790 - AKTA MAHKAMAH (KAEDAH-KAEDAH PEMULAAN TINDAKAN SIVIL) 2017
Verify source ↗ AI-assisted research summary: This Act sets rules for how civil actions are started and lets the Court handle certain pending actions as if they had been started by an originating summons or writ.
Mahkamah (Kaedah-Kaedah Pemulaan Tindakan Sivil) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 790 AKTA MAHKAMAH (KAEDAH-KAEDAH PEMULAAN TINDAKAN SIVIL) 2017 2 Undang-Undang Malaysia AktA 790 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 19 Jun 2017 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 21 Jun 2017 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Mahkamah (Kaedah-Kaedah Pemulaan Tindakan Sivil) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 790 AKTA MAHKAMAH (KAEDAH-KAEDAH PEMULAAN TINDAKAN SIVIL) 2017 Suatu Akta untuk mengadaka n peruntukan bagi menangani kaedah-kaedah pemulaan dalam t indakan sivil yang belum selesai dan penyeragaman kaedah-kaedah pemulaan bagi tindakan sivil, bagi penyemakan dan pencetakan semula yang berbangkit bagi undang-undang bertulis yang berkenaan dan bagi perkara yang berkaitan. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Mahkamah (Kaedah-Kaedah Pemulaan Tindakan Sivil) 2017. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Tafsiran 2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “Mahkamah” ertinya Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen atau Mahkamah Majistret, mengikut mana-mana yang berkenaan; 4 Undang-Undang Malaysia AktA 790 “Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang” ertinya Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang yang dilantik di bawah seksyen 3 Akta Penyemakan Undang-Undang 1968 [Akta 1]; “tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh Akta ini mula berkuat kuasa; “tindakan sivil” termasuklah apa-apa permohonan sivil yang dibuat kepada Mahkamah sebagaimana yang diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis. Penanganan tindakan sivil yang belum selesai 3. (1) Melainkan jika diperuntukkan selainnya dalam kaedah-kaedah Mahkamah yang terpakai, jika di bawah mana-mana undang-undang bertulis— (a) apa-apa tindakan sivil boleh dimulakan atau dibuat kepada Mahkamah; dan (b) tindakan tersebut dikehendaki untuk dimulakan atau dibuat atau telah dimulakan atau dibuat selain melalui suatu saman pemula atau writ, maka, sekiranya mana-mana tindakan itu belum selesai di Mahkamah sebelum tarikh yang ditetapkan Mahkamah boleh, jika difikirkan oleh Mahkamah adalah adil dan suai manfaat, memerintahkan bahawa tindakan itu disifatkan telah dimulakan melalui suatu saman pemula atau writ, mengikut mana-mana yang sesuai. (2) Jika menurut subseksyen (1), mana-mana tindakan sivil yang belum selesai disifatkan telah dimulakan melalui suatu saman pemula atau writ— (a) tindakan itu hendaklah diteruskan mengikut peruntukan undang-undang bertulis yang berkenaan dan kaedah-kaedah Mahkamah yang terpakai; dan (b) Mahkamah boleh memberikan apa-apa arahan berkenaan dengan pengendalian tindakan itu sebagaimana yang difikirkan oleh Mahkamah adalah adil dan suai manfaat mengikut kaedah-kaedah Mahkamah yang terpakai. Mahkamah (Kaedah-Kaedah Pemulaan Tindakan Sivil) 5 Penyeragaman kaedah-kaedah pemulaan bagi tindakan sivil 4. Walau apa pun apa-apa jua dalam mana-mana undang-undang bertulis lain, mana-mana tindakan sivil yang dimulakan atau dibuat kepada Mahkamah di bawah mana-mana undang-undang bertulis selepas tarikh yang ditetapkan hendaklah dimulakan atau dibuat melalui suatu saman pemula atau writ, sebagaimana yang sesuai, melainkan jika diperuntukkan selainnya dalam kaedah-kaedah Mahkamah yang terpakai. Kuasa untuk menggantikan sebutan mengenai kaedah pemulaan dalam undang-undang bertulis 5. Walau apa pun kuasa yang diberikan di bawah Akta Penyemakan Undang-Undang 1968, Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang hendaklah mempunyai kuasa untuk menggantikan apa-apa sebutan mengenai kaedah yang spesifik bagi memulakan tindakan sivil atau membuat permohonan dalam mana-mana undang-undang bertulis, sama ada undang-undang bertulis itu telah disemak atau tidak, dengan suatu kaedah yang diperuntukkan di bawah mana-mana kaedah-kaedah Mahkamah yang terpakai dengan cara— (a) menyemak undang-undang bertulis itu; atau (b) mencetak semula undang-undang bertulis itu.