347 - *AKTA MAJLIS PARLIMEN (KEISTIMEWAAN DAN KUASA) 1952
This Act gives the Parliament House powers and privileges, protects speech and proceedings in Parliament, and creates contempt and publication rules with fines or imprisonment.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 347 - *AKTA MAJLIS PARLIMEN (KEISTIMEWAAN DAN KUASA) 1952
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
347 - *AKTA MAJLIS PARLIMEN (KEISTIMEWAAN DAN KUASA) 1952
AI-assisted research summary: This Act gives the Parliament House powers and privileges, protects speech and proceedings in Parliament, and creates contempt and publication rules with fines or imprisonment.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA VERSI DALAM TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA DIKEMAS KINI Akta 347 AKTA MAJLIS PARLIMEN (KEISTIMEWAAN DAN KUASA) 1952 Sebagaimana pada 1 Disember 2013 Teks ini HANYALAH TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara, bagi Houses of Parliament (Privileges and Powers) Act 1952 sebagaimana disemak dalam tahun 1989. Melainkan jika dan sehingga ditetapkan sebagai sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 [Akta 32], teks ini bukan perundangan. 2 AKTA MAJLIS PARLIMEN (KEISTIMEWAAN DAN KUASA) 1952 Kali pertama diperbuat … … … 1952 (F.M. Ord No. 15 of 1952) Disemak … … … … … 1988 (Akta 347 m.b.p 6 Oktober 1988) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 347 AKTA MAJLIS PARLIMEN (KEISTIMEWAAN DAN KUASA) 1952 SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas 2. Tafsiran 3. Kebebasan bercakap dan berbahas 4. Kuasa Majlis untuk menyiasat pelanggaran 5. Majlis sebagai mahkamah rekod 6. Ahli dan pegawai Majlis dikecualikan daripada berkhidmat sebagai ahli juri atau pengapit atau, semasa Majlis sedang bersidang, hadir sebagai saksi di mahkamah 7. Kekebalan ahli daripada prosiding sivil atau jenayah bagi apa-apa jua yang dilakukan atau dikatakan di hadapan Majlis 8. Pengecualian daripada bertanggungan atas ganti rugi kerana sesuatu perbuatan yang dilakukan di bawah kuasa Majlis 9. Kuasa Majlis untuk menghukum kerana menghina Majlis 10. Tiada ahli boleh mengundi mengenai perkara yang mana dia mempunyai kepentingan wang secara langsung 11. Kuasa Yang Dipertua mengeluarkan waran untuk pemberkasan dan pemenjaraan 12. Kandungan waran 13. Kuasa Yang Dipertua memerintah penangkapan orang yang melakukan kekacauan semasa Majlis sedang bersidang 14. Kewajipan membantu pemberkasan orang yang diperintahkan oleh Yang Dipertua supaya ditangkap 15. Kuasa memasuki dan menggeledah premis 4 Undang-Undang Malaysia AKTA 347 Seksyen 16. Kuasa Majlis memerintah kehadiran saksi dan pengemukaan dokumen 17. Kehadiran hendaklah diberitahu melalui saman 18. Pemeriksaan saksi atas sumpah 19. Pengecualian daripada menjawab soalan atau mengemukakan dokumen 20. Hukuman kerana memberi jawapan palsu 21. Kaedah-kaedah yang berhubung dengan keterangan terlindung terpakai bagi keterangan di hadapan Majlis 22. Perakuan oleh Yang Dipertua bahawa seseorang saksi telah menjawab soalan yang dikemukakan kepadanya oleh Majlis 23. Larangan memberi keterangan di luar Majlis bagi apa-apa keterangan di hadapan Majlis tanpa izin Majlis 24. Jurnal Majlis boleh diterima sebagai keterangan 25. Penalti kerana mencetak naskhah palsu undang-undang, laporan, dll. 26. Perakuan Yang Dipertua suatu pembelaan dalam prosiding yang dimulakan berkenaan dengan penyiaran Majlis 27. Penyiaran istimewa 28. Yang Dipertua hendaklah menjalankan urusan walaupun Majlis dibubarkan atau diprorogkan 