432 - AKTA ANGKATAN PELAWAT 1960
This Act sets rules for visiting forces in Malaysia, including when service authorities may act, when Malaysian courts are restricted, and how custody, inquests, evidence, and claims can be handled.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 432 - AKTA ANGKATAN PELAWAT 1960
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
432 - AKTA ANGKATAN PELAWAT 1960
AI-assisted research summary: This Act sets rules for visiting forces in Malaysia, including when service authorities may act, when Malaysian courts are restricted, and how custody, inquests, evidence, and claims can be handled.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA Akta 432 AKTA ANGKATAN PELAWAT 1960 Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006 Teks ini HANYALAH TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara bagi Visiting Forces Act 1960. [Akta 432] Melainkan jika dan sehingga ditetapkan sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 [Akta 32], teks ini bukan perundangan. 2 AKTA ANGKATAN PELAWAT 1960 Pertama kali diperbuat … … … … … … 1960 (Akta No. 23 tahun 1960) Disemak … … … … … … … … 1990 (Akta 432 m.b.p. 31 Mac 1990) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 432 AKTA ANGKATAN PELAWAT 1960 SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan pemakaian 2. Tafsiran 3. Negara yang baginya Akta ini terpakai 4. Takrif keanggotaan komponen awam angkatan pelawat 5. Takrif sekutu yang berkaitan BAHAGIAN II ANGKATAN PELAWAT 6. Penjalanan kuasa oleh mahkamah Perkhidmatan dan pihak berkuasa negara penghantar angkatan pelawat 7. Sekatan berkenaan dengan kesalahan tertentu, bagi perbicaraan pesalah yang dikaitkan dengan angkatan pelawat 8. Mahkamah Malaysia hendaklah mengambil kira hukuman mahkamah Perkhidmatan 9. Penangkapan, jagaan, dsb., pesalah terhadap undang-undang Malaysia 10. Sekatan ke atas prosiding berkenaan dengan perkhidmatan anggota, dsb., angkatan pelawat 4 Undang-Undang Malaysia AKTA 432 Seksyen 11. Peruntukan tentang inkues oleh Majistret atau Koroner dan tentang pemindahan jasad orang yang mati 12. Pemakaian undang-undang yang berhubungan dengan angkatan Malaysia bagi angkatan pelawat 13. Penyelesaian tuntutan terhadap angkatan pelawat 14. Keterangan bagi maksud Bahagian II BAHAGIAN III PEMBOLOS DAN ANGGOTA YANG TIDAK HADIR TANPA KEBENARAN 15. Pemberkasan dan pembuangan pembolos dan anggota yang tidak hadir tanpa kebenaran 16. Keterangan bagi maksud seksyen 15 BAHAGIAN IV SANGKUTAN KAKITANGAN DAN KUASA PERINTAH BERSAMA 17. Sangkutan kakitangan dan kuasa perintah bersama BAHAGIAN V PERUNTUKAN TAMBAHAN 18. Peruntukan tentang bukti fakta melalui perakuan 19. Pemansuhan JADUAL 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 432 AKTA ANGKATAN PELAWAT 1960 Suatu Akta yang berhubungan dengan angkatan laut, darat dan udara bagi negara lain tertentu yang melawat Malaysia, dan pemberkasan dan pembuangan pembolos atau anggota yang tidak hadir tanpa kebenaran di Malaysia daripada angkatan negara itu, dan perkara lain yang berkaitan dengannya. [Semenanjung Malaysia—30 Julai 1960; Sabah dan Sarawak—16 September 1963, P.U. 232/1963] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang di Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: BAHAGIAN I PERMULAAN Tajuk ringkas dan pemakaian 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Angkatan Pelawat 1960. (2) Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia. Tafsiran 2. (1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 432 “organisasi perkhidmatan yang diberi kuasa” ertinya badan yang dikelolakan bagi manfaat atau untuk menjaga kebajikan suatu angkatan atau komponen awam atau tanggungan; “komponen awam” ertinya kakitangan awam yang menyertai suatu angkatan, yang diambil kerja dalam perkhidmatan suatu angkatan atau oleh organisasi perkhidmatan yang diberi kuasa yang menyertai suatu angkatan, dan yang bukan orang tak bernegara atau bukan warganegara, atau tidak biasanya bermastautin di Malaysia; “mahkamah” termasuklah mahkamah Perkhidmatan; “mahkamah Malaysia” ertinya mana-mana mahkamah di Malaysia selain mahkamah Perkhidmatan; “angkatan Malaysia” ertinya mana-mana angkatan tentera Malaysia yang pada masa ini berkhidmat di Malaysia, dan termasuklah mana-mana pasukan polis, dan badan lain yang menurut kuasa mana-mana undang-undang Malaysia merupakan atau disifatkan menjadi sebahagian daripada angkatan tentera Malaysia; “tanggungan” berhubung dengan anggota suatu angkatan atau komponen awam ertinya seseorang yang tidak biasanya bermastautin di Malaysia dan yang merupakan— (a) isteri atau suami bagi mana-mana anggota itu; atau (b) keseluruhannya atau terutamanya disara atau diambil kerja oleh mana-mana anggota itu; atau (c) berada dalam jagaan, tanggungan atau pemeliharaan, atau yang menjadi sebahagian daripada keluarga mana-mana anggota itu; “pihak berkuasa Malaysia” ertinya pihak berkuasa atau pihak-pihak berkuasa yang dari semasa ke semasa diberi kuasa atau ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia bagi maksud menjalankan kuasa yang berhubung dengannya ungkapan itu digunakan; Angkatan Pelawat 7 “angkatan”, berhubung dengan suatu negara, ertinya mana-mana angkatan laut, darat atau udara negara itu; “undang-undang Malaysia” ertinya mana-mana undang-undang bertulis yang pada masa ini berkuat kuasa di Malaysia atau mana-mana bahagiannya, dan termasuklah Perlembagaan Persekutuan; “anggota” berhubung dengan suatu angkatan pelawat, ertinya seseorang anggota angkatan negara penghantar, yang menjadi seorang daripada anggota angkatan itu yang pada masa itu