AI-assisted research summary: This Act validates certain import duties levied and collected in Malaysia during 29 March 1990 to 22 August 1991 and bars legal actions about those duties.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA VERSI ATAS TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI Akta 477 AKTA DUTI IMPORT (PENGESAHAN) 1992 Sebagaimana pada 1 Disember 2011 2 AKTA DUTI IMPORT (PENGESAHAN) 1992 Tarikh Perkenan Diraja … …. … 30 Januari 1992 Tarikh penyiaran dalam Warta … … 20 Februari 1992 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 477 AKTA DUTI IMPORT (PENGESAHAN) 1992 SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas 2. Pengesahan dan menanggung rugi 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 477 AKTA DUTI IMPORT (PENGESAHAN) 1992 Suatu Akta bagi mengesahkan levi dan kutipan duti import dan untuk menanggung rugi Kerajaan Malaysia dan pegawai yang tertentu berkenaan dengan duti import yang telah dilevi dan dikutip di seluruh Malaysia dalam tempoh dari 29 Mac 1990 hingga 22 Ogos 1991. [21 Februari 1992] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Tajuk ringkas 1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Duti Import (Pengesahan) 1992. Pengesahan dan menanggung rugi 2. (1) Walau apa pun peruntukan Akta Kastam 1967 [Akta 235], telah duti import yang dilevi dan dikutip di seluruh Malaysia sepanjang tempoh dari 29 Mac 1990 hingga 22 Ogos 1991 dan yang dikatakan telah dilevi dan dikutip di bawah kuasa Perintah Duti Kastam 1988 [P.U. (A) 405/1987], sebagaimana dipinda dari semasa ke semasa, dan Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 1988 [P.U. (A) 410/1987], sebagaimana dipinda dari semasa ke semasa, hendaklah disifatkan sebagai telah dilevi dan dikutip dengan sah. (2) Tiada apa jua pun tindakan atau prosiding undang-undang hendaklah dibawa, dimulakan atau disenggarakan terhadap Kerajaan Malaysia atau mana-mana pegawai Kerajaan Malaysia atau mana- mana orang yang bertindak di bawah mereka atau mana-mana daripada mereka berkenaan dengan apa-apa duti import yang telah dilevi atau dikutip yang duti import itu dikatakan dilevi atau dikutip 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 477 menurut kuasa Perintah Duti Kastam 1988, sebagaimana dipinda dari semasa ke semasa; dan Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 1988, sebagaimana dipinda dari semasa ke semasa; dan jika apa-apa tindakan atau prosiding undang-undang telah dibawa, dimulakan dan disenggarakan, ia hendaklah dibatalkan dan dijadikan tidak sah dan tiada pembayaran balik berkenaan dengan duti import yang telah dilevi atau dikutip seperti disebut terdahulu hendaklah dibuat. ________________________________ 7 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 477 AKTA DUTI IMPORT (PENGESAHAN) 1992 SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari TIADA 8 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 477 AKTA DUTI IMPORT (PENGESAHAN) 1992 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari TIADA