29. Penalti tambahan oleh Majlis 30. Mendapatkan bayaran penalti 31. Pendakwaan boleh dimulakan hanya atas kehendak Peguam Negara 32. Keistimewaan dan kekebalan House of Commons hendaklah dinikmati oleh Majlis dan ahlinya 33. Keistimewaan dsb., hendaklah diberi pengiktirafan kehakiman 34. Jurnal Commons House hendaklah menjadi keterangan prima facie dalam siasatan mengenai keistimewaan 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 347 AKTA MAJLIS PARLIMEN (KEISTIMEWAAN DAN KUASA) 1952 Suatu Akta yang berhubungan dengan kuasa dan keistimewaan Majlis Parlimen, kebebasan bercakap dan berbahas atau prosiding dalam Majlis itu dan perlindungan kepada orang yang diambil khidmat dalam penyiaran kertas-kertas Majlis itu. [29hb Mei 1952] Tajuk ringkas 1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952. Tafsiran 2. Dalam Akta ini melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain― “ahli” ertinya seorang ahli Majlis; “jawatankuasa” ertinya suatu jawatankuasa Majlis keseluruhannya dan mana-mana jawatankuasa tetap, jawatankuasa pilihan, jawatankuasa khas atau jawatankuasa lain Majlis atau yang dilantik oleh Majlis; “jurnal” ertinya minit Majlis atau rekod rasmi mengenai prosidingnya; “Majlis” ertinya Dewan Negara atau Dewan Rakyat, mengikut kehendak hal keadaan; 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 347 “pegawai Majlis” dan “pegawai” ertinya Setiausaha Dewan Negara atau Setiausaha Dewan Rakyat, mengikut kehendak hal keadaan, dan mana-mana orang yang diisytiharkan oleh Yang Dipertua sebagai pegawai Majlis; “peraturan-peraturan mesyuarat” ertinya Kaedah dan Peraturan Mesyuarat Majlis yang sedang berkuat kuasa; “Yang Dipertua” ertinya Yang Dipertua Dewan Negara atau Yang Dipertua Dewan Rakyat, mengikut kehendak hal keadaan. Kebebasan bercakap dan berbahas 3. Maka hendaklah ada kebebasan bercakap dan berbahas atau prosiding dalam Majlis dan kebebasan bercakap dan berbahas atau prosiding itu tidak boleh dicabar atau dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah atau tribunal di luar Majlis. Kuasa Majlis untuk menyiasat pelanggaran 4. Bagi maksud Akta ini, Majlis adalah dengan ini diisytiharkan mempunyai segala kuasa dan bidang kuasa sebagaimana yang perlu untuk menyiasat, menghakimi, dan mengumumkan perlakuan apa- apa perbuatan, perkara, atau benda yang boleh dihukum sebagai penghinaan di bawah seksyen 29 Akta ini dan mengawardkan dan melaksanakan hukuman yang diperuntukkan baginya oleh Akta ini. Majlis sebagai mahkamah rekod 5. Majlis yang bersidang sebagai mahkamah hendaklah mempunyai segala hak dan keistimewaan sesuatu mahkamah rekod sebagaimana yang perlu bagi maksud menyiasat dan menghukum secara terus perbuatan, perkara, dan benda yang boleh dihukum sebagai penghinaan di bawah seksyen 29 Akta ini. Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 7 Ahli dan pegawai Majlis dikecualikan daripada berkhidmat sebagai ahli juri atau pengapit atau, semasa Majlis sedang bersidang, hadir sebagai saksi di mahkamah 6. Tiada ahli atau pegawai Majlis akan dikehendaki berkhidmat kepada mana-mana juri atau sebagai pengapit atau, semasa dalam bertugas di Majlis, hadir sebagai saksi dalam apa-apa prosiding sivil di mana-mana mahkamah, melainkan jika mahkamah itu mengadakan persidangannya di tempat persidangan Mailis. Perakuan Yang Dipertua hendaklah disifatkan sebagai bukti yang cukup mengenai kehadiran mana-mana ahli atau pegawai itu dalam Majlis. Kekebalan ahli daripada prosiding sivil atau jenayah bagi apa- apa jua yang dilakukan atau dikatakan di hadapan