dilantik untuk berkhidmat dengan angkatan pelawat itu, dan termasuklah mana-mana orang di Malaysia yang pada masa itu diambil masuk dengan sukarela dalam angkatan itu; “negara penghantar”, berhubung dengan sesuatu angkatan pelawat, ertinya negara yang angkatan pelawatnya menjadi sebahagian daripada angkatannya; “pihak berkuasa Perkhidmatan” ertinya pihak berkuasa suatu angkatan yang diberikan kuasa oleh undang-undang negara itu yang angkatan pelawatnya menjadi sebahagian daripada angkatannya untuk menjalankan perintah atau bidang kuasa ke atas anggota suatu angkatan; “mahkamah Perkhidmatan” ertinya suatu mahkamah yang ditubuhkan di bawah undang-undang perkhidmatan dan termasuklah mana-mana pihak berkuasa suatu negara yang diberikan kuasa di bawah undang-undang negara itu untuk mengkaji semula prosiding mahkamah sedemikian atau untuk membicarakan atau menyiasat pertuduhan yang dibawa terhadap orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan negara itu; dan sebutan mengenai perbicaraan oleh, atau mengenai hukuman yang dijatuhkan oleh, mahkamah Perkhidmatan suatu negara hendaklah ditafsirkan masing-masing sebagai termasuk sebutan mengenai perbicaraan oleh, dan mengenai hukuman yang dikenakan oleh, pihak berkuasa sedemikian dalam penjalanan kuasa itu; “undang-undang perkhidmatan”, berhubung dengan suatu negara, ertinya undang-undang yang mentadbirkan semua atau mana-mana angkatan bagi negara itu; 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 432 “angkatan pelawat” bagi maksud Akta ini ertinya mana-mana badan, kontinjen atau detasmen angkatan suatu negara yang baginya peruntukan itu terpakai, sebagai suatu badan, kontinjen atau detasmen yang pada masa itu berada di Malaysia secara sah menurut apa-apa triti, perjanjian atau perkiraan yang Kerajaan Malaysia merupakan suatu pihak. (2) Bagi maksud Akta ini seseorang anggota suatu angkatan mana-mana negara (dengan apa jua nama dikenali) yang berupa suatu angkatan simpanan atau bantuan hendaklah disifatkan sebagai anggota angkatan negara itu selagi, tetapi hanya selagi, dia dikerah untuk berkhidmat dalam perkhidmatan sebenar (dengan apa jua ungkapan diperihalkan) atau dikerah untuk latihan; dan apa-apa sebutan dalam Akta ini mengenai seseorang yang menjadi anggota angkatan negara itu hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya. (3) Sebutan dalam Akta ini mengenai pihak berkuasa berkenaan suatu negara ialah sebutan mengenai pihak berkuasa itu yang dilantik oleh Kerajaan negara itu bagi maksud peruntukan itu. (4) Sebutan dalam Akta ini mengenai kehadiran mana-mana angkatan di Malaysia pada bila-bila masa hendaklah ditafsirkan sebagai termasuk sebutan mengenai kewujudan mereka pada masa dalam transit ke Malaysia. (5) Dalam menentukan bagi maksud Akta ini sama ada seseorang sedang atau telah pada bila-bila masa biasanya bermastautin di Malaysia, tidak boleh diambil kira apa-apa tempoh semasa dia telah atau berniat untuk berada di Malaysia semasa menjadi anggota angkatan pelawat atau komponen awam bagi angkatan yang sedemikian, atau semasa menjadi tanggungan seseorang anggota suatu angkatan pelawat atau komponen awam yang sedemikian. Negara yang baginya Akta ini terpakai 3. (1) Sebutan dalam Akta ini mengenai suatu negara yang baginya Akta ini terpakai ialah sebutan mengenai mana-mana negara yang ditetapkan bagi maksud peruntukan itu melalui perintah Yang di-Pertuan Agong di bawah subseksyen (2). Angkatan Pelawat 9 (2) Jika didapati oleh Yang di-Pertuan Agong bahawa adalah suai manfaat bahawa semua atau mana-mana peruntukan Akta ini patut berkuat kuasa berhubung dengan mana-mana negara, Yang di-Pertuan Agong boleh melalui perintah menetapkan negara itu bagi maksud peruntukan yang sedemikian. (3) Yang di-Pertuan Agong boleh melalui perintah memperuntukkan bahawa setakat yang Akta ini berkuat kuasa berhubung dengan mana-mana negara yang ditetapkan di bawah subseksyen (2), ia hendaklah berkuat kuasa tertakluk pada apa-apa batasan, penyesuaian, atau ubah suaian (termasuk batasan, penyesuaian atau ubah suaian mana-mana takrif dalamnya) yang dinyatakan dalam perintah itu. Takrif keanggotaan komponen awam angkatan pelawat 4. (1) Dalam Bahagian II sebutan mengenai anggota komponen awam suatu angkatan pelawat ialah sebutan mengenai seseorang yang pada masa itu memenuhi syarat yang berikut, iaitu: (a) bahawa dia memegang pasport yang dikeluarkan berkenaan dengannya oleh suatu Kerajaan, yang bukan berupa pasport yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa pasport Malaysia; (b) bahawa pasport itu mengandungi catatan yang tidak dibatalkan yang dibuat oleh atau bagi pihak suatu pihak berkuasa yang berkenaan bagi negara penghantar itu yang menyatakan bahawa dia seorang anggota komponen awam angkatan pelawat negara itu; dan (c) bahawa pasport itu mengandungi suatu nota pengiktirafan bagi catatan itu oleh atau bagi pihak Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi imigresen yang belum dibatalkan dan yang mengikutnya tiada pemberitahuan bertulis telah diberikan oleh atau bagi pihak Menteri (itu) kepada pihak berkuasa yang berkenaan bagi negara penghantar itu yang menyatakan bahawa pengiktirafan itu ditarik balik. 