415 - *AKTA PERANGKAAN 1965
This Act sets up Malaysia’s statistics department, protects statistical information, and lets the Chief Statistician require information by notice.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 415 - *AKTA PERANGKAAN 1965
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
415 - *AKTA PERANGKAAN 1965
AI-assisted research summary: This Act sets up Malaysia’s statistics department, protects statistical information, and lets the Chief Statistician require information by notice.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA VERSI DALAM TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI Akta 415 AKTA PERANGKAAN 1965 Sebagaimana pada 1 November 2016 Teks ini HANYALAH TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara bagi Statistics Act 1965. Melainkan jika dan sehingga ditetapkan sebagai sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa Kebangsaa 1963/67 (Akta 32), teks ini bukan perundangan. 2 AKTA PERANGKAAN 1965 Pertama kali diperbuat … … … 1965 (Akta No.34 Tahun 1965 Disemak … … … 1989 (Akta 415 m.b.p 28 Disember 1989) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 415 AKTA PERANGKAAN 1965 SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan pemakaian 2. Jabatan Perangkaan 3. Kawalan dan pengurusan Jabatan 4. Perlindungan tentang penggunaan dan komunikasi maklumat 5. Notis untuk menghendaki butir-butir 6. Butir-butir yang tidak berhubungan dengan sesuatu pengusahaan 7. Penalti 8. Kaedah-Kaedah 9. Pemansuhan 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 415 AKTA PERANGKAAN 1965 Suatu Akta berhubungan dengan perangkaan. [16 Ogos 1965] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan pemakaian 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perangkaan 1965. (2) Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia. Jabatan Perangkaan 2. (1) Biro Perangkaan yang ditubuhkan oleh seksyen 3 Ordinan Perangkaan 1949 [Ordinan 31 tahun 1949], hendaklah dikenali sebagai Jabatan Perangkaan (kemudian daripada ini disebut “Jabatan”). (2) Fungsi Jabatan ini adalah untuk mengumpulkan dan mentafsirkan perangkaan bagi maksud memperlengkapi maklumat yang dikehendaki dalam membentuk atau menjalankan dasar Kerajaan dalam apa-apa bidang atau selainnya yang dikehendaki bagi maksud Kerajaan atau bagi memenuhi keperluan perdagangan, komers, perindustrian atau pertanian (termasuk perhutanan, perikanan dan perburuan). (3) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan kemudian daripada ini, Jabatan hendaklah jika ia fikirkannya bagi kepentingan awam mempunyai kuasa untuk menyampaikan perangkaan yang dikumpulkan oleh mereka atau 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 415 pentafsiran perangkaan yang dikumpulkan sedemikian oleh mereka bukan sahaja kepada jabatan Kerajaan atau orang yang untuknya maklumat itu telah dikumpulkan tetapi juga kepada pihak berkuasa atau orang lain yang untuknya maklumat atau pentafsiran itu mungkin berguna. Kawalan dan pengurusan Jabatan 3. (1) Jabatan hendaklah berada di bawah kawalan dan pengurusan Ketua Perangkaan, dibantu oleh pegawai dan pekhidmat lain sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Yang di-Pertuan Agong. (2) Tiada pegawai Jabatan yang melibatkan diri dalam atau ada kaitan dengan pengumpulan, pentafsiran atau penyiaran perangkaan di bawah Akta ini boleh kecuali sebagaimana yang dikehendaki oleh kewajipannya menyampaikan apa-apa maklumat yang telah sampai ke dalam miliknya semasa dia melaksanakan kewajipannya yang tersebut sebagaimana sedemikian. (3) Mana-mana pegawai yang melanggar subseksyen (2) boleh apabila disabitkan dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau kedua-duanya. (4) Ketua Perangkawan hendaklah menarik perhatian tiap-tiap pegawai yang melibatkan diri dalam atau ada kaitan dengan pengumpulan, pentafsiran atau penyiaran perangkaan kepada peruntukan subseksyen (2) dan (3) sebelum pegawai tersebut mula melaksanakan kewajipannya di bawah Akta ini. Perlindungan tentang penggunaan dan komunikasi maklumat 4. (1) Kecuali dengan persetujuan bertulis terlebih dahulu daripada orang yang olehnya, atau daripada mana-mana orang (sama ada sebagai ejen atau prinsipal) yang menjalankan suatu pengusahaan yang berhubungan dengan, perangkaan telah dikumpulkan, tiada perangkaan yang dikumpulkan oleh Jabatan ini boleh digunakan oleh mereka bagi maksud menentukan apa-apa liabiliti mana-mana orang atau apa-apa pengusahaan itu kepada apa-apa perihal pencukaian atau pelevian, sama ada Persekutuan, Negeri atau selainnya atau disampaikan kepada mana-mana jabatan Kerajaan atau pihak Perangkaan 7 berkuasa atau orang lain, sebagai suatu jabatan, pihak berkuasa atau orang yang mungkin menggunakannya bagi maksud itu. (2) Dalam menyampaikan perangkaan yang dikumpulkan oleh mereka atau pentafsirannya Jabatan hendaklah mengambil langkah untuk memastikan bahawa pengenalan mana-mana orang atau apa-apa pengusahaan kepada siapa atau kepada mana ia berhubung adalah tidak dengan demikian itu didedahkan. Notis untuk menghendaki butir-butir 5. (1) Bagi maksud fungsi Jabatan di bawah subseksyen 2(2) Ketua Perangkawan boleh melalui notis bertulis menghendaki mana-mana orang yang menjalankan suatu pengusahaan dalam Malaysia (sama ada sebagai ejen atau prinsipal) untuk memberi butir-butir sedemikian berhubungan dengan pengusahaan itu atas perkara sedemikian dan dalam bentuk sedemikian sebagaimana yang dinyatakan oleh Ketua Perangkawan, iaitu butir-butir yang ada dalam pengetahuan orang itu atau yang dia semunasabahnya boleh dapatkan. (2) Notis di bawah subseksyen (1) boleh disampaikan dengan menyerahkannya kepada orang yang dimaksudkan dengannya itu di suatu tempat di mana pengusahaan yang berkenaan sedang dijalankan atau di kediamannya. . (3) Suatu notis boleh menghendaki maklumat itu supaya diberikan pada masa tertentu atau dalam lat tempoh tertentu. (4) Suatu notis boleh menghendaki seseorang yang tidak ada pengetahuan tentang butir-butir yang dikehendaki atau tidak boleh didapatkan butir-butir tersebut untuk memberikan kepada Ketua Perangkawan anggaran terbaik tentang butir-butir itu. (5) Jabatan tidaklah boleh menghendaki mana-mana orang untuk memberikan maklumat yang akan mendedahkan apa-apa proses rahsia atau rahsia perdagangan yang lain. (6) Dalam seksyen ini “pengusahaan” ertinya apa-apa pengusahaan yang dijalankan dengan cara perdagangan atau perniagaan, apa-apa profesion yang dijalankan oleh seseorang individu, atau apa-apa aktiviti (sama ada 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 415 dijalankan untuk mendapat keuntungan ataupun tidak) sesuatu pertubuhan perbadanan atau sesuatu kumpulan orang tak diperbadankan. Butir-butir yang tidak berhubungan dengan suatu pengusahaan 6. (1) Ketua Perangkawan boleh, berhubungan dengan apa-apa perkara yang tidak ada hubungan dengan suatu pengusahaan (sebagaimana yang ditakrifkan dalam subseksyen 5(6) menghendaki mana-mana orang memberikan apa-apa butir-butir dan dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang diluluskan oleh Yang di-Pertuan Agong. (2) Peruntukan seksyen 5 berhubungan dengan notis dan penyampaiannya hendaklah terpakai bagi kehendak di bawah seksyen ini sebagaimana ia terpakai bagi suatu kehendak di bawah seksyen 5. Penalti 7. Mana-mana orang yang― (a) gagal untuk mematuhi kehendak notis di bawah seksyen 5 atau 6; atau (b) dengan disedari atau dengan melulu memberi atau menyebabkan diberi apa-apa butir-butir palsu atau apa-apa perkara yang dinyatakan dalam notis itu, bolehlah didenda tidak melebihi lima ratus ringgit dan, dalam kes suatu kesalahan yang berterusan, suatu denda lanjut tidak melebihi lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari selama mana kesalahan itu berterusan selepas sabitan. Kaedah-kaedah 8. Perdana Menteri boleh dari semasa ke semasa membuat kaedah- kaedah— Perangkaan 9 (a) bagi mengecualikan mana-mana orang atau golongan orang daripada obligasi untuk memberikan maklumat di bawah Akta ini, sama ada seluruhnya atau setakat mana yang boleh ditetapkan dan sama ada tidak bersyarat atau tertakluk kepada apa-apa syarat yang boleh ditetapkan; dan (b) bagi menetapkan fi yang boleh dikenakan bagi menyampaikan perangkaan yang dikumpulkan oleh Jabatan atau tafsiran oleh Jabatan perangkaan yang dikumpulkan sedemikian dan cara bagaimana fi itu boleh dikutip dan bagi mengecualikan mana-mana orang daripada pembayaran fi itu. Pemansuhan 9. (1) Ordinan Perangkaan 1949, dengan ini dimansuhkan. (2) Segala maklumat yang dikumpulkan oleh Biro Perangkaan sebelum mula berkuatkuasanya Akta ini hendaklah tertakluk kepada perlindungan yang sama berkenaan dengan penyampaian sebagaimana yang diperuntukkan oleh Akta ini seolah-olah maklumat tersebut telah dikumpulkan di bawah Akta ini. 10 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 415 AKTA PERANGKAAN 1965 SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari Akta 160 Akta Matawang Malaysia 29-08-1975 (Ringgit) 1975 11 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 415 AKTA PERANGKAAN 1965 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 3 Akta 160 29-08-1975 7 Akta 160 29-08-1975
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
415 - *AKTA PERANGKAAN 1965
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in