60 - AKTA KESAHTARAFAN 1961
This Act sets rules for legitimising children born outside marriage and for related inheritance and court declaration procedures.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 60 - AKTA KESAHTARAFAN 1961
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
60 - AKTA KESAHTARAFAN 1961
AI-assisted research summary: This Act sets rules for legitimising children born outside marriage and for related inheritance and court declaration procedures.
060B.fm Page 1 Friday, March 31, 2006 6:40 PM UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA Akta 60 AKTA KESAHTARAFAN 1961 Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006 Teks ini HANYA TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara bagi Legitimacy Act 1961. Melainkan jika dan sehingga ditetapkan sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 [Akta 32], teks ini bukan perundangan. DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 SECARA USAHA SAMA DENGAN MALAYAN LAW JOURNAL SDN BHD DAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD 2006 060B.fm Page 2 Friday, March 31, 2006 6:40 PM 2 AKTA KESAHTARAFAN 1961 Pertama kali diperbuat … … … 1961 (Akta No. 11 Tahun 1961) Disemak … … … … … … 1971 (Akta 60 m.b.p. 1 Januari 1972) CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU Cetakan Semula Yang Pertama … … … 1993 Cetakan Semula Yang Kedua … … … 2001 DISEDIAKAN UNTUK PENERBITAN OLEH MALAYAN LAW JOURNAL SDN BHD DAN DICETAK OLEH PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD CAWANGAN KUALA LUMPUR 2006 060B.fm Page 3 Friday, March 31, 2006 6:40 PM 33 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 60 AKTA KESAHTARAFAN 1961 SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas 2. Tafsiran 3. Syarat pemakaian Akta 4. Pengesahtarafan melalui perkahwinan kemudian ibu bapa 5. Perisytiharan kesahtarafan orang disahtarafkan 6. Hak orang disahtarafkan untuk mengambil kepentingan mengenai harta 7. Pewarisan apabila orang disahtarafkan dan zuriatnya mati tidak berwasiat 8. Pemakaian bagi orang tidak sah taraf yang mati sebelum perkahwinan ibu bapa 9. Hak dan obligasi diri orang disahtarafkan 10. Peruntukan mengenai orang yang disahtarafkan oleh undang-undang luar 11. Hak anak tidak sah taraf dan ibu anak tidak sah taraf untuk mewarisi apabila salah seorang daripada mereka mati tidak berwasiat 12. Kecualian 060B.fm Page 4 Friday, March 31, 2006 6:40 PM 060B.fm Page 5 Friday, March 31, 2006 6:40 PM 55 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 60 AKTA KESAHTARAFAN 1961 Suatu Akta bagi membuat peruntukan mengenai pengesahtarafan anak yang lahir luar nikah. [Semenanjung Malaysia—23 Mac 1961; Sabah dan Sarawak—1 Januari 1972, P.U.(A)435/1971] Tajuk ringkas 1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kesahtarafan 1961. Tafsiran 2. (1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “orang disahtarafkan” ertinya seseorang yang disahtarafkan oleh Akta ini atau oleh mana-mana undang-undang bertulis yang dimansuhkan oleh Akta ini, iaitu— (a) Enakmen Kesahtarafan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu [Bab 69]; (b) Enakmen Kesahtarafan Negeri Johor [En. 19 tahun 1936]; dan (c) Ordinan Kesahtarafan Negeri-Negeri Selat [Bab 85]; “pemberian” ertinya jaminan bagi apa-apa kepentingan mengenai harta dengan apa-apa surat cara, sama ada inter vivos atau melalui wasiat; “si mati tidak berwasiat” termasuklah seseorang yang meninggalkan wasiat tetapi mati tidak berwasiat tentang sebahagian daripada kepentingan benefisial mengenai harta pusakanya; “tarikh pengesahtarafan” ertinya tarikh perkahwinan yang membawa kepada pengesahtarafan itu atau, jika perkahwinan itu 060B.fm Page 6 Friday, March 31, 2006 6:40 PM 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 60 berlaku sebelum tarikh yang ditetapkan, ertinya tarikh yang ditetapkan; “tarikh yang ditetapkan” ertinya— (a) dalam hal Negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang, 1 Januari 1933; (b) dalam hal Negeri Johor, Melaka dan Pulau Pinang, 1 Julai 1936; (c) dalam hal Negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis, 23 Mac 1961; dan (d) dalam hal Negeri Sabah dan Sarawak, 1 Januari 1972; “wasiat” termasuklah kodisil. (2) Sebutan dalam Akta ini tentang Malaysia hendaklah ditafsirkan, berhubung dengan bila-bila masa sebelum Hari Malaysia, sebagai sebutan tentang wilayah yang sekarang ini termasuk dalam Malaysia. Syarat pemakaian Akta 3. (1) Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh berkuat kuasa untuk mengesahtarafkan seseorang melainkan jika perkahwinan yang membawa kepada pengesahtarafan itu telah diupacarakan dan didaftarkan mengikut— (a) Ordinan Perkahwinan Sivil 1952 [Ord. 44 tahun 1952]*, atau Ordinan Perkahwinan Kristian 1956 [Ord. 33 tahun 1956]*; (b) Ordinan Perkahwinan Kristian [Bab 24]* atau Ordinan Perkahwinan 1959 [Ord. 14 tahun 1959]*, Sabah; atau (c) Ordinan Perkahwinan Gereja dan Sivil Sarawak [Bab 92]*, atau mana-mana Enakmen atau Ordinan yang dimansuhkan oleh mana-mana Ordinan yang tersebut itu. (2) (Dipotong oleh Akta 164). *CATATAN—Ordinan ini telah dimansuhkan oleh seksyen 109 Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Akta 164] melalui Akta A498 berkuat kuasa pada 15-08-1980 – lihat seksyen 23 Akta A498. 060B.fm Page 7 Friday, March 31, 2006 6:40 PM Kesahtarafan 77 (3) Pengesahtarafan seseorang di bawah Akta ini tidak membolehkan orang itu atau suami atau isterinya, anaknya atau zuriat jauhnya mengambil apa-apa kepentingan mengenai harta kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata kemudian daripada ini dalam Akta ini. Pengesahtarafan melalui perkahwinan kemudian ibu bapa 4. Tertakluk kepada seksyen 3, jika ibu bapa orang tidak sah taraf mengahwini atau telah mengahwini satu sama lain, sama ada sebelum atau selepas tarikh yang ditetapkan, perkahwinan itu hendaklah, jika bapa orang tidak sah taraf itu telah atau sedang berdomisil di Malaysia pada tarikh perkahwinan itu, menjadikan orang itu, jika hidup, sah taraf dari tarikh yang ditetapkan atau dari tarikh perkahwinan itu, mengikut mana-mana yang terkemudian. Perisytiharan kesahtarafan orang disahtarafkan 5. (1) Seseorang yang mendakwa bahawa dia atau ibu atau bapanya atau mana-mana leluhur jauhnya menjadi atau telah menjadi orang disahtarafkan boleh, sama ada dia berdomisil di Malaysia atau di tempat lain, memohon melalui petisyen kepada Mahkamah Tinggi meminta Mahkamah itu membuat suatu dekri yang mengisytiharkan bahawa pempetisyen itu anak sah taraf ibu bapanya, atau bahawa ibu atau bapanya atau leluhur jauhnya sah taraf; dan Mahkamah Tinggi hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan permohonan itu dan untuk membuat suatu dekri yang mengisytiharkan kesahtarafan atau ketidaksahtarafan orang itu sebagaimana yang difikirkan adil oleh Mahkamah itu; dan dekri itu hendaklah, bagi segala tujuan dan maksud, mengikat semua orang, tidak kira siapa jua. (2) Tiap-tiap petisyen di bawah seksyen ini hendaklah disertakan dengan afidavit yang menentusahkan fakta yang dikatakan dalamnya, dan dengan apa-apa bukti tentang ketiadaan fraud atau pakatan sulit, sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah melalui apa-apa kaedah am. (3) Dalam segala prosiding di bawah seksyen ini, Mahkamah hendaklah mempunyai kuasa penuh untuk mengaward dan menguatkuasakan pembayaran kos kepada mana-mana orang yang dipanggil, sama ada orang itu menentang atau tidak 060B.fm Page 8 Friday, March 31, 2006 6:40 PM 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 60 menentang perisytiharan yang dipohon itu, sekiranya Mahkamah tersebut mendapati munasabah kos itu dibayar. (4) Satu salinan bagi tiap-tiap petisyen di bawah seksyen ini, dan bagi afidavit yang disertakan bersamanya, hendaklah, tidak kurang daripada satu bulan sebelum pemfailannya, diserahkan kepada Peguam Negara yang hendaklah menjadi