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 432 (2) Sebutan dalam perenggan (1)(c) mengenai suatu nota pengiktirafan bagi suatu catatan dalam pasport ialah sebutan mengenai apa-apa tanda atau petunjuk yang dibuat dalam pasport itu oleh atau bagi pihak Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi imigresen yang menandakan bahawa catatan itu telah dimaklumkan dan diluluskan. (3) Dalam seksyen ini ungkapan “pasport” termasuklah apa-apa dokumen yang, mengikut undang-undang yang pada masa ini berkuat kuasa di Malaysia, dikira sebagai setara dengan pasport dalam hal seseorang yang masuk ke Malaysia, sebagai seorang rakyat negara yang dokumen itu dikeluarkan oleh Kerajaannya itu. Takrif sekutu yang berkaitan 5. Dalam Bahagian II sebutan mengenai orang yang pada bila-bila masa mempunyai suatu sekutu yang berkaitan dengan suatu angkatan pelawat ialah sebutan mengenai kewujudannya pada masa itu seorang yang satu daripada atau lebih daripada perihalan yang berikut: (a) seorang anggota angkatan pelawat itu atau seorang anggota komponen awam angkatan itu; (b) seseorang (yang bukan warganegara Malaysia atau biasanya bermastautin di Malaysia) yang menjadi tanggungan bagi seseorang anggota angkatan pelawat itu atau komponen awam angkatan itu. BAHAGIAN II ANGKATAN PELAWAT Penjalanan kuasa oleh mahkamah Perkhidmatan dan pihak berkuasa negara penghantar angkatan pelawat 6. (1) Mahkamah Perkhidmatan dan pihak berkuasa Perkhidmatan suatu negara yang baginya seksyen ini terpakai boleh di dalam Angkatan Pelawat 11 Malaysia, atau dalam mana-mana kapal atau pesawat udara kepunyaan mana-mana Kerajaan di Malaysia, menjalankan ke atas orang yang tertakluk pada bidang kuasa mereka mengikut seksyen ini segala kuasa yang boleh dijalankan oleh mereka mengikut undang-undang negara itu. (2) Orang yang tertakluk pada bidang kuasa mahkamah Perkhidmatan dan pihak berkuasa Perkhidmatan suatu negara mengikut seksyen ini adalah seperti yang berikut, iaitu: (a) anggota mana-mana angkatan pelawat negara itu; (b) semua orang, yang bukan warganegara Malaysia, yang dipinjamkan atau secara sementara disangkutkan kepada atau yang berkhidmat dengan angkatan tentera Malaysia mengikut apa-apa triti, perkiraan atau perjanjian yang Kerajaan Malaysia ialah suatu pihak, dan yang melalui terma dan syarat perkhidmatan mereka tertakluk pada bidang kuasa mahkamah dan pihak berkuasa itu; dan (c) semua orang lain yang, bukan warganegara Malaysia atau tidak biasanya bermastautin di Malaysia, adalah pada masa itu tertakluk pada undang-undang perkhidmatan negara itu selain sebagai anggota angkatan negara itu; Dengan syarat bahawa bagi maksud subseksyen ini seseorang tidak boleh dikira sebagai anggota suatu angkatan pelawat suatu negara jika dia menjadi (atau telah terakhir menjadi) seorang anggota angkatan negara itu pada masa dia berada di Malaysia, melainkan jika ditunjukkan bahawa dia kemudiannya menjadi seorang anggota angkatan itu dengan persetujuannya. (3) Jika apa-apa hukuman telah, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, dijatuhkan oleh mahkamah Perkhidmatan bagi suatu negara yang baginya seksyen ini terpakai ke atas seseorang yang sebaik sebelum hukuman itu dijatuhkan telah tertakluk pada bidang kuasa mahkamah itu mengikut seksyen ini, maka bagi maksud apa-apa prosiding dalam suatu mahkamah Malaysia mahkamah Perkhidmatan tersebut hendaklah disifatkan telah ditubuhkan dengan sepatutnya, dan hukuman itu hendaklah disifatkan sebagai dalam bidang kuasa 12 Undang-Undang Malaysia AKTA 432 mahkamah itu dan mengikut undang-undang negara itu, dan jika dilaksanakan mengikut maksud hukuman itu hendaklah disifatkan telah dilaksanakan dengan sah. (4) Walau apa pun apa-apa jua dalam peruntukan yang terdahulu dalam seksyen ini, suatu hukuman mati yang dijatuhkan oleh mahkamah Perkhidmatan bagi suatu negara yang baginya seksyen ini terpakai tidak boleh dilaksanakan di Malaysia melainkan jika di bawah undang-undang Malaysia suatu hukuman mati boleh dijatuhkan dalam kes yang serupa. (5) Mana-mana orang yang— (a) ditahan dalam jagaan menurut suatu hukuman yang berkenaan dengannya subseksyen (3) berkuat kuasa; atau (b) menjadi tertakluk mengikut seksyen ini kepada bidang kuasa mahkamah Perkhidmatan suatu negara yang baginya seksyen ini terpakai, ditahan dalam jagaan sementara menanti atau semasa perbicaraan oleh mahkamah yang sedemikian suatu pertuduhan dibawa terhadapnya, hendaklah bagi maksud apa-apa prosiding dalam mana-mana mahkamah Malaysia disifatkan berada dalam jagaan yang sah. (6) Bagi maksud membolehkan mahkamah Perkhidmatan dan pihak berkuasa Perkhidmatan bagi suatu negara yang baginya seksyen ini terpakai menjalankan dengan lebih berkesan kuasa yang disebut dalam subseksyen (1), Menteri boleh, jika diminta sedemikian oleh pihak berkuasa yang berkenaan bagi negara itu, dari semasa ke semasa melalui perintah am atau khas mengarahkan anggota angkatan Malaysia untuk menangkap mana-mana orang, yang berupa anggota suatu angkatan pelawat negara itu, yang dikatakan melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah undang-undang negara itu, dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa Perkhidmatan bagi negara itu sebagaimana yang ditetapkan oleh atau di bawah perintah itu. Angkatan Pelawat 13 Sekatan berkenaan dengan kesalahan tertentu, bagi perbicaraan pesalah yang dikaitkan dengan angkatan pelawat 7. (1) Tiada pendakwaan bagi suatu kesalahan yang dikatakan telah dilakukan oleh seseorang anggota bagi suatu angkatan pelawat boleh dimulakan dalam mana-mana mahkamah Malaysia melainkan jika— (a) Pendakwa Raya memperakukan— (i) bahawa kesalahan itu ialah satu kesalahan yang berhubung dengannya pihak berkuasa Malaysia mempunyai hak untuk menjalankan bidang kuasa eksklusif atau hak utama untuk menjalankan bidang kuasa di bawah mana-mana triti, perjanjian atau perkiraan yang dalamnya Kerajaan Malaysia ialah suatu pihak; dan (ii) bahawa pihak berkuasa itu tidak melepaskan hak bidang kuasa mereka berkenaan dengan kesalahan