Majlis 7. Tiada ahli boleh dikenakan apa-apa prosiding sivil atau jenayah, ditangkap, dipenjarakan, atau bertanggungan atas ganti rugi disebabkan oleh apa-apa perkara atau benda yang dikemukakan olehnya melalui petisyen, rang undang-undang, ketetapan, usul, atau selainnya atau dikatakan olehnya di hadapan Majlis atau mana-mana jawatankuasa. Pengecualian daripada bertanggungan atas ganti rugi kerana apa-apa perbuatan yang dilakukan di bawah kuasa Majlis 8. Tiada seorang pun boleh bertanggungan atas ganti rugi atau selainnya kerana apa-apa perbuatan yang dilakukan di bawah kuasa Majlis, dan mengikut had kuasa undang-undangnya atau di bawah mana-mana waran yang dikeluarkan menurut kuasa itu. Kuasa Majlis untuk menghukum kerana menghina Majlis 9. Majlis boleh, untuk atau berkenaan dengan mana-mana kesalahan yang disebut kemudian daripada ini, sama ada yang dilakukan oleh seseorang ahli atau oleh mana-mana orang lain, menghukum secara terus kerana menghina dengan denda tidak melebihi satu ribu ringgit sebagaimana yang diperuntukkan oleh peraturan-peraturan mesyuarat 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 347 atau oleh Akta ini; dan jika apa-apa denda yang dikenakan itu tidak dibayar dengan serta-merta pesalah itu hendaklah diletakkan dalam jagaan penjaga mana-mana penjara atau seorang pegawai Majlis di suatu tempat sebagaimana yang diarahkan sehingga bayaran dibuat atau sehingga Majlis dibubarkan atau diprorogkan, mengikut mana yang terdahulu. Kesalahan tersebut ialah― (a) tidak mematuhi apa-apa perintah untuk hadir atau untuk mengemukakan kertas, buku, rekod, atau dokumen yang dibuat oleh Majlis atau mana-mana jawatankuasa yang diberi kuasa sewajarnya bagi maksud itu, melainkan kehadiran atau pengemukaan itu dikecualikan, sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 19 Akta ini; (b) enggan untuk diperiksa atau menjawab apa-apa soalan yang sah dan relevan yang dikemukakan oleh Majlis atau mana-mana jawatankuasa sedemikian, melainkan keengganan itu dikecualikan sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 19 Akta ini; (c) kegagalan atau keengganan yang sengaja untuk mematuhi apa-apa perintah yang sah bagi Majlis itu, yang oleh kerananya Majlis akan atau mungkin akan menjadi terhalang atau tergendala; (d) penawaran kepada atau penyetujuterimaan oleh seseorang ahli atau pegawai akan sesuatu sogokan untuk mempengaruhinya dalam kelakuannya sebagai ahli atau pegawai, atau penawaran kepada atau penyetujuterimaan oleh mana-mana ahli atau pegawai akan apa-apa fi, pampasan, alang atau hadiah untuk atau berkenaan dengan penyokongan atau pembangkangan terhadap mana-mana rang undang-undang, ketetapan, perkara, kaedah, atau benda yang dikemukakan atau dicadang untuk dikemukakan kepada Majlis atau mana-mana jawatankuasa; Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 9 (e) mengamang, menghalang, atau mencela mana-mana ahli yang datang ke Majlis atau meninggalkan Majlis atau kerana kelakuannya dalam Majlis, atau berusaha memaksa mana-mana ahli dengan kekerasan, celaan, atau ancaman untuk menyatakan dirinya menyokong atau menentang apa-apa cadangan atau perkara yang belum selesai di hadapan, atau dijangkakan akan dibawa ke hadapan, Majlis; (f) mengamang, mengganggu atau menentang seseorang pegawai Majlis semasa dia menjalankan tugasnya; (g) menghantar kepada seseorang ahli apa-apa surat ugutan atau mencabar seseorang ahli untuk berlawan kerana kelakuannya dalam Majlis; (h) membuat atau menyertai apa-apa kekacauan dalam Majlis atau berhampiran dengan Majlis, yang apa-apa prosiding Majlis akan atau mungkin akan terganggu; (i) menyogok, mencegah, mengugut, mengabui, atau dengan apa-apa jua cara mempengaruhi dengan tidak sewajarnya mana-mana saksi tentang keterangan yang akan diberikan olehnya di hadapan Majlis atau mana-mana jawatankuasa; (j) mengemukakan kepada Majlis atau kepada mana-mana jawatankuasa apa-apa dokumen palsu, tidak benar, direka palsu atau dipalsukan dengan niat untuk memperdayakan Majlis atau mana-mana jawatankuasa; (k) berdalih atau salah laku lain sebagai saksi di hadapan Majlis atau mana-mana jawatankuasa; (l) menyiarkan apa-apa libel palsu atau libel bersifat skandal terhadap mana-mana ahli yang menyentuh kelakuannya sebagai ahli; (m) menyiarkan apa-apa Laporan sesuatu Jawatankuasa Majlis atau apa-apa keterangan yang diberikan atau apa-apa dokumen yang dikemukakan kepada Jawatankuasa itu 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 347 atau cabutan daripada dokumen sedemikian, sebelum Jawatankuasa itu mengemukakan Laporannya kepada Majlis; (n) menyiarkan apa-apa laporan atau pernyataan yang berupa sebagai suatu laporan prosiding Majlis dalam apa-apa hal— (i) jika prosiding itu telah dijalankan setelah ditutup kepada orang ramai dengan perintah Majlis; atau (ii) bila penyiaran itu telah dilarang dengan nyatanya dengan perintah Majlis; atau (iii) bila laporan atau pernyataan itu berupa atau mengandungi sesuatu salah nyataan sengaja mengenai prosiding Majlis atau ucapan mana-mana ahlinya atau secara lainnya tidak dibuat atau disiarkan dengan suci hati. Tiada ahli boleh mengundi mengenai perkara yang mana dia mempunyai kepentingan wang secara langsung 10. (1) Seseorang ahli tidaklah boleh, dalam atau di hadapan Majlis atau mana-mana jawatankuasa, mengambil bahagian dalam perbincangan apa-apa perkara yang mana dia mempunyai kepentingan wang secara langsung tanpa mendedahkan takat kepentingan itu dan tidaklah boleh dalam apa-apa hal keadaan mengundi atas apa-apa perkara sedemikian. (2) Mana-mana ahli yang bertindak berlawanan dengan seksyen ini boleh dihukum bersalah kerana menghina oleh Majlis, dan boleh dikenakan penalti yang diperuntukkan dalam Akta ini kerana menghina sedemikian. (3) Seksyen ini tidaklah terpakai bagi apa-apa undi atau perbincangan mengenai apa-apa saraan atau elaun yang akan diterima oleh ahli-ahli atas sifat mereka sebagai ahli, atau bagi apa-apa kepentingan yang dipunyai oleh seseorang ahli dalam apa-apa Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 11 perkara yang sama dengan orang ramai pada amnya, atau dengan mana-mana golongan atau bahagian daripadanya. Kuasa Yang Dipertua mengeluarkan waran untuk pemberkasan dan pemenjaraan 11. Bagi maksud menghukum mana-mana penghinaan yang disebut dalam Akta ini, Yang Dipertua adalah dengan ini diberi kuasa, atas ketetapan maksud itu bagi pihak Majlis, mengeluarkan waran di bawah tandatangannya untuk memberkas dan memenjarakan mana-mana orang yang dihukum penjara atau yang dihukum membayar denda tetapi tidak membayarnya. Kandungan waran 12. Tiap-tiap waran yang disebut terdahulu hendaklah mengandungi suatu pernyataan bahawa orang yang tersebut dalam waran itu telah dihukum bersalah oleh Majlis kerana menghina dan hendaklah menyatakan sifat penghinaan itu; dan tiap-tiap waran sedemikian adalah mencukupi jika dapat dengan munasabahnya disimpulkan daripadanya bahawa orang yang tersebut di dalamnya telah dihukum bersalah atas mana-mana penghinaan yang disebut terdahulu, dan tidaklah perlu mematuhi apa-apa bentuk tertentu dalam mana-mana waran tersebut. Kuasa