A1686 - AKTA LEMBAGA PELESENAN KENDERAAN PERDAGANGAN (PINDAAN) 2023
Verify source ↗ AI-assisted research summary: This amendment adds a definition of p-hailing vehicles, treats them as goods vehicles subject to an intermediary business licence, gives the Minister power to make rules for international circulation of commercial vehicles, and requires certain existing operators to apply for a licence within one year of commencement.
Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1686 AKTA LEMBAGA PELESENAN KENDERAAN PERDAGANGAN (PINDAAN) 2023 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1686 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 5 Jun 2023 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 16 Jun 2023 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1686 AKTA LEMBAGA PELESENAN KENDERAAN PERDAGANGAN (PINDAAN) 2023 Suatu Akta untuk meminda Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2023. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan Akta ini. Pindaan seksyen 2 2. Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 [Akta 334], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2— (a) dengan memasukkan selepas takrif “kenderaan perkhidmatan awam” takrif yang berikut: ‘ “kenderaan p-hailing” ertinya suatu kenderaan motor yang digunakan untuk membawa barangan dalam mana-mana perjalanan sebagai balasan bagi caj 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1686 bagi setiap barangan itu, yang perkiraan, penempahan atau transaksi, dan caj bagi perjalanan itu dipermudah melalui suatu aplikasi elektronik mudah alih yang disediakan oleh suatu perniagaan pengantaraan;’; dan (b) dalam takrif “perniagaan pengantaraan”, dengan memasukkan selepas perkataan “kenderaan e-hailing” perkataan “atau kenderaan p-hailing”. Pindaan seksyen 14 3. Seksyen 14 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (6) subseksyen yang berikut: “(7) Bagi maksud Akta ini, kenderaan p-hailing hendaklah menjadi suatu kenderaan barangan dan tertakluk kepada lesen perniagaan pengantaraan yang dikeluarkan di bawah Bahagian IVa.”. Pindaan seksyen 21a 4. Subperenggan 21a(1)(b)(i) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “penumpang” perkataan “atau jumlah sukatan barangan”. Bahagian baharu IVb 5. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Bahagian IVa bahagian yang berikut: “Bahagian IVB PEREDARAN ANTARABANGSA KENDERAAN PERDAGANGAN Permit, lesen, dsb., di bawah perjanjian antarabangsa 26h. (1) Bagi maksud melaksanakan mana-mana perjanjian antarabangsa berhubung dengan memudahkan peredaran antarabangsa bagi mana-mana kenderaan perdagangan, Menteri boleh membuat apa-apa kaedah-kaedah yang suai manfaat atau perlu bagi melaksanakan peruntukan Bahagian ini. Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 5 (2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kaedah-kaedah boleh dibuat bagi maksud yang berikut: (a) mengiktiraf permit, lesen, pas, perakuan atau dokumen rasmi lain bagi mana-mana kenderaan perdagangan yang dibawa sementara ke Malaysia oleh orang yang bermastautin di luar negara dan bercadang untuk tinggal sementara sahaja di Malaysia, termasuklah memuatkan dan memunggahkan barangan atau penumpang dan transit; (b) mengawal selia permit, lesen, pas, perakuan atau dokumen rasmi lain bagi mana-mana kenderaan perdagangan yang dibawa sementara ke luar negara oleh orang yang bermastautin di Malaysia dan bercadang untuk tinggal sementara sahaja di luar negara, termasuklah memuatkan dan memunggahkan barangan atau penumpang dan transit; (c) mengawal selia penggunaan, operasi dan kehendak teknikal bagi kenderaan perdagangan yang disebut dalam subperenggan (a) dan (b), termasuklah— (i) takat, jam, kekerapan dan laluan atau kawasan yang akan digunakan atau yang hendak diberikan perkhidmatan; (ii) jenis dan bentuk dokumen yang perlu dibawa dan maklumat yang akan dipamerkan di setiap kenderaan perdagangan; dan (iii) akaun, dokumen dan rekod berkaitan dengan seksyen ini untuk disimpan dan dikemukakan apabila diminta bagi pemeriksaan dan penentusahan; dan (d) menetapkan fi atau caj yang kena dibayar berkaitan dengan seksyen ini dan cara pembayarannya.”. 6 Undang-Undang Malaysia AktA A1686 Pindaan seksyen 34 6. Subseksyen 34(2) Akta ibu dipinda— (a) dalam perenggan (f), dengan memotong perkataan “dan”; (b) dalam subperenggan (g)(v), dengan menggantikan noktah dengan perkataan “; dan”; dan (c) dengan memasukkan selepas perenggan (g) perenggan yang berikut: “(h) bagi kenderaan p-hailing.”. Peralihan 7. Mana-mana orang yang mengendalikan atau mengadakan apa-apa perkhidmatan yang berhubungan dengan perniagaan pengantaraan berkenaan dengan perkhidmatan kenderaan barangan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, hendaklah membuat permohonan bagi suatu lesen mengikut Bahagian IVa Akta ibu dalam masa satu tahun dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini.