284 - AKTA KUMPULAN WANG BIASISWA PENGAJIAN TINGGI RAJA-RAJA DAN YANG DI-PERTUA-YANG DI-PERTUA NEGERI 1983
This Act establishes a scholarship fund and Board, and sets rules for managing the fund, awarding educational assistance, Board membership, investments, and reporting.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 284 - AKTA KUMPULAN WANG BIASISWA PENGAJIAN TINGGI RAJA-RAJA DAN YANG DI-PERTUA-YANG DI-PERTUA NEGERI 1983
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
284 - AKTA KUMPULAN WANG BIASISWA PENGAJIAN TINGGI RAJA-RAJA DAN YANG DI-PERTUA-YANG DI-PERTUA NEGERI 1983
AI-assisted research summary: This Act establishes a scholarship fund and Board, and sets rules for managing the fund, awarding educational assistance, Board membership, investments, and reporting.
Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-Raja dan 1 Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA Akta 284 AKTA KUMPULAN WANG BIASISWA PENGAJIAN TINGGI RAJA-RAJA DAN YANG DI-PERTUA-YANG DI-PERTUA NEGERI 1983 Sebagaimana pada 1 Oktober 2021 DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 2021 2 Undang-Undang Malaysia AktA 284 AKTA KUMPULAN WANG BIASISWA PENGAJIAN TINGGI RAJA-RAJA DAN YANG DI-PERTUA-YANG DI-PERTUA NEGERI 1983 Tarikh Perkenan Diraja … … … 11 Mei 1983 Tarikh penyiaran dalam Warta … … 12 Mei 1983 Cetakan Semula Yang terdahulu Cetakan Semula Yang Pertama … … … … … 2001 Cetakan Semula Yang Kedua … … … … … 2006 Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-Raja dan 3 Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 284 AKTA KUMPULAN WANG BIASISWA PENGAJIAN TINGGI RAJA-RAJA DAN YANG DI-PERTUA-YANG DI-PERTUA NEGERI 1983 SUSUNAN SEKSYEN Bahagian I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan pemakaian 2. Tafsiran Bahagian II KUMPULAN WANG DAN LEMBAGA 3. Penubuhan dan pengurusan Kumpulan Wang 4. Kuasa Lembaga untuk menerima pemberian, derma, dsb. 5. Anggota Lembaga 6. Kehilangan kelayakan anggota 7. Pemecatan daripada jawatan 8. Kuasa Majlis untuk memberikan arahan Bahagian III MATLAMAT KUMPULAN WANG 9. Kos menguruskan Kumpulan Wang dan matlamat Kumpulan Wang 4 Undang-Undang Malaysia AktA 284 Seksyen 10. Syarat kurniaan pengajian 11. Terma kurniaan pengajian 12. Kuat kuasa Akta ini 13. Kurniaan pengajian terhenti dalam hal tertentu Bahagian IV AM 14. Peguam Persekutuan diberi kuasa untuk hadir bagi pihak Lembaga 15. Kuasa Lembaga untuk melabur 16. Audit dan akaun 17. Meterai Lembaga 18. Pelantikan pegawai dan pekhidmat 19. Pewakilan oleh Lembaga 20. Tanggungan terhadap kerugian dalam pelaburan 21. Kaedah-kaedah 22. Pengerusi hendaklah melaporkan kepada Majlis jika wang, dsb., Kumpulan Wang tidak mencukupi 23. Pemindahan wang yang ada dalam tangan penganjur ke dalam Kumpulan Wang Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-Raja dan 5 Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 284 AKTA KUMPULAN WANG BIASISWA PENGAJIAN TINGGI RAJA-RAJA DAN YANG DI-PERTUA-YANG DI-PERTUA NEGERI 1983 Suatu Akta untuk menubuhkan Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-Raja dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri dan untuk mengadakan peruntukan bagi pengurusan Kumpulan Wang itu dan perkara lain yang bersampingan dengannya. [13 Mei 1983] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Bahagian I PERMULAAN Tajuk ringkas dan pemakaian 1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-Raja dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri 1983 dan hendaklah terpakai di seluruh Malaysia. Tafsiran 2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-Raja dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri yang ditubuhkan di bawah seksyen 3; 6 Undang-Undang Malaysia AktA 284 “Lembaga” ertinya Lembaga Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-Raja dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri yang ditubuhkan di bawah seksyen 5; “Majlis” ertinya Majlis Raja-Raja yang ditubuhkan di bawah Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan. Bahagian II KUMPULAN