Yang Dipertua memerintah penangkapan orang yang melakukan kekacauan semasa Majlis sedang bersidang 13. Mana-mana orang yang membuat atau menyertai apa-apa kekacauan dalam Majlis semasa ia sebenarnya bersidang boleh ditangkap tanpa waran atas perintah lisan Yang Dipertua, dan boleh ditahan dalam jagaan seorang pegawai Majlis sehingga Majlis dapat menimbangkan kesalahan yang dikatakan itu. 12 Undang-Undang Malaysia AKTA 347 Kewajipan membantu memberkas orang yang diperintahkan oleh Yang Dipertua supaya ditangkap 14. Tiap-tiap pegawai polis dan tiap-tiap orang adalah dengan ini dikehendaki membantu memberkas dan menahan mana-mana orang menurut apa-apa perintah lisan Yang Dipertua seperti yang disebut terdahulu, dan menolong dan membantu melaksanakan apa-apa waran seperti yang disebut terdahulu, dan jika mana-mana waran itu mengarahkan supaya orang yang tersebut di dalamnya dipenjarakan di mana-mana penjara atau tempat lain, penjaga penjara atau tempat itu adalah dengan ini dikehendaki menerima orang itu di bawah jagaannya dalam penjara atau tempat lain itu dan di situ memenjarakannya mengikut perjalanan waran itu. Kuasa memasuki dan menggeledah premis 15. Adalah sah bagi mana-mana orang yang ditugaskan, atau yang membantu, melaksanakan mana-mana waran di bawah tandatangan Yang Dipertua untuk memecah buka pada siang hari mana-mana pintu atau menggeledah mana-mana premis di mana orang yang waran telah dikeluarkan untuk memberkasnya mungkin bersembunyi atau mungkin dengan munasabahnya disyaki bersembunyi. Kuasa Majlis memerintah kehadiran saksi dan memerintah dikemukakan dokumen 16. Majlis, dan mana-mana jawatankuasa yang diberi kuasa sewajarnya dengan perintah Majlis untuk memanggil orang-orang, dokumen, atau kertas, boleh memerintahkan mana-mana orang supaya hadir di hadapan Majlis atau di hadapan jawatankuasa itu, dan mengemukakan apa-apa kertas, buku, rekod, atau dokumen dalam milikan atau di bawah kawalan orang itu. Kehadiran hendaklah diberitahu melalui saman 17. Apa-apa perintah untuk hadir atau untuk mengemukakan dokumen di hadapan Majiis atau di hadapan mana-mana Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 13 jawatankuasa, hendaklah diberitahu kepada orang yang dikehendaki hadir atau kemukakan dokumen itu, melalui saman, di bawah tandatangan Setiausaha yang dikeluarkan dengan arahan Yang Dipertua; dan dalam tiap-tiap saman itu hendaklah dinyatakan masa dan tempat orang yang disaman itu dikehendaki hadir dan dokumen tertentu yang dia dikehendaki kemukakan, dan saman itu hendaklah disampaikan kepada orang yang disebutkan di dalamnya, sama ada dengan menghantarserahkan kepadanya satu salinan saman itu atau dengan meninggalkan satu salinan saman itu, di tempat tinggalnya yang biasa atau yang terakhir diketahui dalam Malaysia, dengan mana-mana orang dewasa, dan hendaklah dibayar atau ditawarkan kepada orang yang disaman itu, jika dia tidak tinggal dalam lingkungan enam batu dari Majlis, sejumlah wang untuk perbelanjaannya sebagaimana yang ditetapkan oleh mana-mana peraturan mesyuarat bagi maksud itu. Pemeriksaan saksi atas sumpah 18. Majlis atau mana-mana jawatankuasa boleh menghendaki supaya apa-apa fakta, perkara, dan benda yang berhubungan dengan subjek siasatan di hadapan Majlis atau jawatankuasa itu ditentusahkan atau dipastikan selainnya dengan pemeriksaan lisan saksi, dan boleh menyebabkan mana-mana saksi itu diperiksa atas sumpah yang bolehlah dikendalikan oleh Yang Dipertua, atau Pengerusi jawatankuasa, atau orang yang dilantik khas bagi maksud itu. Pengecualian