587 - *AKTA PENGURUSAN DANAHARTA NASIONAL BERHAD 1998
This Act sets up Danaharta Nasional Berhad to acquire, manage, finance, and dispose of assets and liabilities, with rules for board conduct, accounts, asset vesting, and disposal.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This Act sets up Danaharta Nasional Berhad to acquire, manage, finance, and dispose of assets and liabilities, with rules for board conduct, accounts, asset vesting, and disposal. This part sets out how Danaharta, the Special Committee, and a Special Administrator can take control of an affected person’s assets, restrict dealings with those assets, and implement a restructuring proposal. This part sets who may be appointed, what the Special Administrator must report, and several powers over affected-person assets and corporate administration.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 587 - *AKTA PENGURUSAN DANAHARTA NASIONAL BERHAD 1998
Showing 3 of 3
Part document.segment-1
587 - *AKTA PENGURUSAN DANAHARTA NASIONAL BERHAD 1998 — segment 1
- document.segment-1 Verify source ↗
587 - *AKTA PENGURUSAN DANAHARTA NASIONAL BERHAD 1998 — segment 1
AI-assisted research summary: This Act sets up Danaharta Nasional Berhad to acquire, manage, finance, and dispose of assets and liabilities, with rules for board conduct, accounts, asset vesting, and disposal.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA VERSI ATAS TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI Akta 587 AKTA PENGURUSAN DANAHARTA NASIONAL BERHAD 1998 Sebagaimana pada 1 Februari 2013 2 AKTA PENGURUSAN DANAHARTA NASIONAL BERHAD 1998 Tarikh Perkenan Diraja ... ... ... … … 29 Ogos 1998 Tarikh penyiaran dalam Warta … … 1 September 1998 Kali terakhir dipinda melalui Akta A1087 yang mula berkuat kuasa pada ... ... ... … … 1 September 1998 kecuali perenggan 4(d), seksyen 11, 15, 21, 22, 23, 24, perenggan 25(c), seksyen 27, perenggan 29(b) dan (c), seksyen 35, 37, 38 dan 39 berkuat kuasa pada 1 September 2000 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 587 AKTA PENGURUSAN DANAHARTA NASIONAL BERHAD 1998 SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa 2. Tafsiran BAHAGIAN II PERBADANAN 3. Perbadanan dan objektifnya 4. Kuasa Perbadanan 5. Lembaga 6. Pemakaian Memorandum dan Artikel Persatuan Perbadanan 7. Pendedahan kepentingan 8. Akaun BAHAGIAN III PEMEROLEHAN MODAL SYER PERBADANAN OLEH MENTERI KEWANGAN 9. Pemerolehan modal syer Perbadanan oleh Menteri Kewangan 4 Undang-Undang Malaysia A KTA 587 BAHAGIAN IV JAMINAN OLEH KERAJAAN Seksyen 10. Jaminan 11. Perbadanan hendaklah membayar balik kepada Kerajaan jumlah wang yang dibayar di bawah jaminan 12. Terma dan syarat yang boleh dipersetujui atau diluluskan BAHAGIAN V PEMEROLEHAN DAN PELUPUSAN OLEH PERBADANAN 13. Pemerolehan 14. Peletakhakan 14A. Perakuan peletakhakan gantian 15. Pemeliharaan hak 16. Peruntukan tambahan berkenaan tanah 17. Pendaftar yang lain hendaklah memberikan kuat kuasa kepada perakuan peletakhakan 18. Peletakhakan aset di luar Malaysia 19. Pelupusan oleh Perbadanan 19A. Perakuan pindah milik gantian 20. Pendedahan yang dibenarkan BAHAGIAN VI PENGURUSAN ASET DAN TANGGUNGAN 21. Tafsiran berhubung dengan Bahagian VI 22. Penubuhan dan fungsi Jawatankuasa Selia 23. Permohonan oleh orang terjejas supaya Pentadbir Khas dilantik 24. Syor Perbadanan supaya Pentadbir Khas dilantik 25. Kriteria bagi pelantikan Pentadbir Khas 25A. Pelantikan Pentadbir Khas 26. Pelantikan Penasihat Bebas 27. Hal keadaan yang tidak membolehkan Pentadbir Khas dilantik Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 5 Seksyen 28. Tempoh pentadbiran 29. Pemberitahuan pelantikan Pentadbir Khas 29A. Kesan pelantikan Pentadbir Khas 30. Kuasa am Pentadbir Khas 31. Tugas am Pentadbir Khas 32. Pentadbir Khas sebagai ejen orang terjejas 33. Pegawai orang terjejas hendaklah melaksanakan atau menjalankan fungsi dengan kelulusan bertulis 34. Urusan tentang aset orang terjejas 35. Pampasan 36. Kewajipan pegawai orang terjejas 37. Penyiasatan hal ehwal 38. Hak Pentadbir Khas ke atas buku orang terjejas 39. Hak Pentadbir Khas ke atas aset orang terjejas 39A. Kesan menghalang atau mengadang Pentadbir Khas 40. Penolakan tuntutan 41. Kesan pelantikan Pentadbir Khas 42. Keutamaan tidak wajar 42A. Mendapatkan kembali balasan tunai daripada aset yang diperoleh atau dijual sebelum pelantikan Pentadbir Khas 43. Pengosongan jawatan penerima, dsb. 44. Pentadbir Khas hendaklah menyediakan cadangan 45. Perbadanan hendaklah menimbangkan cadangan 46. Mesyuarat pemiutang bercagar 47. Pelaksanaan cadangan 48. Ubahsuaian kepada cadangan 49. Syarat kelulusan kawal selia 50. Penolakan atau pemberhentian cadangan 51. Kelayakan Pentadbir Khas 52. Kelayakan Penasihat Bebas 53. Dua Pentadbir Khas atau lebih 54. Laporan mengenai salah laku 55. Kesahan urus niaga 6 Undang-Undang Malaysia A KTA 587 Seksyen 56. Pelanjutan masa BAHAGIAN VII HAK TAMBAHAN 57. Hak untuk melupuskan aset melalui triti persendirian BAHAGIAN VIII PEMAKAIAN AKTA LAIN 58. Pemakaian Akta lain BAHAGIAN IX PEMAKAIAN AKTA 59. Pemindahan kepada dan antara subsidiari Perbadanan 60. Pemakaian Akta kepada susidiari Perbadanan 61. Kuasa Menteri untuk mengarahkan peruntukan tertentu tidak terpakai 62. Pemakaian Bahagian IV hendaklah diteruskan BAHAGIAN X AM 63. Pengiktirafan kehakiman 64. Tawaran kepada Perbadanan 65. Kewajipan menyimpan rahsia 66. Kekebalan 66A. Tanggung rugi 66B. Kesalahan yang dilakukan oleh syarikat 67. Tiada petisyen untuk menggulung Perbadanan 68. Kuasa untuk membuat peraturan 69. Benda yang dilakukan dengan menjangkakan Akta ini akan diperbuat 70. Kuasa untuk menamatkan kuat kuasa Akta ini 71. Perbuatan yang dilakukan dengan suci hati 72. Had ke atas pemberian perintah mahkamah JADUAL PERTAMA JADUAL KEDUA 7 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 587 AKTA PENGURUSAN DANAHARTA NASIONAL BERHAD 1998 Suatu Akta untuk mengadakan undang-undang khas bagi pemerolehan, pengurusan, pembiayaan dan pelupusan aset dan tanggungan oleh Perbadanan, pelantikan pentadbir khas dengan kuasa untuk mentadbir dan mengurus orang yang aset atau tanggungannya telah diperoleh oleh Perbadanan dan bagi perkara yang berkaitan dengannya atau bersampingan dengannya. [1 September 1998, P.U. (B) 333/1998] BAHAWASANYA peruntukan khas adalah diperlukan demi kepentingan awam untuk membantu institusi kewangan dengan mengalihkan aset yang berkurangan nilainya, untuk membantu sektor perniagaan dengan berurusan secara segera dengan perusahaan yang mengalami masalah kewangan dan untuk menggalakkan pencergasan semula ekonomi negara dengan menyuntik kecairan ke dalam sistem kewangan, dan matlamat sedemikian hendaklah dicapai melalui pemerolehan, pengurusan, pembiayaan dan pelupusan aset dan tanggungan: DAN BAHAWASANYA perundangan adalah satu-satunya cara yang dengannya pemerolehan, pengurusan, pembiayaan dan pelupusan aset dan tanggungan dapat dilaksanakan dengan cepat, cekap dan berhemat demi kebaikan awam: DAN BAHAWASANYA perundangan adalah satu-satunya cara yang dengannya pentadbir khas boleh dilantik dengan segera untuk mentadbir dan mengurus pihak-pihak yang aset atau tanggungannya telah diperoleh: DAN BAHAWASANYA Pengurusan Danaharta Nasional Berhad telahpun ditubuhkan sebagai suatu perbadanan yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 untuk maksud itu: 8 Undang-Undang Malaysia A KTA 587 MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: B I AHAGIAN PERMULAAN Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 1998. (2) Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia. (3) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta; dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi mula berkuatkuasanya peruntukan yang berlainan dalam Akta ini di bahagian yang berlainan di Malaysia. Tafsiran 1. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “aset” termasuklah apa-apa kemudahan kredit, harta dan perniagaan atau perusahaan dalam apa-apa bentuk; “Bank Negara” ertinya Bank Negara Malaysia yang ditubuhkan oleh Akta Bank Negara Malaysia 1958 [Akta 519]; “bank saudagar” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 [Akta 372]; “buku” termasuklah daftar, dokumen, akaun atau rekod perakaunan, tidak kira bagaimana sekalipun disusun, direkodkan atau disimpan, dan apa-apa rekod maklumat yang lain; Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 9 “cagaran” termasuklah gadai janji atau gadaian, sama ada di sisi undang-undang atau ekuiti, debentur, bil pertukaran, nota janji hutang, jaminan, lien atau sandaran, sama ada sebenar atau konstruktif, hipotekasi, tanggung rugi, aku janji atau cara-cara lain untuk menjamin pembayaran atau penunaian hutang atau tanggungan, sama ada pada masa sekarang atau pada masa hadapan, atau sama ada terletak hak atau kontinjen; “depositori pusat” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 [Akta 453]; “ejen depositori diberi kuasa” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991; “harta” ertinya mana-mana harta alih atau tak alih dan termasuklah— (a) apa-apa hak, kepentingan, hakmilik, tuntutan, hak dalam tindakan, kuasa atau keistimewaan, sama ada pada masa sekarang atau pada masa hadapan, atau sama ada terletak hak atau kontinjen; (b) apa-apa dokumen pemindahhakan yang disempurnakan bagi memindahhakkan, menyerahakkan, menguntukkan, menyerahkan atau selainnya memindahkan atau melupuskan harta alih atau harta tak alih; (c) apa-apa sekuriti, termasuk apa-apa saham, syer, debentur, bon, stok pinjaman, hak memohon beli yang boleh dipindahkan atau waran; (d) apa-apa surat cara boleh niaga, termasuk apa-apa wang kertas, nota pembawa, bil pertukaran, nota janji hutang, cek dan perakuan deposit boleh niaga; (e) apa-apa gadai janji atau gadaian, sama ada di sisi undang-undang atau ekuiti, jaminan, lien atau sandaran, sama ada sebenar atau konstruktif, surat hipotekasi atau resit amanah, tanggung rugi, aku janji atau cara-cara lain untuk menjamin pembayaran atau penunaian sesuatu hutang atau tanggungan, sama ada 10 Undang-Undang Malaysia A KTA 587 pada masa sekarang atau pada masa hadapan, atau sama ada terletak hak atau kontinjen; dan (f) apa-apa harta ketara atau tidak ketara yang lain; “institusi berlesen” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 [Akta 372]; “kemudahan kredit” ertinya— (a) pemberian apa-apa pendahuluan, pinjaman atau kemudahan lain dalam apa jua bentuk atau dengan apa jua nama disebut yang menurutnya orang yang diberi pendahuluan, pinjaman atau kemudahan lain itu mempunyai akses, secara langsung atau secara tidak langsung, pada wang orang yang memberinya dan hendaklah termasuk tanpa had, apa-apa perkiraan jualan dan belian balik, perjanjian sewa beli, perkiraan pajakan, perkiraan usaha sama, perdagangan hutang, jaminan, jualan bayaran tertangguh, perkiraan kewangan lain yang dibuat mengikut konsep perbankan Islam dalam apa jua bentuk atau dengan apa jua nama; (b) pemberian suatu jaminan berhubungan dengan kewajipan mana-mana orang; atau (c) apa-apa urusan atau urus niaga lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank Negara di bawah seksyen 2 Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989; “kepentingan berdaftar” ertinya apa-apa hak atau kepentingan mengenai— (a) suatu gadaian yang baginya subseksyen 108(3) Akta Syarikat 1965 [Akta 125] terpakai dan yang didaftarkan dengan sewajarnya mengikut subseksyen 108(1) Akta Syarikat 1965; atau (b) tanah yang didaftarkan dengan sewajarnya di bawah Akta Hakmilik Strata 1985, Kanun Tanah Negara, Ordinan Tanah Sabah atau Kanun Tanah Sarawak; Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 11 “kepentingan mengenai tanah” ertinya— (a) apa-apa kepentingan mengenai tanah, sama ada berdaftar atau boleh didaftarkan, termasuk kepentingan yang baginya Akta Hakmilik Strata 1985 [Akta 318] terpakai dan yang boleh dipindahmilikkan di bawah Bahagian Empat Belas Kanun Tanah Negara [Akta 56/65] atau Bahagian V Ordinan Tanah Sabah [Sabah Cap. 68] atau Bahagian VI Kanun Tanah Sarawak [Sarawak Cap. 81]; (b) apa-apa kaveat pemegang lien atau kaveat lain; dan (c) apa-apa hak dan kelayakan lain yang berhubungan dengan tanah; “kewajipan yang didedahkan” berkenaan dengan aset yang diperoleh di bawah Bahagian V berhubungan dengan— (a) seksyen 13 hingga 18 ertinya sesuatu kewajipan atau tanggungan yang terhutang kepada penanggung kewajipan oleh penjual di bawah atau berkenaan dengan aset itu dan yang kewajipan atau tanggungan itu didedahkan oleh penjual kepada Perbadanan secara bertulis sebelum tarikh peletakhakan; (b) seksyen 19 ertinya sesuatu kewajipan atau tanggungan yang terhutang kepada penanggung kewajipan oleh Perbadanan di bawah atau berkenaan dengan aset itu dan yang berkewajipan atau tanggungan itu didedahkan oleh Perbadanan kepada pemeroleh secara bertulis sebelum tarikh yang ditentukan dalam perakuan pindah milik; “Lembaga” ertinya lembaga pengarah Perbadanan; “Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan; “Menteri Kewangan” ertinya Menteri Kewangan yang diperbadankan di bawah Akta Menteri Kewangan (Pemerbadanan) 1957 [Akta 375]; “pemeroleh” ertinya mana-mana orang yang kepadanya Perbadanan melupuskan sesuatu aset di bawah seksyen 19; 12 Undang-Undang Malaysia A KTA 587 “pemiutang” ertinya mana-mana orang yang kepadanya orang terjejas terhutang suatu tanggungan; “penanggung kewajipan” ertinya mana-mana orang yang mempunyai tanggungjawab atau kewajipan dalam apa-apa bentuk, sama ada pada masa sekarang atau pada masa hadapan, atau sama ada terletak hak atau kontinjen, kepada penjual di bawah atau berkenaan dengan sesuatu aset, termasuk tanpa had, seseorang penanggung kewajipan di bawah suatu kemudahan kredit, cagaran atau hak dalam tindakan yang lain; “Penasihat Bebas” ertinya seseorang yang dilantik di bawah seksyen 26; “Pendaftar tanah” ertinya Pendaftar di bawah Kanun Tanah Negara, Pendaftar di bawah Ordinan Tanah Sabah atau Pendaftar di bawah Kanun Tanah Sarawak , mengikut mana-mana yang berkenaan; “penjual” ertinya seseorang yang daripadanya Perbadanan memperoleh sesuatu aset; “Pentadbir Khas” ertinya seseorang yang dilantik di bawah seksyen 23 atau 24; “perakuan peletakhakan” ertinya perakuan yang dikeluarkan di bawah seksyen 14 dan termasuklah perakuan peletakhakan gantian yang dikeluarkan di bawah seksyen 14 ; A “perakuan pindah milik” ertinya perakuan yang dikeluarkan di bawah seksyen 19 dan termasuklah perakuan pindah milik gantian yang dikeluarkan di bawah seksyen 19 ; A “Perbadanan” ertinya Pengurusan Danaharta Nasional Berhad; “perniagaan” ertinya apa-apa aktiviti yang dijalankan bagi maksud keuntungan dan termasuklah semua harta yang terbit daripada, atau digunakan dalam atau bagi maksud, menjalankan aktiviti sedemikian dan semua hak dan tanggungan yang berbangkit daripada aktiviti sedemikian; “skim amanah saham” ertinya apa-apa perkiraan yang dilakukan bagi maksud, atau yang mempunyai kesan, menyediakan kemudahan Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 13 bagi penyertaan orang-orang sebagai benefisiari di bawah suatu amanah dalam keuntungan atau pendapatan yang berbangkit daripada pemerolehan, pemegangan, pengurusan atau pelupusan debentur, saham atau syer sesuatu syarikat atau apa-apa harta lain; “subsidiari” – (a) mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Syarikat 1965; dan (b) termasuklah suatu skim yang melibatkan suatu kepentingan di bawah seksyen 84 Akta Syarikat 1965 dan suatu skim amanah saham yang dalamnya Perbadanan mempunyai lebih daripada lima puluh peratus daripada kuasa mengundi atau lebih daripada lima puluh peratus daripada kepentingan yang diterbitkan, mengikut mana-mana yang berkenaan; “syarikat” ertinya syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dan termasuklah suatu perbadanan mengikut pengertian yang diberikan kepada “perbadanan” di bawah Akta Syarikat 1965; “tanggungan” termasuklah hutang dan kewajipan dalam apa jua bentuk, sama ada pada masa sekarang atau pada masa hadapan, atau sama ada terletak hak atau kontinjen; “tarikh peletakhakan” ertinya tarikh yang dinyatakan pada perakuan peletakhakan sebagai tarikh yang padanya sesuatu aset terletak hak pada Perbadanan atau subsidiari, mengikut mana-mana yang berkenaan; “tuntutan” ertinya apa-apa tuntutan, pembelaan, tuntutan balas, tolakan, ekuiti, tindakan, prosiding undang-undang atau kepentingan ekuiti dalam apa-apa bentuk yang berhubungan dengan atau berbangkit daripada sesuatu aset oleh penanggung kewajipan atau mana-mana pihak ketiga terhadap penjual atau berkenaan dengan aset itu, sama ada yang terletak hak atau kontinjen, pada masa sekarang atau pada masa hadapan; “tuntutan yang didedahkan” berhubungan dengan— 14 Undang-Undang Malaysia A KTA 587 (a) seksyen 13 hingga 18 ertinya apa-apa tuntutan khusus yang didedahkan kepada Perbadanan secara bertulis sebelum tarikh peletakhakan; (b) seksyen 19 ertinya apa-apa tuntutan khusus yang didedahkan oleh Perbadanan kepada pemeroleh secara bertulis sebelum tarikh yang ditentukan dalam perakuan pindah milik. B II AHAGIAN PERBADANAN Perbadanan dan objektifnya 3. Perbadanan yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dengan nama “Pengurusan Danaharta Nasional Berhad” hendaklah mempunyai objektif utama untuk menjalankan perniagaan sebagai syarikat pengurusan aset dan memperoleh, menguruskan, membiayai dan melupuskan aset dan tanggungan. Kuasa Perbadanan 4. (1) Tanpa menjejaskan kuasa Perbadanan seperti yang ditetapkan dalam Memorandum dan Artikel Persatuannya, Perbadanan hendaklah mempunyai kuasa untuk — (a) menjalankan perniagaan sebagai syarikat pengurusan aset dan untuk memperoleh keseluruhan atau mana-mana bahagian apa-apa aset atau tanggungan dalam apa jua bentuk kepunyaan mana-mana orang, dan untuk menguruskan, membiayai dan melupuskan aset atau tanggungan itu; dan (b) menjalankan, menguruskan atau membuat apa-apa aktiviti berhubungan dengan aset atau tanggungan itu. (2) Kuasa yang diberikan kepada Perbadanan di bawah subseksyen (1) hendaklah sebagai tambahan kepada dan tidak mengurangkan apa-apa hak, kuasa, kebebasan, keistimewaan dan faedah yang diberikan kepada Perbadanan oleh Akta ini atau mana-mana undang-undang lain. Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 15 (3) Sebagai tambahan kepada kuasa yang terletak hak pada Perbadanan menurut Memorandum dan Artikel Persatuannya dan Akta ini, Perbadanan boleh menjalankan apa-apa kuasa lain yang suaimanfaat atau secara munasabahnya perlu untuk atau berkaitan dengan atau bersampingan dengan objektifnya dan peruntukan Akta ini hendaklah terpakai bagi Perbadanan berkenaan dengan penjalanan kuasa sedemikian. Lembaga 5. (1) Lembaga pengarah Perbadanan, yang hendaklah bertanggungjawab bagi dasar dan pentadbiran am hal ehwal dan perniagaan Perbadanan, hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang, walau apa pun seksyen 128 Akta Syarikat 1965, hendaklah dilantik oleh Menteri: (a) seorang Pengerusi bukan eksekutif; (b) seorang Pengarah Urusan; (c) dua orang pegawai Kerajaan Persekutuan; (d) tiga orang anggota daripada sektor swasta; dan (e) dua orang anggota daripada masyarakat antarabangsa. (2) Bagi maksud subseksyen (1), Menteri boleh melantik mana-mana orang yang difikirkannya layak dan patut untuk bertindak dan membantu Perbadanan mencapai objektifnya. (3) Pengarah Urusan hendaklah menjadi ketua pegawai eksekutif Perbadanan dan hendaklah diamanahkan dengan pentadbiran hari ke hari Perbadanan. (4) Peruntukan dalam Jadual Pertama hendaklah terpakai bagi Lembaga. Pemakaian Memorandum dan Artikel Persatuan Perbadanan 6. (1) Apa-apa perkara yang tidak diperuntukkan dalam Akta ini hendaklah ditentukan mengikut dan dikawal selia oleh Memorandum dan Artikel Persatuan Perbadanan. 16 Undang-Undang Malaysia A KTA 587 (2) Jika ada apa-apa percanggahan atau ketidakselarasan antara peruntukan Akta ini dengan peruntukan Memorandum dan Artikel Persatuan Perbadanan, peruntukan Akta ini hendaklah mengatasi. Pendedahan kepentingan 7. (1) Seorang anggota Lembaga atau mana-mana jawatankuasa yang dibentuk oleh Lembaga yang mempunyai kepentingan secara langsung atau tidak langsung berhubungan dengan apa-apa perkara yang dibincangkan oleh Lembaga atau jawatankuasa hendaklah mendedahkan kepada Lembaga atau jawatankuasa kewujudan kepentingannya itu dan sifat kepentingannya itu. (2) Suatu pendedahan di bawah subseksyen (1) hendaklah direkodkan dalam minit Lembaga atau jawatankuasa itu. (3) Apabila pendedahan di bawah subseksyen (1) dibuat, anggota itu— (a) tidak boleh mengambil bahagian atau hadir dalam apa-apa perbincangan atau keputusan Lembaga atau jawatankuasa itu; dan (b) tidak boleh diambil kira bagi maksud membentuk kuorum Lembaga atau jawatankuasa itu, berhubungan dengan perkara itu. (4) Seseorang anggota Lembaga atau jawatankuasa yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. (5) Tiada tindakan atau prosiding Lembaga atau jawatankuasa boleh ditidaksahkan atas alasan bahawa mana-mana anggota Lembaga atau jawatankuasa telah melanggar peruntukan seksyen ini. Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 17 Akaun 8. (1) Perbadanan hendaklah menyimpan akaunnya mengikut Akta Syarikat 1965. (2) Perbadanan hendaklah menyebabkan penyata akaunnya diaudit oleh juruaudit yang dilantik olehnya. (3) Perbadanan hendaklah secepat yang dapat dilaksanakan menghantar suatu salinan penyata akaun yang sudah diaudit berserta dengan suatu salinan laporan juruaudit mengenainya kepada Menteri. (4) Peruntukan Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 [Akta 240] tidak terpakai bagi Perbadanan. B III AHAGIAN PEMEROLEHAN MODAL SYER PERBADANAN OLEH MENTERI KEWANGAN Pemerolehan modal syer Perbadanan oleh Menteri Kewangan 9. (1) Modal syer Perbadanan hendaklah pada mulanya diperoleh dan dipegang oleh Menteri Kewangan pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri. (2) Menteri Kewangan boleh menjalankan kesemua hak dan kuasa sebagai pemegang syer dalam modal Perbadanan sebagaimana yang ditetapkan di bawah Memorandum dan Artikel Persatuannya. (3) Walau apa pun subseksyen 147(6) Akta Syarikat 1965, jika Menteri Kewangan berhak secara benefisial kepada keseluruhan syer terbitan Perbadanan, suatu minit yang ditandatangani oleh wakil Menteri Kewangan yang diberi kuasa dengan sewajarnya yang menyatakan bahawa apa-apa tindakan, perkara atau benda, atau apa-apa ketetapan biasa atau khas yang dikehendaki oleh Akta Syarikat 1965 atau oleh Memorandum atau Artikel Persatuan Perbadanan supaya dibuat, dilaksanakan atau diluluskan oleh atau di mesyuarat agung biasa atau mesyuarat agung luar biasa Perbadanan telah dibuat, dilaksanakan atau diluluskan, maka tindakan, perkara, benda, atau ketetapan itu hendaklah, bagi semua maksud, disifatkan telah dibuat, 18 Undang-Undang Malaysia A KTA 587 dilaksanakan atau diluluskan dengan sewajarnya oleh atau di mesyuarat agung biasa, atau mengikut kehendak keadaan, oleh atau di mesyuarat agung luar biasa Perbadanan. (4) Dalam pemakaian seksyen 36, subperenggan 217(2)(a)(i) dan perenggan 218(1)(d) Akta Syarikat 1965 bagi Perbadanan, Menteri Kewangan hendaklah disifatkan sebagai syarikat pemegangan Perbadanan. B IV AHAGIAN JAMINAN OLEH KERAJAAN Jaminan 10. Seksyen 14 Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] hendaklah terpakai bagi Perbadanan. Perbadanan hendaklah membayar balik kepada Kerajaan jumlah wang yang dibayar di bawah jaminan 11. Jika apa-apa jumlah wang dibayar daripada wang Kerajaan di bawah suatu jaminan yang dikeluarkan di bawah Bahagian ini, Perbadanan hendaklah membayar balik jumlah wang itu kepada Kerajaan mengikut apa-apa cara dan pada bila-bila masa atau dengan apa-apa ansuran sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri. Terma dan syarat yang boleh dipersetujui atau diluluskan 12. Tanpa menjejaskan seksyen 11, terma dan syarat yang boleh dipersetujui oleh Kerajaan boleh termasuk, berkenaan dengan apa-apa jaminan yang diberikan atau perjanjian yang dibuat di bawah Bahagian ini atau di bawah mana-mana bon, debentur, nota janji hutang atau surat cara lain yang dikeluarkan menurut mana-mana jaminan atau perjanjian sedemikian, peruntukan bagi pematuhan oleh Perbadanan atau Kerajaan atau kedua-duanya kepada bidang kuasa mahkamah negara di mana kemudahan kredit yang disebut di atas itu diberikan. Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 19 B V AHAGIAN PEMEROLEHAN DAN PELUPUSAN OLEH PERBADANAN Pemerolehan 13. (1) Perbadanan boleh dengan persetujuan penjual— (a) memilih untuk memperoleh apa-apa aset menurut peruntukan peletakhakan statutori yang dinyatakan dalam Bahagian ini, dan jika demikian segala hak dan kewajipan Perbadanan yang dinyatakan dalam Bahagian ini hendaklah terpakai dan pemilihan itu hendaklah dibuat dan dibuktikan dengan muktamad dengan pengeluaran oleh Perbadanan suatu perakuan peletakhakan menurut subseksyen 14(7); (b) memperoleh sesuatu aset tanpa faedah peruntukan Bahagian ini, dan jika demikian tiada perakuan peletakhakan boleh dikeluarkan oleh Perbadanan dan Perbadanan hendaklah memperoleh dan memegang aset itu menurut segala peruntukan undang-undang yang terpakai selain peruntukan yang dinyatakan dalam Bahagian ini. (2) Penjual hendaklah mendedahkan kepada Perbadanan secara bertulis sebelum tarikh peletakhakan semua tuntutan khusus yang diketahuinya yang berhubungan dengan aset itu. (3) Jika suatu subsidiari Perbadanan yang ditetapkan di bawah subseksyen 60(2) memperoleh sesuatu aset, peruntukan Bahagian ini hendaklah terpakai bagi subsidiari itu seolah-olah subsidiari itu ialah Perbadanan sendiri. (4) Perbadanan tidak boleh memperoleh aset orang yang berikut tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Suruhanjaya Sekuriti: (a) peniaga, pengurus kumpulan wang, dan penasihat pelaburan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Perindustrian Sekuriti 1983 [Akta 280]; 20 Undang-Undang Malaysia A KTA 587 (b) broker niaga hadapan, pengurus kumpulan wang niaga hadapan, dan penasihat perdagangan niaga hadapan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Perindustrian Niaga Hadapan 1993 [Akta 499]; (c) bursa saham sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Perindustrian Sekuriti 1983; (d) pusat penjelasan yang diiktiraf dan peserta pusat penjelasan yang diiktiraf sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Perindustrian Sekuriti 1983; (e) syarikat bursa sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Perindustrian Niaga Hadapan 1993; (f) pusat penjelasan yang diluluskan dan seseorang broker niaga hadapan yang bergabung dengan sesuatu pusat penjelasan suatu syarikat bursa sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Perindustrian Niaga Hadapan 1993; (g) depositori pusat dan ejen depositorinya yang diberi kuasa. Peletakhakan 14. (1) Perbadanan boleh memperoleh apa-apa aset, sama ada aset itu dipegang oleh penjual sendiri atau secara bersesama dengan mana-mana orang lain dan apabila diperoleh sedemikian, aset itu hendaklah, pada dan dari peletakhakan itu, terletak hak pada Perbadanan sama ada bersendirian atau bersesama dengan orang lain itu mengikut mana-mana yang berkenaan. (2) Peletakhakan di bawah subseksyen (1) hendaklah mempunyai kuat kuasa mengikut peruntukan Bahagian ini dan, walau apa pun peruntukan Akta Undang-Undang Sivil 1956 [Akta 67] atau mana-mana undang-undang lain, hendaklah mengikat mana-mana orang yang terjejas kerananya mengikut cara yang diperuntukkan dalam Bahagian ini. (3) Perbadanan hendaklah, pada dan dari tarikh peletakhakan sesuatu aset, memperoleh segala hak, hakmilik dan kepentingan pada masa sekarang dan masa hadapan penjual mengenai dan Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 21 kewajipan yang didedahkan penjual berkenaan dengan itu bebas daripada apa-apa bebanan atau tuntutan kecuali apa-apa kepentingan berdaftar yang ada pada tarikh peletakhakan dan tuntutan yang didedahkan. (4) Tanpa menjejaskan subseksyen (1), (2) atau (3) berhubungan dengan sesuatu aset yang terletak hak pada Perbadanan— (a) setiap penanggung kewajipan berkenaan dengan aset itu hendaklah disifatkan telah membebaskan dan melepaskan penjual daripada kewajipan yang didedahkan berkenaan dengan aset itu; (b) setiap penanggung kewajipan dan setiap orang lain yang mempunyai apa-apa hak, hakmilik atau kepentingan mengenai aset itu hendaklah disifatkan telah bersetuju dan menerima pengambilalihan oleh Perbadanan semua kewajipan yang didedahkan berkenaan dengan aset itu; (c) suatu surat cara yang sedia ada, sama ada dalam bentuk surat ikatan, wasiat atau selainnya, atau perintah mana-mana mahkamah, yang di bawahnya atau dengan menurut kuasanya penjual mempunyai hakmilik atau pemunyaan atau hak ke atas aset itu, hendaklah ditafsirkan dan hendaklah mempunyai kuat kuasa seolah-olah apa-apa sebutan dalamnya tentang penjual telah digantikan dengan sebutan tentang Perbadanan; (d) sesuatu perjanjian yang sedia ada berhubungan dengan aset itu yang penjual adalah suatu pihak kepadanya hendaklah mempunyai kuat kuasa setakat yang terpakai bagi kewajipan dan didedahkan, tuntutan yang didedahkan dan kepentingan berdaftar seolah-olah Perbadanan telah menjadi suatu pihak kepada perjanjian itu sebagai ganti penjual; (e) sesuatu mandat, surat kuasa wakil, kuasa, aku janji atau keizinan yang sedia ada berhubungan dengan aset itu yang telah diberikan kepada penjual, sama ada bersendirian atau secara bersesama dengan orang lain, hendaklah disifatkan mempunyai kuat kuasa, seolah-olah diberikan kepada Perbadanan sama ada bersendirian atau dengan orang lain itu, mengikut mana-mana yang berkenaan; 22 Undang-Undang Malaysia A KTA 587 (f) sesuatu surat cara boleh niaga atau pesanan bagi pembayaran wang berhubungan dengan aset itu yang telah diberikan kepada penjual sebelum tarikh peletakhakan, hendaklah mempunyai kesan yang sama pada dan dari tarikh peletakhakan, seolah-olah surat cara atau pesanan itu telah diberikan kepada Perbadanan; (g) jika jagaan apa-apa barang, benda atau dokumen berhubungan dengan aset itu dipegang oleh penjual sebagai baili sebaik sebelum tarikh peletakhakan, barang, benda atau dokumen itu hendaklah disifatkan telah dipindahkan kepada Perbadanan dan hak dan kewajipan yang didedahkan penjual di bawah apa-apa kontrak bailmen yang berhubungan dengan mana-mana aset itu hendaklah dipindahkan kepada Perbadanan bebas daripada apa-apa tuntutan kecuali tuntutan yang didedahkan; (h) jika aset itu ialah sekuriti yang dipegang sebaik sebelum tarikh peletakhakan oleh penjual, atau oleh seorang penama atau oleh pemegang amanah bagi penjual, sebagai cagaran untuk pembayaran atau pelepasan apa-apa tanggungan mana-mana orang, sekuriti itu hendaklah dipegang oleh Perbadanan atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah dipegang oleh penama atau pemegang amanah itu sebagai penama, atau pemegang amanah, bagi Perbadanan dengan keutamaan yang sama seperti penjual, dan setakat tanggungan itu, hendaklah ada pada Perbadanan sebagai cagaran untuk pembayaran atau pelepasan tanggungan itu; dan jika apa-apa cagaran sedemikian meliputi pendahuluan masa hadapan atau tanggungan masa hadapan, hendaklah dipegang oleh dan ada seperti yang diperuntukkan dalam perenggan ini kepada Perbadanan sebagai cagaran untuk pendahuluan masa hadapan oleh, dan tanggungan masa hadapan kepada, Perbadanan mengikut cara yang sama dalam segala segi sebagaimana pendahuluan masa hadapan oleh, atau tanggungan masa hadapan kepada, penjual adalah dengan itu terjamin sebaik sebelum tarik peletakhakan; (i) sebagai tambahan kepada apa-apa hak, kuasa atau remedi lain yang diberikan kepada Perbadanan dalam Bahagian ini, Perbadanan hendaklah mempunyai hak, kuasa dan Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 23 remedi (dan khususnya hak dan kuasa tentang pengambilan atau penentangan prosiding undang-undang atau prosiding lain atau pembuatan atau penentangan permohonan kepada mana-mana pihak berkuasa) untuk menentukan, melindungi atau menguatkuasakan hak, hakmilik, kepentingan dan kewajipan yang didedahkan yang terletak hak pada Perbadanan termasuk hak, hakmilik, kepentingan atau kewajipan itu berkenaan dengan mana-mana prosiding undang-undang atau prosiding lain atau permohonan kepada mana-mana pihak berkuasa yang belum selesai sebaik sebelum tarikh peletakhakan oleh atau terhadap penjual, dan menentang apa-apa tuntutan yang didedahkan atau kepentingan berdaftar seolah-olah hak, hakmilik, kepentingan atau kewajipan itu adalah hak, hakmilik, kepentingan dan kewajipan Perbadanan pada setiap masa; (j) sesuatu penghakiman atau award yang didapati oleh penjual berhubungan dengan aset itu dan tidak diselesaikan sepenuhnya sebelum tarikh peletakhakan hendaklah boleh dikuatkuasakan oleh Perbadanan; (k) tiada peruntukan dalam mana-mana undang-undang atau perjanjian yang mengehadkan atau melarang hak penjual atau menghendaki apa-apa