responden dalam pendengaran petisyen itu dan dalam tiap-tiap prosiding kemudiannya berhubungan dengannya. (5) Jika apa-apa permohonan dibuat kepada Mahkamah di bawah seksyen ini, orang itu (jika ada) selain Peguam Negara, yang difikirkan patut oleh Mahkamah hendaklah, tertakluk kepada kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen ini, dipanggil untuk menghadiri prosiding atau selainnya disaman mengikut cara yang diarahkan oleh Mahkamah, dan boleh dibenarkan menjadi pihak kepada prosiding itu, dan menentang permohonan itu. (6) Dekri Mahkamah tidak boleh, bagaimanapun, memudaratkan mana-mana orang— (a) jika dibuktikan kemudiannya bahawa dekri itu telah didapati melalui fraud atau pakatan sulit; atau (b) melainkan jika orang itu telah dipanggil atau dijadikan pihak kepada prosiding itu atau waris di sisi undang-undang, waris kadim atau wakil harta tanah atau wakil diri yang lain kepada, atau mendapat hakmilik di bawah atau melalui, seseorang yang dipanggil atau dijadikan pihak sedemikian. (7) Tiada prosiding yang diadakan di bawah seksyen ini boleh menyentuh mana-mana penghakiman atau dekri muktamad yang telah diumumkan atau dibuat oleh mana-mana Mahkamah yang berbidang kuasa kompeten. (8) Jawatankuasa Kaedah-Kaedah boleh membuat kaedah- kaedah untuk melaksanakan peruntukan seksyen ini. Hak orang disahtarafkan untuk mengambil kepentingan mengenai harta 6. (1) Tertakluk kepada Akta ini, orang disahtarafkan dan suami atau isterinya, anaknya atau zuriat lebih jauhnya berhak mengambil apa-apa kepentingan— 060B.fm Page 9 Friday, March 31, 2006 6:40 PM Kesahtarafan 99 (a) mengenai harta pusaka seseorang yang mati tidak berwasiat yang mati selepas tarikh pengesahtarafannya; (b) di bawah apa-apa pemberian yang mula berkuat kuasa selepas tarikh pengesahtarafannya, mengikut cara yang sama seolah-olah orang disahtarafkan itu telah dilahirkan sah taraf. (2) Jika hak mengenai apa-apa harta bergantung kepada yang mana yang lebih tua antara anak mana-mana orang, dan anak ini termasuk seorang yang disahtarafkan atau lebih, orang disahtarafkan itu hendaklah diberi kedudukan seolah-olah dia atau mereka telah dilahirkan pada hari dia atau mereka menjadi sah taraf menurut kuasa Akta ini, dan jika lebih daripada seorang yang disahtarafkan sedemikian menjadi sah taraf pada masa yang sama mereka hendaklah diberi kedudukan, sesama mereka sendiri, mengikut siapa yang lebih tua. (3) Seksyen ini terpakai hanya jika dan setakat maksud yang bertentangan tidak dinyatakan dalam pemberian itu, dan hendaklah berkuat kuasa tertakluk kepada terma pemberian itu dan kepada peruntukan yang terkandung dalamnya. Pewarisan apabila orang disahtarafkan dan zuriatnya mati tidak berwasiat 7. Jika orang disahtarafkan atau anak atau zuriat jauh orang disahtarafkan mati tidak berwasiat berkenaan dengan mana-mana hartanya orang yang sama berhak mengambil kepentingan yang sama mengenai harta itu sebagaimana yang mereka akan berhak mengambilnya jika orang disahtarafkan itu telah dilahirkan sah taraf. Pemakaian bagi orang tidak sah taraf yang mati sebelum perkahwinan ibu bapa 8. Jika selepas tarikh yang ditetapkan dan sebelum perkahwinan ibu bapanya seseorang yang tidak sah taraf mati dengan meninggalkan suami atau isteri, anak atau zuriat jauh yang hidup pada tarikh perkahwinan itu, maka jika orang itu akan menjadi orang disahtarafkan sekiranya dia hidup pada masa perkahwinan ibu bapanya, peruntukan Akta ini berkenaan dengan pengambilan 060B.fm Page 10 Friday, March 31, 2006 6:40 PM 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 60 kepentingan mengenai harta oleh, atau sebagai waris, suami atau isteri, anak dan zuriat jauh orang disahtarafkan hendaklah terpakai seolah-olah orang yang disebut terdahulu itu ialah orang disahtarafkan dan tarikh perkahwinan ibu bapanya ialah tarikh pengesahtarafannya. Hak dan obligasi diri orang disahtarafkan 9. Orang disahtarafkan hendaklah mempunyai hak yang