itu; atau (b) Pendakwa Raya memperakukan bahawa, walaupun kesalahan itu ialah satu kesalahan yang berkenaan dengannya pihak berkuasa Perkhidmatan bagi angkatan pelawat itu mempunyai hak utama untuk menjalankan bidang kuasa di bawah mana-mana triti, perjanjian atau perkiraan yang sedemikian, hak itu telah dilepaskan berkenaan dengan kesalahan itu oleh pihak berkuasa itu atau oleh Kerajaan negara yang angkatan pelawat itu dianggotainya. (2) Jika seseorang telah dibicarakan oleh mahkamah Perkhidmatan bagi suatu negara di bawah kuasa yang disebut dalam subseksyen 6(1) yang dijalankan dengan sewajarnya mengikut apa-apa triti, perjanjian atau perkiraan antara Malaysia dan negara itu, dia tidak boleh dibicarakan bagi kesalahan yang sama oleh mana-mana mahkamah Malaysia. (3) Yang di-Pertuan Agong boleh melalui perintah mengarahkan supaya subseksyen (1) hendaklah terpakai mengikut cara yang sama sebagaimana ia terpakai bagi anggota suatu angkatan pelawat kepada 14 Undang-Undang Malaysia AKTA 432 mana-mana orang atau golongan orang lain yang mempunyai sekutu yang berkaitan dengan angkatan pelawat yang dinyatakan olehnya melalui perintah itu. (4) Tertakluk pada seksyen 9, seseorang yang dipertuduh atas suatu kesalahan boleh, walau apa pun seksyen ini, ditangkap atau suatu waran bagi penangkapannya boleh dikeluarkan atau dilaksanakan, dan mana-mana orang itu boleh direman dalam jagaan atau dengan jaminan walaupun Pendakwa Raya belum memberikan perakuan di bawah subseksyen (1), tetapi kes tidak boleh didakwa selanjutnya sehingga perakuan yang sedemikian telah diberikan. Mahkamah Malaysia hendaklah mengambil kira hukuman mahkamah Perkhidmatan 8. Jika seseorang yang telah disabitkan oleh mahkamah Perkhidmatan di bawah kuasa yang disebut dalam subsekyen 6(1) disabitkan oleh suatu mahkamah Malaysia, dan didapati oleh mahkamah itu bahawa sabitan oleh mahkamah Perkhidmatan secara keseluruhannya atau sebahagiannya berkenaan dengan perbuatan atau peninggalan yang berkenaan dengannya dia disabitkan oleh mahkamah Malaysia, mahkamah itu hendaklah mengambil kira hukuman mahkamah Perkhidmatan. Penangkapan, jagaan, dsb., pesalah terhadap undang-undang Malaysia 9. (1) Seksyen 7 atau seksyen 8 tidak boleh menyentuh— (a) apa-apa kuasa menangkap, menggeledah, memasuki, menyita atau menjaga yang boleh dijalankan di bawah mana-mana undang-undang Malaysia berkenaan dengan kesalahan yang dilakukan atau dipercayai telah dilakukan terhadap undang-undang itu; atau (b) apa-apa obligasi mana-mana orang berkenaan dengan suatu bon jaminan yang dibuat berbangkit daripada Angkatan Pelawat 15 penangkapannya, atau penangkapan mana-mana orang lain, bagi kesalahan yang sedemikian; atau (c) apa-apa kuasa mana-mana mahkamah untuk mereman (sama ada dengan jaminan atau dalam jagaan) seseorang yang dibawa ke hadapan mahkamah berkaitan dengan kesalahan yang sedemikian. (2) Jika seseorang yang baginya seksyen ini terpakai diletakkan dalam jagaan oleh seseorang pegawai polis bagi apa-apa kesalahan yang disebut dalam subseksyen (1), dan tidak dilepaskan, dan— (a) ternyata bahawa dia mempunyai sekutu yang berkaitan dengan angkatan pelawat suatu negara yang baginya seksyen ini terpakai, maka dia hendaklah dengan secepat yang dapat dilaksanakan sesudah itu, diserahkan atau direman dalam jagaan suatu pihak berkuasa Perkhidmatan bagi negara itu; (b) tidak ternyata tetapi terdapat alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa mengikut seksyen 6 dia tertakluk pada bidang kuasa mahkamah Perkhidmatan suatu negara yang baginya seksyen ini terpakai, maka dengan tujuan menentukan sama ada dia akan diperlakukan bagi kesalahan itu di bawah undang-undang Malaysia atau oleh mahkamah Perkhidmatan bagi negara itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dia boleh ditahan dalam jagaan bagi suatu tempoh tidak melebihi dua puluh empat jam: tetapi jika dalam tempoh itu dia tidak diserahkan ke dalam jagaan suatu pihak berkuasa Perkhidmatan bagi negara itu dia hendaklah dilepaskan atas jaminan atau dibawa ke hadapan seorang Majistret. (3) Jika suatu pendakwaan bagi suatu kesalahan yang dikatakan telah dilakukan oleh seseorang yang baginya seksyen ini terpakai dimulakan menurut subseksyen 7(1) dalam mana-mana mahkamah Malaysia, orang itu hendaklah diserahkan atau direman ke dalam jagaan suatu pihak berkuasa Perkhidmatan bagi negara itu sehingga dia dibawa ke perbicaraan oleh pihak berkuasa Malaysia. 16 Undang-Undang Malaysia AKTA 432 (4) Seseorang yang ditahan dalam jagaan mengikut peruntukan yang terdahulu dalam seksyen ini hendaklah disifatkan berada dalam jagaan yang sah bagi segala maksud. (5) Seksyen ini terpakai bagi— (a) anggota suatu angkatan pelawat; dan (b) mana-mana orang lain yang mempunyai sekutu yang berkaitan dengan suatu angkatan pelawat. Sekatan ke atas prosiding berkenaan dengan perkhidmatan anggota, dsb., angkatan pelawat 10. Tiada prosiding boleh dilayan oleh mana-mana mahkamah Malaysia mengenai gaji mana-mana orang berkenaan dengan perkhidmatan sebagai seorang anggota suatu angkatan pelawat atau sebagai seorang anggota suatu komponen awam angkatan yang sedemikian, mengenai terma perkhidmatan itu atau mengenai pemberhentian seseorang daripada perkhidmatan itu. Peruntukan tentang inkues oleh Majistret atau Koroner dan tentang pemindahan jasad orang yang mati 11. (1) Jika mana-mana Majistret atau Koroner yang mempunyai bidang kuasa untuk menjalankan suatu inkues yang menyentuh kematian berpuas hati bahawa orang yang mati pada masa kematiannya mempunyai sekutu yang berkaitan dengan suatu angkatan pelawat, maka melainkan jika