daripada menjawab soalan atau mengemukakan dokumen 19. Jika mana-mana orang yang diperintahkan supaya hadir atau mengemukakan apa-apa kertas, buku, rekod, atau dokumen di hadapan Majlis atau mana-mana jawatankuasa enggan menjawab apa-apa soalan yang dikemukakan kepadanya atau enggan mengemukakan apa-apa kertas, buku, rekod, atau dokumen dengan alasan bahawa kertas, buku, rekod, atau dokumen itu adalah bersifat persendirian dan tidak menjejaskan subjek siasatan itu, maka Yang Dipertua, atau Pengerusi jawatankuasa itu, mengikut mana yang 14 Undang-Undang Malaysia AKTA 347 berkenaan, boleh melaporkan keengganan itu dengan alasan baginya, dan Majlis boleh sesudah itu mengecualikan daripada dijawab soalan itu atau daripada dikemukakan kertas, buku, rekod, atau dokumen itu atau boleh memerintahkan supaya ia dijawab atau dikemukakan. Hukuman kerana memberi jawapan palsu 20. Mana-mana orang yang, di hadapan Majlis atau mana-mana jawatankuasa (dan sama ada orang itu telah mengangkat sumpah atau telah membuat ikrar atau tidak), dengan sengaja dan secara rasuah membuat jawapan palsu kepada apa-apa soalan yang material bagi subjek siasatan, yang dikemukakan kepadanya dalam perjalanan apa-apa pemeriksaan, adalah melakukan kesalahan memberi keterangan palsu dan apabila disabitkan boleh dikenakan penalti yang ditetapkan baginya dalam seksyen 193 Kanun Keseksaan [Akta 574]. Kaedah-kaedah yang berhubungan deengan keterangan terlindung terpakai bagi keterangan di hadapan Majlis 21. Akta Keterangan 1950 [Akta 56] yang berhubungan dengan keterangan terlindung hendaklah terpakai dalam hal keterangan di hadapan Majlis atau mana-mana jawatankuasa. Perakuan oleh Yang Dipertua bahawa seseorang saksi telah menjawab soalan yang dikemukakan kepadanya oleh Majlis 22. Tiap-tiap saksi di hadapan Majlis atau sesuatu jawatankuasa yang menjawab sepenuhnya dan dengan jujur apa-apa soalan yang dikemukakan kepadanya oleh Majlis atau jawatankuasa itu dengan memuaskan hati adalah berhak menerima suatu perakuan di bawah tandatangan Yang Dipertua atau Pengerusi jawatankuasa itu, yang menyatakan bahawa saksi itu apabila diperiksa telah dikehendaki menjawab dan telah menjawab soalan itu. Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 15 Larangan memberi keterangan di luar Majlis bagi apa-apa keterangan di hadapan Majlis tanpa izin Majlis 23. Tiada ahli atau pegawai Majlis dan tiada jurutrengkas yang diambil khidmat untuk mencatat minit keterangan di hadapan Majlis atau mana-mana jawatankuasa boleh memberi keterangan di tempat lain berkenaan dengan kandungan keterangan itu atau kandungan apa-apa manuskrip atau dokumen yang dibentangkan di hadapan Majlis atau mana-mana jawatankuasa atau berkenaan dengan apa-apa prosiding atau pemeriksaan yang dijalankan di hadapan Majlis atau mana-mana jawatankuasa tanpa mendapat izin khas Majlis terlebih dahulu. Selepas pembubaran atau semasa istirahat atau penangguhan, izin khas itu boleh diberikan oleh Yang Dipertua atau, semasa ketiadaannya atau lain-lain ketidakupayaannya, oleh Setiausaha. Jurnal Majlis boleh diterima sebagai keterangan 24. Dalam apa-apa siasatan yang menyentuh keistimewaan, kekebalan, dan kuasa Majlis atau mana-mana ahli, apa-apa naskhah jurnal yang dicetak atau berupa sebagai dicetak oleh Pencetak Kerajaan, atau dengan atau di bawah kuasa Majlis, hendaklah diterima sebagai keterangan bagi jurnal itu dalam semua mahkamah dan tempat tanpa diberikan apa-apa bukti bahawa naskhah itu telah dicetak sedemikian. Penalti kerana mencetak naskhah palsu undang-undang, laporan, dll. 