WANG DAN LEMBAGA Penubuhan dan pengurusan Kumpulan Wang 3. (1) Maka hendaklah ditubuhkan suatu Kumpulan Wang yang dikenali sebagai Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-Raja dan Yang-di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri. (2) Kawalan dan pengurusan Kumpulan Wang hendaklah, tertakluk pada peruntukan Akta ini, terletak hak pada Lembaga yang dikenali sebagai Lembaga Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-Raja dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri, yang disebut “Lembaga” dalam Akta ini, yang hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan yang kekal turun-temurun dan mempunyai meterai perbadanan dengan kuasa untuk membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya, memegang harta alih atau tak alih, membuat kontrak dan, tertakluk kepada apa yang diperuntukkan kemudian daripada ini, memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, menggadaijanjikan, memajak atau selainnya melupuskan harta alih atau tak alih yang terletak hak pada Lembaga mengikut apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya patut. Kuasa Lembaga untuk menerima pemberian, derma, dsb. 4. Lembaga hendaklah mempunyai kuasa menurut budi bicaranya untuk menerima apa-apa pemberian, derma, derma kekal, hadiah atau bekues yang dibuat untuk atau bagi faedah Kumpulan Wang. Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-Raja dan 7 Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri Anggota Lembaga 5. (1) Lembaga hendaklah terdiri daripada seorang Pengerusi dan empat orang anggota lain yang dilantik oleh Majlis dalam kalangan Menteri Besar dan Ketua Menteri. (2) Pengerusi dan anggota Lembaga hendaklah, tertakluk pada seksyen 6 dan 7, dilantik bagi tempoh dua tahun dan layak untuk dilantik semula. (3) Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Lembaga. (4) Lembaga hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya tiga kali setahun di mana-mana tempat yang ditetapkan oleh Pengerusi dan dalam mana-mana mesyuarat Lembaga, Pengerusi dan dua orang anggota hendaklah membentuk kuorum. (5) Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus. (6) Tertakluk pada peruntukan Akta ini, Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk menetapkan tatacaranya sendiri. (7) Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hendaklah menjadi Setiausaha Lembaga. Kehilangan kelayakan anggota 6. Seseorang anggota Lembaga hendaklah hilang kelayakan daripada memegang jawatan sebagai anggota itu jika anggota itu terhenti daripada menjadi Menteri Besar atau Ketua Menteri. Pemecatan daripada jawatan 7. (1) Majlis boleh, pada bila-bila masa, memecat daripada jawatan mana-mana anggota Lembaga dan melantik seseorang lain menggantikan tempatnya. (2) Tanpa menjejaskan kuasa pemecatan di bawah subseksyen (1), Majlis boleh memecat daripada jawatan mana-mana anggota Lembaga yang pada pendapat Majlis tidak berupaya melaksanakan kewajipannya dengan sepatutnya sebagai seorang anggota Lembaga oleh sebab keuzurannya. 8 Undang-Undang Malaysia AktA 284 Kuasa Majlis untuk memberikan arahan 8. Majlis boleh, dari semasa ke semasa, memberikan arahan kepada Lembaga selaras dengan Akta ini mengenai dasar yang hendaklah diikuti dalam menjalankan kuasa yang diberikan dan kewajipan yang dipertanggungkan ke atas Lembaga oleh atau di bawah Akta ini dan Lembaga hendaklah melaksanakan semua arahan itu. Bahagian III MATLAMAT KUMPULAN WANG Kos menguruskan Kumpulan Wang dan matlamat Kumpulan Wang 9. (1) Semua perbelanjaan yang bersampingan dengan pengurusan Kumpulan Wang hendaklah dibayar daripada wang Kumpulan Wang sebagai keutamaan daripada apa-apa pembayaran lain. (2) Baki Kumpulan Wang selepas dibayar perbelanjaan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah, tertakluk pada peruntukan Akta ini, digunakan bagi maksud mengurniakan apa-apa bilangan dermasiswa, biasiswa, pemberian pengajian, pinjaman pengajian atau apa-apa kurniaan pengajian lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga, dari semasa ke