keizinan untuk menyerahhakkan, menjual, melupuskan atau memindahkan aset itu boleh terpakai atau mempunyai apa-apa kuat kuasa berkenaan dengan apa-apa pemerolehan atau pelupusan oleh Perbadanan, kecuali bahawa sesuatu pelupusan aset itu oleh Perbadanan hendaklah tertakluk kepada kelulusan badan kawal selia yang berkaitan atau Pihak Berkuasa Negeri yang berkaitan yang mempunyai bidang kuasa ke atas pelupusan itu; (l) tiada pemerolehan atau pelupusan aset tersebut oleh Perbadanan boleh menjadi tidak sah atau boleh ditidaksahkan disebabkan oleh pemakaian mana-mana undang-undang; (m) jika kadar bunga di bawah mana-mana perjanjian berkenaan dengan sesuatu aset yang diperoleh oleh Perbadanan hendak ditentukan dengan merujuk kepada kos dana atau kadar pinjaman asas penjual atau suatu 24 Undang-Undang Malaysia A KTA 587 kadar bunga yang selainnya tidak lagi dapat ditentukan seperti yang diperuntukkan di bawah perjanjian itu, kadar bunga yang kena dibayar di bawah perjanjian itu hendaklah— (i) apa-apa kadar bunga yang boleh dipersetujui oleh Perbadanan dengan penanggung kewajipan perjanjian itu; atau (ii) ditentukan dengan cara yang sama seperti yang diperuntukkan dalam perjanjian itu dengan merujuk kepada kadar pinjaman asas sesuatu institusi berlesen yang ditentukan oleh Bank Negara. (5) Tanpa menjejaskan subseksyen (1), (2), (3) atau (4), peletakhakan mana-mana aset pada Perbadanan tidak boleh— (a) dianggap sebagai menjadikan Perbadanan, penjual, atau mana-mana orang yang mendapat hakmilik daripada Perbadanan atau mana-mana orang lain mungkir, atau ingkar di bawah, apa-apa kontrak, atau pecah kepercayaan; (b) dianggap sebagai menimbulkan hak bagi mana-mana orang untuk— (i) menamatkan atau membatalkan atau mengubahsuaikan sesuatu perjanjian; (ii) menguatkuasakan atau mempercepat pelaksanaan sesuatu kewajipan; atau (iii) mengkehendaki pelaksanaan sesuatu kewajipan yang tidak secara lain berbangkit untuk pelaksanaan; (c) dianggap sebagai menjadikan penjual, Perbadanan atau mana-mana orang lain dalam melanggar mana-mana undang-undang atau perjanjian yang melarang, menyekat atau mengawal selia penyerahhakan, penjualan, pelupusan atau pemindahan apa-apa aset atau pendedahan maklumat; Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 25 (d) melepaskan seorang penjamin daripada sesuatu kewajipan; (e) menidaksahkan atau melepaskan sesuatu kontrak atau cagaran; (f) dianggap sebagai menamatkan, membatalkan atau mengubah apa-apa hak, keistimewaan, pengecualian (termasuk apa-apa pengecualian cukai) atau keutamaan yang penjual berhak kepadanya dan yang menurut kuasa seksyen ini telah terletak hak pada Perbadanan. (6) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), (2), (3), (4) atau (5), dalam mana-mana prosiding yang dibawa oleh atau terhadap Perbadanan berkenaan dengan apa-apa aset yang terletak hak pada Perbadanan menurut seksyen ini, tiada seorang pun boleh menimbulkan mana-mana hal yang berikut sebagai suatu tuntutan atau pembelaan kepada prosiding itu, melainkan jika tuntutan itu adalah suatu tuntutan yang didedahkan: (a) orang itu ada atau mungkin ada tolakan atau tuntutan balas terhadap penjual atau mana-mana orang lain; (b) mana-mana orang yang mempunyai kepentingan terdahulu, sama ada di sisi undang-undang atau ekuiti, dalam aset itu; (c) mana-mana orang yang menjadi pihak kepada atau bersubahat dengan apa-apa fraud, dures, paksaan, pengaruh tidak wajar, atau salah nyataan; (d) terdapat kesilapan undang-undang atau fakta; (e) mana-mana perjanjian berkaitan dengan aset itu adalah bagi melaksanakan maksud yang menyalahi undang-undang atau bahawa apa-apa balasan yang diberikan atau diterima di bawahnya adalah menyalahi undang-undang atau bahawa tujuan perjanjian yang membentuk atau yang menjadi sebahagian daripada aset itu adalah menyalahi undang-undang; (f) terdapat balasan yang gagal sama sekali atau tiada balasan atau terdapat apa-apa balasan yang gagal sebahagiannya; 26 Undang-Undang Malaysia A KTA 587 (g) orang yang menyempurnakan atau disifatkan telah menyempurnakan atau menjadi pihak kepada mana-mana dokumen hakmilik bagi aset itu atau kontrak bertulis yang menjadi keterangan bagi, menimbulkan atau menjamin aset itu tidak memahami dokumen itu; (h) orang yang menyempurnakan atau disifatkan telah menyempurnakan atau menjadi pihak kepada mana-mana dokumen hakmilik bagi aset itu atau kontrak bertulis yang menjadi keterangan bagi, menimbulkan atau menjamin aset itu tidak mempunyai keupayaan atau kuasa untuk melakukannya; dan (i) terdapat kesilapan dalam mana-mana penyata akaun yang dikeluarkan oleh penjual atau mana-mana orang lain berkenaan dengan apa-apa hutang yang berhubungan dengan aset itu. (7) Sesuatu perakuan peletakhakan yang disempurnakan di bawah meterai Perbadanan yang menyatakan bahawa sesuatu aset telah terletak hak pada Perbadanan hendaklah menjadi keterangan muktamad peletakhakan itu mulai tarikh peletakhakan. (8) Sesuatu perakuan peletakhakan yang dinyatakan dalam subseksyen (7) boleh dikeluarkan oleh Perbadanan selepas tarikh peletakhakan. Perakuan peletakhakan gantian 14 . (1) Perbadanan boleh mengeluarkan sesuatu perakuan A peletakhakan yang baru untuk menggantikan mana-mana perakuan peletakhakan yang telah dikeluarkannya terdahulu untuk membetulkan apa-apa peninggalan atau kesilapan dalam perakuan peletakhakan itu. (2) Mana-mana perakuan peletakhakan gantian yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) yang disempurnakan di bawah meterai Perbadanan yang menyatakan bahawa sesuatu aset telah terletak hak pada Perbadanan hendaklah menjadi keterangan muktamad tentang peletakhakan itu mulai tarikh peletakhakan yang dinyatakan dalam perakuan peletakhakan gantian itu. Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 27 (3) Jika mana-mana undang-undang menetapkan suatu tempoh masa yang dalamnya sesuatu pindah milik apa-apa aset yang dinyatakan sebagai hal perkara sesuatu perakuan peletakhakan gantian yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) hendaklah didaftarkan atau difailkan, maka tempoh itu hendaklah bermula dari tarikh perakuan peletakhakan gantian itu dikeluarkan. (4) Apa-apa tindakan yang dilakukan oleh Perbadanan, penjual, Pentadbir Khas atau mana-mana orang lain dengan bergantung pada suatu perakuan peletakhakan yang telah dikeluarkan terdahulu tidak terjejas oleh apa-apa peninggalan atau kesilapan yang telah dibetulkan dalam perakuan peletakhakan gantian yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1). (5) Bagi maksud Akta ini, suatu sebutan mengenai suatu perakuan peletakhakan hendaklah disifatkan sebagai termasuk suatu sebutan mengenai suatu perakuan peletakhakan gantian yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1). Pemeliharaan hak 15. (1) Mana-mana orang yang dihalang daripada membuat suatu tuntutan terhadap Perbadanan atau dihalang daripada membangkitkan suatu pembelaan terhadap Perbadanan di bawah seksyen 14, hendaklah berhak meminta pampasan daripada penjual berkenaan dengan tuntutan itu. (2) Jika Mahkamah berpuas hati bahawa orang yang disebut dalam subseksyen (1) mempunyai tuntutan terhadap penjual termasuk mana-mana kepentingan ekuiti terdahulu mengenai aset itu yang mungkin dapat dibangkitkan atau dituntut oleh orang itu tetapi dihalang oleh seksyen 14, orang itu hendaklah berhak mendapat pampasan daripada penjual berkenaan dengan tuntutan itu yang pada pendapat Mahkamah adalah adil dan munasabah. Peruntukan tambahan berkenaan tanah 16. (1) Walau apa pun peruntukan Kanun Tanah Negara, Ordinan Tanah Sabah, Kanun Tanah Sarawak atau mana-mana undang-undang lain, apa-apa kaveat atau perintah larangan yang telah didaftarkan, diendorskan atau dimasukkan sebelum, pada 28 Undang-Undang Malaysia A KTA 587 atau selepas tarikh peletakhakan tidak boleh menghalang pindah milik apa-apa kepentingan mengenai tanah penjual kepada Perbadanan. (2) Jika suatu perakuan peletakhakan meletakhakkan pada Perbadanan apa-apa kepentingan mengenai tanah— (a) di Semenanjung Malaysia, apabila diterima— (i) bayaran fi yang ditetapkan; dan (ii) borang yang berkenaan — (A) dengan perakuan peletakhakan dikepilkan bersama-samanya; dan (B) yang menunjukkan identiti orang dan butir-butir tanah yang terlibat dalam peletakhakan itu, Pendaftar di bawah Kanun Tanah Negara hendaklah tanpa memerlukan apa-apa permohonan lanjut atau pemfailan apa-apa dokumen lanjut membuat suatu memorial pada dokumen hakmilik daftaran dan membuat apa-apa catatan lain dan pada amnya melaksanakan segala hal yang diperlukan untuk menguatkuasakan peletakhakan itu; (b) di Sabah, apabila diterima — (i) bayaran fi yang ditetapkan; dan (ii) borang yang berkenaan — (A) dengan perakuan peletakhakan dikepilkan bersama-samanya; dan (B) yang menunjukkan identiti orang dan butir-butir tanah yang terlibat dalam peletakhakan itu, Pendaftar di bawah Ordinan Tanah Sabah hendaklah tanpa memerlukan apa-apa permohonan lanjut atau pemfailan Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 29 apa-apa dokumen lanjut membuat suatu memorial pada dokumen hakmilik daftaran dan membuat apa-apa catatan lain dan pada amnya melaksanakan segala hal yang diperlukan untuk menguatkuasakan peletakhakan itu; (c) di Sarawak, apabila diterima — (i) bayaran fi yang ditetapkan; dan (ii) borang yang berkenaan — (A) dengan perakuan peletakhakan dikepilkan bersama-samanya; dan (B) yang menunjukkan identiti orang dan butir-butir tanah yang terlibat dalam peletakhakan itu, Pendaftar di bawah Ordinan Tanah Sarawak hendaklah tanpa memerlukan apa-apa permohonan lanjut atau pemfailan apa-apa dokumen lanjut membuat suatu memorial pada dokumen hakmilik daftaran dan membuat apa-apa catatan lain dan pada amnya melaksanakan segala hal yang diperlukan untuk menguatkuasakan peletakhakan itu. (3) Walau apa pun mana-mana peruntukan dalam Kanun Tanah Negara, Ordinan Tanah Sabah, Kanun Tanah Sarawak atau mana-mana undang-undang yang lain, suatu perakuan peletakhakan hendaklah menjadi keterangan muktamad tentang peletakhakan sesuatu kepentingan mengenai tanah pada Perbadanan. Pendaftar yang lain hendaklah memberikan kuat kuasa kepada perakuan peletakhakan 17. (1) Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang lain, tiap-tiap Pendaftar Mahkamah Tinggi, Pendaftar Syarikat, Ketua Pendaftar Kapal, depositori pusat, ejen depositori diberi kuasa, dan mana-mana orang yang menyenggarakan daftar atau rekod pemunyaan, kepentingan atau sekuriti, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah, apabila diterima — (a) bayaran fi yang ditetapkan; dan 30 Undang-Undang Malaysia A KTA 587 (b) borang yang berkenaan — (i) dengan perakuan peletakhakan dikepilkan bersama-samanya; dan (ii) yang menunjukkan identiti orang atau aset yang terlibat dalam peletakhakan itu, tanpa memerlukan apa-apa permohonan lanjut atau pemfailan apa-apa dokumen lanjut, melaksanakan segala hal dan membuat segala catatan pada mana-mana daftar atau rekod yang disimpan oleh orang itu yang diperlukan untuk memberikan kuat kuasa kepada peletakhakan aset yang berhubungan dengan perakuan peletakhakan itu. (2) Bagi maksud seksyen ini, subseksyen 112 (1) Akta Syarikat 1965 A hendaklah disifatkan terpakai bagi Perbadanan seolah-olah perkataan “tiga puluh” dalam subseksyen itu telah digantikan dengan perkataan “sembilan puluh”. (3) Pendaftar atau orang yang menyenggarakan daftar atau rekod yang disebut dalam seksyen 16 dan seksyen ini tidaklah bertanggungan terhadap mana-mana orang berkenaan dengan pembuatan apa-apa memorial pada dokumen hakmilik daftaran atau apa-apa catatan dalam daftar atau rekod yang bergantung pada perakuan peletakhakan itu. Peletakhakan aset di luar Malaysia 18. Sesuatu perakuan peletakhakan yang dikeluarkan di bawah seksyen 14 boleh berhubungan dengan apa-apa aset penjual di luar Malaysia dan, jika perakuan itu berhubungan sedemikian, kuat kuasa boleh diberikan kepadanya sama ada mengikut apa-apa perkiraan salingan yang berhubungan dengan penguatkuasaan penghakiman yang wujud antara Malaysia dan negara, wilayah atau tempat di luar Malaysia di mana aset itu terletak, atau jika tidak ada perkiraan sedemikian, mengikut undang-undang yang terpakai di dalam negara, wilayah atau tempat itu. Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 31 Pelupusan oleh Perbadanan 19. (1) Perbadanan boleh, mengikut peruntukan seksyen ini, melupuskan apa-apa aset Perbadanan sama ada terletak hak atau tidak pada Perbadanan dan apa-apa harta yang Perbadanan mempunyai cagaran ke atasnya sama ada sebagai pemegang gadaian, pemegang gadai janji, pemegang serah hak, pemegang lien atau selainnya. (2) Tertakluk kepada kelulusan badan kawal selia dan Pihak Berkuasa Negeri yang berkaitan yang mempunyai bidang kuasa atau pelupusan sesuatu aset oleh Perbadanan, apa-apa pelupusan kepada mana-mana pemeroleh hendaklah mempunyai kuat kuasa sebagai suatu pemerolehan aset oleh Perbadanan seolah-olah pemeroleh itu ialah Perbadanan di bawah seksyen 14 dan seksyen 15 hingga 18 hendaklah terpakai bagi pemeroleh itu sebagaimana peruntukan itu terpakai bagi Perbadanan kecuali bahawa — (a) sebutan tentang “penjual” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan tentang Perbadanan; (b) sebutan tentang “Perbadanan” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan tentang pemeroleh itu; (c) sebutan tentang “perakuan peletakhakan” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan tentang perakuan pindah milik; dan (d) sebutan tentang “tarikh peletakhakan” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan tentang tarikh yang dinyatakan dalam perakuan pindah milik sebagai tarikh pelupusan. (3) Pelupusan aset oleh Perbadanan kepada pemeroleh hendaklah mempunyai kuat kuasa untuk memindahkan hak, hakmilik dan kepentingan masa sekarang dan masa hadapan Perbadanan mengenai aset itu dan kewajipan yang didedahkan yang berhubungan dengan aset itu pada, pada masa sekarang dan pada masa hadapan, bebas daripada apa-apa bebanan atau tuntutan kecuali kepentingan berdaftar yang ada pada tarikh yang dinyatakan dalam perakuan pindah milik sebagai tarikh pelupusan dan tuntutan yang didedahkan. (4) Tertakluk kepada apa-apa kehendak untuk kelulusan bertulis badan kawal selia yang berkaitan atau Pihak Berkuasa Negeri yang berkaitan bagi pemindahan itu, suatu perakuan pindah milik yang 32 Undang-Undang Malaysia A KTA 587 disempurnakan di bawah meterai Perbadanan yang menyatakan bahawa sesuatu aset telah terletak hak pada pemeroleh hendaklah menjadi keterangan muktamad tentang pemindahan itu mulai tarikh yang dinyatakan dalam perakuan pindah milik itu sebagai tarikh pelupusan. (5) Sesuatu perakuan pindah milik yang dinyatakan dalam subseksyen (4) boleh dikeluarkan oleh Perbadanan selepas tarikh pelupusan. Perakuan pindah milik gantian 19 . (1) Perbadanan boleh mengeluarkan suatu perakuan pindah A milik yang baru untuk menggantikan mana-mana perakuan pindah milik yang telah dikeluarkannya terdahulu untuk membetulkan apa-apa peninggalan atau kesilapan dalam perakuan pindah milik itu. (2) Mana-mana perakuan pindah milik gantian yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) yang disempurnakan di bawah meterai Perbadanan yang menyatakan bahawa sesuatu aset telah dipindahkan hakmiliknya kepada pemeroleh hendaklah menjadi keterangan muktamad tentang pemindahan itu mulai tarikh pelupusan yang dinyatakan dalam perakuan pindah milik gantian itu. (3) Jika mana-mana undang-undang menetapkan suatu tempoh masa yang dalamnya suatu pemindahan hakmilik mana-mana aset yang dinyatakan sebagai hal perkara suatu perakuan pindah milik gantian yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) hendaklah didaftarkan atau difailkan, maka tempoh itu hendaklah bermula dari tarikh perakuan pindah milik gantian itu dikeluarkan. (4) Apa-apa tindakan yang dilakukan oleh Perbadanan, penjual, Pentadbir Khas atau mana-mana orang lain dengan bergantung pada suatu perakuan pindah milik yang telah dikeluarkan terdahulu tidak terjejas oleh apa-apa peninggalan atau kesilapan yang telah dibetulkan dalam perakuan pindah milik gantian yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1). (5) Bagi maksud Akta ini, suatu sebutan mengenai suatu perakuan pindah milik hendaklah disifatkan termasuk suatu sebutan mengenai Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 33 suatu perakuan pindah milik gantian yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1). Pendedahan yang dibenarkan 20.
