A1716 - AKTA EKSAIS (PINDAAN) 2024
This Act amends the Excise Act 1976 and adds special rules for Pulau 1, including a ban on retail sales of certain declared goods without Ministerial approval.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of A1716 - AKTA EKSAIS (PINDAAN) 2024
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
A1716 - AKTA EKSAIS (PINDAAN) 2024
AI-assisted research summary: This Act amends the Excise Act 1976 and adds special rules for Pulau 1, including a ban on retail sales of certain declared goods without Ministerial approval.
Eksais (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1716 AKTA EKSAIS (PINDAAN) 2024 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1716 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 11 September 2024 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 25 September 2024 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Eksais (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1716 AKTA EKSAIS (PINDAAN) 2024 Suatu Akta untuk meminda Akta Eksais 1976. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Eksais (Pindaan) 2024. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Pindaan seksyen 2 2. Akta Eksais 1976 [Akta 176], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda— (a) dalam subseksyen 2(1), dengan memasukkan selepas takrif “premis berlesen” takrif yang berikut: ‘ “Pulau 1” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967;’; dan 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1716 (b) dalam subseksyen 2(1b), dalam takrif “kawasan utama kastam”, dengan menggantikan perkataan “dan Pangkor” dengan perkataan “, Pangkor dan Pulau 1”. Pindaan seksyen 87 3. Seksyen 87 Akta ibu dipinda dalam takrif “kawasan utama kastam” dengan menggantikan perkataan “dan Pangkor” dengan perkataan “, Pangkor dan Pulau 1”. Pindaan seksyen 90a 4. Subseksyen 90a(2) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “Subseksyen 6(2), (3), (4) dan (5)” dengan perkataan “Subseksyen 6(2)”. Pindaan seksyen 91a 5. Seksyen 91a Akta ibu dipinda dalam takrif “kawasan utama kastam” dengan menggantikan perkataan “dan Pangkor” dengan perkataan “, Pangkor dan Pulau 1”. Pindaan seksyen 91da 6. Subseksyen 91da(2) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “Subseksyen 6(2), (3), (4) dan (5)” dengan perkataan “Subseksyen 6(2)”. Pindaan seksyen 91e 7. Seksyen 91e Akta ibu dipinda dalam takrif “kawasan utama kastam” dengan menggantikan perkataan “dan Pangkor” dengan perkataan “, Pangkor dan Pulau 1”. Eksais (Pindaan) 5 Pindaan seksyen 91i 8. Subseksyen 91i(2) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “Subseksyen 6(2), (3), (4) dan (5)” dengan perkataan “Subseksyen 6(2)”. Pindaan seksyen 91q 9. Seksyen 91q Akta ibu dipinda dalam takrif “kawasan utama kastam” dengan menggantikan perkataan “dan Pangkor” dengan perkataan “, Pangkor dan Pulau 1”. Pindaan seksyen 91u 10. Subseksyen 91u(2) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “Subseksyen 6(2), (3), (4) dan (5)” dengan perkataan “Subseksyen 6(2)”. Bahagian baharu XVe 11. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 91z bahagian yang berikut: “bahagian XVe PERUNTUKAN KHAS BERKENAAN DENGAN PULAU 1 Tafsiran 91aa. Dalam Bahagian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, “kawasan utama kastam” ertinya Malaysia tidak termasuk Labuan, Langkawi, Tioman, Pangkor dan Pulau 1. Perniagaan runcit di Pulau 1 91ab. (1) Tiada seorang pun boleh menjual secara runcit apa-apa barang yang diisytiharkan oleh Menteri di bawah perenggan 91af(1)(a) di Pulau 1 tanpa kelulusan Menteri. 6 Undang-Undang Malaysia AktA A1716 (2) Permohonan bagi kelulusan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat mengikut cara yang ditetapkan oleh Menteri dalam peraturan-peraturan. (3) Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Ketidakpakaian Bahagian IV dan Bahagian V 91ac. Peruntukan Bahagian IV dan V Akta ini tidak terpakai bagi barang-barang yang diisytiharkan oleh Menteri di bawah perenggan 91af(1)(a) yang dikilangkan di Pulau 1. Pemakaian Akta Kastam 1967 91ad. (1) Barang-barang yang diisytiharkan oleh Menteri di bawah perenggan 91af(1)(a) yang dikilangkan di Pulau 1 hendaklah disifatkan sebagai dikilangkan di luar Malaysia. (2) Peruntukan Akta Kastam 1967 hendaklah terpakai bagi barang-barang yang diisytiharkan oleh Menteri di bawah perenggan 91af(1)(a)— (a) apabila barang-barang itu diangkut ke kawasan utama kastam dari Pulau 1 seolah-olah pengangkutan ke kawasan utama kastam itu ialah pengimportan ke dalam Malaysia; dan (b) apabila barang-barang itu diangkut ke Pulau 1 dari kawasan utama kastam seolah-olah pengangkutan ke Pulau 1 itu ialah pengeksportan dari Malaysia. Barang-barang yang dikilangkan di kawasan utama kastam hendaklah disifatkan telah dieksport apabila diangkut ke Pulau 1 91ae. Barang-barang yang diisytiharkan oleh Menteri di bawah perenggan 91af(1)(a) yang dikilangkan di kawasan utama kastam apabila diangkut ke Pulau 1 hendaklah disifatkan telah dieksport dari kawasan utama kastam ke suatu tempat di luar Malaysia bagi maksud seksyen 19 dan perenggan 28(d). Eksais (Pindaan) 7 Duti eksais yang berhubungan dengan Pulau 1 91af. (1) Duti eksais hendaklah kena dibayar atas— (a) semua barang berduti yang dikilangkan atau diimport masuk ke dalam Pulau 1, selain barang-barang yang diisytiharkan oleh Menteri dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta; dan (b) semua barang yang diisytiharkan oleh Menteri di bawah perenggan (a) yang diangkut ke kawasan utama kastam dari Pulau 1 seolah-olah pengangkutan ke kawasan utama kastam itu ialah pengimportan ke dalam Malaysia. (2) Menteri boleh, melalui perintah, menetapkan erti perkataan “nilai” berhubung dengan barang-barang yang diangkut dari Pulau 1 ke kawasan utama kastam. (3) Subseksyen 6(2) hendaklah terpakai bagi apa-apa perintah yang dibuat oleh Menteri di bawah subsekyen (1). Barang-barang yang disifatkan sebagai tidak berduti semasa berada di Pulau 1 91ag. Apa-apa barang yang diisytiharkan oleh Menteri di bawah perenggan 91af(1)(a) hendaklah, semasa berada di Pulau 1, disifatkan sebagai barang-barang tidak berduti dan peruntukan Akta ini hendaklah ditafsirkan sewajarnya. Pemungutan duti 91ah. Dalam membuat peraturan-peraturan di bawah seksyen 85 Menteri boleh membuat peruntukan— (a) bagi pemungutan di Pulau 1 duti eksais yang kena dibayar berkenaan dengan barang-barang yang diimport ke dalam Pulau 1, atau diangkut atau hampir hendak diangkut dari atau ke Pulau 1 ke atau dari kawasan utama kastam; 8 Undang-Undang Malaysia AktA A1716 (b) bagi batasan atau sekatan kenderaan, vesel dan kapal udara yang boleh digunakan untuk mengangkut barang-barang itu; dan (c) bagi pelesenan atau pengawalan orang atau kenderaan, vesel atau kapal udara yang mengangkut barang-barang itu.”.
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
A1716 - AKTA EKSAIS (PINDAAN) 2024
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in