25. Mana-mana orang yang mencetak atau menyebabkan dicetak sesuatu naskhah apa-apa undang-undang yang berkuat kuasa pada masa ini atau kemudian daripada ini atau sesuatu naskhah apa-apa laporan, kertas, minit atau vot dan prosiding Majlis atau mana-mana jawatankuasa yang berupa sebagai telah dicetak oleh Pencetak Kerajaan, atau dengan atau di bawah kuasa Majlis atau mana-mana jawatankuasa, atau oleh Yang Dipertua, dan naskhah itu tidak dicetak sedemikian, atau mengemukakan sebagai keterangan apa-apa naskhah sedemikian yang berupa sebagai dicetak sedemikian, dengan mengetahui bahawa ia tidak dicetak sedemikian, adalah melakukan 16 Undang-Undang Malaysia AKTA 347 suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun. Perakuan Yang Dipertua suatu pembelaan dalam prosiding yang dimulakan berkenaan dengan penyiaran Majlis 26. Mana-mana orang yang menjadi defendan dalam mana-mana prosiding sivil atau jenayah yang dimulakan kerana atau disebabkan atau berkenaan dengan penyiaran oleh orang itu atau oleh pekhidmatnya dengan perintah atau di bawah kuasa Majlis atau mana-mana jawatankuasa mengenai apa-apa laporan, kertas, minit, vot, atau prosiding boleh, setelah memberi kepada plaintif atau pendakwa, mengikut mana yang berkenaan, notis bertulis dua puluh empat jam tentang niatnya, membawa ke hadapan mahkamah di mana prosiding sivil atau jenayah itu diadakan, suatu perakuan di bawah tandatangan Yang Dipertua, atau Setiausaha, yang menyatakan bahawa laporan, kertas, minit, vot, atau prosiding yang berkenaan dengannya prosiding sivil atau jenayah itu telah dimulakan, disiarkan oleh orang itu atau oleh pekhidmatnya dengan perintah atau di bawah kuasa Majlis atau mana-mana jawatankuasa, berserta dengan suatu afidavit yang menentusahkan perakuan itu, dan mahkamah itu hendaklah dengan serta-merta sesudah itu menangguhkan prosiding sivil atau jenayah itu dan prosiding itu dan tiap-tiap proses yang dikeluarkan dalam prosiding itu hendaklah disifatkan telah diputuskan dengan muktamadnya. Penyiaran istimewa 27. Dalam mana-mana prosiding sivil atau jenayah yang dimulakan kerana menyiarkan apa-apa cabutan daripada atau ringkasan bagi apa-apa laporan, kertas, minit, vot, atau prosiding sebagaimana yang tersebut dalam seksyen yang terdahulu, jika mahkamah atau juri, mengikut mana yang berkenaan, berpuas hati bahawa cabutan atau ringkasan itu telah disiarkan secara bona fide dan tanpa niat jahat, maka penghakiman atau keputusan, mengikut mana yang berkenaan, hendaklah dicatatkan untuk defendan atau yang tertuduh. Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 17 Yang Dipertua hendaklah menjalankan urusan walaupun Majlis dibubarkan atau diprorogkan 28. Bagi maksud Akta ini, orang yang mengisi jawatan Yang Dipertua Dewan Negara atau Yang Dipertua Dewan Rakyat, mengikut mana yang berkenaan, pada masa Parlimen diprorogkan atau dibubarkan hendaklah disifatkan sebagai Yang Dipertua sehingga Parlimen dipanggil bersidang semula atau sehingga seorang lain telah dipilih untuk menjadi Yang Dipertua Dewan Negara atau Yang Dipertua Dewan Rakyat, mengikut mana yang berkenaan, mengikut Perkara 56 atau 57 Perlembagaan Persekutuan. Penalti tambahan oleh Majlis 29. (1) Tiap-tiap orang yang telah melakukan kesalahan terhadap seksyen 9 atau 10 Akta ini dan telah dihukum bersalah kerana menghina oleh Majlis boleh, sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan kepadanya di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang lain, dihukum penjara untuk tempoh tidak melebihi enam puluh hari sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis. (2) Orang itu hendaklah dipenjarakan mengikut waran yang dikeluarkan di bawah tandatangan Yang Dipertua. Mendapatkan bayaran penalti 30. Peguam Negara boleh, di mana-mana mahkamah sivil berbidang kuasa kompeten, mendakwa dan mendapatkan apa-apa penalti yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini seolah-olah penalti itu adalah hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan. 18 Undang-Undang Malaysia AKTA 347 Pendakwaan boleh dimulakan hanya atas kehendak Peguam Negara 31. Tiada pendakwaan kerana apa-apa yang berlawanan atau berlanggaran dengan Akta ini boleh dimulakan kecuali atas kehendak Peguam Negara. Keistimewaan dan kekebalan House of Commons hendaklah dinikmati oleh Majlis dan ahlinya 32. (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata selainnya oleh Akta ini, Majlis dan ahlinya masing-masing hendaklah memegang, menikmati dan menggunakan keistimewaan dan kekebalan, dan kuasa yang berhubungan dengannya sebagaimana yang dipegang, dinikmati dan digunakan oleh Commons House Parlimen United Kingdom dan oleh ahlinya, dan juga keistimewaan, kekebalan dan kuasa itu sebagaimana yang ditentukan dari semasa ke semasa oleh mana-mana undang-undang Malaysia tetapi tidak melebihi yang pada mula berkuatkuasanya undang-undang tersebut dipegang, dinikmati dan digunakan oleh Commons House yang disebut terdahulu dan oleh ahli-ahlinya masing-masing, sama ada keistimewaan, kekebalan, atau kuasa itu dipegang, dipunyai atau dinikmati menurut adat, statut atau selainnya. (2) Mana-mana ahli Majlis yang menuntut sebagai berhak kepada apa-apa keistimewaan, kekebalan atau kuasa di bawah seksyen ini mungkin dikehendaki oleh Yang Dipertua supaya menyebutkan autoriti, selain daripada seksyen ini, yang menjadi asas tuntutannya itu. (3) Yang Dipertua boleh dari semasa ke semasa mengisytiharkan autoriti yang boleh disebutkan bagi maksud seksyen ini. Keistimewaan dsb., hendaklah diberi pengiktirafan kehakiman 33. Keistimewaan, kekebalan dan kuasa sedemikian hendaklah menjadi sebahagian daripada undang-undang am dan awam Malaysia. Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 19 Jurnal Commons House hendaklah menjadi keterangan prima facie dalam siasatan mengenai keistimewaan 34. Tertakluk kepada Akta ini, mana-mana naskhah Jurnal Commons House Parlimen United Kingdom yang dicetak atau berupa sebagai dicetak dengan perintah atau oleh pencetak Commons House yang disebut terdahulu hendaklah diterima sebagai keterangan prima facie tanpa bukti bahawa ia adalah naskhah sedemikian dalam apa-apa siasatan yang menyentuh keistimewaan, kekebalan dan kuasa Majlis atau mana-mana jawatankuasa atau ahli. ______________________________ 20 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 347 AKTA MAJLIS PARLIMEN (KEISTIMEWAAN DAN KUASA) 1952 SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari Ord. P.T.M Ordinan Majlis Mesyuarat 15-06-1955 24/1955 Undangan (Keistimewaan dan Kuasa) (Pindaan) 1955 P.U. 297/1959 Perintah Perlembagaan 03-09-1959 Persekutuan (Ubahsuaian Undang-Undang) (Tambahan) 1959 Akta 160 Akta Matawang Malaysia 29-05-1975 (Ringgit) 1975 _________________ 21 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 347 AKTA MAJLIS PARLIMEN (KEISTIMEWAAN DAN KUASA) 1952 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari - TIADA - _____________
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
347 - *AKTA MAJLIS PARLIMEN (KEISTIMEWAAN DAN KUASA) 1952
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in