Part document.segment-2
587 - *AKTA PENGURUSAN DANAHARTA NASIONAL BERHAD 1998 — segment 2
- document.segment-2 Verify source ↗
587 - *AKTA PENGURUSAN DANAHARTA NASIONAL BERHAD 1998 — segment 2
AI-assisted research summary: This part sets out how Danaharta, the Special Committee, and a Special Administrator can take control of an affected person’s assets, restrict dealings with those assets, and implement a restructuring proposal.
(1) Apa-apa pendedahan oleh penjual bagi maksud suatu penilaian, atau yang berhubungan dengan, suatu pemerolehan yang dicadangkan oleh Perbadanan dan apa-apa pendedahan oleh Perbadanan bagi apa-apa maksud tidaklah menjadikan penjual, Perbadanan atau mana-mana orang lain melanggar seksyen 97 Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 atau mana-mana undang-undang atau perjanjian lain yang melarang, menyekat atau mengawal selia pendedahan maklumat. (2) Jika penjual ialah seorang yang dilesenkan di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989, penjual itu hendaklah disifatkan telah dibenarkan untuk mendedahkan maklumat yang berhubungan dengan hal ehwalnya atau hal ehwal atau akaun pelanggannya kepada Perbadanan. (3) Apa-apa maklumat yang didedahkan oleh penjual atau Perbadanan di bawah subseksyen (1) tidak boleh dikira sebagai maklumat yang tersedia menurut undang-undang bagi orang awam bagi maksud subseksyen 97(2) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989. B VI AHAGIAN PENGURUSAN ASET DAN TANGGUNGAN Tafsiran berhubung dengan Bahagian VI 21. Dalam Bahagian ini, melainkan jika konteksnya mengehendaki makna yang lain — “orang terjejas” ertinya — (a) mana-mana syarikat yang mempunyai tanggungjawab atau tanggungan di bawah suatu kemudahan kredit kepada Perbadanan atau mana-mana subsidiari Perbadanan, sama ada pada masa sekarang, masa hadapan, terletak hak atau kontinjen; 34 Undang-Undang Malaysia A KTA 587 (b) mana-mana subsidiari syarikat yang disebut dalam perenggan (a); (c) mana-mana syarikat yang telah menyediakan cagaran bagi pelaksanaan atau penunaian sesuatu tanggungjawab atau tanggungan yang dipunyai oleh mana-mana orang kepada Perbadanan atau mana-mana subsidiari Perbadanan, sama ada pada masa sekarang, masa hadapan, terletak hak atau kontinjen; atau (d) mana-mana syarikat yang sekurang-kurangnya dua peratus daripada modal syernya telah digadaikan, disandarkan atau digadaijanjikan oleh mana-mana orang untuk menjamin pelaksanaan atau penunaian sesuatu tanggungjawab atau tanggungan yang dipunyai oleh mana-mana orang kepada Perbadanan atau mana-mana subsidiari Perbadanan, sama ada pada masa sekarang, masa hadapan, terletak hak atau kontinjen; “orang terjejas utama” ertinya mana-mana syarikat yang disebut dalam perenggan (a) takrif “orang terjejas”; “pemiutang bercagar” ertinya seseorang yang memegang sebagai cagaran bagi tanggungan orang terjejas — (a) suatu gadaian yang didaftarkan dengan sewajarnya di bawah Kanun Tanah Negara, Ordinan Tanah Sabah atau Kanun Tanah Sarawak ke atas tanah yang dipunyai oleh orang terjejas; (b) suatu gadaian tetap atau terapung ke atas perusahaan atau harta orang terjejas dan yang, jika dikehendaki oleh subseksyen 108(3) Akta Syarikat 1965, didaftarkan dengan sewajarnya mengikut subseksyen 108(1) Akta Syarikat 1965; (c) suatu penyerahhakan oleh orang terjejas akan haknya di bawah perjanjian untuk membeli tanah atau suatu petak dalam sesuatu bangunan yang dokumen hakmilik keluaran bagi tanah itu atau hakmilik strata bagi petak sesuatu bangunan itu belum dikeluarkan pada masa penyerahhakan itu; Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 35 (d) dokumen hakmilik keluaran bagi mana-mana tanah atau mana-mana pajakan pendua yang dipunyai oleh orang terjejas dan yang berkenaan dengannya suatu kaveat pemegang lien telah dimasukkan dengan sewajarnya mengikut peruntukan Kanun Tanah Negara; (e) suatu gadaian, gadai janji, sandaran atau lien ke atas sekuriti boleh pasar (sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat 1965) yang dipunyai oleh orang terjejas dan yang, jika dikehendaki dengan sewajamya oleh subseksyen 108(3) Akta Syarikat 1965, didaftarkan dengan sewajarnya mengikut subseksyen 108(1) Akta Syarikat 1965; atau (f) suatu gadaian, gadai janji, sandaran atau lien ke atas wang yang disimpan dalam deposit tetap oleh orang terjejas yang didaftarkan dengan sewajarnya di bawah subseksyen 108(1) Akta Syarikat 1965. (2) Menteri boleh, atas syor Perbadanan, meminda takrif “pemiutang bercagar” dalam subseksyen (1) mela1ui pemberitahuan dalam Warta. Penubuhan dan fungsi Jawatankuasa Selia 22. (1) Maka adalah ditubuhkan suatu jawatankuasa bernama “Jawatankuasa Selia” yang fungsinya adalah — (a) untuk meluluskan pelantikan Pentadbir Khas di bawah Akta ini; (b) untuk meluluskan pelantikan Penasihat Bebas mengikut cara yang disebut dalam seksyen 26; (c) untuk meluluskan syor yang dibuat oleh Perbadanan bagi melanjutkan atau menamatkan apa-apa moratorium yang berkuat kuasa menurut seksyen 41; dan (d) untuk meluluskan syor Perbadanan bagi menamatkan pelantikan seseorang Pentadbir Khas yang dilantik di bawah Akta ini atau bagi menamatkan pentadbiran orang terjejas. 36 Undang-Undang Malaysia A KTA 587 (2) Jawatankuasa Selia hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang dilantik oleh Menteri: (a) seorang wakil Kementerian Kewangan; (b) seorang wakil Bank Negara; dan (c) seorang wakil Suruhanjaya Sekuriti. (3) Orang yang dilantik di bawah subseksyen (2) boleh dibayar apa-apa honorarium dan elaun perjalanan dan elaun sara hidup oleh Perbadanan sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri. (3 ) Tiada tindakan atau prosiding Jawatankuasa Selia boleh A menjadi tidak sah semata-mata kerana — (a) ada apa-apa kekosongan dalam keanggotaan, atau ada apa-apa kecacatan dalam penubuhan, Jawatankuasa Selia; (b) ada apa-apa pelanggaran seksyen 65 Akta ini oleh mana-mana anggota Jawatankuasa Selia; atau (c) ada apa-apa peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan dalam prosiding Jawatankuasa Selia. (3 ) Suatu perakuan yang ditandatangani oleh seseorang B setiausaha Jawatankuasa Selia yang mengesahkan apa-apa keputusan Jawatankuasa Selia hendaklah menjadi keterangan muktamad mengenai keputusan itu. (4) Keputusan Jawatankuasa Selia adalah maklumat dan mengikat dan tidak boleh dikaji semula, dibatalkan, dirayukan, atau diketepikan oleh mana-mana mahkamah. Permohonan oleh orang terjejas supaya Pentadbir Khas dilantik 23. Tertakluk kepada seksyen 25, lembaga pengarah atau majoriti anggota orang terjejas boleh memohon kepada Perbadanan dan Perbadanan boleh mengesyorkan kepada Jawatankuasa Selia supaya seorang Pentadbir Khas dilantik bagi orang terjejas itu. Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 37 Syor Perbadanan supaya Pentadbir Khas dilantik 24. Tertakluk kepada seksyen 25, Perbadanan boleh, atas usulnya sendiri, mengesyorkan kepada Jawatankuasa Selia supaya seorang Pentadbir Khas dilantik bagi mana-mana orang terjejas. Kriteria bagi pelantikan Pentadbir Khas 25. Perbadanan boleh mengesyorkan pelantikan seorang Pentadbir Khas di bawah seksyen 23 atau 24 jika Perbadanan berpuas hati bahawa pelantikan itu adalah demi kepentingan awam atau jika Perbadanan berpuas hati bahawa — (a) orang terjejas utama— (i) tidak dapat atau berkemungkinan tidak dapat membayar hutangnya; atau (ii) tidak dapat atau berkemungkinan tidak dapat menunaikan kewajipannya kepada pemiutangnya; (b) orang terjejas utama dan keseluruhan atau mana-mana bahagian asetnya boleh terus wujud sebagai usaha berterusan; (c) perealisasian aset orang terjejas utama dengan lebih berfaedah dapat dicapai berbanding dengan perealisasian aset semasa penggulungan; atau (d) pelantikan itu boleh mencapai perealisasian yang lebih berfaedah atau penyelesaian yang lebih cepat sesuatu tanggungjawab atau tanggungan yang dipunyai oleh mana-mana orang kepada Perbadanan atau mana-mana subsidiari Perbadanan, sama ada pada masa sekarang, masa hadapan, terletak hak atau kontinjen. Pelantikan Pentadbir Khas 25 . (1) Bagi maksud seksyen 23 dan 24, Perbadanan boleh, dengan A kelulusan Jawatankuasa Selia, melantik Pentadbir Khas bagi orang terjejas. 38 Undang-Undang Malaysia A KTA 587 (2) Perbadanan boleh pada bila-bila masa selepas Pentadbir Khas dilantik di bawah subseksyen (1), dengan kelulusan Jawatankuasa Selia, melantik Pentadbir Khas tambahan dan boleh, pada bila-bila masa, melantik Pentadbir Khas baru untuk menggantikan mana-mana Pentadbir Khas yang sedia ada. (3) Apa-apa keputusan Perbadanan di bawah seksyen ini dan seksyen 23, 24 dan 25 adalah muktamad dan mengikat dan tidak boleh dikaji semula, dibatalkan, dirayu terhadapnya atau diketepikan oleh mana-mana mahkamah. Pelantikan Penasihat Bebas 26. (1) Jika seorang Pentadbir Khas adalah atau akan dilantik di bawah seksyen 23 atau 24, Jawatankuasa Selia atas syor Perbadanan boleh meluluskan pelantikan Penasihat Bebas. (2) Perbadanan boleh, dengan kelulusan Jawatankuasa Selia, melantik Penasihat Bebas. Hal keadaan yang tidak membolehkan Pentadir Khas dilantik 27. Seorang Pentadbir Khas tidak boleh dilantik — (a) berkenaan dengan orang terjejas jika orang terjejas itu telah digulung oleh Mahkamah dan perintah penggulungan itu masih berkuat kuasa; (b) melainkan jika kelulusan bertulis badan kawal selia yang berkaitan telah diperoleh terlebih dahulu, berkenaan dengan orang terjejas yang— (i) dilesenkan di bawah Akta Insurans 1996 [Akta 553]; (ii) dilesenkan di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989; (iii) merupakan seorang peniaga, pengurus kumpulan wang atau penasihat pelaburan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Perindustrian Sekuriti 1983; Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 39 (iv) merupakan seorang broker niaga hadapan, pengurus kumpulan wang niaga hadapan atau penasihat perdagangan niaga hadapan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Perindustrian Niaga Hadapan 1993; (v) merupakan suatu bursa saham sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Perindustrian Sekuriti 1983; (vi) merupakan suatu pusat penjelasan yang diiktiraf atau peserta suatu pusat penjelasan yang diiktiraf sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Perindustrian Sekuriti 1983; (vii) merupakan suatu syarikat bursa sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Perindustrian Niaga Hadapan 1993; (viii) merupakan suatu pusat penjelasan diluluskan atau seorang broker niaga hadapan yang bergabung dengan suatu pusat penjelasan syarikat bursa sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Perindustrian Niaga Hadapan 1993; (ix) merupakan suatu depositori pusat atau ejen depositorinya yang diberi kuasa sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991; (x) dilesenkan di bawah *Akta Bank Luar Pesisir 1990 [Akta 443]; atau (xi) dilesenkan di bawah Akta Bank Islam 1983 [Akta 276]. *NOTA—Akta Bank Luar Pesisir 1990 [Akta 443] telah dimansuhkan oleh Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 [Akta 704] yang berkuat kuasa pada 11 Februari 2010-lihat Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 [Akta 704]. 40 Undang-Undang Malaysia A KTA 587 Tempoh pentadbiran 28. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), pentadbiran orang terjejas oleh Pentadbir Khas yang dilantik di bawah seksyen 23 atau 24 hendaklah bermula dari tarikh pelantikan Pentadbir Khas itu dan hendaklah berterusan sehingga pelantikannya ditamatkan oleh Perbadanan dengan kelulusan Jawatankuasa Selia. (2) Pentadbir Khas hendaklah dilepaskan daripada pelantikannya apabila penamatan pelantikannya diluluskan oleh Jawatankuasa Selia atas syor Perbadanan. (3) Jika Pentadbir Khas dilepaskan daripada pelantikannya di bawah seksyen ini, dia hendaklah, mulai dari pelepasan itu, dibebaskan daripada segala tugas dan tanggungan berkenaan dengan pentadbirannya atau selainnya berhubungan dengan tingkah lakunya sebagai Pentadbir Khas. (4) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang sesuatu tindakan atau prosiding lain oleh mana-mana pihak kerana apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh salah laku yang disengajakan atau kecuaian melampau Pentadbir Khas. Pemberitahuan pelantikan Pentadbir Khas 29. (1) Jika Pentadbir Khas telah dilantik di bawah seksyen 23 atau 24, Pentadbir Khas itu hendaklah— (a) dalam tempoh dua hari selepas pelantikan itu memberikan notis bertulis mengenai pelantikannya kepada orang terjejas; (b) dalam tempoh tujuh hari selepas pelantikan itu menyerah simpan suatu notis mengenai pelantikan Pentadbir Khas itu dengan Pendaftar Syarikat dalam borang yang ditetapkan di bawah Akta ini; dan (c) dalam tempoh tujuh hari selepas pelantikan itu menyebabkan suatu notis mengenai pelantikan Pentadbir Khas itu disiarkan dalam sekurang-kurangnya dua akhbar Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 41 harian kebangsaan, salah satu daripadanya hendaklah dalam bahasa kebangsaan. (2) Tiap-tiap invois, pesanan untuk barang atau perkhidmatan, surat urusan, cek, nota kredit atau surat cara boleh niaga atau bil muatan yang, selepas pelantikan Pentadbir Khas berhubungan dengan orang terjejas, dikeluarkan oleh atau bagi pihak orang yang terjejas atau Pentadbir Khas, iaitu dokumen yang padanya atau dalamnya tertera nama orang terjejas, hendaklah mengandungi perkataan “Pentadbir Khas Dilantik” atau perkataan yang seumpamanya. (3) Pelanggaran seksyen ini tidaklah menjejaskan kesahan tindakan Pentadbir Khas dalam mentadbirkan orang terjejas. (4) Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Kesan pelantikan Pentadbir Khas 29 . Pelantikan seseorang Pentadbir Khas di bawah seksyen 23 atau A 24 tidak boleh— (a) dikira sebagai meletakkan Pentadbir Khas itu, orang terjejas atau mana-mana orang lain dalam keadaan telah mengingkari atau memungkiri apa-apa kontrak, atau melakukan pecah kepercayaan; (b) dikira sebagai memberikan hak kepada mana-mana orang untuk— (i) menamatkan, membatalkan atau mengubahsuai sesuatu perjanjian; (ii) menguatkuasakan atau rnencepatkan pelaksanaan sesuatu kewajipan; atau (iii) menghendaki pelaksanaan sesuatu kewajipan yang sebaliknya tidak akan berbangkit untuk pelaksanaan; 42 Undang-Undang Malaysia A KTA 587 (c) dikira sebagai meletakkan Pentadbir Khas itu, orang terjejas atau mana-mana orang lain dalam keadaan telah melanggar mana-mana undang-undang atau perjanjian yang melarang, menyekat atau mengawal selia penyerahhakan, penjualan, pelupusan atau pemindahan apa-apa aset atau pendedahan maklumat; (d) melepaskan seorang penjamin daripada sesuatu kewajipan; (e) mentaksahkan atau melepaskan sesuatu kontrak atau cagaran; (f) dikira sebagai menamatkan, membatalkan atau mengubah apa-apa hak, keistimewaan, pengecualian (termasuk apa-apa pengecualian cukai) atau keutamaan berhubung dengan sesuatu aset; (g) dikira sebagai meletakkan Perbadanan, Jawatankuasa Selia atau Pentadbir Khas itu dalam keadaan telah melanggar mana-mana undang-undang atau apa-apa perintah mana-mana mahkamah. Kuasa am Pentadbir Khas 30. Pentadbir Khas hendaklah mempunyai kuasa yang dinyatakan dalam Jadual Kedua. Tugas am Pentadbir Khas 31. (1) Tanpa menjejaskan seksyen 36, 38 dan 39, Pentadbir Khas hendaklah, selepas pelantikannya, mengambil ke dalam jagaannya atau di bawah kawalannya kesemua aset yang kepadanya orang terjejas adalah berhak atau tampak berhak. (2) Pentadbir Khas hendaklah menguruskan aset dan hal ehwal orang terjejas— (a) pada bila-bila masa sebelum kelulusan cadangan oleh pemiutang bercagar orang terjejas itu di bawah Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 43 seksyen 46, mengikut apa-apa arahan yang diberikan oleh Perbadanan; dan (b) pada bila-bila masa selepas kelulusan cadangan oleh pemiutang bercagar orang terjejas itu di bawah seksyen 46, mengikut cadangan itu sebagaimana yang boleh diubahsuaikan dari semasa ke semasa mengikut seksyen 48. (3) Mana-mana Pentadbir Khas yang melanggar seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Pentadbir Khas sebagai ejen orang terjejas 32. Pentadbir Khas hendaklah, dalam mentadbirkan orang terjejas, disifatkan bertindak sebagai ejen orang terjejas itu. Pegawai orang terjejas hendaklah melaksanakan atau menjalankan fungsi dengan kelulusan bertulis 33. (1) Tiada seorang pun, termasuk lembaga pengarah orang terjejas, selain Pentadbir Khas, boleh melaksanakan atau menjalankan atau berupa sebagai melaksanakan atau menjalankan atau berupa sebagai melaksanakan atau menjalankan sesuatu fungsi sebagai pegawai orang terjejas, kecuali dengan kelulusan terdahulu daripada Pentadbir Khas. (2) Bagi maksud subseksyen (1) Pentadbir Khas adalah berhak untuk menjalankan segala fungsi lembaga pengarah orang terjejas. (3) Dalam seksyen ini— (a) “pegawai” berhubungan dengan orang terjejas termasuklah penerima, penerima dan pengurus, penyelesai sementara dan pengarah; dan (b) seseorang pekerja orang terjejas tidak boleh ditafsirkan sebagai seorang pegawai semata-mata kerana dia ialah pekerja orang terjejas. 