diarahkan selainnya oleh Menteri, Majistret atau Koroner itu tidak boleh menjalankan inkues itu atau, jika inkues itu telah dimulakan tetapi masih belum selesai, hendaklah menangguhkan inkues itu dan, jika juri telah dipanggil, hendaklah melepaskan juri itu. (2) Tertakluk pada subsekyen (1), jika dalam suatu inkues yang menyentuh kematian Majistret atau Koroner itu berpuas hati— Angkatan Pelawat 17 (a) bahawa seseorang yang mengikut seksyen 6 tertakluk pada bidang kuasa mahkamah Perkhidmatan bagi suatu negara yang baginya seksyen ini terpakai telah dipertuduh di hadapan suatu mahkamah negara itu atas menyebabkan kematian orang yang mati, sama ada atau tidak pertuduhan itu telah diperlakukan; atau (b) bahawa orang sedemikian sedang ditahan oleh pihak berkuasa negara itu dengan tujuan dipertuduh sedemikian, maka melainkan jika diarahkan selainnya oleh Menteri, Majistret atau Koroner itu hendaklah menangguhkan inkues itu dan, jika juri telah dipanggil, hendaklah melepaskan juri itu, dan hendaklah mengemukakan kepada pendaftar kematian suatu perakuan yang menyatakan butir-butir yang perlu bagi pendaftaran kematian itu setakat yang butir-butir itu ditentukan pada masa inkues itu. (3) Jika suatu inkues ditangguhkan di bawah seksyen ini, Majistret atau Koroner itu tidak boleh menjalankannya semula kecuali atas arahan Menteri dan, jika dia menjalankan semula inkues itu, hendaklah meneruskannya dalam setiap perkara seolah-olah inkues itu tidak pernah dimulakan sebelum ini, kecuali bahawa tidaklah menjadi kewajipan ke atas Majistret atau Koroner itu untuk melihat jasad itu atau untuk mengemukakan kepada pendaftar kematian apa-apa perakuan atau perakuan tambahan, mengikut mana-mana yang berkenaan. (4) Mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa di Malaysia yang menyekat pemindahan keluar jasad orang yang mati dari Malaysia tidak terpakai bagi jasad seseorang yang pada masa kematiannya mempunyai sekutu yang berkaitan dengan suatu angkatan pelawat: Dengan syarat bahawa subseksyen ini tidak terpakai berkenaan dengan jasad seseorang yang berkaitan dengan kematiannya, menurut suatu arahan Menteri di bawah subseksyen (1) atau (3), suatu inkues dikehendaki untuk dijalankan atau, jika telah dimulakan, dikehendaki untuk dijalankan semula. 18 Undang-Undang Malaysia AKTA 432 (5) Walau apa pun apa-apa jua dalam mana-mana undang-undang Malaysia yang berhubungan dengan perakuan yang akan diberikan kepada orang yang memberikan maklumat berkaitan dengan kematian, suatu perakuan tidak boleh diberikan di bawah undang-undang itu kepada orang yang memberikan maklumat berkaitan dengan suatu kematian jika orang itu menyatakan bahawa jasad itu ialah jasad yang berkenaan dengannya subseksyen (4) berkuat kuasa dan bahawa dicadangkan untuk dipindahkan jasad itu keluar dari Malaysia. Pemakaian undang-undang yang berhubungan dengan angkatan Malaysia bagi angkatan pelawat 12. (1) Jika di bawah mana-mana undang-undang bertulis suatu kuasa boleh dijalankan oleh mana-mana pihak berkuasa atau orang— (a) berkenaan dengan mana-mana angkatan Malaysia atau anggotanya atau mahkamah Perkhidmatan atau orang lain mengikut apa-apa cara berkaitan dengannya; atau (b) berkenaan dengan apa-apa harta yang digunakan atau akan digunakan bagi maksud mana-mana angkatan Malaysia, atau bagi mengambil milikan apa-apa harta untuk digunakan sedemikian, atau bagi memperoleh (sama ada secara persetujuan atau paksaan) apa-apa harta yang digunakan atau akan digunakan sedemikian, Yang di-Pertuan Agong boleh melalui perintah membuat peruntukan bagi memastikan bahawa tertakluk pada apa-apa syarat yang dinyatakan oleh atau di bawah perintah itu kuasa itu bolehlah dijalankan oleh pihak berkuasa itu atau orang itu dalam hal mana-mana angkatan pelawat yang baginya perintah itu terpakai setakat yang kuasa itu boleh dijalankan jika angkatan pelawat itu pernah menjadi sebahagian daripada mana-mana angkatan Malaysia. (2) Yang di-Pertuan Agong boleh melalui perintah yang dibuat berkenaan dengan mana-mana angkatan pelawat bagi maksud untuk melaksanakan apa-apa triti, perjanjian atau perkiraan antara Malaysia dan negara yang angkatan itu dianggotainya — Angkatan Pelawat 19 (a) mengecualikan angkatan itu atau anggota atau mahkamah Perkhidmatan atau orang lain (termasuk, mana-mana organisasi Perkhidmatan yang diberi kuasa) mengikut apa-apa cara berkaitan dengannya atau harta yang digunakan atau yang akan digunakan bagi maksud itu daripada kuat kuasa mana-mana undang-undang bertulis yang dinyatakan dalam perintah itu; (b) memberi angkatan itu atau mana-mana anggotanya, mahkamah, orang atau harta seperti yang disebut terdahulu apa-apa kuasa, keistimewaan atau kekebalan lain yang sepatutnya dinikmati atau boleh diberikan kepada angkatan itu, anggota, mahkamah, orang atau harta itu jika angkatan itu pernah menjadi sebahagian daripada mana-mana angkatan Malaysia. (3) Jika melalui mana-mana undang-undang bertulis pelakuan apa-apa jua dilarang, disekat atau dikehendaki berhubung dengan— (a) mana-mana angkatan Malaysia atau anggotanya atau mahkamah Perkhidmatan atau orang lain mengikut apa-apa cara berkaitan dengannya; (b) apa-apa harta yang digunakan atau akan digunakan bagi maksud mana-mana angkatan Malaysia, Yang di-Pertuan Agong boleh melalui perintah membuat peruntukan bagi memastikan bahawa larangan, sekatan atau kehendak itu hendaklah berkuat kuasa dalam hal mana-mana angkatan pelawat yang baginya perintah itu terpakai setakat yang perintah itu boleh berkuat kuasa jika angkatan pelawat itu pernah menjadi sebahagian daripada mana-mana angkatan Malaysia. (4) Suatu