A1451 - AKTA PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA (PINDAAN) 2013
Verify source ↗ AI-assisted research summary: The Act starts on a date fixed by the Minister in a Gazette notice, and it requires the Government to offer certain Film Department staff an option to move to the Corporation if they want to.
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional 1 Malaysia (Pindaan) UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1451 AKTA PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA (PINDAAN) 2013 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1451 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 28 Januari 2013 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 7 Februari 2013 Hakcipta Pencetak H PERcETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Perbadanan Kemajuan Filem Nasional 3 Malaysia (Pindaan) UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1451 AKTA PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA (PINDAAN) 2013 Suatu Akta untuk meminda Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Pindaan) 2013. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Pindaan seksyen 6 2. Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 [Akta 244], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 6— (a) dalam subseksyen (1)— (i) dengan memotong perkataan “dan” di hujung perenggan (e); 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1451 (ii) dalam perenggan (f), dengan menggantikan noktah dengan koma bernoktah; dan (iii) dengan memasukkan selepas perenggan (f) perenggan yang berikut: “(g) menyebar maklumat mengenai dasar, program dan pencapaian Kerajaan melalui pengeluaran filem; dan (h) merakam liputan peristiwa bagi maksud arkib.”; dan (b) dalam subseksyen (2)— (i) dengan menggantikan perenggan (a) dengan perenggan yang berikut: “ (a) untuk bekerjasama dengan agensi kerajaan, atau pertubuhan perbadanan atau orang perseorangan dalam menjalankan tinjauan dan kajian berkenaan dengan perusahaan perfileman dan dalam menjalankan kajian kemungkinan bagi memajukan perusahaan perfileman tempatan;”; (ii) dalam perenggan (c), dengan memotong perkataan “, tetapi sendiri tidak mengambil bahagian dalam pengeluaran filem secara langsung atau tak langsung”; (iii) dengan menggantikan perenggan (e) dengan perenggan yang berikut: “ (e) untuk memberi bantuan kewangan melalui pinjaman, kemudahan kredit, geran, pelaburan atau apa-apa bentuk bantuan kewangan lain dan mengambil bahagian dalam pengeluaran filem;”; (iv) dengan memotong perkataan “dan” di hujung perenggan (j); dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional 5 Malaysia (Pindaan) (v) dengan memasukkan selepas perenggan (j) perenggan yang berikut: “ (ja) mengeluarkan rakaman liputan peristiwa bagi maksud arkib atau mengeluarkan apa-apa filem atau rakaman yang Kerajaan fikirkan perlu bagi maksud pendidikan, penerangan, seni, budaya dan perkara-perkara lain yang disyorkan oleh Perbadanan; dan.”. Seksyen baru 11A dan 11b 3. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 11 seksyen yang berikut: “Mengambil kerja pekerja Kerajaan 11A. (1) Kerajaan hendaklah, pada tarikh yang ditetapkan, memberi opsyen kepada tiap-tiap orang yang sebaik sebelum tarikh itu berada dalam penggajian atau perkhidmatan Kerajaan dalam Jabatan Filem Negara. (2) Tiap-tiap orang yang disebut dalam subseksyen (1) yang memilih untuk berkhidmat sebagai pekerja Perbadanan hendaklah diambil kerja oleh Perbadanan atas terma dan syarat perkhidmatan yang tidak kurang baiknya daripada terma dan syarat perkhidmatan yang kepadanya dia berhak sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan. (3) Bagi maksud seksyen ini, “tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh yang opsyen diberikan kepada pekerja yang berada dalam penggajian atau perkhidmatan Kerajaan dalam Jabatan Filem Negara sebelum tarikh itu. Gaji, terma dan syarat perkhidmatan pekerja Kerajaan hendaklah diambil kira 11b. (1) Terma dan syarat yang ditentukan oleh Perbadanan hendaklah mengambil kira gaji dan terma dan syarat perkhidmatan, termasuklah apa-apa hak terakru untuk mendapat cuti, yang dinikmati oleh orang itu ketika berada dalam penggajian Kerajaan sebelum memilih untuk memasuki 6 Undang-Undang Malaysia AktA A1451 perkhidmatan Perbadanan, dan apa-apa terma dan syarat sedemikian yang berhubungan dengan tempoh perkhidmatan dengan Perbadanan hendaklah membuat peruntukan bagi mengiktiraf perkhidmatan dengan Kerajaan oleh orang yang membuat pilihan itu sebagai perkhidmatan dengan Perbadanan. (2) Jika mana-mana orang dalam perkhidmatan Perbadanan yang kesnya tidak termasuk dalam ruang lingkup mana-mana skim pencen atau skim lain yang diwujudkan di bawah seksyen ini bersara atau meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan Perbadanan atau dilepaskan daripada perkhidmatan itu, Perbadanan boleh memberinya atau mana-mana orang lain yang ditanggung sepenuhnya atau sebahagiannya oleh orang itu, sebagaimana yang difikirkan patut oleh Perbadanan, apa- apa elaun atau ganjaran sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan.”.