44 Undang-Undang Malaysia A KTA 587 (4) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Urusan tentang aset orang terjejas 34. (1) Jika orang terjejas berupa sebagai membuat, atau mana-mana orang berupa sebagai membuat bagi pihak orang terjejas, sesuatu urus niaga atau urusan tentang mana-mana aset orang terjejas, urus niaga atau urusan itu hendaklah menjadi batal melainkan jika— (a) urus niaga atau urusan itu ialah suatu urus niaga atau urusan yang dibuat oleh Pentadbir Khas; atau (b) kebenaran bertulis terdahulu Pentadbir Khas telah didapatkan untuk urus niaga atau urusan itu. (2) Mana-mana orang yang berupa sebagai membuat sesuatu urus niaga atau urusan dengan melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Pampasan 35. (1) Jika Mahkamah mendapati seseorang bersalah atas suatu kesalahan di bawah seksyen 34 dan Mahkamah berpuas hati bahawa orang terjejas atau seorang lain telah menanggung kerugian atau kerosakan kerananya, Mahkamah boleh memerintahkan orang yang bersalah atas kesalahan itu membayar pampasan kepada orang yang telah menanggung kerugian atau kerosakan itu. (2) Walau apa pun subseksyen (1) Pentadbir Khas boleh memulakan prosiding sivil terhadap mana-mana orang untuk mendapatkan kembali aset orang terjejas atau pampasan sebagai gantinya. Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 45 Kewajipan pegawai orang terjejas 36. (1) Seseorang pegawai atau pekerja orang terjejas hendaklah dalam tempoh tujuh hari selepas pelantikan Pentadbir Khas— (a) menghantar kepada Pentadbir Khas semua buku orang terjejas yang berada dalam milikan pegawai atau pekerja itu; dan (b) jika pegawai atau pekerja itu mengetahui tempat letaknya buku lain yang berhubungan dengan orang terjejas itu, memaklumkan Pentadbir Khas tentang tempat letaknya buku itu. (2) Seseorang pegawai atau pekerja orang terjejas hendaklah— (a) membantu Pentadbir Khas pada bila-bila masa; dan (b) memberi Pentadbir Khas apa-apa maklumat berkenaan dengan aset, hal ehwal dan hal keadaan kewangan orang terjejas itu, sebagaimana yang munasabahnya dikehendaki oleh Pentadbir Khas itu. (3) Dalam seksyen ini, “pegawai” berhubungan dengan orang terjejas termasuklah seorang penerima, penerima dan pengurus, penyelesai sementara dan pengarah (sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat 1965). (4) Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini atau mengemukakan atau menyebabkan dikemukakan apa-apa maklumat yang pada materialnya adalah palsu atau mengelirukan atau daripadanya terdapat peninggalan yang material, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Penyiasatan hal ehwal 37. (1) Pentadbir Khas boleh mengkehendaki mana-mana orang yang dinyatakan dalam subseksyen (2), dalam tempoh dua puluh satu 46 Undang-Undang Malaysia A KTA 587 hari dari masa kehendak itu atau apa-apa masa lanjutan yang dibenarkan oleh Pentadbir Khas, menentusahkan dan mengemukakan kepada Pentadbir Khas suatu pernyataan tentang hal ehwal orang terjejas dalam borang yang ditentukan oleh Pentadbir Khas yang mengandungi— (a) butir-butir aset dan tanggungan orang terjejas; (b) nama dan alamat pemiutang orang terjejas; (c) cagaran yang dipegang oleh pemiutang orang terjejas yang disebut dalam perenggan (1)(b); (d) tarikh cagaran yang disebut dalam perenggan (1)(c) diberikan; (da) suatu akuan berkanun yang dibuat menurut peruntukan Akta Akuan Berkanun 1960, yang memperakukan bahawa malumat dalam pernyataan hal ehwal itu adalah benar dan betul; dan (e) apa-apa maklumat lanjut atau maklumat lain yang dikehendaki oleh Pentadbir Khas. (2) Pentadbir Khas boleh menghendaki orang yang berikut supaya menentusahkan dan mengemukakan pernyataan hal ehwal yang disebut dalam subseksyen (1): (a) orang yang menjadi atau pernah menjadi pegawai orang terjejas; (b) orang yang pernah mengambil bahagian dalam pembentukan orang terjejas pada bila-bila masa dalam tempoh dua tahun sebelum pelantikan Pentadbir Khas; atau (c) orang yang dalam penggajian orang terjejas atau pernah berada dalam penggajiannya orang terjejas dalam tempoh dua tahun sebelum pelantikan Pentadbir Khas yang, pada pendapat Pentadbir Khas, tahu tentang maklumat yang dikehendaki. Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 47 (3) Pentadbir Khas boleh pada bila-bila masa melepaskan seseorang daripada apa-apa kewajipan yang dikenakan ke atasnya di bawah subseksyen (1) dan (2). (4) Pentadbir Khas hendaklah, apabila fungsi dan tugasnya di bawah Akta ini selesai, memulangkan kepada orang terjejas apa-apa buku, pernyataan, dokumen atau apa-apa jua yang disebut di bawah subseksyen 36(1) dan seksyen 37 dan 38. (5) Dalam seksyen ini, “penggajian” termasuklah penggajian di bawah suatu kontrak untuk perkhidmatan dan “pegawai” termasuklah seorang penerima, penerima dan pengurus, penyelesai sementara dan pengarah (sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat 1965). (6) Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Hak Pentadbir Khas ke atas buku orang terjejas 38. (1) Tiada seorang pun berhak, berbanding dengan Pentadbir Khas— (a) untuk menyimpan dalam milikannya buku orang terjejas; atau (b) untuk menuntut atau menguatkuasakan sesuatu lien ke atas buku orang terjejas. (2) Pentadbir Khas boleh memberikan notis kepada seseorang dan orang itu hendaklah menghantar kepada Pentadbir Khas buku yang dinyatakan sedemikian dalam notis itu yang ada dalam milikannya. (3) Subseksyen (1) dan (2) tidaklah terpakai berhubungan dengan apa-apa buku— (a) yang berhak dimiliki oleh seseorang pemiutang bercagar orang terjejas itu melainkan jika disebabkan oleh suatu lien; atau 48 Undang-Undang Malaysia A KTA 587 (b) orang terjejas itu yang diimpaun oleh mana-mana badan kawal selia, tetapi Pentadbir Khas itu berhak untuk memeriksa dan membuat salinan buku itu. (4) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Hak Pentadbir Khas ke atas aset orang terjejas 39. (1) Pentadbir Khas boleh menghendaki mana-mana orang yang mempunyai dalam milikan atau kawalannya aset atau buku yang orang terjejas tampak berhak kepadanya untuk menghantarkan, memberikan, menyerahkan atau memindahkan aset atau buku itu kepada Pentadbir Khas dengan serta-merta atau dalam apa-apa tempoh yang diarahkan oleh Pentadbir Khas. (2) Jika Pentadbir Khas menyita apa-apa harta yang bukan harta orang terjejas dan pada masa penyitaan itu, mempercayai, dan mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai, bahawa dia berhak untuk menyita harta itu, maka, Pentadbir Khas tidak akan bertanggungan kepada mana-mana orang berkenaan dengan apa-apa kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penyitaan itu melainkan jika kerugian atau kerosakan itu disebabkan dengan sengaja oleh Pentadbir Khas atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihaknya atau oleh kecuaian Pentadbir Khas sendiri. (3) Mana-mana orang yang tidak mematuhi kehendak Pentadbir Khas di bawah subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 49 Kesan menghalang atau menghadang Pentadbir Khas 39 . (1) Tiada seorang pun boleh menghalang atau mengadang A penjalanan apa-apa tugas, hak atau kuasa oleh seorang Pentadbir Khas. (2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Penolakan tuntutan 40. (1) Tertakluk kepada subseksyen (3), jika mana-mana bahagian aset orang terjejas terdiri daripada— (a) apa-apa kepentingan mengenai tanah yang mengandungi waad yang membebankan; (b) syer dalam perbadanan; (c) kontrak yang tidak menguntungkan; atau (d) apa-apa aset lain yang tidak boleh dijual, atau tidak sedia dijual, oleh sebab aset itu mengikat pemiliknya kepada pelaksanaan apa-apa tindakan yang membebankan, atau kepada pembayaran apa-apa jumlah wang, Pentadbir Khas boleh dalam tempoh dua belas bulan selepas dia menyedari mana-mana aset yang tersebut di atas, menolak tuntutan mana-mana aset sedemikian. (2) Hak mana-mana orang yang terjejas oleh Pentadbir Khas menurut penjalanan kuasanya untuk menolak tuntutan di bawah subseksyen (1) hendaklah diuruskan mengikut cara yang dinyatakan dalam cadangan dan apa-apa pampasan kepada orang itu hendaklah ditarafkan sebagai hutang tidak bercagar. (3) Pentadbir Khas tidak boleh menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (1) untuk menolak tuntutan apa-apa kontrak pasaran. 50 Undang-Undang Malaysia A KTA 587 (4) Bagi maksud subseksyen (3), suatu “kontrak pasaran” hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 126 Akta Perindustrian Sekuriti 1983 dan hendaklah B termasuk kontrak niaga hadapan yang didagangkan dalam pasaran niaga hadapan yang dijelaskan melalui suatu pusat penjelasan diluluskan. Kesan pelantikan Pentadbir Khas 41. (1) Tertakluk kepada subseksyen (6), apabila Pentadbir Khas dilantik, suatu moratorium hendaklah berkuat kuasa yang dalam tempoh itu — (a) apa-apa petisyen untuk penggulungan orang terjejas hendaklah ditolak oleh mahkamah; (b) tiada ketetapan boleh diluluskan atau perintah dibuat bagi penggulungan orang terjejas; (c) tiada penerima, penerima dan pengurus atau penyelesai sementara, kecuali mana-mana penerima, penerima dan pengurus atau penyelesai sementara yang dilantik oleh badan kawal selia yang berkaitan berkenaan dengan mana-mana orang yang disebut dalam perenggan 27(c), boleh dilantik, atau jika dilantik, pelantikannya hendaklah tamat dengan serta-merta dan dia hendaklah mengosongkan jawatannya; (d) tiada langkah boleh diambil— (i) untuk mewujudkan, menyempurnakan atau menguatkuasakan apa-apa cagaran ke atas apa-apa aset orang terjejas; (ii) untuk menguatkuasakan suatu penghakiman ke atas apa-apa aset orang terjejas; (iii) untuk memiliki semula apa-apa aset dalam milikan, jagaan atau kawalan orang terjejas; atau Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 51 (iv) untuk menolak apa-apa hutang yang terhutang kepada orang terjejas berkenaan dengan apa-apa tuntutan terhadap orang terjejas itu, kecuali dengan kebenaran bertulis terdahulu Perbadanan; (e) tiada prosiding dan tiada pelaksanaan atau proses undang-undang lain boleh dimulakan atau diteruskan, dan tiada distres boleh dilevikan, terhadap orang terjejas atau asetnya kecuali dengan kebenaran bertulis terdahulu Perbadanan; (f) apa-apa permohonan yang dibuat di bawah seksyen 176 Akta Syarikat 1965 hendaklah ditangguhkan sine die dan apa-apa perintah sekatan yang dikeluarkan menurut subseksyen 176(10) Akta Syarikat 1965 hendaklah dilepaskan dan diketepikan dengan serta-merta; dan (g) tiada prosiding dan tiada pelaksanaan atau proses undang-undang lain yang boleh dimulakan, atau diteruskan, terhadap mana-mana orang yang menyediakan jaminan atau yang bertindak sebagai penjamin bagi tanggungan orang terjejas berkenaan dengan tanggungan itu kecuali dengan kebenaran bertulis terdahulu Perbadanan. (2) Tempoh moratorium yang diperuntukkan dalam subseksyen (1) adalah selama tempoh dua belas bulan bermula dari tarikh pelantikan Pentadbir Khas dan boleh ditamatkan pada bila-bila masa oleh Perbadanan dengan kelulusan Jawatankuasa Selia. (3) Jika— (a) Perbadanan menerima laporan Penasihat Bebas sebelum tamatnya tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (2), Perbadanan boleh jika difikirkannya patut, melanjutkan moratorium itu selama tempoh dua belas bulan lagi atau selama tempoh yang dikehendaki untuk menyiapkan pelaksanaan cadangan yang diluluskan di bawah seksyen 46 atau 48, mengikut mana-mana yang berkenaan; atau (b) pada pendapat Perbadanan laporan Penasihat Bebas tidak mungkin diterima sebelum tamatnya tempoh yang 52 Undang-Undang Malaysia A KTA 587 dinyatakan dalam subseksyen (2), atau dalam apa-apa hal lain, atas syor Perbadanan untuk suatu perlanjutan moratorium itu, Jawatankuasa Selia boleh melanjutkan moratorium itu selama apa-apa tempoh atau tempoh yang disyorkan oleh Perbadanan atau apa-apa tempoh atau tempoh lain yang difikirkan sesuai oleh Jawatankuasa Selia. (4) Jika tempoh moratorium itu dilanjutkan menurut subseksyen (3), suatu notis mengenai pelanjutan tersebut hendaklah disiarkan sekurang-kurangnya dalam dua akhbar harian kebangsaan, satu daripadanya hendaklah dalam bahasa kebangsaan. (5) Perbadanan tidak boleh bertanggungan bagi sesuatu tindakan atau ganti rugi lain berkenaan dengan sesuatu keengganan untuk memberi kebenarannya di bawah subseksyen (1). (6) Tiada apa-apa dalam seksyen ini boleh menghalang apa-apa prosiding sivil atau jenayah dimulakan atau diteruskan oleh mana-mana badan kawal selia di bawah mana-mana undang-undang bertulis terhadap orang terjejas. (7) Apa-apa keputusan Perbadanan di bawah seksyen ini adalah muktamad dan mengikat dan tidak boleh dikaji semula, dibatalkan, dirayu terhadapnya atau diketepikan oleh mana-mana mahkamah. (8) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak me1ebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Keutamaan tidak wajar 42. (1) Dengan pelantikan Pentadbir Khas, apa-apa pemindahan, gadai janji pelaksanaan, penahanan, kewajipan, penyelesaian, gadaian, penyerahhakan, penghantaran barang, bayaran atau tindakan lain yang berhubungan dengan apa-apa aset yang dibuat, ditanggung atau dilakukan oleh atau terhadap orang terjejas yang, sekiranya pemindahan, gadai janji, penghantaran barang, bayaran atau tindakan itu dilakukan oleh atau terhadap orang perseorangan, akan menjadi Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 53 batal, boleh batal atau boleh didapatkan kembali jika dilakukan semasa dia dalam keadaan bankrap di bawah undang-undang kebankrapan, boleh dielakkan atau didapatkan kembali oleh Pentadbir Khas. (2) Bagi maksud seksyen ini, jika rujukan dibuat dalam undang-undang kebankrapan tentang suatu tarikh bagi maksud menentukan kesan kebankrapan ke atas transaksi-transaksi yang dinyatakan dalam undang-undang itu, tarikh itu hendaklah tarikh pelantikan Pentadbir Khas. Mendapatkan kembali balasan tunai daripada aset yang diperoleh atau dijual sebelum pelantikan Pentadbir Khas 42 . (1) Jika apa-apa aset telah diperoleh oleh orang terjejas untuk A suatu balasan tunai dalam tempoh dua tahun sebelum seorang Pentadbir Khas dilantik di bawah Akta ini— (a) daripada seseorang yang pada masa pemerolehan atau dijual itu ialah pengarah orang terjejas itu; atau (b) daripada sesuatu syarikat yang, pada masa pemerolehan itu, seorang pengarahnya juga merupakan pengarah orang terjejas itu, maka Pentadbir Khas boleh mendapatkan kembali daripada orang atau syarikat yang aset daripadanya itu telah diperoleh apa-apa amaun yang balasan tunai bagi pemerolehan itu melebihi nilai aset itu pada masa pemerolehannya. (2) Jika apa-apa aset telah dijual oleh orang terjejas itu bagi suatu balasan tunai dalam tempoh dua tahun sebelum seorang Pentadbir Khas dilantik di bawah Akta ini— (a) kepada seseorang yang pada masa penjualan itu ialah pengarah orang terjejas itu; atau (b) kepada sesuatu syarikat yang, pada masa penjualan itu, seorang pengarahnya juga merupakan pengarah orang terjejas itu, 54 Undang-Undang Malaysia A KTA 587 maka Pentadbir Khas boleh mendapatkan kembali daripada orang atau syarikat yang kepadanya aset itu telah dijual apa-apa amaun yang nilai aset itu melebihi balasan tunai itu pada masa penjualan. (3) Bagi maksud seksyen ini— “balasan tunai”, berhubung dengan sesuatu pemerolehan atau penjualan oleh orang terjejas, ertinya balasan untuk pemerolehan atau penjualan yang boleh dibayar selain melalui penerbitan syer dalam orang terjejas; “nilai aset” termasuklah nilai apa-apa nama baik atau keuntungan yang mungkin boleh dibuat daripada aset itu atau balasan yang serupa; dan “pengarah” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Syarikat 1965. Pengosongan jawatan penerima, dsb. 43. (1) Mana-mana penerima, penerima dan pengurus, atau penyelesai sementara yang mengosongkan jawatannya menurut perenggan 41(1)(c) hendaklah dengan serta-merta menyerahkan semua aset dan buku orang terjejas kepada Pentadbir Khas. (2) Semua jumlah wang yang ditanggung dengan sewajarnya berkenaan dengan kos, perbelanjaan dan saraan penerima, penerima dan pengurus, atau penyelesai sementara mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah dipertanggungkan pada dan dibayar daripada hasil yang direalisasikan orang terjejas mengikut cara yang dinyatakan dalam cadangan itu. Pentadbir Khas hendaklah menyediakan cadangan 44. (1) Pentadbir Khas hendaklah dengan secepat yang semunasabahnya dapat dilaksanakan dari tarikh pelantikannya menyediakan dan mengemukakan kepada Perbadanan suatu cadangan yang menyatakan rancangan Pentadbir Khas mengenai orang terjejas. Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 55 (1 ) Cadangan Pentadbir Khas atau apa-apa ubahsuaian kepada A cadangan itu di bawah seksyen 48 boleh termasuk apa-apa peruntukan sebagaimana yang difikirkan patut oleh Pentadbir khas. (1 ) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen yang terdahulu, B cadangan itu boleh termasuk peruntukan bagi— (a) suatu kompromi atau perkiraan antara orang terjejas dengan pemiutangnya atau mana-mana golongan daripada mereka atau antara orang terjejas dengan anggotanya atau mana-mana golongan daripada mereka atau antara orang terjejas dengan penghutangnya atau mana-mana golongan daripada mereka; (b) pengubahan atau pengurangan kesemua atau sebahagian daripada modal syer orang terjejas; (c) penjualan kesemua atau sebahagian daripada perusahaan atau harta orang terjejas; (d) pemindahan kesemua atau mana-mana bahagian daripada perusahaan, harta atau tanggungan orang terjejas kepada sesuatu syarikat; (e) pemindahan kesemua atau sebahagian daripada syer, atau kesemua syer daripada suatu kelas tertentu, dalam orang terjejas kepada mana-mana syarikat; (f) penerusan apa-apa prosiding undang-undang yang belum selesai oleh atau terhadap orang terjejas oleh atau terhadap syarikat yang disebut dalam perenggan (d); (g) pembubaran tanpa penggulungan orang terjejas; (h) apa-apa peruntukan lain yang perlu untuk memastikan bahawa cadangan atau rancangan Pentadbir Khas atau apa-apa kompromi, perkiraan, pembentukan semula atau penyatuan berkenaan dengan orang tejejas hendaklah dijalankan dengan sepenuhnya dan dengan berkesan. (2) Sebaik sahaja menerima cadangan daripada Pentadbir Khas Perbadanan hendaklah mengemukakan cadangan itu kepada Penasihat Bebas yang dilantik di bawah seksyen 26. 56 Undang-Undang Malaysia A KTA 587 (3) Penasihat Bebas hendaklah mengkaji semula kemunasabahan cadangan itu dengan mengambil kira kepentingan pemiutang tidak bercagar, pemiutang bercagar dan anggota orang terjejas dan dengan secepat yang semunasabahnya dapat dilaksanakan memberikan laporannya kepada Perbadanan. Perbadanan hendaklah menimbangkan cadangan 45. (1) Perbadanan hendaklah menimbangkan cadangan yang dikemukakan oleh Pentadbir Khas. (2) Perbadanan boleh meluluskan cadangan itu untuk dilaksanakan apabila Perbadanan menerima cadangan itu bersama-sama dengan laporan Penasihat Bebas. Mesyuarat pemiutang bercagar 46. (1) Pentadbir Khas hendaklah, selepas cadangan itu diluluskan oleh Perbadanan, menghantar melalui pos berdaftar berbayar dahulu atau mengikut apa-apa cara lain yang ditetapkan di bawah Akta ini ke alamat terakhir yang diketahui orang terjejas dan setiap pemiutang bercagar orang terjejas yang diketahui oleh Pentadbir Khas— (a) suatu salinan cadangan itu; (b) suatu salinan laporan Penasihat Bebas; (c) jika difikirkan sesuai oleh Perbadanan, suatu memorandum daripada Perbadanan yang menyatakan apa-apa perkara yang pada pandangan Perbadanan patut diambil kira oleh pemiutang bercagar apabila menimbangkan cadangan itu; dan (d) suatu notis mengenai mesyuarat pemiutang bercagar bagi maksud yang dinyatakan dalam seksyen ini. (2) Suatu mesyuarat pemiutang bercagar orang terjejas hendaklah diadakan dalam masa empat belas hari selepas notis mengenai mesyuarat pemiutang bercagar dikeluarkan di bawah subseksyen (1). Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 57 (3) Mesyuarat pemiutang bercagar orang terjejas yang diadakan di bawah subseksyen (2) hendaklah memutuskan sama ada untuk meluluskan atau menolak cadangan itu. (4) Jika— (a) majoriti dalam nilai pemiutang bercagar, yang hadir dan mengundi, sama ada dengan sendiri atau melalui proksi, pada mesyuarat itu meluluskan cadangan itu; atau (b) tidak terdapat pemiutang bercagar orang terjejas yang diketahui oleh Pentadbir Khas dan Perbadanan meluluskan cadangan itu di bawah subseksyen 45(2), maka cadangan itu, termasuk cadangan itu sebagaimana yang kemudiannya boleh diubahsuai di bawah seksyen 48, hendaklah mengikat orang terjejas, semua anggota dan pemiutang orang terjejas dan mana-mana orang lain yang terjejas oleh cadangan itu, sama ada atau tidak orang itu mempunyai pengetahuan atau diberikan notis tentang cadangan itu. (5) Bagi maksud perenggan (4)(a), suatu ketetapan untuk meluluskan cadangan itu dengan apa-apa ubahsuaian hendaklah disifatkan sebagai suatu penolakan cadangan itu. (5 ) Walau apa pun mana-mana undang-undang— A (a) kelulusan atau pelaksanaan sesuatu cadangan di bawah subseksyen (4), termasuk cadangan itu sebagaimana yang kemudiannya boleh diubahsuai di bawah seksyen 48, tidak membebaskan atau melepaskan apa-apa cagaran yang diberikan oleh mana-mana orang untuk menjamin apa-apa tanggungjawab atau tanggungan yang dipunyai oleh orang terjejas kepada mana-mana pemiutang orang terjejas itu; dan (b) setiap cagaran itu dan apa-apa tanggungjawab atau tanggungan orang yang memberikan cagaran itu hendaklah tetap sah dan boleh dikuatkuasakan terhadap orang itu walau apa pun kelulusan atau pelaksanaan cadangan itu, termasuk cadangan itu sebagaimana yang kemudiannya boleh diubahsuai di bawah seksyen 48, atau 58 Undang-Undang Malaysia A KTA 587 apa-apa kompromi, perkiraan, pembentukan semula atau penyatuan yang berkaitan dengan orang terjejas itu. (6) Kegagalan untuk memberitahu mana-mana pemiutang bercagar orang terjejas mengenai mesyuarat pemiutang bercagar itu tidak boleh menidaksahkan mesyuarat yang diadakan di bawah subseksyen (2) dan tidak boleh menidaksahkan kesahan ketetapan yang diluluskan pada mesyuarat tersebut. (7) Bagi mengelakkan keraguan, jika Perbadanan ialah pemiutang bercagar orang terjejas, Perbadanan hendaklah berhak untuk hadir dan mengundi pada mesyuarat pemiutang bercagar orang terjejas yang diadakan oleh Pentadbir Khas di bawah subseksyen (2) atau seksyen 48. (8) Seseorang Pentadbir Khas yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Pelaksanaan cadangan 47. (1) Tertakluk kepada seksyen 46, 48 dan 49, Pentadbir Khas hendaklah melaksanakan cadangan mengikut termanya. (2) Pentadbir Khas hendaklah— (a) dalam masa empat belas hari dari tarikh cadangan itu diluluskan oleh pemiutang bercagar orang terjejas di bawah seksyen 46; (b) jika tidak terdapat pemiutang bercagar yang diketahui oleh Pentadbir Khas, dalam masa empat belas hari dari tarikh cadangan itu diluluskan oleh Perbadanan di bawah subseksyen 45(2); atau (c) dalam masa empat belas hari dari tarikh cadangan itu diluluskan di bawah subseksyen 48(6), Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 59 menyebabkan supaya kelulusan cadangan itu dan masa serta tempat bagi mana-mana pemiutang orang terjejas itu untuk memeriksa butir-butir cadangan itu disiarkan dalam sekurang-kurangnya dua akhbar harian kebangsaan, satu daripadanya hendaklah dalam bahasa kebangsaan. (3) Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang atau kontrak, suatu cadangan yang diluluskan atau diubahsuai di bawah Akta ini boleh dilaksanakan dan Pentadbir Khas hendaklah mempunyai kuasa untuk melaksanakan dan membuat segala perkara yang perlu untuk menjalankan cadangan itu atau mana-mana bahagian cadangan itu dengan sepenuhnya dan dengan berkesan dan menguatkuasakannya tanpa memerlukan apa-apa notis diberikan kepada atau kelulusan atau keizinan didapatkan daripada mana-mana anggota atau pemiutang orang terjejas itu atau mana-mana orang lain yang terjejas oleh cadangan itu, atau kelulusan atau pengesahan daripada mahkamah dan apa-apa notis, kelulusan, keizinan atau pengesahan sedemikian (sama ada dikehendaki di bawah mana-mana undang-undang atau kontrak atau selainnya) hendaklah disifatkan telah diberikan atau didapatkan dengan sewajarnya, mengikut mana-mana yang berkenaan. (4) Jika mana-mana bahagian aset orang terjejas adalah tertakluk kepada hak pemiutang bercagar atau mana-mana orang lain dan suatu cadangan telah diluluskan di bawah Akta ini, Pentadbir Khas hendaklah berhak untuk menguruskan aset itu mengikut cara yang dinyatakan dalam cadangan itu. (5) Pentadbir Khas hendaklah menggunakan semua hasil yang direalisasikan semasa cadangan itu dilaksanakan mengikut cara yang dinyatakan dalam cadangan itu. (6) Jika seseorang Pentadbir Khas memindahkan harta atau tanggungan menurut suatu cadangan, maka harta itu hendaklah dipindahkan kepada dan terletak hak pada, dan tanggungan itu hendaklah dipindahkan kepada dan menjadi tanggungan, penerima pindahan, dalam hal mana-mana harta yang tertentu jika cadangan itu mengarahkan sedemikian, bebas daripada apa-apa gadaian, kaveat atau bebanan lain. (7) Walau apa pun apa-apa yang sebaliknya dalam mana-mana undang-undang, Perbadanan atau mana-mana syarikat yang berkaitan (sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat 1965) atau subsidiari Perbadanan boleh memperoleh apa-apa harta, atau sekuriti boleh pasar yang diterbitkan oleh, orang terjejas. 60 Undang-Undang Malaysia A KTA 587 (8) Walau apa pun apa-apa yang sebaliknya dalam mana-mana undang-undang, Pentadbir Khas hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan segala perkara yang perlu untuk menguatkuasakan dan melaksanakan cadangan yang diluluskan mengikut seksyen 44 hingga 46 atau yang diubahsuai mengikut seksyen 48. Ubahsuaian kepada cadangan 48. (1) Pentadbir Khas boleh pada bila-bila masa selepas— (a) cadangan itu diluluskan oleh pemiutang bercagar orang terjejas di bawah seksyen 46; atau (b) jika tidak terdapat pemiutang bercagar yang diketahui oleh Pentadbir Khas, cadangan itu diluluskan oleh Perbadanan di bawah subseksyen 45(2), mencadangkan ubahsuaian kepada cadangan itu. (2) Penasihat Bebas yang dilantik berhubungan dengan orang terjejas hendaklah mengkaji semula kemunasabahan ubahsuaian yang dicadangkan dan hendaklah memutuskan keperluan untuk mengadakan mesyuarat pemiutang bercagar untuk meluluskan ubahsuaian yang dicadangkan itu. (3) Keputusan Penasihat Bebas di bawah subseksyen (2) hendaklah mengikat Pentadbir Khas, orang terjejas, semua anggota dan pemiutang orang terjejas dan mana-mana orang lain yang terjejas oleh cadangan itu, sama ada atau tidak orang itu mempunyai pengetahuan atau diberikan notis tentang cadangan yang diubahsuai itu. (4) Jika Penasihat Bebas berpendapat bahawa suatu mesyuarat pemiutang bercagar perlu diadakan untuk menimbangkan ubahsuaian yang dicadangkan itu, Pentadbir Khas hendaklah dalam masa enam puluh hari dari penerimaan laporan Penasihat Bebas mengenai ubahsuaian yang dicadangkan itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh Perbadanan, mengadakan mesyuarat itu. (5) Pentadbir Khas hendaklah, sebelum mesyuarat yang diadakan di bawah subseksyen (4), menghantar melalui pos berdaftar berbayar Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 61 dahulu atau mengikut apa-apa cara lain yang ditetapkan di bawah Akta ini ke alamat terakhir yang diketahui orang terjejas dan setiap pemiutang bercagar orang terjejas yang diketahui oleh Pentadbir Khas— (a) suatu salinan ubahsuaian yang dicadangkan; (b) suatu salinan laporan Penasihat Bebas mengenai ubahsuaian yang dicadangkan; (c) jika difikirkan sesuai oleh Perbadanan, suatu memorandum daripada Perbadanan yang menyatakan apa-apa perkara pada pandangan Perbadanan patut diambil kira oleh pemiutang bercagar dalam menimbangkan ubahsuaian yang dicadangkan; dan (d) suatu notis mengenai mesyuarat pemiutang bercagar bagi ubahsuaian yang dicadangkan yang dinyatakan dalam seksyen ini. (6) Mesyuarat pemiutang bercagar orang terjejas untuk menimbangkan ubahsuaian yang dicadangkan hendaklah diadakan dan dijalankan mengikut cara yang dinyatakan dalam seksyen 46. (7) Jika Penasihat Bebas berpendapat bahawa suatu mesyuarat pemiutang bercagar tidak perlu diadakan dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (4), Pentadbir Khas bolehlah melaksanakan ubahsuaian yang dicadangkan itu yang hendaklah mengikat orang terjejas, semua anggota dan pemiutang orang terjejas dan mana-mana orang lain yang terjejas oleh cadangan itu, sama ada atau tidak orang itu mempunyai pengetahuan atau diberikan notis tentang ubahsuaian itu. (8) Tanpa menjejaskan seksyen 49, pematuhan mana-mana syarat kelulusan yang dikenakan oleh suatu badan kawal selia tidak boleh ditafsirkan sebagai ubahsuaian kepada cadangan itu bagi maksud seksyen ini. Syarat kelulusan kawal selia 49. (1) Jika — 62 Undang-Undang Malaysia A KTA 587 (a) kelulusan mana-mana badan kawal selia dikehendaki bagi melaksanakan cadangan itu; atau (b) kelulusan mana-mana badan kawal selia dikehendaki untuk melaksanakan apa-apa ubah suaian yang dicadangkan kepada cadangan itu, dan syarat kelulusan dikenakan oleh badan kawal selia itu, Perbadanan boleh, walaupun pemiutang bercagar orang terjejas telah bersetuju dengan cadangan itu di bawah seksyen 46 atau 48, mengarahkan Pentadbir Khas untuk meninggalkan cadangan itu atau selainnya memberhentikan pelaksanaan cadangan itu jika Perbadanan berpendapat bahawa syarat kelulusan sedemikian adalah bukan demi kepentingan orang terjejas. (2) Keputusan Perbadanan di bawah subseksyen (1) hendaklah mengikat orang terjejas, semua anggota dan pemiutang orang terjejas itu dan mana-mana orang lain yang terjejas oleh cadangan itu, sama ada atau tidak orang itu mempunyai pengetahuan atau diberikan notis tentang cadangan itu. Penolakan atau pemberhentian cadangan 50. Jika Perbadanan mengarahkan Pentadbir Khas untuk meninggalkan cadangan itu atau selainnya memberhentikan pelaksanaan cadangan itu di bawah seksyen 49 atau cadangan itu tidak diluluskan di bawah seksyen 46 atau 48, Perbadanan boleh menimbangkan pilihan lain untuk menguruskan pengurusan dan pelupusan aset orang terjejas dan boleh — (a) meminta Pentadbir Khas untuk mengemukakan suatu cadangan baru;
Part document.segment-3
587 - *AKTA PENGURUSAN DANAHARTA NASIONAL BERHAD 1998 — segment 3
- document.segment-3 Verify source ↗
587 - *AKTA PENGURUSAN DANAHARTA NASIONAL BERHAD 1998 — segment 3
AI-assisted research summary: This part sets who may be appointed, what the Special Administrator must report, and several powers over affected-person assets and corporate administration.