perintah di bawah seksyen ini— (a) boleh mengandungi apa-apa peruntukan sampingan, berbangkit dan tambahan sebagaimana yang didapati oleh Yang di-Pertuan Agong suai manfaat bagi maksud perintah itu, termasuk peruntukan bagi memakai, mengubah suai, 20 Undang-Undang Malaysia AKTA 432 menyesuaikan atau menggantung mana-mana undang-undang bertulis; (b) boleh membuat peruntukan kewangan berkenaan dengan penjalanan apa-apa kuasa, atau penunaian apa-apa kewajipan, yang diberikan atau dikenakan oleh perintah itu. (5) Dalam seksyen ini “harta” termasuklah kedua-dua harta alih dan harta tak alih. (6) Subseksyen (1) dan (3) terpakai sama ada kuasa yang berkenaan boleh dijalankan, atau larangan, sekatan atau kehendak yang berkenaan dikenakan, oleh peruntukan yang secara nyata berhubungan dengan angkatan Malaysia atau oleh peruntukan yang lebih umum. Penyelesaian tuntutan terhadap angkatan pelawat 13. (1) Menteri boleh membuat perkiraan yang menurutnya tuntutan berkenaan dengan perbuatan atau peninggalan anggota angkatan pelawat, atau orang lain atau organisasi yang berkaitan dengannya yang dimaksudkan oleh perkiraan itu, yang berupa perbuatan atau peninggalan daripada apa-apa perihalan yang dimaksudkan oleh perkiraan itu, akan ditunaikan melalui pembayaran yang dibuat oleh Menteri apa-apa amaun yang dihukum oleh mana-mana mahkamah Malaysia atau yang dipersetujui antara pihak yang menuntut dengan Menteri atau mana-mana pihak berkuasa lain yang diperuntukkan oleh perkiraan itu; dan apa-apa perbelanjaan Menteri yang dilakukan dalam menunaikan tuntutan menurut apa-apa perkiraan yang sedemikian atau selainnya berkaitan dengan perkiraan itu hendaklah dibayar daripada wang yang diperuntukkan oleh Parlimen. (2) Menteri hendaklah mengambil apa-apa langkah yang dikehendaki bagi memastikan bahawa orang yang berkenaan dengan mana-mana perkiraan yang dibuat olehnya di bawah seksyen ini dimaklumkan mengenai sifat dan pelaksanaan perkiraan itu. Angkatan Pelawat 21 Keterangan bagi maksud Bahagian II 14. (1) Bagi maksud Bahagian ini suatu perakuan yang dikeluarkan oleh atau bagi pihak suatu pihak berkuasa berkenaan bagi suatu negara, yang menyatakan bahawa pada masa yang dinyatakan dalam perakuan itu seseorang yang dinyatakan sedemikian sama ada pernah atau tidak pernah menjadi anggota suatu angkatan pelawat negara itu, hendaklah dalam mana-mana prosiding dalam mana-mana mahkamah di Malaysia menjadi keterangan yang mencukupi mengenai fakta yang dinyatakan sedemikian melainkan jika dibuktikan sebaliknya. (2) Bagi maksud Bahagian ini suatu perakuan yang dikeluarkan oleh atau bagi pihak suatu pihak berkuasa berkenaan bagi suatu negara, yang menyatakan, berkenaan dengan seseorang yang dinyatakan dalam perakuan itu— (a) bahawa pada tarikh yang dinyatakan sedemikian orang itu telah dihukum oleh mahkamah Perkhidmatan negara itu dengan hukuman yang dinyatakan dalam perakuan itu; atau (b) bahawa orang itu, atau pernah pada masa yang dinyatakan sedemikian, ditahan dalam jagaan menurut hukuman yang dijatuhkan ke atasnya oleh mahkamah Perkhidmatan bagi negara itu atau sementara menanti atau semasa perbicaraan oleh mahkamah sedemikian bagi suatu pertuduhan dibawa terhadapnya; atau (c) bahawa orang itu telah dibicarakan, pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam perakuan itu, oleh mahkamah Perkhidmatan bagi negara itu bagi jenayah yang dinyatakan sedemikian, hendaklah dalam mana-mana prosiding dalam mana-mana mahkamah Malaysia menjadi keterangan konklusif mengenai fakta yang dinyatakan sedemikian. (3) Bagi maksud seksyen 4 peruntukan yang berikut hendaklah berkuat kuasa dalam mana-mana prosiding di mana-mana mahkamah Malaysia, iaitu: 22 Undang-Undang Malaysia AKTA 432 (a) suatu dokumen yang berupa sebagai suatu pasport yang dikeluarkan sedemikian oleh atau bagi pihak Kerajaan dan akan dikeluarkan sedemikian berkenaan dengan seseorang yang di dalamnya yang mengandungi nama yang seseorang yang disebut dalam prosiding itu (sama ada sebagai pihak dalam prosiding itu atau selainnya) hendaklah, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, disifatkan telah dikeluarkan oleh Kerajaan itu dan untuk mengaitkan dengan orang yang disebut itu; (b) suatu catatan dalam pasport yang mengandungi pernyataan sedemikian yang disebut dalam perenggan 4(1)(b) dan yang berupa sebagai dibuat oleh atau bagi pihak suatu pihak berkuasa berkenaan bagi negara penghantar hendaklah, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, disifatkan telah dibuat sedemikian; dan (c) suatu tanda atau petunjuk dalam pasport yang berupa sebagai dibuat oleh atau bagi pihak Menteri hendaklah, melainkan jika dibuktikan sebaliknya disifatkan telah dibuat sedemikian. (4) Bagi maksud Bahagian ini, pengemukaan catatan yang tidak dibatalkan yang dibuat oleh atau bagi pihak suatu pihak berkuasa berkenaan bagi negara penghantar dalam suatu dokumen yang berupa sebagai suatu pasport yang dikeluarkan oleh Kerajaan (selain Malaysia) yang menyatakan bahawa orang yang disebut dalamnya (yang bukan warganegara Malaysia atau yang biasanya bermastautin di Malaysia) merupakan seorang tanggungan bagi seseorang anggota suatu angkatan pelawat negara itu atau komponen awam Angkatan itu hendaklah dalam mana-mana prosiding dalam mana-mana mahkamah Malaysia menjadi keterangan yang mencukupi mengenai fakta yang dinyatakan sedemikian melainkan jika dibuktikan sebaliknya. (5) Jika seseorang dipertuduh atas suatu kesalahan terhadap undang-undang Malaysia dan pada masa kesalahan itu dikatakan telah dilakukan orang itu merupakan seorang anggota suatu angkatan pelawat atau seorang