sama dan obligasi yang sama berkenaan dengan nafkah dan sara hidup bagi dirinya atau mana-mana orang lain seolah-olah dia telah dilahirkan sah taraf, dan tertakluk kepada Akta ini, peruntukan mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan tuntutan untuk mendapatkan ganti rugi, pampasan, elaun, faedah atau selainnya oleh atau berkenaan dengan anak sah taraf hendaklah terpakai mengikut cara yang sama dalam hal orang disahtarafkan. Peruntukan mengenai orang yang disahtarafkan oleh undang- undang luar 10. (1) Jika ibu bapa orang tidak sah taraf mengahwini atau telah mengahwini satu sama lain, sama ada sebelum, atau selepas tarikh yang ditetapkan, dan pada masa perkahwinan itu bapa orang tidak sah taraf itu telah atau yang berdomisil di sesuatu negara, selain Malaysia, dan menurut undang-undang negara itu orang tidak sah taraf itu telah menjadi sah taraf oleh sebab perkahwinan kemudian itu, orang itu, jika hidup, hendaklah diiktiraf di Malaysia sebagai telah disahtarafkan sedemikian dari tarikh yang ditetapkan atau dari tarikh perkahwinan itu, mengikut mana-mana yang terkemudian, walaupun pada masa orang itu dilahirkan bapanya tidak berdomisil di suatu negara yang pengesahtarafan melalui perkahwinan kemudian dibenarkan oleh undang-undang. (2) Segala peruntukan Akta ini berhubungan dengan orang disahtarafkan dan pengambilan kepentingan mengenai harta oleh atau sebagai waris kepada orang disahtarafkan dan suami atau isteri, anak dan zuriat jauh orang disahtarafkan hendaklah terpakai dalam hal seseorang yang diiktiraf telah disahtarafkan di bawah seksyen ini, atau yang akan, jika dia masih hidup selepas perkahwinan ibu bapanya, diiktiraf sedemikian; dan oleh itu Akta ini hendaklah berkuatkuasa seolah-olah sebutan dalamnya mengenai orang disahtarafkan termasuk seseorang yang diiktiraf sedemikian sebagai telah disahtarafkan. 060B.fm Page 11 Friday, March 31, 2006 6:40 PM Kesahtarafan 1111 Hak anak tidak sah taraf dan ibu anak tidak sah taraf untuk mewarisi apabila salah seorang daripada mereka mati tidak berwasiat 11. (1) Jika, pada atau selepas tarikh yang ditetapkan, ibu seseorang anak tidak sah taraf, jika anak itu bukan orang disahtarafkan, mati tidak berwasiat berkenaan dengan kesemua atau mana-mana hartanya, dan tidak meninggalkan zuriat sah taraf yang hidup pada masa dia mati, anak yang tidak sah taraf itu, atau, jika dia telah mati, zuriatnya, berhak mengambil apa-apa kepentingan mengenai harta itu yang dia atau zuriatnya akan berhak mengambilnya jika dia telah dilahirkan sah taraf. (2) Jika, pada atau selepas tarikh yang ditetapkan, seseorang anak tidak sah taraf, yang bukan orang disahtarafkan, mati tidak berwasiat berkenaan dengan kesemua atau mana-mana hartanya, ibunya, jika masih hidup, berhak mengambil apa-apa kepentingan mengenai harta itu yang dia akan berhak mengambilnya jika anak itu dilahirkan sah taraf dan dia sahaja ibu atau bapa yang masih hidup. Kecualian 12. Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menyentuh penjalanan kuat kuasa atau pentafsiran mana-mana pemberian yang mula berkuat kuasa sebelum tarikh yang ditetapkan, atau menyentuh apa-apa hak di bawah keadaan kematian tidak berwasiat seseorang yang mati sebelum tarikh itu. 060B.fm Page 12 Friday, March 31, 2006 6:40 PM 12 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 60 AKTA KESAHTARAFAN 1961 SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari P.U.(A)435/1971 Perintah Akta Kesahtarafan (Peluasan) 01-01-1972 1971 Akta 164 Akta Membaharui Undang-Undang 01-03-1982 (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 060B.fm Page 13 Friday, March 31, 2006 6:40 PM 1133 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 60 AKTA KESAHTARAFAN 1961 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 3 Akta 164 01-03-1982
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
60 - AKTA KESAHTARAFAN 1961
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in