 25-05-1961 6 Akta A1463 02-07-2014 7 Akta 16/1961 25-05-1961 Akta A1463 02-07-2014 10 Akta A324 10-01-1976 11 Akta 16/1961 25-05-1961 Jadual Pertama Akta 16/1961 25-05-1961 Jadual Kedua P.U. (A) 294/1978 13-10-1978 P.U. (A) 252/1984 20-07-1984 P.U. (B) 131/1989 10-03-1989 P.U. (A) 23/1992 31-01-1992
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
357 - *AKTA BAHAN-BAHAN KAKISAN DAN LETUPAN DAN SENJATA BERBAHAYA 1958
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in