semasa, untuk dikurniakan kepada mana-mana orang untuk membolehkan orang itu mengikuti apa-apa kursus pengajian sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga. Syarat kurniaan pengajian 10. Sebelum membuat apa-apa kurniaan pengajian di bawah Akta ini, Lembaga bolehlah mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya perlu. Terma kurniaan pengajian 11. (1) Tiap-tiap penerima dermasiswa, biasiswa, pemberian pengajian, pinjaman pengajian atau apa-apa kurniaan pengajian lain yang dikurniakan di bawah Akta ini hendaklah menjadi, dan sepanjang tempoh pemegangan itu terus berterusan, pelajar di tempat pengajian yang diluluskan oleh Lembaga dan hendaklah mengikuti pengajiannya di situ dengan memuaskan hati Lembaga. Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-Raja dan 9 Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri (2) Jika mana-mana penerima apa-apa kurniaan pengajian yang dibuat di bawah Akta ini melakukan suatu kemungkiran bagi apa-apa syarat yang ditetapkan oleh Lembaga atau dengan apa jua cara berkelakuan tidak baik, dia boleh sesudah itu dilucutkan daripada kurniaan itu. Kuat kuasa Akta ini 12. (1) Peruntukan Akta ini hendaklah menjadi tambahan kepada dan tidak mengurangkan mana-mana undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan peruntukan dermasiswa, biasiswa, pemberian pengajian, pinjaman pengajian atau apa-apa kurniaan pengajian lain yang berkuat kuasa di mana-mana bahagian Persekutuan. (2) Jika pada bila-bila masa Lembaga berpendapat bahawa disebabkan sesuatu hal keadaan, apa-apa kurniaan pengajian di bawah Akta ini tidak patut diberikan atau jika terdapat dalam mana-mana tahun tiada seorang pun calon yang pada pendapat Lembaga layak menerima apa-apa kurniaan pengajian di bawah Akta ini, maka tiada kurniaan pengajian sedemikian akan dibuat pada tahun itu dan wang yang sepatutnya diuntukkan bagi kurniaan pengajian itu akan diuruskan sebagaimana yang diperuntukkan kemudian daripada ini dalam Akta ini. Kurniaan pengajian terhenti dalam hal tertentu 13. Lembaga boleh berhenti daripada memperuntukkan, menyenggara atau membantu mana-mana penerima kurniaan pengajian di bawah Akta ini yang melanggar atau gagal mematuhi terma atau syarat yang dikenakan oleh Lembaga mengikut Akta ini atau jika Lembaga berpendapat bahawa tidak lagi menguntungkan atau berpatutan untuk diteruskan pengajian penerima itu selanjutnya disebabkan oleh kemajuan pengajiannya yang tidak memuaskan, salah laku atau keuzuran: Dengan syarat bahawa dalam mana-mana hal penghentian mana-mana kurniaan pengajian, Lembaga hendaklah membayar semua perbelanjaan yang perlu untuk membawa pulang penerima itu dan orang tanggungannya, jika ada, ke Persekutuan jika mereka telah meninggalkan Malaysia atas arahan atau dengan kelulusan Lembaga. 10 Undang-Undang Malaysia AktA 284 Bahagian IV AM Peguam Persekutuan diberikan kuasa untuk hadir bagi pihak Lembaga 14. Mana-mana Peguam Persekutuan, atau mana-mana peguam bela atau peguam cara yang diperkenankan oleh Majlis, boleh hadir bagi pihak Lembaga dan berhujah serta melakukan apa-apa perkara lain yang perlu berkenaan dengan apa-apa litigasi dalam mana-mana mahkamah di Malaysia berkenaan dengan apa-apa kemungkiran syarat apa-apa kurniaan pengajian yang dibuat oleh Lembaga di bawah Akta ini. Kuasa pelaburan Lembaga 15. Wang Kumpulan Wang boleh dilaburkan oleh Lembaga dalam pelaburan yang pada masa itu dibenarkan oleh undang-undang bagi pelaburan kumpulan wang amanah: Dengan syarat bahawa Lembaga tidak boleh membuat apa-apa pelaburan dalam sekuriti yang dikeluarkan atau didaftarkan atau dalam harta lain yang berada di luar Persekutuan kecuali diperkenankan secara bertulis oleh Majlis. Audit dan akaun 16. Peruntukan Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 [Akta 240] hendaklah terpakai bagi Lembaga. Meterai Lembaga 17. (1) Meterai perbadanan Lembaga hendaklah disimpan dalam jagaan Setiausaha dan tidak boleh dicapkan ke atas mana-mana surat cara kecuali di hadapan Pengerusi, Setiausaha atau mana-mana anggota lain Lembaga yang dibenarkan oleh Pengerusi. (2) Mana-mana surat cara yang mengandungi meterai Lembaga yang telah dicapkan dengannya dan telah diakusaksikan hendaklah disifatkan telah dibuat oleh Lembaga. Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-Raja dan 11 Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri Pelantikan pegawai dan pekhidmat 18. Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk melantik mana-mana pegawai dan pekhidmat Lembaga sebagaimana yang perlu untuk menjalankan fungsi Lembaga. Pewakilan oleh Lembaga 19. Lembaga boleh, melalui surat cara secara bertulis di bawah meterai perbadanan Lembaga, mewakilkan kepada mana-mana orang atau badan apa-apa kewajipannya sebagaimana yang perlu untuk dilaksanakan di dalam atau di luar Persekutuan: Dengan syarat bahawa mana-mana orang atau badan sedemikian tidak mempunyai kawalan ke atas Kumpulan Wang dan hendaklah bertindak dalam semua hal mengikut arahan Lembaga. Tanggungan terhadap kerugian dalam pelaburan 20. Tiada seorang pun anggota Lembaga hendaklah bertanggungan terhadap apa-apa kerugian yang timbul daripada atau yang bergantung pada apa-apa pelaburan yang dibuat melainkan jika kerugian itu telah disebabkan oleh kecuaian sengaja, fraud atau kecurangannya; dan tiada seorang pun anggota Lembaga, ejen atau orang yang bertindak di bawah kuasa Lembaga hendaklah bertanggungan sendiri terhadap apa-apa tindakan atau prosiding bagi atau berkenaan dengan apa-apa perbuatan, perkara atau benda yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan dengan suci hati dan dalam menjalankan dengan sepatutnya mana-mana hak atau kuasa Lembaga atau anggotanya. Kaedah-kaedah 21. (1) Lembaga boleh, dari semasa ke semasa, dengan diperkenankan oleh Majlis, membuat kaedah-kaedah untuk menjalankan dengan sepatutnya mana-mana peruntukan Akta ini. 12 Undang-Undang Malaysia AktA 284 (2) Khususnya dan tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang disebut di atas, kaedah-kaedah itu boleh— (a) menetapkan kurniaan pengajian, syarat yang hendaklah dipatuhi dan kelayakan yang hendaklah dimiliki oleh calon; (b) mengadakan peruntukan bagi pembayaran gaji dan elaun dan syarat perkhidmatan pegawai dan pekhidmat Lembaga; (c) mengadakan peruntukan bagi penubuhan dan pengurusan skim persaraan atau skim kumpulan wang simpanan bagi pegawai dan pekhidmatnya. Pengerusi hendaklah melaporkan kepada Majlis jika wang, dsb., Kumpulan Wang tidak mencukupi 22. Jika pada bila-bila masa, wang atau aset lain Kumpulan Wang adalah pada pendapat Lembaga tidak mencukupi untuk membayar perbelanjaan Kumpulan Wang dan pembayaran lain, Pengerusi Lembaga hendaklah dengan serta-merta membuat suatu laporan mengenai hakikat itu kepada Majlis. Pemindahan wang yang ada di dalam tangan penganjur ke dalam Kumpulan Wang 23. Pada permulaan kuat kuasa Akta ini, semua wang dan aset lain yang berada dalam jagaan, kawalan atau pengurusan mana-mana orang menurut apa-apa kuasa jua pun dan didermakan kepada Kumpulan Wang atau diterima oleh orang itu pada menjangkakan pemasyhuran Akta ini, bersama-sama dengan apa-apa bunga atau dividen yang terakru ke atasnya, hendaklah disifatkan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang dan hendaklah dipindahkan kepada dan terletak hak pada Lembaga. Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-Raja dan 13 Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 284 AKTA KUMPULAN WANG BIASISWA PENGAJIAN TINGGI RAJA-RAJA DAN YANG DI-PERTUA-YANG DI-PERTUA NEGERI 1983 SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari −TIADA− 14 Undang-Undang Malaysia AktA 284 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 284 AKTA KUMPULAN WANG BIASISWA PENGAJIAN TINGGI RAJA-RAJA DAN YANG DI-PERTUA-YANG DI-PERTUA NEGERI 1983 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari −TIADA−
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
284 - AKTA KUMPULAN WANG BIASISWA PENGAJIAN TINGGI RAJA-RAJA DAN YANG DI-PERTUA-YANG DI-PERTUA NEGERI 1983
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in