anggota komponen awam angkatan sedemikian, suatu perakuan yang dikeluarkan oleh atau bagi pihak suatu pihak berkuasa berkenaan bagi negara penghantar itu, yang menyatakan Angkatan Pelawat 23 bahawa kesalahan yang dikatakan itu, jika dilakukan olehnya, berbangkit daripada dan dalam perjalanan kewajipannya sebagai seorang anggota angkatan atau komponen itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah dalam mana-mana prosiding itu seperti yang disebut terdahulu menjadi keterangan yang mencukupi mengenai fakta itu melainkan jika dibuktikan sebaliknya. (6) Bagi maksud subseksyen 7(1) apa-apa perakuan Pendakwa Raya yang diberikan di bawah subseksyen itu hendaklah dalam mana-mana prosiding menjadi keterangan konklusif mengenai fakta yang dinyatakan dalamnya. BAHAGIAN III PEMBOLOS DAN ANGGOTA YANG TIDAK HADIR TANPA KEBENARAN Pemberkasan dan pembuangan pembolos dan anggota yang tidak hadir tanpa kebenaran 15. (1) Tertakluk pada seksyen ini, seksyen 64 dan 93 Akta Angkatan Tentera 1972 [Akta 77] (yang berhubungan dengan pemberkasan, jagaan dan penghantaran ke dalam jagaan ketenteraan pembolos dan anggota yang tidak hadir tanpa kebenaran daripada Angkatan Tentera Malaysia) hendaklah di dalam Malaysia, terpakai berhubung dengan pembolos dan anggota yang tidak hadir tanpa kebenaran daripada angkatan mana-mana negara yang baginya seksyen ini terpakai sebagaimana ia terpakai berhubung dengan pembolos dan anggota yang tidak hadir tanpa kebenaran daripada Angkatan Tentera Malaysia. (2) Kuasa yang diberikan oleh seksyen 64 dan 93 tersebut sebagaimana yang dipakai oleh subseksyen (1) tidak boleh dijalankan berhubung dengan seseorang kecuali dalam mematuhi suatu permintaan (sama ada secara khusus atau am) oleh pihak berkuasa bagi negara yang dia anggotai. 24 Undang-Undang Malaysia AKTA 432 (3) Dalam seksyen 64 dan 93 Akta Angkatan Tentera 1972 sebagaimana yang dipakai oleh subseksyen (1)— (a) sebutan mengenai penghantaran seseorang ke dalam jagaan ketenteraan hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai penyerahan orang itu kepada pihak berkuasa bagi negara yang dia anggotai, di tempat di Malaysia yang ditetapkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan bagi negara itu; dan (b) sebutan mengenai Pegawai Jeneral Yang Memerintah Tentera Malaysia hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai pihak berkuasa berkenaan bagi negara yang dianggotai orang itu. (4) Dalam seksyen ini sebutan mengenai negara yang dianggotai orang itu merupakan sebutan mengenai negara yang daripada angkatannya disyaki merupakan atau (jika dia telah menyerahkan dirinya) didapati daripada pengakuannya menjadi seorang pembolos atau anggota yang tidak hadir tanpa kebenaran. Keterangan bagi maksud seksyen 15 16. Bagi maksud apa-apa prosiding di bawah atau yang berbangkit daripada mana-mana peruntukan dalam Akta Angkatan Tentera 1972 sebagaimana yang dipakai oleh seksyen yang terakhir yang disebut terdahulu— (a) suatu dokumen yang berupa sebagai suatu perakuan yang ditandatangani oleh Menteri, yang menyatakan bahawa suatu permintaan telah dibuat bagi penjalanan kuasa yang disebut dalam subseksyen 15(2), dan yang menyatakan kesan permintaan itu, hendaklah menjadi keterangan yang mencukupi, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, bahawa permintaan itu telah dibuat dan mengenai kesannya; dan (b) suatu dokumen yang berupa sebagai suatu perakuan yang ditandatangani oleh pegawai pemerintah suatu unit atau detasmen bagi mana-mana angkatan suatu negara yang Angkatan Pelawat 25 baginya seksyen ini terpakai, yang menyatakan bahawa seseorang yang dinamakan dan diperihalkan dalamnya adalah pada tarikh perakuan itu seorang pembolos, atau anggota yang tidak hadir tanpa kebenaran, daripada angkatan itu hendaklah menjadi keterangan yang mencukupi, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, mengenai fakta yang terdapat dalam dokumen yang hendaklah diperakukan sedemikian. BAHAGIAN IV SANGKUTAN KAKITANGAN DAN KUASA PERINTAH BERSAMA Sangkutan kakitangan dan kuasa perintah bersama 17. (1) Majlis Angkatan Tentera— (a) boleh menempatkan sebagai anggota sangkutan secara sementara kepada suatu angkatan Malaysia mana-mana anggota angkatan bagi mana-mana negara yang baginya seksyen ini terpakai yang ditempatkan untuk kegunaan Kerajaan Malaysia bagi maksud pihak berkuasa Perkhidmatan negara itu; (b) tertakluk pada apa-apa jua perkara yang berlawanan dalam syarat yang terpakai bagi perkhidmatannya, boleh menempatkan mana-mana anggota suatu angkatan Malaysia untuk kegunaan pihak berkuasa Perkhidmatan bagi mana-mana negara yang baginya seksyen ini terpakai bagi maksud ditempatkan sebagai anggota sangkutan secara sementara oleh pihak berkuasa itu kepada suatu angkatan negara itu: Dengan syarat bahawa kuasa yang diberikan oleh perenggan (b) subseksyen ini tidak boleh dijalankan berhubung dengan mana-mana orang tanpa persetujuannya. 