AI-assisted research summary: This Act validates ferry fees collected for services between Pengkalan Kubor, Malaysia and Takbai, Thailand during 1 January 1999 to 31 December 2024, and blocks related lawsuits or refunds.
Fi (Feri Pengkalan Kubor) (Pengesahan) UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 871 AKTA FI (FERI PENGKALAN KUBOR) (PENGESAHAN) 2025 2 Undang-Undang Malaysia AktA 871 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 7 Oktober 2025 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 17 Oktober 2025 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Fi (Feri Pengkalan Kubor) (Pengesahan) UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 871 AKTA FI (FERI PENGKALAN KUBOR) (PENGESAHAN) 2025 Suatu Akta untuk mengesahkan pemungutan fi berkenaan dengan perkhidmatan feri di antara Pengkalan Kubor, Malaysia dengan Takbai, Thailand yang ditadbir dan dikawal selia oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia semasa tempoh 1 Januari 1999 hingga 31 Disember 2024. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas 1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Fi (Feri Pengkalan Kubor) (Pengesahan) 2025. Pengesahan dan tanggung rugi 2. (1) Walau apa pun peruntukan Akta Fi 1951 [Akta 209], fi yang telah dikenakan dan dipungut oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia berkenaan dengan perkhidmatan feri di antara Pengkalan Kubor, Malaysia dengan Takbai, Thailand semasa tempoh 1 Januari 1999 hingga 31 Disember 2024 hendaklah disifatkan telah dikenakan dan dipungut dengan sah. 4 Undang-Undang Malaysia AktA 871 (2) Tiada tindakan atau prosiding undang-undang boleh dibawa atau dimulakan terhadap Kerajaan Malaysia, mana-mana pegawai Kerajaan Malaysia atau mana-mana orang yang bertindak di bawah arahan mana-mana pegawai Kerajaan Malaysia berkenaan dengan apa-apa fi yang dikenakan dan dipungut semasa tempoh yang disebut dalam subseksyen (1), dan jika apa-apa tindakan atau prosiding undang-undang sedemikian telah dibawa atau dimulakan, ia hendaklah dibatalkan dan dijadikan tidak sah, dan tiada pembayaran balik berkenaan dengan fi yang telah dikenakan dan dipungut sebagaimana yang dinyatakan dalam Akta ini boleh dibuat.