(b) membatalkan moratorium yang dikenakan di bawah seksyen 41; atau (c) melantik seorang Pentadbir Khas gantian. Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 63 Kelayakan Pentadbir Khas 51. (1) Tiada seorang pun boleh dilantik sebagai Pentadbir Khas melainkan jika — (a) orang itu ialah orang sebenar; dan (b) dia telah bersetuju secara bertulis mengenai pelantikannya dan tidak menarik balik persetujuannya pada tarikh pelantikannya. (2) Orang yang berikut layak untuk dilantik sebagai Pentadbir Khas: (a) juruaudit syarikat yang diluluskan di bawah Akta Syarikat 1965 ; (b) seorang yang, pada pendapat Perbadanan, mempunyai pengalaman yang dikehendaki; atau (c) seorang yang, pada pendapat Perbadanan, berupaya melaksanakan tugas Pentadbir Khas. (3) Orang yang berikut tidak layak untuk dilantik sebagai Pentadbir Khas: (a) suatu perbadanan; (b) seorang bankrap belum lepas; (c) seorang pemegang gadai janji mana-mana harta orang terjejas; (d) seorang juruaudit orang terjejas; atau (e) seorang pegawai orang terjejas. Kelayakan Penasihat Bebas 52. Tiada seorang pun boleh dilantik sebagai Penasihat Bebas melainkan jika— 64 Undang-Undang Malaysia A KTA 587 (a) orang itu telah bersetuju secara bertulis mengenai pelantikannya dan tidak menarik balik persetujuannya pada tarikh pelantikannya; dan (b) orang itu ialah — (i) suatu bank sandagar; (ii) suatu firma akauntan; atau (iii) seorang (selain orang sebenar) yang, pada pendapat Perbadanan, mempunyai pengalaman yang dikehendaki atau berupaya melaksanakan tugas Penasihat Bebas. Dua Pentadbir Khas atau lebih 53. Jika dua orang atau lebih dilantik sebagai Pentadbir Khas orang terjejas— (a) fungsi atau kuasa Pentadbir Khas boleh dilaksanakan atau dijalankan oleh mana-mana satu daripada mereka atau kedua-duanya atau kesemua mereka secara bersesama; (b) sebutan tentang Pentadbir Khas dalam Akta ini adalah sebutan tentang mana-mana satu daripada mereka yang dilantik, mengikut mana-mana yang berkenaan. Laporan mengenai salah laku 54. Jika sesuatu penyiasatan ke dalam hal ehwal orang terjejas oleh Pentadbir Khas mendedahkan apa-apa fraud, misfeasans atau salah laku lain berkaitan dengan penajaan atau penubuhan orang terjejas atau dalam pengurusan orang terjejas atau hal ehwalnya, atau jika telah berlaku apa-apa pelesapan atau penahanan salah apa-apa aset kepunyaan orang terjejas, Pentadbir Khas hendaklah melaporkan fraud, misfeasans atau salah laku itu kepada badan kawal selia atau penguatkuasaan yang sesuai. Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 65 Kesahan urus niaga 55. Apa-apa pembayaran yang dibuat, urus niaga yang dibuat, atau apa-apa tindakan atau benda lain yang dilakukan dengan suci hati oleh, atau dengan kebenaran Pentadbir Khas, adalah sah dan mempunyai kuat kuasa bagi maksud Akta ini dan tidak batal atau boleh batal atau dianggap sebagai suatu keutamaan tidak wajar semasa penggulungan orang terjejas. Pelanjutan masa 56. Jika — (a) bagi apa-apa maksud suatu tindakan dikehendaki dilakukan dalam suatu tempoh yang tertentu atau sebelum suatu masa yang tertentu di bawah peruntukan mana-mana undang-undang atau mana-mana perjanjian; dan (b) Bahagian ini menghalang tindakan itu dilakukan dalam tempoh atau sebelum masa itu, maka tempoh itu disifatkan sebagai dilanjutkan atau masa itu disifatkan sebagai ditangguhkan selama tempoh tindakan itu dihalang oleh Bahagian ini daripada dilakukan. B VII AHAGIAN HAK TAMBAHAN Hak untuk melupuskan aset melalui triti persendirian 57. (1) Walau apa pun mana-mana undang-undang lain dan sebagai tambahan kepada apa-apa kuasa lain yang dipunyai oleh Perbadanan di bawah apa-apa kontrak atau mana-mana undang-undang lain, Perbadanan atau pemeroleh sebagai pemegang apa-apa cagaran, sama ada sebagai pemegang gadaian, pemegang gadai janji, pemegang serah hak, pemegang lien atau selainnya, ke atas apa-apa harta hendaklah berhak— (a) untuk melupuskan harta itu atau mana-mana bahagian harta itu melalui triti persendirian; dan 66 Undang-Undang Malaysia A KTA 587 (b) jika harta itu terdiri daripada tanah, untuk mengambil segala langkah yang difikirkannya patut untuk memelihara nilai tanah itu atau untuk memudahkan pelupusan tanah itu melalui triti persendirian, termasuk memasuki tanah itu (sama ada secara sendiri atau melalui mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya) untuk memeriksa, melindungi, menjaga, menyenggara atau membaiki tanah itu. (2) Suatu penjualan melalui triti persendirian di bawah subseksyen (1) boleh dilaksanakan melalui kontrak persendirian, lelong, tender atau apa-apa cara penjualan yang lain. (3) Bagi maksud subseksyen (1), Perbadanan atau pemeroleh hendaklah disifatkan telah diberi kuasa oleh pemberi cagaran untuk menguatkuasakan pemindahan hakmilik harta itu kepada pembeli. (4) Tiap-tiap Pendaftar Mahkamah Tinggi, Pendaftar Syarikat, Pendaftar tanah, Ketua Pendaftar Kapal, depositori pusat, ejen depositori diberi kuasa, dan mana-mana orang yang menyenggarakan daftar atau rekod pemunyaan atau kepentingan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah menerima perakuan pindah milik atau surat cara pemindahan hakmilik atau dokumen pendaftaran lain yang disempumakan oleh Perbadanan atau pemeroleh dan melaksanakan pindah milik harta itu atau mana-mana bahagian daripada harta itu kepada pembeli tanpa perlu untuk membuat apa-apa permohonan lanjut atau memfailkan apa-apa dokumen lanjut. (5) Walau apa pun apa-apa yang sebaliknya dalam mana-mana undang-undang, Perbadanan atau mana-mana syarikat berkaitan atau subsidiari Perbadanan boleh, tanpa perlu untuk membayar apa-apa deposit, memperoleh apa-apa harta yang dilupuskan di bawah subseksyen (1) dan berhak untuk menolak harga pembelian terhadap tanggungan yang terhutang kepada mana-mana satu atau lebih daripada yang berikut: (a) Perbadanan; (b) mana-mana syarikat berkaitan Perbadanan; (c) mana-mana subsidiari Perbadanan. (6) Hak Perbadanan di bawah subseksyen (1) — Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 67 (a) boleh dijalankan walau apa pun apa-apa perintah jualan yang dibuat sama ada menurut apa-apa kaedah mahkamah, Kanun Tanah Negara, Ordinan Tanah Sabah atau Kanun Tanah Sarawak atau mana-mana undang-undang lain dan walau apa pun apa-apa langkah atau prosiding yang telah diambil atau yang masih belum selesai untuk menjual harta itu; (b) boleh dijalankan tanpa memerlukan apa-apa kelulusan, pengesahan atau perintah mahkamah; (c) adalah kumulatif dan tidak eksklusif kepada apa-apa hak atau remedi lain yang diperuntukkan oleh undang-undang atau kontrak; (d) boleh dijalankan serentak dengan apa-apa hak atau remedi yang diperuntukkan oleh undang-undang atau kontrak. (7) Bagi maksud seksyen ini, “syarikat berkaitan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah Akta Syarikat 1965. B VIII AHAGIAN PEMAKAIAN AKTA LAIN Pemakaian Akta lain 58. (1) Walau apa pun peruntukan Akta Bank Islam 1983 [Akta 276] Perbadanan boleh— (a) menyediakan apa-apa kemudahan kredit mengikut konsep perbankan Islam; (b) menerima deposit (selain atas akaun semasa atau akaun simpanan) daripada mana-mana orang mengikut konsep perbankan Islam; dan (c) menjalankan apa-apa aktiviti lain yang diluluskan oleh Menteri. (2) Peruntukan Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 [Akta 400] tidak terpakai bagi Perbadanan. 68 Undang-Undang Malaysia A KTA 587 (3) Seksyen 132 Akta Syarikat 1965 tidak terpakai bagi sesuatu G pemerolehan atau pelupusan oleh Perbadanan di bawah Bahagian V atau bagi apa-apa pemindahan yang disebut dalam seksyen 59. B IX AHAGIAN PEMAKAIAN AKTA Pemindahan kepada dan antara subsidiari Perbadanan 59. Perbadanan boleh melaksanakan— (a) apa-apa pemindahan aset oleh Perbadanan kepada mana-mana subsidiari Perbadanan; (b) apa-apa pemindahan aset antara mana-mana subsidiari Perbadanan; atau (c) apa-apa pemindahan aset kepada Perbadanan daripada mana-mana subsidiari Perbadanan, dengan mengeluarkan suatu perakuan peletakhakan di bawah seksyen 14 yang hendaklah mempunyai kuat kuasa untuk meletakhakkan semua hak dan tanggungan pemindah kepada penerima pindahan. Pemakaian Akta kepada subsidiari Perbadanan 60. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), (3) dan (4), Bahagian IV, V, VII, VIII dan X Akta ini hendaklah terpakai bagi tiap-tiap subsidiari Perbadanan yang ditetapkan di bawah subseksyen (2) seolah-olah subsidiari itu ialah Perbadanan sendiri. (2) Menteri boleh, atas syor Perbadanan, melalui pemberitahuan dalam Warta, menetapkan mana-mana subsidiari Perbadanan bagi maksud subseksyen (1). (3) Subseksyen (1) hendaklah terhenti terpakai dengan serta-merta apabila sesuatu subsidiari yang ditetapkan di bawah subseksyen (2) tidak lagi menjadi suatu subsidiari Perbadanan. Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 69 (4) Jika suatu subsidiari tidak menjalankan aktiviti menurut objektif Perbadanan, Perbadanan hendaklah memaklumkannya kepada Menteri. (5) Menteri boleh, apabila dimaklumkan oleh Perbadanan di bawah subseksyen (4) atau apabila selainnya berpuas hati bahawa suatu subsidiari tidak menjalankan aktiviti menurut objektif Perbadanan, membatalkan penetapan subsidiari itu melalui notis dalam Warta, dan subseksyen (1) hendaklah dengan serta-merta terhenti terpakai bagi subsidiari itu. (6) Notis pembatalan di bawah subseksyen (5) boleh mengandungi apa-apa peruntukan peralihan yang difikirkan patut oleh Menteri. Kuasa Menteri untuk mengarahkan peruntukan tertentu tidak terpakai 61. (1) Jika Menteri Kewangan memegang lima puluh peratus atau kurang daripada modal syer terbitan Perbadanan, Menteri boleh, pada dan dari tarikh yang dinyatakan, melalui notis dalam Warta, mengarahkan bahawa semua atau mana-mana peruntukan Akta ini yang dinyatakan dalam notis itu tidak lagi terpakai bagi Perbadanan dari tarikh itu dan mana-mana arahan sedemikian boleh mengandungi apa-apa peruntukan peralihan yang difikirkan patut oleh Menteri. (2) Apa-apa arahan di bawah subseksyen (1) boleh dibatalkan pada bila-bila masa oleh Menteri, melalui notis dalam Warta, jika Menteri berpuas hati bahawa hal keadaan yang membawa kepada pemberian arahan itu tidak lagi wujud. Pemakaian Bahagian IV hendaklah diteruskan 62. Bagi mengelakkan keraguan, walaupun Menteri Kewangan memegang lima puluh peratus atau kurang modal syer terbitan Perbadanan, apa-apa jaminan yang diberikan oleh Kerajaan menurut Bahagian IV hendaklah terus kekal dan berkuat kuasa sepenuhnya dan sah mengikut termanya dan Bahagian IV hendaklah terus terpakai. 70 Undang-Undang Malaysia A KTA 587 B X AHAGIAN AM Pengiktirafan kehakiman 63. Mahkamah hendaklah mengambil pengiktirafan kehakiman mengenai— (a) apa-apa fakta atau perkara yang dikehendaki disiarkan di bawah Akta ini; dan (b) apa-apa fakta atau perkara yang dinyatakan dalam apa-apa perakuan yang dikeluarkan di bawah Akta ini. Tawaran kepada Perbadanan 64. (1) Suatu tawaran atau pelawaan yang dibuat kepada Perbadanan berkenaan dengan syer atau debentur tidak boleh dianggap sebagai suatu tawaran kepada orang awam bagi maksud Akta Syarikat 1965. (2) Tanpa menjejaskan subseksyen (1), suatu tawaran atau pelawaan berkenaan dengan syer atau debentur yang dibuat kepada Perbadanan hendaklah diambil kira sebagai suatu tawaran atau pelawaan yang tidak dianggap sebagai suatu tawaran kepada orang awam di bawah subseksyen 4(6) Akta Syarikat 1965. Kewajipan menyimpan rahsia 65. (1) Tiada anggota Lembaga atau Jawatankuasa Selia atau pegawai, pekerja atau ejen Perbadanan atau orang yang menghadiri mana-mana mesyuarat Lembaga boleh mendedahkan apa-apa maklumat yang telah diperolehnya dalam penjalanan tugasnya atau dalam perjalanan mesyuarat sedemikian dan yang tidak disiarkan menurut Akta ini, kecuali— (a) bagi apa-apa maksud Akta ini; (b) bagi maksud apa-apa prosiding sivil atau jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis; Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 71 (c) berkenaan dengan apa-apa maklumat yang diadakan bagi orang awam; atau (d) jika selainnya dibenarkan oleh Lembaga. (2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Kekebalan 66. (1) Perbadanan, mana-mana anggota Lembaga, mana-mana anggota Jawatankuasa Selia, dan mana-mana pekerja atau ejen Perbadanan tidak boleh didakwa dalam mana-mana Mahkamah kerana apa-apa kerugian atau kerosakan kerana atau disebabkan oleh, atau berkenaan dengan apa-apa tindakan atau perkara yang dilakukan atau diarahkan dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan olehnya dengan suci hati dan dalam menjalankan apa-apa kuasa atau menunaikan apa-apa tugas yang diberikan kepadanya di bawah Akta ini. (2) Seorang Pentadbir Khas atau Penasihat Bebas yang dilantik di bawah Akta ini tidak boleh dikenakan apa-apa tindakan atau prosiding lain dalam sesuatu Mahkamah oleh mana-mana pihak kerana apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh apa-apa tindakan atau perkara yang dilakukan atau pernyataan yang dibuat atau ditinggalkan daripada dilakukan olehnya dengan suci hati dan dalam menjalankan apa-apa fungsi atau kuasa, yang diberikan atau dikenakan ke atasnya di bawah Akta ini kecuali kerugian atau kerosakan sedemikian disebabkan oleh salah laku yang disengajakan atau kecuaian yang melampau Pentadbir Khas atau Penasihat Bebas, mengikut mana-mana yang berkenaan. Tanggung rugi 66 . (1) Pentadbir Khas, Perbadanan dan mana-mana orang lain A adalah berhak untuk mendapatkan tanggung rugi daripada harta orang terjejas bagi— 72 Undang-Undang Malaysia A KTA 587 (a) dalam hal Pentadbir Khas, kos, perbelanjaaan dan saraannya sebagaimana yang diluluskan oleh Perbadanan; (b) dalam hal Perbadanan, pembayaran balik apa-apa kemudahan kredit yang diberikan oleh Perbadanan kepada Pentadbir Khas atau orang terjejas semasa pentadbiran orang terjejas itu; (c) dalam hal mana-mana orang lain, pembayaran balik apa-apa kemudahan kredit yang diberikan oleh orang itu kepada Pentadbir Khas atau orang terjejas semasa pentadbiran orang terjejas itu dengan kelulusan Perbadanan. (2) Walau apa pun apa-apa undang-undang lain, suatu hak tanggung rugi di bawah subseksyen (1) hendaklah mempunyai keutamaan ke atas aset orang terjejas dan hendaklah dibayar dahulu berbanding dengan semua hutang bercagar dan tidak bercagar yang lain. Kesalahan yang dilakukan oleh syarikat 66 . (1) Jika seseorang yang dipertuduh dengan suatu kesalahan di B bawah Akta ini ialah suatu syarikat, tiap-tiap orang yang pada masa kesalahan itu dilakukan ialah pengarah atau pegawai syarikat itu boleh dipertuduh bersesama dalam prosiding yang sama dengan syarikat itu, dan jika syarikat itu disabitkan atas kesalahan yang dipertuduh itu, maka tiap-tiap pengarah atau pegawai itu hendaklah disifatkan bersalah bagi kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha dengan wajar sebagaimana yang dia patut jalankan, setelah mengambil kira segala hal keadaan. (2) Mana-mana orang yang boleh dikenakan apa-apa penalti di bawah Akta ini bagi apa-apa yang dilakukan atau ditinggalkan jika perkara itu telah dilakukan atau ditinggalkan olehnya sendiri boleh dikenakan penalti yang sama jika perkara itu telah dilakukan atau ditinggalkan oleh ejennya, melainkan jika dia membuktikan bahawa dia telah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk menghalang perlakuan atau peninggalan perkara itu. Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 73 (3) Dalam seksyen ini, “pengarah” dan “pegawai” hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Syarikat 1965. Tiada petisyen untuk menggulung Perbadanan 67. (1) Walau apa pun peruntukan Akta Syarikat 1965 atau mana-mana undang-undang lain, tiada seorang pun selain Menteri boleh mengemukakan petisyen bagi penggulungan Perbadanan atau melantik seorang penerima, penerima dan pengurus, pemegang amanah, penjaga, pencelah atau mengambil apa-apa prosiding yang serupa maksud atau kesannya sebagai suatu perkiraan atau prosiding likuidasi berkenaan dengan Perbadanan. (2) Perbadanan, pegawai atau pekerjanya tidak sekali-kali boleh dianggap bagi apa-apa maksud, atau diisytiharkan oleh mana-mana Mahkamah atau orang, sebagai menjalankan urusan Perbadanan dengan niat untuk menipu pemiutang atau telah melakukan apa-apa kesalahan disebabkan oleh hakikat bahawa Perbadanan sedang menjalankan perniagaan semasa ia tidak solven atau berkemungkinan menjadi tidak solven. (3) Tiada pegawai Perbadanan boleh dipertanggungkan atau didapati bersalah atas sesuatu kesalahan dalam apa-apa prosiding berhubungan dengan subseksyen (2). (4) Tiada pegawai atau pekerja Perbadanan boleh hilang kelayakannya di bawah seksyen 130 Akta Syarikat 1965 atau dalam A apa-apa cara sekalipun dihalang atau selainnya dilarang daripada memegang apa-apa jawatan, atau daripada diterima masuk ke dalam atau keanggotaan apa-apa badan profesional atau badan lain di bawah mana-mana undang-undang semata-mata kerana hakikat bahawa pegawai atau pekerja itu adalah seorang pegawai atau pekerja Perbadanan. (5) Seorang pegawai atau pekerja Perbadanan tidak boleh dianggap sebagai seorang yang tidak lagi layak dan patut semata-mata kerana hakikat bahawa pegawai atau pekerja itu adalah pegawai atau pekerja Perbadanan. (6) Bagi maksud seksyen ini— 74 Undang-Undang Malaysia A KTA 587 “pegawai”, berhubungan dengan Perbadanan, termasuklah seorang yang memegang jawatan sebagai seorang pengarah dengan apa jua nama disebut, seorang yang arahan atau petunjuknya lazim diikuti oleh anggota Lembaga, seorang pengarah ganti dan setiausaha Perbadanan; “pekerja” ertinya seorang yang digaji oleh Perbadanan. Kuasa untuk membuat peraturan 68. (1) Menteri boleh, atas syor Perbadanan, membuat apa-apa peraturan yang suaimanfaat atau perlu bagi melaksanakan peruntukan Akta ini dengan lebih baik. (2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi menetapkan — (a) borang (termasuk borang pemberitahuan, notis dan perakuan) bagi maksud Akta ini; dan (b) apa-apa perkara lain yang diberi kuasa atau dikehendaki atau dibenarkan oleh Akta ini supaya ditetapkan atau yang perlu atau suaimanfaat untuk ditetapkan bagi melaksanakan Akta ini. Benda yang dilakukan dengan menjangkakan Akta ini akan diperbuat 69. Segala benda yang dilakukan oleh mana-mana orang bagi pihak Perbadanan pada menyediakan dan ke arah pelaksanaan sepatutnya mana-mana peruntukan Akta ini, dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubungan dengannya, dengan menjangkakan bahawa Akta ini akan diperbuat hendaklah disifatkan telah dibenarkan oleh Akta ini, dan segala hak yang diperoleh atau kewajipan yang ditanggung bagi pihak Perbadanan daripada apa-apa jua yang dilakukan sedemikian hendaklah, apabila mula berkuatkuasanya Akta ini, disifatkan sebagai hak dan kewajipan Perbadanan. Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 75 Kuasa untuk menamatkan kuat kuasa Akta ini 70. (1) Jika pada bila-bila masa Menteri mendapati bahawa Akta ini tidak lagi perlu dikuatkuasakan, Menteri boleh, dengan persetujuan Menteri Kewangan, mengarahkan Lembaga untuk memanggil mesyuarat agung anggota Perbadanan bagi maksud menamatkan Akta. (2) Dengan seberapa segera yang mungkin selepas mesyuarat Lembaga menurut subseksyen (1), Menteri boleh melalui perintah yang disiarkan dalam Warta mengisytiharkan bahawa Akta ini hendaklah terhenti berkuat kuasa, dan perintah sedemikian boleh mengandungi apa-apa peruntukan berbangkit atau peralihan sebagaimana yang difikirkan perlu atau suaimanfaat oleh Menteri. Perbuatan yang dilakukan dengan suci hati 71. Tanpa menjejaskan pemakaian mana-rnana peruntukan Akta ini, sesuatu pelanggaran Akta ini atau mana-mana undang-undang lain oleh Perbadanan, Pentadbir Khas, Penasihat Bebas atau Jawatankuasa Selia tidak menidaksahkan apa-apa perbuatan yang dilakukan oleh mereka dengan suci hati. Had ke atas pemberian perintah mahkamah 72. Walau apa pun mana-mana undang-undang, suatu perintah mahkamah tidak boleh diberikan— (a) bagi menggantung, menyekat atau menyentuh kuasa Perbadanan, Jawatankuasa Selia, Pentadbir Khas atau Penasihat Bebas di bawah Akta ini; (b) bagi menggantung, menyekat atau menyentuh apa-apa tindakan yang diambil, atau dicadangkan untuk diambil, oleh Perbadanan, Jawatankuasa Selia, Pentadbir Khas atau Penasihat Bebas di bawah Akta ini; (c) bagi memaksa Perbadanan, Jawatankuasa Selia, Pentadbir Khas atau Penasihat Bebas untuk melakukan atau melaksanakan apa-apa perbuatan, 76 Undang-Undang Malaysia A KTA 587 dan apa-apa perintah sedemikian, jika diberikan, adalah tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan dan tidak boleh menjadi hal perkara apa-apa proses pelaksanaan sama ada bagi maksud memaksa pematuhan kepada perintah itu atau selainnya. Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 77 JADUAL PERTAMA [Subseksyen 5(4)] Pelantikan, pembatalan dan peletakan jawatan 1. (1) Tertakluk kepada apa-apa syarat yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya, seseorang anggota Lembaga hendaklah memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan adalah layak dilantik semula. (2) Pelantikan mana-mana anggota Lembaga boleh, pada bila-bila masa, dibatalkan oleh Menteri jika Menteri mendapati bahawa orang itu bukan lagi seorang yang layak dan sesuai dengan mengambil kira— (a) kejujurannya, kecekapannya dan kebolehannya untuk mempertimbangkan sesuatu dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anggota Lembaga; dan (b) kerajinan dalam dia menunaikan atau mungkin menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang anggota Lembaga. (3) Tiap-tiap anggota Lembaga hendaklah menumpukan masa kepada urusan Perbadanan sebanyak yang perlu untuk menunaikan kewajipannya dengan berkesan. Lembaga boleh mengundang orang lain menghadiri mesyuarat 2. Lembaga boleh mengundang mana-mana orang menghadiri mana-mana mesyuarat atau pertimbangtelitian Lembaga bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang dibincangkan, tetapi mana-mana orang yang hadir sedemikian tidaklah berhak mengundi pada mesyuarat atau pertimbangtelitian tersebut. Minit 3. (1) Lembaga hendaklah menyebabkan minit segala mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya. (2) Minit yang dibuat mengenai mesyuarat Lembaga, jika ditandatangani dengan sewajarnya, boleh diterima sebagai keterangan dalam segala prosiding undang-undang tanpa bukti selanjutnya. (3) Tiap-tiap mesyuarat Lembaga berkenaan dengan prosiding yang mengenainya minit telah dibuat sedemikian hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota pada mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak. 78 Undang-Undang Malaysia A KTA 587 Pengosongan jawatan 4. (1) Tanpa menjejaskan keluasan subperenggan 1(2), jawatan seseorang anggota Lembaga hendaklah menjadi kosong— (a) jika dia mati; (b) jika telah dibuktikan terhadapnya, atau jika dia telah disabitkan atas, sesuatu pertuduhan berkenaan dengan— (i) kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak; (ii) kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah atau di bawah seksyen 7; (iii) apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun; atau (iv) apa-apa peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang bertujuan untuk melindungi orang awam daripada kerugian kewangan yang disebabkan oleh ketidakcekapan atau amalan salah oleh orang yang berkenaan dalam perkhidmatan bank, insurans, pelaburan atau perkhidmatan kewangan lain atau pengurusan syarikat atau terhadap kerugian kewangan yang disebabkan oleh perbuatan bankrap dilepaskan atau bankrap tidak dilepaskan; (c) jika dia menjadi bankrap; (d) jika dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan tugasnya; (e) jika dia tidak menghadiri mesyuarat tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi, atau, jika dalam hal Pengerusi, tanpa kebenaran Menteri; (f) sekiranya peletakan jawatannya diterima oleh Menteri; atau (g) jika pelantikannya dibatalkan oleh Menteri. (2) Jika mana-mana orang terhenti menjadi anggota oleh sebab mana-mana peruntukan Akta ini, seorang lain hendaklah dilantik untuk menggantikannya mengikut peruntukan yang terpakai. Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 79 Kesahan perbuatan dan prosiding 5. Tiada perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan bahawa— (a) ada apa-apa kekosongan dalam keanggotaan, atau ada apa-apa kecacatan dalam penubuhan, Lembaga; (b) ada pelanggaran seksyen 7 atau seksyen 65 oleh mana-mana anggota Lembaga; atau (c) ada apa-apa peninggalan, kecacatan atau luar aturan dalam prosiding Lembaga. Pengarah Urusan hendaklah menghadiri mesyuarat 6. Pengarah Urusan hendaklah menghadiri dan menyertai perbincangan mana-mana mesyuarat Lembaga tetapi dia tidak boleh mengundi pada mesyuarat itu. Tatacara 7. Tertakluk kepada Akta ini, Lembaga hendaklah menetapkan tatacaranya sendiri. 80 Undang-Undang Malaysia A KTA 587 JADUAL KEDUA [Seksyen 30] 1. Kuasa untuk membuat semua benda (termasuk melaksanakan kerja) sebagaimana perlu bagi pengurusan dan merealisasikan aset dan hal ehwal orang terjejas. 2. Kuasa untuk memindah atau menggantung jawatan mana-mana pengarah orang terjejas atau melantik orang lain untuk bertindak sebagai pengarah orang terjejas walau apa pun Memorandum dan Artikel Persatuan orang terjejas atau mana-mana undang-undang lain. 3. Kuasa untuk melantik mana-mana orang sebagai pengarah orang terjejas, sama ada untuk mengisi kekosongan atau sebaliknya. 4. Kuasa untuk mengambil milikan, mengutip dan mendapat aset orang terjejas dan bagi maksud itu, untuk mengambil apa-apa prosiding yang dianggapnya suaimanfaat. 5. Kuasa untuk menjual atau selainnya melupus aset orang terjejas secara lelongan awam atau kontrak persendirian. 6. Kuasa untuk mendapatkan atau meminjam wang dan untuk mencagarkan aset orang terjejas kerana pendapatan atau peminjaman itu. 7. Kuasa untuk melantik peguam cara atau akauntan atau orang berkelayakan profesional yang lain untuk membantunya dalam pelaksanaan fungsinya. 8. Kuasa untuk membawa atau membela apa-apa tindakan atau prosiding undang-undang yang lain atas nama dan bagi pihak orang terjejas. 9. Kuasa untuk merujuk kepada timbang tara apa-apa persoalan yang melibatkan orang terjejas. 10. Kuasa untuk melaksanakan dan mengendalikan insurans berkenaan dengan aset orang terjejas. 11. Kuasa untuk mengguna meterai biasa orang terjejas. 12. Kuasa untuk melakukan semua tindakan dan menyempurnakan apa-apa surat ikatan, resit atau dokumen lain atas nama dan bagi pihak orang terjejas. 13. Kuasa untuk mengeluarkan, menerima, membuat dan mengendors apa-apa bil pertukaran atau nota janji hutang atas nama dan bagi pihak orang terjejas. 14. Kuasa untuk melantik mana-mana ejen untuk membuat apa-apa urusan yang tidak dapat dibuatnya sendiri atau yang boleh dibuat dengan lebih Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 81 senang oleh sesuatu ejen dan kuasa untuk menggaji dan memecat pekerjanya. 15. Kuasa untuk menjalankan perniagaan orang terjejas. 16. Kuasa untuk menubuhkan subsidiari orang terjejas. 17. Kuasa untuk memindah kepada subsidiari orang terjejas kesemua atau mana-mana bahagian aset orang terjejas. 18. Kuasa untuk memberi atau menerima penyerahan suatu pajakan atau penyewaan aset orang terjejas, dan untuk mengambil suatu pajakan atau penyewaan apa-apa aset yang dikehendaki atau sesuai bagi aset orang terjejas. 19. Kuasa untuk membuat apa-apa perkiraan atau kompromi bagi pihak orang terjejas. 20. Kuasa untuk membuat panggilan ke atas mana-mana modal orang terjejas yang belum dipanggil. 21. Kuasa untuk memberi taraf dan menuntut dalam kebankrapan, ketidaksolvenan atau penyelesaian mana-mana orang yang berhutang kepada orang terjejas dan untuk menerima dividen, dan untuk menyertai surat ikatan amanah bagi pemiutang mana-mana orang itu. 22. Kuasa untuk menyampaikan atau membela suatu petisyen untuk penggulungan orang terjejas. 23. Kuasa untuk menukar tempat pejabat berdaftar orang terjejas. 24. Kuasa untuk melaksanakan apa-apa fungsi dan menjalankan apa-apa kuasa, yang boleh dilaksanakan atau digunakan oleh orang terjejas atau mana-mana pengarah atau pegawainya jika Pentadbir Khas telah tidak dilantik. 25. Kuasa untuk membuat apa-apa pembayaran yang diperlukan atau bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya. 26. Kuasa untuk membuat segala benda lain yang bersampingan dengan penggunaan kuasa di atas. 82 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 587 AKTA PENGURUSAN DANAHARTA NASIONAL BERHAD 1998 SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa Yang meminda dari Akta A1087 Akta Pengurusan Danaharta Nasional 01-09-1998 Berhad (Pindaan) 2000 kecuali perenggan 4(d), s.11, 15, 21, 22, 23, 24, perenggan 25(c), s.27, perenggan 29(b) dan (c), s.35, 37, 38 dan 39 : 01-09-2000 83 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 587 AKTA PENGURUSAN DANAHARTA NASIONAL BERHAD 1998 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 2 Akta A1087 01-09-1998 01-09-2000 14 Akta A1087 01-09-1998 14A Akta A1087 01-09-1998 16 Akta A1087 01-09-1998 19 Akta A1087 01-09-1998 19A Akta A1087 01-09-1998 20 Akta A1087 01-09-1998 21 Akta A1087 01-09-2000 22 Akta A1087 01-09-1998 23 Akta A1087 01-09-1998 24 Akta A1087 01-09-1998 25 Akta A1087 01-09-2000 25A Akta A1087 01-09-1998 26 Akta A1087 01-09-1998 27 Akta A1087 01-09-1998 28 Akta A1087 01-09-1998 29A Akta A1087 01-09-1998 33 Akta A1087 01-09-2000 36 Akta A1087 01-09-2000 37 Akta A1087 01-09-2000 39A Akta A1087 01-09-2000 41 Akta A1087 01-09-1998 01-09-2000 84 Undang-Undang Malaysia A KTA 587 Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 42 Akta A1087 01-09-1998 42A Akta A1087 01-09-2000 44 Akta A1087 01-09-1998 46 Akta A1087 01-09-1998 01-09-2000 47 Akta A1087 01-09-1998 48 Akta A1087 01-09-1998 49 Akta A1087 01-09-1998 Bahagian VII Akta A1087 01-09-1998 59 Akta A1087 01-09-1998 65 Akta A1087 01-09-2000 66 Akta A1087 01-09-1998 66A-66B Akta A1087 01-09-2000 71-72 Akta A1087 01-09-2000 Jadual Pertama Akta A1087 01-09-2000
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
587 - *AKTA PENGURUSAN DANAHARTA NASIONAL BERHAD 1998
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in