26 Undang-Undang Malaysia AKTA 432 (2) Semasa seseorang anggota mana-mana angkatan suatu negara yang baginya seksyen ini terpakai menurut kuasa seksyen ini ditempatkan sebagai anggota sangkutan secara sementara kepada suatu angkatan Malaysia dia hendaklah dikira dan hendaklah mempunyai kuasa memerintah dan menghukum yang serupa ke atas anggota angkatan Malaysia yang dia ditempatkan sebagai anggota sangkutan dan hendaklah tertakluk dalam segala perkara kepada undang-undang yang berhubungan dengan tatatertib dan pentadbiran angkatan itu seolah-olah dia merupakan seorang anggota angkatan itu dengan pangkat relatif: Dengan syarat bahawa Yang di-Pertuan Agong boleh melalui perintah mengarahkan berhubung dengan anggota sesuatu angkatan bagi mana-mana negara yang dinyatakan dalam perintah itu, bahawa undang-undang itu hendaklah terpakai dengan kecualian dan tertakluk pada penyesuaian dan ubah suaian yang dinyatakan sedemikian. (3) Apabila suatu angkatan Malaysia dan suatu angkatan bagi suatu negara yang baginya seksyen ini terpakai (yang dalam subseksyen ini disebut sebagai “angkatan yang satu lagi itu”) yang berkhidmat bersama-sama sama ada secara bersendirian atau tidak— (a) mana-mana anggota angkatan yang satu lagi itu hendaklah dikira dan hendaklah mempunyai ke atas anggota angkatan Malaysia kuasa perintah yang sama seolah-olah dia ialah seorang anggota angkatan Malaysia dengan pangkat relatif; dan (b) jika angkatan itu bertindak dalam gabungan, mana-mana pegawai angkatan yang satu lagi itu yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atau mengikut peraturan-peraturan yang dibuat melalui atau melalui kuasa Yang di-Pertuan Agong, untuk memerintah angkatan yang digabungkan, atau mana-mana bahagiannya, hendaklah dikira dan mempunyai ke atas anggota angkatan Malaysia kuasa memerintah dan menghukum yang sama dan boleh diletak hak dengan kuasa yang sama untuk mengadakan, dan mengesahkan dapatan dan hukuman, mahkamah tentera seolah-olah dia ialah seorang pegawai angkatan Malaysia Angkatan Pelawat 27 dengan pangkat relatif dan memegang pemerintahan yang sama. (4) Bagi maksud seksyen ini, angkatan hendaklah disifatkan berkhidmat bersama-sama atau bertindak dalam gabungan jika dan hanya jika ia diisytiharkan sebagai berkhidmat atau bertindak sedemikian melalui perintah oleh Yang di-Pertuan Agong dan pangkat relatif anggota bagi angkatan Malaysia dan angkatan lain itu hendaklah sedemikian sebagaimana yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong. B V AHAGIAN PERUNTUKAN TAMBAHAN Peruntukan tentang bukti fakta melalui perakuan 18. (1) Bagi maksud Akta ini— (a) suatu perakuan yang dikeluarkan oleh atau bagi pihak suatu pihak berkuasa yang berkenaan bagi sesuatu negara, yang menyatakan bahawa suatu badan, kontinjen atau detasmen bagi angkatan negara itu sedang, atau telah pada masa yang dinyatakan dalam perakuan itu, berada di Malaysia, hendaklah dalam apa-apa prosiding dalam mana-mana mahkamah Malaysia menjadi keterangan konklusif mengenai fakta yang dinyatakan sedemikian; dan (b) jika dalam apa-apa prosiding sedemikian diakui atau dibuktikan (sama ada dengan cara suatu perakuan di bawah perenggan yang terdahulu atau selainnya) bahawa suatu badan, kontinjen atau detasmen bagi angkatan sesuatu negara sedang atau telah pada bila-bila masa berada di Malaysia, hendaklah dianggap dalam prosiding itu, melainkan jika ditunjukkan sebaliknya, bahawa badan, kontinjen atau detasmen itu sedang atau telah pada masa itu dengan sahnya berada di Malaysia. 28 Undang-Undang Malaysia AKTA 432 (2) Jika dalam mana-mana perakuan yang dikeluarkan bagi maksud Akta ini rujukan dibuat kepada seseorang dengan nama, dan dalam apa-apa prosiding dalam sesuatu mahkamah Malaysia rujukan dibuat kepada seseorang dengan nama itu (sama ada sebagai suatu pihak dalam prosiding itu atau selainnya), rujukan dalam perakuan itu dan dalam prosiding itu masing-masing hendaklah, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, disifatkan sebagai rujukan kepada satu orang dan orang yang sama. (3) Apa-apa dokumen yang berupa sebagai perakuan yang dikeluarkan bagi maksud Akta ini, dan hendaklah ditandatangani oleh atau bagi pihak suatu pihak berkuasa yang dinyatakan dalamnya, hendaklah diterima sebagai keterangan dan hendaklah, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, disifatkan sebagai suatu perakuan yang dikeluarkan oleh atau bagi pihak suatu pihak berkuasa itu; dan jika di bawah peruntukan yang berkenaan suatu perakuan dikehendaki dikeluarkan oleh atau bagi pihak suatu pihak berkuasa yang berkenaan bagi suatu negara, dan dokumen yang berupa sebagai ditandatangani oleh atau bagi pihak suatu pihak berkuasa negara itu, pihak berkuasa itu hendaklah, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, disifatkan sebagai pihak berkuasa yang berkenaan bagi negara itu bagi maksud peruntukan itu. Pemansuhan 19. Enakmen yang dinyatakan dalam Jadual dengan ini dimansuhkan: Dengan syarat bahawa (tanpa menjejaskan seksyen 77 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388]) jika sebaik sebelum permulaan kuat kuasa seksyen ini seseorang dipenjarakan atau ditahan menurut mana-mana peruntukan Enakmen itu atau oleh apa-apa perintah yang dibuat di bawahnya, pemansuhan tersebut tidak boleh menjejaskan perjalanan kuat kuasa mana-mana peruntukan sedemikian berhubung dengan pemenjaraan atau penahanannya yang berterusan. Angkatan Pelawat 29 JADUAL [Seksyen 19] Enakmen N.M.B. No. 19 tahun 1940 Enakmen Angkatan Pelawat 1940 Enakmen Johor No. 2 tahun 1941 Enakmen Angkatan Pelawat 1941 Enakmen Kedah No. 6 tahun 1360 Enakmen Angkatan Pelawat (Komanwel British) 1360 Enakmen Trengganu No. 2 tahun 1360 Enakmen Angkatan Pelawat (Komanwel British) 1360 Enakmen Perlis No. 3 tahun 1360 Enakmen Angkatan Pelawat (Komanwel British) 1360 30 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 432 AKTA ANGKATAN PELAWAT 1960 SENARAI PINDAAN Undang-undang yang meminda Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari -TIADA- 31 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 432 AKTA ANGKATAN PELAWAT 1960 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari -TIADA-
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
432 - AKTA ANGKATAN PELAWAT 1960
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in