AI-assisted research summary: Horse racing clubs established in Malaysia may organize a sweepstake, and people who are not club members may take part.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA VERSI DALAM TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI Akta 404 AKTA KELAB LUMBA KUDA (AMBIL TAGAN AWAM) 1965 Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006 Teks ini HANYALAH TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara bagi Racing Club (Public Sweepstakes) Act 1965. Melainkan jika dan sehingga ditetapkan sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 [Akta 32], teks ini bukan perundangan. 2 AKTA KELAB LUMBA KUDA (AMBIL TAGAN AWAM) 1965 Pertama kali diperbuat … … … 1965 (Akta No. 44 tahun 1965) Disemak … … … … … … 1989 (Akta 404 m.b.p. 14 Disember 1989) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 404 AKTA KELAB LUMBA KUDA (AMBIL TAGAN AWAM) 1965 SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan pemakaian 2. Kelab Lumba Kuda boleh menganjurkan ambil tagan awam 3. (Ditinggalkan) 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 404 AKTA KELAB LUMBA KUDA (AMBIL TAGAN AWAM) 1965 Suatu Akta untuk memberikan kuasa kepada kelab lumba kuda untuk menganjurkan ambil tagan awam. [Semenanjung Malaysia—1 Ogos 1965, P.U. 298/1965; Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan—15 April 1992, P.U. (B) 163/1992] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut: Tajuk ringkas dan pemakaian 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kelab Lumba Kuda (Ambil Tagan Awam) 1965. (2) Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia. Kelab Lumba Kuda boleh menganjurkan ambil tagan awam 2. (1) Sesuatu kelab lumba kuda yang ditubuhkan di Malaysia boleh, selepas permulaan kuat kuasa Akta ini, menganjurkan suatu ambil tagan yang mana-mana orang (termasuk seseorang yang bukan 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 404 A anggota kelab itu) boleh mengambil bahagian; dan *Ordinan Pertaruhan 1953 [Ord. 47 tahun 1953], tidaklah terpakai bagi mana-mana ambil tagan yang dianjurkan itu. (2) Dalam seksyen ini— “kelab lumba kuda” ertinya kelab lumba kuda yang merupakan anggota Persatuan Lumba Kuda Malaya atau penggantinya; dan “ambil tagan” ertinya mana-mana ambil tagan yang dianjurkan atas keputusan suatu perlumbaan kuda. 3. (Ditinggalkan). *CATATAN—Ordinan Pertaruhan 1953 [Ord. 47 tahun 1953] telah disemak sebagai Akta Pertaruhan 1953 [Akta 495]. 7 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 404 AKTA KELAB LUMBA KUDA (AMBIL TAGAN AWAM) 1965 SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari Akta 17/67 Akta Kelab Lumba Kuda (Ambil 06-04-1967 Tagan Awam) (Pindaan) 1967 Akta A808 Akta Kelab Lumba Kuda 15-04-1992 (Ambil Tagan Awam) (Pindaan dan Perluasan) 1991 8 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 404 AKTA KELAB LUMBA KUDA (AMBIL TAGAN AWAM) 1965 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 1 Akta A808 15-04-1992 2 Akta 17/67 06-04-1967 Akta A808 15-04-1992