A1762 - AKTA BERNAMA (PINDAAN) 2025
This Act amends the BERNAMA Act 1967, updates the definition of “media organization,” and changes several references from newspaper owners to media organizations.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Citation provenance: source:global:stored-legal-sources · schema StatuteEnrichmentPublicV1.
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of A1762 - AKTA BERNAMA (PINDAAN) 2025
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
A1762 - AKTA BERNAMA (PINDAAN) 2025
AI-assisted research summary: This Act amends the BERNAMA Act 1967, updates the definition of “media organization,” and changes several references from newspaper owners to media organizations.
BERNAMA (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1762 AKTA BERNAMA (PINDAAN) 2025 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1762 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 24 April 2025 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 14 Mei 2025 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). BERNAMA (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1762 AKTA BERNAMA (PINDAAN) 2025 Suatu Akta untuk meminda Akta BERNAMA 1967. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta BERNAMA (Pindaan) 2025. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Pindaan seksyen 2 2. Akta BERNAMA 1967 [Akta 780], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2— (a) dalam teks bahasa kebangsaan, dalam takrif “Lembaga”, dengan menggantikan noktah di hujung takrif itu dengan koma bernoktah; dan 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1762 (b) dengan memasukkan selepas takrif “Lembaga” takrif yang berikut: ‘ “organisasi media” ertinya mana-mana entiti yang menjalankan aktiviti penyebaran berita atau bahan berita melalui surat khabar, penerbitan, radio, televisyen, atau apa-apa bentuk komunikasi massa yang lain, termasuk platform elektronik atau digital.’. Pindaan seksyen 7 3. Seksyen 7 Akta ibu dipinda— (a) dalam perenggan (2)(c), dengan menggantikan perkataan “tuan punya surat khabar di Malaysia yang” dengan perkataan “organisasi media di Malaysia yang”; (b) dalam subseksyen (4), dengan menggantikan perkataan “tuan punya surat khabar di Malaysia yang” dengan perkataan “organisasi media di Malaysia yang”; dan (c) dalam subseksyen (5), dengan menggantikan perkataan “tuan punya surat khabar di Malaysia yang” dengan perkataan “organisasi media di Malaysia yang”. Pindaan seksyen 10 4. Perenggan 10(b) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “surat khabar, radio atau televisyen yang merupakan pelanggan” dengan perkataan “pelanggan”. Pindaan seksyen 11 5. Perenggan 11(1)(c) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “surat khabar di Malaysia” dengan perkataan “organisasi media di Malaysia yang merupakan pelanggan BERNAMA”. BERNAMA (Pindaan) 5 Penggantian seksyen 21 6. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 21 dengan seksyen yang berikut: “Pelanggan 21. Golongan yang berikut berhak membuat perkiraan untuk mendapatkan perkhidmatan BERNAMA: (a) organisasi media; dan (b) mana-mana institusi, badan, organisasi, individu atau mana-mana pelanggan lain, yang dibenarkan oleh Lembaga.”. Pindaan seksyen 25 7. Seksyen 25 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan “surat khabar yang” dengan perkataan “organisasi media yang”; dan (b) dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan “surat khabar” dengan perkataan “organisasi media”. Pindaan Jadual 8. Jadual kepada Akta ibu dipinda— (a) dalam Bahagian I— (i) dalam perenggan 1— (A) dengan menggantikan subperenggan (2) dengan subperenggan yang berikut: “(2) Anggota Lembaga yang mewakili organisasi media hendaklah memegang jawatan sebagai wakil organisasi media mereka.”; dan 6 Undang-Undang Malaysia AktA A1762 (B) dengan menggantikan subperenggan (3) dengan subperenggan yang berikut: “(3) Empat orang anggota Lembaga yang mewakili Kerajaan Malaysia hendaklah merupakan wakil daripada Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi komunikasi dan Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal luar negeri.”; (ii) dengan menggantikan subsubperenggan 3(2)(a) dengan subsubperenggan yang berikut: “(a) seseorang anggota yang mewakili suatu organisasi media, anggota Lembaga itu hendaklah mengosongkan jawatannya jika dia tidak lagi mempunyai apa-apa hubungan dengan organisasi media yang diwakilinya, atau apabila organisasi media yang diwakilinya itu tidak lagi menjadi pelanggan BERNAMA; dan”; (iii) dengan menggantikan subperenggan 4(1) dengan subperenggan yang berikut: “(1) Tatacara yang berikut hendaklah diterima pakai bagi mengisi kekosongan dalam Lembaga yang timbul daripada apa-apa sebab yang disenaraikan dalam perenggan 3: (a) dalam hal anggota yang mewakili organisasi media, pelantikan bagi maksud mengisi apa-apa kekosongan hendaklah dibuat atas syor organisasi media yang wakilnya telah mengosongkan jawatannya; dan BERNAMA (Pindaan) 7 (b) dalam hal suatu kekosongan yang timbul disebabkan oleh organisasi media yang wakilnya diwakili dalam Lembaga tidak lagi menjadi pelanggan BERNAMA, organisasi media yang masih menjadi pelanggan BERNAMA hendaklah membuat syor kepada Yang di-Pertuan Agong.”; dan (iv) dalam subperenggan 5(4), dengan menggantikan perkataan “tuan punya surat khabar” dengan perkataan “organisasi media”; dan (b) dalam Bahagian II, dalam subperenggan 3(2), dengan menggantikan perkataan “sesuatu surat khabar, radio atau televisyen yang menjadi pelanggan” dengan perkataan “pelanggan”.Referenced legislation
- Akta ini (unresolved)
- Akta BERNAMA 1967 [Akta 780], (unresolved)
- Akta BERNAMA 1967 (unresolved)
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
A1762 - AKTA BERNAMA (PINDAAN) 2025
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in